industri kecil sederhana

Upload: eqyn-pretiz-ever

Post on 04-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Industri Kecil Sederhana

    1/11

    Industri Kecil Sederhana (Iks).Pengenalan 1.0 Definisi Industri Kecil Sederhana

    Terdapat pelbagai definisi yang dapat diberikan kepada Industir Kecil Sederhana

    (IKS). Hal ini demikian kerana, ia mengikuti aspek-aspek tertentu bagi sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah, saiz aset tetap, modal, jualan dansebagainya. Sebuah negara menggunakan saiz piawai dan kriteria yang berbeza sabagai

    pengukuran dan pentaksiran IKS. Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan denganobjektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaituPerbadanan Pembangunan Industir kecil dan Sederhana. IKS dalam sektor perkilangandidefinisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

    Manakala menurut Kemeterian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di

    dalam laporannya pada tahun 1994 telah mendefinisikan IKS daripada sudut modalnya.Seperti industir kecil, jumlah modalnya adalah kurang daripada RM 500,000 dan industrisederhana pula memiliki jumlah modal dalam lingkungan RM 500, 000 hingga RM 2.5 juta.Berdasarkan kepada definisi ini menunjukkan IKS dapat dikategorikan kepada banyak jenismengikut aspek-aspek tertentu. Menurut kajian oleh MITI juga, didapati IKS Di Malaysialebih tertumpu kepada industri yang berasaskan kepada makanan, pemasaran dan perabotserta kejuruteraan ringan yang hanya berasaskan kepada bahan binaan sahaja.

    Walau bagaimanapun, IKS merupakan salah satu sektor yang mampumanyumbangkan sejumlah kecil kepada KDNK negara. Ini menunjukkan IKS mampu untuk

    dikembangkan lagi dan boleh diterokai agar bidang ini mampu memberikan lebih banyak sumbangan kepada negara disamping mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepadamasyarakat. Keadaan ini mampu mengurangkan sedikit peratus pengangguran. Selain itu

    juga, IKS mampu menjadi teras kepada proses perindustrian negara. Perkembangan IKS yangsemakin ramai menceburinya, boleh meningkatkan daya saing negara seterusnya setiap

    pengusaha akan berusaha meningkatkan industri masing-masing dengan persaingan sihat.Pada keseluruhannya IKS merupakan industri antara bahagian yang memainkan peranan

    penting dalam mencapai wawasan 2020.

    2.0 Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor. Kajian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dijalankan di kawasan Kampung Sungai HajiDorani, Mukim Panchang Bedena, Daerah Sabak Bernam, Selangor. Kampung Sungai HajiDorani, Sabak Bernam ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri.Sebuah kawasan yang dikelilingi oleh sawah dan laut menjadikan Kampung Sungai HajiDorani ini sebagai satu tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati.

    Oleh kerana, panorama yang cantik di Kampung Sungai Haji Dorani ini, pihak jawatankuasa kampung dengan kerjasama penduduk kampung telah menubuhkan satu

    perkampungan homestay di mana para pelawat boleh tinggal beberapa hari bersama penduduk Kampung Sungai Haji Dorani ini bagi merasai dan menikmati keindahan kampung

  • 7/29/2019 Industri Kecil Sederhana

    2/11

    ini di samping beramah mesra dengan penduduk kampung. Pelbagai aktiviti telah di sediakanoleh penduduk kampung untuk meraikan para pelawat mereka. Antara contoh aktiviti-aktivitiyang di tawarkan dalam pakej homestay di kampung ini ialah melawat perusahaan kuih danmakanan, memancing belut, mencari kerang di pantai dan sebagainya.

    Selain itu, penduduk di Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam ini sangat terkenaldengan Industri Kecil dan Sederhana di negeri Selangor. Hal ini kerana, masyarakat dikampung ini sangat komited dalam menyambut seruan kerajaan iaitu seruan satu kampungsatu industri. Oleh yang demikian, banyak perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yangtumbuh dan maju di kampung ini. Kajian yang telah dijalankan ini memberi fokus kepada

    perusahaan kerepek dan juga nata de coco.

    3.0 Perusahaan kerepek oleh Puan Samsina bt. Osman dan suaminya Encik Mohd Anuar bin MatArshad, Syarikat Orang Kampung Pekan Selasa Lama.

    Kajian Industri Kecil dan Sederhana yang dijalankan disekitar kawasan homestay Kg.Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor. Industri Kecil dan Sederhana yang dipilihadalah perusahaan kerepek. Perusahaan kerepek merupakan satu perusahan yang diusahakanoleh penduduk Kampung Sungai Haji Dorani ini selain daripada perusahaan nata de coco,

    bahulu dan sebagainya. Perusahaan kerepek yang dipilih ini telah dijalankan oleh PuanSamsina bt. Osman dan suaminya Encik Mohd Anuar bin Mat Arshad. Beliau menjalankan

    perusahaan kerepek dibawah nama Syarikat Orang Kampung Pekan Selasa Lama.

    3.1 Jenis perusahaan

    Jenis perusahaan yang dijalankan adalah perusahaan kecil dan sederhana atau IKS iaitu perusahaan kerepek. Beliau menjalankan perusahaan kerepek ini secara kecil-kecilan dandijalankan di rumah dengan menggunakan peralatan secara tradisional pada awalnya.Pengusaha telah menjalankan perusahaan ini sudah melebihi 15 tahun.

    3.2 Barangan yang diusahakan

    Industri yang kami kaji ini menjalankan perusahaan kerepek secara kecil-kecilan. Selain dari perusahaan kerepek, beliau juga menjalankan perusahaan dodol, kuih raya, kuih siput danlain-lain. Walaupun beliau menjalankan banyak jenis perniagaan tetapi perusahaan yangutama dijalankan oleh beliau adalah kerepek. Barangan lain adalah sebagai sampingan dandiusahakan mengikut tempahan daripada pelanggan terutama sekali apabila menjelang musim

    perayaan.

  • 7/29/2019 Industri Kecil Sederhana

    3/11

    Gambar 1 : jenis barangan yang diusahakan oleh pengusaha IKS yang dikaji.

    3.3 Bilangan pekerja

    Pengusaha mempunyai bilangan pekerja seramai 4 orang hingga 8 orang. Pekerja-pekerja initerdiri daripada penduduk yang berumur dalam lingkungan 30 tahun hingga 40 tahun. Pekerjaadalah terdiri daripada penduduk sekitar yang bekerja sebagai suri rumah. Pekerja-pekerja ini

    biasanya bekerja 7 hari seminggu dan mereka bekerja mengikut keperluan yang ada. Namun begitu, bilangan pekerja biasanya akan bertambah apabila tiba musim perayaan. Oleh keranakadar permintaan yang diterima ketika musim perayaan, pengusaha biasanya mengambilinisiatif untuk menambah bilangan pekerja bagi melicin serta melancarkan prosesmenyiapkan tempahan pelanggan.

    3.4 Modal

    http://3.bp.blogspot.com/-j6KoZZyw6RE/TwBMQdP-7VI/AAAAAAAAAFs/kGvlUEw2GIU/s1600/SAM_3393.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-F8Ys8XLLgOc/TwBMDcZh2vI/AAAAAAAAAFk/bXo-qQnpOyA/s1600/SAM_3359.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-j6KoZZyw6RE/TwBMQdP-7VI/AAAAAAAAAFs/kGvlUEw2GIU/s1600/SAM_3393.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-F8Ys8XLLgOc/TwBMDcZh2vI/AAAAAAAAAFk/bXo-qQnpOyA/s1600/SAM_3359.JPG
  • 7/29/2019 Industri Kecil Sederhana

    4/11

    Dalam memperkembangkan perusahaan ini, pengusaha pada mulanya menggunakan modal yang dikeluarkan sendiri. Setelah menerima respon positif daripada para pelangganpengusaha mula mendapatkan modal dengan memohon pinjaman daripada amanahikhtiar. Menurut pengusaha Amanah Ikthiar adalah sebagai agen untuk memberikan

    pinjaman kepada pengusaha-pengusaha untuk menjalankan perniagaan yang dilakukandan kebanyakkan pengusaha-pengusaha IKS di kampung itu memohon pinjamandaripada Amanah Ikhtiar. Pengusaha mengatakan bahawa mereka biasanya meminjamsebanyak RM 5000.00 daripada Amanah Ikhtiar untuk dijadikan modal dalammenjalankan perusahaan mereka. Menurut pengusaha lagi, pinjaman yang diberikanoleh Amanah Ikthiar hendaklah dibayar balik secara beransur-ansur 1 minggu sekali.Melalui modal inilah pengusaha dapat meningkatkan dan memperkembangankanperusahaan kerepek ini selain daripada modal sendiri.

    3.5 Lokasi dan sejarah penubuhan

    Mengikut pengusaha, perusahaan ini dijalankan adalah bermula daripada perusahaan turuntemurun keluarga. Pengusaha menjelaskan bahawa, beliau menjalankan perusahaan ini adalahkerana minat yang diturunkan kepada beliau daripada ibu beliau. Perusahaan ini dijalankansudah melebihi 15 tahun perkembangannya. Pengusaha menyatakan bahawa pada awal

    pembabitan dalam kegiatan perusahaan kerepek ini beliau menggunakan peralatan tradisionaldan nilai yang diperolehi adalah sedikit tidak seperti nilai yang diperolehi sekarang.

    Pengusaha juga menjelaskan bahawa, pada awal pembabitan beliau dalam perusahaan ini, bilangan pekerja adalah lebih kurang 2 hingga 3 orang. Bagi meningkatkan pendapatan danmemperkembangkan perusahaan ini, pengusaha telah membuat pinjaman daripada AmanahIkhtiar. Lokasi perusahaan yang dikaji adalah di Pekan Selasa Lama, Sabak Bernam,Selangor. Lokasi ini terdapat di dalam homestay Kampung Sungai Haji Dorani. (http://doranihomestay.blogspot.com/ )

    http://doranihomestay.blogspot.com/http://doranihomestay.blogspot.com/http://2.bp.blogspot.com/-C6uNNwfzXV4/TwBO5Gx3vzI/AAAAAAAAAF4/D6iT9LYjk40/s1600/SAM_3380.JPGhttp://doranihomestay.blogspot.com/
  • 7/29/2019 Industri Kecil Sederhana

    5/11

    Gambar 2 : Tempat perusahaan kerepek

    3.6 Carta organisasi

    Menurut perusaha, beliau tidak mempunyai carta organisasi dalam menjalankan perusahaanini. Menurut beliau lagi, hanya beliau sahaja sebagai ketua dan diikuti oleh pekerja-pekerja

    bawahan beliau dan pekerja bawahan beliau ini tidak tetap bilangannya di mana ianya biasanya bertambah mengikut keperluan.

    3.7 Bahan dan peralatan yang digunakan

    Mengikut perusaha bahan utama yang digunakan dalam menjalankan perusahaan ini adalahseperti pisang, gandum, daun kari dan lain-lain. Pisang yang digunakan oleh pengusahaadalah seperti pisang awok, pisang abu dan lain-lain. Bahan-bahan yang digunakan ini

    biasanya diperolehi daripada penduduk sekitar dan juga peraih. Menurut perusaha lagisekiranya membeli pisang dari peraih harga yang dikenakan adalah sebanyak RM 800 per tan

    pisang yang dibeli. Bagi proses pembuatan kuit siput pula, pengusaha menggunakan gandumsebagai bahan utamanya. Biasanya pengusaha akan pergi membeli gandum itu sendiri.

    Selain itu, di musim perayaan pula pengusaha biasa mengambil tempahan pelanggan

    untuk dijadikan santapan hari raya. Antara perkhidmatan yang disediakan pada musim perayaan ialah tempahan membuat popia . Bahan utama untuk membuat popia ini ialahsambalnya. Bagi menghasilkan popia yang sedap, pengusaha telah mengambil inisiatif dengan menempah serunding popia beliau dari Pantai Cahaya Bulan,Kelantan. Setiap tahun,menjelang hari perayaan pengusaha akan pergi ke Kelantan untuk mendapatkan serunding

    berkenaan beberapa bulan sebelum hari perayaan.

    http://1.bp.blogspot.com/-wnuqGKPUaNQ/TwBQWfC2aFI/AAAAAAAAAGE/l-MI177AC8I/s1600/SAM_3383.JPG
  • 7/29/2019 Industri Kecil Sederhana

    6/11

    Gambar 4 : antara jenis pisang yang digunakan dalam perusahaan

    Gambar 5: Antara kawasan yang diperolehi oleh pengusaha untuk mendapatkan bahanmentah

    Dari segi peralatan yang digunakan dalam perusahaan ini adalah masih terdapat peralatantradisional seperti sagat pisang, kuali untuk menggoreng, sarang siput dansebagainya. Namun begitu, bagi memenuhi pemintaan pelanggan yang tinggi, pengusahakini memiliki beberapa alat moden seperti mesin pengadun, pembakar bahulu dansebagainya. Alat-alat moden ini membantu mempercepatkan prosess menyiapkan tempahan

    http://4.bp.blogspot.com/-KPpeIO5X7jY/TwByDYb9DbI/AAAAAAAAAHM/IZE03pO4Edk/s1600/SAM_3381.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-iurls_r__7Q/TwBxvslFMjI/AAAAAAAAAHA/8FQjvp4yvPY/s1600/SAM_3379.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/-KPpeIO5X7jY/TwByDYb9DbI/AAAAAAAAAHM/IZE03pO4Edk/s1600/SAM_3381.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-iurls_r__7Q/TwBxvslFMjI/AAAAAAAAAHA/8FQjvp4yvPY/s1600/SAM_3379.JPG
  • 7/29/2019 Industri Kecil Sederhana

    7/11

    selain daripada menggunakan perkhidmatan pekerja yang ramai. Alat yang digunakan dalam perusahaan ini adalah seperti di bawah:

    Gambar 6 : Peralatan tradisional yang masih digunakan oleh pengusaha untuk menyagat buah pisang

    Gambar 7 : Peralatan menggoreng secara tradisional yang masih digunakan.

    3.1 Kajian perjalanan perusahaan.

    Perusahaan IKS yang dikaji ini memperlihatkan perkembangan dalam perusahaannyaterutama dari segi peralatan. Peralatan yang digunakan juga telah berkembang seperti

    penggunaan teknologi baru dan cara mendapatkan tempahan juga adalah mengikut teknologi.Perusaha mendapatkan tempahan berdasarkan panggilan telefon daripada pelanggan yangingin tempahan kerepek yang diusahakan. Antara jenis peralatan yang baru digunakan oleh

    pengusaha adalah seperti berikut:

    http://4.bp.blogspot.com/-UKnrxTCn9G8/TwBy1Wp_EYI/AAAAAAAAAHk/VzfmoV1Lc2o/s1600/SAM_3374.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-Fw0CDHCpVBk/TwBydM3lvxI/AAAAAAAAAHY/9ZbILMdvvL0/s1600/SAM_3392.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/-UKnrxTCn9G8/TwBy1Wp_EYI/AAAAAAAAAHk/VzfmoV1Lc2o/s1600/SAM_3374.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-Fw0CDHCpVBk/TwBydM3lvxI/AAAAAAAAAHY/9ZbILMdvvL0/s1600/SAM_3392.JPG
  • 7/29/2019 Industri Kecil Sederhana

    8/11

    Gambar 8 : Alat untuk mengadun tepung

    http://1.bp.blogspot.com/-TkEj0VpH4jw/TwBzeDa2pGI/AAAAAAAAAH8/X612QdSXCs4/s1600/SAM_3368.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/-GPUtsM26Lig/TwBzQRH1BHI/AAAAAAAAAHw/9xva_Xie-f8/s1600/SAM_3367.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-TkEj0VpH4jw/TwBzeDa2pGI/AAAAAAAAAH8/X612QdSXCs4/s1600/SAM_3368.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/-GPUtsM26Lig/TwBzQRH1BHI/AAAAAAAAAHw/9xva_Xie-f8/s1600/SAM_3367.JPG
  • 7/29/2019 Industri Kecil Sederhana

    9/11

    Gambar 8 : Peralatan untuk membakar bahulu sewaktu mempunyai tempahan.

    3.1

    Faktor yang mendorong pengusaha menjalankan IKS.

    Pengusaha menjelaskan bahawa penglibatan beliau dalam bidang perusahaan kerepek iniadalah berdasarkan perusahaan turun temurun yang dijalankan oleh keluarga beliau. Beliau

    juga menjelaskan bahawa penglibatan beliau dalam bidang IKS ini adalah disebabkan olehminat yang mendalam dalam bidang pembuatan kerepek. Minat yang mendalam ini tumbuhsejak remaja lagi kerana penguasaha selalu menolong ibu beliau menjalankan aktivitimembuat kerepek ini sejak beliau remaja lagi.

    Pengusaha juga menyatakan bahawa penglibatan beliau dalam bidang pembuatan

    kerepek ini bermula dari umur 15 tahun kerana mengikuti ibu beliau membuat kerepek. Olehitu beliau mula berjinak dalam bidang ini.selain itu, beliau juga menggunakan peralatan yangditinggalkan oleh ibu beliau pada awal pembabitan dalam bidang ini. Disebabkan oleh itu,

    beliau mula bergiat dengan lebih aktif dalam perusahaan ini sehingga berjaya. Selepas berkahwin, pengusaha telah mengusahakan perusahaan kerepek ini bersama

    suami tersayang. Suami beliau Encik Mohd Anuar bin Mat Arshad telah melibatkan diridalam perusahan ini bagi memberi galakkan dan sokongan kepada isteri beliau. Dorongandari suami juga menjadikan pengusaha makin berminat dan bersemangat dalam meneruskan

    perusahaan kerepek ini. Bantuan suami dalam memajukan perusahaan kerepek ini secara

    tidak langsung memberi sokongan moral. Selain itu, kehadiran anak-anak juga telah menaikkan moral pengusaha di mana anak-anak tidak menghalang pengusaha dari meneruskan usaha dalam memajukan perusahankerepek ini malahan mereka memberi sokongan sepenuhnya kepada ibu dan bapa merekaterutamanya ibu untuk meneruskan serta memajukan perusahaan kerepek yang dijalankan.

    Di samping itu, dorongan dan semangat yang diberi oleh ahli-ahli keluarga yang laintelah menaikkan semangat pengusaha untuk memajukan perusahan yang dijalankan. Olehyang demikian, pengusaha sentiasa cuba mencari peluang-peluang yang baru untuk memperkembangkan perusahaan yang dijalankan.

    http://2.bp.blogspot.com/-iXGFTRUL9NA/TwBzxaoAt-I/AAAAAAAAAII/Zwy5fej9hIQ/s1600/SAM_3378.JPG
  • 7/29/2019 Industri Kecil Sederhana

    10/11

    3.2 Kekangan serta masalah yang dihadapi oleh pengusaha.

    Kejayaan sesebuah perusahaan itu semestinya dibayangi oleh masalah-masalah sertakekangannya yang tersendiri. Menurut pengusaha dalam memajukan pengusaha ini terdapat

    pelbagai kekangan serta masalah yang dihadapi. Antara masalah yang dihadapi ialahkekurangan pekerja, terutama sekali pada musim perayaan, masalah dalam mendapatkanmodal bagi meningkatkan perusahaan, masalah untuk mendapatkan bahan mentahdan masalah untuk mendapatkan pelanggan

    Menurut pengusaha, beliau sukar untuk mendapatkan pekerja untuk bekerjadalam pengusahaan ini. Beliau menyatakan bahawa kebanyakkan pekerja dalam lingkunganumur 30 tahun hingga 40 tahun. Manakala bagi pekerja muda pula sukar untuk mendapatkannya kerana kebanyakkan orang muda pada hari ini tidak berminat untuk

    menceburi diri dalam bidang perusahaan ini. Selain tidak berminat, pekerja generasi muda ini biasanya mempunyai kualiti yang rendah samada dari segi kerja mahupun pengurusan masa.Oleh yang demikian, kesukaran untuk mendapatkan pekerja adalah pekara yang paling

    bermasalah dalam perusahaan ini terutama sekali apabila menjelang musim perayaan.Pengusaha biasanya mendapat tempahan yang tinggi daripada para pelanggan. Oleh yangdemikian, pengusaha memerlukan ramai pekerja untuk menyiapkan tempahan yang di ambil.Malangnya kekurangan pekerja telah menyebabkan pengusaha tidak mampu untuk memenuhi

    permintaan pelanggan.

    Menurut pengusaha lagi, kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah juga menjadisalah satu kekangan dalam perusahaan ini. Hal ini kerana walaupun , bahan mentah seperti

    pisang biasanya di dapatkan dari kawasan sekitar namun untuk mendapatkan mentah seperti pisang ini menjadi sukar untuk diperolehi daripada kawasan sekitar kerana terdapat banyak perusahaan yang sama. Oleh yang demikian, masalah untuk mendapatkan bahan mentah inimenyebabkan pengusaha tidak mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan. Pengusahasering juga terputus bekalan bahan mentah sewaktu menjalankan perusahaan ini. Disebabkanitu juga, tempahan yang diterima terpaksa ditolak dan diberikan kepada perusaha lain keranakekurangan bahan mentah serta bilangan pekerja yang tidak mencukupi.

    Masalah dari segi saingan para pengusaha juga merupakan salah satu kekangan dalam perusahaan ini. Hal ini kerana menurut pengusaha terdapat banyak pengusaha lain disekitar kawasan tempat mereka turut mengusahakan pengusahaan ini. Oleh itu, masalah dalammendapatkan pekerja dan pelanggan juga adalah menjadi masalah dalam perusahaan ini. Bagimenjaga pekerja ini daripada bekerja mengikut perusaha lain dengan memikat hati para

    pekerja. Beliau menyatakan bahawa beliau turut membawa pekerja beliau untuk melancongdi sekitar semenanjung sekiranya mendapat keuntungan yang banyak daripada pengusaha ini.Apabila hati pekerja dapat dipikat maka pekerja tidak akan beralih ke pengusaha lain menurut

    pengusaha ini.

  • 7/29/2019 Industri Kecil Sederhana

    11/11

    4.0 Kesimpulan

    Kesimpulan yang dapat dibuat ialah Industi Kecil dan Sederhana merupakan salah satu

    sumber ekonomi di Negara kita. Penglibatan penduduk-penduduk kampung dalam IndustriKecil dan Sederhana ini merupakan satu pekara yang positif dimana perusahaan kecil-kecilanmampu member pendapatan yang lumayan kepada pengusaha-pengusaha yang melibatkandiri dalam bidang ini.

    Oleh yang demikian, pihak-pihak yang berkenaan haruslah memainkan perananmereka dengan member sokongan kepada pengusaha-pengusaha ini. Antara contoh sokonganyang boleh diberikan oleh pihak yang berkenaan ialah dari segi alatan-alatan moden dalam

    proses penghasilan produk. Selain itu, sokongan dari segi modal juga boleh diberikan oleh pihak berkenaan kepada pengusaha untuk meningkatkan serta memperkukuhkan lagi

    perusahaan mereka. Di samping itu juga, pihak berkenaan juga boleh memberi bantuan dengan

    mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha ini di mediacetak atau elektronik. Hal ini secara tidak langsung boleh meningkatkan tempahan yangditerima oleh para pengusaha di mana masyarakat luar akan mengetahui tentang produk

    pengusaha-pengusaha ini Semua pihak harus berganding bahu dalam mempertingkatkan sektor Industri Kecil

    dan Sederhana ini agar ia menjadi sektor yang berjaya menyumbang pendapatan kepadanegara dan juga mampu member pulangan yang memberangsangkan kepada pengusahanya.

    Posted by Aries Da at 04:32 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

    No comments:

    Post a Comment

    http://www.blogger.com/profile/05133643672147605351http://www.blogger.com/profile/05133643672147605351http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2012/01/industri-kecil-sederhana-iks.htmlhttp://ariesdasketchbook.blogspot.com/2012/01/industri-kecil-sederhana-iks.htmlhttp://ariesdasketchbook.blogspot.com/2012/01/industri-kecil-sederhana-iks.htmlhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=3137918039621495306&postID=3607688458336463741&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=3137918039621495306&postID=3607688458336463741&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=3137918039621495306&postID=3607688458336463741&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=3137918039621495306&postID=3607688458336463741&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=3137918039621495306&postID=3607688458336463741&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=3137918039621495306&postID=3607688458336463741&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=3137918039621495306&postID=3607688458336463741&target=emailhttp://ariesdasketchbook.blogspot.com/2012/01/industri-kecil-sederhana-iks.htmlhttp://www.blogger.com/profile/05133643672147605351