isu perpaduan oleh ikim

4
Malaysia, Truly Asia. Itulah yang diungkapkan oleh Tourism Malaysia untuk menggambarkan satu keistimewaan yang tiada di negara-negara Asia yang lain tetapi ada di Malaysia. Keistimewaan yang dimaksudkan di sini ialah kemampuan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India di samping kumpulan- kumpulan kaum yang lain hidup bersama dalam suasana yang majmuk di dalam sebuah negara dan mewujudkan kepelbagaian budaya serta adat resam. Rasanya kita semua mengakui bahawa keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum - yang kemudiannya dijadikan sebagai satu ciri penting kepada industri pelancongan negara - adalah berpunca daripada sikap tolak ansur yang ditunjukkan oleh kaum-kaum yang ada di Malaysia sehingga menjadi kita antara negara yang terkehadapan dalam pembangunan di rantau Asia. Sekira dibandingkan dengan negara-negara di Afrika mahupun Amerika Latin, kita adalah jauh lebih baik. Persoalannya sejauh mana sikap tolak ansur ini dapat bertahan? Ini kerana tolak ansur itu sendiri mencerminkan kewujudan unsur "tidak rela tetapi terpaksa" bagi mewujudkan satu suasana menang-menang yang ada kalanya menyebabkan satu pihak perlu membuat pengorbanan yang lebih besar berbanding pihak yang satu lagi. Justeru perpaduan antara kaum yang ada pada hari ini bukanlah satu bentuk perpaduan yang kukuh yang terbina hasil keluhuran hati dan sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Buktinya apabila disebut berkenaan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera atau Dasar Ekonomi Baru, mahupun peri cadangan pengwujudan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan, maka ada pihak-pihak yang tertentu akan tidak senang duduk. Hatta perkara-perkara yang hanya ada menyentuh sesuatu kaum atau penganut agama tertentu sahaja, ada kaum / penganut agama lain yang dilihat melatah tanpa sebab yang munasabah. Jadi kita perlu mengakui dan menerima kenyataan bahawa perpaduan kaum di Malaysia yang wujud pada hari ini tertegak

Upload: ain-nazri

Post on 25-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

perpaduan

TRANSCRIPT

Malaysia, Truly Asia. Itulah yang diungkapkan oleh Tourism Malaysia untuk menggambarkan satu keistimewaan yang tiada di negara-negara Asia yang lain tetapi ada di Malaysia. Keistimewaan yang dimaksudkan di sini ialah kemampuan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India di samping kumpulan-kumpulan kaum yang lain hidup bersama dalam suasana yang majmuk di dalam sebuah negara dan mewujudkan kepelbagaian budaya serta adat resam.

Rasanya kita semua mengakui bahawa keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum - yang kemudiannya dijadikan sebagai satu ciri penting kepada industri pelancongan negara - adalah berpunca daripada sikap tolak ansur yang ditunjukkan oleh kaum-kaum yang ada di Malaysia sehingga menjadi kita antara negara yang terkehadapan dalam pembangunan di rantau Asia. Sekira dibandingkan dengan negara-negara di Afrika mahupun Amerika Latin, kita adalah jauh lebih baik.

Persoalannya sejauh mana sikap tolak ansur ini dapat bertahan? Ini kerana tolak ansur itu sendiri mencerminkan kewujudan unsur "tidak rela tetapi terpaksa" bagi mewujudkan satu suasana menang-menang yang ada kalanya menyebabkan satu pihak perlu membuat pengorbanan yang lebih besar berbanding pihak yang satu lagi. Justeru perpaduan antara kaum yang ada pada hari ini bukanlah satu bentuk perpaduan yang kukuh yang terbina hasil keluhuran hati dan sikap saling mempercayai antara satu sama lain.

Buktinya apabila disebut berkenaan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera atau Dasar Ekonomi Baru, mahupun peri cadangan pengwujudan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan, maka ada pihak-pihak yang tertentu akan tidak senang duduk. Hatta perkara-perkara yang hanya ada menyentuh sesuatu kaum atau penganut agama tertentu sahaja, ada kaum / penganut agama lain yang dilihat melatah tanpa sebab yang munasabah.

Jadi kita perlu mengakui dan menerima kenyataan bahawa perpaduan kaum di Malaysia yang wujud pada hari ini tertegak di atas asas yang tidak begitu kuat dan mantap. Semuanya berpunca daripada kegagalan kita memahami dan menghormati hak, budaya dan adat resam antara satu sama lain.

Ini diburukkan lagi oleh kewujudan kumpulan-kumpulan siasah yang bersifat perkauman dan sikap para pemimpin siasah itu sendiri yang tidak bersungguh-sungguh untuk melihat masyarakat yang ada di Malaysia hidup dalam suasana yang majmuk. Dalam banyak keadaan, para pemimpin siasah sebenarnya lebih banyak merosakkan perpaduan yang sedia dengan menimbulkan pelbagai persoalan yang mencetuskan keresahan kaum. Semuanya dilakukan bagi meraih sokongan kumpulan yang mereka wakili.

Selain itu sistem pendidikan kita yang sering bertukar hala tuju dan berbagai-bagai aliran merumitkan lagi usaha membentuk perpaduan kaum. Kita boleh berbangga dengan sistem pendidikan yang kononnya dikatakan antara yang terbaik di kalangan negara sedang membangun, akan tetapi adakah sistem pendidikan kita telah melahirkan satu kelompok pelajar yang mempunyai asas perpaduan kaum yang kukuh?

Jawapannya tentulah tidak kerana daripada peringkat rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi, unsur perpaduan bukanlah agenda utama yang tersirat di sebalik sukatan pelajaran yang diajar kepada para pelajar. Pendidikan di Malaysia lebih tertumpu kepada kecemerlangan menjawab soalan peperiksaan.

Keadaan yang ada sekarang juga sebenarnya tidak selari dengan matlamat utama Penyata Razak di mana di dalam penyata tersebut antara lain dinyatakan bahawa hasrat utama sistem pendidikan negara ialah menjurus ke arah perpaduan nasional. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana sekolah hanya mengejar kejayaan akademik dan mengenepikan unsur perpaduan.

Jadi untuk mengatasi masalah kerapuhan perpaduan ini, pencetus-pencetus kepada masalah tadi perlu dilenyapkan atau diperbaiki agar ia tidak berterusan menjadi asas kepada ketidakstabilan kehidupan bermasyarakat di negara kita.

Pertamanya perlu ada persefahaman di antara satu sama lain. Memang tidak dapat dinafikan bahawa adalah sukar untuk membentuk satu persefahaman yang jitu kerana ia ada kalanya akan melibatkan pengorbanan kepentingan oleh satu kaum demi kaum lain. Tapi hakikatnya, dalam satu-satu etnik itu sendiri, masalah perpaduan ada kalanya sukar untuk dibentuk, apatah lagi dalam satu negara yang mempunyai berbilang bangsa seperti Malaysia ini. Apapun kita perlu cuba untuk hidup dalam satu suasana yang majmuk dan cuba menjaga perasaan serta menghormati antara satu sama lain.

Di sini ahli-ahli siasah tidak seharusnya melihat permasalahan-pemasalahan tertentu sebagai satu peluang bagi meraih kepentingan siasah masing-masing. Sebaliknya mereka perlu mengutamakan kebajikan dan kemaslahatan umum berbanding kepentingan peribadi. Malah ini sebenarnya yang disyariatkan oleh Islam. Mereka perlu sedar, kerjaya siasah mereka mungkin tidak akan ke mana jika berteraskan kepada pemahaman siasah perkauman yang sempit. Lihat apa yang terjadi kepada Pauline Hanson yang memperjuangkan segelintir hak kaum kulit putih Australia mahupun P.W Bortha yang mengamalkan sistem apartheid di Afrika Selatan. Kerjaya siasah mereka berkesudahan dengan kehinaan.

Begitu juga dengan sistem pendidikan negara. Di Malaysia kita ada pelbagai jenis sekolah. Ada sekolah kebangsaan, ada jenis kebangsaaan, ada aliran agama mahupun sekolah antarabangsa. Memang tak salah untuk mempunyai pelbagai jenis sekolah dan memang tak salah kalau kita hendak hantar anak kita bersekolah di mana-mana.

Akan tetapi di sini penulis menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Pada pandangan penulis apabila pelajar berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di peringkat rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang berpadu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Malah unsur ini perlu ditanam seawal yang mungkin kerana apabila dewasa baru hendak disemai dengan benih-benih perpaduan, penulis merasakan ia agak terlambat kerana pada tahap tersebut para pelajar sudah ada tanggapan tersendiri terhadap orang lain.

Memang tidak dapat dinafikan perpaduan merupakan pemangkin kepada kemajuan negara. Tanpa unsur perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan tidak dapat dinikmati. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika pun kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis.