iron

15

Click here to load reader

Upload: wan

Post on 18-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

lady

TRANSCRIPT

BIODATANama: Datuk Dr. Maznah HamidUmur: 60 tahunTarikh lahir: 18 April 1955Asal: Ayer Hitam, Jerlun, KedahJawatan: Pengerusi Eksekutif Kumpulan SecuriforceSuami: Datuk Shaheen Mirza

Latar Belakang

Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Datuk telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.

Selain itu, Datuk kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Hal yang paling membanggakan ialah van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Di samping itu, ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada static guard sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high-tech cargo management, perkhidmatan armoured trucking, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep total security.

Hasil daripada kegigihan Datuk dan pasukannya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, penthouse yang eksklusif dan lot lot kompleks perniagaan.

Sebab-sebab saya memilih usahawanan ini:

Walaupun Datuk Dr. Maznah Hamid seorang wanita tetapi beliau sanggup melibatkan diri dalam bidang pekerjaan lelaki. Pada zaman dahulu, kebanyakan lelaki yang melibatkan diri bidang kawalan keselamatan yang bahaya, seperti pegawai keselamatan, polis, bomba, dan sebagainya. Tetapi, Datuk tidak kisah bidang berkenaan sesuai atau tidak dengan statusnya yang sebagai wanita tetapi dan akhirnya Datuk telah membukitkan wanita juga boleh melibatkan diri dalam bidang keselamatan yang penuh dengan banyak kesusuhan dan bahaya. Sebab yang kedua ialah Datuk seseorang usahawanan yang berani kerana Datuk sanggup melibatkan diri dalam bidang yang tidak dikenali oleh orang lain pada 30 tahun dahulu dan berjaya menjadikan Securiforce sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Ciri-ciri keusahawanan

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), Datuk telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.

Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.

Beliau merupakan seorang pendidik, guru keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi pengajian tinggi.

Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, guts feeling, kekebalan, persistency dan sustaining power yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ZERO TO HERO dan AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.

Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan.

Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for Professional Speakers (IFFPS).

Cabaran Dalam Mengendalikan Perniagaan

Menyingkap perjalanan hidup, kegetiran, kesukaran untuk berada di tahap ini berbaloilah wanita ini diberi jolokan The Iron Lady. Asalnya beliau hanya gadis biasa. Gadis desa kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah dan dibesarkan oleh datuk dan nenek yang terlalu konservatif dan kuat agama. Semua benda tidak boleh sehinggakan bersekolah di sekolah orang putih dilarang. Namun beliau tetap belajar di sekolah Inggeris pada waktu pagi dan petangnya di sekolah agama.

Untuk memulakan perniagaannya, beliu terpaksa menjual rumah untuk dijadika modal permulaan berniaga dan kemudiannya berpindah ke rumah setinggan tanpa elektrik dan air. Kini setelah 30 tahun, syarikat yang umpama nadi penggerak perubahan wanita gigih ini gah berdiri dengan beberapa anak syarikat lain seperti pemaju hartanah, Danau Lumayan yang membina kondominium berserta penthouse ekslusif.

Menceburi bidang yang kebiasaannya dipelopori kaum lelaki ada baik dan buruknya. Cabaran dipandang rendah sebelah mata seolah-olah beliau tidak mampu melakukan terutama bila wanita, masih muda dan kekurangan modal. Belum lagi dikira tentangan keluarga, pandangan masyarakat. Namun, cabaran-cabaran itu mengujakan beliau untuk buat yang terbaik lebih-lebih lagi apabila restu dan sokongan daripada suami, keluarga dan anak-anak.

"Saya sentiasa mempertingkatkan kemampuan diri dari aspek bakat, kemahiran, pelan pemasaran, innovasi, dan juga mutu produk dan perkhidmatan yang syarikat kami tawarkan. Saya 'jual diri' melalui personaliti, integriti, dan kualiti syarikat yang saya jadikan modal utama merintis kejayaan saya hari ini. Dan akhirnya saya bukan sekadar dikenali sebagai wanita yang menceburi bidang lelaki tetapi juga menyaingi golongan terbabit," kata Datuk Maznah yang turut berterima kasih kepada media elektronik dan cetak yang mana banyak mempromosikan diri dan kejayaan beliau sebagai inspirasi, dan motivasi kepada seluruh masyarakat terutamanya wanita.Bila ditanya mengenai semangat kentalnya, beliau menegaskan segala pengorbanan, kesusahan, cabaran dan persaingan hebat di peringkat permulaan perniagaan, telah banyak membentuk kekebalan diri dan kekentalan semangat 'iaganya' yang mana tidak boleh diperolehi dari mana-mana universiti pun. Sebab itu, hadapilah apa jua cabaran dan pesaingan dalam dunia perniagaan dengan tabah, bijaksana dan sikap minda yang membina.

Konsep yang menjadi amalan beliau ialah konsep 3K, iaitu kejayaan, kebahagiaan dan kejayaan juga sering dikongsi dalam ceramah motivasi beliau.

Bagaimanakah Datuk membangunkan perniagaannya ?

Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah anda beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.

Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.

Kejayaan Securiforce

Datuk Maznah yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce berkongsi pengalamannya dalam membangunkan syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan terbesar di negara.

Antara jenis perkhidmatan keselamatan seperti pengawal statik, pengawal bersenjata, transit tunai, logistik, pengurusan kargo berteknologi tinggi dan perkhidmatan keselamatan elektronik.

Wanita Besi ini berkata, Securiforce kini mempunyai 65 cawangan di negara ini dan 6,500 kakitangan. Securiforce kini melebarkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (ejen penghantaran darat, laut dan udara). Perkhidmatan syarikat tersebut telah berkembang ke rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Cawangan Securiforce Logistik dibuka di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.

Hasil usaha berterusan syarikat, pihak Danau Lumayan kini sedang dipertimbangkan untuk sama-sama membangunkan projek perumahan mampu milik yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Keupayaan Danau Lumayan bukan sahaja dilihat standing malah lebih baik daripada sebahagian pemaju tersohor yang wujud di negara ini terutama di dalam projek perumahan mampu milik.

Harapan Danau Lumayan di masa hadapan adalah untuk membangunkan sebuah bandar baru berteknologi tinggi di pinggiran Kuala Lumpur atau mana-mana bandar besar di dalam negara ini.

Hasrat ini boleh dicapai sekiranya suatu kerjasama erat dapat diadakan bersama pihak kerajaan pusat mahupun negeri dalam membentuk projek pembangunan secara usaha sama. Perancangan ini adalah berbentuk jangka panjang dan usaha ke arah tersebut sedang giat dilaksanakan.

Anugerah Yang Diterima

Datuk juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan. Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, Datuk telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut:

Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL. Anugerah Tokoh Usahawan DPMM (WP) 1990 Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 Majalah Her World Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Tokoh Usahawan 2006 DPMM Kedah Anugerah BrandLaureate SMEs, Brand Personaliti 2007 (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF) Anugerah Ibu Usahawan 2008 AVON Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 Help University Anugerah Tribute to Women 2008 (Usahawan) Anugerah Usahawan Luarbiasa National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC) Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis) Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 SME Recognition Award 2011 Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 Utusan Karya

Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 4 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaranTHE IRON LADY.

1