isu-isu perakaunan dan ekonomi dalam islam
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
MUAMALAT & EKONOMI ISLAM
MAHYUDDIN KHALID [email protected]
ISU-ISU PERAKAUNAN DAN EKONOMI DALAM ISLAM
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
KANDUNGAN
• ISU HAUL DALAM ZAKAT PERAKAUNAN• ISU RIBA• ISU INFLASI & DINAR EMAS• ISU SAHAM• ISU KAD KREDIT
2
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU HAUL DALAM ZAKAT PERAKAUNAN
• Ulamak berbeza pandangan dalam menentukan haul bagi zakat pendapatan• Ada yang beranggapan, ia hendaklah ditunggu sehingga genap
setahun berdasarkan sabda Rasulullah SAW:• “Tidak ada zakat pada suatu harta sehinggalah mencapai
tempoh setahun,” • (Hadis daripada Aisyah r.ha diriwayatkan oleh Ibnu Majah).
• Oleh itu, ada ulama yang berpendapat wajar ditunggu sehingga setahun baharulah dikeluarkan zakat ke atas semua harta, termasuklah ke atas harta penghasilan (pendapatan) ini.
3
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU HAUL DALAM ZAKAT PERAKAUNAN
• Dr Yusuf al-Qardhawi berpandangan ketentuan masa setahun bagi zakat penghasilan seperti zakat pendapatan ini adalah tidak kuat. • Ia bermaksud, hadis-hadis yang dijadikan sandaran itu masih
wujud pertikaiannya di kalangan ulama berdasarkan kesahihannya menurut ilmu hadis.• Maka, ada ulama yang menyatakan tidak perlu menunggu
sehingga setahun bagi harta-harta penghasilan seperti ini, • Oleh kerana tiada ijmak (kesepakatan yang kukuh) di kalangan
ulama mengenai penetapan haul bagi zakat penghasilan seperti zakat pendapatan ini, maka umat Islam berhak memilih salah satu daripadanya, sama ada mahu menunggu setahun ataupun terus berzakat apabila memperolehinya.
4
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU HAUL DALAM ZAKAT PERAKAUNAN
• Walau bagaimanapun, bagi amalan di Malaysia, kebanyakan umat Islam yang bergaji selalunya menunaikan zakat setiap bulan menerusi kaedah potongan gaji.• Namun tidak salah jika mereka mahu menunaikannya pada
hujung tahun apabila genap setahun. Kedua-duanya adalah diterima. • Namun untuk menjamin agar tidak berlakunya keterlanjuran
sehingga mengakibatkan terlupa berzakat, umat Islam adalah amat dianjurkan agar berzakat pada setiap bulan.
5
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU RIBA
• Riba dari segi bahasa:• Tambahan atau subur.
• Dari segi istilah syara’:• Akad yang terjadi ke atas pertukaran barangan yang tertentu
yang tidak diketahui persamaannya menurut ukuran syarak ketika berakad, atau dengan menangguhkan tukaran kedua-dua belah pihak atau salah satu daripada keduanya.
• Walau bagaimanapun bukan semua yang perkara yang bertambah itu riba menurut hukum fiqh.
6
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU RIBA
• Pembahagian Riba1. Riba al-buyu’• Riba jual beli ialah transaksi jual beli yang tidak sama timbangan atau
sukatan atau masa penyerahan barang tertentu (barang ribawi) atau transaksi matawang ketika berjual beli (tukar menukar) barang tersebut.
2. Riba al-Duyun• Riba Hutang Piutang ialah; Sebarang lebihan yang disyarat atau
dijanjikan untuk diberi kepada pihak Tuan Punya Hutang atau untuk dimanfaatkan olehnya berkaitan dengan hutang yang diberi kepada pihak yang berhutang.
7
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU RIBA
• Bahan ribawi terbahagi kepada dua kumpulan iaitu matawang dan bahan makanan.• Mata wang; emas dan perak.• Bahan makanan; gandum ,sekoi, kurma (tamar) dan garam.
• Ini bermakna bahan ribawi iaitu bahan-bahan yang boleh terlibat dengan riba jual beli hanya melibatkan matawang dan bahan makanan sahaja, manakala selain daripada kategori mata wang dan bahan makanan, dalam konteks ini pertukaran yang berlaku tidak tergolong dalam riba jual beli.
8
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU RIBA
• Sekiranya bahan ribawi seperti di atas dijual dengan berlainan jenis; seperti emas dengan perak, gandum dengan buah tamar, maka bolehlah dijual tanpa sama timbangan atau sukatan, tetapi disyaratkan mestilah berlaku serah menyerah dalam satu masa atau secara serentak.
• Sebagai penyelesaian untuk ini demi mengelakkan daripada berlakunya riba dalam jual beli yang melibatkan bahan ribawi tersebut, maka jual beli itu hendaklah dilaksanakan secara tunai (cash/spot) dan sama timbangan/sukatan jika sama sejenis.
• Barangan yang ditukarkan yang melibatkan bahan ribawi sekalipun berbeza kualiti atau mutu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk membolehkan barang tersebut dijual tanpa sama timbangan atau sukatan; contohnya 10 gram emas yang bermutu rendah ditukarkan dengan 8 gram yang bermutu tinggi, maka transaksi seperti ini adalah riba
9
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU RIBA
• Perbandingan Antara Bunga (Interest) dan Usury • Bunga (Interest):• Pampasan ke atas kerugian yang ditanggung oleh pemiutang.• Bayaran yang dibayar oleh peminjam kepada si pemiutang terhadap
modal yang digunakan.• Usury:• Konsep faedah yang berlebihan timbul apabila golongan sarjana
Kristian mula menghalalkan pengambilan keuntungan ke atas pinjaman• Kadar bunga terlampau tinggi terutama melabihi had kadar yang
ditetapkan undang-undang• Menurut syara’, tidak ada perbezaan antara usury dan bunga dengan riba.• Di dalam ajaran Islam, riba meliputi kedua-dua jenis amalan pengambilan
keuntungan ini, masa ada interest mahupun usury. 10
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU INFLASI & DINAR EMAS
• Inflasi bermaksud:• Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah negara
dalam tempoh masa tertentu • Peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti
kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji.• Dalam ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam
tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. • Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi• Sejarah inflasi dunia menyaksikan bahawa terdapat perbezaan yang
ketara sewaktu dunia mengamalkan penggunaan mata wang emas/perak atau bersandarkan piawaian emas dengan penggunaan mata wang kertas.
• Secara umumnya dapat ditunjukkan bahawa kadar inflasi adalah rendah pada masa regim mata wang menggunakan emas atau bersandaran emas berbanding kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh mata wang apungan.
11
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU INFLASI & DINAR EMAS
• Cadangan penggunaan dinar emas sebagai mata wang adalah satu alternatif yang didapati sesuai kerana keistimewaan yang ada pada emas itu sendiri yang dalam mengawal ketidakstabilan nilai mata wang.
• Ini kerana emas merupakan real money yang mempunyai kadar kestabilan yang lebih terjamin tanpa dipengaruhi dengan oleh undang-undang permintaan dan penawaran (law of demand and supply), bebas dari inflasi, riba, gharar (keraguan), maysir (perjudian) dan unsur-unsur spekulatif lain.
• Penggunaan dinar emas akan dapat menghalang usaha-usaha percetakan dan penghapusan wang dengan sewenang-wenangnya oleh kerajaan.
• Kestabilan nilai dinar akan mengelakkan tindakan spekulatif di pasaran wang antarabangsa.
• Berbeza dengan wang fiat yang boleh dicetak dan diedarkan tanpa sandaran dengan akan mudah dispekulasikan sehingga boleh mengakibatkan berlakunya krisis kejatuhan mata wang Asia pada pertengahan tahun 1997. 12
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU-ISU SAHAM
• Penyertaan Dalam Pembelian Saham• Hukum membeli saham pada asalnya adalah sama dengan
hukum bersyarikat atau musharakah atau rakan kongsi. Ia adalah harus menurut Shariah dari al-Quran dan Hadith.
• Dalil dari Al-Quran :• الثلث في شركاء فهم• Ertinya : "dan mereka berkongsi dalam 1/3 " ( An-Nisa : 12 )
• Dalil hadith :• صاحبه أحدهما يخن لم ما الشريكين ثالث أنا• Ertinya : Nabi menyatakan :" Aku orang ketiga bersama dua
orang yang bersyarikat selagi mana tiada salah seorang yang mengkhianati rakannya" ( Riwayat Abu Daud )
13
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU-ISU SAHAM
• Umumnya ada tiga jenis saham yang dimiliki dan diceburi oleh kita pada hari ini.
1. Pertama, saham yang dilaburkan ke dalam Bursa Saham. Saham ini dijual beli sepanjang tahun.
2. Kedua, saham yang disimpan hingga ke hujung tahun. Saham ini biasanya bersifat Saham Amanah dan penyimpan saham mendapat untung berdasarkan harga saham pada hujung tahun berkenaan.
3. Ketiga, saham yang dilaburkan ke dalam syarikat, yakni orang yang melaburkan saham atau pemodal itu dinamakan sebagai ‘share holder.’
14
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU-ISU SAHAM
• Antara syarat umum yang telah diletakkan dalam hal menyertai aktivti urusniaga saham ini adalah :-1. Penubuhan dan penyertaan sebuah syarikat yang patuh Shariah
di dalam bursa adalah harus.2. Tiada sebarang perbezaan pandangan bahawa menyertai atau
membeli saham syarikat yang asas utama perniagaannya adalah haram seperti memberi pinjaman Riba atau berniaga barangan yang diharamkan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
• Majoriti ulama dunia mengharuskan penjualan dan pembelian di bursa kerana :-1. Syarat Ijab Qabul telah terlaksana dalam pembelian dan
pemilikan saham.2. Majlis Pengarah syarikat telah mewakili seluruh pemegang
saham dalam pelaksanaan syarikat mereka.
15
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU-ISU SAHAM
• Hukum bagi jual-beli saham kontra• Jualan kontra adalah apabila pembeli saham mengambil peluang
daripada tempoh penangguhan bayaran saham yang dibeli untuk membeli sesuatu saham dan kemudian menjualnya sebelum tempoh 'wajib' bayar tiba.
• Sebagai contoh di Malaysia wujud undang-undang T+3. Ia bererti urus niaga pembelian saham dibuat sebagai contoh pada hari Isnin, tetapi pembayaran bagi pembelian tadi mesti diselesaikan dalam sebelum atau pada hari Khamis (dalam masa tiga hari).
• Pemilikan saham akan bertukar milik sejurus selepas transaksi walaupun pembayaran belum dibuat.
• Walau bagaimanapun, jangan disangka bahawa di antara tempoh tiga hari itu, seseorang mempunyai masa untuk membatalkan urus niaga. Urus niaga telah termeterai pada hari urus niaga iaitu hari Isnin dalam contoh di atas. Cuma proses pertukaran dan pembayaran sahaja yang belum dibuat.
16
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU-ISU SAHAM
• Hukum transaksi kontra seperti ini boleh datang dalam dua keadaan:1. Jika pembeli punyai wang secukupnya dari awal• Jika pembeli membeli sebuah saham patuh syariah dengan kontra
dengan cara pembayaran T-3, dan beliau sememangnya telah mempunyai wang yang cukup dalam akaunnya sebanyak nilai pembelian sahamnya dari hari pertama lagi. Namun sebelum tiba tempoh penyelesaian pembayaran tiba, harga sahamnya melonjak naik, menyebabkan dia dengan segera menjualnya agar dapat peroleh keuntungan. Urus niaga seperti ini halal.
2. Tidak punyai wang cukup• Sekiranya, pembeli tidak mempunyai wang yang cukup di dalam
akaunnya pada waktu pembelian, tetapi hanya dipinjam daripada wang broker dengan kadar faedah tertentu dengan harapan harga akan menjadi lebih tinggi daripada apa yang dibeli. Ia adalah haram.
17
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU-ISU SAHAM
• Hukum zakat ke atas saham1. Pertamanya, bagi saham yang dimainkan di Bursa Saham, maka zakat
dikenakan berdasarkan keuntungan yang diperolehi. Maknanya, bila dijual dan dapat keuntungan, maka keuntungan itulah yang dizakatkan. Pokok saham (modal), hanya dikenakan zakat pada hujung tahun sahaja. Maknanya di sini, saham yang dijual beli sepanjang tahun, pengiraannya adalah sama seperti zakat pendapatan.
2. Saham yang kedua pula, iaitu saham yang disimpan sepanjang haul / tahun. Bagi saham yang disimpan sepanjang haul ini, maka hendaklah diambil harga saham pada hujung haul (biasanya hujung tahun) berkenaan.
3. Ketiga, saham yang dilaburkan dalam syarikat, yakni sebagai pemodal. Maka, zakat di sini hendaklah dikeluarkan sebagai pemegang saham berdasarkan kaedah kiraan zakat perniagaan. Jika sahamnya bercampur, yakni pemilikannya bercampur antara muslim dan non-muslim, maka hanya bahagian yang muslim sahaja wajib dizakatkan.
18
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ISU KAD KREDIT
• Takrif Kad Kredit • Menurut Kamus Oxford : • "Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak
lain, yang mana ia memberi kemudahan kpd pemegangnya utk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)"
• Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (Majma' Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : • "Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf,
diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yg diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar."
19
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
TAMAT
20