intepretasi data

27
7.0 DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRETASI Menerusi kajian tindakan ini, empat kaedah pengumpulan data telah digunakan iaitu praujian dan pascaujian, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Data yang telah berjaya dikumpulkan telah dianalisis serta diinterpretasikan secara terperinci supaya dapatan terhadap kajian tindakan ini dapat difahami secara mendalam. 7.1 Interpretasi praujian dan pascaujian Bagi melihat tahap pencapaian pelajar terhadap kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains setelah mempelajarinya melalui kaedah demonstrasi dalam eksperimen, praujian dan pascaujian telah diberikan kepada kesemua pelajar kumpulan sasaran yang berjumlah 15 orang. Melalui perbandingan antara markah praujian dan pasacaujian, dapat dilihat sama ada terdapat peningkatan atau tidak dalam tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains.

Upload: an-nisa

Post on 03-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Intepretasi Data

TRANSCRIPT

7.0 DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRETASIMenerusi kajian tindakan ini, empat kaedah pengumpulan data telah digunakan iaitu praujian dan pascaujian, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Data yang telah berjaya dikumpulkan telah dianalisis serta diinterpretasikan secara terperinci supaya dapatan terhadap kajian tindakan ini dapat difahami secara mendalam. 7.1 Interpretasi praujian dan pascaujian

Bagi melihat tahap pencapaian pelajar terhadap kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains setelah mempelajarinya melalui kaedah demonstrasi dalam eksperimen, praujian dan pascaujian telah diberikan kepada kesemua pelajar kumpulan sasaran yang berjumlah 15 orang. Melalui perbandingan antara markah praujian dan pasacaujian, dapat dilihat sama ada terdapat peningkatan atau tidak dalam tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains. Jadual 2 di bawah menunjukkan keputusan praujian dan pascaujian yang telah diperoleh oleh semua responden yang terlibat. Markah keseluruhan bagi praujian dan pascaujian ialah 6 markah.

Jadual 2 Keputusan praujian dan pascaujian (N=15)

PelajarMarkah PraujianMarkah PascaujianKenaikan markah

A0.03.03.0

B 0.0 3.0 3.0

C1.04.03.0

D0.04.04.0

E2.02.00.0

F2.0 4.0 2.0

G0.04.04.0

H2.03.01.0

I0.05.05.0

J4.0 6.0 2.0

K3.03.50.5

L0.0 2.0 2.0

M0.0 0.5 0.5

N0.0 0.0 0.0

5O0.0 0.0 0.0

Berdasarkan Jadual 2 di atas, dapat dikenal pasti bahawa 13 daripada keseluruhan pelajar iaitu 15 orang yang menjalani praujian dan pascaujian menunjukkan peningkatan markah. Peningkatan markah yang paling tinggi ialah 5 markah. Peningkatan markah yang paling rendah pula ialah 0.5 markah. Terdapat juga tiga orang pelajar yang tidak menunjukkan kenaikan markah. Tiga orang pelajar ini merupakan pelajar pemulihan yang tidak pandai membaca dan menulis. Jadi, secara umumnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kaedah demonstrasi dalam eksperimen yang telah diaplikasikan selepas praujian dikendalikan kepada pelajar dapat membantu mereka untuk lebih memahami tentang konsep pemboleh ubah sains ini. Peningkatan dalam markah ujian pelajar ini juga boleh diperhatikan menerusi Rajah 3.

Rajah 3 Peningkatan markah pelajar dalam ujian

Apabila pemerhatian dilakukan terhadap graf bar yang terdapat dalam Rajah 3, peningkatan markah pascaujian berbanding markah praujian adalah sangat ketara. Para pelajar secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan yang mana ianya menunjukkan bahawa pelajar telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains. Jadual 3 menunjukkan maklumat berkaitan min, mod dan sisihan piawai bagi markah praujian dan pascaujian.

Jadual 3 Min, mod dan sisihan piawai praujian dan pascaujian (N=15)UjianMinModSisihan piawai

Praujian0.930.001.67

Pascaujian2.934.000.58

Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa min bagi markah praujian ialah 0.93. Min bagi markah pascaujian pula ialah 2.93. Jadi, perbezaan di antara min bagi markah praujian dan pasca ujian ialah 2.00. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa secara puratanya, terdapat peningkatan di antara markah praujian dan pascaujian bagi 15 pelajar yang terlibat. Mod bagi markah kedua-dua ujian juga menunjukkan peningkatan. Mod bagi markah praujian ialah 0 manakala mod bagi markah pascaujian pula ialah 4. Hal ini membawa maksud bahawa bilangan pelajar paling banyak memperoleh 0 markah dalam praujian. Bagi pascaujian pula, bilangan pelajar paling banyak memperoleh markah yang lebih tinggi iaitu 4 markah. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa secara keseluruhannya terdapat peningkatan yang ketara di antara markah praujian dan markah pascaujian. Berdasarkan Jadual 3 di atas juga, sisihan piawai bagi markah praujian adalah berbeza dengan sisihan piawai bagi markah pascaujian. Markah praujian memberikan sisihan piawai 1.67 manakala markah pascaujian memberikan sisihan piawai 0.58 Sisihan piawai bagi markah praujian adalah tinggi yang mana ianya menunjukkan bahawa tahap keselerakan markah-markah praujian adalah tinggi dan hubungan antara markah praujian dengan min adalah agak jauh. Sisihan piawai bagi markah pascaujian adalah rendah yang mana ianya menunjukkan bahawa tahap keselerakan markah-markah pascaujian adalah rendah dan hubungan antara markah pascaujian dengan min adalah agak rapat atau dengan makna lain, markah-markah yang diperoleh oleh kebanyakan pelajar adalah hampir dengan nilai min markah pascaujian.Berdasarkan analisis-analisis data yang telah dilakukan terhadap markah praujian dan pascaujian bagi 15 orang pelajar, dapat disimpulkan bahawa pelajar menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains setelah mempelajarinya melalui aplikasi demonstrasi dalam eksperimen yang telah dijalankan oleh pengkaji sebanyak tiga kali selepas mereka menjalani praujian.

7.1.2 Pemerhatian dan Persepsi Pelajar Terhadap Penguasaan Kemahiran Mengenal Pasti Pemboleh Ubah Sains

Selain daripada pencapaian palajar dalam ujian yang diberikan, tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah setelah kaedah demonstrasi dalam eksperimen diaplikasikan kepada meraka juga boleh dilihat melalui analisis data yang diperoleh daripada tiga kaedah pengumpulan data yang lain iaitu pemerhatian, soal selidik dan temu bual.Jadual 4 di bawah menunjukkan frekuensi respon pelajar terhadap item senarai semak pemerhatian berkaitan penguasaan terhadap kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains.Jadual 4 Frekuensi (f) respon pelajar terhadap item senarai semak pemerhatian berkaitan penguasaan pelajar terhadap kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains (N=15)

NoItemPemerhatian

PertamafKeduafKetigaf

3Pelajar menjawab soalan dengan betul4911

5Pelajar dapat menyatakan maksud pemboleh ubah278

6Pelajar dapat cuba mengenal pasti pemboleh ubah569

Berdasarkan Jadual 4 di atas secara keseluruhannya, dapat dikenal pasti bahawa terdapat peningkatan bagi setiap item senarai semak pemerhatian ini. Hal ini menunjukkan bahawa semakin bertambah kekerapan kaedah demonstrasi dalam eksperimen yang diaplikasikan kepada pelajar, semakin bertambah bilangan pelajar yang berupaya menguasai kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains. Selain daripada menggunakan borang senarai semak semasa membuat pemerhatian, pengkaji juga telah membuat pemerhatian secara tidak langsung terhadap respon dan tingkah laku pelajar. Terdapat beberapa respon pelajar yang agak menarik perhatian pengkaji iaitu terdapat seorang pelajar yang mengutarakan soalan yang berkaitan dengan istilah nama bagi ketiga-tiga pemboleh ubah sains dalam Bahasa Inggeris semasa pemerhatian kedua dijalankan. Menurut pelajar tersebut lagi, guru yang mengajar sains sebelum ini telah memperkenalkan nama-nama pemboleh ubah sains menerusi Bahasa Inggeris. Jadi, pengkaji terus menerangkan istilah setiap pemboleh ubah di dalam Bahasa Inggeris dan mengaitkannya dengan demonstrasi yang dilakukan. Setelah itu, pelajar tersebut cuba mengenal pasti setiap pemboleh ubah dan kesemua jawapannya adalah betul. Pelajar tersebut juga ada membuat pernyataan bahawa dia akan lebih faham tentang pemboleh ubah sains sekiranya guru sebelum ini melakukan demonstrasi walaupun istilah yang digunakan adalah dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, berdasarkan pemerhatian tidak berstruktur secara terperinci ini, pelajar yang diperhatikan telah menunjukkan minat dan sifat ingin tahu yang tinggi. Pelajar ini juga telah menunjukkan keberanian yang tinggi kerana dia telah berani mengutarakan soalan dan menyatakan setiap pemboleh ubah tanpa diminta oleh pengkaji. Pelajar ini juga menunjukkan tahap penguasaan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah yang tinggi setelah mempelajarinya menerusi kaedah demonstrasi dalam eksperimen walaupun istilah setiap pemboleh ubah yang digunakannya adalah dalam Bahasa Inggeris. Seterusnya, Jadual 5 menunjukkan frekuensi dan peratusan bagi item soal selidik yang berkaitan dengan tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains.

Jadual 5 Frekuensi (f) dan peratusan (%) bagi item soal selidik berkaitan penguasaan pelajar terhadap kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains (N=15)

NoItemSSSTSSTS

f (%)f (%)f (%)f (%)

3Saya dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh guru tentang pemboleh ubah dengan betul.5 (33)10 (67)0 (0)0 (0)

5Saya faham maksud bagi setiap pemboleh ubah Sains.8 (54)5 (33)2 (13)0 (0)

6Selepas belajar menggunakan kaedah demonstrasi eksperimen, saya berpendapat bahawa adalah tidak susah untuk mengenal pasti setiap pemboleh ubah bagi setiap eksperimen.10 (67)5 (33)0 (0)0 (0)

Nota: SS-Sangat Setuju (4); S-Setuju (3); TS-Tidak Setuju (2); STS-Sangat Tidak Setuju (1)

Berdasarkan Jadual 5, hasil analisis daripada data yang telah diperoleh menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar iaitu sebanyak 33% dan 67% yang telah menyatakan bahawa mereka dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh guru tentang pemboleh ubah dengan betul. Seterusnya, 54% dan 33% pelajar pula telah mengakui bahawa mereka faham maksud bagi setiap pemboleh ubah sains. Sementara itu, dapat dilihat bahawa 67% dan 33% pelajar yang sangat setuju dan setuju bahawa selepas belajar menggunakan kaedah demonstrasi dalam eksperimen, mereka berpendapat bahawa adalah tidak susah untuk mengenal pasti setiap pemboleh ubah bagi setiap eksperimen. Peratus keseluruhan bagi setiap item soal selidik ini boleh diperhatikan menerusi binaan carta pai dalam Rajah 4.

Rajah 4 Peratusan keseluruhan bagi item soal selidik tentang tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains.

Berdasarkan Rajah 4, didapati bahawa peratusan keseluruhan bagi item-item soal selidik ini telah didominasi oleh skor sangat setuju. Manakala, tiada langsung peratusan pada skor sangat tidak setuju. Hal ini telah menunjukkan bahawa rata-rata pelajar yang menjawab soal selidik ini setuju dan mengakui bahawa mereka telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains.Data yang diperoleh juga telah dianalisis dengan mengira min dan sisihan piawai. Berdasarkan Jadual 6 yang menunjukkan min dan sisihan piawai bagi item soal selidik yang sama, min keseluruhan bagi ketiga-tiga item soal selidik ini ialah 3.47 iaitu hampir dengan skor setuju (3). Dapatan yang diperoleh ini menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar dapat menguasai kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains ini setelah melalui pembelajaran melalui kaedah demonstrasi dalam eksperimen yang dijalankan oleh pengkaji. Sisihan piawai keseluruhan yang telah diperoleh ialah 0.55. Nilai sisihan piawai ini adalah rendah dan telah menunjukkan bahawa tahap keselerakan skor bagi persepsi pelajar adalah rendah. Nilai sisihan piawai yang rendah juga menunjukkan bahawa hubungan antara skor persepsi setiap pelajar adalah rapat dengan skor min bagi keseluruhan item-item soal selidik ini. Dengan makna lain, nilai skor bagi persepsi setiap pelajar adalah hampir dengan nilai min skor yang telah diperoleh. Jadual 6 Min dan sisihan piawai bagi item soal selidik berkaitan penguasaan pelajar terhadap kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains (N=15)

NoItemMinSisihanPiawai

3Saya dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh guru tentang pemboleh ubah dengan betul.3.330.47

5Saya faham maksud bagi setiap pemboleh ubah Sains.3.400.71

6Selepas belajar menggunakan kaedah demonstrasi dalam eksperimen, saya berpendapat bahawa adalah tidak susah untuk mengenal pasti setiap pemboleh ubah bagi setiap eksperimen.3.670.47

Keseluruhan3.470.55

Berdasarkan analisis data yang telah diterangkan, dapat dirumuskan bahawa sebahagian besar pelajar dapat menguasai kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains ini setelah melalui pembelajaran melalui kaedah demonstrasi dalam eksperimen. Rumusan analisis data daripada pemerhatian dan soal selidik ini juga dapat disokong oleh data yang diperoleh hasil daripada temu bual yang telah dijalankan kepada tiga orang pelajar yang telah dipilih secara rawak. Tiga orang pelajar ini telah dilabelkan sebagai P1, P2 dan P3 masing-masing. Berdasarkan hasil temu bual yang telah diperoleh daripada ketiga-tiga orang pelajar ini, secara keseluruhannya didapati bahawa kaedah demonstrasi dalam eksperimen adalah satu kaedah yang disukai oleh mereka. Mereka juga berpendapat bahawa mereka lebih mudah untuk memahami konsep pemboleh ubah sains melalui kaedah pembelajaran ini. Terdapat dua orang pelajar yang telah ditemu bual telah membuat pernyataan yang menyokong bahawa kaedah demonstrasi dalam eksperimen yang telah diaplikasikan kepada mereka dapat meningkatkan kefahaman mereka tentang konsep pemboleh ubah sains. Pelajar P2 berkata,saya suka dan lebih faham pemboleh ubah sebab ada eksperimen (Temu bual, 12 April 2013)Pelajar P3 berkata, saya lebih suka belajar cara cikgu. Saya dah faham tentang pemboleh ubah (Temu bual, 12 April 2013)Manakala terdapat seorang pelajar yang tidak begitu menunjukkan kefahamannya terhadap konsep pemboleh ubah. Pelajar P1 berkata,Cikgu ajar bagus. Ermmm, tapi saya faham sikit-sikit sahaja tentang pemboleh ubah (Temu bual, 12 April 2013)Walaupun terdapat seorang pelajar yang telah ditemu bual telah menunjukkan tahap kefahaman yang rendah tentang konsep pemboleh ubah sains, namun apabila diminta untuk menyatakan kembali pemboleh ubah bagi eksperimen yang pernah didemonstrasikan, jawapan yang diberikan adalah betul. Oleh itu, pelajar P1 ini mungkin agak kurang yakin dengan jawapan yang diberikan walaupun sebenarnya dia telah berjaya untuk mengenal pasti pemboleh ubah bagi situasi eksperimen yang diberikan.Secara keseluruhannya, berdasarkan analisis data dapatan yang telah diperoleh daripada pemerhatian, soal selidik dan temu bual, tidak dapat disangkal lagi bahawa kaedah demonstrasi dalam eksperimen yang telah diaplikasikan oleh pengkaji dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman tentang konsep pemboleh ubah dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam mengenal pasti pemboleh ubah sains.

7.2 Penglibatan Pelajar Terhadap Aktiviti Demonstrasi dalam EksperimenSelain daripada penguasaan pelajar terhadap kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah sains, tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga telah dikaji melalui aplikasi kaedah demonstrasi dalam eksperimen ini yang telah dijalankan oleh pengkaji. Tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti demonstrasi dalam eksperimen dapat dilihat melalui analisis data dan maklum balas yang telah diperoleh dan dikumpulkan melalui tiga kaedah iaitu pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Data-data yang telah diperoleh serta dianalisis telah menunjukkan bahawa tahap penglibatan pelajar adalah meningkat selepas pengkaji mengaplikasikan kaedah demonstrasi dalam eksperimen terhadap mereka. 7.2.1 Pemerhatian dan Persepsi Pelajar Terhadap Penglibatan dalam Aktiviti Demonstrasi dalam Eksperimen

Bagi melihat tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti demonstrasi dalam eksperimen yang telah dijalankan, beberapa kaedah pengumpulan data telah dijalankan kepada kumpulan sasaran. Antara kaedah pengumpulan data yang telah dilakukan ialah pemerhatian dengan menggunakan borang senarai semak.Jadual 7 menunjukkan frekuensi respon pelajar terhadap item senarai semak pemerhatian berkaitan penglibatan terhadap aktiviti demonstrasi dalam eksperimen.

Jadual 7 Frekuensi (f) respon pelajar terhadap item senarai semak pemerhatian berkaitan penglibatan terhadap aktiviti demonstrasi dalam eksperimen (N=15)

NoItemPemerhatian

PertamafKeduafKetigaf

1Pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan5811

2Pelajar mengutarakan soalan469

4Pelajar menunjukkan minat terhadap eksperimen yang didemonstrasikan8913

7Pelajar menyatakan perasaan seronok bagi aktiviti yang dijalankan6711

Berdasarkan Jadual 7 di atas secara keseluruhannya, dapat dikenal pasti bahawa terdapat peningkatan bagi setiap item senarai semak bagi pemerhatian yang berkaitan dengan penglibatan pelajar terhadap aktiviti demonstrasi dalam eksperimen yang dijalankan. Hal ini menunjukkan bahawa semakin bertambah kekerapan kaedah demonstrasi dalam eksperimen yang diaplikasikan kepada pelajar, semakin bertambah bilangan pelajar yang berminat dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji ini.Pemerhatian tidak berstruktur yang telah dijalankan telah mendapati bahawa terdapat dua orang pelajar yang sentiasa datang ke hadapan kelas. Kemudian, mereka meminta kebenaran guru untuk melakukan demonstrasi tersebut untuk ditunjukkan kepada pelajar-pelajar lain. Keberanian pelajar untuk melakukan sendiri demonstrasi eksperimen telah menunjukkan bahawa kedua-dua pelajar ini sangat berminat dengan aktiviti demonstrasi eksperimen. Pelajar-pelajar ini juga telah menunjukkan riak keseronokan apabila berpeluang memegang sendiri bahan dan alat radas sains. Jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa kaedah demonstrasi dalam eksperimen berupaya membantu pelajar meningkatkan penglibatan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah diaplikasikan. Pernyataan ini turut disokong dengan hasil analisis data yang diperoleh daripada soal selidik yang telah diberikan kepada semua pelajar kumpulan sasaran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.Jadual 8 Frekuensi (f) dan peratusan (%) bagi item soal selidik berkaitan penglibatan pelajar terhadap aktiviti demonstrasi dalam eksperimen (N=15)

NoItemSSSTSSTS

f (%)f (%)f (%)f (%)

1Saya suka melibatkan diri dalam kaedah demonstrasi dalam eksperimen yang dijalankan oleh guru14 (93)1 (7)0 (0)0 (0)

2Saya tidak berasa takut untuk mengutarakan soalan sekiranya saya tidak faham8 (54)5 (33)2 (13)0 (0)

4Rakan-rakan saya juga berpendapat bahawa kaedah demonstrasi dalam eksperimen ini sangat menarik dan mudah untuk mempelajari tentang pemboleh ubah sains.10 (67)4(27)1 (6)0 (0)

7Saya seronok dengan aktiviti yang dijalankan semasa kaedah demonstrasi dalam eksperimen dijalankan15 (100)0 (0)0 (0)0 (0)

Nota: SS-Sangat Setuju (4); S-Setuju (3); TS-Tidak Setuju (2); STS-Sangat Tidak Setuju (1)

Berdasarkan Jadual 8, hasil analisis daripada data yang telah diperoleh telah menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar iaitu sebanyak 93% dan 7% yang telah mengakui bahawa mereka suka melibatkan diri dalam kaedah demonstrasi eksperimen yang dijalankan oleh guru. Sementara itu, 54% dan 33% pelajar pula telah menyatakan bahawa mereka tidak berasa takut untuk mengutarakan soalan sekiranya mereka tidak faham. Seterusnya, dapat dilihat bahawa 67% dan 27% pelajar yang sangat setuju dan setuju bahawa rakan-rakan mereka juga berpendapat bahawa kaedah demonstrasi dalam eksperimen ini sangat menarik dan mudah untuk mempelajari tentang pemboleh ubah sains. Dapatan yang lebih besar adalah apabila 100% pelajar sangat setuju bahawa mereka sangat seronok dengan aktiviti yang dijalankan semasa kaedah demonstrasi eksperimen diaplikasikan kepada mereka. Peratus keseluruhan bagi setiap item soal selidik ini boleh diperhatikan menerusi binaan carta pai dalam Rajah 5.

Rajah 5 Peratusan keseluruhan bagi item soal selidik tentang tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti demonstrasi dalam eksperimen

Berdasarkan Rajah 5, peratusan keseluruhan bagi item-item soal selidik ini juga telah didominasi oleh skor sangat setuju. Manakala, tiada langsung peratusan pada skor sangat tidak setuju. Hal ini telah menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar yang menjawab soal selidik bersetuju bahawa mereka telah berjaya meningkatkan tahap penglibatan mereka dalam aktiviti demonstrasi dalam eksperimen. Data yang diperoleh juga telah dianalisis dengan mengira min dan sisihan piawai. Jadual 9 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi item soal selidik berkaitan penglibatan pelajar terhadap aktiviti demonstrasi dalam eksperimen.

Jadual 9 Min dan sisihan piawai bagi item soal selidik berkaitan penglibatan pelajar terhadap aktiviti demonstrasi dalam eksperimen (N=15)

NoItemMinSisihan Piawai

1Saya suka melibatkan diri dalam kaedah demonstrasi dalam eksperimen yang dijalankan oleh guru3.930.25

2Saya tidak berasa takut untuk mengutarakan soalan sekiranya saya tidak faham3.400.71

4Rakan-rakan saya juga berpendapat bahawa kaedah demonstrasi dalam eksperimen ini sangat menarik dan mudah untuk mempelajari tentang pemboleh ubah sains3.600.61

7Saya seronok dengan aktiviti yang dijalankan semasa kaedah demonstrasi dalam eksperimen dijalankan4.000.00

Keseluruhan3.730.39

Berdasarkan Jadual 9 yang menunjukkan min dan sisihan piawai bagi item soal selidik yang sama, min keseluruhan bagi keempat-empat item soal selidik ini ialah 3.73 iaitu hampir dengan skor sangat setuju (4). Dapatan yang diperoleh ini menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar dapat melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti demonstrasi dalam eksperimen yang telah dijalankan. Sisihan piawai keseluruhan yang telah diperoleh ialah 0.39. Nilai sisihan piawai ini juga adalah rendah dan telah menunjukkan bahawa tahap keselerakan skor bagi persepsi pelajar adalah rendah. Nilai sisihan piawai yang rendah juga menunjukkan bahawa hubungan antara skor persepsi setiap pelajar adalah rapat dengan skor min bagi keseluruhan item-item soal selidik ini. Dengan makna lain, nilai skor bagi persepsi setiap pelajar adalah hampir dengan nilai min skor yang telah diperoleh. Berdasarkan analisis data yang diterangkan, dapat disimpulkan bahawa sebahagian besar pelajar telah berjaya melibatkan diri dangan aktif terhadap aktiviti demonstrasi dalam eksperimen ini. Rumusan analisis data daripada pemerhatian dan soal selidik ini juga dapat disokong oleh data yang diperoleh hasil daripada temu bual yang telah dijalankan kepada tiga orang pelajar yang telah dipilih secara rawak. Tiga orang pelajar ini telah dilabelkan sebagai P1, P2 dan P3 masing-masing. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga pelajar yang telah ditemu bual menunjukkan reaksi yang sangat gembira apabila ditanya tentang perasaan mereka terhadap pembelajaran melalui kaedah demonstrasi dalam eksperimen. Ketiga-tiga pelajar yang telah ditemu bual telah membuat pernyataan yang menyokong bahawa mereka suka melibatkan diri dengan aktiviti demonstrasi dalam eksperimen. Pelajar P1 berkata,best cikgu ajar. Saya suka. Cikgu buat lagi boleh? (Temu bual, 12 April 2013)Pelajar P2 berkata,Saya seronok sangat dengan aktiviti yang cikgu buat. Tak bosan langsung (Temu bual, 12 April 2013)Pelajar P3 berkata,sangat seronok. Suka sebab ada eksperimen (Temu bual, 12 April 2013)Secara keseluruhannya, berdasarkan analisis data dapatan yang telah diperoleh daripada pemerhatian, soal selidik dan temu bual, tidak dapat disangkal lagi bahawa kaedah demonstrasi dalam eksperimen yang telah diaplikasikan oleh pengkaji kepada pelajar dapat membantu mereka melibatkan diri dengan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains secara umumnya dan dalam aktiviti demonstrasi dalam eksperimen secara khususnya.

8.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN KAJIANAnalisis terhadap data yang diperoleh telah dilakukan yang mana secara keseluruhannya dapatan analisis data sangat menyokong bahawa kaedah demonstrasi dalam eksperimen sangat membantu pelajar untuk meningkatk