ikan hiasan

Upload: mohd-shouprie

Post on 06-Mar-2016

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assignmen ikan hiasan pismp rbt

TRANSCRIPT

1.0PENGENALANPemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifat-sifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang. Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai satu hobi yang unik. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran seseorang. Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di air dan bernafas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan dibahagi kepada ikan tanpa rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan bertulang keras (kelas Osteichthyes).Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat.Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya sifat keperihatinan seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan hiasan yang dipelihara. Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kerana ia dapat menjana ekonomi seseorang. Aktiviti memelihara dan menjual ikan hiasan serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha ikan hiasan.Justeru itu, dalam tugasan ini saya sebagai pengurus syarikat ikan hiasan yang bercadang meluaskan pasaran ikan hiasan ke pasaran antarabangsa akan membincangkan mengenai kaedah membangunkan ikan hiasan serta pertimbangan strategi pemasaran yang boleh dilakukan bagi memajukan industri penternakan ikan hiasan.2.0KAEDAH MEMBANGUNKAN IKAN HIASANDalam membangunkan ikan hiasan beberapa perkara perlu diterapkan mahupun diamalkan oleh semua penternak ikan hiasan. Berikut merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh para penternak ikan hiasan.2.1Tujuan dan Faedah Pemeliharaan Ikan HiasanTujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan adalah sangat penting untuk memberi hala tuju kepada penternak ikan hiasan tersebut. Berdasarkan kepada perkara tersebut, saya sebagai pengurus syarikat ikan hiasan memelihara ikan hiasan dengan tujuan untuk membangunkan industri ikan hiasan ke peringkat antarabangsa.2.2Ciri - Ciri Istimewa Ikan HiasanCiri - ciri ikan hiasan adalah sangat penting dalam kaedah membangunkan ikan hiasan kerana ia memberi pengetahuan mahupun gambaran mengenai ikan hiasan tersebut. Berikut merupakan ciri - ciri istimewa ikan hiasan.2.2.1Sifat luar dan dalamIkan hiasan terkenal dengan beberapa jenis ciri istimewa yang berbeza - beza mengikut jenis. Berikut merupakan beberapa ciri istimewa ikan hiasan.a) PergerakanSalah satu ciri istimewa ikan hiasan ialah pergerakan. Ikan hiasan mempunyai pergerakan tersendiri an unik. Sebagai contoh, ikan mas yang bergerak perlahan dan mengasyikkan apabila diperhatikan oleh individu. b) SisikIkan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis. Sebagai contoh, ikan hiasan yang mempunyai sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit. c) SaizSaiz merupakan ciri yang normal bagi ikan hiasan mahupun ikan biasa. Saiz ialh ukuran yang digunakan untuk mengetahui kebesaran ikan hiasan tersebut. Sebagai contoh, terdapat ikan hiasan yang kecil dan besar seperti ikan Kelisa yang mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil. d) SiripSirip ialah sejenis permukaan sperti ekor yang terdapat pada semua jenis ikan dan pada kebiasaannya, ikan hiasa mempunyai sirip yang pendek mahupun panjang mengikut jenisnya. e) Bentuk BadanBentuk badan ialah jenis badan yang dimiliki oleh ikan hiasan tersebut. Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih, gemuk, pendek, dan panjang. Sebagai contoh, ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.f) Warna BadanWarna badan ialah warna yang ada pada permukaan badan ikan hiasan. Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik. Sebagai contoh, ikan Mas mempunyai badan berwarna emas. g) Cara MakanMakan adalah keperluan yang utama bagi manusia mahupun haiwan. Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis spesis dan habitat. Oleh yang demikian, pemakanan mereka adalah mengikut jenis serta habitat mereka. Justeru itu, terdapat ikan hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering. Sebagai contoh, ikan Tiger Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup h) JantinaJantina merupakan gender untuk ikan hiasan. Berdasarkan keppada itu, terdapat beberapa perkara yang membezakan jantina ikan hiasa iaitu jantan atau betina seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan. Sebagai contoh, ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan seperti ikan jantan lebih besar dan mempunyai perut pipih.i) Cara PembiakanDalam perniagaan, pembiakan adalah perkara utama yang memberikan keuntungan kepada syarikat. Berdasarkan kepada pernyataan tersebut, ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Sebagai contoh, ikan Tiger Barb dan Guppy merupakan spesis ikan yang beranak. Selain itu, di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil manakala Ikan Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Sehubungan dengan itu, ikan hiasan biasanya bertelur di celah - celah tumbuhan akuatik.2.2.2Tabiat dan Keperluan KehidupanTabiat dan keperluan kehidupan adalah perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh penternak ikan hiasan dalam membangunkan ikan hiasan. Menurut kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua (?) merupakan perbuatan dan perangai. Dalam konteks ikan hiasan tabiat dan keperluan kehidupan merupakan cara pemakanan serta perkara yang diperlukan untuk hidup. Berikut merupakan tabiat dan keperluan kehidupan ikan hiasan.a) Ikan Hiasan tergolong kepada 4 kumpulan tabiat pemakanan :i. Ikan herbivore (pemakan tumbuhan)ii. Ikan karnivor (pemakan haiwan, terutama sekali memakan haiwan hidup)iii. Ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organic)iv. Ikan omnivor (pemakan segala jenis makanan)Namun begitu, kebanyakan ikan hiasan adalah ikan herbivor dan omnivor. Makanan yang diberi mestilah bersesuaian dengan tabiat makan ikan hiasan tersebut.b) Kualiti AirAir merupakan sejenis cecair yang sangat penting kepada ikan. Air merupakan nyawa mereka dan tempat tinggal merela. Berdasarkan kepada perkara tersebut, ikan hiasan tropika memerlukan suhu air berada pada julat 25 c - 35 c. manakala ikan hiassan perairan sejuk dan sederhana memerlukan suhu air berada pada julat 4 c - 25 c. sehubungan dengan itu, suhu air perlulah diukur dengan meter termometer.c) Kadar CahayaKadar cahaya adalah sangat penting untuk memastikan ikan hiasan boleh hidup dengan sihat dan cergas. Berdasarkan kepada perkara tersebut, ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang, bergerak, mencari makanan serta melihat objek yang lain.

2.3Jenis dan Contoh Spesies Ikan HiasanIkan hiasan mempunyai banyak sepsis dan juga jenis. Seorang pengusaha ikan hiasa haruslah mengetahui dan mengenali jenis serta contoh spesis ikan hiasan yang dipeliharanya untuk menjaga ikan hiasan tersebut dengan berjaya. Justeru itu, pada bahagian ini, saya akan menerangkan 5 famili mahupun jenis ikan hiasan beserta dengan contoh sepsis yang ada. Sehubungan dengan itu, famili ikan hiasan yang pertama ialah Cyprinidae dan contoh sepsis ikan hiasan jenis ini ialah seluang, ikan mas dan barb. Selain itu, ikan hiasan jenis ini kebiasaannya kecil, berbadan mampat dan bersesungut manakala ikan hiasan ini turut mempunyai ekor terbuka dan berbentuk fork serta mempunyai badan bersisik serta bergerak dengan pantas.Di samping itu, jenis mahupun famili ikan hiasan yang kedua ialah Chiichildea. Contohnya ialah ikan angel, ikan discus, dan ikan oscar. Ikan hiasan jenis ini hanya mempunyai sepasang lubang hidung dan dorsal fin serta mempunyai sirip ekor bulat. Seterusnya, jenis ikan hiasan yang ketiga ialah Charachidae. Ikan hiasan jenis ini terdiri daripada ikan hiasan sepsis jenis ikan tetra seperti ikan blue tetra dan green tetra. Sepsis ikan hiasan ini seakan ikan barb dan tidak mempunyai sesungut. Selain itu, ikan hiasan jenis ini turut mempunyai gigi dan adiposfin serta berasal dari Amerika Selatan dan Afrika Tengah.Tambahan lagi, jenis mahupun famili ikan hiasan yang seterusnya ialah Belontiidea. Spesis ikan jenis Belontiidea terdiri daripada ikan hiasan seperti ikan pelaga siam (Betta slenden) dan gourami biru (Trichogaster trichopterus). Sehubungan dengan itu, ikan hiasa sepsis ini mahupun jenis ini mempunyai badan yang lebar dan mampat manakala siripnya pula berbentuk anal panjang. Seterusnya, ikan hiasan ini mempunyai aksesori respiratory organ untuk bernafas di udara serta berasal daripada Korea Selatan, Asia Tenggara dan Afrika Barat.Akhir sekali, jenis ikan yang serterusnya ialah Catfish Families. Sepsis ikan hiasan ini termasuklah Coridoras spices seperti Ikan bndaran (Rinelloricaria parva). Ikan hiasan jenis ini mempunyai sesungut dan mulut yang berbentuk Suckermouth. Justeru itu, pengetahuan mengenai jenis ikan hiasan serta spesis ikan hiasan sedikit sebanyak membantu pengusaha ikan hiasan mendapat informasi mengenai ciri - ciri utama ikan hiasan tersebut. Informasi tersebut amatlah penting bagi memberi ilmu kepada pengusaha ikan hiasan untuk menjaga ikan hiasan dengan rapi dan betul.

2.4Peralatan dan Kelengkapan serta BahanPeralatan, kelengkapan dan bahan adalah perkara yang sangat penting dalam mengusaha ikan hiasan. Seorang pengusaha ikan hiasan yang berhasrat untuk membangunkan ikan hiasan perlu memahami dan mengetahui menegnai perlatan, kelengkapan dan bahan yang digunakan dan mengusaha ikan hiasan untuk membantu pengusaha tersebut mendapat hasil yang bermanfaaat. Justeru itu, pada bahagian ini saya akan menerangkan mengenai peralatan dan kelengkapan serta bahan yang digunakan untuk membangunkan ikan hiasan kerana ia merupaka salah satu kaedah membangunkan ikan hiasan.2.4.1Alat Kelengkapan dan Bahan serta ciri - cirinyaAlat kelengkapan dan bahan yang digunakan dalam membangunkan ikan hiasan adalah sangat banyak. Berikut merupakan alat kelengkapan dan bahan beserta dengan ciri - cirinya.2.4.1.1Akuarium / BekasAkuarium merupakan tempat kehidupan ikan hiasan dan juga kediaman mereka. Berdasarkan kepada itu, terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan saiz akuarium, bentuk akuarium, bahan buatan akuarium dan jenis ikan berdasarkan salinity air di habitat asli ikan.Sehubungan dengan itu, berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Sebagai contoh, garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 - 75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air (100 - 200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250 - 900 liter). Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan kelp (kelp ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia).Selain itu, dari segi bentuk akuariam pula, Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium) (Rajah 1). Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya. Rajah 1 di bawah merupakan contoh jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium.

Rajah 1 : Contoh Rekabentuk Akuarium. Bentuk Akuarium : segi empat tepat (A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D), separa silinder (E) dan silinder (F)Seterusnya, bahan buatan akuarium adalah sangat penting. Berdasarkan kepada pembacaan saya, terdapat dua jenis akuarium iaitu akuarium kaca (glass aquarium) dan akuarium akrilik (acrylic aquarium). Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium. Selain itu, akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk.2.4.1.2Sistem PenapisSistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium. Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air dan ammonia melebihi paras tertentu boleh menjadi racun kepada ikan.Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus.Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump). Selain itu, sistem pengudaraan juga sangat penting kepada ikan hiasan. sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah 3). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injap-injap akuarium (aquarium valves).Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.Justeru itu, pengetahuan menegenai sisitem penapis air adalah sangat penting kepada pengusaha ikan hiasan dan ianya merupakan salah satu kaedah untuk membangunkan ikan hiasan.2.4.1.3AksesoriAksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium tersebut. Dalam membangunkan ikan hiasan kaedah mengetahui jenis aksesori yang sesuiai unutk ikan hiasan adalah sangat penting.Berdasarkan kepada perkara tersebut, antara fungsi akuarium ialah membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan, memastikan pH air pada tahap optima dan memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan dapat dipam keluar daripada akuarium. Selain itu, akuariuam turut berfungsi sebagau alat untuk memastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan bersih serta lampu akuarium boleh berfungsi dengan baik untuk memberi sumber cahaya kepada tumbuhan akuarium.Seterusnya, untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialahasesori berkaitan dengan system pengudaraan dalam akuarium, system penapisan, sisitem lampu, tudung akuarium dan pasir untuk lantai akuarium.Justeru itu, aksesori akuarium adalah sangat penting dalam membangunkan ikan hiasan untuk menceriakan akuarium tersebut serta memberi kehidupan yang selesa kepada ikan hiasa serta tumbuhan akuarium.2.4.1.4Tumbuhan AkuatikTumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghiasai akuarium ikan hiasan. Namun begitu, penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, tahap pencahayaan akuarium, tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium.Sehubungan dengan itu, jika memelihara ikan hiasan laut, atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Contohnya, spesies laut tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya.Selain itu, akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Tambahan lagi, lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis.2.4.1.5MakananMakanan merupakan perkara yang penting untuk tumbuhan manusia dan juga hidupan laut. Seterusnya, ikan hiasan memerlukan makanan untuk hidup dan seorang pengusaha ikan hiasan yang berhasrat mengembangkan syarikatnya perlulah mengetahui jenis makanan ikan hiasan yang tepat dan sesuai dengan jenis ikan hiasan tersebut. Justeru itu, terdapat makanan hidup. makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan atau pellet untuk ikan hiasan. Makanan diberi mengikut jenis ikan. Makanan pelet jenis terapung sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala kebawah seperti ikan Corydoras atau Loach.Tambahan lagi, makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air akuarium. Selain itu, tetapkan masa memberi makanan iaitu pada masa pagi, tengahari mahupun petang. Selain daripada itu, antara contoh makanan kering ialah cacing darah yang diawet kering dan udang geragau kering manakala makanan jenis basah pula ialah daging dan hati. Seterusnya, makanan contoh makanan jenis rumusan pula ialah pellet dan emping. 2.5Penyediaan Akuarium dan Peralatan untuk PemeliharaanDalam kaedah membangunkan ikan hiasan, penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan adalah sangat penting. Berdasarkan kepada itu, dalam bahagian ini saya akan membincangkan mengenai penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan.2.5.1Faktor Pemilihan Lokasi Untuk Menempatkan AkuariumFaktor pemilihan lokasi untuk menenmpatkan akuarium adalah sangat penting dan faktor yang pertama ialah keamatan cahaya. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa terdedah dengan cahaya pada setiap hari. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis.Selain itu, faktor yang seterusnya ialah kadar cahaya. Kadar cahaya ialah kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam unit lx (lux) . Bagi akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya sebanyak 5000 lx selama 10-12 jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan lebih 6000 lx untuk 10-12 jam seharai. Kadar cahaya diukur menggunakan fotometer (photometer).Seterusnya ialah suhu. suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit C. Bagi ikan hiasan tropika, suhu air mesti berada pada julat 25C -35C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4C hingga 25C. sehubungan dengan itu, suhu boleh diukur menggunakan meter termometer. Di samping itu, suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan, penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini cuma boleh berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja.Akhir sekali, faktor keselamatan juga sangat penting. Akuarium perlu diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh menyebabkab bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium itu sendiri. Berdasarkan kepada semua faktor tersebut, ianya sangat penting bagi pengusaha ikan hiasan untuk menitikberatkannya kerana ia memberikan kesan yang besar.2.5.2Pembersihan dan Membasmi Kuman PeralatanPembersihan dan membasmi kuman peraltan adalah sangat penting dalam mengusaha ikan hiasan untuk memastikan ikan hiasan sentiasa sihat dan segar. Pembersihan dan membasmi kuman peralatan terbahagi menikut bahagian tersebut. 2.5.2.1Landskap dalam AkuariumDalam landskap dalam akuarium, akuaris perlu mengambil berat menegenai rawatan air. Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air, bau air dan tabiat luar biasa ikan.Seterusnya, salinity air dan tekanan khusu air perlu berada pada tahap yang bersesuaian dengan ikan hiasan. Saliniti merujuk kepada tahap kemasinan air. Saliniti air ditentukan menggunakan alat pengukurnya. Berdasarkan kandungan garam air, kita boleh mengkategorikan air kepada beberapa jenis air iaitu air masin, air payau dan air tawar. Selain itu, Kita juga perlu mengetahui tekanan khusus air (specific gravity). Tekanan khusus untuk air masin dianggarkan antara 1.020 hingga 1.025 atm dan biasanya dinyatakan pada bungkusan garam yang digunakan. Alat yang digunakan untuk menyukat tekanan khusus air ialah hydrometer.Sehubungan dengan itu, kita perlu mengawal dan membasmi patogen. Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit ikan hiasan. Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan, dan jika perlu, aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama, terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya.Di samping itu, kita juga perlu mengawal dan mgurus akuarium dan kolam ikan hiasan. Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin yang penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan.2.5.1.2Teknik Melepaskan Ikan Hiasan Ke Dalam BekasTeknik yang betul perlulah diambil untuk melepaskan ikan hiassan ke dalam akuarium selepas pembersihan mahupun tempat yang baru. Pertama sekali rendamkan beg plastik yag mengandungi ikan ke dalam akuarium selama 20 minit hingga 30 minit. Kemudian, buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar degan sendirinya bersama - sama air ke dalam akuarium. Akhir sekali, setelah semua ikan hiasan keluar dari beg plastik, keluarkan beg plastik tersebut daripada akuarium.

2.6Pengurusan dan PenjagaanPengurusan dan penjagaan adalah sangat penting untuk memastikan ikan hiasan sentiasa terurus dan terjaga dengan baik. Penjagaan dan pengurusan merupakan kaedah yang sangat penting dalam membangunkan ikan hiasan untuk memastikan keuntungan pengusaha. Penjagaan ikan hiasan tebahagi kepada 3 bahagian iaitu penjagaan harian, penjagaan mingguan dan penjagaan bulanan.Berdasarkan kepada itu, pejagaan harian termasuklah memberi makan kepada ikan hiasan sebanyak sekali mahupun dua kali dalam sehari dan pengusaha perlu memerhati perlakuan ikan hiasan kerana perlakuan boleh menunjukkan samaada ikan tersebut sihat mahupun tidak. Selain itu, pengusaha juga perlu membuang ikan yang mati dan memastikan ke semua alatan berfungsi dengan baik serta mengukur kualiti air untuk memastikan ikan hiasan boleh hidup dengan baik.Sehubungan dengan itu, bagi bahagian penjagaan mingguan pula, pengusaha ikan hiasan perlu mengganti separuh ataupun suku air daripada isipadu akuarium untuk memastikan air sentiasa bersih. Selain itu, tumbuhan akuatik yang tidak diperlukan haruslah dicantas dan bersihkan bahgian depan cermin akuarium untuk menjelaskan penglihatan kepada ikan di dalam akuarium. Tambahan lagi, kapas penapis perlulah di cuci mahupun ditukar kepada yang bahru untuk memastikan kualiti air sentiasa pada tahap yang memuaskan.Akhir sekali, pada setiap bulan, pengusaha ikan hiasan perlulah menguji kualiti air untuk memastikan ianya sentiasa pada tahap yang bersesuaian dengan ikan hiasan dan penapis air perlulah dibersihkan ataupun ditukar kepada yang baharu untuk memberikan air yang baik kepada ikan hiasan.Kesimpulannya, penjagaan dan pengurusan ikan hiasan amatlah penting dan merupakan salah satu kaedah yang perlu diambil perhatian dalam membangunkan perniagaan ikan hiasan supaya pengusaha boleh mendapatkan ikan hiasan yang berkualiti dan tidak berpenyakit.

3.0Strategi Pemasaran Bagi Memajukan Industri Penternakan Ikan HiasanStrategi pemasaran adalah sangat penting dalam usaha untuk memajukan sesuatu perniagaan. Menurut Armstrong dan Kotler (2000:37), Marketing Strategy ialah The marketing logic by which the business unit hopes to achieve its marketing objective. Selain itu, menurut Guiltinan dan Paul (1992), definisi strategi pemasaran adalah pernyataan pokok tentang dampak yang diharapkan akan dicapai dalam hal permintaan pada target pasar yang telah ditentukan. Berdasarkan kepada pemahaman saya, pemasaran merupakan aktiviti merangkumi semua aspek ataupun perkara yang dapat meningkatkan jualan produk. Sehubungan dengan itu, Produk yang dihasilkan mesti memenuhi kehendak pengguna dan seterusnya pemasaran berkesan dapat membantu memaksimakan keuntungan. Selain itu, pemasaran ialah proses perancangan dan pelaksanaan keseluruhan aktiviti dalam pengagihan produk daripada pengeluar kepada pengguna. Oleh yang demikian, pada bahagian ini saya akan membincangkan mengenai stategi pemasaran yang sesuai bagi emmajukan industri penternakan ikan hiasan.Strategi pemasaran yang pertama ialah berkaitan dengan produk mahupun ikan hiasan yang ingin dipasarkan. Ikan hiasan yang ingin dipasarkan oleh pengusaha haruslah mempunyai mutu mahupun kualiti yang baik. Sebagai contoh, ikan tersebut haruslah mempunyai kulit yang menarik, saiz yang bessar dan tidak mempunyai penyakit. Berdasarkan kepada contoh tersebut, ia akan membantu menarik minat para pelanggan untuk membeli ikan hiasan mahupun produk daripada kita hasil daripada kualiti ikan hiasan yang kita bekalkan. Selain itu, hal ini akan membantu syarikat kita dikenali oleh ramai orang kerana reputasi pengeluaran yang baik. Oleh yang demikian, kualiti ikan hiasan mahupun produk adalah sangat penting untuk dijaga dalam usaha untuk memastikan kita dapat memajukan industri penternakan ikan hiasan.Sehubungan dengan itu, strategi pemasaran yang seterusnya bagi memajukan industri penternakan ikan hiasan ke peringkat yang lebih tinggi ialah harga ikan hiasan mahupun produk kita. Berdasarkan kepada itu, harga dalam konteks ini merujuk kepada nilai ikan hiasan tersebut. Dalam usaha untuk memajukan industri penternakan ikan hiasan, nilai ikan hiasan yang hendak dipasarkan haruslah berpatutan dan bersesuaian dengan kualiti ikan hiasan tersebut. Sebagai contoh, ikan hiasan yang kecil dan kurang menarik dijual pada harga yang tinggi. Berdasarkan kepada contoh tersebut, perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana saiz dan kualiti ikan hiasan melambangkan harga yang bersesuian dengan produk kita. Justeru itu, harga yang bersesuaian adalah sangat penting kerana ianya adalah salah satu punca utama para pelanggan memilih produk kita mahupun ikan hiasan kita. Untuk yang sedikit adalah sangat berguna jika diambil dengan jumlah yang banyak daripada untuk yang banyak pada satu produk namun diambil pada kuantiti yang sedikit.Disamping itu, strategi yang seterusnya ialah kesesuian tempat. Tempat merujuk kepada kawasan pemasaran yang dipilih oleh pengusaha. Tambahan lagi, tempat merupakan kaedah menyaurkan produk kepada pengguna. Pemilihan tempat yang sesuai mampu memberikan impak yang positif kepada para pengusaha ikan hiasan. Sebagai contoh, ikan hiasan tersbut dipilih untuk dipasarkan di kawasan Bandar dan pasar. Hal ini akan membantu pengusaha ikan hiasan mendapat pelanggan yang ramai kerana kawasan pilihan pengusaha berdasarkan kepada contoh yang diberikan adalah tumpuan orang ramai mahupun pengguna. Selain daripada itu, pada peringkat antarabangsa, pengusaha ikan hiasan boleh memasarkan produk mereka di Negara - Negara lain seperti Indonesia dan Australia kerana Negara tersebut mempunyai penduduk yang ramai dan ianya serba sedikit membantu untuk memastikan pengguna membeli ikan hiasan yang dipasarkan oleh yang demikian, pemilihan tempat yang sesuai adalah sangat penting kerana ianya mampu memberikan impak kepada pengusaha ikan hiasan seperta memberikan keuntungan dan pengguna yang ramai.Selain daripada itu, strategi pemasran yang sesuai bagi memajukan industry ikan hiasan ialah proosi. Promosi dalam konteks ini merujuk kepada kaedah komunikasi antara penjual dangan pembeli mahupun proses pengiklanan. Berdaasarkan kepada itu, kaedah promosi yang sesuai adalah sangat penting untuk menarik minat para pengguna memberli produk mahupun ikan hiasan keluaran syarikat kita. Selain itu, proses promosi dan pengiklanan ini boleh dilakukan melalui banyak perkara seperti brochure, internet dan banner. Sebagai contoh, pengusaha ikan hiasan boleh memaparkan mahupun memberitahu pengguna mengenai penjualan ikan hiasannya melalui laman seesawang facebook dengan bantuan gambar dan video untuk ditunjukkan kepada pengguna. Sehubungan itu, pengusaha ikan hiasan boleh memberitahu penurunan harga pada tempoh tertentu kepada pengguna pada masa - masa tertentu melalui brochure yang diberikan kepada pengguna mahupun banner yang digantung pada kawasan tumpuan orang ramai. Justeru itu, kaedah promosi dan pengiklanan sangat penting dalam memasarkan sesuatu produk.Disamping strategi pemasaran ikan hiasan, penghasilan ikan hiasan untuk pasaran antarabangsa juga sangat penting dan akan memberikan keuntungan yang lebih kepada pengusahanya. Namun begitu, ianya haruslah pada kaedah yang betul. Pertama sekali, kaedah untuk menghasilkan ikan hiassan untuk pasaran antarabangsa ialah meningkatkan teknologi yang digunakan dalam menternak ikan hiasan. Sebagai contoh mengurangkan tenaga kerja melalui penggunaan mesin yang mampun memberi makan kepada ikan hiasan pada kuantiti yang besar secara automatic pada setiap hari serta mesin yang mampu menukar air kolam mahupun akuarium secara automatik apabila ianya sudah tidak sesuai dengan ikan hiasan yang ada. Berdasarkan kepada contoh tersbut, ianya membantu memudahkan kerja para pengusaha ikan hiasan dan membantu mereka untuk menghasilkan ikan hiasan dengan jumlah yang lebih banyak demi pasaran antaranbangsa.Sehubungan dengan itu, para pengusaha ikan hiasan perlulah mendaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia. Jabatan ini akan membantu para pengusaha ikan hiasan memasarkan ikan hiasan mereka di peringkat antaranbangsa pada saluran yang betul disamping membantu mereka menghasilkan ikan hiasan yang berkualiti dengan cara yang betul. Sebagai contoh,pihak Jabatan Perikanan Malaysia membantu para pengusaha ikan hiasan untuk mengeksport ikan hiasan mereka ke Negara yang memunyai permintaan yang tinggi seperti Amarika, Europe dan Jepun. Oleh yang demikian, kerjasama anatara pengusaha ikan hiasan dan Jabatan yang tertentu adalah sangat penting dalam memberi keuntugan kepada Negara juga pengusaha ikan hiasan dan menaikkan serta mengharumkan nama Negara.Akhir sekali, Negara Malaysia perlu meningkatkan kajian dan pembangunan mengenai ikan hiasan untuk menjadi pengeluar ikan hiasan berkualiti tinggi di samping merangka skim insentif yang lebih menarik untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam industry ini. Isu kecekapan, kekerapan dan kos kargo perlu diatasi dengan penuh komitmen, perancangan dan perlaksanaan program pemasaran dan pengeluaran yang bersepadu di antara kerajaan dan industry ikan hiasan adalah perlu bagi mewuudkan sinergi kearah mencapai matlamat tersebut. Pembangunan sumber manusia yang berkesan dan sistem maklumat yang cekap dan berkesalan adalah tonggak kepada kejayaan. secara keseluruhannya, industri ini telah menunjukkan potensi tinggi untuk dibangunkan secara lebih serius, keadaan pasaran dunia yang kosisten juga boleh membantu industry ini berkembang dengan lebih pesat.

4.0KesimpulanKesimpulannya, pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.Selain itu, disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.Tambahan lagi, memelihara ikan hiasan dapat mengindahkan ruang kediaman dan kawasan luar kediaman. Bagi sesetengah orang, dengan meletakkan ikan hiasan di satu sudut rumah boleh mencantikkan ruang kediamannya. Ia adalah sebagai salah satu aksesori tambahan di dalam rumah. Selalunya akuarium akan diletakkan di satu sudut di ruang tamu. Ikan yang diisi adalah ikan yang bersaiz kecil atau sederhana. Manakala bagi yang membina kolam diluar kediaman, ia tentulah diisi dengan pelbagai jenis ikan hiasan seperti ikan kap atau ikan yang bersaiz sederhana atau besar.Akhir sekali, pemeliharaan ikan hiasan boleh juga dijadikan sebagai satu medium terapi untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi seharian seperti ketika bekerja, bersukan dan sebagainya. Kadangkala kita boleh melihat ada orang bercakap dengan ikan hiasan mereka, kerana bagi orang sebegini mereka menganggap bahawa ikan hiasan mereka boleh mendengar dan memahami luahan hati mereka. Selain itu, bentuk badan dan warna ikan hiasan yang cantik juga dapat menyumbang kepada ketenangan jiwa.

18