istiqamah dalam beramal

24
ISTIQAMAH DALAM BERAMAL

Upload: norishaminudin

Post on 11-Apr-2017

367 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Istiqamah dalam beramal

ISTIQAMAH DALAM BERAMAL

Page 2: Istiqamah dalam beramal

Muqaddimah

• Matlamat hidup muslim• - 51:56• “Padahal mereka tidak diperintah kecuali

supaya mereka beribadah (menyembah) Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama…” (QS Al Bayyinah : 5)- Kejayaan/hasanah dunia dan akhirat – masuk syurga & elak neraka

Page 3: Istiqamah dalam beramal

Kewajipan beramal

• Kenapa wajib beramal?• Realiti umat Islam kini.• Perintah Allah SWT• Amal soleh• Amal qawi

Page 4: Istiqamah dalam beramal

Makna Istiqomah

• Istiqamah membawa erti berdiri tegak di suatu tempat tanpa bergerak, beralih atau berpindah.

• Akar kata istiqamah ialah perkataan “qaama” yang bererti berdiri.

• Dalam kamus bahasa, istiqamah diertikan sebagai sikap teguh pendirian dan sentiasa konsisten

Page 5: Istiqamah dalam beramal

• Lawan kata ialah ‘thughyan’ (penyimpangan atau melampaui batas).

• Tidak istiqamah bermakna kita telah melakukan perbuatan yang menyimpang atau melampaui batas.

Page 6: Istiqamah dalam beramal

Pengertian berdasarkan pandangan para sahabat dan salafus soleh :

•Abu Bakar As Shiddiq ra - “Istiqamah adalah kemurnian tauhid (tidak boleh menyengutukan Allah dengan apa dan siapapun).”

• Umar bin Al Khattab ra - "Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari)."

• Utsman bin Affan ra - "Istiqamah adalah mengikhlaskan amal kepada Allah swt."

• Ali bin Abu Talib ra - "Istiqamah adalah melaksanakan kewajiban-kewajiban."

Page 7: Istiqamah dalam beramal

• Hasan Al Bashri - "Istiqamah adalah melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan."

• Mujahid – “Istiqamah adalah komitmen terhadap syahadah tauhid sampai bertemu dengan Allah swt."

• Ibnu Rajab Al Hanbali - “Menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri mahupun ke kanan. Istiqamah ini mencakupi pelaksanaan semua bentuk ketaatan (kepada Allah) lahir dan batin dan meninggalkan semua bentuk laranganNya.

Page 8: Istiqamah dalam beramal

Keutamaan Orang-Orang Yang Istiqamah?

• "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan Kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka Malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS Fushilat : 30-32)

Page 9: Istiqamah dalam beramal

• Rasulullah saw bersabda :Dari Abu Amrah Sufyan bin Abdillah ra berkata : “Ya Rasulullah, katakan kepadaku satu perkataan sahaja yang aku tidak akan bertanya kepada siapapun selain engkau! Jawab Rasulullah saw : Katakan, aku beriman kepada Allah, lalu istiqamahlah.” (HR Muslim)

Page 10: Istiqamah dalam beramal

•"Istiqamahlah kamu semua, dan beruntunglah jika kamu istiqamah." (HR Ibnu Majah)

"Sebaik-baik amal perbuatan adalah yang berterusan meskipun kuantitinya sedikit."

Page 11: Istiqamah dalam beramal

Masdar istiqamah

• Istiqamahnya sumbernya dihati. Tatkala hati telah istiqamah dalam makrifat kepada Allah, dalam takut padaNya, pengagunganNya, keseganan padaNya, dalam cinta, dalam keinginan, harapan padaNya dan berdoa padaNya, tawakkal padaNya dan berpaling dari selainnya maka organ tubuh lainnya akan istiqamah.

Page 12: Istiqamah dalam beramal

• Sesungguhnya hati adalah komandan organ tubuh lainnya dan yang lain adalah prajuritnya.”

Jika kita ingin anggota tubuh badan kita istiqamah maka istiqamahkanlah hati kita dengan Iman dan ini tidak akan berlaku kecuali lisan kita telah istiqamah sebagaimana yang pernah Rasulullah saw sebutkan :

Page 13: Istiqamah dalam beramal

• "Tidaklah iman seorang hamba itu lurus (istiqamah) hingga hatinya istiqamah, dan hatinya tidak akan istiqamah kecuali lisannya telah istiqamah." (HR Ahmad)

Page 14: Istiqamah dalam beramal

Kenapa perlu Istiqamah?• Ramai orang yang mengaku beriman, namun keimanannya :

1. Cepat layu.2. Tidak bermaya.3. Tidak subur.

Keimanan tanpa istiqamah akan terus :a. Melemah.b. Meredup.c. Tidak berisi.d. Kering kontang.Akhirnya mungkin suatu ketika ia akan mati.

Page 15: Istiqamah dalam beramal

Fadhilat Istiqomah• Kehidupan dunia akhirat diliputi dengan:

1. Kebahagiaan yang tersebar.2. Hidupnya baik dan elok.3. Rasa aman, ketenangan dan ketenteraman.4. Hidayat yang sentiasa mengawal dan mengiringi kehidupannya.5. Cinta Allah yang terus tercurah.6. Kasih sayang Allah yang terus mengalir kepadanya.

Selain itu :1. Allah sentiasa bersamanya.2. Mudah mendapat rezeki.3. Hartanya penuh berkat.4. Umurnya bermakna dan bernilai.

Page 16: Istiqamah dalam beramal

Bagaimana hendak istiqamah?

• Kesedaran & kefahaman yang sahih• Memahami dan mengamalkan dua kalimah

syahadah dengan baik dan benar• Mendekatkan diri kepada Allah dan

merasakan pengawasannya• Bergaul bersama orang-orang yang istiqamah• Mu’aqabah• Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah

Page 17: Istiqamah dalam beramal

• 5. Kebaikan yang dilakukannya akan berlipat kali ganda.6. Kesalahannya terhapus kerana kebaikannya.7. Allah akan menjaga diri dan keluarganya.8. Ikhlas akan menghiasi hidupnya.9. Jiwanya bersih.10. Akhlaknya penuh budi yang tinggi.11. Doa-doanya mudah dimakbulkan oleh Allah.12. Sentiasa sedar diri dan melakukan introspeksi diri.13. Mereka akan diberi kemudahan untuk memahami agama ini.14. Mudah mengamalkan apa yang didapatkannya.15. Hidupnya penuh dengan semangat yang berkobar, tekad yang membara, keinginan yang membumbung tinggi untuk sentiasa beriman dan meneruskannya dengan tindakan.

Page 18: Istiqamah dalam beramal

• Jelas matlamat• Niat yang betul• Menimbang Kemampuan peribadi• Pandai urus masa

Page 19: Istiqamah dalam beramal

• Perasaan jemu akan menghantui diri kita apabila kita beramal bukan atas dasar istiqamah.

• Firman Allah di dalam hadith qudsi yang bermaksud: "Hai hamba-hambaKu, mengapa kamu jemu beramal sedangkan Aku (Tuhanmu) tidak pernah jemu memberi pahala untukmu."

Page 20: Istiqamah dalam beramal

• Untuk mengelakkan perasaan demikian, maka hendaklah melakukan setiap amalan atas dasar kehambaan kepada Allah. Setiap amalan yang hendak dilakukan perlulah benar-benar ikhlas dan kerana Allah, untuk Allah semata-mata. Tidak kerana orang lain, kerana terikut-ikut, kerana malu dan sebagainya. Andainya perasaan malas sering menguasai diri kita, maka tanamkan keyakinan pada diri bahawa setiap amalan yang dilakukan walaupun sedikit tetapi ikhlas ada penilaiannya disisi Allah.

• Amalan yang dilakukan hendaklah dengan suka rela, bukan kerana dipaksa atau dipaksa.

Page 21: Istiqamah dalam beramal

• Untuk mendapatkan jiwa yang istiqamah di dalam beramal, kita hendaklah seringkali berdoa, mohon pada Allah agar kita sentiasa diberi oleh Allah bimbingan olehNya. Mintalah kepada Allah agar dikurniakan kita dengan sekeping hati yang sentiasa ghairah untuk beribadah walau dengan keadaan bagaimana sekalipun. Perlu juga diingatkan kepada diri bahawa kita beramal tanpa istiqamah, maka bertitik tolak dari situlah akan membuktikan bahawa cinta kita kepada Allah mengikut masa sedangkan Allah mengasihi hambanya sepanjang masa. Sebagai buktinya, setiap saat dan waktu, nikmat Allah sentiasa melimpah ruah dengan berbagai-bagai nikmat. Begitulah Maha pemurah dan Maha Penyayangnya Allah. Oleh itu marilah kita sama-sama berazam dan menanamkan cita-cita untuk beristiqamah di dalam beramal. Semoga di dalam azam dan cita-cita kita itu yang dibuktikan oleh perbuatan kita akan dinilai oleh Allah s.w.t dan dengan amalan istiqamah itulah mudah-mudahan dapat meningkatkan darjat kita di sisi Tuhan Rabbul Jalil di akhirat kelak.

Page 22: Istiqamah dalam beramal

Cabaran

• Lemah Iman, keyakinan, kesedaran dan kefahaman

• Bisikan & tarikan syaitan• Tarikan dunia - tiga ta

Page 23: Istiqamah dalam beramal

Karakteristik para mustaqimin• Ketaatan sentiasa menghiasi dirinya.

b. Kemungkaran hilang dari hatinya.c. Kebohongan tidak pernah ada dalam kamusnya.d. Mereka yang tidak menjual agama dengan dunia.e. Mereka yang tidak menjual ayat-ayat Allah atas nama pragmatisma yang menyusup laju ke jantung-jantung yang rapuh imannya serta hati-hati yang kosong dari tilawah serta zikir kepada yang Maha Kuasa.

Page 24: Istiqamah dalam beramal

Rumusan• Kini yang diperlukan bukanlah ilmuwan tetapi para "amilin"

(pekerja) yang menjadikan ilmu menjalar menjadi sebuah kenyataan bukan hanya dalam ucapan, perkataan dan slogan tetapi dia benar-benar lahir dan hadir dalam praktik

• Untuk itu kita perlu kuatkan azam dan tekad dan memiliki semangat yang menyala