isu sukan

6
ISU : KEWAJARAN USAHA KERAJAAN MEMAJUKAN SUKAN Pengenalan: - Kepentingan sukan dalam kehidupan telah lama disedari oleh masyarakat dunia. - Sejarah sukan bermula pada zaman masyarakat Greek purba lagi yang seterusnya mengasaskan Sukan Olimpik. - Di Malaysia sendiri, peruntukan yang besar untuk sukan disediakan setiap tahun dalam Belanjawan atau Bajet Negara. Isi-Isi bagi Menyokong Usaha Kerajaan – (Jelaskan Kepentingan Sukan) 1. Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan manusia. - Segala kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kegunaan setiap lapisan masyarakat. - Apabila kemudahan sukan dimanfaatkan, kita dapat melahirkan rakyat yang sihat. - Rakyat yang sihat akan mewujudkan tenaga kerja yang produktif untuk menggerakkan ekonomi negara. - Kajian menunjukkan bahawa sukan dapat mengelakkan seseorang daripada serangan penyakit seperti strok, diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan barah. - Sukan dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh manusia hatta menjadikan seseorang itu sihat dan bertenaga. - Rakyat yang sihat penting untuk pembangunan ekonomi negara. 2. Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk. - Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangan sukan seperti kasut, baju, stoking, raket, bola dan pelbagai produk sukan yang lain.

Upload: ganos

Post on 06-Jun-2015

32.843 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kerangka Esei pelajar sekolah ambo

TRANSCRIPT

Page 1: Isu sukan

ISU : KEWAJARAN USAHA KERAJAAN MEMAJUKAN SUKAN

Pengenalan:

- Kepentingan sukan dalam kehidupan telah lama disedari oleh masyarakat dunia.- Sejarah sukan bermula pada zaman masyarakat Greek purba lagi yang seterusnya

mengasaskan Sukan Olimpik.- Di Malaysia sendiri, peruntukan yang besar untuk sukan disediakan setiap tahun

dalam Belanjawan atau Bajet Negara.

Isi-Isi bagi Menyokong Usaha Kerajaan – (Jelaskan Kepentingan Sukan)

1. Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan manusia. - Segala kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kegunaan setiap lapisan masyarakat. - Apabila kemudahan sukan dimanfaatkan, kita dapat melahirkan rakyat yang sihat.- Rakyat yang sihat akan mewujudkan tenaga kerja yang produktif untuk

menggerakkan ekonomi negara. - Kajian menunjukkan bahawa sukan dapat mengelakkan seseorang daripada serangan penyakit seperti strok, diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan barah. - Sukan dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh manusia hatta menjadikan seseorang itu sihat dan bertenaga. - Rakyat yang sihat penting untuk pembangunan ekonomi negara.

2. Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk.

- Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangan sukan seperti kasut, baju, stoking, raket, bola dan pelbagai produk sukan yang lain.

- Kedai-kedai sukan juga dibuka di setiap pelosok negara dan memberikan peluang kepada rakyat untuk berniaga.

- Peluang pekerjaan dapat diwujudkan kepada rakyat negara ini di kilang-kilang berasaskan produk sukan.

- Atlet sukan yang cemerlang seperti Shalin Zulkifli, Lee Chong Wei dan Nicol David dapat menjadikan sukan sebagai sumber pendapatan melalui penajaan. Mereka juga boleh menjadikan sukan sebagai profesion.

3. Pendapatan negara juga dapat ditingkatkan melalui sukan.

- Penganjuran Sukan Komanwel Ke-16 pada tahun 1998 dahulu menguntungkan negara dari segi pendapatan.

- Kemasukan pelancong yang ramai menjana ekonomi negara.- Hak penyiaran eksklusif melalui penganjuran sukan Formula 1 menguntungkan

penganjur.- Industri sampingan seperti pengangkutan, makanan , media dan pelancongan turut

mendapat tempiasnya.- Pelaburan asing juga dapat ditingkatkan dan Malaysia memperoleh keuntungan

besar dari segi tukaran wang asing.

Page 2: Isu sukan

- Oleh itu, tidak hairanlah setiap negara bersaing untuk menjadi penganjur sukan bertaraf dunia seperti Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia, Sukan Olimpik, dan pelbagai kejohanan yang lain.

4. Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa.

- Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai itu, sukan merupakan salah satu wadahnya.

- Sukan juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam kalangan pemain dan penonton.

- Semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pemain.- Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalin hubungan diplomatik dan

perbezaan ideologi politik.- Keamanan dunia dapat dicapai jika setiap negara mengutamakan sukan.- Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat dan mengikis perasaan perkauman.

5. Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat.

- Sukan menyihatkan rakyat, dan secara tidak langsung kerajaan dapat mengurangkan kos perubatan untuk merawat rakyat.

- Peruntukan yang tinggi untuk kesihatan rakyat dapat dialih kepada sektor-sektor lain yang lebih memerlukan untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

- Rakyat yang sihat tidak perlu lagi memikirkan kos perubatan - Rakyat juga dapat menjimatkan pendapatan untuk kesejahteraan keluarga seperti

mendapatkan keperluan lain seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan melancong.

Penutup

- Prasarana sukan perlu diperbanyak untuk kegunaan rakyat.- Persepsi rakyat terhadap sukan juga perlu diubah melalui pelbagai program

pembangunan sukan. - Rakyat perlu menyokong usaha kerajaan memajukan sukan.

Page 3: Isu sukan

ISU : MUTU SUKAN NEGARA KITA BELUM CUKUP MEMBANGGAKAN

Pengenalan :

- Pencapaian atlet negara kurang memberangsangkan berbanding dengan zaman kegemilangan Tan Aik Huang(badminton), Mokhtar Dahari (bola sepak) dan M Jegathesan (olahraga) dahulu.

- Tiada sebarang pingat diperoleh dalam Sukan Komanwel di Australia baru-baru ini.

- Kita hanya gah pada peringkat Sukan SEA tetapi tidak mencapai pencapaian membanggakan dalam kejohanan yang lebih besar.

Sebab-Sebab Pencapaian Tidak Membanggakan

1. Kekurangan atlet yang cemerlang kesan daripada kurang galakan daripada ibu bapa. - Menurut majalah Mastika (2000), sebanyak 85% daripada ibu bapa kurang menggalakkan anak mereka menceburi bidang sukan. - Ibu bapa lebih mempercayai bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik lebih penting dalam menentukan kejayaan masa depan.

- Ibu bapa menganggap sukan tiada jaminan masa depan.- Tidak banyak atlet cemerlang yang menyinar selepas aktif dalam bidang sukan.- Ibu bapa melarang anak mereka kerana kekangan agama dan adat. Sebagai contoh,

sukan renang dan olahraga dianggap kurang sesuai untuk anak gadis mereka.

2. Amalan rasuah masih berleluasa dalam sukan. - Rasuah sukan yang pernah menyerang sukan bola sepak pada tahun 1995 dahulu menggemparkan rakyat Malaysia dan Singapura.

- Hampir 100 orang pemain bola sepak telah ditahan dan 80 orang daripada mereka dikenakan tahanan reman dan 16 orang lagi dibuang daerah. - Kes terbaharu , ada jurulatih yang bersubahat dengan “bookie” atau kaki judi untuk

menentukan perlawanan.- Peminat dan ahli sukan mula menjauhi sukan dan menganggap sukan sebagai

“kotor”.- Kesannya, mutu sukan bola sepak merosot sehingga sekarang biarpun pelbagai

program dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

3. Kemudahan sukan belum mencukupi. - Negara kita masih kekurangan gimnasium, dan kompleks sukan bertaraf dunia untuk membolehkan atlet berlatih dengan selesa.

- Kita juga kekurangan jurulatih yang berkaliber, pakar pemakanan (diet),ahli fisioterapi dan pakar psikologi untuk membantu meningkatkan prestasi atlet.

- Peralatan untuk latihan sudah usang dan aspek penyelenggaraan agak lemah.- Pegawai sukan dan jurulatih kurang bersungguh-sungguh untuk merencanakan

program pembangunan sukan.

4. Ciri-ciri fizikal atlet tempatan. - Atlet tempatan kita bersaiz kecil dan tidak dapat menandingi atlet negara lain yang bersaiz besar. Keadaan fizikal ini tidak memberikan kelebihan kepada atlet negara

Page 4: Isu sukan

dalam bidang sukan seperti bola sepak, bola keranjang, ragbi dan sebagainya. - Atlet kita kurang stamina kerana corak pemakanan kita berbeza. - Keadaan cuaca dan persekitaran juga menjejaskan persiapan atlet.

5. Krisis kewangan - Kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dahulu menjejaskan program pembangunan sukan negara. - Akhir-akhir ini sahaja kita mempunyai dana yang mencukupi untuk merangka perancangan jangka panjang. Hasilnya belum lagi menampakkan hasil dalam setahun dua ini.- Kita juga kekurangan sumber untuk menghantar atlet berlatih di luar negara.- Krisis ekonomi negara turut menyebabkan tidak banyak syarikat yang sanggup menaja persatuan sukan dan atlet negara kita. Hakikat ini berbeza dengan atlet luar negara yang mendapat penajaan besar daripada syarikat-syarikat konglomerat.- Banyak usaha dan perancangan tidak dapat dilaksanakan kerana kurang peruntukan.

6. Faktor Luaran

- Prestasi atlet luar lebih pesat berbanding dengan atlet negara.- Program pembangunan sukan mereka lebih agresif dan berkesan.- Mereka mendapat sokongan yang padu daripada pemimpin dan rakyat.- Mereka mempunyai kemudahan dan teknologi sukan yang lebih canggih.- Sukan menjadi sumber pendapatan mereka.- Penglibatan atlet asing dalam bidang sukan sudah lama sedangkan kita baru belajar

bertatih dalam sukan tertentu seperti tenis, lumba kereta, golf dan tinju.

Penutup :

- Masa belum lagi terlewat untuk kita meningkatkan inisiatif bagi meningkatkan kecemerlangan mutu sukan negara.

- Komitmen haruslah bermula daripada kerajaan, dan disokong oleh rakyat, khusunya ibu bapa dan sekolah.

- Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan dalam usaha memartabatkan kembali imej negara khususnya dalam sukan tertentu seperti renang, boling, badminton, sepak takraw dan bola sepak.

- Harapan kita agar lebih ramai atlet seperti Nicol David dapat dilahirkan oleh negara kita.

* * * * *