iman mutiara hidup

1

Click here to load reader

Upload: mas-areyou

Post on 09-Jul-2015

3.288 views

Category:

Sports


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Iman Mutiara Hidup

Iman Mutiara Hidup Pengertian Iman :

Iman dari segi bahasa : mengiktiraf dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya.

Iman dari segi istilah : Membenarkan dengan hati , mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.

Iman bertambah dan berkurang :

Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah iman seseorang boleh bertambah dan berkurangan. :- Iman akan bertambah dengan melakukan ibadat dan ketaatan serta meningkatkan ilmu.- Iman berkurangan apabila melakukan maksiat.

Ciri-ciri orang yang bertambah iman :

i- Mempunyai pengetahuan tentang Allah S.W.T dan rasulNya.ii- Banyak melakukan ibadat sunat seperti Qiamulailiii- Sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T.iv- Selalu berfikir tentang kebesaran Allah S.W.T.

Maksud kemanisan iman :

Berasa gembira dalam beribadat , sanggup menanggung kepahitan demi mendapat keredhaan Allah S.W.T dan rasulNya serta mengutamakan Allah S.W.T dan rasulNya melebihi harta benda dunia.

Cara mendapat kemanisan iman :

i Cintakan Allah dan rasulNya melebihi segalanya.ii Mengasihi sesama manusia kerana Allah S.W.T.iii Benci kekufuran sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka.

Kelebihan mendapat kemanisan iman :

i- Merasai nikmat beribadatii- Membentuk diri berakhlak mulia.iii- Dikasihi oleh Allah S.W.T.iv- Bersedia berkhidmat untuk masyarakat.v- Tidak membuat perkara yang menyusahkan masyarakat.vi- Akan dihormati dan diteladani oleh masyarakat.