isl-14.docx

8
Dimuat turun daripada http://www.pdknet.com.my/web/index.php? lang Rujuk buku: Mok Soon Sang. (2009). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2007). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pendidikan Alternatif: Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Visi: Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berinformasi Komuniti Cemerlang Misi: Membangun PDK ke arah teknologi maklumat Objektif Pelaksanaan Program PDK -Meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum -Memberikan kesedaran kepada msyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan -Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan -Membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk golongan kurang upaya -Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa -Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti

Upload: ping-lik-ling

Post on 02-Oct-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Dimuat turun daripada http://www.pdknet.com.my/web/index.php?langRujuk buku: Mok Soon Sang. (2009). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mok Soon Sang. (2007). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pendidikan Alternatif: Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)Visi: Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berinformasi Komuniti CemerlangMisi: Membangun PDK ke arah teknologi maklumatObjektif Pelaksanaan Program PDK-Meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum-Memberikan kesedaran kepada msyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan-Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan-Membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk golongan kurang upaya-Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa-Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti-Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat-Menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada-Membolehkan integrasi sosial bagi golongan OKU yang mengurangkan sekatan fizikal, sosial, kebudayaan dan psikologi yang wujud antara ahli masyarakat dan golongan OKU-Menggalakkan penggunaan kaedah teknik pemulihan yang berkesan yang diterima masyarakat, sesuai dengan keadaan tempatan dan kemampuan

Sejarah PDKSalah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR). Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka.

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual tersebut ini apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting) anjuran WHO di Manila.

Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profile orang kurang upaya yang terdapat di Mukim Batu Rakit. Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan (9) buah kampung sejumlah 17,149 orang.Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim berkenaan.

Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu. Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala Terengganu ketika itu. PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55 kes orang kurang upaya kini telah meningkat perkembangannya dengan berlipat kali ganda dan melambangkan satu kaedah pemulihan orang kurang upaya di negara ini.

Piagam Pelanggan"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam memberikan pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam PDK . Perkhidmatan kami akan meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum

Dimuat turun daripada: http://www.jkm.gov.my/images/stories/pdf/kemudahandankeistimewaanoku.pdfPEMULIHAN DALAM KOMUNITIProgram Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based nRehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.Kelayakan: Warganegara MalaysiaSemua Kategori OKU yang berdaftar dengan JKMTiada Had UmurElaun diterima pelatihPelatih yang mengikuti program di pusat RM 150.00 sebulanPelatih yang mengikuti program di rumah RM 50.00 sebulan

TAMAN SINAR HARAPAN (TSH)Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan kepada Orang Kurang Upaya Masalah Pembelajaran yang merangkumi kategori Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down, Lembam, Austisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan Kurang Upaya Intelektual yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan.

Objektif-Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya bermasalah Pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan.-Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain.-Memberi latihan pra vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.-Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti aktiviti sosial dan sebagainya.-Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat

Kriteria Kemasukan TSHDi Malaysia terdapat tujuh (7) buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi dan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kriteria kemasukan kesemua TSH adalah mengambil kira klasifikasi mengikut umur, jantina, kategori ketidakupayaan, kebolehan dilatih, serta kesesuaian dan kemudahan yang terdapat di TSH.

Kriteria -kriteria kemasukan setiap TSH adalah seperti berikut:

BilInstitusiPenempatan

1.TSH Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Umur 0- 14 tahun OKU boleh dilatih Lelaki dan Perempuan

2.TSH Bukit Besar, Kuala Terengganu, Umur 0- 14 tahun OKU boleh dilatih Lelaki dan Perempuan

3.TSH Cheras, Selangor Umur 14- 25 tahun OKU boleh dilatih Lelaki dan Perempuan

4.TSH Tampoi, Johor Bharu Umur 15- 35 tahun OKU boleh dilatih Lelaki Tiada penyakit berjangkit

5.TSH Jubli, Johor Bharu Umur 15- 35 tahun OKU boleh dilatih Lelaki Tiada penyakit berjangkit

6.TSH Jitra, Kedah Umur 0- 14 tahun OKU Terlantar Tidak boleh dilatih

7.TSH Kuala Kubu Bharu, Selangor Umur 15 tahun ke atas OKU Terlantar Tidak boleh dilatih

Pusat Pendidikan kelolaan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

NGO tempatan yang jelas inti pati perjuangan mereka

persatuan pengguna belia alam sekitar badan kebajikan warga tua dan anak yatim persatuan rekreasi

Badan kebajikan diterajui oleh individu yang pernah berpengaruh dalam politik seperti bekas menteri, pegawai tinggi awam dan ahli akademik.-memberi kesempatan kepada warganegara dan anggota masyarakat yang prihatin untuk menghulurkan pertolongan kepada golongan yang kurang beruntung.

Sifat-sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan, tidak menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, tidak memperolehi autoriti langsung kerajaan dan tidak membawa agenda kerajaan sebaliknya terbentuk atas dasar sukarela.