industri

10
Nama: RAJA SUFIAN BIN RAJA ALI (BA 12110413) PEKERJAAN, BURUH & MODAL TUTORIAL SOALAN 1 PENSYARAH: EN FAUZIE SARJONO 1.0 Pendahuluan Tahun 1700-an dan awal 1800-an merupakan era berlakunya perubahan secara besar-besaran dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Perubahan-perubahan ini adalah hasil daripada ledakan industrialisasi. Kesan utama daripada perubahan tersebut adalah ekonomi yang mengubah penggunaan tenaga manusia yang asalnya menggunakan tangan manusia kepada penggunaan tenaga mesin dalam proses menghasilkan sesuatu produk. Perubahan yang sama juga berlaku di Tanah melayu iaitu perubahan dari aspek politik, ekonomi dan sosialnya yang merubah tingkah laku masyarakat dalam dunia pekerjaan. (Rosliha Muhammad, 2000). Selain itu, Kesan daripada revolusi industri itu juga telah melahirkan ahli-ahli fikir yang telah melontarkan teori-teori yang tersendiri dalam semua bidang termasuk bidang ekonomi dan sosial. Antara tokoh yang telah menyumbang kepada perubahan ekonomi dan sosial khususnya adalah Adam Smith, Karl Marx, Recardo, John Maynard Keynes, Hartwell, dan lain-lain. Kebanyakan daripada mereka merupakan golongan kapitalis yang memyokong perubahan ekonomi pada masa itu. Akan tetapi teori yang banyak mempengaruhi perubahan status buruh adalah Adam Smith, Karl Marx dan John Maynard Keynes . 2.0 Analisis Artikel Melalui artikel ini, ia menjelaskan perubahan dalam pengkhususan dan perdagangan yang berlaku pada awal revolusi industri sehingga sekarang. Perubahan pengkhususan dan perdagangan ini dapat dilihat dalam konteks penggunaan tenaga manusia yang amat ketara dalam menghasilkan pengeluaran. Perubahan-perubahan ini banyak berlaku 1

Upload: siti-khadijah

Post on 14-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Nama: RAJA SUFIAN BIN RAJA ALI (BA 12110413)PEKERJAAN, BURUH & MODALTUTORIAL SOALAN 1PENSYARAH: EN FAUZIE SARJONO

1.0 Pendahuluan Tahun 1700-an dan awal 1800-an merupakan era berlakunya perubahan secara besar-besaran dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Perubahan-perubahan ini adalah hasil daripada ledakan industrialisasi. Kesan utama daripada perubahan tersebut adalah ekonomi yang mengubah penggunaan tenaga manusia yang asalnya menggunakan tangan manusia kepada penggunaan tenaga mesin dalam proses menghasilkan sesuatu produk. Perubahan yang sama juga berlaku di Tanah melayu iaitu perubahan dari aspek politik, ekonomi dan sosialnya yang merubah tingkah laku masyarakat dalam dunia pekerjaan. (Rosliha Muhammad, 2000).Selain itu, Kesan daripada revolusi industri itu juga telah melahirkan ahli-ahli fikir yang telah melontarkan teori-teori yang tersendiri dalam semua bidang termasuk bidang ekonomi dan sosial. Antara tokoh yang telah menyumbang kepada perubahan ekonomi dan sosial khususnya adalah Adam Smith, Karl Marx, Recardo, John Maynard Keynes, Hartwell, dan lain-lain. Kebanyakan daripada mereka merupakan golongan kapitalis yang memyokong perubahan ekonomi pada masa itu. Akan tetapi teori yang banyak mempengaruhi perubahan status buruh adalah Adam Smith, Karl Marx dan John Maynard Keynes .

2.0 Analisis ArtikelMelalui artikel ini, ia menjelaskan perubahan dalam pengkhususan dan perdagangan yang berlaku pada awal revolusi industri sehingga sekarang. Perubahan pengkhususan dan perdagangan ini dapat dilihat dalam konteks penggunaan tenaga manusia yang amat ketara dalam menghasilkan pengeluaran. Perubahan-perubahan ini banyak berlaku diperingkat pertengahan dalam proses pengeluaran sesuatu produk dan perkhidmatan. Jika dahulunya proses pertengahan pengeluaran sesuatu produk itu memerlukan banyak tenaga kerja manusia dalam menghasilkan barangan siap dan berkualiti terutamanya industri yang berkaitan dengan teksil dan besi. Akan tetapi, proses pertengahan pengeluaran produk ini mengalami perubahan apabila berlaku revolusi industri yang menjadi penyebab utama kepada lahirnya penggunaan mesin yang berfungsi sebagai gantian kepada penggunaan tenaga kerja manusia. Ledakan daripada revolusi ini telah memberi keuntungan kepada golongan pemodal kerana secara automatiknya mereka dapat memaksimumkan keuntungan kerana penggunaan tenaga manusia dihadkan. Revolusi indutri ini juga telah membuka lembaran baru terhadap bidang pengangkutan, perbandaran, perdagangan dan perkhidmatan. Artikel ini juga membahaskan tentang kitaran pengeluaran yang mempunyai tahap-tahap yang boleh dikatakan stabil dan tidak stabil. Kitaran pengeluaran ini mula diperkatakan dan dibincangkan apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada 1930-an secara besar-besaran. Kemelesetan ekonomi di sesebuah negara akan menyebabkan berlaku pembuangan pekerja apabila golongan pemodal atau majikan ini mengamalkan housing Contruction bagi mengekalkan keuntungan mereka. Peristiwa ini berlaku disebabkan ketiadaan campur tangan golongan pemerintah atau kerajaan dalam mengawal selia aktiviti ekonomi seperti mana yang diperkatakan oleh Keynes. Pengawalan terhadap pasaran memerlukan campur tangan kerajaan supaya kadar inflasi berada pada tahap yang rendah dengan menggunakan full employment supaya ianya memberi banyak kesan yang positif kepada aktiviti ekonomi semasa berlakunya kemelesetan ekonomi. Dalam konteks dunia ekonomi hari ini, pengambilan pekerja dalam seseorang syarikat atau organisasi itu merupakan satu pelaburan baru terhadap organisasi yang akan memberikan keuntungan jangka masa panjang. Setiap negara mempunyai cara yang tersendiri dalam mengolah ekonomi mereka dan tidak semua teori yang dikemukan itu bersesuai dan dipersetujui. Menurut perspektif Austrian, polisi Keynes itu gagal dalam menjelaskan dan memberi penyelesaian apabila berlaku ketidakstabilan ekonomi. Hal ini disebabkan golongan pemerintah tidak mempunyai banyak insentif untuk membentuk kestabilan ekonomi semasa berlakunya krisis.

3.0 Pasaran Kapitalis( Tanpa Campur Tangan Pemerintah)Pasaran merupakan satu tempat yang menjalankan proses pertukaran diantara golongan pembeli dan golongan penjual. Melalui aktiviti pasaran ini telah berlaku kitaran kewangan di dalam sesuatu pasaran. Dengan kata lain, pasaran merupakan mekanisme sosial yang berfungsi sebagai satu jaminan untuk memenuhi keperluan peribadi. Pasaran memainkan peranan penting dalam menentukan turun naik aliran perniagaan dan perdagangan dan ia memberi kesan kerugian kepada seseorang peniaga tetapi kesan tersebut tidak begitu ketara apabila mereka ini berada dalam satu kesatuan. Hal ini kerana, para pemikir ekonomi klasik menyatakan bahawa kesulitan yang dialami oleh seseorang peniaga itu hanya bersifat sementara. Selain itu, pengeluaran sesuatu produk itu perlu berdasarkan pemintaan bagi mengelakkan lebihan pengeluaran yang mengakibatkan kerugian sehingga memberi kesan terhadap pembayaran upah kepada pekerja sehingga mengakibatkan pengangguran. Hal ini membuktikan bahawa, kitaran kewangan di dalam pasaran itu tidak stabil dan gagal (Muhadi Sugiono, 1996).4.0 Teori Nilai dan Pengagihan4.1 Pembahagian Kerja dan PertukaranPembahagian kerja atau pengkhususan kerja mempunyai perkaitan yang ketara dengan pertukaran. Hal ini kerana, proses pembahagian kerja itu dilakukan dengan adanya permintaan dan ia memerlukan pertukaran daripada penggunaan tenaga kepada bentuk upah yang diperlukan oleh seseorang buruh bagi memenuhi keperluan-keperluan mereka. Perkara ini dinyatakan oleh Adam Smith dalam bukunya Wealth of Nation(1937:22) iaitu dalam sesuatu pengkhususan pekerjaan itu, semua orang akan menjadi pedagang secara semulajadinya. Ahli pemikir ekonomi samada Smith, Ricardo dan Marx memandang bahawa wujud perkaitan secara langsung antara pengkhususan kerja kerana sebahagian besarnya harga itu ditentukan oleh tenaga kerja sosial. Dengan kata lain, penentuan upah atau harga itu ditentukan oleh penghasilan pengeluaran yang dilakukan oleh buruh tersebut. Oleh itu, teori nilai dan tenaga kerja ini menyatakan wujud perhubungan secara langsung diantara pengkhususan pekerja dengan pertukaran secara adil. Namun, toeri ini mempunyai beberapa masalah sehingga para ahli pemikir ekonomi moden yang berpegang dengan pendekatan klasik cuba mencari beberapa fakta untuk menjelaskan konsep pertukaran dengan menggunakan konsep materialistik yang dikenali sebagai harga pengeluaran (Abdul Ghani Kanesan Abdullah et. al., 2007).

4.2 Pengagihan PendapatanTeori upah merupakan salah satu pendekatan ekonomi klasik yang bergantung kepada pengkhususan kerja dan kehendak keperluan yang tinggi. Konsep upah ini dipandang sebagai satu variable dalam industri iaitu sesuatu yang boleh berubah-ubah dan bukannya sebagai magnitud yang tetap iaitu terdapat juga faktor lain yang tidak dapat ditentukan di dalam pasaran. Perkara ini mempengaruhi pendapatan apabila wujud ketidakadilan pengagihan pendapatan yang membahagikan masyarakat kepada beberapa kelas sosial. Setiap kelas sosial ini mempunyai hubungan dengan kelas sosial yang lain melalui pembiayaan pengeluaran. Oleh itu, pengagihan pendapatan ini ditentukan oleh pertarungan diantara kelas sosial untuk merebut hasil atau keuntungan dari tenaga kerja yang telah mereka sumbangkan dalam kegiatan pengeluaran (Abdul Ghani Kanesan Abdullah et. al., 2007).

5.0 Hak PemilikanDalam pendekatan neoklasik, hak pemilikan ini diberi keutamaan. Para ahli ekonomi neoklasik mula membahas tentang hak pemilikan dimana mereka memandang hak ini bukan hanya sebagai sebahagian daripada kerangka yang mendasari kegiatan ekonomi tetapi sebagian daripada sistem hukum yang dibentuk melalui sistem ekonomi. Hak pemilikan (property right) adalah hak untuk memiliki, menggunakan, menjual dan mencapai kekayaan yang dapat diukur secara fizikalnya seperti mesin, tanah dan sebagainya. Namun begitu, tenaga kerja manusia juga dianggap sebagai hak pemilikan secara mental dan psikologi (Purbayu Budi Santosa. 2010).

6.0 Teori KeynesianPendekatan Keynesian yang meengkritik teori klasik dan neoklasik iaitu mengatakan bahawa pasaran yang mengawal keadaan pasaran ekonomi. Keynesian ini memberi kritikan disebabkan oleh kegagalan dalam menentukan pengeluaran yang hanya menfokuskan kepada kelancaran mesin semata-mata. Bagi Keynesian, sistem yang dilakukan semasa zaman klasik dan neoklasik itu tidak melihat dari sudut permintaan iaitu pengeluaran berdasarkan permintaan. Namun begitu, aliran pemikiran Keynesian ini menyatakan bahawa perekonomian kapitalis akan mengakibatkan ketidakstabilan jika ianya berlaku untuk jangka masa panjang. Disebabkan itu, aliran Keynesian ini mengatakan bahawa perlu ada peranan kerajaan dalam ekonomi bagi mengawal kestabilan pasaran dan penyerapan tenaga kerja secara memadai (Budiono Sri Handoko, 2001).

6.1 Pasaran Kapitalis dan Kestabilan EkonomiKeynes juga berpendapat bahawa perbezaan pendapat oleh para pelaku pasaran dari perspektif jangka masa panjang ke perspektif jangka masa pendek akan menganggu kestabilan dalam kitaran ekonomi kapitalis. Hal ini kerana, beliau memandang bahawa perbezaan ini berlaku disebabkan oleh perkembangan keselamatan pasaran yang memberi tarikan kepada golongan pemodal untuk melakukan perlaburan (Hans Hermann Hoppe, 2007).

6.2 Ekonomi Politik dari Pasaran Tenaga Kerja dan Pasaran KapitalisCiri utama yang dinyatakan dalam pendekatan Keynesian adalah keputusan pelaburan lebih dipengaruhi oleh perkiraan terhadap permintaan di masa hadapan. Namun, pandangan ini mempunyai ketidakstabilan dari sudut pasaran yang dinyatakan oleh ahli ekonomi klasik iaitu pasaran akan bertindak mengawal kitaran pengeluaran secara semula jadi. Ketidakstabilan ekonomi politik akan memberi masalah terhadap pasaran tenaga kerja kerana pasaran tenaga kerja merupakan mekanisme yang menggunakan sebahagian besarnya individu atau buruh dalam menggerakkan aktiviti ekonomi kapitalis untuk mendapatkan nafkah begi menampung kehidupan mereka. Disamping itu, kontrak upah juga memperlihatkan perkaitan antara permintaan produk dengan upah dan penyerapan penggunaan tenaga kerja (Hans Hermann Hoppe, 2007). Analisis pendekatan Keynesian terhadap pasaran tenaga kerja difokuskan kepada implikasi dari rundingan upah terhadap permintaan. Hal ini kerana, beliau melihat akan ada kemungkinan bahawa keputusan yang dibuat diantara pelaku pasaran ( pekerja dan perusahaan) akan memberi impak negative. Selain itu, beliau juga melihat bahawa kegiatan menabung itu juga mampu menyumbang kepada berlakunya konflik diantara tindakan individu dan sistem secara keseluruhannya.

6.0 KesimpulanSecara keseluruhannya, golongan buruh merupakan satu golongan yang berada di peringkat bawahan dalam sesuatu kegiatan ekonomi. Namun begitu, golongan bawahan ini memainkan peranan yang penting dalam melancarkan proses ekonomi walaupun telah dipengaruhi oleh penggunaan mesin. Akan tetapi, kewujudan perubahan dalam sektor buruh atau pekerjaan ini sebahagian besarnya akibat daripada revolusi industri. Kebanyakkan perubahan terhadap sektor buruh ini bermula dengan aliran pemikiran ekonomi sosialis yang menyatakan bahawa nilai sesuatu barangan itu bukan hanya ditentukan oleh modal fizikal sahaja tetapi ia juga memerlukan modal spiritual dan modal mental.

Rujukan Eamonn Butler. 2011. The Condensed Wealth Of Nations: And The Incredibly Condensed Theory Of Moral Sentiments. England. Adam Smith Institute Research Ltd.

Budiono Sri Handoko. 2001. Ringkasan Pemikiran Keynesian Baru. Yogyakarta. Universiti Gadjah Mada.

Rosliha Muhammad. 2000. Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa Penjajahan British. Kuala Lumpur. Universiti Melaya.

Hans Hermann Hoppe. 2007. Teori Umum Keynes Dalam Pandangan Mesesian. Ciputat Indonesia. Sanctuary Publishing.

Muhadi Sugiono. 1996. Adam Smith dab Sistem Moral Kapitalisme: Tanggapan untuk A. Sonny Keraf. Majalah Kajian Ekonomi Sosial. Yogyakarta.

Indriati Ismail; Mohd Zuhaili Kamal Basir. 2012. Karl Marx Dan Konsep Perjuangan Kelas Sosial. International Journal Of Islamic Thought. Vol. 1. June. Diakses pada Mach 9, 2015, 6:08PM.Abdul Ghani Kanesan Abdullah; Tang Keow Ngang; Aziah Ismail. 2007. Keadilan Organisasi, Keprcayaan Dan Altruisme. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan. Jil. 22; 75-92. Diakses Pada Mach 11, 2015. 12:38PM.

Purbayu Budi Santosa. 2010. Kegagalan Aliran Ekonomi Neoklasik Dan Relevansi Aliran Ekonomi Kelembagaan Dalam Ranah Kajian Ilmu Ekonomi. Pidato Pengukuhan. Semarang. Universitas Diponegoro.

4