kesan pil zat besi terhadap keupayaan daya tahan ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan...

23
KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR SEMASA HAID DI KALANGAN ATLIT WANITA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI KUEH FOONG LING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hoangdang

Post on 14-Jun-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR SEMASA HAID DI KALANGAN ATLIT WANITA,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

KUEH FOONG LING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR SEMASA HAID DI KALANGAN ATLIT-ATLIT

WANITA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya : KUEH FOONG LING____ ______(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atauSULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

__________________________ __________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

13 B, LORONG 7, PUAN HALIJAH BT IBRAHIMJALAN LUCKY,96000 SIBU, SARAWAK.

Tarikh : 18 MAY 2006 Tarikh : 5 MAY 2006

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiSULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikanatau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjanamuda.

Nama Penyelia:

Page 3: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ....................................................

Nama Penyelia : PUAN HALIJAH BT IBRAHIM

Tarikh : MAY 2006

Page 4: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR SEMASA HAID DI KALANGAN ATLIT WANITA,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

KUEH FOONG LING

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia

MAY, 2006

Page 5: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ....................................................

Nama Penulis : KUEH FOONG LING

Tarikh : MAY 2006

Page 6: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ibu dan ayah yang tersayang,

Jutaan terima kasih atas segala pengorbanan, sokongan, dan kasih sayang yang

kalian berikan selama ini untukku agar berjaya dalam pelajaran.

Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik kalian.

Page 7: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

iv

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih dan setinggi-tinggi perhargaan kepada Pn. Halijah Ibrahim selaku

penyelia tesis saya atas bimbingan, nasihat dan panduan yang telah beliau berikan

sepanjang tempoh dalam menyempurnakan projek sarjana Muda (PSM) ini.

Seterusnya, ucapan terima kasih kepada jururawat-jururawat Pusat Kesihatan

dalam membantu pengujian darah sampel dan atlit-atlit wanita, Universiti Teknologi

Malaysia selaku sampel dalam kajian ini yang telah memberi bantuan dan kerjasama

dalam menjayakan projek ini. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua

ibubapa, pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak

membantu dan memberikan sokongan dalam menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, segala bantuan dan tunjuk ajar yang dicurahkan oleh semua

pihak yang terlibat akan dikenangi dan dihargai selama-lamanya.

Terima kasih semua.

Page 8: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

v

ABSTRAK

Zat besi adalah mineral yang terdapat dalam hemoglobin daripada sel darah

merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan. Atlit wanita yang

mengambil pil zat besi semasa haid boleh meningkatkan tahap metabolisme badan

mereka. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pil zat besi

terhadap keupayaan daya tahan kardiovaskular semasa haid di kalangan atlit wanita

Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 8 orang atlit telah menjalani Ujian Bleep

untuk mengukur keupayaan daya tahan kardiovaskular. Setiap subjek dikehendaki

melakukan dua sesi ujian yang dijalankan secara rawak kepada subjek di mana ujian

tanpa mengambil zat besi dan ujian dengan mengambil zat besi. Pada sesi ujian

dengan zat besi, subjek diberi pil zat besi satu biji sehari dari hari 1 hingga hari 3

haid. Ujian Bleep dan pemeriksaan tahap hemoglobin dilakukan pada hari ketiga

kehadiran haid untuk kedua-dua sesi ujian. Penganalisisan data menunjukkan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan (t= 0.019, p<0.05) terhadap keupayaan daya

tahan kardiovaskular atlit perempuan dengan dan tanpa pengambilan zat besi semasa

haid. Dapatan ini menunjukkan bahawa pil zat besi dapat meningkatkan prestasi

subjek walaupun tahap hemoglobin dalam darah tidak menunjukkan peningkatan

yang nyata ketika kehadiran haid.

Page 9: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

vi

ABSTRACT

Iron is a mineral that can be found in the heamoglobin of the red blood cells

to transport oxygen all over the body. Females athletes who take the iron supplement

during the menstruation period can increase their body metabolism level. This

research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular endurance

during menstruation period among women athletes in University Technology

Malaysia. Eight athletes were elected to undergo Bleep Test to measure the level of

the cardiovascular endurance. Each sample had to go through two sessions of the test.

They were randomly selected, and the test was done without taking iron supplement,

following by the test where iron supplements were provided. For the test with taking

iron supplement, the samples had been given one iron tablet each day, starting from

day 1 to day 3 of the menstruation period. Bleep test and blood test was conducted on

the third day of menstruation period for both sessions. Based on the data collected,

there was a significant difference (t= 0.019, p<0.05) on the cardiovascular endurance

performance of the female athletes with and without iron supplement during the

menstruation period. This had shown that the iron supplement had enhanced

performance although the level of hemoglobin in blood did no show a noticeable

increase during the menstruation period.

Page 10: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

vii

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii-ix

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAHAGIAN 1

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Hipotesis Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

Page 11: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

viii

BAHAGIAN DUA

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Zat Besi 9

2.3 Bidang Kajian Daya Tahan Kardiovaskular 11

2.4 Kajian Berkaitan Zat Besi Terhadap 13

Kitaran Haid

2.5 Kajian Berkaitan Zat Besi 15

Terhadap Kecergasan Kardiovaskular

BAHAGIAN TIGA

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 17

3.2 Rekabentuk Kajian 17

3.3 Sampel Kajian 18

3.4 Tempat Kajian 18

3.5 Instrumen Kajian 19

3.6 Prosedur Kajian 19

3.6.1 Protokol Pengambilan Pil Zat Besi 20

3.6.2 Prosedur Ujian Bleep 21

3.7 Pengiraan Skor Ujian Bleep 22

3.8 Jangkamasa Kajian 23

3.9 Pengumpulan Data 23

3.10 Kaedah Penganalisaan Data 24

Page 12: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

ix

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 25

4.2 Statistik Deskriptif 26

4.3 Statistik Inferensi 33

BAHAGIAN LIMA

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 36

5.2 Perbincangan 36

5.3 Rumusan 38

5.4 Cadangan 38

5.5 Penutup 39

RUJUKAN 40

LAMPIRAN A - N 45 - 71

Page 13: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Prosedur Pengambilan Pil Zat Besi, Ujian Bleep dan

ujian pemeriksaan tahap hemoglobin semasa Haid 21

3.2 Pengiraan Skor Ujian Bleep 23

4.1 Min dan Sisihan Piawai Umur dan Berat Badan Subjek 26

4.2 Min dan Sisihan Piawai Kadar Nadi Sebelum Ujian,

Kadar Nadi Latihan, Kadar Nadi Pemulihan Selepas

1, 2 dan 3 minit Subjek Menjalani Ujian Bleep 27

4.3 Min dan Sisihan Piawai bagi VO2 Max dan Tahap

Hemoglobin antara Ujian Tanpa dan Dengan Zat Besi 29

4.4 Ujian-T terhadap Keupayaan Daya Tahan

Kardiovaskular 33

4.5 Ujian-T terhadap Tahap Hemoglobin (mmol/l) 34

4.6 Ujian-T terhadap Kadar Nadi Sebelum Ujian,

Kadar Nadi Latihan dan Kadar Nadi Pemulihan

Selepas 1, 2 dan 3 minit 34

Page 14: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Perbandingan Min Kadar Nadi Sebelum Ujian,

Kadar Nadi Latihan, Kadar Nadi Pemulihan

Selepas 1, 2 dan 3 minit antara Ujian Tanpa

dan Dengan Zat Besi 28

4.2 Perbandingan VO2 Max bagi Subjek antara

Ujian Tanpa dan Dengan Zat Besi 30

4.3 Perbandingan Tahap Hemoglobin bagi Subjek antara

Ujian Tanpa dan Dengan Zat Besi 31

4.4 Perbandingan Min VO2 Max antara Ujian Tanpa

dan Dengan Zat Besi 32

4.5 Perbandingan Min Tahap Hemoglobin antara Ujian

Tanpa dan Dengan Zat Besi 32

Page 15: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Recommended Dietary Allowances (RDA) untuk

zat besi mengikut peringkat umur 45

B Prosedur Ujian Bleep 47

C Taburan skor mentah bagi ujian Bleep dan ujian

tahap hemoglobin 48

D Taburan skor mentah bagi kadar nadi sebelum ujian,

kadar nadi latihan dan kadar nadi pemulihan

selepas 1, 2 dan 3 minit. 49

E Penilaian pengambilan maksimum oksigen (VO2 Max) 51

F Norma data bagi VO2 max wanita 53

G Borang skor Ujian Bleep 54

H Surat Perlantikan 55

I Surat Persetujuan 56

J Rekod Kesihatan Diri 57

K Pendiagnosan keputusan darah 58

L Gambar pentadbiran ujian 59

M Analisis skor data 61

N Analisis Ujian-t 69

Page 16: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada zaman yang moden ini, penyertaan wanita dalam sukan dapat dilihat

menjadi semakin terserlah. Penyertaan wanita dalam sukan telah menjadi

petunjuk kepada peningkatan pertumbuhan sukan, rekreasi dan aktiviti senaman.

Namun demikian, seseorang atlit bukanlah begitu senang untuk mencapai prestasi

yang baik dalam bidang sukan kerana terdapat banyak faktor yang boleh

mempengaruhi tahap daya tahan kardiovaskular dan otot seperti genetik,

persekitaran, sosioekonomi dan pemakanan.

Pemakanan yang diambil oleh atlit wanita adalah bergantung kepada

aktiviti fizikal yang dilakukan mengikut peringkat umurnya. Pengambilan

makanan yang berkhasiat lebih diberi perhatian apabila seseorang wanita sedang

mengalami kehadiran haid pada setiap bulan. Menurut Hinton, Giordano,

Brownlie dan Hass (2000), seseorang wanita yang mengalami kehilangan darah

melalui haid boleh mempengaruhi prestasi sukan dan kecergasan fizikalnya. Oleh

sebab itu, terdapat satu makanan yang diperlukan semasa haid, iaitu zat besi.

Menurut Haas dan Brownlie (2001), zat besi adalah mineral dalam

hemoglobin, iaitu protein yang ditemukan dalam sel-sel darah merah. Zat besi

berfungsi dalam pembentukan sel darah merah dan mineral ini banyak memberi

Page 17: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

2

faedah kepada pengangkutan oksigen ke seluruh anggota badan, di mana dapat

mengekalkan tahap metabolisme badan.

Menurut Dueck, Manore dan Matt (1996), semasa kitaran haid, seseorang

atlit wanita tidak dapat mempersembahkan prestasi dengan baik jika

dibandingkan sewaktu mereka tidak datang haid. Masalah ini boleh

mempengaruhi pencapaian daya tahan kardiovaskular ke tahap intensiti kerja

yang maksimum. Oleh itu, zat besi adalah amat diperlukan oleh atlit wanita

semasa kehadiran haid bagi membekalkan tenaga yang lebih dalam melakukan

aktiviti.

Menurut Weaver dan Rajaram (1992), zat besi digunakan dengan meluas

sebagai salah satu mineral tambahan untuk atlit wanita dalam melakukan latihan

fizikal seharian. Selain itu, atlit wanita daya tahan juga memerlukan penambahan

zat besi yang lebih banyak jika dibandingkan dengan wanita yang kurang aktif

untuk memperoleh tenaga yang lebih dalam melakukan sesuatu kerja yang berat

yang dinyatkan oleh Fogelholm, (1995).

Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan

pil zat besi yang diberikan kepada subjek terhadap perbezaan keupayaan daya

tahan kardiovaskular semasa haid bagi atlit-atlit wanita, UTM. Diharapkan hasil

kajian ini dapat memberi panduan kepada golongan atlit wanita yang mengalami

kekurangan darah semasa haid untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang

dalam bidang sukan masing-masing.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kini, masalah kekurangan zat besi dalam badan melalui pendarahan haid

banyak berlaku ke atas atlit wanita. Pengambilan zat besi yang tidak memadai

bererti kurangnya oksigen yang disampaikan ke jaringan-jaringan otot. Masalah

Page 18: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

3

ini timbul apabila atlit wanita tidak mengambil zat besi yang mencukupi dalam

menu makanan semasa haid, akibatnya darah yang membawa oksigen menurun

dan ini boleh menjejaskan prestasi mereka dalam sukan.

Garrison dan Shils (1985), selain jumlah zat besi yang dimakan secara

tidak mencukupi, wanita mempunyai keperluan akan bertambahnya zat besi.

Kehilangan kerana haid rata-rata dari bulan ke bulan merupakan kehilangan zat

besi harian kira-kira 1-2 mg atau kehilangan zat besi 28 mg setiap bulan.

Manakala, bagi wanita yang tidak mengalami haid juga mengalami kehilangan

zat besi sebanyak 0.5-1mg sehari. Looker, Dallman, Carroll, Gunter dan Johnson

(1997), menyatakan bahawa hampir 25,000 perempuan remaja American didapati

mengalami masalah kekurangan zat besi sebanyak 10% dan anemia 3-5%.

Menurut Goodhart dan Somer (1980), kebanyakan wanita tidak mengambil

jumlah zat besi yang mencukupi. Hanya terdapat 6 mg zat besi dalam setiap 1000

kalori makanan yang dipilih dengan baik daripada makanan seharian. Seorang wanita

yang sedang haid harus makan 3000 kalori untuk memenuhi keperluan zat besi

hariannya sebesar 18 mg. Masalah timbul apabila banyak wanita hanya mengambil

1500 hingga 1600 kalori setiap hari. Oleh itu, dengan pengambilan zat besi yang

dibekalkan dalam bentuk makanan tambahan (supplemention) sedikit sebanyak boleh

membantu dalam memenuhi keperluan zat besi yang tidak mencukupi dalam badan.

Menurut Clement dan Sawchuck (1984), kekurangan zat besi biasanya

berlaku di kalangan para atlit di mana terdapat satu penyelidikan menyatakan

bahawa terdapat 80% daripada atlit wanita muda dan 30% atlit elit lelaki

mengalami kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi ini biasanya berlaku pada

golongan wanita, remaja perempuan atau kanak-kanak terutamanya atlit wanita

yang aktif dalam sukan di mana mereka memerlukan oksigen yang banyak untuk

menjana tenaga metabolisme untuk melakukan aktiviti seharian. Tanpa

pengambilan zat besi yang mencukupi dalam tubuh badan semasa haid, atlit

wanita itu akan sentiasa berasa kelesuan dan tidak bersemangat dalam menjalani

aktiviti.

Page 19: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

4

Menurut Beard dan Tobin (2000), kekurangan zat besi boleh

menyebabkan penurunan sistem imuniti dan prestasi atlet. Fisiologi badan tidak

dapat berjalan dengan lancar boleh mengakibatkan sistem-sistem badan tidak

dapat berfungsi dengan baik dalam pembentukan sel darah merah untuk

membekalkan oksigen ke keseluruhan badan. Maka, zat besi berfungsi sebagai

penyokong kepada sistem imuniti terutamanya kepada wanita dan kanak-kanak

Oleh kerana keadaan ini akan dialami pada setiap bulan maka wajarlah

atlit wanita mencari jalan penyelesaian dengan mengambil makanan yang kaya

dengan zat besi supaya mereka boleh menjalani aktiviti dengan cergas. Masalah

kekurangan zat besi di kalangan atlit wanita semasa haid yang boleh

mempengaruhi prestasi atlit telah menjadi punca penyelidik menjalankan kajian

ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Secara umunya, atlit wanita mesti mempunyai daya tahan kardiovaskular

yang cergas apabila melakukan senaman atau sukan pada bila-bila masa

termasuklah pada waktu kehadiran haid. Pengambilan zat besi daripada makanan

sahaja biasanya adalah tidak mencukupi untuk memenuhi kehilangan zat besi

daripada pendarahan haid. Oleh itu, kehilangan zat besi semasa haid mestilah

ditambahkan dengan pengambilan pil zat besi. Penyelidik membuat kajian ini

adalah untuk mengkaji keberkesanan pil zat besi terhadap keupayaan daya tahan

kardiovaskular tanpa dan dengan pengambilan zat besi semasa haid bagi atlit-atlit

wanita, UTM. Zat besi yang dibekalkan adalah sebagai satu rawatan bagi sampel

perempuan yang mengalami kekurangan darah semasa haid.

Page 20: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

5

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

1.4.1 Mengetahui dan membuat perbandingan keupayaan daya tahan

kardiovaskular dari segi pencapaian VO2 max antara ujian tanpa dan

dengan pengambilan pil zat besi semasa haid melalui ujian Bleep di

kalangan atlit-atlit wanita, UTM.

1.4.2 Membuat perbandingan tahap hemoglobin antara ujian tanpa dan dengan

pengambilan pil zat besi semasa haid bagi subjek.

1.4.3 Mengetahui bilangan kadar nadi sebelum ujian, kadar nadi latihan, kadar

nadi pemulihan selepas 1, 2 dan 3 minit melakukan ujian di antara ujian

tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi semasa haid.

1.5 Hipotesis Kajian

Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap keupayaan daya tahan

kardiovaskular antara ujian tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi

semasa haid melalui ujian Bleep

Ha 1: Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap keupayaan daya tahan

kardiovaskular antara ujian tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi

semasa kehadiran haid melalui ujian Bleep.

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap hemoglobin

antara ujian tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi semasa haid.

Page 21: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

6

Ha 2: Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap hemoglobin antara

ujian tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi semasa haid.

1.6 Kepentingan Kajian

Daripada hasil kajian ini, diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas

kepada pengkaji, jurulatih dan atlit, terutamanya kepada para jurulatih tentang

kepentingan zat besi kepada atlit mereka yang mengalami kekurangan zat besi

sebagai tindakan pemulihan akibat kehilangan darah yang banyak melalui haid.

Selain itu, jurulatih juga mempunyai kesedaran dalam membuat perancangan

pengambilan makanan zat besi kepada setiap peringkat perubahan fizikal badan

atlit-atlit wanita.

Dengan melalui kajian ini juga dapat memberi pendedahan kepada

golongan wanita, terutamanya ahli sukan wanita tentang kepentingan zat besi

dalam pembentukan darah untuk mengatasi masalah kehilangan darah melalui

haid untuk mencapai prestasi yang cemerlang. Atlit wanita juga mendapat

maklum balas mengenai tahap kecergasan individu masing-masing semasa haid

antara ujian tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi.

1.7 Batasan Kajian

1.7.1 Kajian ini melibatkan 8 orang atlit-atlit wanita yang mempunyai latar

belakang sukan yang baik, sihat, cergas dan bebas daripada sebarang

penyakit.

1.7.2 Kesemua subjek yang terpilih dalam kajian ini adalah terlibat dalam aktiviti

daya tahan kardiovaskular di mana mereka menjalani latihan sebanyak 3-4

kali dalam seminggu mengikut bidang sukan masing-masing.

Page 22: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

7

1.7.3 Subjek dikehendaki mengawal diet harian di sepanjang tempoh ujian.

1.7.4 Kajian ini akan memberi penumpuan kepada tahap daya tahan

kardiovaskular melalui pencapaian sampel dengan menjalani ujian Bleep.

1.7.5 Sampel yang mempunyai masalah kesihatan haid seperti sakit kepala,

sesungut pada bahagian abdomen adalah tidak dibenarkan menjalani

ujian.

1.7.6 Semua sampel yang dipilih telah menjalani pemeriksaan terhadap darah

pada waktu bukan kehadiran haid untuk mendapatkan kandungan

hemoglobin yang normal dalam badan iaitu antara 12-16 mmol/l.

1.8 Definisi Istilah

Istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian ini mempunyai maksud

seperti berikut:

1.8.1 Zat Besi

Mineral yang diperlukan dalam pembentukan hemoglobin dalam sel darah

merah yang berfungsi sebagai pengangkutan oksigen ke seluruh badan.

1.8.2 Daya tahan Kardiovaskular

Keupayaan sistem peredaran darah, jantung dan saluran-saluran darah

untuk membekalkan oksigen kepada otot-otot yang berfungsi semasa

melakukan kerja atau senaman. Kekurangan bekalan oksigen akan

memaksa seseorang itu berhenti kerana kelesuan.

Page 23: KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN ... · dalam membantu pengujian darah sampel dan ... research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular

8

1.8.3 Kitaran haid

Darah yang turun setiap bulan biasanya berselang 28 hari daripada rahim

perempuan yang sudah baligh.

1.8.4 Haid

Perjalanan darah haid ialah keluruhan pelapik rahim yang disusuli oleh

pendarahan dari salur darah yang terkoyak.

1.8.5 Hemoglobin

Sejenis protein yg mengandungi zat besi dan terdapat di dalam sel darah

merah yang berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu badan.

1.8.6 Ujian Bleep

Ujian ini adalah berbentuk ujian larian ulang-alik pelbagai tahap secara

progresif meningkat di antara 2 pita penanda yang berjarak 20 meter yang

dijalankan dengan menggunakan pita CD yang telah direkodkan dengan

bunyi bleep.