ilmu tempa pedang bangsa melayu
TRANSCRIPT
-
7/25/2019 Ilmu Tempa Pedang Bangsa Melayu
1/3
ILMU TEMPA PEDANG BANGSA MELAYU
ILMU TEMPA PEDANG BANGSA MELAYU:
Abu Dullaf al Muhalhil, seorang pedagang dari Bukhara telah datang ke sini pada
-
7/25/2019 Ilmu Tempa Pedang Bangsa Melayu
2/3
tahun 940 Masihi dan merekodkan kepada kita satu cerita yang menarik mengenai
Kedah Tua;
Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-
tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat
lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kotaada tukang-tukang membuat pedang qalaI iaitu pedang Hindi yang tulen
Al Idrisi pada tahun 1154 pula merekodkan ;
Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini
dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.Dari sana
mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA. Tiada besi yang mampu
menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman.
Rekod al-Kindi pada sekitar abad ke 9 Masihi menyatakan bahawa tiga besi terbaik di
dunia pada masa itu boleh didapati di tiga buah tempat;
1) Yemen
2) Hindi
3) Qalai (Kedah Tua)
Selama ini, kita sering mendengar bahawa eksport utama dari tanah Semenanjung
yang terkenal pada zaman dahulu adalah bijih timah dan emas.Nampaknya catatan
pedagang Arab pada zaman dahulu dan dibuktikan dengan penemuan loji
pemprosesan besi purba di Kedah membuktikan bahawa satu masa dahulu,besi juga
termasuk antara eksport yang terkenal dari tanah Semenanjung,dan tambahan
pula,besi Kedah (besi Qalai) ini pula dikatakan antara tiga besi terbaik di dunia pada
masa itu!
Dipercayai bahawa salah satu daripada pedang nabi kita Rasulullah S.A.W adalah
diperbuat di Kedah!
-PETIKAN KITAB TAMADUN MELAYU-
Wallahua'lam
Che'gu Rosmanof RPAD-KL
https://www.facebook.com/rosman.khamis?fref=photohttps://www.facebook.com/rosman.khamis?fref=photo -
7/25/2019 Ilmu Tempa Pedang Bangsa Melayu
3/3
Catatan dikutip dari : Che'gu RosmanRAJA PUKUL AWANG DAIK KUALA LUMPUR
(RPAD-KL) by Che'gu Rosman
https://www.facebook.com/rosman.khamis?fref=photohttps://www.facebook.com/groups/123219408065572/https://www.facebook.com/groups/123219408065572/https://www.facebook.com/rosman.khamis?fref=photohttps://www.facebook.com/groups/123219408065572/https://www.facebook.com/groups/123219408065572/