isi kandungan muka surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. syarikat yang berjaya juga akan...

13
Isi Kandungan Muka Surat Bahagian A: Prosedur Pengenalan 1 Pelawaan 1 Jadual Tarikh 2 Sesi Taklimat & Lawatan tapak 2 Syarat-syarat 2 Format & Penyediaan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN 4 Bahagian B: Maklumat Kawasan Projek Latar Belakang 5 Lokasi 5 Keterangan Fasiliti 6 Bahagian C: Keperluan & Skop Projek Piawaian Pengubahsuaian Fasiliti 6 Pengurusan Operasi & Penyelenggaraan 7 Pembiayaan Kewangan, Pengurusan Hasil dan Sewaan 7 Lampiran A: Lampiran Gambar Terkini Arked Meranti 9

Upload: phungbao

Post on 09-Apr-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

Isi Kandungan Muka Surat

Bahagian A: Prosedur

Pengenalan 1

Pelawaan 1

Jadual Tarikh 2

Sesi Taklimat & Lawatan tapak 2

Syarat-syarat 2

Format & Penyediaan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN 4

Bahagian B: Maklumat Kawasan Projek

Latar Belakang 5

Lokasi 5

Keterangan Fasiliti 6

Bahagian C: Keperluan & Skop Projek

Piawaian Pengubahsuaian Fasiliti 6

Pengurusan Operasi & Penyelenggaraan 7

Pembiayaan Kewangan, Pengurusan Hasil dan Sewaan 7

Lampiran A: Lampiran Gambar Terkini Arked Meranti 9

Page 2: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

1 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

NOMBOR RUJUKAN NASKAH: PTNCP/RFP/2018/01

PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN / REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) BAGI MENAIK

TARAF DAN SEWAAN ARKED MERANTI DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) JOHOR

BAHRU

Bahagian A: PROSEDUR

1. Pengenalan 1.1. PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN ini bertujuan untuk mempelawa mana-mana syarikat

yang mempunyai pengalaman dalam pengendalian perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) untuk mengemukakan cadangan: a) Menaik taraf ruang dan mengendalikan perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) di

Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

2. Pelawaan 2.1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhasrat untuk memilih satu syarikat untuk melaksanakan skop

projek seperti yang ditakrifkan dalam Bahagian C: Keperluan & Skop Projek.

2.2. Syarikat yang berjaya akan dilantik untuk menguruskan operasi makanan dan minuman (F&B). Syarikat terpilih akan mengurus kesemua kafetaria melalui panduan operasi amalan terbaik, menu dan harga pelbagai tahap kemampuan dan permintaan serta mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan pemakanan.

2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru melalui beberapa lot perniagaan yang berpotensi tinggi. Syarikat perlu menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf serta menguruskan operasi dan penyelenggaraan ruang makanan dan minuman (F&B) di lokasi-lokasi yang dinyatakan di Bahagian B (2). Kerja-kerja ini perlu dilakukan sebelum pengoperasian dan pengendalian ruang makanan dan minuman (F&B) dijalankan.

2.4. Arahan kepada syarikat hendaklah dipatuhi dan digunakan sebagai asas untuk penyediaan dan

penyerahan cadangan yang akan menjadi sebahagian daripada PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN ini.

2.5. Pemilihan akan dibuat berdasarkan penilaian cadangan yang dikemukakan.

Page 3: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

2 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

3. Jadual Tarikh Sebarang pindaan akan dimaklumkan kepada syarikat melalui surat rasmi atau e-mel.

Jadual 3.0: Tarikh-tarikh penting

PERKARA TARIKH

Tawaran Pelawaan 24 Disember 2018

Taklimat / Lawatan Tapak 8 Januari 2019

Tarikh Tutup 28 Februari 2019

Makluman Berjaya Minggu Ketiga Mac 2019

4. Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak

4.1. Sesi taklimat adalah diwajibkan kepada syarikat yang menyertai PELAWAAN MENGEMUKAKAN

CADANGAN ini dan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti iklan pelawaan. Syarikat yang gagal untuk hadir ke sesi tersebut dianggap tidak berminat dengan pelawaan ini.

4.2. Syarikat hendaklah telah mendapat semua maklumat yang diperlukan tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan lain yang berkaitan keperluan projek dan telah memenuhi dirinya sebelum menyerahkan cadangan.

4.3. Apa-apa maklumat yang diberikan hendaklah hanya untuk membantu syarikat dalam penyediakan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN.

4.4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak memberi jaminan untuk maklumat sama ada tentang ketepatan atau kecukupan atau bagaimana yang sama akan ditafsirkan atau bagaimana jua pun selainnya dan syarikat hendaklah menggunakan dan mentafsir yang sama sepenuhnya kepada risiko masing-masing.

5. Syarat-syarat 5.1. Penyelaras

Cadangan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN yang dikemukakan oleh syarikat hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja. Dokumen cadangan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang disediakan di alamat berikut:

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Bangunan Pejabat Harta Bina (PHB) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 81310 Johor Bahru Johor Darul Takzim

Page 4: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

3 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

5.2. Tarikh Tutup Cadangan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN ini hendaklah dihantar tidak lewat dari tarikh dan masa tutup iaitu sebelum atau pada jam 4:00 petang, 28 Februari 2019 (Khamis). Cadangan yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Cadangan yang dihantar melalui pos atau faks atau e-mel tidak akan diterima.

5.3. Penolakan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN

PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN ini tidak mengikat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan mana-mana syarikat, membayar apa-apa kos ditanggung dalam penyediaan cadangan sebagai maklum balas kepada PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN ini, atau untuk mendapatkan kontrak perkhidmatan. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhak untuk menerima atau menolak mana-mana atau semua cadangan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN ini, untuk berunding dengan mana-mana syarikat atau untuk membatalkan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN ini sebahagian atau secara keseluruhan.

5.4. Pemilikan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN

Cadangan serta dokumentasi yang diserahkan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan dianggap sebagai SULIT dan menjadi harta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebaik sahaja ianya diterima dan tidak akan dikembalikan kepada syarikat.

5.5. Perbelanjaan

Syarikat bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penyertaan secara langsung dan / atau tidak langsung dalam penyediaan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN dari tarikh penerimaan dokumen PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN sehingga tarikh penyerahan cadangan dan apa-apa proses seterusnya rundingan dan / atau penjelasan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

5.6. Lesen dan Permit Syarikat bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendapatkan dan / atau memegang semua hak-hak, permit, lesen, kebenaran, kelulusan pihak berkuasa yang dikeluarkan oleh mana-mana tahap kerajaan dan / atau agensi swasta yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan dan melaksanakan kontrak, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN ini.

5.7. Pembatalan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) a. Berhak untuk membatalkan proses PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN ini dan

menolak semua cadangan tanpa memberi sebarang penjelasan bagi penolakan itu di mana-mana peringkat proses PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN.

b. Semua syarikat memahami dan menerima bahawa ia tidak mempunyai kesan undang-undang terhadap Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pekerja dan / atau ejen untuk pembatalan dan / atau penolakan tersebut dalam sebarang aspek sekalipun.

Page 5: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

4 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

6. Format dan Penyediaan PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN 6.1. Cadangan ini hendaklah dikemukakan dalam bentuk salinan keras (hard copy) dan salinan lembut

(soft copy) dalam media boleh tanggal (removable media) yang berbentuk format PDF dan tidak akan dikembalikan.

6.2. Cadangan hendaklah dikemukakan dalam lima (5) bahagian yang berbeza seperti berikut:

a. Maklumat Syarikat i. Salinan sijil pemerbadanan / pendaftaran. ii. Salinan borang-borang M&A 9, 24, 49 (termasuk pendaftaran/borang pindahmilik

terkini) & 32A (jika ada). iii. Profil syarikat dan penyata kewangan tiga (3) bulan terkini. iv. Struktur Pengurusan dan Carta Organisasi. v. Senarai dan gambar pengalaman projek sebelum ini yang berkenaan. vi. Laporan kewangan yang telah diaudit (terkini)

b. Cadangan Pengurusan Projek

i. Penerangan projek termasuk visi, misi dan matlamat. ii. Konsep dan carta perbatuan projek. iii. Carta organisasi keupayaan pasukan pemfasiliti dan tugas. iv. Penerangan pemilikan projek dan struktur kewangan. v. Mengenalpasti keperluan pra-pemfasiliti dan kos. vi. Strategi pengurusan risiko.

c. Cadangan Teknikal

i. Menyediakan cadangan teknikal yang memenuhi keperluan dan skop di Bahagian C:

a) Pelan pengurusan operasi dan perniagaan untuk lokasi disebut dalam Bahagian

B (2). b) Perancangan pengubahsuaian secara berperingkat untuk lot komersial di lokasi

yang disebut di atas. c) Kertas kerja strategi serta pelan pengurusan secara sistem berpanel di lokasi

disebutkan dalam Bahagian B (2) untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang.

d) Komponen perancangan perkhidmatan piawaian, pengauditan, pengawalseliaan dan penguatkuasaan piawaian yang memenuhi keperluan dan skop di Bahagian C (2.1) perlu disediakan untuk semua lokasi.

ii. Selain daripada perkara yang dinyatakan dalam item i. diatas, cadangan teknikal perlu mengandungi: a) Dokumen sokongan seperti:

i. Syarat-syarat kepatuhan sebagai pengendali dan pengeluar makanan dan minuman Halal serta sijil-sijil berkaitan.

ii. Senarai menu, katering, harga makanan dan lain-lain polisi berkaitan. iii. Amalan baik dalam pengurusan perniagaan dan kelestarian persekitaran.

b) Perancangan pengubahsuaian dan naik taraf

i. Pelan susun atur dan konsep rekabentuk dalaman. ii. Butiran terperinci spesifikasi semua kerja dan bahan penambahbaikan.

Page 6: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

5 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

iii. Spesifikasi terperinci untuk setiap komponen projek yang dinaik taraf beserta dengan gambar/lakaran artis (Hardcopy & softcopy)

iv. Jadual pelaksanaan dan penyiapan projek. v. Komitmen tahap perkhidmatan untuk semua komponen.

d. Model Pembayaran Sewaan

i. Menyediakan cadangan komprehensif model kewangan yang memenuhi di Bahagian

C (3) Pembiayaan Kewangan, Pengurusan Hasil dan Sewaan bagi cadangan tempoh sewaan adalah tidak melebihi 10 tahun dengan menggunakan kaedah sewaan 3+3+3+1.

e. Ringkasan Eksekutif i. Menyediakan ringkasan eksekutif yang memberikan gambaran terhadap cadangan

yang diberikan (tidak lebih daripada tiga muka surat). Ringkasan eksekutif ini dapat memberi kefahaman yang jelas tentang kemampuan syarikat dalam menjayakan cadangan yang diberikan.

NOTA: Kegagalan syarikat mematuhi dan mengemukakan dokumen mengikut format yang ditetapkan akan mengakibatkan cadangan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

6.3. Syarikat diberi peluang untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam usaha mengenalpasti risiko luar jangkaan dan segala hal keadaan lain yang berkaitan keperluan projek dan telah memenuhi keperluannya sebelum menyerahkan cadangan.

Bahagian B: MAKLUMAT KAWASAN PROJEK

1. Latar Belakang

1.1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhasrat untuk menaik taraf Arked Meranti selaras dengan pertambahan jumlah pelajar serta untuk meningkatkan imej Universiti sebagai salah Universiti terbaik di Malaysia. Fasiliti yang sedia ada perlu ditambah baik dalam menyokong aspirasi ini dan pada masa yang sama dapat menyediakan persekitaran ruang makanan yang kondusif dan selesa bagi pengunjung dan pelajar khususnya.

1.2. Arked Meranti ini telah siap dibina pada tahun 1996 dan digunakan secara berterusan sehingga hari ini. Penggunaan yang berterusan selama 20 tahun ini telah menyebabkan beberapa fasiliti dan kemudahan asas di dalam Arked Meranti ini telah uzur dan tidak mampu untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai pada setiap hari.

2. Lokasi 2.1. Arked Meranti ini terletak di dalam kawasan kampus UTM Johor Bahru dan tapak tanah ini

merupakan hakmilik kekal Universiti Teknologi Malaysia.

2.2. Arked Meranti ini terletak di lokasi yang strategik iaitu berada di dalam Kampus Induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta berhampiran dengan Kolej Rahman Putra (KRP) dan Kolej Tun Fatimah (KTF).

3. Keterangan Fasiliti

Page 7: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

6 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

3.1. Berikut adalah maklumat fasiliti:

i. Lampiran A – gambar fasiliti terkini.

Bahagian C: KEPERLUAN DAN SKOP PROJEK

1. Piawaian Pengubahsuaian Fasiliti

1.1 Mengubahsuai dan menaik taraf ruang makanan dan minuman (F&B) di lokasi yang disebutkan di Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

1.2 Mengemukakan konsep dan reka bentuk yang dicadangkan.

1.3 Memastikan fasiliti sentiasa memenuhi keperluan pelanggan seperti: a. Keadaan selamat dan kondusif. b. Sentiasa boleh digunakan dalam keadaan yang baik. c. Mematuhi kepada Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-peraturan Kebersihan

Makanan 2009.

1.4 Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf perlu dibuat untuk mencapai tahap penyampaian perkhidmatan yang baik. Antara kerja-kerja yang diperlukan termasuk (syarikat boleh mencadangkan alternatif atau tambahan kepada kerja-kerja pengubahsuaian): a. Mekanikal dan elektrik.

i. Memeriksa keadaan pendawaian dan pembaikan dan penambahbaikan semula. ii. Juruteknik dan juruelektrik yang dilantik adalah terlatih dan kompeten. iii. Mendapat khidmat nasihat dan kelulusan daripada Unit Elektrik, Pejabat Harta Bina

(PHB), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebelum kerja-kerja mekanikal dan elektrik dilaksanakan.

b. Struktur dan landskap: i. Mengecat semula fasiliti (dalam dan luar). ii. Merekabentuk dan menaik taraf semula ruang dalaman fasiliti. iii. Mendapat khidmat nasihat dan kelulusan daripada Bahagian Awam, Bahagian Senibina

dan Bahagian Landskap, Pejabat Harta Bina (PHB), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebelum kerja-kerja naiktaraf dan landskap dilaksanakan.

1.5 Syarikat yang berjaya akan diberi tempoh selama enam (6) bulan bagi menyiapkan kerja-kerja ubah suai dan naik taraf dengan sempurna dan memenuhi kehendak Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

2. Pengurusan Operasi & Penyelenggaraan

2.1 Pengurusan operasi dan penyelenggaran perlu dibuat untuk mencapai tahap kualiti ISO 22000, Halal

JAKIM dan termasuk sistem HACCP dan tahap penyampaian perkhidmatan yang baik. Antara perkara-perkara yang diperlukan termasuk (syarikat boleh mencadangkan alternatif atau tambahan);

Page 8: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

7 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

2.1.1 Melaksanakan pengurusan dan pengendalian makanan dan minuman (F&B) secara berpanel di lokasi yang dinyatakan di Bahagian B (2). Pelaksanaan berstrategi ini hendaklah merangkumi sistem pengurusan kafeteria dan pengubahsuaian fasiliti secara berperingkat.

2.1.2 Mengendalikan perkhidmatan kafeteria termasuk senarai menu, penetapan harga dan syarat-syarat lain.

2.1.3 Menguruskan dan menyelenggara fasiliti secara professional dengan mengambilkira hal ehwal dan polisi berkaitan kesihatan, keselamatan dan kelestarian perniagaan.

2.1.4 Menyediakan perkhidmatan mencuci premis serta mengamalkan amalan lestari seperti mengasingkan sisa makanan / pepejal mengikut kategori.

2.1.5 Mengurus sampah pepejal dan juga pembersihan perangkap lemak selain saluran air seperti parit keliling premis.

2.1.6 Membangunkan projek dan aktiviti perniagaan yang berlandaskan pendekatan syariat Islam serta tidak bercanggah dengan mana-mana nilai atau kepentingan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan tidak mengandungi unsur-unsur negatif dan bercanggah dengan undang-undang serta Perlembangaan Malaysia.

2.1.7 Menyediakan kaedah bayaran sewaan menggunakan Cek Lewat Tarikh “Post Dated Cheque”.

2.1.8 Menyediakan kaedah bayaran elektrik dan air.

2.1.9 Waktu operasi adalah dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 malam tujuh (7) hari seminggu.

2.1.10 Kos kerosakan dan penyelenggaran sepanjang tempoh ubah suai, menaik taraf serta tempoh penyewaan adalah dibawah tanggungjawab syarikat sepenuhnya.

3. Pembiayaan Kewangan, Pengurusan Hasil dan Sewaan

3.1 Keseluruhan kos ubah suai, naiktaraf, pengurusan, perundangan adalah di bawah tanggungjawab

syarikat yang berjaya. Antara perkara lain yang perlu disediakan dan dipatuhi adalah seperti: 3.1.1 Menyediakan pembiayaan kewangan yang mencukupi untuk membolehkan kerja naik taraf,

pengurusan perniagaan dan penyelenggaraan ruang dapat dilaksanakan dengan lancar sepanjang tempoh sewaan.

3.1.2 Membayar UTM sewa bulanan seperti mana disebutkan di 3.1.4 sebelum 7 haribulan setiap bulan. Bayaran tersebut hendaklah dibuat melalui Cek Lewat Tarikh “Post Dated Cheque” yang dibayar atas nama Bendahari Universiti Teknologi Malaysia (CIMB Bank Berhad: 8006053536).

3.1.3 Cadangan tempoh sewaan adalah tidak melebihi 10 tahun dengan menggunakan kaedah sewaan 3+3+3+1.

3.1.4 Cadangan kadar sewaan minima adalah pada RM10,000.00 sebulan.

Page 9: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

8 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

3.1.5 Menyediakan model bisnes yang memberikan pulangan pelaburan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak iaitu antara pihak syarikat dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

3.1.6 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhak menyemak dan menaikkan kadar sewa sebanyak 5 – 10 peratus setiap tahun bergantung kepada nilai pasaran semasa dan unjuran pulangan pelaburan mengikut tempoh penyewaan yang munasabah.

3.1.7 Memastikan sebarang risiko yang akan ditanggung oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah minima atau tiada.

3.1.8 Kos guaman, dokumen perjanjian serta penyeteman adalah di bawah tanggungan syarikat.

3.1.9 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak akan mengeluarkan apa-apa suntikan kewangan atau dana bagi projek ini.

3.1.10 Syarikat yang berjaya perlu menyediakan bon jaminan berjumlah RM60,000.00 di atas nama Bendahari Universiti Teknologi Malaysia sebagai satu bentuk jaminan sekiranya syarikat gagal menyiapkan kerja-kerja ubah suai bagi tujuan naik taraf premis Arked Meranti.

3.1.11 Sekiranya syarikat gagal menyiapkan kerja-kerja ubah suai bagi tujuan naik taraf premis Arked Meranti dalam tempoh masa yang ditetapkan, Universiti Teknologi Malaysia berhak menghentikan kerja-kerja ubah suai yang dijalankan seterusnya menuntut segala kos kerugian atau yang ditanggung oleh Universiti Teknologi Malaysia (sekiranya ada) akibat kegagalan syarikat.

Page 10: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

9 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

LAMPIRAN A: LAMPIRAN GAMBAR TERKINI ARKED MERANTI

Page 11: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

10 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

Page 12: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

11 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

Page 13: Isi Kandungan Muka Surat - utm.my filekeselamatan pemakanan. 2.3. Syarikat yang berjaya juga akan diberikan hak beroperasi di dalam Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

12 Naskah Pelawaan Mengemukakan Cadangan (Request for Proposal) Bagi Menaik taraf Dan Sewaan Arked Meranti Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru