isi penting peta alir tapak pembelajran

1
Isi-isi penting teks 1. Tanah yang kering perlu ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki. Tujuan utama proses ini adalah untuk menghaluskan tanah. 2. Kemudian, tanah perlu ditapis untuk mengasingkan sampah dan bahan yang tidak hancur. Proses ini dilakukan supaya tanah menjadi serbuk. 3. Selepas itu, tanah dimasuk ke dalam bekas dan dicampur air. Sukatan air hendaklah dikawal supaya campuran tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras. 4. Seterusnya, tanah perlu diuli untuk mengeluarkan angin supaya tanah boleh menjadikannya ketulan tanah yang padat. 5. Seterusnya, tanah boleh dibentuk untuk menjadi labu sayong. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Setelah badan labu terbentuk ,tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu. 6. Apabila labu siap, ia dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. 7. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar.Proses pembakaran labu sayong terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

Upload: zhi-wen-khor

Post on 15-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

proses membuat tembikar

TRANSCRIPT

Isi-isi penting teks

1. Tanah yang kering perlu ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki. Tujuan utama proses ini adalah untuk menghaluskan tanah.

2. Kemudian, tanah perlu ditapis untuk mengasingkan sampah dan bahan yang tidak hancur. Proses ini dilakukan supaya tanah menjadi serbuk.

3. Selepas itu, tanah dimasuk ke dalam bekas dan dicampur air. Sukatan air hendaklah dikawal supaya campuran tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras.

4. Seterusnya, tanah perlu diuli untuk mengeluarkan angin supaya tanah boleh menjadikannya ketulan tanah yang padat.

5. Seterusnya, tanah boleh dibentuk untuk menjadi labu sayong. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Setelah badan labu terbentuk ,tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.6. Apabila labu siap, ia dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu.

7. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar.Proses pembakaran labu sayong terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.