islam di melaka

11
ISLAM DI MELAKA AHMAD IFFAT ZIKRI BIN ISMAIL D20131063138

Upload: iffat-zikri

Post on 17-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

islam di melaka

TRANSCRIPT

ISLAM DI MELAKA Faktor Penyebaran Dan Perkembangan

ISLAM DI MELAKAAHMAD IFFAT ZIKRI BIN ISMAILD20131063138

Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15.Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam.Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah..PENGENALAN

Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka.

Perdagangan.Perkahwinan.Peranan Sultan.Perluasan kuasa dan faktor politik.Ajaran Islam yang mudah/Ideologi Islam itu sendiri.Peranan Ulama.

FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI MELAKA

Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13.Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam.Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.PERANAN PEDAGANG

Perkahwinan merupakan faktor utama dalam perkembangan Islam di Nusantara. Ramai saudagar-saudagar luar, sama ada dari Arab atau India yang beragama Islam telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja.Antara saudagar-saudagar terdapat yang menjadi hartawan. Melalui hadiah-hadiah dan pengaruh, mereka dapat berkahwin dengan puteri-puteri tempatan. Selepas perkahwinan, saudagar-saudagar tadi memperkembangkan agama Islam pada isterinya, keluanga isterinya dan seterusnya pada masyarakat tempatan amnya. Proses yang sama akan berlaku yang berakhir dengan seluruh keluarga diraja tersebut memeluk agama Islam. PERKAHWINAN

Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.

PERANAN SULTAN

Di zaman keagungannya, Melaka telah menakluki banyak daerah dari negeri di Semenanjung dan juga Sumatera seperti Pahang, Kedah, Siak, Rokan dan lain-lain Iagi. Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut. Kebiasaannya, raja di sesebuah negeri yang ditawan tidak sukar diislamkan kerana secara sukarela mereka menerima Islam sebagai satu Iangkah untuk mendapatkan layanan yang baik dari pemerintah negeri yang menawannya.Pengislaman raja sesebuah negeri biasanya diikuti oleh rakyat. Ini sudah tentu menambahkan bilangan orang yang menganut agama Islam.Perluasan kuasa dan faktor politik

Faktor yang dikira penting disamping ikutan dan kepatuhan kepada raja mereka, orang Melayu secara beramai-ramai dan suka hati memeluk Islam adalah disebabkan keelokkan ajaran serta keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalam umat manusia yang dibawa oleh Islam. Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakan warna kulit dan darah keturunan, menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah dalam serata masyarakat ketika itu. Ajaran Islam yang mudah/Ideologi Islam itu sendiri

Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.

PERANAN ULAMA