iklan prs

3
Iklan PRS PROGRAM LATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)? Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan- kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan lain- lain aspek lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Bimbingan & Kaunseling dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran-kendiri (self-awareness). Adakah anda masih berminat mengikuti latihan ini? Ringkasnya Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ialah: seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain. mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat, dan boleh dipercayai. mempunyai sikap yang positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah, dan juga orang dewasa.

Upload: suriana-ali-raman

Post on 29-Jun-2015

97 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Iklan PRS

Iklan PRS

PROGRAM LATIHANPEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)?

Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama

mereka yang memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah. Pembimbing

Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya

menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan

lain-lain aspek lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan

Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan

hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham. Pembimbing Rakan Sebaya akan

diselia dengan teliti oleh Guru Bimbingan & Kaunseling dalam masa mereka menjalankan

tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawan memahami diri

dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya

sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran-kendiri (self-awareness).

Adakah anda masih berminat mengikuti latihan ini?

Ringkasnya Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ialah:

seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain.

mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat, dan boleh

dipercayai.

mempunyai sikap yang positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah, dan juga

orang dewasa.

Apa tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya?

Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan.

Membantu Guru Bimbingan & Kaunseling di dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.

Membantu pelajar baru dalam masa orientasi.

Memimpin kumpulan perbincangan.

Membantu Guru Bimbingan & Kaunseling di dalam kaunseling kelompok.

Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah di dalam satu-satu mata pelajaran.

Menjadi sebagai contoh / model.

Page 2: Iklan PRS

Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi

moral dan material.

Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya.

Masihkah anda berminat?

Jika masih berminat, isikan borang permohonan yang boleh didapati daripada Guru

Bimbingan & Kaunseling anda di Bilik Kaunseling sama ada:

Anda sendiri berminat untuk memohon menjadi ahli PRS ; atau

Anda ingin mencadangkan nama rakan anda yang anda tahu dia berminat dan

berpotensi untuk menjadi ahli PRS.

Pemilihan akan dibuat sedikit masa lagi. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah

dihantar semula kepada Puan Suriana Ali Raman (Guru Bimbingan & Kaunseling) di Bilik

Bimbingan & Kaunseling.

Disediakan oleh; Tarikh : ……………………

( SURIANA BINTI ALI RAMAN )

Guru Bimbingan & Kaunseling

S.K Pekan Tuaran