impak belanjawan cerna kreativiti, bantu semua · pdf filemana banyak usaha dilakukan untuk...

4
BERITA MINGGU 9 Oktober 2011 Bajet komprehensif bela rakyat Impak belanjawan cerna kreativiti, bantu semua lapisan BAJET 2012 sudah dibentangkan, kelmarin. Ada memberikan reaksi gembira, tidak kurang juga kecewa. Namun, apa yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat itu masih memerlukan kupasan agar mereka yang kurang faham, mendapat penjelasan. Wartawan Berita Minggu, MOHD AZIS NGAH dan ROHANIZA IDRIS menemubual Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin serta penganalisis ekonomi merangkap Profesor Perakaunan dan Keusahawanan, Sekolah Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai. Mahani Zainal Abidin ? SECARA keseluruhan, bagaimana Datuk melihat belanjawan kali ini. Pada saya bajet kali ini sangat mendengar seruan rakyat lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang mana ramai membangkitkan isu kos sara hidup yang semakin meningkat. Banyak insentif dan inisiatif diumumkan yang sangat diperlukan rakyat dalam mengurangkan kos sara hidup mereka. Ini sudah tentu melegakan rakyat. Saya melihat bajet kali ini sebagai proses transformasi yang sedang giat dijalankan kerajaan. Selain itu, sektor perkhidmatan juga diambil kira yang mana banyak usaha dilakukan untuk meningkatkan lagi bidang berkenaan. Ini selaras dengan hasrat menjadikan sektor itu sektor utama dan penyumbang ekonomi negara. Ini jelas dilihat melalui proses meligatkan pelaburan untuk 17 subsektor perkhidmatan selaras dengan proses 'rolling plan' kedua Rancangan Malaysia Ke-10. Selain itu, kerajaan mengumumkan usaha meringankan beban pemilik teksi bajet dan kereta sewa persendirian, memberi galakan dalam industri pelancongan, begitu juga beberapa insentif percukaian untuk industri perbankan, kewangan dan pelaburan. Kita boleh katakan bajet kali ini sebagai bajet rakyat kerana ia menyentuh terus rakyat, contohnya bantuan persekolahan RM100 bagi pelajar sekolah, bantuan RM500 untuk keluarga berpendapatan RM3,000, bayaran untuk pesara kerajaan, pengenalan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan dana RM1 bilion, begitu juga sektor perkhidmatan kesihatan dan pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) serta banyak lagi. ? Pembangkang dengan lantang menyatakan bajet kali ini sebagai gula-gula kerajaan untuk meraih undi atau bajet pilihan raya. Apa pendapat Datuk. Saya tidak tahu bajet kali ini untuk pilihan raya atau tidak. Sebagai ahli ekonomi, saya melihat bajet ini sangat komprehensif, menyeluruh, menyentuh banyak sektor dan membabitkan ramai orang daripada golongan miskin sehingga pelajar, pesara kerajaan, bekas tentera, penduduk luar

Upload: hoangdung

Post on 16-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Impak belanjawan cerna kreativiti, bantu semua · PDF filemana banyak usaha dilakukan untuk meningkatkan lagi ... pelajar institusi pengajian ... semua terutama dalam meningkatkan

BERITA MINGGU 9 Oktober 2011

Bajet komprehensif bela rakyat Impak belanjawan cerna kreativiti, bantu semua lapisan BAJET 2012 sudah dibentangkan, kelmarin. Ada memberikan reaksi gembira, tidak kurang juga kecewa. Namun, apa yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat itu masih memerlukan kupasan agar mereka yang kurang faham, mendapat penjelasan. Wartawan Berita Minggu, MOHD AZIS NGAH dan ROHANIZA IDRIS menemubual Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin serta penganalisis ekonomi merangkap Profesor Perakaunan dan Keusahawanan, Sekolah Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai.

Mahani Zainal Abidin

? SECARA keseluruhan, bagaimana Datuk melihat belanjawan kali ini. Pada saya bajet kali ini sangat mendengar seruan rakyat lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang mana ramai membangkitkan isu kos sara hidup yang semakin meningkat. Banyak insentif dan inisiatif diumumkan yang sangat diperlukan rakyat dalam mengurangkan kos sara hidup mereka. Ini sudah tentu melegakan rakyat. Saya melihat bajet kali ini sebagai proses transformasi yang sedang giat dijalankan kerajaan. Selain itu, sektor perkhidmatan juga diambil kira yang mana banyak usaha dilakukan untuk meningkatkan lagi bidang berkenaan. Ini selaras dengan hasrat menjadikan sektor itu sektor utama dan penyumbang ekonomi negara. Ini jelas dilihat melalui proses meligatkan pelaburan untuk 17 subsektor perkhidmatan selaras dengan proses 'rolling plan' kedua Rancangan Malaysia Ke-10. Selain itu, kerajaan mengumumkan usaha meringankan beban pemilik teksi bajet dan kereta sewa persendirian, memberi galakan dalam industri pelancongan, begitu juga beberapa insentif percukaian untuk industri perbankan, kewangan dan pelaburan. Kita boleh katakan bajet kali ini sebagai bajet rakyat kerana ia menyentuh terus rakyat, contohnya bantuan persekolahan RM100 bagi pelajar sekolah, bantuan RM500 untuk keluarga berpendapatan RM3,000, bayaran untuk pesara kerajaan, pengenalan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan dana RM1 bilion, begitu juga sektor perkhidmatan kesihatan dan pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) serta banyak lagi.

? Pembangkang dengan lantang menyatakan bajet kali ini sebagai gula-gula kerajaan untuk meraih undi atau bajet pilihan raya. Apa pendapat Datuk. Saya tidak tahu bajet kali ini untuk pilihan raya atau tidak. Sebagai ahli ekonomi, saya melihat bajet ini sangat komprehensif, menyeluruh, menyentuh banyak sektor dan membabitkan ramai orang daripada golongan miskin sehingga pelajar, pesara kerajaan, bekas tentera, penduduk luar

Page 2: Impak belanjawan cerna kreativiti, bantu semua · PDF filemana banyak usaha dilakukan untuk meningkatkan lagi ... pelajar institusi pengajian ... semua terutama dalam meningkatkan

bandar, kakitangan awam, golongan peniaga, pemandu teksi, warga emas, petani, nelayan serta ramai lagi. Misalnya, insentif untuk meringankan beban pemandu teksi, saya lihat bukan hanya membantu pemandu teksi semata-mata, malah mahu merancak dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan darat di negara ini. Saya lihat untuk bajet kali ini, kerajaan mengambil pendekatan serampang dua mata iaitu mensasarkan kelompok tertentu, tetapi bukan untuk manfaat kelompok berkenaan saja sebaliknya kesannya dirasai dalam bidang berkaitan. Macam untuk teksi, selain meningkatkan pendapatan dan membantu pemandu teksi, kerajaan mahu meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi dan memberi keselesaan serta peningkatan kualiti kehidupan di bandar. Beberapa pendekatan juga saya lihat memang mahu meredakan inflasi dengan adanya pembayaran terus bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, selain pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion serta peluasan Kedai Rakyat 1Malaysia, program ladang kontrak dan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).

? Sejauh mana bajet kali ini memberi impak kepada proses transformasi yang sedang giat dilaksanakan kerajaan. Paling jelas saya lihat sektor perkhidmatan yang mana kerajaan mahu meliberalisasi 17 subsektor perkhidmatan. Begitu juga RTP, jelas satu proses transformasi yang dilaksanakan kerajaan. Untuk RTP, kerajaan bukan hanya mahu meningkatkan pendapatan penduduk setempat malah membangunkan infrastruktur luar bandar, menarik pelaburan ke kawasan berkenaan serta menambah nilai serta menaik taraf sektor ekonomi sedia ada. Kerajaan juga dalam proses RTP ini mahu menjadikan luar bandar sebagai kawasan untuk pengeluaran dan keselamatan makanan. Satu lagi pendekatan yang selaras dengan proses transformasi adalah Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Skim Perumahan Rakyat (PPR), Skim Rumah Pertamaku, Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dijayakan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dapat menyuntik pertumbuhan ekonomi hartanah terutama di kawasan bandar. Kita harap pembinaan rumah untuk rakyat dengan harga berpatutan ini tidak mengabaikan kualiti rumah. Satu lagi perkara dalam bajet yang selaras dengan transformasi adalah mengenai usaha kerajaan mencerna kreativiti dan mencetuskan inovasi untuk menggalakkan cetusan idea baru. Saya juga suka mendengar mengenai usaha liberalisasi dalam inovasi sejak peringkat sekolah lagi, begitu juga dengan Program Jejak Inovasi untuk mencari bakat dalam bidang berkenaan. Dalam transformasi ekonomi pula, pelbagai insentif perbankan, kewangan dan pelaburan diperkenalkan terutama untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama perkhidmatan pengurusan perbendaharaan. Begitu juga banyak pelepasan cukai sebagai insentif pelaburan terutama menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa. Dalam transformasi perkhidmatan awam, kita boleh lihat dengan pengenalan SBPA menggantikan Sistem Saraan

Page 3: Impak belanjawan cerna kreativiti, bantu semua · PDF filemana banyak usaha dilakukan untuk meningkatkan lagi ... pelajar institusi pengajian ... semua terutama dalam meningkatkan

Malaysia (SSM) yang jelas bukan hanya menyentuh mengenai skim atau mata gaji, tetapi mempunyai matlamat meningkatkan lagi produktiviti dan prestasi kakitangan awam yang mana pencapaian mereka diukur dalam penentuan bayaran dan gred gaji. Ini satu cara baru menilai prestasi kakitangan awam sebagaimana sudah dilaksana atau dipraktikkan sektor swasta. Dalam pendidikan pula, transformasi yang jelas adalah pemansuhan yuran persekolahan, manakala pembayaran bantuan persekolahan RM100 walaupun untuk sekali pembayaran adalah sesuatu yang baru dan tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Begitu juga baucar buku RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi. Selain itu, diperkenalkan tabung khas bagi pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah yang pada saya satu transformasi bertujuan menambah nilai dan menaiktaraf kemudahan pendidikan di negara ini.

? Bagaimana pula dengan bayaran sekali seperti bantuan persekolahan, kepada bekas anggota, duda dan balu polis khas serta polis tambahan serta bekas kakitangan kontrak KEMAS dan JASA. Tidakkah ini membebankan kerajaan. Oleh kerana bayaran ini dibuat sekali saja, sudah pasti tidak membebankan. Saya nampak ini satu kelebihan kerajaan yang mahu berkongsi rasa, prihatin serta mengenang jasa mereka yang berjuang untuk negara dan bangsa. Kerajaan mungkin sudah mengambil kira semua aspek dan kemampuannya sebelum mengumumkan perkara ini. Ini juga pada saya, cara kerajaan meredakan rakyat yang rasa tertekan akibat kenaikan kos sara hidup akibat peningkatan harga barang. Cara ini juga bukti bagaimana kerajaan mendisiplinkan diri dalam berbelanja dan berkongsi kesusahan dengan rakyat. Kerajaan jelas sangat mengutamakan kepentingan dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan pada masa sama mengajak rakyat mengambil langkah berjimat cermat serta berhemah. ? Ada beberapa insentif, pelepasan serta pengecualian cukai untuk jangka tempoh lima hingga 10 tahun diumumkan. Tidakkah ini satu kerugian hasil pada negara. Bagaimana pula dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia). Memang diakui ada beberapa pakej pelepasan atau pengecualian cukai diberikan kerajaan kali ini yang sebenarnya akan membuahkan hasil kepada negara. Insentif yang diberikan bertujuan menarik minat syarikat asing melabur di negara ini terutama di wilayah koridor yang sedang

Page 4: Impak belanjawan cerna kreativiti, bantu semua · PDF filemana banyak usaha dilakukan untuk meningkatkan lagi ... pelajar institusi pengajian ... semua terutama dalam meningkatkan

dibangunkan selain usaha kerajaan menjadikan Kuala Lumpur hab kewangan serantau. Insentif dan pengecualian cukai ini juga sebagai galakan untuk syarikat asing dan tempatan berdaya saing selain menjadi lebih kompetitif, berdaya maju dan tidak statik. Perniagaan dan urus niaga yang bergerak akan memacu ekonomi negara. Contohnya, lanjutan lima tahun kadar cukai konsesi 10 peratus atas pelabur bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) sudah tentu menggembirakan pelabur dan pada masa sama merancakkan lagi ekonomi negara. Mengenai SARA 1Malaysia, saya memuji usaha ini kerana ia memberi peluang golongan berpendapatan rendah untuk sama melabur dan menabung demi masa depan mereka dan paling penting ia menjanjikan pulangan bersih yang menarik. Akhir sekali, saya harapkan apa yang dirancang dalam bajet kali ini dapat dilaksanakan seperti yang disasarkan bagi manfaat semua terutama dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat bagi menjadi negara maju menjelang 2020.