interpretasi sighah azan dalam pembangunan … filejurnal penyelidikan teknokrat ii, jld. xx, (dis)...

15
9 2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) ISSN 1511 5828 INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN MODEL INSTRUKSI JTP Mohamed Nazul Ismail¹ Azlin Mohd Rosdi 2 Mahamsiatus Kamaruddin 3 Nor‘Aini Mohamed Nor 4 Mustaffar Abd Majid 5 Nik Ibrahim Nik Mat 6 123456 Jabatan Teknologi Pengkomputeran Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengemukakan reka bentuk model instruksi berasaskan sighah azan dengan melihat perspektif model pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini kerana, pembangunan pendidikan berasaskan intelektual dengan penerapan nur Islam turut penting diberi perhatian kerana dapat membangunkan individu yang lebih berakhlak, penyayang dan bertamadun. Memandangkan pembangunan insan bermula sejak dengan bacaan azan (mengandungi 7 sighah @ kalimah) sebaik sahaja anak Adam dilahirkan dan azan juga dilaungkan setiap kali masuk waktu solat bagi orang Islam, oleh itu interpretif perspektif sighah azan dirujuk dalam kajian ini. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk, i. Mengenalpasti kesesuaian elemen sighah azan dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan ii. Mengemukakan rekabentuk model intruksi berdasarkan dapatan i. di atas. Metodologi kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui paradigma interpretif secara analisis fenomenologi. Dapatan kajian adalah menginterpretasikan sighah azan kepada pembentukan elemen-elemen dalam model yang dinamakan Model Instruksi JTP. Perbezaan utama model ini dalam memantapkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah penegasan terhadap elemen nilai berbanding dengan model-model pengajaran yang lain. Reka bentuk model ini terdiri daripada dua komponen utama. Komponen pertama adalah 5 elemen instruksi untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah iaitu Tonjolkan Objektif(O), Serlahkan Nilai(N), Perhalusi Bimbingan(B), Laksanakan Amalan Terbaik(A) dan Tekalkan Pentaksiran(P). Manakala komponen kedua terdiri daripada 2 elemen pelengkap iaitu Ulangi Objektif (Tiqrar)(U) dan Istiqamah(I). Secara keseluruhan, dapatan ini di harap dapat dijadikan rujukan kepada pengkajian yang lebih luas untuk membangunkan generasi pelajar yang lebih baik pada masa hadapan. Kata Kunci: sighah azan, reka bentuk pengajaran, interpretif, model instruksi JTP, pengajaran dan pembelajaran. _________________________________________________________________________

Upload: ngodat

Post on 16-Jun-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

9

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN MODEL INSTRUKSI JTP

Mohamed Nazul Ismail¹

Azlin Mohd Rosdi2

Mahamsiatus Kamaruddin3

Nor‘Aini Mohamed Nor4

Mustaffar Abd Majid5

Nik Ibrahim Nik Mat6

123456Jabatan Teknologi Pengkomputeran

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik,

Bandar Enstek, Negeri Sembilan

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengemukakan reka bentuk model instruksi berasaskan sighah azan

dengan melihat perspektif model pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini kerana,

pembangunan pendidikan berasaskan intelektual dengan penerapan nur Islam turut penting

diberi perhatian kerana dapat membangunkan individu yang lebih berakhlak, penyayang dan

bertamadun. Memandangkan pembangunan insan bermula sejak dengan bacaan azan

(mengandungi 7 sighah @ kalimah) sebaik sahaja anak Adam dilahirkan dan azan juga

dilaungkan setiap kali masuk waktu solat bagi orang Islam, oleh itu interpretif perspektif sighah

azan dirujuk dalam kajian ini. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk, i.

Mengenalpasti kesesuaian elemen sighah azan dalam perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah dan ii. Mengemukakan rekabentuk model intruksi

berdasarkan dapatan i. di atas. Metodologi kajian dijalankan menggunakan pendekatan

kualitatif melalui paradigma interpretif secara analisis fenomenologi. Dapatan kajian adalah

menginterpretasikan sighah azan kepada pembentukan elemen-elemen dalam model yang

dinamakan Model Instruksi JTP. Perbezaan utama model ini dalam memantapkan sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah penegasan terhadap elemen nilai

berbanding dengan model-model pengajaran yang lain. Reka bentuk model ini terdiri daripada

dua komponen utama. Komponen pertama adalah 5 elemen instruksi untuk pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah iaitu Tonjolkan Objektif(O), Serlahkan Nilai(N), Perhalusi

Bimbingan(B), Laksanakan Amalan Terbaik(A) dan Tekalkan Pentaksiran(P). Manakala

komponen kedua terdiri daripada 2 elemen pelengkap iaitu Ulangi Objektif (Tiqrar)(U) dan

Istiqamah(I). Secara keseluruhan, dapatan ini di harap dapat dijadikan rujukan kepada

pengkajian yang lebih luas untuk membangunkan generasi pelajar yang lebih baik pada masa

hadapan.

Kata Kunci: sighah azan, reka bentuk pengajaran, interpretif, model instruksi JTP,

pengajaran dan pembelajaran.

_________________________________________________________________________

Page 2: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

10

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

PENGENALAN

Sistem pendidikan negara menyaksikan kemajuan besar sejak 1957. Ketika negara mencapai

kemerdekaan, lebih separuh daripada populasi tidak mendapat pendidikan formal, 6% kanak-

kanak menerima hanya pendidikan peringkat menengah dan 1% sahaja mendapat pendidikan

lepas menengah. Namun, selepas lima setengah dekad, akses kepada pendidikan telah

mengalami perubahan yang melangkaui jangkaan (PPPM, 2013).

Pendidikan melibatkan proses membangunkan jasmani, akal, emosi dan hati manusia yang

perlu berlaku secara serentak serta sistematik. Oleh itu, pemikiran intelektual kepada

berasaskan kalbu (Qalb) turut penting diberi perhatian dalam pendidikan. Hal ini kerana,

perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan manusia menjadi

individu yang berakhlak, penyayang dan bertamadun (Mat Rofa, 2016).

Tidak dapat dinafikan, dunia pendidikan umumnya sentiasa berdepan dengan pelbagai

masalah. Di antara kepincangan dalam pendidikan hari ini adalah kecenderungan untuk

menghasilkan generasi masa depan yang membangun secara seimbang dan holistik.

Contohnya dalam konteks di Malaysia, proses pembangunan manusia banyak tertumpu

kepada pembangunan intelektual. Buktinya dengan peperiksaan demi peperiksaan, bilangan

A yang dijadikan kebanggaan pada setiap kali peperiksaan, anugerah kecemerlangan mata

pelajaran dan pelbagai lagi yang diwujudkan. Hasrat pembangunan model insan negara yang

dilafazkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk membangunkan individu secara

seimbang hampir tersasar. Lebih menyedihkan, pembangunan intelektual yang menjadi fokus

utama dalam kurikulum pendidikan tidak juga berada pada tahap yang membanggakan,

malahan membimbangkan. Nazir Nuhari Ismail (2014) dalam Sinar Online telah mengulas

kenyataan Pakar ekonomi Bank Dunia, Dr Frederico Gil Sander di dalam satu majlis anjuran

Pemandu di Damansara yang menjelaskan mutu pendidikan di Malaysia yang jatuh merudum

berdasarkan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) adalah lebih membimbangkan

daripada kejatuhan kewangan. Tambah beliau lagi, mutu pendidikan di Malaysia lebih teruk

daripada Vietnam yang menduduki tangga ke-52 daripada 65 negara yang terlibat.

Selain itu, dalam hal pembangunan akhlak modal insan untuk masa depan juga didapati turut

berada pada sesuatu tahap yang membimbangkan. Kes disiplin dalam dan luar sekolah, kes

saman guru-guru yang masih berkhidmat oleh ibu bapa dan pelbagai kes lagi. Utusan Online

pada 7 Nov 2014 telah menyiarkan ulasan bahawa Kementerian Pendidikan merekodkan

sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang terlibat dalam

masalah salah laku disiplin berat atau yang berunsur jenayah bagi tempoh Januari hingga Jun

tahun 2014. Berkaitan hal tersebut, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad

Yusof menjelaskan bahawa, kesalahan yang dilakukan kumpulan pelajar tersebut melibatkan

kes berunsur jenayah, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme dan kes buli. Daripada jumlah

tersebut seramai 4,568 murid terlibat dalam kes yang berunsur jenayah, termasuk melakukan

kegiatan jenayah berat seperti gangsterisme yang sehingga membawa kepada siasatan pihak

polis.

Manakala Harian Metro, 22 Jun 2017 melaporkan pada tahun 2016, berdasarkan kajian

kementerian, jumlah murid yang terbabit dalam permasalahan disiplin di seluruh negara

adalah pada kadar 2.03 peratus setahun dalam tempoh lima tahun bermula 2012 hingga 2016.

Page 3: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

11

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Seramai 111,895 pula murid terbabit dengan salah laku disiplin iaitu 95,046 orang

membabitkan pelajar sekolah menengah dan 16,849 orang adalah murid sekolah rendah.

Sebelum ini, Sinar Online telah melaporkan mutu pendidikan di Malaysia manakala dua

laporan akhbar iaitu Utusan Online dan Harian Metro telah melaporkan masalah disiplin

pelajar telah cukup untuk menggambarkan bahawa proses pendidikan perlu dikaji semula.

Apakah begini mentaliti dan akhlak insan yang bakal menerajui dan menjadi rakyat negara ini

pada masa hadapan? Sedangkan terdapat banyak kajian yang mendapati akhlak adalah

elemen yang penting untuk pembangunan generasi masa depan yang baik. Manusia boleh

membentuk satu tamadun yang stabil dan sempurna melalui akhlak yang mulia (Zulfahmi

Syamsuddin & Wan Hasmah Wan Mamat, 2014).

Kata Sayyidina Umar Al- Khattab Al Farouk, Khalifah Islam ke-2

Kita adalah kaum yang hina, kemudian Allah muliakan kita dengan Islam,

maka barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada apa yang Allah

muliakan kita, maka Allah pasti akan menghinakan kita.

Kata-kata beliau memberikan tamparan hebat kepada umat secara umumnya. Satu daripada

kebejatan masyarakat hari ini kerana memilih selain daripada apa yang terkandung dalam

Kitabullah dan hadis Rasul sebagai paksi pembentukan sistem pendidikan dalam

membangunkan generasi masa depan.

Tugas kita semua sebagai pendidik, bukan untuk mengubah orang lain dalam satu hari tetapi

berusaha untuk membina generasi yang berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia.

Kejayaan akademik dan pembentukan akhlak yang mulia saling berkait serta saling

berhubungan. Pincang generasi jika hanya satu daripadanya sahaja yang terkehadapan dan

yang satu lagi ketinggalan.

Terdapat banyak ruang untuk membentuk keperibadian yang mulia. Namun kajian ini hanya

melihat satu juzuk kecil dalam pendidikan iaitu model instruksi di dalam bilik darjah. Walaupun

hanya kegunaan di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai model rekabentuk intruksi

diperkenalkan. Kajian ini akan melihat satu daripada khazanah Baginda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص. yang

sehingga kini diamalkan iaitu azan (bang). Azan merupakan satu juzuk kecil dalam kehidupan

tetapi memberikan makna yang besar apabila seruan ini dilaungkan. Mudah-mudahan azan

boleh dijadikan satu dari instrumen dalam proses pembangunan insan yang bukan sahaja

diluar kelas malahan semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Pastinya ada yang tersirat

mengapa kalimah-kalimah ini dipilih untuk membuat panggilan atau seruan, dan bukannya

alatan-alatan bunyian yang pernah digunakan oleh beberapa ajaran agama tertentu.

Page 4: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

12

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Secara khususnya, kajian ini bertujuan mengemukakan rekabentuk model intruksi dalam bilik

darjah berasaskan interpretif sighah azan. Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti kesesuaian elemen sighah azan dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

ii. Mengemukakan rekabentuk model intruksi berdasarkan dapatan i. di atas.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Terdapat beberapa modul instruksi yang diperkenalkan oleh pengkaji pendidikan untuk rujukan panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Namun untuk penulisan ini, hanya dua model dijelaskan iaitu Model Pengajaran Gagné dan ASSURE. Kedua-dua model ini dipilih kerana ianya sering dijadikan rujukan kepada guru di institut pendidikan guru. Di samping itu juga bahagian ini turut menjelaskan interpretasi sighah azan yang merujuk fokus rujukan kajian ini.

(a) Model Pengajaran Gagné

Model ini diperkenalkan oleh Robert Gagné pada tahun 1979 yang menjelaskan pembelajaran hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajar dapat menguasai pembelajaran bermula dari fasa yang awal. Beliau mengemukakan 9 langkah utama dalam rekabentuk pengajaran dan pembelajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah dapat dijalankan secara sistematik dan berkesan dari yang mudah kepada yang lebih kompleks. Perspektif model tersebut dijelaskan secara ringkas seperti Jadual 2.1 berikut. Jadual 2.1

Model Pembelajaran Gagné

Bil Langkah Penerangan

1. Menarik perhatian pelajar

Menyediakan rangsangan yang berkesan untuk menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran yang akan diajar

2. Menyatakan objektif pembelajaran kepada pelajar

Perlu memberitahu kepada pelajar sebelum pengajaran bermula agar meningkatkan kebersediaan dan kefahaman pelajar

3. Mencungkil dan mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar

Pembelajaran bermakna diwujudkan dengan mengaitkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada dengan input baharu yang diperolehi seterusnya mencungkil idea-idea baharu daripada pelajar

4. Menyampaikan isi pelajaran/ bahan pengajaran-pembelajaran

Mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran untuk menyampaikan kandungan pengajaran dengan lebih bermakna

5. Membimbing pembelajaran pelajar

Membimbing pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan

6. Menguji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti

Latih tubi, soal jawab di antara aktiviti yang boleh dijalan untuk menguji penguasaan pelajaran

7. Memberi maklumbalas tentang penguasaan pembelajaran

Perlukan memberikan maklum balas yang segera kepada pelajar supaya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

8. Mentaksir pencapaian pengajaran

Pencapaian pengajaran perlu dinilai untuk mengetahui keberkesanan pengajaran dan objektif pengajaran sama ada tercapai ataupun tidak.

9. Meningkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran

Guru perlu memastikan pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan baharu yang telah diperolehi agar pengetahuan tersebut dapat disimpan dalam jangka masa yang lama di dalam ingatan mereka.

Page 5: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

13

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

(b) Model ASSURE Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan pada tahun 1982 bertujuan sebagai rujukan guru untuk merancang dan mengendalikan pengajaran melibatkan penggunaan teknologi media di bilik darjah. Terdapat 6 langkah penting dikemukakan sebagai panduan guru mengintegrasikan penggunaan teknologi media di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti dalam Jadual 2.2 di bawah.

Jadual 2.2

Langkah-langkah dalam Model ASSURE

Bil Langkah Penerangan

1. A-Analyse learner (Analisis

pelajar)

Analisis ciri-ciri diri pelajar sebelum memulakan pengajaran.

Dengan kata lain kenali pelajar

2. S-State objective

(Nyatakan objektif)

Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dan difahami agar

hasil pembelajaran dapat dicapai.

3. S-Select method, media,

and materials (Pilih

kaedah, media dan bahan)

Memilih kaedah, media dan bahan yang sesuai dan tepat

bagi memastikan objektif pengajaran dicapai.

4. U-Utilise media dan

materials (Gunakan media

dan bahan)

Menggunakan media dan bahan yang telah dirancang bagi

memastikan objektif pembelajaran dicapai.

5. R-Require learner

participation (Dorong

penglibatan pelajar)

Libatkan pelajar dengan sepenuhnya dalam aktiviti agar

pelajar dapat menguasai isi pelajaran dengan lebih tekal

6. E-Evaluate and revise

(Nilai dan semak)

Menilai hasil pembelajaran agar sejajar dengan objektif

pembelajaran dan penambahbaikan dalam semua aspek

untuk pengusaan pelajaran yang lebih tekal dan bermakna.

(c) Sighah Azan

Azan adalah pemberitahuan. Menurut Mostafa dan Mohammad Amin (2014), azan adalah

melodi dinamik yang menyeru umat Islam bagi mendekati Allah yang Maha Agung melalui

amalan bersolat. Imam Nawawi di dalam kitab Syarah Muslim menyenaraikan empat hikmat

azan iaitu menzahirkan syiar Islam dan kalimah tauhid, pemberitahuan tentang

masuknya waktu solat, pemberitahuan tentang tempat untuk melakukan solat secara

berjemaah dan mengajak orang untuk mengerjakan solat secara berjemaah. Kalimah-

kalimah atau disebut sighah merupakan kalimah yang khusus seperti Rajah 2.1.

Page 6: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

14

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Menurut Rohidzir dan rakan-rakan (2011) dalam Ensikolopidea Solat, azan mula disyari’atkan

pada tahun pertama Hijrah, iaitu pada ketika kaum muslimin sudah berada di Madinah.

Selama di Makkah kaum muslimin belum begitu bebas beribadat berbanding ketika di

Madinah. Umat Islam bebas beribadat malahan secara beramai-ramai tanpa bimbang atau

takut terhadap ancaman musuh.

Ringkasnya pada suatu hari kaum muslimin sedang berkumpul seperti biasa menunggu waktu

untuk mendirikan shalat fardu namun sehingga ke saat itu tidak ada siapa pun yang

ditugaskan untuk menyeru kaum muslimin datang ke masjid untuk mendirikan shalat. Ia

merupakan suatu masalah lalu dicadangkan supaya dibunyikan loceng seperti perbuatan

orang Nasrani. Ada pula yang mencadangkan supaya ditiup sejenis bunyian dari tanduk

seperti perbuatan orang Yahudi. Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص telah menolak semua cadangan itu.

Kemudian seorang sahabat bernama Abdullah bin Zaid yang menyatakan bahawa dia telah

bermimpi didatangi oleh seorang hamba Allah yang mengajarkan kepadanya lafaz azan yang

lengkap. Sebaik-baik mendengar kenyataan itu Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص. bersabda: “Insya-Allah,

sesungguhnya itu adalah mimpi yang benar. Ajarkanlah lafaz azan itu kepada Bilal supaya

dia menyerukannya kerana suaranya lebih lantang daripada suaramu.” Ketika Bilal

melaungkan Azan, Umar Al-Khattab yang mendengarnya terus bergegas mendapatkan

Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص. dan berkata: “Demi Allah yang telah mengutuskan tuan dengan membawa

kebenaran, saya pun bermimpi seperti itu juga.”

Berkata Qurtubi dan lain-lain: “Walaupun kalimat-kalimatnya tidak banyak, tapi mengandungi

soal-soal aqidah, kerana ia dimulai dengan takbir dan memuatkan tentang wujud Allah dan

kesempurnaanNya. Kemudian diiringi dengan tauhid dan menyingkirkan persyarikatan, lalu

menetapkan kerasulan Muhammad SAW, sarat seruan untuk patuh dan taat sebagai akibat

pengakuan risalah kerana ia tidak mungkin dikenal kecuali dengan tuntunan Rasul. Dan

setelah itu diserukannya kemenangan, yakni kebahagian yang kekal lagi abadi, di mana

terdapat isyarat mengenai kampung akhirat, kemudian beberapa kalimat diulang sebagai

penegasan dan untuk menguatkan.” (Sabiq, 1990)

Rajah 2.1. Sighah azan

Page 7: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

15

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Penjelasan sighah azan dikemukakan seperti jadual 2.3 berikut:

Jadual 2.3

Sighah Azan

Sighah Keterangan

هللا أكبر

Memaknai Sighah: Takbir Kalimah Takbir diterjemahkan dengan Allah Maha Besar. Kalimah ini mengagungkan, ketauhidan, dan penghormatan Allah SWT dengan kebesaranNya yang tiada tolok banding dengan makhluk ciptaannya. Kalimah yang menafikan unsur kesyirikan kepada Allah SWT. Kalimah ini mempertegaskan tujuan setiap amalan di dalam Islam bagi mencapai kesempurnaan (Sabiq, 1990). Ungkapan ini diperdengarkan dengan jelas dalam banyak amalan agama Islam seperti azan, permulaan solat, menyambut hari raya dan perlbagai amalan yang lain. Tujuan utama semua kejadian di atas muka bumi dan di langit adalah Membesarkan Allah SWT. Interpretasi Falsafah: Menonjolkan tujuan Tujuan adalah hala tuju sesuatu perkara untuk mencapai kesempurnaan. Tujuan yang jelas dan tepat akan membantu organisasi atau sesuatu tugas dilaksanakan dengan betul dan menepati sasarannya. Tujuan sesuatu matlamat yang bersifat umum. Namun ia juga boleh disebutkan juga objektif.

Memaknai Sighah: Kesaksian kepada Allah Kalimah ini dinamakan syahadatain. Kalimah syahadatain ini mempunyai dua bahagian. Kalimah di atas adalah bahagian pertama dengan makna Aku Bersaksikan Tiada Tuhan Melainkan Allah. Kalimah ini merupakan kalimah tauhid yang memberi erti terdapat kerangka penyembahan dan nilai piawai yang perlu dipatuhi (Zakariya, 2015). Kalimah ini menzahirkan nilai piawai yang penting iaitu ikhlas yakni tidak syirik kepada yang lain dengan keyakinan yang penuh bahawa Allah SWT itu Maha Esa dan sebagai Tuhan yang mencipta dan menguruskan sekalian alam serta yang paling layak disembah. Interpretasi Falsafah: Menyerlahkan nilai keikhlasan Nilai adalah satu daripada elemen dalam sistem kepercayaan manusia. Konsep nilai memaparkan ciri keutamaan apabila terdapat beberapa pilihan pada waktu yang sama. Nilai juga merupakan elemen dalam menentukan sikap dan seterusnya perlakuan (Mohamed Nazul Ismail, 2013). Dalam konteks ini, nilai ikhlas merupakan roh kepada setiap pekerjaan. Lambang kalbu yang sejahtera merupakan sifat ikhlas yang terjelma melalui tindakan dan perilaku yang bersungguh-sungguh dalam segala hal. Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary menyebut ikhlas adalah jiwa amal perbuatan lahiriah (Waly, 1993) i. Ikhlas al-Ibadi (Ibadat): Bersih daripada sifat riya’. Sentiasa berharap pahala dan

dijauhkan azab sama ada di dunia ataupun di akhirat ii. Ikhlas al-Muhibbina (Kecintaan): Tingkatan yang lebih tinggi, segala amalan

bukan urusan pahala atau dosa tetapi fokus untuk membesarkan dan mengagungkan Allah SWT

iii. Ikhlas al-Arifiina (Arif): Tingkat yang tertinggi, segala amalan tidak lagi melihat diri tetapi tertuju kepada Allah SWT sehingga menghayati pengertian “ Tiada ada daya upaya dan kekuatan bagiku melainkan Allah Yang Tinggi lagi Maha Agung”

Memaknai Sighah : Kesaksian kepada Rasulullah Kalimah ini merupakan bahagian kedua daripada syahadatain. Kalimah ini memberi makna Aku Bersaksikan Sesungguhnya Nabi Muhammad Utusan Allah. Kalimah ini menzahirkan segala amalan dalam Islam perlu merujuk kepada bimbingan dan

amalan yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص. Baginda merupakan model

untuk menunjuk akhlak, adab dan cara hidup yang terbaik dalam konteks beragama untuk hidup di dunia ini (Al Mubarakfuri, 2016). Gabungan kalimah pada 5.2 dan 5.3 merupakan kalimah shadatain yang merupakan pintu masuk kepada Agama Islam. Perlu diperjelaskan bahawa Islam bukanlah sekadar agama tetapi ia merupakan cara hidup untuk setiap manusia di atas muka bumi ini.

Page 8: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

16

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Interpretasi Falsafah: Menekankan aspek ikutan Pada tahun 1991, seorang professor di Universiti Harvard, Horward Gardner telah memperkenalkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Manusia. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Persoalannya apakah Gardner orang yang pertama mengetahui bahawa manusia ni dianugerahkan dengan kepelbagaian kecerdasan? Bagaimana dengan Baginda Rasul SWT yang menjawab satu persoalan yang sama tetapi jawapannya berbeza. Contoh, Baginda pernah ditanya “Apakah amalan terbaik?”, Pada satu ketika Baginda menjawab solat di awal waktu manakala apabila ditanya oleh sahabat yang lain jawaban baginda berbeza iaitu beri makan dan beri salam kepada orang yang kamu kenal dan tidak dikenali. Bukankah ungkapan dialog ini menunjukkan Baginda begitu hikmah, teliti dalam membimbing dan mendidik sekalipun ketika menjawab persoalan.Baginda cukup menyedari perbezaaan tahap pemikiran, amalan, kemampuan dan keperluan seseorang itu. Baginda telah menjadikan dirinya sebagai model untuk dijadikan contoh yang terbaik dalam proses membimbing, mendidik dan membangunkan akhlak serta pemikiran bagi generasi masa depan. Sesiapa yang menghubungkan dirinya dengan Islam, maka semestinya ia menuntut ilmu dan berusaha kearahnya kerana syariat Islam itu sendiri tidak mengenal erti kejahilan(Al-Halabi, 2013).

Memaknai Sighah: Ajakan mendirikan solat Makna kalimah ini : Marilah mendirikan solah. Solat adalah tiang agama. Ibadat solat adalah amalan yang paling besar bagi orang Islam tanpa mengira, sihat atau sakit, bermukim atau musafir, lelaki ataupun perempuan, kaya ataupun miskin dengan memenuhi syarat-syarat tertentu. Pada solat adanya hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Solat merupakan perkara yang penting selepas beriman kepada Allah. Dalam Surah Toha, ayat ke 14

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku;

oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.”

Kesempurnaan solat menjadikan seluruh amalan soleh yang lain menjadi sempurna. Interpretasi Falsafah: Menzahirkan amalan Mengapa kalimah solat dilaungkan bukan puasa, zakat ataupun haji? Semuanya juga adalah amalan terbesar di dalam Islam. Walaupun puasa, zakat, haji merupakan amalan terbesar, namun semua amalan ini mempunyai had sekalipun masih hidup dan berakal. Adapun amalan solat, hanya akan terhenti apa tidak lagi berakal sama ada gila ataupun mati. Ia menunjukkan solat ini amalan yang jauh lebih besar dan terbaik. Padanya tersirat konsep itqan (hands on) iaitu perlaksanaan yang bersifat professional dengan menepati syarat-syarat tertentu dan khusyuk iaitu konsep fokus (mind on) dalam apa pekerjaan badan, hati dan lidah. Pada solat ada konsep sendirian dan berjemaah. Ini menunjukkan ada ketika amalan ini perlu dilakukan secara sembunyian dan ada kala perlu dizahirkan. Bila pemilihan ini perlu dibuat? Bila ianya memperoleh habuan yang paling lumayan. Begitu jugalah dalam pendidikan, pilihlah pendekatan, kaedah dan teknik yang terbaik yang akan memberikan pulangan yang besar kepada pihak yang berkepentingan. Dengan memperkasakan konsep itqan dan khusyuk, bukan sahaja satu juzuk daripada pembelajaran yang dapat dibangunkan malahan seluruh sistem pendidikan dapat dipulihkan. Selebihnya perlukan bantuan daripada bantuan Yang Maha Pencipta(Juoi, 2014).

Memaknai Sighah: Ajakan menuju kejayaan

Makna kalimah ini: Marilah menuju kejayaan. Setelah membesarkan dan

mentauhidkan Allah serta beramal dengan mengikut cara Baginda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص

maka seruan seterusnya adalah ke arah jaminan kejayaan dengan keselamatan. Kalimah ini bersifat habuan yang akan diterima hasil daripada usaha yang dilakukan sebelum ini. Mudah-mudahan ianya berkekalan di dalam syurga dan terselamat

Page 9: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

17

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

daripada neraka. Pastinya kejayaan hanya akan diperolehi setelah urusan timbangan amal dilalui dengan jayanya iaitu amalan kebaikan melebihi kejahatan. Di dalam Bahasa Arab, selain Al Falah, Al Fauz juga merupakan memberi makna kejayaan. Namun yang membezakannya adalah, al-Falah memaparkan proses dalam mencapai kejayaan, meliputi tempoh, ujian susah payah, dengan usaha yang gigih yang boleh diperolehi dunia dan akhirat. Seterusnya al-Fauz pula lebih kepada ganjaran Allah SWT dalam menyempunakan janjiNya kepada orang yang beriman dan bertaqwa sehingga terhindarnya azab dunia mahupun akhirat (Yulianto, 2009). Interpretasi Falsafah: Mempamerkan pentaksiran Proses pentaksiran merupakan proses untuk menentukan sesuatu kerja buat mencapai kualiti yang dikehendaki, memenuhi sasaran ataupun memerlukan penambahbaikan. Atas prinsip inilah pentaksiran sering diadakan sama ada bersifat sepanjang masa, secara berkala ataupun pelbagai cara. Dalam hal ini, instrumen pengukuran perlulah memenuhi kesahan dan kebolehpercayaan. Prinsip integriti dalam perlaksanaan juga akan mempengaruhi keputusan. Oleh itu falsafah kepada kalimah ini adalah bagaimana pentaksiran yang dilakukan mampu untuk mengukur apa yang patut diukur dan boleh dipercayai. Agar hasil yang diperolehi menepati dengan tujuan yang asal.

هللا أكبر , هللا أكبر

Memaknai Sighah: Takbir Hampir di penghujung azan, kalimah membesarkan Allah SWT diulang lagi seperti 5.1. Ia merupakan peneguhan untuk mengagungkan Allah SWT dan keluar daripada kesyirikan. Adalah merupakan perkara yang amat penting bagi memastikan segala amalan dan pekerjaan itu jangan sampai tersasar daripada membesarkan Allah SWT kerana padaNyalah kunci kejayaan. Interpretasi Falsafah: Mengingatkan tujuan Dengan mengambil pengajaran daripada peristiwa di Alhajatul wada’, Nabi berkhutbah

Ya Allah sudahkah kusampaikan? Kalian akan menemui Allah maka janganlah kalian kembali sesudahku menjadi sesat, sebagian kalian memukul tengkuk sebagian yang lain. Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir, barangkali sebagian orang yang menerima kabar (tidak langsung) lebih mengerti daripada orang yang mendengarkannya (secara langsung). Kalian akan ditanya tentang aku maka apakah yang hendak kalian katakan ? Mereka menjawab : Kami bersaksi bahwa engkau telah menyampaikan (risalah, telah menunaikan dan memberi nasehat.“ Kemudian seraya menunjuk ke arah langit dengan jari telunjutnya, nabi saw bersabda : Ya Allah, saksikanlah (tiga kali).”

Peristiwa ini amat penting kerana, tugas kerasulan Baginda hampir sempurna. Oleh itu muhasabah terhadap tugasnya disemak oleh pengikutnya pada ketika itu. Berpandukan ucapan di atas, menunjukkan bahwa konsep penegasan kepada tujuan asal dan muhasabah perlu sentiasa dilakukan apabila tugas hampir selesai malahan perlu diulang-ulang jika perlu. Hal ini dilakukan agar memastikan tugas dan objektif asal tercapai.

Memaknai Sighah: Peneguhan kesaksian Jika pengulangan kalimah takbir, melambangkan keutamaan kepada membesarkan Allah SWT, mana kalimah ini merupakan kalimah yang memperteguhkan keimanan, tanpa ragu-ragu,terima sepenuh hati, mencintai peraturan dan ajaran, tulus dalam amalan demi meningkatkan keyakinan(Zakariya, 2015). Makna kalimah ini ialah Tiada Tuhan Melainkan Allah. Tidak ada satu pun kalimah yang perlu dipertahankan sehingga ke hujung usia melainkan kalimah ini. Seseorang yang berjaya mengakhiri usia dengan kalimah ini, dia akan beroleh kejayaan yang besar untuk ke alam yang seterusnya. Kalimah inilah yang menjadi pembezanya antara yang berjaya mahupun sebaliknya.

Page 10: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

18

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Interpretasi Falsafah: Meneguhkan pendirian Kesinambungan adalah perkara yang penting dalam perlaksanaan tugas. Hanya mereka yang berpegang teguh kepada pendirian sahaja yang ada bekalan motivasi intrinsik untuk terus melaksanakan tugasan. Motivasi intrinsik merupakan satu dorongan yang ada dalam diri tanpa mengharapkan ganjaran untuknya (Rashid, Ying, & Ahamad, 2012).

METODOLOGI

Kajian ini melibatkan dua fasa utama yang dilakukan berdasarkan pendekatan kualitatif berasaskan kajian literatur secara paradigma interpretif. Paradigm ini memberi tumpuan kepada memahami sesuatu konsep pada tahap pengalaman subjektif; mencari penjelasan dalam ruang sedar individu dan subjektiviti, dalam kerangka rujukan partisipan dan bukannya pemerhatian (Othman Lebar, 2017). Fasa kajian dijelaskan seperti berikut :

Langkah 1: melibatkan langkah mentakrif masalah dan menentukan jurang kajian melalui refleksi pembacaan literatur. Huraian maklumat yang diperoleh dibincangkan di bahagian pengenalan dan latar belakang kajian

Langkah 2: melibatkan langkah menganalisis dan menginterpretasi dapatan penilaian serta rumusan keseluruhan dapatan kajian

DAPATAN i. (a) Dapatan objektif i. (Mengenalpasti kesesuaian elemen sighah azan dalam

perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah) Terdapat beberapa modul instruksi yang digunakan di bilik darjah. Namun kebanyakkan

model instruksi yang diguna pakai menekan aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran

tanpa mendokong sistem nilai secara ekspilisit. Elemen nilai hanyalah dijadikan elemen

sampingan sahaja dalam sesi pengajaran dan pembelajaran walhal, ia merupakan komposisi

yang paling penting dalam pembentukan dan pembangunan akhlak yang merupakan titik

utama pembangunan tamadun manusia.

Jika terdapat hanya seorang manusia yang berakhlak dan memiliki kebijaksanaan pastinya

dia akan memandu manusia lain untuk menuju kepada kejayaan sebenar dan

membangunkan tamaddun. Namun sebaliknya jika terdapat seorang manusia yang tanpa

berakhlak dan tidak memiliki kebijaksanaan pastinya dia akan menjadi perosak masyarakat

dan meruntuhkan tamadun yang pernah dicipta. Justeru, seseorang yang memiliki akhlak

yang baik namun kurang pandai, sekurang-kurangnya ianya tidak menjadi racun dalam

masyarakat, walau bagaimanapun seseorang yang tidak berakhlak tanpa akhlak walaupun

pandai golongan ini menjadi pemangkin kepada proses keruntuhan moral, etika kehidupan

dan seterusnya ketamadunan manusia. Perbincangan ini diringkaskan seperti Jadual 4.1

yang memaparkan hubungan di antara akhlak dan kebijaksanaan.

Page 11: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

19

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Jadual 4.1

Hubungan akhlak dan kebijaksanaan

Berakhlak Berjaya untuk diri, mungkin

tidak mampu untuk menuntun

yang lain

Membina kejayaan sejagat

dan ketemadunan manusia

Tanpa akhlak Peruntuh tamadun manusia

malahan kejam kepada

makhluk yang lain

Pemangkin dalam

meuntuhkan tamadun

manusia walaupun mungkin

dianggap wira

Tanpa kebijaksanaan Bijaksana

Oleh itu, berdasarkan literatur latar belakang kajian dan merujuk hubungan akhlak dan

kebijaksanaan yang dijelaskan interpretasi sighah Azan dikemukakan seperti Jadual 4.2 di

bawah.

Jadual 4.2

Pemetaaan sighah azan, falsafah dan Model Instuksi JTP

Bil Sighah Azan

Falsafah Model Instruksi JTP

Interpretasi

1 Takbir Menonjolkan

tujuan

Tonjolkan

OBJEKTIF

(O)

Walau apa pun bentuk pendekatan pedagogi yang

diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran,

objektif pengajaran perlu ditonjolkan. Tidak kira

sama ada pada peringkat awal, pertengahan dan

akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sampaikanlah ilmu dan kemahiran kepada pelajar

dalam apa cara sekalipun, namun sentiasa ingat

bahawa objektif adalah suatu keutamaan. Jika

disebut, deria pendengaran berperanan, manakala

jika dipaparkan deria penglihatan berperanan

manakala jika dicatat maka lebih banyak deria

berperanan. Adalah lebih berkesan jika kekuatan

semua deria dimanfaatkan secara optimum.

2 Kesaksian

kepada

Allah

Menghayati

nilai keikhlasan

Serlahkan

NILAI (N)

Selain objektif, nilai murni perlu diberikan

keutamaan. Objektif adalah untuk membangunkan

kognitif manakala nilai murni pula untuk

membangunkan akhlak. Jelaskan, lakonkan atau

apa jua bentuk penyampaian kaitkan nilai murni

dengan isi pembelajaran pada ketika itu. Apakah

fokus ketika ini? Bangunkan akhlak. Akhlak yang

terpuji nilainya sangat mahal. Jangan sesekali

dijadikan elemen pembangunan nilai murni ini

sebagai isi sampingan dalam pengajaran. Ikhlas,

amanah, jujur merupakan contoh nilai terpuji

malahan lebih banyak lagi.

Berbanding dengan model-model instruksi sebelum

ini, hampir tiada yang melihat aspek nilai sebagai

suatu keutamaan. Sebaliknya ia hanya satu elemen

yang bersifat sampingan. Barat membina kefahaman

bahawa teras kepada pembangunan insan adalah

membangunkan kognitif. Timbul pelbagai konsep,

Page 12: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

20

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

kaedah, pemikiran yang kebanyakkannya

menekankan domain kognitif. Kesemuanya ini

dengan harapan ia akan membangunkan generasi

yang lebih baik di masa depan seterusnya membina

tamaddun yang berjaya. Namun apa yang dilihat

kesannya hari ini iaitu generasi yang memiliki

kepelbagaian kecerdasan namun kosong jiwa dan

akhlak. Adab sopan semakin luntur, sosial hidup

makin kompleks, menakutkan dan banyak yang

hilang pertimbangan. Hal ini semakin serius. Islam

datang dengan membawa pendekatan yang

berbeza. Islam melihat pembangunan insan perlu

diberi tumpuan serius kepada pembentukan akhlak

dan pembersihan hati.

Dalam membangunkan jiwa yang bertamadun,

elemen nilai perlu dilihat dalam sesuatu yang bersifat

teras. Nilai ikhlas, sebagaimana yang ada dalam

falsafah azan memberikan penekanan kepada

motivasi intrinsik agar segala bentuk perbuatan

menerbitkan kesungguhan sama ada dari sudut

jasmani mahupun rohani apatah lagi pemikiran.

3 Kesaksian

kepada

Rasullulah

Menekankan

aspek ikutan

Perhalusi

BIMBINGAN

(B)

Teliti setiap pelajar dalam kelas. Kenali fitrah pelajar.

Ajarlah mereka mengikut kemampuan masing-

masing. Sesuatu sesi Pengajaran dan pembelajaran

hampir tidak sempurna jika tiada unsur bimbingan,

didikan, teguran, ulasan dan sebagainya. Awasi

empat sifat tercela yang lazimnya mendominasi

dalam diri manusia berbohong, mencuri, marah dan

hedonisme (Abdullah Nasih Ulwan, 2015).

Bimbingan perlu merangkumi kesediaan jasmani,

mental, rohani, emosi dan sosial. Berlaku ihsan

kepada dengan pelajar yang lemah dan tegas

sesetengah keadaan. Hikmah, ihsan dan tegas

adalah kunci penting dalam mengajar, membimbing

dan mendidik. Apapun pendekatan terkini yang

digunakan, hal membimbing iaitu dari guru kepada

pelajar, hal pembentukan akhlak yakni hasil

pembelajaran sentiasa dibangunkan secara sistemik

dan komprehensif.

4 Ajakan

mendirikan

solat

Menzahirkan

amalan

Laksanakan

AMALAN

TERBAIK

(A)

Pelbagaikan kaedah dalam pendidikan di dalam

kelas meliputi teladan, kebiasaan, nasihat,

pemerhatian, hukuman dan penemuan (Abdullah

Nasih Ulwan, 2015). Pilih amalan terbaik mengikut

keperluan kursus, tempat, pelajar dan lain-lain.

Gunakan kemahiran pedagogi dan teknologi terkini

dengan kaedah yang sesuai. Walaupun fokus utama

untuk bangunkan kognitif namun jangan sesekali

mengenepikan elemen pembentukan manusia yang

lain seperti spiritual, emosi dan jasmani. Ajarlah

mereka bukan sekadar bangunkan manusia tetapi

bangunkan tamadun.

Manakala dalam aspek pemikiran, kepercayaan

kepada teori, taksonomi, pembahagian tahap cara

Barat diberikan keutamaan sedangkan ilmuwan

Page 13: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

21

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

Islam turut menggarapkan tahap pemikiran

contohnya Ibn Khaldun. Beliau lebih cenderung

mengertikannya fikiran merujuk kepada akal dan

akal letaknya diqalbu (Ibn Khaldun, 2009). Beliau

membahagikan kepada 3 kategori akal

i. Intelektual Pembeza: Menerima

sesuatu yang bermanfaat dan menolak

yang memudaratkan

ii. Intelektual Eksperimental: Kemahiran

berfikir yang kreatif dan inovatif

iii. Intelektual Spekulatif: Kemahiran

menaakul keadaan khusus untuk

sesuatu tempoh pada masa depan.

Apa yang penting, gaya pemikiran Ibn Khaldun ini

cuba menuntup pintu-pintu kesyirikan berbanding

teori dan taksonomi yang dicadangkan oleh barat

seperti Taksonomi Bloom.

5 Ajakan

menuju

kejayaan

Mempamerkan

pentaksiran

Tekalkan

PENTAKSIRAN

(P)

Kejayaan Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat

dinilai jika tiada alat untuk mengukurnya. Maka

perkara seterusnya dalam Model Instruksi JTP

adalah membina ketekalan pentaksiran. Fokus

pentaksiran perlu dibeza mengikut domain yang

sesuai;

1. Adab dan perilaku (Rohani)

2. Kecerdasan minda (Intelektual)

3. Ketangkasan fizikal (Jasmani)

4. Kestabilan emosi (Emosi)

5. Kemahiran komunikasi (Sosial)

Kualiti Pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh

ketekalan pentaksiran yang dibina. Apa jua model

instruksi yang digunakan, proses pentaksiran

merupakan proses yang kritikal dan perlu diberikan

perhatian yang serius. Secara umumnya, proses

Pengajaran dan pembelajaran telah lengkap. Namun

untuk lebih sempurna, wajar diteruskan lagi ke tahap

seterusnya.

6 Takbir Mengingatkan

tujuan (tiqrar)

ULANGI

objektif (U)

Sebelum mengakhiri sesi Pengajaran dan

pembelajaran, ulangi objektif, agar dapat dipasak

dalam ingatan jangka panjang setiap pelajar.

Catatkan elemen-elemen yang mengambarkan

kesempurnaan seperti kata kunci pengajaran,

illustrasi yang berkaitan dan sebagainya dalam

melaksanakan pengajaran.

7 Kalimah

Tauhid

Meneguhkan

pendirian

ISTIQAMAH

(I)

Seterusnya langkah yang terakhir dinamakan

istiqamah. Istiqamah merujuk kepada usaha gigih

dan sentiasa meningkatkan penguasaan sehingga

cekap. Bagaimanakah cara seseorang itu berusaha

untuk memantapkan proses pembelajaran? Antara

lain latih tubi yang berteraskan pengayaan,

pengukuhan, peringatan dan pemulihan. Fokus dan

sentiasa berusaha ke arah yang terbaik. Oleh itu

setiap isi pembelajaran perlu dipelihara, diingati,

diamalkan kerana hasil pembelajaran itu pasti

Page 14: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

22

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

memberi natijah kepada jasmani, rohani, intelektual

dan emosi.

(b) Dapatan objektif ii. (Mengemukakan rekabentuk model intruksi berdasarkan dapatan i. di

atas)

Secara ringkasnya model ini terdiri daripada 7 langkah utama dan 2 langkah komponen

pelengkap seperti berikut:

KESIMPULAN

Model Instruksi ini masih lagi dalam proses evolusi untuk berkembang dan bersaing. Masih

terlalu awal untuk diimplementasikan secara menyeluruh. Pesan Baginda Rasul shallallahu

‘alaihi wa sallam : Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

راع حتى لو دخلوا ف ى جحر ضب التبعتموهم , قلنا يا رسول راعا ب ذ بر وذ برا ب ش ن قبل كم ش ين م ذ لتتب عن سنن ال

للا آليهود والنصارى قال : فمن

“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal

dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob

(yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata,

“Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab,

“Lantas siapa lagi?” (HR. Muslim no. 2669).

Implikasi daripada kajian ini mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan iaitu 1.

Model ini perlu dilakukan pengujian dan penilaian lanjut untuk kebolehgunaan di bilik darjah

melibatkan pelbagai sampel kajian dan pihak berkepentingan, dan 2. Memastikan semua

langkah pengaplikasian model ini difahami oleh warga pendidik setelah penilaian

kebolehgunaannya selesai dijalankan. Model Instruksi JTP ini boleh dijadikan alternatif

kepada model pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sedia ada supaya pelajar dapat

dibangunkan bersama dengan roh Islamiyyah.

Langkah Utama

1. Tonjolkan OBJEKTIF (O)

2. Serlahkan NILAI (N)

3. Perhalusi BIMBINGAN (B)

4. Laksanakan AMALAN TERBAIK (A)

5. Tekalkan PENTAKSIRAN (P)

------------------------------------

Pelengkap

6. ULANGI objektif (U)-Tiqrar

7. ISTIQAMAH (I)

Page 15: INTERPRETASI SIGHAH AZAN DALAM PEMBANGUNAN … fileJurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis) 2018 ISSN 1511 5828 ... perhatian pada aspek kalbu yang sejahtera turut dapat membangunkan

23

2018 Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis)

ISSN 1511 5828

RUJUKAN

Alwan, ʻA., Abdullah, M. I., & Riduan, N. A. (2015). Tarbiyatul aulad fil Islam. Selangor: PTS

Publishing House.

Al-Halabi, A. F. A. G. (2013). Rasulullah pendidik terulung. (S. Mahmud, Trans.), (p. 47).

Seremban: Al Azhar Media.

Al Mubarakfuri, S. A. R. (2016). Sirah nabawiyyah. (Muhammad Ramzi Omar, Trans.) (8th ed).

Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Darusalam, G. B., & Hussin, S. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: Amalan

dan analisis kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hatta, A. (2012). Tafsir al-Quran per kata: dilengkapi dengan Asbabun Nuzul & terjemah edisi

Bahasa Melayu. Maghfirah Pustaka Al-Madani Enterprise.

Juoi, P. M. (2014). Pesan hati untuk hati. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Khaldun, I. (2009). Mukadimah Ibn Khaldun (6th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mat Rofa Ismail. (2016). Bicarawara sains islam. Shah Alam: Group Buku Karangkraf Sdn.

Bhd.

Mohamed Nazul Ismail. (2013). Model nilai cipta sama sistem pengurusan pembelajaran.

Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tesis tidak diterbitkan)

Nazil Nuhairi Ismail. (2014). Nazil, I. N. (2014, April 4). Pendidikan negara: Apa yang tak

kena? Sinar Online. Diakses pada 30.1.2018, dari

http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/pendidikan-negara-apa-yang-tak-

kena-1.266857

Noriati A.R., Pong Y.B. & Sharifah Fakhria A. (2012). Murid dan alam belajar. Shah Alam:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Othman Lebar. (2017). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod (2nd ed).

Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Malaysia, K. P. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan

Tinggi). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rohidzir R., Fuad I. & M. Wahid A.H. (2011). Ensiklopedia solat. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Shahiditabar, M., & Mozaheb, M. A. (2014). Lexical Configuration in Adhan: A Semantic

Perspective. European Journal of Social Sciences Education and Research,2(1),44-

51.