compiled kalbu

Upload: tengku-muniff-zedrin-petra

Post on 10-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    1/25

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    2/25

    2

    SINOPSIS

    BAB 1 AKU DAN SENSEI Aku merupakan seorang penuntut muda dan telah pergi ke Kamakura atas desakan

    rakannya. Aku telah membuat keputusan untuk terus tinggal di Kamakura sementara cuti masihpanjang sebelum penggal persekolahan bermula. Semasa Aku memerhati keindahan dan suasana dipantai yang dikerumuni oleh ramai pengunjung yang lain, di tengah-tengah kesibukan tersebut,watak aku menemui Sensei. Aku percaya bahawa dia pernah melihat Sensei tetapi lupa bila dan dimana. Pada keesokan hari, Aku bertemu Sensei sekali lagi yang sedang memakai topi jerami. Akuberasa hampa kerana tidak berpeluang untuk bersapa dengan Sensei.

    Persahabatan Aku dengan Sensei bermula apabila Aku mengekori Sensei berenang di lautdan Sensei telah mengajaknya pulang. Aku menggambarkan Sensei sebagai seorang yang dingindan tidak peramah. Sungguhpun begitu, Aku faham akan sebab Sensei bersikap sedemikiansetelah beliau meninggal dunia.

    Sekembalinya ke Tokyo, Aku telah pergi melawat Sensei di rumahnya. Setibanya di rumahSensei, Aku telah disambut oleh isteri Sensei Shizu dan isterinya memberitahu bahawa Senseimelawat kubur rakannya di tanah perkuburan Zoshigaya. Lantas, Aku ke tempat tersebut untukmenemui Sensei. Semenjak itu, Aku lebih kerap mengunjungi Sensei sehingga menimbulkanpertanyaan dalam diri Sensei untuk bertanyakan Aku bahawa mengapa Aku menghabiskan begitubanyak masa bersama-sama seseorang sepertinya. Sensei telah mengakui bahawa beliau dalamkesunyian dan berasa gembira kerana Akudapat mengunjunginya.

    Pada suatu hari, musim bunga, Aku dan Sensei telah ke Ueno. Sensei telah mengatakankepada Aku bahawa dalam percintaan ada perasaan bersalah. Beliau juga berpendapat bahawapersahabatan yang dijalinkan di antara Aku dengan beliau sebenarnya persiapan sebelum watakaku menagih kasih daripada seorang wanita. Persoalan yang memuncak dalam diri Aku diredakansedikit dengan penjelasan daripada Shizu apabila Aku berpeluang sekali lagi untuk berbual-bual

    dengan Shizu. Shizu menyatakan Sensei akan berasa lebih dukacita dan dialah satu-satunya yangmampu memberi kebahagiaan kepada Sensei. Sungguhpun begitu, Shizu tetap ragu sama ada Senseiturut membenci dirinya sendiri ataupun tidak. Menurut Shizu, Sensei membenci dunia ini dan secaratidak langsung beliau juga dibenci kerana dianggap sebahagian daripada makhluk dunia ini. Shizutidak dapat menerangkan punca mengapa Sensei berubah menjadi sedemikian. Namun, Shizuberpendapat mungkin kematian sahabat Sensei telah membawa kepada perubahan sikap Senseikerana Sensei telah berubah secara beransur-ansur semenjak kematian sahabat beliau.

    Pada musim sejuk, Aku terpakasa pulang ke kampung setelah mendapat sepucuk suratdaripada ibunya yang menyatakan bahawa sakit ayahnya semakin tenat. Ayahnya menghidappenyakit buah pinggang dan telah pengsan semasa bekerja di halaman rumah. Pada mulanya, Akubercadang untuk menunggu sampai hujung penggal tetapi Aku mulai rasa bimbang lalumemutuskan untuk pulang ke kampung dengan segera. Memandangkan Aku tidak mempunyaiwang yang cukup untuk tambang kereta api, watak aku telah meminjam wang daripada sensei.

    Sekembalinya Aku ke Tokyo, Aku terus ke rumah Sensei untuk membayar kembali wang

    yang dipinjam. Perbualan mereka berkisar tentang penyakit buah pinggang ayah Aku serta manusiayang merupakan makhluk yang tidak berupaya, sama ada mereka sihat atau sebaliknya dan tiadasiapa boleh menentukan bagaimana atau di mana dia akan mati. Sensei juga menyatakan ada orangyang mati dengan aman dan ada juga yang mati dengan kekejaman yang luar biasa. Yangdimaksudkan kekejaman luar biasa itu adalah bunuh diri.

    Pada suatu hari, Sensei telah memberi pendapat kepada watak aku agar menentukanpembahagian harta pusaka dilakukan sekarang.Sensei mengatakan jiak seseorang mati dengan

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    3/25

    3

    mengejut, harta pusakanya menjadi punca masalah. Sensei juga menolak pendapat watak aku yangmenyatakan orang-orang kampung adalah baik belaka sebaliknya orang kampung selalunya lebih

    jahat daripada orang kota. Sebagai manusia sensei menyatakan bahawa kita perlulah sentiasaberhati-hati keraan semua orang boleh berubah dalam sekelip mata. Semua ini berlaku pada Senseiyang terpedaya dengan bapa saudaranya sendiri sehingga Sensei tidak mampu memiliki harta ayahkandungnya sendiri. Hal ini telah menjadikan Sensei seorang yang pendendam.

    Pada malam penyampaian ijazah Aku, Aku telah pergi ke rumah Sensei untuk makan malam.Dalam situasi ini, sensei telah mengutarakan soalan siapa yang akan mati dahulu di antara Senseidan isterinya. Selang beberapa hari, Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampng. Akumerasakan tidak dapat berbuat apa-apa sedangkan ayahnya sedang menunggu kedatangan maut.Pada masa itu, aku benar-benar dapat merasai perasaan seseorang yang tidak berdaya untukberbuat sesuatu dalam menangani masalah itu

    BAB KE 2 AKU DAN ORANG TUAKU

    Bab ke-2 dalam novel kalbu mengisahkan Aku kembali ke kampungnya menemui orangtuanya. Ayahnya begitu gembira atas kejayaan Aku merangkul segulung ijazah dan bercadanguntuk membuat satu majlis menyambut kejayaan tersebut. Aku berpendapat pemikiran ayahnyabegitu kolot sehingga membangga-banggakan kejayaan Aku. Selang beberapa hari, berita tentang

    Maharaja Meiji yang sakit tersebar dengan cepatnya ke seluruh Jepun menerusi media cetak.Lantaran itu, ayah Aku mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis itu sebagai menghormatiMaharaja Meiji. Ayah Aku mula menyedari tentang penyakit yang membebaninya. Setiap hari, ayah Aku akan menunggu surat khabar untuk mengikuti perkembangan tentang kesihatan MaharajaMeiji. Setelah kematian Maharaja Meiji, semangat ayah Aku semakin luntur dan kesihatannyabertambah teruk. Dia beberapa kali pengsan semasa berjalan di sekitar rumahnya.

    Akhirnya, doktor telah menyatakan bahawa ayah Aku sudah tiada harapan lagi untuk terushidup. Dia terlantar nazak menunggu kematian. Seluruh keluarga dan saudara mara telah dipanggiluntuk menjaga ayah Aku setiap malam. Pada masa yang sama, Aku telah menulis surat kepadaSensei untuk menyatakan tentang kesihatan ayah Aku. Demi menenangkan kegelisahan ibu danayah Aku, Aku turut menulis surat kepada Sensei bertanyakan tentang pekerjaan Aku di Tokyo.Namun, semua surat yang dihantar tidak dibalas oleh Sensei. Kesihatan ayah Aku bertambah rumit.

    Akhirnya, surat Sensei tiba di tangan Aku. Suratnya begitu tebal dan menpunyai banyakhelaian. Surat itu tidak mengandungi jawapan kepada pertanyaan Aku mengenai pekerjaan diTokyo. Aku meneliti surat yang tebal itu secara ringkas ketika berada di dalam bilik bapanya.Setelah meneliti surat tersebut, Aku terkejut mendapati Sensei menyatakan ketika kau membacasuratku ini, aku mungkin sudah tiada lagi di dunia ini. Kenyataan itu tertulis pada perenggan terakhirsurat tersebut. Sensei turut menyatakan bahawa dia akan menceritakan pengalaman pahitnyamenerusi surat tersebut, kerana tiada berkesempatan untuk menceritakannya secara lisan.

    Kemudian, Aku berjalan menuju ke bilik ayahnya untuk bertanyakan tentang keadaanayahnya. Kemudian, Aku menuju keluar ke pintu belakang untuk ke rumah doktor untukbertanyakan tempoh ayahnya dapat bertahan sebelum meninggal dunia. Malamgnya, doktor tiada dirumah. Kemudian, Aku menaiki sebuah beca menuju ke stesen kereta api. Aku sempatmengirimkan sedikit nota untuk ibunya dan menyuruh pembonceng beca tersebut menghantarnya.

    Aku pun menaiki kereta api tersebut dan menuju ke Tokyo. Sepanjang perjalanan, Aku membacasurat Sensei dari awal sehingga tamat.

    BAB KE 3 SENSEI DAN WASIATNYADi dalam Bab 3 Sensei dan Wasiatnya, hampir keseluruhan cerita di dalam bab 3 adalah

    berkisarkan tentang suratnya yang dihantar kepada penulis. Surat itu menceritakan tentang riwayathidup Sensei. Di dalam bab ini, ianya menggunakan teknik imbas kembali di mana membawa penulisdan pembaca kembali ke masa silam. Di dalam surat tersebut telah diceritakan beberapa peristiwapenting yang mempengaruhi kehidupan Sensei.

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    4/25

    4

    Dalam suratnya, Sensei memohon maaf kerana tidak dapat mencarikan pekerjaan Aku diTokyo kerana sibuk menulis surat ini. Sebagai permulaan surat, Sensei menyatakan bahawa ibubapanya merupakan seorang yang kaya. Malangnya, ibu bapanya mati akibat penyakit tifoid semasabeliau belum mencecah dua puluh tahun. Bapa saudaranya yang telah menguruskan segalamaklumat penting berkenaan dengan harta ibu bapanya semasa Sensei belajar di maktab. SetibanyaSensei di rumah, keluarga bapa saudaranya sudah pun berpindah ke rumah itu. Sensei dipaksa

    berkhawin dengan sepupunya. Hal ini merupakan satu cara bapa saudaranya membolot hartapeninggalan bapa Sensei. Sensei menuntut sebahagian harta peninggalan bapanya dan terusberpindah ke Tokyo. Sensei telah meminta tolong sahabatnya untuk menguruskan penjualan harta.

    Kemudiannya,Sensei pun menetap di sebuah rumah di Koishikawadai yang dihuni oleh duaorang wanita. Sensei dilayan seperti sebahagian dari keluarga tersebut. Perwatakan mereka sungguhmenyenangkan dan hubungan mereka semakin erat. Kadang-kadang Sensei merasakan layanan ituadalah dengan tujuan Sensei dapat merapati anaknya seperti yang telah dilakukan oleh bapa saudaraSensei. Sensei telah jatuh cinta pada anak Okusan, iaitu Ojosan.

    Sensei telah mengajak atau lebih tepat memaksa rakan baiknya sejak kecil, K untuk tinggal dirumah tersebut, berikutan K telah dihalau oleh keluarga angkatnya. Namun K dilihat sebagaipenghalang dan pesaing utama Sensei dalam memenangi hati Ojosan. Sensei kerap kali melihat

    Ojosan berbual dengan K dan semakin lama mereka semakin rapat. Hal ini menjadikan Sensei kurangsenang.

    Pada suatu hari, Sensei berbual dengan K berkenaan dengan Ojosan danhal ini memberikonflik antara perhubungan mereka. Akhirnya, tanpa pengetahuan K, Sensei telah menyuarakansuara hatinya ingin mengahwini Ojosan. Selang beberapa ketika, Okusan memberitahu tentanghasrat hati Sensei kepada K. K menerima berita itu dengan tenang sambil melakarkan senyuman.Malah, K mengucapkan Tahniah kepada Sensei. Pada malamnya, K telah membunuh diri denganmemotong pergelangan tangannya.

    Sensei menjalankan tanggungjawabnya dengan mengebumikan K di perkuburanZoshigaya. Sensei selepas itu pindah di rumah yang didukinya sekarang dan dia graduasi dua bulanselepasnya. Tidak lama kemudiannya, Sensei dan Ojosan berkahwin. Kebahagiaan yang diharapkanoleh Sensei tidak sama sekali dikecapinya selepas berkahwin. Setiap kali dia memandang wajah

    isterinya, dia pasti akn teringat akan K. Kadang kala Sensei menjadi mabuk kerana terlampau banyakminum minuman keras akibat daripada memikirkan keresahan dalam hatinya. Kemudian, ibu mertuaSensei meninggal dunia. Walaupun pada Sensei dia telah mencurahkan segala kasih sayangnya akanisterinya, tetapi dia dapat merasakan keraguan isterinya terhadap Sensei sendiri, seolah- olah diatelah menyembunyikan sesuatu daripada perempuan itu. Sensei menyatakan bahawadia tidak mahumemberitahu Ojusan tentang apa yang berlaku dahulu kerana dia tidak mahu Ojusan merasai apayang dia rasai sekarang. Pada Sensei satu- satunya jalan yang paling mudah sekali ialah denganmenamatkan riwayatnya kerana dia rasa dia menyusahkan Ojusan. Pada pertengahan musim panas,Emperor Meiji mangkat. Sensei memberitahu isterinya bahawa dia sepatutnya pergi bersama- samaEmperor Meiji. Sensei suadah bertekad untuk meninggalkan isterinya. Dengan menyatakan bahawaisterinya selamat bersama saudaranya yang lain, dia menamatkan suratnya dan menyatakan sejurussurat ini tiba ke tangan Aku, maka Sensei sudah tiada lagi di dunia ini. Sensei juga menyuruh Akusupaya merahsiakan hal ini kepada isterinya, Ojusan kerana tidak mahu mengecewakan isterinya.

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    5/25

    5

    Tema dan Persoalan

    TEMANovel Kalbu mengetengahkan tema kesepian di dalam hidup seseorang yang membawa

    kepada kehancuran.

    Dalam novel ini, Sensei menyedari kesepian yang dihadapi oleh Aku, tetapi, Sensei tidakmenyedari bahawa dirinya sendiri juga kesepian kerana hidup terlalu mengasingkan diri. Namun,kesepian inilah yang menyebabkan persahabatan antara mereka terjamin. Walaupun alasan Akuuntuk mengenali Sensei hanyalah untuk menimba pengalaman bersama orang yang lebih tua darinya,ataupun mentor, untuk mengenali erti dunia sebenar, namun hubungan persahabatan antara merekaberdua menjadi semakin erat.

    Kesepian yang dihadapi oleh Sensei sebenarnya hanyalah kerana perasaan bersalahnya ataskematian kawannya yang boleh dianggap kesan negatif dirinya yang mengkhianati kawannya dandalam masa yang sama, sikap ego dalam dirinya terlalu tinggi. Selain itu, kehidupan mengasingkandiri yang dilakukan oleh Sensei juga disebabkan sejarah hidup dirinya yang tertipu lalumenyebabkannya tidak mahu mempercayai orang lain. Dia juga dilihat membenci dirinya sendirikerana kesilapannya yang terdahulu. Selain itu, tindakan Sensei membunuh diri dilihat keranamenganggap isterinya juga tidak dapat menghilangkan kesepiannya.

    Kesepian juga turut ditunjukkan melalui watak K.

    PERSOALANTerdapat pelbagai persoalan yang dipaparkan oleh Soseki Natsume. Antara persoalan yang

    jelas dipaparkan ialah seperti berikut.

    a. Pengalaman orang yang lebih tuaSensei , disebabkan umurnya yang lebih tua berbanding aku, mempunyai pengalaman yang lebihluas. Antara pengalaman yang ditimba olehnya ialah hidup manusia pada akhirnya pasti akanmembawa kesepian.

    b. Persahabatan yang tidak mengira umurWalaupun terdapat perbezaan umur yang ketara antara Aku dan Sensei, namun hal ini tidakmenghalang mereka daripada menjalinkan persahabatan yang erat. Hal ini dapat dilihat melaluikemesraan yang wujud antara diri mereka berdua.

    c. Keraguan disebabkan pengalaman terdahuluBapa saudara Sensei pernah menipu Sensei sehinggakan peristiwa ini kekal dalam ingatannya.Hal ini menjadikan dirinya lebih berhati-hati dalam persahabatan dan terlalu menjaga soalkejujuran antara sahabat. Hal ini menyebabkan dirinya berasa ragu-ragu terhadap keinginanseseorang berbaik dengan dirinya kerana berasa khuatir mereka ingin mengambil kesempatanterhadap dirinya.

    d. Taat setia kepada pemerintahBapa Aku ingin mengadakan jamuan sempena kejayaan Aku menamatkan pengajian di Universiti.Namun kematian Maharaja Meiji menyebabkan bapanya membatalkan kenduri tersebut keranaperasaan hormat terhadap kematian maharaja mereka. Hal ini menunjukkan bahawa merekamempunyai perasaan hormat yang tinggi. Bahkan mereka sekeluarga berkabung atas kematianmaharaja mereka dengan melilitkan kepala mereka dengan kain.

    e. Kepentingan ilmu

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    6/25

    6

    Soseki Natsume merupakan seorang yang berpelajaran tinggi menyebabkan beliau meletakkantema keutamaan seseorang untuk menjadi orang terpelajar. Hal ini dapat dilihat melalui watak

    Aku dan abangnya. Kedua-dua mereka melanjutkan pelajaran ke universiti dan berjayamenamatkan pengajian mereka dengan berjaya. Selain itu, antara sebab Aku ingin mendekatiSensei adalah disebabkan anggapannya bahawa Sensei mempunyai ilmu yang tinggi.

    f. Tekanan jiwa dan perasaan golongan intelekKebiasaanya tekanan yang dialami oleh mereka boleh membawa kepada kemusnahan diri. Hal iniboleh berlaku disebabkan sejarah hidup yang lepas sehingga mengakibatkan dirinya tidak dapatlagi mempercayai orang lain lalu menyendirikan dan mementingkan diri sendiri berbanding oranglain. Sebagai contoh, Sensei mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat kesepian yangdialami olehnya

    g. Perbezaan antara Pemikiran Kampung dengan BandarAku membandingkan gaya pemikirannya dengan pemikiran ayahnya. Sebagai contoh, ayah Akuberasa terlalu berbangga bangga dengan kejayaan anaknya dan terlalu ingin membesar-besarkannya, lalu ingin mengadakan jamuan. Namun, bagi Aku, dia lebih suka merendahkandirinya tanpa mengheboh-hebohkan kejayaannya kepada khalayak ramai.

    h. Pentingkan diriSensei mengambil tindakan melamar Shizu walaupun dia mengetahui bahawa K telahpunmencintainya. Apabila mengetahui hal ini, sewajarnya bagi Sensei untuk berjumpa danberbincang terlebih dahulu dengan Okusan dan K mengenaiSelain itu

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    7/25

    7

    Watak Perwatakan

    AkuBab 1

    y Pelajar universitiCth: pada masa itu aku masih penuntut muda (m/s 1)

    y Mempunyai seorang abang dan kakakCth: abangku bekerja di Kyushu..kakakku telah berumah tangga.. (m/s 70)

    y Seorang perenangCth: Rumah tumpanganku juga berhampiran dengan laut,amat sesuai bagi perenang seperti

    aku.(m/s 3)

    y Seorang perokokCth: Selepas pemergian mereka, aku duduk berehat sambil merokok (m/s 6)

    y Menghormati orang tuaCth: ..sudah menjadi tabiatku memanggil seseorang yang lebih tua sebagai Sensei(m/s 10)

    y Suka berkawanCth: ..timbul dalam diriku keinginan yang amat kuat untuk mengenalinya dengan lebih

    rapat (m/s 17)

    y Berani dan bersifat terbukaCth: ..aku menganggapnya kebudak-budakan.Aku menjadi lebih berani dan terbuka (m/s

    19)

    Cth: aku beranggapan aku lebih bebas dan berfikiran terbuka berbanding Sensei dan

    isterinya (m/s 36)

    y Bersikap ingin tahuCth: ..kami sepatutnya menjadi pasangan paling bahagia.Mengapa sepatutnya?Mengapa

    dia.. (m/s 31)

    y Menyanjungi SenseiCth: Sensei seorang yang aku sanjungi (m/s 33)

    y Seorang yang fokusCth: ..aku lebih cenderung memberi kesetiaan kepada satu tujuan sahaja (m/s 42)

    y Kurang minat pada wanitaCth: aku tidak berasa tertarik pada wanita itu, sebaliknya aku merasai penolakan (m/s 56)

    y Mempunyai sifat yang sama dengan ayahnya (pemalas)Cth: Kami berdua mempunyai sifat semulajadi sebagai pemalas.. (m/s 72)

    y Mudah terpengaruh dengan gaya hidupCth: setiap kali aku pulang, aku membawa bersamaku gaya hidup di Tokyo.. (m/s 75)

    y Bersungguh-sungguh mencapai sesuatuCth: setiap hari aku bertungkus-lumus menyiapkannya.. (m/s 83)

    y Kurang beradap dan tidak pandai bercakap dengan beralasCth: aku memberitahu Sensei bahawa perbualan kami selalunya tidak muktamad (m/s 101

    y Seorang yang lurusCth: ..aku juga meraguimu.Ini kerana kau terlalu lurus (m/s 103)

    y Seorang yang teratur dan pandai mengurus diriCth: aku telah pun menyediakan satu jadual harian yang akan kuikuti di kampung nanti

    (m/s 119)

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    8/25

    8

    Bab 2

    y Berfikiran modeny Aku tidak boleh menerima pemikiran ayahnya yang terlalu kekampungan kerana terlalu

    memandang tinggi terhadap ijazah universiti yang diperolehinya.

    y Contoh: akhirnya aku berasa jelek akan cara pemikiran orang kampung ayahku yanglurus itu

    y Tidak mengukur kejayaan seseorang berdasarkan penerimaan ijazahy Aku menganggap pengajian di universiti adalah perkara biasa sahaja dan tidak perlu

    disanjungkan.

    y Contoh: Aku lebih menyanjungi Sensei dengan pandangannya yang tidak mengagung-agungkan oerkara seperti ijazah universiti, daripada ayahku sendiri yang nampaknya

    menganggap ia lebih berharga daripada nilainya yang sebenar.

    y Anak yang bertanggungjawaby Aku telah menangguhkan pemergiannya ke Tokyo kerana bimbang akan kesihatan

    ayahnya yang semakin buruk.

    y Contoh : hari yang telah ditetapkan untuk aku berangkat pun tiba, tetapi kerana akubimbang akan kesihatan ayahku, aku telah membuat keputusan untuk

    menangguhkannya.

    y Lebih menyenangi kehidupan di Tokyo berbanding di kampungy Aku tidak betah tinggal di rumahnya dan gagal menumpukan perhatian dalam

    pembacaannya kerana sudah terbiasa dengan hiruk-pikuk di bandaraya Tokyo.

    y Contoh: entah mengapa aku tidak dapat membiasakan diriku di rumah itu. Aku lebihsenang tinggal di tengah-tengah bandaraya Tokyo.

    y Tidak suka dengan sikap penduduk kampung yang suka mengambil kesempatany Sikap penduduk kampung yang datang ke jamuan makan malam dengan tujuan

    menikmati makanan istimewa dari makanan rutin mereka tidak disukai oleh Aku.

    y Contoh: Mereka datang dengan satu tujuan, iaitu untuk makan dan minum dan sentiasasahaja menunggu peluang menghadiri apa-apa upacara sahaja asalakan mereka dapat

    menikmati sesuatu yang lain daripada cara kehidupan mereka yang membosankan itu.

    y Tidak berkeyakinan dengan kelayakan yang dimilikiy Walaupun Aku merupakan graduan dari sebuah universiti di Tokyo, Aku masih tidak

    berkeyakinan akan mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kelayakannya.

    y Contoh: secara diam-diam, aku berasa peluang untuk aku mendapatkan pekerjaan yangbaik amat tipis.

    y Rasa ingin tahu yang tinggiy Aku sangat berminat untuk mengetahui tentang latar belakang Sensei dan tidak mahu

    berpisah dari Sensei selagi dia tidak mengetahui sejarah hidup Sensei.

    y Contoh: Aku tidak akan berpuas hati sehinggan aku mengetahui segala-galanya tentangSensei.

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    9/25

    9

    SenseiSensei telah kehilangan kedua orang tuanya yang mati akibat penyakit yang dihadapi merekasebelum Sensei mencecah 20 tahun lagi. Kemudiannya, harta peninggalan orang tuanya diuruskanoleh bapa saudaranya yang sebenarnya telah kabur matanya oleh harta-harta tersebut. Kepulangan

    Sensei dari sekolah tingginya di Tokyo disambut meriah oleh keluarga bapa saudaranya yangsebenarnya mempunyai udang di sebalik batu. Bapa saudaranya telah memujuk Sensei agarmengambil anak perempuannya sebagai isteri. Namun, Sensei menolak kerana sepupunya itu telahmenjadi teman bermainnya sejak kecil. Oleh itu, dia tidak mempunyai sebarang rasa cinta terhadapgadis itu. Keengganannya telah menyebabkan keluarga bapa saudaranya bersikap dingin terhadapnyadan kerana tidak sanggup berdepan dengan mereka, Sensei mengambil keputusan untuk ke Tokyodengan membawa apa-apa barang peninggalan ibu bapanya yang mampu menyara kehidupannya diTokyo. Keputusannya ini telah membuktikan bahawa Sensei merupakan seorang yang berpendirianteguh pada setiap keputusannya dan tidak mudah terpedaya.

    Berpindahnya Sensei ke sana, dia telah tinggal di rumah Ojosan dan Okusan yang akhirnyamenimbulkan bibit-bibit cinta antara Sensei dan Ojosan. Namun, cintanya yang belum terluahterganggu akibat kehadiran K yang juga menyintai Ojosan tetapi tidak berani untuk meluahkanperasaannya kerana mengganggap perkara itu adalah mustahil. Langkah Sensei yang bertunangdengan Ojosan kerana tidak mahu gadis yang dicintainya itu jatuh ke tangan K menyebabkan K telahmembunuh diri dengan cara yang sungguh tragis. Dalam kes ini, Sensei boleh digambarkan sebagaiseorang yang mementingkan diri sendiri. Di samping itu, sikap mementingkan diri sendiri juga jelasditunjukkan apabila dia tidak mahu membantu Aku yang meminta bantuannya untuk mencaripekerjaan. Lebih teruk lagi, Sensei seolah-olah menjeling hina pada surat kiriman Aku tersebut.

    Kematian rakan baiknya itu, telah membelenggu fikirannya sehingga ke penghabisan cerita yangditulis oleh pengarang novel ini. Sensei sering menziarahi pusara K dan ini menunjukkan kesetiaannyapada seorang sahabat. Malah, dahulunya Sensei sanggup membiayai sewa rumah K secara senyap-senyap kerana ingin mengurangkan beban K yang telah dihalau oleh keluarga angkatnya.

    Dan di sini, timbulnya watak Aku yang telah menjadikan watak Sensei sebagai tempat rujukannyawalaupun tidak dilayan dengan baik oleh Sensei. Sensei digambarkan sebagai seorang yang tidak

    mempercayai orang lain dan suka berahsia. Perkara ini adalah rentetan Sensei yang engganmemberitahu pusara siapa yang ingin diziarahinya walaupun kepada isterinya sendiri. Dia jugaenggan memberitahu cerita di sebalik sikapnya kepada Aku yang sering mendesaknya untukmengetahui perkara yang sebenarnya sehinggalah saat dia hendak membunuh diri.

    Dia boleh dikatakan dalam kesunyian di mana isterinya sendiri tidak tahu sehinggakan sukar untukdifahami setiap gerak-geri Sensei. Mungkin rasa serba salahnya yang menghantuinya terhadap K danOjosan yang langsung tidak mengetahui sejarah K yang juga mencintainya. Kesunyian ini yang telahmembawanya ke lembah maut yang diciptanya sendiri.

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    10/25

    10

    Shizu (Okusan)

    y Anak kepada Okusany Isteri kepada senseiy Berasal dari Tokyo (m/s 35)y Patuh pada arahan suami

    Cth: ..isterinya menolak tetapikemudianmengalah(m/s 24)y Tiada zuriat

    o Cth: Alangkahbaiknyajikakamimempunyaianak(m/s 25)y Setia kepada suami

    Cth: ..isteriSenseidenganpantasberdiridanmelurukeluarmenyambutsuaminya(m/s63)

    y Mengambil berat tentang Sensei

    Cth: ..awak fikir saya akan menanggung risau seperti inisaya amat kasihanpadanya(m/s34)

    y Berterus terang dan jujur Cth: nampaknyaisteriSenseiberterusterang.. (m/s51) Cth: memangsayajujur.. (m/s54)

    y Bersifat wanita tradisional Cth: walaupunisteriSenseitidakbersikapsepertiwanitamoden..(m/s52)

    y Bertimbang rasa dan memahami Cth: ..memandangkan saya salah satu makhluk di bumi ini, saya tidak boleh

    berharapsangatsayainidikecualikan(m/s55)

    y Suka menjahit dan menenun Cth: ..isteri Sensei mengalu-alukan kerja sedemikian untuk mengisi masa

    lapangnya.Iniditenundengantangan (m/s65)

    y Seorang yang sensitif Cth: ..lama-kelamaan perbualan mereka menyentuh perasaannya yang sensitif

    (m/s117)y Tidak mengetahui hal sebenar yang telah terjadi antara sensei dan K

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    11/25

    11

    Okusany Seorang balu tentera

    Cth : ..hanya tiga orang sahaja yang tinggal di situ; balu askar itu.. (m/s 222)

    y Tidak mempunyai ramai saudaraCth: Okusan nampaknya tidak mempunyai ramai saudara-mara (m/s 242)

    y Seorang yang berhati-hati dan berwaspadaCth: ..wanita itu mengemukakan beberapa soalan dengan rapi berkaitan latarbelakangku

    (m/s 223)

    Cth: ..walaupun dia menggalakkan anaknya berbaik dengan aku, dia tidak mahu kami terlalu

    rapat sehingga melampaui batas (m/s 238)

    y Bersikap jujur dan berterus terangCth: Wanita itu bersikap jujur dan berterus terang (m/s 223)

    y Mempunyai keperibadian yang tinggi dan tabahCth: ..dengan keperibadian yang begitu kuat dan tabah.. (m/s 224)

    y Pandai menjaga hati dan suka memujiCth: Dia tidak menyentuh kelemahan ataupun sifat tidak jujurpada suatu ketika memujiku

    kerana rajin belajar (m/s 231)

    y Memahami perangai seseorangCth: Okusan adalah seorang gadis yang cepat memahami perangai seseorang.. (m/s 232)

    y Mempercayai AkuCth: namun begitu, aku dapati kepercayaan Okusan padaku amat menakjubkan (m/s 239)

    y Suka meminta pandangan orang lainCth: Okusan tidak boleh tidak meminta pandangan aku.. (m/s 247)

    y Mengambil berat terhadap AkuCth: Okusan yang mengingati diriku yang tidak sihat dengan baik hati telah membawakanku

    sedikit bubur (m/s 322)

    y Mudah diajak berbincangCth: Okusan senang diajak berbincang dalam perkara (m/s 345)

    yMemahami perasaan AkuCth: Disebabkan kau tidak begitu sabar lagi, aku akan beritahunya hari ini juga (m/s 347)

    y Pandai menjaga rahsiaCth: ..biarpun kelihatan begitu riang, akhirnya tidak membuka rahsia itu. (m/s 350)

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    12/25

    12

    K

    y Merupakan kawan rapat Sensei semasa kecil lagi.y Sensei mangajak K untuk tinggal di rumah Okusan.y K merupakan anak seorang paderi di Shin Sect.y K diambil sebagai anak angkat oleh seorang doktor dan sepatutnya dia menyambung pelajaranuntuk menjadi doctor tetapi dia telah beralih arah dengan mengambil aliran falsafah keagamaan.y Dia telah dihalu daripada keluarga angkatnya dan menjadi guru di kelas malam.y Dia seorang yang sangat warak tentang hal- hal keagamaan.y K bukan seorang yang mudah beritahu perasaanya kepada orang lain.y K akhirnya bunuh diri selepas dapat tahu yang Sensei telah melamar Ojusan.

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    13/25

    13

    Ayah

    1. Mementingkan reputasi diri.y Ayah berkeras untuk mengadakan jamuan atas kejayaan Aku kerana takut menjadi

    umpatan orang kampung dan sekaligus menjatuhkan reputasi dirinya.

    y Contoh: Benar kita tak perlu menjemput mereka, kata ayahku. tetapi jika kitaberbuat demikian, orang akan mengata.

    2. Berbangga dengan kejayaan Aku memperoleh ijazahy Ayah tidak henti-henti memuji kejayaan Aku dan meneliti ijazah yang diterima Aku

    sebelum meletakkannya di tempat yang dapat dilihat oleh semua orang.

    y Contoh: ayahku menilik ijazah itu beberapa ketika, kemudian bangun dan pergi kebilik tempat tersimpannya barang-barang perhiasan dan meletakkan ijazahku itu di

    suatu tempat yang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja.

    3. Berjiwa sentimental dan mudah tersentuhy Apabila mendapat berita tentang kemangkatan Duli Yang Maha Mulia, ayah terus

    terdiam dan murung memikirkan tentang penyakit yang dihidapinya yang mungkin

    membawa maut.

    y Contoh: Oh! Oh! Oh, akhirnya mangkat juga Duli Yang Maha Mulia. Aku jugaAyahku kemudian terdiam.

    4. Lebih mendengar nasihat Aku berbanding isterinyay Ayah mendengar pandangan serta nasihat aku tentang penyakit yang dihidapinya

    berbanding dengan kata-kata isterinya sendiri.

    y Contoh: Ayah lebuh tekun mendengar apa yang aku perkatakan itu jika dibandingkandengan ibuku.

    5. Mempunyai pemikiran kampungy Ayah berpendapat ijazah yang diterima aku sangat membatu untuk mendapatkan

    pekerjaan yang hebat tanpa memikirkan tentang persaingan yang terpaksa dihadapi

    oleh aku dalam memperoleh pekerjaan.

    y Contoh: Masyarakat kecil yang melingkungi kehidupan ayahku sejak beberapa lamaadalah dunianya dan dan tidak mampu berfikir lebih jauh dari itu.6. Seorang yang keras kepala

    y Walaupun telah dilarang oleh aku, ayah masih berdegil untuk memakan pelbagaimakanan dalam kuantiti yang banyak.

    y Contoh: Dia tidak mengendahkan kami apabila kami cuba melarangnya makanberlebihan.

    7. Berfikiran positify Ayah masih berfikiran positif dan mahu segera sembuh agar dia boleh pergi ke Tokyo

    untuk berhibur.

    y Contoh: bila kesihatan aku mengizinkan, latanya, aku harus perhi ke Tokyo sekalilagi untuk menghiburkan hatiku

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    14/25

    14

    Ibu

    1. Pada mulanya bersikap optimisy Apabilaa melihat keadaan ayah yang memberangsangkan, ibu telah mengandaikan

    bahawa ayah telah pulih sepenuhnya.y Contoh: Nampaknya tak ada apa-apa mudaratnya. Dia mungkin telah sembuh

    sepenuhnya.

    2. Pandai berkata-katay kata-kata yang diutarakan oleh ibu jarang dapat disangkal oleh Aku dan juga ayah

    kerana sukar difahami.

    y Contoh: Dalam perbualan kami biasanya susah untuk menandinginya walaupun ayahmenyebelahiku menentangnya.

    3. Berpendapat kejayaan aku menamatkan pelajaran amat bermaknay Ibu bersungguh-sungguh ingin meraikan kejayaan aku dengan mengadakan jamuan

    dengan menjemput tetamu datang ke rumah.

    y Contoh: Kita hanya berpeluang merayakan sesuatu kejayaan seperti ini sekaliseumur hidup kita

    4. Mengambil berat kesihatan suaminyay Ibu tidur dalam keadaan yang tidak selesa ketika menemani ayah yang kesihatannya

    tidak mengizinkan.

    y Contoh: Aku dapati ibu tidur di atas lantai bersebelahan ayah dengan kepalanyaberalaskan lengan.

    5. Menganggap Aku masih kanak-kanaky Layanan Ibu terhadap Aku masih tidak berubah walaupun Aku telah dewasa kerana

    Ibu masih lagi menyuruh Aku melakukan perkara yang diarahkannya tanpa aku

    berpeluang untuk membuat keputusan sendiri.

    y Contoh : ibu masih lagi menganggapku sebagai seorang kanak-kanak.6. Di pengakhiran bab, ibu berubah menjadi seorang yang kurang berkeyakinan, pesimis.

    y Selepas ayah jatuh sakit kali kedua, Aku membatalkan hasrat untuk pergi ke Tokyokerana bimbang akan kesihatan ayah. Ibu tidak melarang hasrat aku sebaliknya

    menggalakkan lagi aku untuk tinggal di kampung.

    y Contoh : Tetapi sekarang nampaknya dia lebih khuatir dan gelisah daripada yangsepatutnya.

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    15/25

    15

    Peristiwa-Peristiwa Menarik

    BAB11. Watak aku bertemu dengan Sensei buat pertama kali di pantai

    y Peristiwa ini menimbulkan suspen kepada pembaca yang tertanya-tanya akankehadiran Sensei. Siapakah Sensei yang ingin dikenali oleh watak aku. Dari

    permulaan cerita lagi penulis mengetengahkan watak sensei kepada pembaca. Sensei

    digambarkan sebagai seorang yang gemar memencilkan diri dan tidak menghiraukan

    suasana keliling walaupun suasana di pantai Nampak dengan penuh keriangan Hal ini

    memberi penekanan kepada watak Sensei yang menjadi tumpuan kepada pembaca

    dan seterusnya menimbulkan perasaan ingin tahu bahawa siapakah Sensei yang

    sebenarnya. Lantas, pembaca akan merasa ingin meneruskan membaca novel ini.

    2. Watak aku berhasrat untuk mengunjungi rumah Sensei.y Selepas dapat bertegur sapa dengan Sensei buat pertama kali, watak aku telah

    meminta izin daripada Sensei untuk mengunjunginya. Watak aku tekad berusaha

    untuk berjumpa dengan Sensei walaupun telah gagal dua kali. Perbuatan watak aku

    menambahkan lagi tumpuan pembaca kepada watak Sensei yang dilihat sebagaiwatak misteri yang penting. Justeru, menambahkan suspen dalam perkembangan

    cerita.

    3. Mengunjungi Sensei kali ketiga.y Peristiwa ini memperkenalkan kepada watak wanita baru dalam perkembangan cerita

    yang dikenali sebagai suri kepada rumah Sensei. Wanita ini memberitahu kepada

    watak aku bahawa Sensei telah ke membawa bunga ke pusara perkuburan

    Zoshigaya. Lantas watak aku telah berpatah balik dan berjalan menuju ke Zoshigaya

    untuk menemui Sensei. Peristiwa ini menambahkan lagi unsur suspens kepada

    pembaca. Pembaca akan tertanya-tanya siapakah Sensei sebenarnya sehingga

    melahirkan rasa kesanggupan dalam diri watak aku untuk bertekad berjumpa dengan

    beliau dan apakah yang telah terjadi dengan sahabat Sensei?

    4. Watak aku berpeluang untuk berbual dengan Shizu semasa ketiadaan Sensei.y Sensei telah meminta bantuan watak aku untuk menemani Shizu semasa ketiadaan

    beliau kerana pada ketika beliau tiada di rumah kes kecurian banyak berlaku.

    Persoalan yang memuncak dalam diri pembaca diredakan sedikit dengan penjelasan

    Shizu yang mengatakan bahawa sikap Sensei telah berubah disebabkan oleh

    kematian sahabat beliau. Hal ini menambahkan lagi rasa ingin tahu dalam diri

    pembaca sejauh mana hubungan persahabatan Sensei dengan sahabat beliau

    sehingga memberi kesan yang amat mendalam terhadap personaliti Sensei.

    5. Watak aku telah pulang ke halaman kampungy Watak aku telah pulang ke kampung setelah mendapat surat daripada ibu beliau

    bahawa ayah beliau sakit tenat. Watak aku telah berusaha untuk menghubungi

    abang dengan kakaknya untuk pulang melawat ayah mereka. Keadaan ayah watak

    aku telah menambahkan konflik dalam diri watak aku.

    6. Watak aku bersiar-siar dengan Sensei.y Sensei dan watak aku saling mengenali sesama sendiri. Watak aku dapat tahu

    bahawa Sensei tidak mempunyai wang yang banyak dan pernah dahulu menjadi

    seorang yang kaya. Hal ini menimbulkan tanda tanya bagaimana Sensei menyara

    hidup bersama isteri beliau sedangkan beliau tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

    Adakah Sensei mempunyai sumber pendapatan daripada pihak lain?

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    16/25

    16

    7. Sensei mengutarakan persoalan siapa yang akan mati dahulu, beliau ataupun isteri beliauy Sebelum watak aku meninggalkan rumah Sensei pada malam upacara penyampaian

    ijazah, Sensei telah menyuarakan persoalan sama ada beliau atau isteri beliau yang

    akan mati dahulu. Soal kematian amat sukar dipersoalkan malah jika tidak mustahil

    setiap manusia ingin hidup untuk selama-lamanya. Persoalan Sensei menyebabkan

    watak aku dan para pembaca terkejut. Adakah Sensei mempunyai masalah yang

    berkaitan dengan penyakit yang tidak dapat diubati ataupun Sensei mempunyai niatuntuk membunuh diri disebabkan tekanan hidup yang tidak dapat dikawal?

    8. Watak aku pulang ke kampung buat kali kedua.y Sudah menjadi lumrah hidup seseorang untuk sentiasa didampingi dengan konflik.

    Watak aku berasa tidak berguna kerana tidak terdaya melakukan apa-apa untuk

    memperbaiki keadaan ayahnya. Hal ini menimbulkan persoalan kepada pembaca

    sama ada ayah watak aku akan hidup atau meninggal dan sekiranya ayah watak aku

    meninggal dunia apakah kesannya kepada watak aku.

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    17/25

    17

    BAB 2

    Peristiwa menarik 1: Aku menerima ucapan tahniah dari ayah atas kejayaannya menamatkan pengajian di universiti danberoleh ijazah. Aku tidak menyenangi pujian yang diberikan oleh ayahnya itu dan membandingkansikap ayahnya itu dengan sikap Sensei yang dingin dan tidak terlalu mengagung-agungkankejayaannya itu. (m/s 124)

    Kesan ke atas plot cerita:Peristiwa ini telah menonjolkan sikap Aku yang tidak menyukai pemikiran yang kolot dankekampungan seperti ayahnya. Selain itu, peristiwa ini juga menunjukkan sikap Aku yang tidakmengukur kejayaan seseorang berlandaskan pengiktirafan yang diterima.

    Peristiwa menarik 2: Ayah menjelaskan tentang penyebab dia berasa sangat gembira dengan kejayaan aku. Ayahmenjelaskan dia gembira kerana masih berpeluang untuk melihat kejayaan aku. Ayah menjangkakandia akan mati sebelum sempat melihat Aku menamatkan pengajian. (m/s 125)Kesan ke atas plot cerita:Menjawab persoalan mengapa ayah terlalu gembira melihat Aku berjaya menggenggam segulungijazah. Ayah berasa gembira bukan hanya kerana kejayaan Aku berjaya menamatkan kejayaan tetapilebih kepada kemampuannya untuk terus hidup untuk jangka masa yang lama.

    Peristiwa menarik 3: Aku tidak bersetuju dengan cadangan Ayah dan ibu yang bercadang untuk mengadakan jamuanmakan bagi meraikan kejayaan Aku memperoleh ijazah. (m/s 130)Kesan ke atas plot cerita:Berlaku konflik antara Aku dengan ibu dan ayah sehingga ayah meradang dengan sikap aku yangterlalu mementingkan diri sendiri. Akhirnya Aku beralah. Sikap Aku ini sebenarnya bukan disebabkanoleh rasa pentingkan diri sendiri, tetapi Aku berasa jelik dengan sikap orang kampung yang sukamengambil kesempatan ketika jamuan makan yang diadakan di kampung.

    Peristiwa menarik 4:Berita mengenai kegeringan Maharaja Meiji telah disiarkan dalam akhbar dan menggemparkanpenduduk kampung. (m/s 136)Kesan ke atas plot cerita:

    Ayah mengambil keputusan untuk membatalkan jamuan makan yang telah dirancang untuk meraikan Aku dan berubah menjadi seorang yang pendiam. Ayah sentiasa mengikuti perkembangan terbarutentang Maharaja Meiji melalui surat khabar.

    Peristiwa menarik 5:Perkhabaran tentang Maharaja Meiji yang telah mangkat selepas lama menanggung kesakitan. (m/s139)Kesan ke atas plot cerita:

    Ayah mula memikirkan tentang nasib dirinya yang turut berpenyakit dan akan menyusuli kematianMaharaja Meiji tidak lama lagi.

    Peristiwa menarik 6:Ibu mendesak agar aku menulis surat kepada Sensei dan meminta bantuan Sensei untuk mencarikan

    pekerjaan untuk Aku di Tokyo. (m/s 145)Kesan ke atas plot cerita: Aku telah menulis surat yang panjang lebar kepada Sensei. Selepas beberapa ketika, Senseimembalas surat Aku dengan meminta Aku untuk bertemu dengannya dengan segera.

    Peristiwa menarik 7:Jeneral Nogi disahkan mati kerana membunuh diri kerana tidak sanggup menanggung rasa bersalahdalam dirinya kerana gagal mempertahankan bendera negara Jepun yang akhirnya jatuh ke tanganmusuh. (m/s 165)

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    18/25

    18

    Kesan ke atas plot cerita:Kematian Jeneral Nogi ini menjadi pendorong Sensei menamatkan riwayat hidupnya denganmembunuh diri kerana tidak sanggup untuk menanggung rasa bersalah yang telah di tanggung sejaksekian lama.

    Peristiwa menarik 8:Ayah telah jatuh pengsan sekali lagi dan jatuh terbaring dalam pelukan ibu. (m/s 152)

    Kesan ke atas plot cerita: Aku mengambil keputusan untuk menangguhkan kepulangannya ke Tokyo kerana bimbang dengankesihatan ayahnya yang tidak menentu. Ibu pula berubah dari seorang yang sangat berkeyakinandengan tahap kesihatan ayah berubah menjadi seorang yang sangat risau dengan tahap kesihatanayah.

    Peristiwa menarik 9:Keadaan ayah yang semakin buruk sehingga dia muntah kuning telah menyebabkan ayah mahuseluruh keluarganya berada disisi setiap masa. (m/s 178)Kesan ke atas plot cerita:

    Ayah mula bercakap sendirian dan bertanyakan soalan yang tidak terduga kepada ibu. Ibu pulamenajdi semakin gemar untuk menceritakan peristiwa lama yang telah terjadi antara dirinya denganayah kepada Aku dan abang.

    Peristiwa menarik 10:Aku menerima surat yang sangat tebal yang dikirimkan oleh Sensei kepadanya. (m/s 181)Kesan ke atas plot cerita:Surat yang dikirimkan oleh Sensei itu merupakan kisah sejarah hidupnya yang telah dikembangkandengan panjang lebar dalam bab 3. Surat Sensei ini juga mendorong Aku untuk pulang ke Tolyotanpa pengetahuan ahli keluarganya kerana bimbang dengan keadaan Sensei selepas membacasekali imbas kandungan surat tersebut.

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    19/25

    19

    BAB 3Secara keseluruhannya, bab 3 menceritakan mengenai riwayat hidup Sensei kepada Aku.

    i Sensei akhirnya menulis surat kepada Aku yang mengisahkan tentang sejarah silamnya.Sensei berasa bertanggungjawab menulis riwayat hidupnya agar Aku dapatmengambil iktibar

    i Sensei kematian ibu bapanya ketika dia masih belasan tahunRentetan peristiwa itu, Sensei diletakkan di bawah penjagaan bapa saudaranya danharta pusaka peninggalan bapanya diuruskan oleh bapa saudaranya itu. Sensei pula dihantar ke maktab di Tokyo dan rumahnya diduduki bapa saudaranya

    i Bapa saudara Sensei menyuruhnya berkahwin dengan sepupunya sendiri Persetujuan Sensei dengan cadangan tersebut sepatutnya memberi keuntungankepada bapa saudaranya tetapi sebaliknya penolakan cadangan tesebut telahmenyebabkan keluarga bapa saudaranya berubah layanan terhadap Sensei.

    i Sensei meninggalkan kampung dan menyewa rumah keluarga seorang askarPeristiwa itu membawa kepada pengenalan Sensei dan Ojosan.Sensei mula merasakan wujudnya perasaan cinta terhadap Ojosan.

    i Sensei mengajak K untuk menyewa di rumah tumpangan yang didudukinya Tindakan Sensei untuk menggembirakan K secara tidak langsung telah membawakepada perkenalan K dengan Ojosan dan kerapatan hubungan mereka.

    iSensei akhirnya mendahului K apabila Sensei menyatakan hasratnya untuk mengahwiniOosan kepada Okusan.

    Tindakan Sensei menyebabkan K mengambil keputusan membunuh diri dan inimembuatkan kehidupan Sensei selepas itu diselubungi dengan perasaan serba salah

    i Kemangkatan Maharaja Meiji diikuti peristiwa Jeneral Nogi membunuh diri.Sensei berasa janggal untuk meneruskan kehidupannya yang banyak dipengaruhiMeiji. Isterinya mengesyorkan agar Sensei melakukan junshi

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    20/25

    20

    Teknik Dalam Cerita

    Imbas Kembali

    Digunakan oleh Soseki Natsume untuk menggambarkan peristiwa silam melalui ingatan watak ataucerita. Teknik ini di gunakan untuk meningkatkan mutu penceritaan. Dapat dilihat juga pengarang

    telah menggunakan teknik ini dalam keseluruhan bab Sensei dan Wasiatnya untuk menceritakan

    kepada Aku mengenai peristiwa yang telah berlaku kepadanya pada zaman silam.

    Ingatan kepada kubur di Zoshigaya itu kerap timbul dalam fikiranku dari semasa ke semasa. Akutahu kubur itu begitu bermakna kepada sensei m/s 48

    Sambil melekatkan sampul surat itu, aku tertanya-tanya sama ada Sensei masih berada di Tokyo.Biasanya apabila Sensei bersama-sama isterinya meninggalkan rumah, seorang perempuan

    berusia dalam lingkungan lima puluhan m/s 135

    Imbas Muka

    Teknik ini digunakan oleh Soseki Natsume untuk membuat gambaran atau bayangan apa yang akan

    berlaku. Imbas muka merupakan teknik yang disengajakan atau tidak oleh pengarang. Ianya untuk

    memberi petunjuk kepada pembaca walaupun pada akhir novel tidak diceritakan sama ada perkara

    tersebut berlaku atau tidak. Teknik ini juga membuatkan pembaca terfikir dan tertanya-tanya apa

    yang akan berlaku seterusnya.

    Dengan senyuman yang dipaksa, Sensei berkata, Aku tak kisah sama ada kau terpengaruhdenganku atau tidak. Tetapi seperti yang telah kukatakan, pasti ayah kau meninggalkan

    sebahagian besar wangnya untuk kau, jika tidak kau tidak boleh hidup bersenang-lenang seperti

    ini. m/s 110

    Aku cuba membayangkan rumah kampung yang tua itu tanpa ayah dan hanya ibu seorang diritinggal di dalamnya. m/s 129

    Monolog

    Teknik ini digunakan oleh pengarang untuk menggambarkan watak-watak berbicara sendirian.

    Perasaan dan fikiran watak dlahirkan melalui kata-kata. Soseki Natsume kurang menggunakan teknik

    ini berbanding teknik monolog dalaman.

    Oohseronoknya! kataku sekuat-kuat hati. m/s 9

    Monolog Dalaman

    Teknik ini merupakan aliran di bawah sedar watak serta menggambarkan perasaan watak dan

    rakaman emosi yang dialami oleh watak. Monolog dalaman banyak digunakan oleh Soseki Natsume

    dan disampaikan melalui watak dan perwatakan aku.

    Aku juga tetanya-tanya mengapa Sensei bersikap sedemikian terhadap manusia. Aku bertanyadiri sendiri adakah itu penilitiannya yang terperinci terhadap dirinya sendiri dan juga terhadap

    dunia masa kini? m/s 46

    Aku berfikir Haruskah aku terus hidup seperti sekarang seperti satu mumia yang telahditinggalkandikalanganmanusialainyangmasihhidup,atauharuskahaku m/s190

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    21/25

    21

    Pemerian

    Teknik ini digunakan oleh pengarang untuk menggambarkan suasana di dalam novel dan sekaligus

    memberi imaginasi kepada pembaca suasana yang dialami oleh watak-watak.

    Akhirnya apabila pokok-pokok bunga sakura telah berkurangan bunganyya dan tempatnyadiambil alih oleh daun-daun hijau yang kecil, aku telah bebas daripada cengkaman tesisku.

    Musim panas bermula. m/s 83-84

    Aku menemui ayah di halaman rumah. Ayah memakai topi mengkuang lama dengan sehelaisapu tangan yang agak kotor tergantung di belakangnya untuk melindungi tengkuknya dari

    matahari. m/s 123

    Dialog

    Teknik ini digunakan oleh pengarang untuk menunjukkan perbualan antara watak-watak. Teknik ini

    banyak digunakan oleh Soseki Natsume di dalam novel Kalbu. Teknik ini membuat cerita lebih jelas

    dan menarik. Penulis menggunakan teknik ini sebagai satu pengantaraan antara watak-watak bagi

    menimbulkan konflik dan peristiwa-peristiwa yang penting. Teknik ini juga memberi gambaran yang

    lebih jelas kepada pembaca tentang jalan penceritaan serta watak dan perwatakan watak-watak di

    dalam novel Kalbu.

    Dengan pantas aku berkata, Boleh saya ikut sama bila Sensei pergi menziarahi kubur itu nanti?Saya ingin berjalan-jalan bersama-sama Sensei di situ.

    Aku pergi untuk menziarahi kubur, bukan untuk berjalan-jalan, kau tahu. m/s 19

    Siapa dia Sensei yang kerap saya dengar disebut-sebut ini? tanya abangku. m/s 174

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    22/25

    22

    Latar

    1. Latar ialah tempat peristiwa berlaku dalam sesuatu ruang dan pada sesuatu masa tertentu.2. Jenis jenis latar yang terdapat di dalam novel Kalbu karangan Soseki Natsume ialah:

    a.

    Latar tempati. Di mana cerita atau peristiwa berlaku.ii. Di tepi pantai di Kamakura.

    y Kali pertama 'aku' bertemu dengan Sensei di Kamakura. Pada masaitu, 'aku' masih seorang penuntut muda di sebuah universiti di

    Tokyo. 'Aku' dan rakannya ke Kamakura untuk menghabiskan cuti

    musim panas. Walau demikian, selepas tiga hari berada di sana,

    rakannya terpaksa pulang setelah menerima telegram memberitahu

    ibunya sakit.

    y 'Aku' dan Sensei sering berenang bersama-sama percutian mereka diKamakura setelah menjalinkan persahabatan.

    y 'Aku' ke Kamakura atas desakan seorang rakan yang telah ke sanauntuk mandi laut semasa cuti musim panas.

    y Menjadi tumpuan para pengunjung kota.iii. Pusat pelancongan di Yuigahama

    y Hota - Sebuah perkampungan nelayan. Sensei dan K ke sana untukbercuti.

    y Nako - Sensei dan K menghabiskan masa cutinya di pantai yangterdapat di Nako.

    iv. Kuil Tanjoji di Kominatoy Sensei dan K mengunjungi kuil tersebut sebelum pulang ke rumah

    Okusan

    y Tempat kelahiran tokoh Buddha Nichirenv. Bandar Tokyo.vi. Ueno.

    y Tempat 'aku' dan Sensei bersiar-siar pada musim bunga. Senseibertanyakan 'aku' sama ada 'aku' pernah bercinta atau tidak. Sensei

    menyatakan bahawa dalam percintaan terdapat sesuatu yang suci.

    vii. Tanah Perkuburan di Zshigaya, Tokyo.y Tanah perkuburan di mana K dikebumikan.

    viii. Kawasan luar bandar iaitu kampung halaman Aku.y 'Aku' pulang ke rumahnya di kampung setelah berjaya menamatkan

    pengajiannya.

    y Sensei dipujuk oleh bapa saudaranya supaya mengahwini anaknyasewaktu pulang bercuti di rumah.

    y 'Aku' pulang menziarahi ayahnya yang sakit semasa cuti musimsejuk.

    y 'Aku' pulang ke rumahnya di kampung setelah menamatkanpengajiannya

    ix. Rumah Ojosan di Koishikawadaiy Tempat tinggal Okusan dan Ojosan.y Sensei dan K telah menyewa bilik di rumah tersebut semasa masih

    menuntut

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    23/25

    23

    b. Latar Masai. Masa atau zaman cerita itu berlaku.ii. Didalam novel Kalbu, latar masa adalah di akhir pemerintahan Maharaja Meiji

    dan permulaan kehidupan moden masyarakat Jepun.

    iii. Ketika Jeneral Nogi membunuh diri.iv. Pada tahun 1911 1914.

    y Cuti musim panas - Kali pertama 'aku' bertemu dengan Sensei diKamakura. Pada masa itu, 'aku' masih seorang penuntut muda di

    sebuah universiti di Tokyo. 'Aku' dan rakannya ke Kamakura untuk

    menghabiskan cuti musim panas.

    y Awal musim bunga - 'Aku' dan Sensei ke Ueno untuk bersiar-siar.y Musim luruh - Beberapa kecurian berlaku di kawasan tempat tinggal

    Sensei. 'Aku' menemani isteri Sensei di rumahnya memandangkan

    Sensei keluar menemani rakannya, seorang doktor.

    c. Latar Masyarakati. Gambaran keadaan masyarakat di tempat kejadian itu berlaku yang

    merangkumi cara hidup, cara berfikir, cara bekerja dan sebagainya.

    ii. Masyarakat kampung yang berfikiran konservatify Ayah dan ibu 'aku' terlalu membangga-banggakan kejayaan 'aku'

    menamatkan pengajian.

    y Ayah bimbang orang kampung akan mengata keluarga mereka dannama baik keluarga akan terjejas sekiranya mereka tidak

    mengadakan jamuan makan meraikan kejayaan 'aku'.

    iii. Masyarakat yang mementingkan hartay Bapa saudara Sensei telah menipu Sensei semasa menguruskan

    harta peninggalan arwah ibu bapa Sensei.

    iv. Masyarakat Jepun yang sudah menerima budaya Barat seperti di pantai danpusat peranginan.

    y Rakyat Jepun tidak begitu hairan melihat pelancong Barat berpakaianterlalu seksi.

    v. Masyarakat yang menerima secara terbuka perbincangan antara agama.y Sensei dan K mengunjungi kuily Tempat kelahiran tokoh Buddha Nichiren

    vi. Masyarakat yang berubah dari zaman Imperialism ke masyarakat di erapermodenan Jepun.

    vii. Masyarakat yang suka mengasingkan diri.y Ini dapat dilihat pada watak K dan Sensei.

    viii. Masyarakat keluarga askar.y Suami Okosan dan keluarga yang tinggal berdekatan rumah Okosan

    ix. Masyarakat penuntut universiti.y 'Aku' dan rakannya telah pergi bercuti di Kamakura semasa cuti

    musim panas sebelum penggal persekolahan bermula. 'Aku' masih

    seorang penuntut muda sewaktu bertemu dengan Sensei di

    Kamakura.

    y Taraf hidup 'aku' dan rakannya agak sederhana memandangkanmasih dalam peringkat penuntut

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    24/25

    24

    NILAI DAN PENGAJARAN

    Novel Kalbu karya Soseki Natsume memaparkan pelbagai nilai dan pengajaran yang boleh dihayati olehpembaca. Novel ini memaparkan watak aku sebagai watak utama dalam penceritaan novel dan peristiwa yangdilalui oleh watak ini sepanjang penceritaan memberi pelbagai pengajaran dan nilai yang boleh di hayati oleh

    para pembaca.

    NILAI

    y Kasih Sayangy Hormat menghormatiy Patuh kepada suamiy Saling mempercayaiy Taat setia kepada ibu bapay Taat kepada pemerintahy Tolong menolongy Simpati

    Kasih Sayang

    y Kita hendaklah saling kasih mengasihi(kasih sayang) antara sesama manusia agar persefahaman dapatdicapai.

    Dalam novel ini para pembaca dapat menghayati nilai kasih sayang yang dipaparkan oleh beberapa watakdalam novel ini. Salah satu watak yang ingin ditonjolkan ialah bagaimana kasih sayang yang ditonjolkan olehisteri sensei kepada suaminya. Para pembaca dapat melihat betapa isteri sensei sangat menyayanginya keranamasih sanggup hidup bersama dengan sensei walaupun sikap sensei yang tidak lagi mempercayai manusiatermasuklah kemungkinan besar golongan manusia yang dimaksudkan ini termasuklah isterinya sendiri.Sungguhpun begitu isterinya tidak merungut dan sentiasa bersama dengan sensei menemaninya mengharungisisa-sisa hidup bersama. Faktor utama yang menyebabkan isterinya tidak meninggalkannya tidak lain tidakbukan kerana kasih sayangnya yang begitu tinggi kepada sensei. Seterusnya nilai ini turut ditonjolkan oleh

    sensei dimana sensei mengakui tidak tertarik dengan mana-mana wanita selain isterinya. Sensei turutmembawa isterinya pergi makan angin di Nikko dan juga membawa isterinya ke konsert. Sensei turut sentiasamemanggil isterinya dengan panggilan yang lembut apabila diperlukan. Seterusnya sensei turut menyesaliperbuatannya sekiranya terdapat sedikit salah faham antara mereka berdua. Semua peristiwa ini menunjukkandengan jelas sensei turut menyayangi isterinya itu.

    Hormat-Menghormati

    y Kita hendaklah menghormati orang lain agar turut dihormati dalam masyarakat.Dalam novel ini para pembaca dapat melihat dan menghayati nilai hormat-menghormati yang ditonjolkan olehwatak dalam novel ini. Pertama sekali kita dapat melihat bagaimana watak aku menghormati sensei keranasensei dilihat seorang yang lebih tua dan mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan seterusnya membuatkanwatak aku dalam novel ini ingin mendalami hati sensei. Seterusnya para pembaca dapat melihat nilai iniditonjolkan melalui watak sensei itu sendiri dimana dia membenarkan bapa saudaranya itu menetap di

    rumahnya kerana rasa hormatnya dan sanjungan yang diberi kepada bapa saudaranya itu.

    Patuh kepadaarahansuami

    y Kita hendaklah patuh kepada suami selagi permintaan suami tidak keterlaluan.Seterusnya dalam novel ini para pembaca dapat melihat bagaimana Shizu, isteri sensei patuh kepada arahansuaminya. Ini dijelaskan sendiri oleh watak utama bagaimana isteri sensei sentiasa patuh dan bersedia apabiladiperlukan oleh sensei.

  • 8/8/2019 Compiled Kalbu

    25/25

    Saling mempercayai

    y Kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain supaya keharmonian dapat di capai dalammasyarakat.

    Para pembaca dapat melihat nilai ini ditonjolkan oleh sensei kepada watak utama,aku. Kepercayaankepada aku ditonjolkan oleh sensei apabila dia meminta aku untuk menemani isterinya apabila dia tidakdapat berada di rumah kerana menemani kawannya yang baru tiba di Tokyo untuk makan bersama. Senseiberasa risau terhadap keselamatan isterinya kerana berlaku beberapa kes kecurian telah berlaku dalamkawasan perumahan sensei. Seterusnya nilai ini turut ditonjolkan oleh sensei lagi apabila dia memberikepercayaan sepenuhnya kepada bapa saudaranya untuk menguruskan harta pusakanya walaupun padaakhirnya bapa saudaranya itu mengkhianati amanah itu.

    Taat kepada ibu bapa

    y Kita hendaklah taat kepada ibu bapa kerana mereka mempunyai jasa yang tidak terbalas kepadakita.

    Nilai seterusnya yang di pamerkan oleh novel ini adalah taat kepada ibu bapa. Watak aku dalamnovel ini memaparkan nilai di atas. Ini dapat dilihat oleh pembaca itu sendiri dalam bab yangkedua(aku dan orang tuaku) dimana dia telah pulang ke kampung dan menjaga ayahnya yangsedang sakit. Watak aku turut menurut kata ibunya supaya meminta tolong kepada sensei untuk

    mencarikannya pekerjaan. Aku menurut tanpa membantah permintaan ibunya walaupun dia tahusensei tidak berupaya menolongnya.

    Taat kepada pemerintah

    y Kita hendaklah taat kepada pemerintah untuk menjadi rakyat yang baik dan keamanan dapat dicapai.

    Nilai taat kepada pemerintah dapat dilihat oleh pembaca apabila ayah aku membatalkan majlis

    kesyukuran sempena kejayaannya menamatkan pengajian di universiti apabila ingin menghormati

    Maharaja Meiji yang jatuh sakit.

    Tolong menolong

    y Kita hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain kerana kita saling memerlukanantara satu sama lain.

    Nilai tolong menolong dapat dilihat apabila sensei ingin membantu watak aku mencari pekerjaansungguhpun dia tidak dapat membantu akhirnya.

    Simpati

    y Kita hendaklah mempunyai perasaan simpati kepada sesiapa yang mengalami kesusahan.Nilai simpati dapat dilihat melalui watak Shizu, isteri sensei yang sebenarnya berasa sangat kasihankepada suaminya yang mengalami konflik dalam diri begitu lama. Mungkin ini merupakan salah satusebab dirinya tidak mahu meninggalkan sensei keseorangan menghadapi konflik itu sendiri dan ingin

    menemani sensei.