isi kandungantakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan...

37

Upload: others

Post on 05-Oct-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan
Page 2: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

ISI KANDUNGANDato’ Siti Nurhaliza : M.E.S.T.IKaya Dan Berjaya

Anthony Robbins : Mencipta Hidup LuarBiasa Dipersada Dunia

13 Nasihat Kehidupan Di InspirasikanOleh Anthony Robbins

10 Sebab Mengapa Anda Tidak MencapaiKebebasan Kewangan Dan Masa

Kekayaan Bersadur Kemuliaan : Anugerah Yang Tidak Ternilai

Sindrom Qarun : Keangkuhan YangMemusnahkan

Jerry Rizal : Do It Right The First Time

Penasihat PenerbitanDr. Azizan OsmanJerry Rizal

Penulisan & Editor([email protected])Om Karini KareanNurzamir Zakaria

Pemasaran DigitalAizzuan Mohamad AliAhmad Syafiq Abd Suki

Pereka GrafikMohd Helmi Mamat

1111822273134

Page 3: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

M.E.S.T.I. KAYADAN BERJAYA

DATO’SITI NURHALIZA

Edisi kali ini cukup istimewa kerana AO Tribe berpeluang bersoal-selidik dengan figura hebat Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin yang memiliki latar kerjaya yang luar biasa di samping aura yang tersendiri. Selain kehebatannyadalam dunia artis, beliau juga begitu sinonim dengan dunia kecantikan.

Dato’ Siti yang lebih selesa dan mesra hanyadipanggil Siti adalah ikon yang cukup berharga buatNegara kerana sentiasa mengharumkan nama Malaysiadi platform antarabangsa. Sehingga hari ini, beliau telah menerima lebih 200 anugerah tempatan danantarabangsa.

Kesudian Siti untuk memberi liputan dalam edisiAO Tribe kali ini meninggalkan detik yang cukupberharga. Ternyata bukan mudah untuk mencuri masawanita berusia 35 tahun ini dek kekangan komitmennyaterhadap tanggungjawab sebagai seorang penyanyitersohor. Sikap beliau yang tetap terus berusaha secara konsistendalam semua perkara untuk memberikan yang terbaik,terutamanya buat para peminat yang membuatkanbeliau tetap bertakhta di hati rakyat Malaysia. Terkenaldengan kecantikan dan kejayaan sebagai seorangpenyanyi, penulis lagu dan lirik, penerbit rekod danahli perniagaan menjadikan beliau anak seni yangpaling disayangi di negara ini.

Album terbarunya berjudul Fragmen yang dipasarkanpada 30 Jun lalu dikhabarkan habis dijual sebaiksaja berada di pasaran. Sekaligus membuktikanyang para peminat diva nombor satu ini cukupmenanti kehadiran album pop terbarunya selepas duatahun tidak membuat rakaman album penuh. Sititelah bekerjasama dengan himpulan barisan produserpopular dan hebat seperti Aubrey Suwito, MujahidAbdul Wahab, Faizal Tahir, Mike Chan & Ade Govinda untuk menghidangkan karya terbaik bersama mereka.

Pada masa yang sama, pelancaran terbesar untuk rangkaianproduk kecantikan dan anti-penuaan kulit yang terbesar

untuk SimplySiti telah dilancarkan tahun ini. Siti yang mula menceburi dunia keusahawanan telahmemperkenalkan SimplySiti pada tahun 2010, sebuah jenama kecantikan sebagai langkah untuk berkongsi rahsia kecantikan beliau kepada wanita-wanita yang menjadikannya sebagai seorang ikon kecantikan.

Berkat sokongan ramai, SimplySiti telah berjayamencapai kejayaan sebagai salah satu jenamakecantikan yang setaraf dengan jenama lain dipasaran dalam tempoh 4 tahun sahaja. Inovasiproduk yang unik bagi rangkaian penjagaan kulit dan wangian, serta warna-warna kosmetik yang mengikuttrend semasa, serta berkualiti tinggi membuatkanSimplySiti antara jenama kecantikan yang diminatiramai.

Pasti anda tertanya bagaimana penyanyi nombor satu Negara dan usahawan berjaya ini menguruskan masanya dalam bidang kerjaya yang pelbagai ini. Yang menariknya, Siti mengukir kejayaan satu demi satu kerana beliau fokus, berjiwa besar dan berimpian luar biasa. Jika anda baca dengan teliti, anda akan faham bagaimana orang yang memiliki kejayaan, kekayaan, kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan luar biasaseperti Siti mengaplikasi ilmu MESTI – Mentor,Elmu, Sistem, Tindakan dan Impian. Nak tahuselanjutnya, ilmu ini ada di program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK).

Bergelar usahawan industri kecantikan, maka sudah menjadi kewajiban kepada Siti untuk berkongsi ilmu dengan peminat-peminat dan pembaca AO Tribesebagai inspirasi membangkitkan ramai lagi usahawantanahair. Baca perkongsian Siti dalam merealisasikanimpiannya membina sebuah empayar kosmetik -SimplySiti.

1

Page 4: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

SEGMEN : TAMU AOTRIBE

APLIKASI FORMULAM.E.S.T.I. DALAM KERJAYA

DATO’SITI NURHALIZA

1. Apakah kisah hidup Dato’ sebelum menjadi seorang artis dan usahawan? Sebelum bergelar seorang anak seni, saya memang seorang pelajar dan masih belajar di sekolah menengah di Kuala Lipis, Pahang. Di samping itu, saya seorang yang sangat aktif dalam bidang seni dan kebudayaan di sekolah serta mewakili sekolah dan daerah juga dalam bidang sukan.

Di kampung, saya sering mengikut bapa saudara saya yang mempunyai banda sendiri untuk menyanyi dimajlis orang kahwin atau majlis kebudayaan. Saya mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas menjuarai pertandingan Bintang HMI terbitan RTM pada tahun 1995 dan album pertama saya muncul di pasaran pada tahun 1996.

2

Page 5: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

2. Mengapa Dato’ mahu menjadi seorang usahawan walaupun sudah berjayasebagai seorang artis?

3. Bagaimana Dato’ mula menceburibidang keusahawan terutamanyaindustri kecantikan? Apakahlangkah-langkah Dato’ sebelummenceburi perniagaan ini?

Memang saya amat berminat tentang soal kecantikan wanita sejak dulu lagi. Jadi saya mengambilkeputusan untuk mengusahakan sebuah syarikat dan jenama kecantikan untuk berkongsi rahsia kecantikan saya bersama para wanita di luar sana.

Sebelum memulakan sebarang syarikat keusahawanan, terutamanya dalam industri kecantikan, banyakperkara harus dilakukan terlebih dahulu, terutamanya penyelidikan dari segi pasaran, trend, kandungan efektikuntuk produk, dan tabiat pengguna. Kita juga perlu mengambil tahu dan menitik beratkan soal potensi untuk masuk ke dalam sesebuah pasaran tertentu.

Amat penting juga untuk memiliki strategi yang baik dari segi pemasaran dan perlu juga untuk bekerjasama dan mempunyai hubungan yang erat dengan rangkaian pengedar barangan kita. Dengan memiliki semua pengetahuan mengenai perkara-perkara tersebut barulah saya ada keyakinan untuk memasuki pasaran dan industri kecantikan ini.

3

Page 6: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

4. Bagaimana Dato’ memasarkan produk dan perkhidmatan di pasaran kosmetik yang sudah matang dengan berbagai jenis jenama?

5. Apakah cabaran-cabaran yang Dato’ hadapi dalam perniagaan dan bagaimana Dato’ menangani cabaran-cabaran ini?

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat banyak jenama-jenama kecantikan di pasaran sekarang.Amatlah penting bagi sesebuah jenama untuk mengambil tahu dan peka dengan keadaan serta trend pasaransekeliling. Menyelidik dan mengkaji pelbagai jenis kemahuan dan keperluan para pengguna, supaya kita boleh memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Sesuai dan sejajar dengan kemahuan mereka.

Sebagai seorang usahawan, tak kira dalam apa jua bidang pun, cabaran datang dari pelbagai segi,terutamanya, saingan luar. Kita perlu peka dengan kehendak pasaran dan kehendak pengguna-pengguna, serta memiliki kepakaran untuk mengendalikan operasi syarikat dari segi pemasaran, admin dan sebagainya.

Saya juga memastikan bahawa saya memiliki team yang mempunyai kepakaran, pengalaman danpengetahuan di dalam mengendalikan syarikat ini supaya kami lebih maju dan lebih inovatif ke depan.

Untuk kekal di dalam pasaran yang kian giat berkembang, kita perlu lebih inovatif dengan produk-produk yang ditawarkan kepada para pengguna. Contohnya seperti rangkaian penjagaan kulit yang baru-baru ini dilancarkan iaitu Hidra Vita. Hidra Vita merupakan sebuah konsep terbaru penjagaan kulit di mana ia merupakanrangkaian penjagaan khusus yang bebas dari sebarang wangian dan terdiri daripada Hidra Vita A, B, C, E dan disesuaikan dengan sasaran keperluan tertentu kulit.

4

Page 7: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

6. Apakah rancangan Dato’ untuk mengembangkan perniagaan Dato’?

8. Pada pandangan Dato’, mengapawanita perlu menceburi bidangkeusahawanan?

InsyaAllah pada tahun 2015, saya dan team SimplySiti akan mengeluarkan lebih banyak produk-produk penjagaan kulit dan juga kosmetik dengan konsep baru dan manfaat-manfaat yang lebih efektif,warna- warna seasonal collection yang lebih menarik untuk para pengguna di luar sana. Pada tahun depan juga, InsyaAllah kami ingin melancarkan wangian eksklusif yang patut dinantikan oleh para pengguna di luar sana.

Kami di SimplySiti juga ingin meluaskan lagi sasaran pengguna kami melalui strategi pemasaran yang lebih antarabangsa. Ini dapat dilihat dari segi packaging kami, konsep marketing yang lebih antarabangsa supaya dapat diterima dengan lebih luas lagi.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu perlulah mempunyai tahap kegigihan dankesabaran yang tinggi. Ini kerana terdapat banyak saingan di luar sana. Akan tetapi, jadikan setiap kritikan, teguran atau saingan sebagai teladan dan iktibar untuk lebih maju ke depan.

Kita juga perlulah mempunyai keinginan untuk belajar perkara yang baru dari pengguna dan juga saingan-saingan yang berada di dalam pasaran supaya dapat lebih memperbaiki apa yang kita sedang lakukansekarang.

Bagi Siti, lelaki ataupun wanita, tidak penting. Yang penting ialah daya usaha, cita-cita dan sikap mahu belajar dan bersaing untuk lebih ke depan. Untuk berjaya, seseorang itu perlulah mempunyai semangat kental dan kegigihan untuk bersaing dan menjadi terbaik. Akan tetapi, jika kita bercakap soal industri kecantikan, semestinya kaum wanita mempunyai kelebihan kerana mereka memahami keperluan dan kemahuan wanita dari segi kecantikan.

7. Pada pandangan Dato’, apakah ciri-ciri utama seorang usahawan yang berjaya?

5

Page 8: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

10. Apakah perancangan Dato’ dalamindustri musik dengan pelancaran album terbaru?

Saya mengaku bahawa bukanlah suatu perkara yang senang untuk membahagikan masa sebagaiseorang artis dan juga seorang usahawan. Tetapi Alhamdulillah, saya amat beruntung dan bersyukur kerana saya mempunyai team yang amat kuat untuk bersama saya bekerjasama menjalani tugasan-tugasan harian. Mereka inilah yang membantu saya merealisasikan visi dan keperluan syarikat ini. Saya juga amat berterimakasih kepada team SimplySiti kerana selalu memberikan maklum balas mengenai pasaran sekeliling dankehendak pengguna. Bagi saya teamwork adalah amat penting supaya operasi syarikat berjalan secara lancar.

Album terbaru saya berjudul Fragmen dan ini merupakan sebuah album yang sangat saya banggakan.Saya dan Aubrey Suwito iaitu penasihat dan penerbit bersama untuk album ini berkongsi buah fikiran untukmenghasilkan sebuah album yang kami namakan killer album. Saya amat berpuas hati kerana dapatberkolaborasi dengan ramai komposer dan penulis lirik dalam album ini di mana ada di kalangan mereka saya baru pertama kali bekerjasama. Saya mengidamkan agar setiap tahun saya dapat muncul dengan showcase atau konsert buat peminat-peminat saya. Saya juga akan terus menghasilkan lagu-lagu terbaik dan persembahanyang dapat memuaskan hati peminat-peminat saya.

9. Bagaimana Dato’ menguruskan masa sebagai seorang artis dan usahawan?

6

Page 9: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

11. Adakah Dato’ berminat dalam bidang lain selain bidang keusahawanan dan musik?

12. Jika Dato’ mempunyai peluanguntuk membuat perubahan atau mengubah sesuatu dalam hidup anak bangsa dan orang ramai, apakah usaha itu?

Saya suka memulakan perkara secara Fokus. Jika sebelum ini saya berkecimpung sebagai artis dan juga mempunyai syarikat produksi sendiri iaitu Siti Nurhaliza Productions yang menguruskan semua halberkaitan kerjaya saya, selepas berbelas tahun, barulah saya berani bergelar usahawan dengan jenamakecantikan sendiri, SimplySiti serta berjinak-jinak dalam bidang tekstil/pakaian bersama Ariani. Dan untuk seterusnya ini saya berharap agar ada ruang perniagaan lain yang dapat saya ceburi.

Saya mahu membangkitkan semangat anak-anak muda di luar sana agar tidak mudah berputus asa dan merasakan hidup akan terus gagal jika tidak mempunyai kelulusan yang baik dalam akademik. Bila hidupterumbang ambing, mereka akan terjerumus dengan gejala yang tidak sihat. Saya berharap akan dapatmemberikan motivasi kepada anak-anak muda bahawa jangan malu jika kita tidak ada kelulusan akademik yang tinggi kerana kerja keras akan membawa kejayaan kepada kita. Orang yang berusaha pasti selalu ada jalan yang baik untuknya.

7

Page 10: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

Penampilan diri dan kesihatan yang baik sangat penting bagi kaum wanita dan lelaki zaman ini.Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penuaan kulit dan satu faktor yang tidak dapat dielakkan adalah faktor semulajadi usia. Dengan peredaran waktu dan usia, garis-garis halus dan kedutan mudah muncul dan akan dapat dilihat dengan ketara pada kulit wajah. Keserian dan keremajaan wajah ini akan semakin pudar.

Menyedari betapa pentingnya keperluan dan kehendak para pengguna untuk menangani masalahpenuaan, SimplySiti telah mengeluarkan satu rangkaian penjagaan kulit anti-penuaan yang baru, New Age+. Ia merupakan rangkaian penjagaan kulit global inovatif yang memperbaiki tanda-tanda penuaan kulit secara ketara, seterusnya membuatkan wajah tampak lebih menarik, dan lebih muda.

Dengan kombinasi empat bahan berkuasa iaitu Vita Soure, Matrixyl 3000, Argireline dan jugaSyn- Glycan, New Age+ memberikan 6 faedah yang membantu menyelesaikan masalah anti-penuaanmelalui formula eksklusif Cellular Activator Complex yang bertanggungjawab meremajakan, memperbaiki,menyegarkan, memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit.

70% wanita Asia berumur 29 – 59 tahun bersetuju kulit mereka lebih anjal, tegang serta lebih lembap setelah 4 minggu menggunakan rangkaian penjagaan kulit New Age+.

Pembelian produk New Age+ boleh didapati di Watsons terpilih, Guardian, Sogo, AEON dan AEON BIG di seluruh negara. Untuk pembelian secara online, layari www.simplysiti.com.my/shop.

Serlahkan Keremajaan Kulitmu Yang Lembut,Halus Dan Cerah Dengan Formula Anti-Penuaan Kulit Terkini

SIMPLYSITI NEW AGE+

NEW AGE+ TERBUKTI KEBERKESANANYA

8

Page 11: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

9

Page 12: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

10

Page 13: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

11

Page 14: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

SEGMEN : PESONA INSPIRASI

MENCIPTA HIDUP LUAR BIASA DI PERSADA DUNIA

TONY ROBBINS

Sejak tiga dekad yang lalu, Anthony Robbins telah berkhidmat sebagai penasihat kepada para pemimpin di serata dunia. Beliau terkenal dan diiktiraf di dalam bidang psikologi kepimpinan, perundingan, perubah haluanorganisasi dan pencetus prestasi. Beliau telah diberi penghormatan bagi strategi kebijaksanaan dan usaha didalam bantuan kemanusiaan.

Anthony Robbins Foundation merupakan sebuah yayasan yang telah dibina oleh beliau bagi menyediakanbantuan kepada belia di bandar, warga emas dan juga masyarakat yang tidak mempunyai tempat tinggal. Yayasan ini juga telah memberi sumbangan makanan kepada lebih dari 3 juta orang di 56 buah negara setiap tahun melalui percutian ‘Basket Brigade’.

Lebih dari 5 juta orang dari 100 buah negara seluruh dunia telah menerima impak perubahan hidup secara langsung oleh Anthony Robbins melalui penulisan buku-buku paling laris beliau, produk multimedia, produk kesihatan, ceramah umum serta acara-acara secara langsung.

Di sini kami kongsikan beberapa fakta berkenaan Anthony Robbins yang mungkin berguna dijadikan sebagai rujukan dan inspirasi hidup.

12

Page 15: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

#Jejak Perniagaan Robbins memulakan karier hidup dengan membuat promosi seminar yang dikendalikan oleh Jim Rohn. Dalam waktu yang sama, Robbins mengambil peluang mempelajari ilmu dari Jim. Menurut Robbins, Jim pernahmemberitahu sesuatu yang penuh bermakna kepadanya, “Kebahagiaan dan kejayaan hidup bukan boleh diukur dari apa yang kita miliki, tetapi diukur dari cara bagaimana kita pilih untuk melalui hidup ini. Apa yang kita dapat lakukan dari apa yang kita miliki, memberi kesan perubahan yang besar ke atas kualiti hidup ini”.

Masa berlalu dengan pantas dan Robbins mula mengadakan seminar pembangunan yang dikelola oleh dirinya sendiri. Beliau juga mengajar Neurolinguistic Programming (NLP) dan Ericksonian Hypnosis yang dipelajari dari mentornya John Grinder.

Pada tahun 1977, Robbins menganjurkan Leadership Academy seminar. Di dalam seminar ini, para peserta akan mempelajari cara membina identiti diri yang hebat bagi membantu orang lain mencapai kejayaan tidak kira apa cabaran yang menimpa mereka. Kejayaan demi kejayaan Robbins berjaya membina, sehingga beliau menjadi seorang jutawan terkenal pada usia 24 tahun.

JOHN GRINDERJIM ROHN

#Awal Kehidupan Anthony Robbins dilahirkan di North Hollywood, California pada 29hb Febuari 1960. Robbins kemudian berpindah dari tempatasalnya ke Azusa, California dan mengikuti pembelajaran diGlendora High School. Beliau tidak pernah berpeluang untukmenyambung pelajaran ke peringkat kolej.

Menurut keratan artikel di dalam majalah Playboy, Robbins telah dibesarkan di dalam keadaan yang penuh duka di mana ibunyamerupakan seorang penagih dadah dan kaki minum. Pada umur 17 tahun, Robbins telah dihalau keluar dari rumah oleh ibunya.Dengan usia yang masih muda, Robbins mula bekerja sebagaiseorang tukang dari rumah ke rumah.

13

Page 16: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

#Perunding Keamanan & Bantuan Kemanusiaan

#Penasihat Strategi Kepada Pemimpin Dunia

#Usahawan Berjaya & Kepujiaan Strategi Bisnes

Kejayaan Tony Robbins

Robbins telah dipilih sebagai Naib Pengerusi Kesihatan, Pendidikan dan Sains bagi Pusat Penyelidikan Bangsa-bangsa Bersatu untuk ‘International Council for Caring Communities (ICCC) NGO’.

Beliau juga bekerja bersama ‘Organization of American States’, ‘Carter States’ dan ‘United States Agency for International Development (USAID)’. Robbins merupakan salah satu ahli pasukan perunding keamanan dan penyelesaian pilihan raya kepada perselisihan serta konflik yang telah menghancurkan rakyat Venezuela dan ekonomi rakyat tersebut.

Dengan menggunakan strategi beliau iaitu ‘Leadership in Times of Crisis’ dan sistem ‘Indirect Negotiations’, teknik rundingan Robbins ini berjaya memecahkan corak kekerasan dan meredakan ia dari retorik yang membawa kepada kekerasan ini.

Robbins telah bertemu, berkonsultasi atau memberi pandangan nasihat kepada pemimpin antarabangsaseperti Nelson Mandela, Mikhail Gorbachev, Margaret Thatcher, Francois Mitterrand, Puteri Diana dan IbuTeresa (Mother Teresa). Beliau telah memberi khidmat konsultasi kepada dua anggota keluarga diraja, ahli-ahli kongres Amerika Syarikat, Tentera Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat dan juga Bill Clinton.

Robbins memiliki kelebihan unik bagi mengenal pasti corak dan model strategi asas yang menjana hasil konsisten bagi beberapa individu yang paling berjaya di dunia.

Robbins merupakan seorang usahawan yang berjaya. Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi kepada 7 buah syarikat persendirian di dalam bidang industri hospitaliti, pendidikan, produksi media, perkhidmatan perniagaan dan Neutraseutikal.

Para pemimpin yang telah berada di puncak kejayaan di dalam bidang masing-masing akan menyeru Robbins menjadi penasihat strategi apabila mereka menghadapi keputusan kritikal yang memerlukan pendapat kreatif dan penilaian secara kebarangkalian dan kesannya.

American Express telah membuat satu tinjauan ke atas pelanggan usahawan mereka. Jika harga bayaran tidak menjadi isu, siapakah yang akan dipilih oleh mereka di dunia secara peribadi untuk membimbing dan membawa perniagaan mereka ke tahap seterusnya? Robbins telah dipilih bersama-sama Bill Gates, Donald Trump, Warren Buffet, Lee Lacocca dan Ross Perot.

14

Page 17: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

#Dermawan

#Pemenang Anugerah Penceramah

Hampir 30 tahun lalu, bermula dengan usaha membantu secara peribadi kepada dua buah keluarga yang tiada tempat tinggal, kini beliau berjaya mengembangkan bantuan ini menjadi sebuah percutian antarabangsa Yayasan Tony Robbins ‘Basket Brigade’. Percutian ini telah membantu memberi sumbangan makanan kepada lebih dari 3 juta orang di 56 buah negara seluruh dunia setiap tahun.

Yayasan beliau juga telah menyediakan bantuan sokongan bagi pencetus program-program di lebih 2,000 buah sekolah, 700 buah penjara dan 100,000 organisasi dan pusat perlindungan. Hampir 20 tahun, Robbins secara peribadi menaja kelas darjah lima bagi orang kurang bernasib baik di Houston, Texas dengan menjadi mentor peribadi dan penaja pendidikan kolej mereka.

Selain dari usaha beliau sebagai fasilitator kepimpinan, keamanan dan dermawan di peringkatantarabangsa, Robbins juga merupakan seorang pemenang anugerah penceramah kepada pelbagai lapisanmasyarakat. Antara yang mengikuti ceramahnya seperti Parlimen British, Harvard Business School, Gorbachev Foundation’s Cold War Forum, President’s Summit for America’s Future, State of the World Forum, VicePresident Al-Gore’s Putting Customers First Conference dan World Economic Forum.

Pada tahun 2006, beliau telah dijemput memberi ucapan di majlis berprestij Technology Entertainment and Design (TED) Conference yang dihadiri oleh pemikir dan pemimpin-pemimpin berpengaruh di dunia termasuk pengasas Google dan Naib President Al Gore. Video Ucapan Robbins adalah salah satu daripada sepuluh teratas yang paling banyak dilihat dalam sejarah TED dengan lebih daripada dua juta views. Toastmasters International juga telah mengiktiraf Robbins sebagai salah satu penceramah yang terunggul di dunia dengan menganugerahkan beliau Golden Gavel Award, satu penghormatan Toastmasters paling berprestij. Lebih daripada empat juta orang dari lebih 100 negara telah menghadiri seminar Tony Robbins secara langsung, di majlis jemputan atau di sesi program latihannya.

15

Page 18: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

#Penulis Buku Paling Laris DiPeringkat Antarabangsa

#Keluarga

Robbins adalah salah seorang penulis buku paling laris di dunia. Lima buah buku beliau telah diterbitkan dalam 14 bahasa antaranya ‘Unlimited Power’ dan ‘Awaken the Giant Within’. Beliau telah mencipta fenomena luar biasa di dalam pembangunan diri dan profesional sepanjang masa. Personal Power merupakan pita audio yang telah terjual lebih daripada 40 juta pita di seluruh dunia. Robbins juga berjaya mewujudkan satu sistem lengkap terhadap pendidikan, strategi dan momentum melalui perubahan yang boleh diukur serta berkekalan.

Robbins sangat berkomitmen untuk mewujudkan satu legasi yang bertahan selamanya bagi memberikesan baik kepada dunia. Komitmen ini hanya akan berjaya melalui semangat keluarga sebagai seorang bapa yang berdedikasi terhadap empat orang anak serta seorang suami yang penyayang terhadap isterinya.

Robbins pernah bercerai dan berkahwin semula. Pengalaman peribadi Robbins dalam membina dan menjalin perhubungan mesra dengan isteri dan anak-anak memberi kematangan kepada Robbins dalam memahami isu delicate ini. Robbins juga menganjurkan program untuk mengajar orang ramai cara membina perhubungan yang luar biasa melalui program Ultimate Relationships dan Crazy Love Making.

16

Page 19: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan
Page 20: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

13NASIHAT KEHIDUPAN DI INSPIRASI OLEHANTHONY ROBBINS

#2

#1

Tiada Batasan

Hargai Masalah

Jika anda tidak boleh, anda mesti buat dan jika anda buat, anda pasti boleh.

Setiap masalah adalah hadiah. Tanpa masalah, kita tidak akan berkembang menjadi lebih bagus lagi.

#3Bersedia Untuk Berubah

Kenapa perlu hidup seperti biasa, sedangkan anda mampu untuk hidup luar biasa.

18

Page 21: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

#5

#7

#4

#6

#8

Fokus Pada Penyelesaian

Tanya Soalan Yang Tepat

Jangan FokusPada Ketakutan

Bertindak

Bertanggungjawab

Kenal pasti masalah anda, tetapi arahkan seluruh tenaga dan tumpuan kepada penyelesaian.

Orang berjaya akan tanya soalan yang tepat dan hasilnya merekamenerima jawapan yang terbaik.

Fokus kepada arah tuju haluan hidup, bukan apa yang anda takuti.

Sebuah keputusan sebenar diukur melalui tindakan baru yang anda laksanakan. Jika anda tidak bertindak, ini bermakna anda masihbelum membuat apa-apa keputusan lagi.

Walau apapun terjadi, anda mesti bertanggungjawab.

19

Page 22: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

#10

#12

#9

#11

#13

Fahami Dan Kuasai Masa

Mencari Inspirasi

Beri Komitmen100%

Tetapkan Matlamat

Gunakan Kemampuan DiriSehabis Boleh

Sebaik sahaja anda menguasai masa, anda akan faham kenapa ramai orang terlalu bangga dengan pencapaian dalam masa satu tahun dan mengapa mereka memandang rendah apa yang boleh mereka kecapi dalam masa satu dekad.

Di dalam kehidupan anda memerlukan inspirasi atau desakan hidup.

Anda akan sentiasa mempunyai cara - jika anda komited.

Menetapkan matlamat merupakan langkah pertama bagi mengubah sesuatu yang kita tidak boleh nampak kepada sesuatu yang jelas.

Terdapat satu kuasa yang kuat yang memacu di dalam diri setiap manusia. Sebaik kuasa ini dibangkitkan sepenuhnya, ia boleh

menjadikan visi, impian dan keinginan kita menjadi realiti.

20

Page 23: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan
Page 24: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

10 SEBAB MENGAPAANDA TIDAK MENCAPAIKEBEBASAN KEWANGAN DAN MASA

#1Anda Fikir Ianya MustahilUntuk Dicapai

Alangkah indahnya jika hidup kita bebas dari memikirkan masalah kewangan, bebas untuk melancong ke mana sahaja tanpa henti, berbelanja apa sahaja yang kita idamkan tanpa rasa bersalah untuk memilikinya. Inimerupakan impian kehidupan semua manusia, tetapi berapa ramai yang berjaya mencapai tahap kehidupan ini? Secara realitinya, ramai yang gagal kerana di dalam diri mereka sering terucap satu perenggan ayat:

“Berhenti mimpi di siang hari! Kau takkan dapat semua yang kau idamkan,kau umpama angan-angan Mat Jenin…”

Ayat inilah yang sering didengari di dalam kepala kita sendiri. Kadang kala ia tidak berbunyi di dalam kepala, ia berbunyi melalui sindiran percakapan oleh ahli keluarga, rakan dan orang sekeliling.

Apabila ayat ini diulang beribu kali tanpa henti, secara tidak langsung ianya akan menjadi kepercayaan yang abadi di dalam diri yang membawa kepada satu ayat baru iaitu:

“Ianya mustahil untuk dicapai.”

Kepercayaan karut inilah punca yang menghalang kita untuk mencapai kebebasan kewangan dan masa.Disebabkan terlalu percaya kepercayaan karut ini, kita mula bertindak sambil lewa, malas mencari ilmu yang boleh membawa kebebasan kewangan, tak nak berjumpa dengan orang terbukti berjaya untuk meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi kaya dan berjaya. Senang cerita, kita akan cuba mencari pelbagai alasan karut kerana kita percaya bahawa kebebasan kewangan dan masa itu ‘Ianya mustahil untuk dicapai’.

Semua orang impikan kebebasan dari beban kewangan dan masa, tapi malangnya hampir kesemua orang ini gagal kecapinya. Secara asasnya terdapat 10 sebab kenapa anda tidak berjaya kecapi kebebasan kewangan dan masa ini.

22

Page 25: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

#2

#3

#4

Anda Tidak MempunyaiPerancangan

Tidak Nampak Apa YangDiimpikan

Tidak Bayar Diri SendiriDahulu

Jangan asyik membazir air liur dengan mengatakan “Suatu hari, aku akan bebas dari masalah kewangan dan masa”, pastikan anda mempunyai perancangan yang khusus untuk mencapainya.

Keinginan kuat sahaja tidak mencukupi jika ianya tidak digandingkan dengan pelan pelaksanaan dan strategi untuknya. Tiada gandingan kedua-dua ini akan membawa anda kembali semula ke alam angan-angan Mat Jenin.

Apakah perancangan anda dalam masa setahun? 3 tahun? 5 tahun? Strategi dan pelan pelaksanaan apa yang akan anda gunakan bagi mencapai segala perancangan ini?

Mencabar tak soalan ini? Sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah mencari sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian tuliskan jawapan bagi kedua-dua soalan ini secara ringkas terdahulu. Selesai baca keseluruhan artikel ini, baca kembali jawapan anda dan tulis semula sehingga ia menjadi satu perancangan yang terperinci dan real-istik untuk dicapai.

Bertindak sekarang! Jangan berlengah-lengah!

Salah satu rahsia kenapa orang berjaya terus berjaya dan berjaya lagi ialah mereka nampak apa yang mereka inginkan.

Papan visi (vision board) merupakan antara formula rahsia yang dapat membantu anda merealisasikan impian bebas masalah kewangan dan masa. Tulis segala impian dan matlamat anda di atas papan visi ini. Kalau boleh sertakan gambar-gambar yang boleh mencetuskan perasaan geram atau tak sabar untuk memilikinya. Pastikan letak papan visi ini di tempat yang paling senang dilihat oleh mata anda. Sebelum melakukan apa-apakerja, anda dicadangkan untuk melihat papan visi ini terdahulu. Lihat dengan semangat tinggi untukmencapainya. Kajian menunjukkan papan visi mampu membantu menambah keyakinan diri untuk berjaya serta dapat menghakiskan kepercayaan karut ‘mustahil’ secara separa sedar.

Jangan jadi seperti orang lain, terima gaji sahaja terus habis bayar hutang dahulu. Beri keutamaan untukmembayar diri sendiri dahulu sebelum bayar benda lain.

Apa yang dimaksudkan dengan membayar diri sendiri dahulu? Membayar diri sendiri dahulu bermaksud setiap kali anda mendapat gaji tetap atau apa-apa jenis pendapatan sampingan, cepat-cepat asingkan 10% dari wang yang anda miliki ke tempat lain. Dicadangkan agar anda membuka satu akaun bank khas untuknya. Jika malas sangat, buat sahaja satu tabung bekas plastik.

Wang 10% ini anda boleh gunakan untuk menaik taraf (upgrade) diri sendiri melalui carian ilmu. Beli buku-buku yang berkaitan dengan kebebasan kewangan dan masa. Jika mempunyai simpanan yang banyak, anda bolehsertai seminar-seminar yang menawarkan jalan penyelesaian kewangan dan masa. Bila sudah memiliki ilmu, wang 10% ini juga boleh digunakan untuk melabur dalam emas, saham dan hartanah.

23

Page 26: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

#5

#7

#6

Ego Terima NasihatOrang Lain

Diselubungi Aura NegatifSepanjang Masa

Tidak Mencipta PemikiranOrang Berjaya

Buangkan ego anda jauh-jauh ke dalam laut. Anda kena akui bahawa anda masih kekurangan ilmu untuk bebas dari masalah kewangan dan masa. Sudah tiba masanya untuk anda bertanya dan menerima nasihat dari orang lain.

Pastikan anda hanya menerima nasihat dari orang yang betul-betul terbukti berjaya, bebas dari masalah kewangandan masa. Pilihan menerima nasihat dari individu yang tepat merupakan intipati paling pantas untuk berjaya dan kaya.

Anda tidak akan berjaya jika diri anda asyik diselubungi aura negatif. Hanya dalam keadaan positif sahaja anda mampu berfikir secara kreatif yang boleh membawa kepada kejayaan hidup.

“Untuk berjaya anda mesti tiru orang dah berjaya dan anda pasti terpaksa berjaya!”

Di dalam negara Malaysia, terdapat beribu mentor yang terbukti berjaya. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih salah satu darinya. Pilih mentor yang bersesuaian dengan matlamat hidup anda, sebagai contoh, jika anda ingin berjaya menjadi seorang tukang masak ternama, pilih mentor Dato Chef Wan antara orang yang sesuai membimbing anda. Siapakah mentor kebebasan kewangan dan masa anda?

Tiru gaya pemikiran mentor ini dengan lebih dekat. Beli buku penulisan mereka, hadir seminar atau kursus-kursus anjuran mereka dan jika nak lagi best ajak mereka minum bersama anda.

24

Page 27: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

#8

#10

#9

Tidak Kekalkan MomentumTindakan

TidakBersyukur

Takut UntukBerkorban

“Orang berjaya akan mulakan sesuatu sehingga ianya habis berjaya.”

Jangan berhenti di separuh jalan, kekal momentum tindakan, kuatkan semangat dan cekalkan hati bagi menghadapisegala rupa cabaran yang bakal menjelma. Cabaran ini hanyalah bersifat sementara, manakala kejayaan akan terus mengukir kejayaan demi kejayaan tanpa henti.

Orang yang tidak bersyukur umpama orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan untuk hidup di dunia ini - dalam kata lain “hati kering”.

Kenal pasti kekayaan dan kejayaan yang anda miliki sekarang, bersyukur dengan apa yang ada dan bersyukur dengan apa yang bakal menjelma. Bersyukur kerana anda masih bernyawa, mempunyai keluarga yang bahagia, rakan yang setia dan lain-lain kebaikan lagi. Tiada gunanya anda mempunyai kebebasan kewangan dan masa jika anda tidak menghargai keindahan kehidupan ini.

Ini bukan kisah korban lembu Hari Raya Aidiladha, ini kisah sejauh mana anda sanggup berkorban demimencapai impian kebebasan kewangan dan masa. Anda mesti bersedia masa untuk cari ilmu, luangkan masa membaca buku atau bahan bacaan lain yang berbentukilmiah. Jangan bazirkan masa dengan aktiviti yang tidak membawa apa-apa manfaat diri. Siap sedia untukbertindak ke arah sasaran perancangan anda.

25

Page 28: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan
Page 29: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

pakah itu kemuliaan? Perlukah seseorang itu pada kemuliaan? Yang lebih penting dari itu, untuk apa gunanya kemuliaan ini?

Kemuliaan adalah perkara yang perlu dicari. Tanpa kemuliaan, manusia akan hidup dalam kehinaan.Pernahkah anda dihina? Bagaimanakah perasaan apabila dihina? Sampai bilakah mahu berada dalam kehinaandan perlukah lakukan sesuatu untuk menghentikan penghinaan tersebut?

Apa yang menarik ialah Tuhan berikan kita keluasan untuk mencari kemuliaan tersebut. Akan tetapi, proses pencarian itu mestilah disertakan dengan tindakan dan usaha yang berterusan serta komited untukmendapatkannya. Mereka yang langsung tidak bertindak, sebenarnya tidak berada di dalam kemuliaan. Duduk diam-diam, mengharapkan diri menjadi mulia dan kalau begitulah caranya, tiadalah sebab mengapa seorang yang bernama Muhammad Bin Abdulllah tidak pernah duduk diam-diam menantikan kemuliaan. Sebaliknya baginda keluar, berjuang, menyebarkan ilmu, memperkasakan akhlak, memberi rahmat untuk alam, makasebab itulah Allah mengangkat kemuliaan darjatnya di sisiNya. Dari ini semua, lalu Allah berfirman:

“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya denganjalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah

naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalamkira-kira balasan) dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang

memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: Orang-orang yang merancangkankejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan

rancanga jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa”.[Faathir: 10]

Ya Allah, rupa-rupanya kata-kata dan amalan amat berkait rapat dengan proses seseorang tersebutmemperolehi kemuliaan. Apa yang kita cakap, apa yang kita buat semuanya adalah doa dan lebih besardaripada itu ialah semuanya akan diangkat ke sisi Allah. Bagaimana sekiranya kata-kata yang kesat setiap hari, amalan yang tidak konsisten untuk sebuah perubahan yang positif, kesemuanya ini diangkat ke atas sana? Bagaimana ingin menuntut kemuliaan di sebalik kata keji dan amalan negatif? Jangan haraplah. Bahkan azab seksa yang berat bakal dijemput atas kata-kata yang tidak baik dan amalan yang jahat disamping menuntut sebuah kemuliaan. Oh tidak.

Apabila minyak ditarik subsidinya, tidak ramai pun yang berkata positif. Makian dan carutan terdengar di sana sini. Baik di laman sosial mahupun di alam realiti. Maka lahirlah parodi-parodi yang jelek dan keji disana-sini. Adakah dengan mencarut akan menurunkan kembali subsidi atau harga minyak? Adakah merekayang menaikkan harga barang mendengar sebarang maki hamun tersebut? Paling tidak tulisan tersebutsampaikah kepada mereka untuk bertindak melakukan satu perubahan?

AAnugerah Yang Tidak Ternilai

27

Page 30: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

Andai tidak, segala kata-kata kejian tersebut akan memakan diri kembali. Lebih buruk apabila kata-kata tersebut diangkat ke sisi Tuhan untuk dihisab. Ya Allah, jauhkanlah kami dari kata-kata yang merosakkan kami.

Orang yang kaya dan berjaya adalah orang yang tidak komplen. Mereka mengambil tahu sesuatu yang berlaku dan apa yang mereka buat adalah sekadar respon terhadap apa yang boleh diketengahkan ataupun tidak. Harga minyak hari ini ditarik subsidinya sebanyak RM0.20, maki hamun sekalipun tidak akan merubah realiti atauapa-apa kerana kita semua terpaksa mengisi juga minyak untuk keperluan seharian. Ya, kita juga serius sekiranya ada pihak yang tertentu dengan sengaja memakan harta rakyat secara kejam dan zalim. Namun bagi puak yang kaya dan berjaya, segalanya akan dapat diatasi dengan jiwa yang positif dan sentiasa mengharap padaNya.

Inilah satu realiti yang sukar untuk ditelan. Harga minyak tetap naik, dan tak pernah turun, walaupun sudahbanyak kali orang mengadu. Apa saja emosi yang kita rasa, tak akan mengubah realiti. Harga minyak tetap akan naik dan poket kita akan semakin nipis. Masalah itu tidak akan selesai sehingga kita belajar dan bertindakmencari jalan selesaikannya. Apa ‘jalan’ yang kita ada?

Di sini kami bawakan beberapa cadangan daripada Mentor kesayangan anda :

#1

#2#3

Jika bekerja, upgrade diriagar dinaikkan gaji. Samada

sambung belajar secarapart-time sambil bekerja.Faktor kelulusan banyak

mempengaruhi gaji seseorangdi banyak syarikat atau

sektor kerajaan.

Tukar kerja yang lebihtinggi gajinya, cuma masalah ini hanya berbentuk strategi

jangka pendek.Berniaga atau Pelaburan.

Cuma jangan mula dengan modal yang besar serta

mestilah sedia untuk belajar ilmu berniaga atau melabur samada melalui membaca

buku yang bagus atau hadir seminar yang bagus. Seminar

percuma pun kini banyakdianjurkan terutamanya pada

hujung minggu.

28

Page 31: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

InsyaAllah, selagi kita berkata dan bertindak positif, Dia Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat akan selalu ada mendengar dan memerhatikan apa sahaja keluhan dan harapan dari kita. Hantarlah amalan dan kata-kata yang baik untuk dinilai di sisiNya sebagai tiket untuk ke Syurga kelak.

Islam itu tertegak dengan Akhlak. Bukankah kita sebagai penganut sepatutnya menyebarkan danmemperdagangkan akhlak itu? Generasi sahabat yang dipimpin oleh Madrasah Rasul yang agung adalahgenerasi manusia yang kaya raya dan mulia. Siapa Usman bin Affan, siapa Abdul Rahman bin Auf, siapa Mus’ab ibn Umair dan ramai lagi? Tidak lain dan tidak bukan mereka adalah billionaire yang mulia bukan sahaja di sisi manusia, bahkan mereka juga mulia di sisi Allah. 1400 tahun sudah mereka meniggalkan kita. Ayuh hidupkan kembali generasi itu kerana andai mereka boleh, kenapa kita tidak?

Salam hormat,

Editor

#4#5

#7#6

Yang paling penting adalah belajar uruskan duit kerana duit sikit boleh jadi banyak

jika diurus dengan baik,begitu juga sebaliknya,

banyak boleh jadi sedikitatau habis jika tidak pandai

menguruskannya.

Tahan nafsu. Stop belanjamakan di luar, kurangkan

window shopping. Kurangkanke tempat yang mampu

‘menggalakkan’ kitaberbelanja mengikut ‘nafsu’. Kurangkan kos, kurangkan

kos dan kurangkan kos.

Sedekah. Semua orangingin ubah hidup tetapi ramai orang tidak mahu ubah sikap serta belajar. The more you give, the more you get. Bila

bersedekah, Tuhan akangantikan lebih daripadaapa yang kita berikan.

Suka atau suka?

Simpan duit, simpan duit dan simpan duit. Walaupun belum tahu berniaga atau melabur,

anda mesti simpan sedikit duit secara berdisiplin. Set sasaran atau target berapa anda mesti simpan setiapbulan dan duit itu TIDAK

BOLEH digunakan langsung melainkan bila ada ilmu

pelaburan.

29

Page 32: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan
Page 33: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

SINDROMQARUN

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran yang tidak terhingga dirafa’kan untukNya di atas nikmat yang tidak terhitung, selawat serta salam tanda penghargaan buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W atas perjuangan yang tidak pernah mengenal penat dan lelah semata-mata menjaga agama Tuhan ini untuk kita, para pejuang pencinta agama, serta pendokong dan penyokong AO Tribe moga anda kaya dan berjaya selalu.

Bagaimana dengan perayaan Idul Adha anda? Banyakkah berkorban? Tahun ini rata-rata tempat hargasebahagian lembu atau kambing ada yang harganya makin meningkat. Begitulah ekonomi dunia hari ini. Suka tidak suka, mahu tidak mahu, kita semua mesti berhadapan dengan situasi ini. Tahniah dan bersyukur bagi yang berkorban dan bagi yang belum, tanamkan dalam pemikiran dan perasaan anda bahawa anda mesti menunaikan ibadah ini setiap tahun kerana ia hanya sekali sahaja setahun tanda kesyukuran di atas nikmat yang telah diberi kepada kita olehNya.

Hakikatnya, setiap perayaan itu mestilah disambut dengan suasana raya yang sebenar. Tidak lama lagi kaum India akan menyambut Deepavali. Bagi yang ada duit, mereka boleh berhari-hari berHari Raya tanpa menunggu sebarang perayaan di Malaysia ini. Bagi yang tiada duit, nak beraya di hari raya pun tak boleh. Pendek kata, hidup ini mesti ada duit kerana ia adalah alat untuk kita capai ketenangan dalam apa jua keadaan sekalipun di samping mampu untuk membahagiakan insan-insan kesayangan yang berada di sekeliling kita.

Kami tidak bercadang untuk membicarakan perkara yang berat. Kami percaya, rata-rata pembaca AO Tribe adalah mereka yang sangat positif dan sangat berjaya. Cuma kebelakangan ini, timbul kembali satu sindrom yang sebenarnya sudah lama berlaku tetapi masih ada segelintir manusia yang terikut-ikut mungkin sebab tidak tahu, tidak mahu tahu atau mungkin sengaja seronok dengan perbuatan tersebut. Ribuan tahun yang lalu, ketika gajet dan internet atau media sosial belum diwujudkan, sindrom suka menunjuk-nunjuk harta peribadi ini telah pun dibuat oleh seorang manusia yang bernama Qarun.

Keangkuhan Yang Memusnahkan

31

Page 34: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

Menunjuknya Qarun akan hartanya dengan penuh kezaliman dan kesombongan bahawa kesemuanya ituadalah hasil dari idea dia sendiri sedangkan dia tidak tahu, segala idea dan rezeki ini hanyalah mutlak milik Allah yang Maha Kaya. Lalu Allah berfirman dalam Surah Al-Qasas ayat 76-82:

“Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian diaberlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya

dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh beratuntuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata

kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnyaAllah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu). (76)

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamuakan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu

(keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah

engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepadaorang-orang yang berbuat kerosakan. (77)

Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalahdisebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai)

tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya,dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak

mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa(apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka,

(kerana Allah sedia mengetahuinya). (78)

Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya.(Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan

dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnyadia adalah seorang yang bernasib baik. (79)

Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): Janganlah kamuberkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh

dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkanorang-orang yang sabar. (80)

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklahdia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan dia

pula tidak dapat menolong dirinya sendiri. (81)

Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan sepertiQarun mulai sedar sambil berkata: Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi

sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah juga yang menyempitkannyakalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan

dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orangyang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya! (82)”

32

Page 35: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

Anda boleh baca balik dan fahami makna sebalik apa yang Allah cuba sampaikan ini. Mungkin agak panjang tapi cukuplah dengan ayat di atas sebagai kata kunci kesedaran buat kita semua bahawa Allah sungguh tidak gemar dan benci kepada orang yang suka menunjuk-nunjuk harta sendiri. Bagi saya, menunjuk dengan erti kata ingin memotivasikan orang lain supaya perlunya kaya dan berjaya untuk mendekatkan lagi diri kepada Pencipta sebenarnya tidak menyalahi tuntutan Tuhan. Pada ayat yang ke-77, Allah menyuruh kita mencari dunia dalam masa yang sama tidak melupakan akhirat sekaligus gunakan dunia itu untuk manfaatkan pada orang lain. Tapi kalau menunjuk seperti Qarun, sombong, berlagak, ego dan kufur pada nikmat yang selama ini diberi secara percuma oleh Allah. Hari ini, ramai yang sudah mula mahu untuk motivasi orang ramai tentang pentingnya kesedaran ada duit yang banyak, tapi saya tidak nampak apakah tujuan memeluk duit yang berkepuk-kepuk atau baring atas tilam duit itu mampu memotivasikan orang lain. Saya percaya, multi-billionaire di Malaysia khususnya atau dunia umumnya juga tidak membuat perangai demikian. Pernahkah anda terjumpa mana-mana gambar Tan Sri Syed Mokhtar bergambar begitu? Ananda Krishnan? Atau mentor kesayangan kita semua bergambar sambil meletakkan kesemua duitnya atas meja sambil ‘thumb up’ untuk anda semua? Ketahuilah ini bukan amalan orang-orang yang berjaya. Sebab itulah, sebelum menulis atau berkongsi gambar di laman sosial akan kemewahan sendiri, tanya pada diri apakah tujuan untuk berbuat demikian. Satu dunia akan melihatnya dan adakah kita mahu persepsi yang positif atau negatif dari orang ramai?

Pada ayat ke-82, dengan tegas Allah berpesan kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya. Dia tidak pernah memilih dan menghadkan kekayaan untuk hambaNya akan tetapi orang yang kufur nikmat memang tidak akan berjaya. Ini janji Tuhan yang Esa. Kisah Qarun yang kunci gedungnya hanya boleh diangkat oleh lelaki kuat pun dengan mudahnya Allah tenggelamkannya di dalam lautan kekufuran, hartanya dimusnahkan sekelip mata, apalah sangat dengan harta yang kita miliki pada hari ini. Faham ke faham?

Kita semua puak kaya dan berjaya, sepentingnya kita mengambil pengajaran dari ayat di atas supaya kita semua tidak terbabas sehingga mendapat kemurkaan Tuhan. Kita mahu Tuhan sentiasa redha dengan apa jua tindakan, cakap, rasa dan apa yang kita fikirkan. Moga dengan kekayaan dan kejayaan yang Allah kurniakan untuk kita semua hari ini dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Berkorban, bersedekah, berzakat, memberi makan dan lain-lain kebaikan adalah dituntut kerana inilah kunci-kunci dan jalan ke Syurga. Paksikan hidup untuk memberi, kita pasti diberkati.

33

Page 36: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan

The idea behind DRIFT is for processes or work to be done correctly and efficiently the FIRST Time so there are no delays in the production or operation process. And to think about it, it’s a practical cost-saving theory from managerial accounting.

But more importantly, this DRIFT philosophy to be done correctly and efficiently is well applicable in our daily lives too besides work. It’s probably one of the most important lessons for us to learn and live by. But the irony is most people fail at doing things right the first time.

The big question is WHY?

A simple example, you either have done a task, but you didn’t give it your full effort? Or you finished a project and it was not up to standards? …and then you had to redo it?

It could now be a question of whether you had the right resources, knowledge and know-how ability to handle the task? For some of us, the task given could be easy while for others it could be grievously challenging.

The best is to try to identify and analyze work scenarios, circumstances and situations and to be proactive in anticipating factors that you can and cannot control. Why this is important is because by taking charge and taking control of what happens to you and your surroundings, it has direct correlation to the success andhappiness that you seek to achieve at work.

This self-awareness and consciousness is important to be developed and further cultivated to help one improve one’s work and life for the good. So be wise and learn this skill.

Here are some useful suggestions to cultivate this behavioral thinking in you and at your work place. 1. Ask for opinion and advice from the right sources and the right people in helping you make decisions, in planning, in seeking improvement. Best is to learn from experienced ones, the experts, someone with the right knowledge or someone successful who is fitting to be your mentor. 2. Follow a good system in a work place. There are standards, systems and process flows in place for you to apply and follow in your daily work routines. Learn from your superiors and if you have a better way to do it, help improve the system. 3. PLAN, PLAN & PLAN – We all plan to some degree but how many of us learn to plan ahead of time and in an efficient and effective way? How often do we anticipate problems, challenges, external factors? Do we know how to plan in the first place?

Now getting a task done is the first step towards success. However, if you want to rise above the rest, you have to go further. Do it with class. It’s not just about getting the job done, but getting it done with flair, going above and beyond.

Anyone can finish a task. But, not everyone exceeds expectations.

In Conclusion, strive to “Do It Right The First Time & Do It With Class…”

JERRY RIZAL :Do It Right The

First Time - DRIFT

34

Page 37: ISI KANDUNGANtakaful4life.com/ebook/ebook5.pdf10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : ... produk kecantikan dan anti-penuaan