implikasi bermain kanak-kanak

9
Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. [Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007] Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan, ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, sosioemosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat. Ini bermakna, kanak-kanak seharusnya mempelajari bagaimana menyesuaikan bentuk sosioemosi mereka dalam masyarakat. 1.1 Sosioemosi Banyak takrifan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh terkemuka untuk mentakrifkan perkataan sosioemosi. Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi

Upload: chiyikomoshi

Post on 01-Jul-2015

159 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: implikasi bermain kanak-kanak

Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan

kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting

dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada

pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan

dalam pembelajaran mereka.

Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan

menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.

Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat

berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi,

keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran

sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.

[Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007]

Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif,

mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat

menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.

Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang

memberangsangkan, ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai

reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang.

Walau bagaimanapun, sosioemosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam

bentuk yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat. Ini bermakna,

kanak-kanak seharusnya mempelajari bagaimana menyesuaikan bentuk sosioemosi

mereka dalam masyarakat.

1.1 Sosioemosi

Page 2: implikasi bermain kanak-kanak

Banyak takrifan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh terkemuka untuk

mentakrifkan perkataan sosioemosi. Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua

perkataan iaitu sosial dan emosi.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud segala hal yang

berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi

Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat,

perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar

berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat

dan budayanya. Menurut Rohani Abdullah, proses ini melibatkan cara berfikir

tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-

kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan

kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman

kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan

kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang

membawa maksud “untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif

yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna

kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan

yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan,

gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi datang dalam

berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap

emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif

seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih,

kecewa dan lain-lain.

Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu

proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Page 3: implikasi bermain kanak-kanak

1.2 Perkembangan Sosioemosi

Perkembangan Sosioemosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan

kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid

belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri

dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat,

sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi

pembelajaran murid.

Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan

menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.

Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan,

emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam

kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni.

Komponen perkembangan sosioemosi memberi penekanan kepada

kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh

dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, komponen ini perlu disepadukan melalui aktiviti

pembelajaran komponen lain.

1.2.1 Teori-teori Perkembangan Sosioemosi

Banyak teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan dengan

perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

pernah menyatakan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan tentang;

Kesedaran dan pengurusan kendiri,

Page 4: implikasi bermain kanak-kanak

Pencapaian emosi yang positif,

Kesedaran tentang keperluan, perasaan dan pandangan orang lain,

Pembinaan kemahiran sosial, dan

Pembinaan keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian.

Bandura pula menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga

diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah

laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang

tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya

bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh

masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah

dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan

individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti

seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Di

dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan

psikososial. Setiap peringkat saling berkait rapat antara satu sama lain.

Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis

perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat

mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat

atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej

kendiri seseorang individu.

Peringkat-peringkat yang terlibat untuk kanak-kanak yang berusia 2 - 6 tahun

ialah:

Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun)

Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan

orang dewasa contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri,

membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi

sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai

keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan

merasa ragu-ragu kepada dirinya.

Page 5: implikasi bermain kanak-kanak

Inisiatif lawan rasa berasa bersalah (4 hingga 6 tahun)

Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran

baru. Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku.

Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak.

Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya.

1.3 Bermain

“Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi

memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan

bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak.

Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan

pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.”

[Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003]

Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang

dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain

membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang

sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak

dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.

Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk

kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil

belajar’. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu

aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang

menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.

John Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip

belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap

kanak-kanak.

Page 6: implikasi bermain kanak-kanak

1.3.1 Kategori Main

Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau

mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-

kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai

sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan

rujukan. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:

Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour) – kanak-kanak bergerak di

dalam kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak

bermain;

Main sendirian (solitary play) – kanak-kanak bermain sendirian, tidak

melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya;

Main pemerhatian (onlooker play) – kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-

kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan;

Main selari (parallel play) – kanak-kanak bermain permainan yang sama tetapi

tidak bermain bersama-sama dan tidak berkongsi alat permainan yang sama;

Main asosiatif (associative play) – kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-

kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam

aktiviti main; dan

Main koperatif (cooperative play) – kanak-kanak ini bermain dalam bentuk

sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.

Jean Piaget menyarankan bahawa pembelajaran bermakna memerlukan

masa ‘untuk memainkannya’ dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai

alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti

main untuk mencapai matlamatnya.

2.1 Kegunaan permainan tersebut dari segi sosioemosi dan juga kognitif

kanak-kanak

Page 7: implikasi bermain kanak-kanak

Secara umumnya, belajar melalui bermain dapat menyumbang kepada pelbagai

aspek perkembangan seperti daya kreatif, fizikal, bahasa, sosioemosi dan moral.

Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat merasai pengalaman jual beli yang

biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak akan mendapat

pengetahuan baru mengenai cara penggunaan wang, nilai wang, dan urusan jual

beli di pasar atau pun pasar raya.

Berikut adalah kegunaan permainan ini dari segi sosioemosi dan juga kognitif

kanak-kanak;

Dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak,

(a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.

Contohnya dalam permainan ini, kanak-kanak belajar untuk berurus niaga

dengan rakan-rakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan.

Untuk bermain dengan jayanya, kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan

rakan-rakannya dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa

yang cuba disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan

aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat

merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak.

Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka berkolaborasi

untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan

urusan membeli barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai

wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan,

mereka bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.

Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang

lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak

penjual.

Dalam permainan ini, kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka

melantik ketua bagi kumpulan mereka. Apabila permainan berlangsung,

masing-masing menjalankan peranan masing-masing dengan memainkan

watak sebagai penjual dan pembeli.

(d) Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.

Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan

urusan jual beli dengan ahli kumpulan mereka. Perkara ini berlaku apabila

mereka perlu berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu

barangan yang hendak dibeli. Oleh itu, setiap kanak-kanak perlu bertolak

Page 8: implikasi bermain kanak-kanak

ansur untuk mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan

barangan yang telah dipersetujui.

(e) Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati.

Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat

menggunakan wang yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. Kanak-

kanak akan menggunakan wang yang diperolehi dengan sebaik-baiknya.

Setiap ahli kumpulan akan memberi nasihat dan mengingatkan rakan-rakan

sekumpulannya untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang.

Dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak pula, Piaget pernah menyatakan

bahawa bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia

terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui

interaksi dan persekitarannya. Kegunaan permainan ini dari segi perkembangan

kognitif kanak-kanak adalah;

(a) Membantu kanak-kanak dalam perkembangan intelek.

Secara tidak langsung permainan ini membantu kanak-kanak dalam

perkembangan inteleknya seperti memahami konsep awal matematik dan

belajar memerhati situasi yang berlaku di sekelilingnya. Konsep awal

matematik yang digunakan dalam permainan ini adalah seperti konsep

seriasi, konsep nombor, operasi nombor, konsep wang dan penyelesaian

masalah.

2.2 Penilaian dan Rekod tentang Emosi Kanak-kanak Semasa Bermain

Permainan ‘Pergi Ke Pasar’

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, emosi setiap murid perlu

direkod untuk menguji keberkesanan permainan ini terhadap perkembangan emosi

kanak-kanak. Penilaian ini juga dilakukan adalah untuk;

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh,

Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid,

Membuat perancangan aktiviti yang berikutnya,

Meneliti keberkesanan aktiviti dan strategi yang digunakan semasa pengajaran

dan pembelajaran,

Page 9: implikasi bermain kanak-kanak

Menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam kalangan murid atau

masalah-masalah lain yang berkaitan dengan pembelajaran,

Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak

mereka,

Menghargai hasil kerja murid, dan

Membuat tindakan susulan serta merta.

Penilaian yang dibuat telah direkodkan dalam borang rekod skala kadar. Satu

salinan dibuat untuk diserahkan kepada guru Prasekolah Bestari untuk tindakan

selanjutnya.

2.2.1 Rekod Skala Kadar

Penilaian telah dibuat dengan menggunakan rekod skala kadar untuk melihat

keberkesanan permainan ini terhadap perkembangan emosi kanak-kanak. Rekod

skala kadar secara umumnya digunakan untuk merekod tingkahlaku murid-murid

yang diperhatikan serta tahap pencapaian mereka. Penilaian terhadap kemahiran

atau amalan dibuat berdasarkan skala tertentu. Skala yang digunakan boleh

dinyatakan secara angka atau gred. Contohnya:

A – Cemerlang

B – Baik

C – Sederhana

D – Perlu bimbingan

Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang skala

kadar iaitu tajuk, kemahiran yang hendak dinilai atau petunjuk tingkah laku dan

aktiviti yang dinyatakan dengan jelas. Borang skala kadar ini boleh digunakan bagi

menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas. Pemerhatian hendaklah

dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat yang tepat.

Contoh borang rekod skala kadar adalah seperti di muka surat seterusnya

dan diikuti dengan rekod yang telah dibuat semasa permainan dijalankan ketika

dalam pengajaran pada 4 September lalu.