ikan hiasan

24
X PENGENALAN Ikan merupakan sumber diet protein yang utama kepada manusia. Ikan selalu menjadi sajian harian kita kerana ia murah dan mudah diperoleh. Terdapat dua kategori ikan, iaitu ikan air tawar yang hidup di sungai, kolam dan tasik. Kedua, ikan air masin yang tinggal di lautan. Selain dijadikan makanan, ikan juga dipelihara untuk dijadikan sebagai hiasan. Ikan hiasan dapat mengindahkan sudut-sudut rumah, malah di luar rumah juga kita boleh melihat keindahannya. IKAN HIASAN Kini ikan hiasan menjadi salah satu hobi yang paling popular di Malaysia. Terdapat banyak kedai ikan hiasan yang muncul untuk memenuhi permintaan ikan hiasan yang semakin meningkat pada hari ini. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophorae iaitu pigmen sel-sel yang 3.1 T T o o p p i i k k 3 3 Ikan Hiasan (I) X 5. Menghuraikan cara penyediaan bekas/akuarium. 3. Menjelaskan ciri-ciri ikan hiasan; 4. Menjelaskan cara pemilihan ikan hiasan; dan 1. Mengenal pasti bahagian luaran ikan; 2. Menyenaraikan enam jenis-jenis ikan hiasan; Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: HASIL PEMBELAJARAN

Upload: mohd-erfan

Post on 18-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Ikan HIasan

TRANSCRIPT

Page 1: IKAN HIASAN

PENGENALAN Ikan merupakan sumber diet protein yang utama kepada manusia. Ikan selalu menjadi sajian harian kita kerana ia murah dan mudah diperoleh. Terdapat dua kategori ikan, iaitu ikan air tawar yang hidup di sungai, kolam dan tasik. Kedua, ikan air masin yang tinggal di lautan. Selain dijadikan makanan, ikan juga dipelihara untuk dijadikan sebagai hiasan. Ikan hiasan dapat mengindahkan sudut-sudut rumah, malah di luar rumah juga kita boleh melihat keindahannya.

IKAN HIASAN

Kini ikan hiasan menjadi salah satu hobi yang paling popular di Malaysia. Terdapat banyak kedai ikan hiasan yang muncul untuk memenuhi permintaan ikan hiasan yang semakin meningkat pada hari ini. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophorae iaitu pigmen sel-sel yang

3.1

TTooppiikk  33 Ikan Hiasan (I)

5. Menghuraikan cara penyediaan bekas/akuarium.

3. Menjelaskan ciri-ciri ikan hiasan;

4. Menjelaskan cara pemilihan ikan hiasan; dan

1. Mengenal pasti bahagian luaran ikan;

2. Menyenaraikan enam jenis-jenis ikan hiasan;

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 22

memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan dan jantina.

3.1.1 Bahagian Luar Ikan

Ikan yang berlainan jenis mempunyai bentuk badan yang berlainan. Namun begitu, bahagian luar ikan secara amnya mempunyai beberapa ciri yang serupa. Adakah anda tahu apakah bahagian-bahagian luar ikan? Mari kita lihat dan mengenal bahagian luar ikan (lihat Rajah 3.1 dan Jadual 3.1).  

Sirip

Sisik

Dubur

Sirip Kaudal

Garisan Lateral

Sirip Dorsal

Sirip Pektoral

Sirip pelvik

Insang

Mulut

Mata

Sirip Anal

Rajah 3.1: Bahagian luar ikan

Page 3: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 23

Jadual 3.1: Bahagian Luar Ikan dan Fungsinya

Bahagian Fungsi

(a) Mulut Mengunyah makanan.

(b) Mata Melihat.

(c) Sisik Melindungi badan ikan dari musuh kecederaan dan penyakit. Selain daripada itu pada sisik ikan terdapat saraf deria.

(d) Insang Organ pernafasan. Ikan menyedut air yang mengandungi oksigen ke dalam mulutnya lalu mengalir melalui insang dan keluar melalui tempat terbuka di belakang penutup insang.

Oksigen akan diserap oleh badan ikan semasa air yang mengandungi oksigen bergerak melalui insang.

(e) Sirip atas, sirip bawah dan sirip kaudal

Membantu ikan bergerak lurus di dalam air. Ia juga bertindak sebagai kemudi pergerakan ikan sama ada ke atas atau ke bawah.

(f) Sirip pektoral Mengawal arah ikan ke kiri atau ke kanan dan memberhentikan pergerakan ikan.

(g) Sirip pelvik Mengawal kemantapan kedudukan ikan supaya tidak dibawa arus air.

(h) Dubur Mengeluarkan najis dari badan ikan.

(i) Garisan lateral (saraf)

Dilihat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari penutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain dan juga getaran di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

3.1.2 Jenis-jenis Ikan Hiasan

Diketahui oleh umum bahawa terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh kita pelihara. Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran penggemar-penggemar ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Page 4: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 24

Jadual 3.2 menyenaraikan spesis-spesis ikan mengikut famili.

Jadual 3.2: Spesis-spesis Ikan Mengikut Famili

Bil. Famili Gambar Ciri-ciri Utama

1 Cyprinidae

Contoh:

ikan seluang,

ikan mas,

ikan kap,

ikan barb.

Ikan mas

Ikan seluang

• Kecil, berbadan mampat, mempunyai sesungut.

• Tiada sirip adipos dan gigi.

• Ekor terbuka dan berbentuk fork.

• Badan bersisik dan bergerak pantas.

• Kepala tanpa sisik.

• Terdapat di Afrika, Amerika Utara, sebahagian besar dari Asia Tenggara.

2

Chichidea

Contoh:

ikan angel,

ikan discus,

ikan Oscar.

Ikan angel

Ikan discus

• Hanya sepasang lubang hidung.

• Hanya satu sirip dorsal (long base).

• Sirip ekor bulat.

3 Charachidae

Contoh: Semua jenis ikan tetra.

Imeontetra

• Seakan-akan ikan barb.

• Tiada sesungut.

• Ada gigi dan sirip adipos.

• Berasal dari Amerika Selatan dan Afrika Tengah.

Page 5: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 25

Tetra black

Neon tetra

4 Belontiidae

Contoh:

Ikan pelaga Siam (betta splendens),

gourami biru, dwarf gourami

Dwarf gourami

Ikan pelaga

Guppy

• Berbadan lebar dan mempat.

• Sirip anal yang panjang.

• Mempunyai aksesori respirator organ untuk bernafas di udara.

• Terdapat di Korea Selatan, Asia Tengah dan Afrika Barat.

5 Poeciliidae

Contoh: Guppy, swordtail fish, platy

Platy

• Live-bearing tooth-carp.

• Melahirkan anak.

• Sedikit persamaan dengan mamalia.

Page 6: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 26

Guppy

6 Famili catfish

Contoh: Corydoras sp.

ikan bandaran (Rineloricaria parva)

Corydoras

• Suckermouth.

• Mempunyai sesungut.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Berikan lima contoh ikan hiasan yang biasa terdapat di pasaran.

2. Nyatakan bahagian luar ikan dan terangkan fungsinya dengan ringkas.

3.1.3 Tujuan Memelihara Ikan Hiasan

Kebanyakan rumah yang memelihara ikan hiasan adalah bertujuan untuk mencantikkan ruang di dalam atau luar rumah. Selalunya kita memelihara ikan hiasan di dalam bekas seperti botol, akuarium atau kolam.

Page 7: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 27

Rajah 3.2 menunjukkan tujuan-tujuan memelihara ikan hiasan.    

Sebagai Sumber

Pendapatan.

Sebagai Memenuhi Hobi di Masa Lapang.

Dapat Memberikan Keindahan

Permandangan di dalam Rumah. 

Dapat Memupuk Sifat Sayangkan Binatang.

Memberikan Ketenangan Perasaan.

Kepentingan menternak ikan hiasan

Dapat Menghayati Keindahan Alam

Dapat Menambah Pengetahuan Berkaitan

Alam Akuatik.

Rajah 3.2: Tujuan memelihara ikan hiasan  Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan. Kegiatan ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau sebahagian dari proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau pemeliharaan mengikut saiz untuk mendapatkan keuntungan ekonomi ataupun sosial sekiranya dilakukan secara intensif. Kaedah penjagaan yang memerlukan ketelitian serta berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keprihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

3.1.4 Ciri-ciri Ikan Hiasan

Peminat ikan hiasan akan melihat kepada beberapa ciri istimewa apabila memilih ikan hiasan. Setiap ikan mempunyai ciri yang berbeza. Ciri-ciri istimewa yang selalu dijadikan panduan dalam memilih ikan hiasan adalah seperti:

• Warna

• Sisik

Page 8: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 28

• Bentuk badan

• Sirip

• Cara pemakanan

• Cara pembiakan

• Pergerakan

• Jantina

Warna merupakan salah satu daya tarikan yang paling penting pada ikan hiasan. Ikan yang berlainan spesies mempunyai warna yang berbeza. Ikan hiasan menjadi menarik berdasarkan warna yang dimiliki. Jantina juga memainkan peranan dalam warna ikan. Selalunya, warna ikan jantan lebih jelas dan menarik berbanding warna ikan betina. Saiz ikan juga berbeza mengikut ukuran panjang dan lebar badan ikan. Jadual 3.3 menunjukkan beberapa jenis ikan hiasan serta ciri-cirinya.

Jadual 3.3: Jenis-jenis Ikan Hiasan dan Ciri-cirinya

Jenis Warna Saiz Asal Cara menjaga

Makanan Jantina Pembiakan

Guppy Putih keperakan, kemerahan dan keemasan

30mm panjang

Trinidad Mudah Semua jenis makanan ikan

Ikan betina lebih besar dari ikan jantan

Bertelur (di dalam badan ikan betina)

Angelfish Putih keperakan, kebiruan dan berbelang hitam

110mm panjang

Amerika Selatan

Mudah Semua jenis makanan ikan

Ikan jantan mempunyai salur pernafasan yang lebih besar daripada ikan betina

Bertelur (telur di simpan di celah batu atau daun dalam akuarium)

Ikan pelaga

Biru kehitaman dan kemerahan

60mm panjang

Thailand Mudah Semua jenis makanan ikan

Ikan jantan mempunyai sirip yang lebih besar dan kembang daripada ikan betina

Bertelur (telur disimpan di bawah sarang berbentuk buih di atas permukaan)

Ikan mas Ada yang berwarna keputihan, hitam, kekuningan seperti emas dan kemerahan

120mm panjang

China Mudah Semua jenis makanan ikan

Ikan jantan mempunyai bonjol pernafasan di kepala dan di penutup insang

Bertelur (telur ditabur di bahagian dasar akuarium)

Page 9: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 29

Ikan koi Putih bertompok merah, kekuningan seperti emas dan ada yang bertompok hitam

250mm panjang

Jepun Mudah Semua jenis makanan ikan

Ikan betina lebih besar daripada ikan jantan

Bertelur (telur ditabur di dasar akuarium)

Sumber: Gerak Kerja Kemahiran Hidup, Rosli Ibrahim dan Saloma Ahmad

3.1.5 Pemilihan Ikan Hiasan

Kita telah mempelajari tentang jenis-jenis ikan hiasan dan tujuan memeliharanya. Sekarang kita lihat pula bagaimana cara memilih ikan hiasan untuk dipelihara. Untuk memelihara ikan hiasan dalam akuarium, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu jenis ikan, saiz ikan, kesihatan ikan, harga ikan serta pengurusan dan penjagaan ikan. (a) Jenis Ikan

Jika anda baru hendak memulakan hobi memelihara ikan hiasan, anda dinasihatkan untuk memilih jenis ikan yang mudah diperoleh dan mudah dijaga. Jenis ikan yang dicadangkan adalah seperti ikan guppy, gourami dan ikan mas. Jika berminat dengan ikan tempatan bolehlah memilih ikan pelaga atau ikan kaloi. Ikan-ikan ini boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai ikan hiasan. Bagi ikan tempatan, selain dari membeli di kedai ikan hiasan, kita boleh menangkap sendiri di sawah atau sungai. Kesesuaian jenis ikan perlu diambil kira jika kita berhasrat untuk memelihara berbagai jenis ikan dalam satu akuarium. Ini kerana ada ikan yang boleh ditempatkan bersama dan ada ikan yang tidak boleh ditempatkan bersama.

(b) Saiz Ikan Saiz ikan perlu sesuai dengan saiz akuarium yang dipilih. Jika besar saiz ikan, maka besarlah saiz akuarium dan begitulah sebaliknya. Tetapi sebagai permulaan, digalakkan untuk memelihara ikan yang bersaiz kecil.

(c) Kesihatan Ikan

Ikan yang dipilih untuk dipelihara mestilah bebas dari penyakit, sihat dan segar. Jadual 3.4 memberi sedikit panduan kepada anda untuk memilih antara ikan yang sakit dengan ikan yang sihat.

Page 10: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 30

Jadual 3.4: Perbezaan antara Ikan Sihat dan Ikan Sakit

Ikan yang Sihat Ikan yang Sakit

Cergas dan aktif. Murung dan pasif.

Bentuk badan yang berisi dan mantap. Bentuk badan kurus dan pergerakan tidak mantap.

Pergerakan lancar dan sirip-siripnya kemas.

Pergerakan lemah dan siripnya longlai. Suka menyendiri di permukaan atas air atau bersembunyi di sudut-sudut akuarium.

Warna badan jelas, terang dan menarik. Warna badan pudar dan pucat.

Tiada kesan atau penyakit pada bahagian badan.

Ada kesan luka, sirip terkoyak atau penyakit pada badan.

Sumber: Gerak Kerja Kemahiran Hidup, Rosli Ibrahim dan Saloma Ahmad (d) Harga Ikan

Jenis dan asal tempat ikan mempengaruhi harga jualan ikan tersebut. Ikan import selalunya lebih mahal dari ikan tempatan. Oleh itu kita digalakkan untuk memelihara ikan tempatan si mana harganya adalah sangat berpatutan.

(e) Pengurusan dan Penjagaan Ikan

Pengurusan dan penjagaan yang sempurna perlu diberikan kepada ikan hiasan. Beberapa perkara pengurusan yang perlu diketahui adalah:

• Menyedia dan mengurus akuarium serta aksesorinya.

• Jenis air dan rawatannya.

Aspek penjagaan ikan pula adalah seperti perkara-perkara di bawah:

• Jenis makanan ikan yang sesuai.

• Masa memberi ikan makan.

• Menjaga kebersihan air dan akuarium. (f) Kriteria-kriteria Lain Selain dari perkara-perkara di atas, lain-lain kriteria yang perlu dalam

memilih ikan hiasan adalah:

• Habitat: Dibeli dari kedai dan bukannya diperoleh dari habitat semula jadi seperti sungai dan laut. Ini kerana ikan di kedai lebih jinak daripada ikan dari habitat asal.

• Sifat ikan sama ada jinak/liar dan pemangsa/bukan pemangsa.

Page 11: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 31

• Tahan terhadap perubahan air.

• Tahan terhadap penyakit

Memilih ikan merupakan satu proses penting untuk mencipta sebuah akuarium

yang menarik suasananya. Pilihan ikan dalam akuarium adalah penting supaya akuarium seimbang dan ruangnya dapat digunakan secara maksimum.

3.1.6 Peringkat-peringkat Ikan di dalam Akuarium

Kebiasaannya terdapat tiga peringkat ikan di dalam akuarium iaitu:

• Ikan lapisan permukaan (surface swimmer);

• Ikan lapisan pertengahan (mid-swimmer); dan

• Ikan lapisan bawah (bottom-dweller). Kebaikan memelihara ketiga-tiga peringkat ikan ialah apabila ketika memberi makan ikan di mana:

• Ikan di peringkat pertama akan memakannya dahulu kerana mulut ikan-ikan ini biasanya mempunyai posisi mulut ke atas.

• Makanan ini pula akan jatuh ke tengah dan akan dimakan pula oleh ikan di peringkat tengah yang mempunyai muncung mulut yang mendatar.

• Akhirnya lebihan makanan yang jatuh ke dasar dibersihkan pula oleh ikan peringkat bawah.

(a) Ikan Lapisan Permukaan

Ikan ini biasanya suka berenang-renang di permukaan air tangki akuarium. Terdiri daripada ikan guppy, harlequin, zebra danios dan white cloud mountain minnow.

(b) Ikan Lapisan Pertengahan

Terdiri daripada ikan-ikan yang bersaiz sederhana besar. Bentuknya pula adalah pipih. Ikan ini sering berlegar-legar di celah-celah pokok akuatik atau di celah-celah batu-batu besar. Terdapat ikan-ikan yang agresif namun ada juga yang sebaliknya. Ikan-ikan ini terdiri daripada:

(i) Spesies tetra: Terdiri daripada neon tetra, cardinal tetra dan black phantom tetra.

(ii) Spesies-spesies lain: Terdiri daripada angelfish, rosy barb dan tiger barb.

Page 12: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 32

(iii) Spesis gourami: Terdiri daripada dwarf gourami, pearl gourami, blue gourami, platy dan swordfish.

(c) Ikan Permukaan Bawah

Biasanya ikan ini suka berada di peringkat bawah tangki akuarium. Ikan jenis ini suka bersembunyi di celah-celah kayu atau gua-gua batu. Ikan ini lebih suka di celah-celah kawasan yang terlindung daripada cahaya atau di tempat-tempat yang gelap. Ikan ini terdiri daripada spesies catfish, corydoras, botia dan loach. Di Malaysia ikan ini mendapat gelaran ikan dewan bandar raya, ikan majlis bandaran dan ikan alam flora. Ikan-ikan ini biasanya pemalu dan ini mungkin disebabkan oleh rupanya yang hodoh. Ia biasanya aktif pada waktu malam selepas lampu akuarium ditutup. Peranannya adalah penting untuk membersihkan segala lebihan kotoran makanan atau lumut di dalam akuarium. Ikan ini bukanlah ikan yang suka mengganggu ikan-ikan lain dan suka membuat halnya sendiri. Terdapat juga jenis ikan yang boleh membersihkan siput-siput di dalam akuarium iaitu spesies ikan clown loach.

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Apakah ciri-ciri yang perlu diambil kira dalam memilih ikan hiasan?

2. Mengapa kita digalakkan untuk membeli ikan di kedai ikan hiasanberbanding ikan yang ditangkap sendiri di sungai atau sawah?

Page 13: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 33

PENYEDIAAN BEKAS/AKUARIUM 3.2

Apabila ikan hiasan sudah dipilih, beberapa persediaan perlu dilakukan iaitu:

• Mengenal pasti dan memilih bekas untuk memelihara ikan (akuarium);

• Mengenal pasti dan memilih aksesori akuarium;

• Mengenal pasti cara menghias akuarium; dan

• Memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium.

3.2.1 Pemilihan Bekas yang Sesuai

Bekas yang paling sesuai digunakan untuk memelihara ikan hiasan adalah akuarium. Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penyediaan bekas/akuarium adalah seperti di bawah.

(a) Jenis Akuarium Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium). Terdapat tiga jenis akuarium yang boleh digunakan, masing-masing dengan kelebihan dan kelemahan tersendiri:

• Akuarium kaca (glass aquarium),

• Akuarium akrilik (acrylic aquarium), dan

• Kolam tiruan

(i) Akuarium Kaca

Jadual 3.5 menjelaskan kelebihan dan kelemahan bagi akuarium kaca.

Page 14: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 34

Jadual 3.5: Kelebihan dan Kelemahan Akuarium Kaca

Kelebihan Kelemahan

• Ia lebih sesuai untuk memelihara ikan di rumah.

• Akuarium kaca lebih menarik dan tidak mudah pecah.

• Pengasingan pelbagai spesies ikan di dalam akuarium yang sama boleh dilakukan

• Saiz ikan hiasan yang boleh dipelihara biasanya sederhana besar dan mempunyai warna yang menarik. Jenis ikan yang diternak di dalam akuarium kaca ialah ikan mas, ikan oscar, ikan discus dan ikan angel.

• Bilangan ikan yang boleh dipelihara agak banyak dan ia bergantung kepada saiz. Contohnya bagi akuarium kaca yang berukuran 30‰x 60‰ dan bilangan ikan yang sesuai ialah antara 10 hingga 12 ekor.

• Perlu dicuci bagi mengelakkan kualiti air terjejas.

• Kualiti air agak sukar dikawal terutamanya bagi akuarium kaca yang kecil.

(ii) Akuarium Plastik

Jadual 3.6 berikut menjelaskan kelebihan dan kelemahan bagi akuarium plastik:

Jadual 3.6: Kelebihan dan Kelemahan Akuarium Plastik

Kelebihan Kelemahan

• Ia tidak mudah pecah.

• Ikan yang dipelihara agak mudah dijaga kerana tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

• Tidak sesuai dan kurang menarik untuk memelihara ikan hiasan.

• Ia mudah kotor dan perlu dibersihkan dengan kerap.

• Bilangan ikan yang boleh dipelihara di dalam akuarium plastik adalah tidak banyak dan ia bergantung kepada saiz akuarium. Contohnya, akuarium yang bersaiz 16‰ x 30‰ dan bilangan ikan yang sesuai diternak ialah antara 2 hingga 4 ekor.

• Bagi ikan pelaga Siam mesti diasingkan untuk mengelakkan pergaduhan sesama sendiri.

Page 15: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 35

(iii) Kolam tiruan Jadual 3.7 menjelaskan kelebihan dan kelemahan bagi kolam tiruan:

Jadual 3.7: Kelebihan dan Kelemahan Kolam Tiruan

Kelebihan Kelemahan

• Boleh menternak ikan dalam kuantiti yang banyak.

• Cahaya matahari boleh diperoleh secara semula jadi.

• Ikan peliharaan akan mendapat sumber makanan secara semula jadi seperti jentik-jentik, serangga dan lain-lain lagi.

• Kolam tiruan sukar untuk dibersihkan.

• Memerlukan masa dan kos yang banyak untuk dibersihkan.

• Sukar untuk menjaga kualiti air kolam tiruan.

SEMAK KENDIRI 3.3

Nyatakan kelemahan dan kebaikan bagi setiap jenis akuarium berikut:

• Akuarium kaca

• Akuarium plastik

(b) Saiz Akuarium

Akuarium terdapat dalam pelbagai saiz. Bagi memilih saiz akuarium yang sesuai, kita perlu menentukan:

• Jenis ikan yang hendak dipelihara;

• Saiz ikan yang hendak dipelihara; dan

• Jumlah ikan yang hendak dipelihara.

Akuarium yang bersaiz kecil sesuai untuk menempatkan ikan yang bersaiz dalam jumlah yang sedikit. Manakala akuarium yang besar dapat menampung ikan yang besar atau jumlah ikan yang lebih banyak. Saiz akuarium akan menentukan jumlah isi padu air yang dapat diisi. Selain untuk menampung air, keluasan permukaan air yang terdedah kepada udara adalah penting. Semakin luas permukaan air yang terdedah kepada udara, semakin banyaklah oksigen dapat diserap untuk kegunaan ikan di dalam akuarium. Akuarium yang biasa dijual hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang bersaiz 60 cm, 90 cm dan 120 cm.

Page 16: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 36

(c) Lokasi Akuarium Sudut yang sesuai perlu dikenal pasti untuk menempatkan akuarium. Sudut-sudut yang sesuai adalah:

• Terlindung daripada pancaran terus cahaya matahari.

• Berhampiran dengan punca elektrik dan air.

• Mudah dilihat.

Kedudukan akuarium berhampiran dengan pintu adalah tidak digalakkan. Ini kerana ketenteraman ikan akan terganggu dengan bunyi dentaman pintu. Selain itu, kaca akuarium juga akan mudah retak. Kaki akuarium atau meja yang kukuh adalah perlu untuk menampung berat akuarium.

3.2.2 Aksesori Akuarium

Akuarium yang hanya diisi dengan air sahaja adalah tidak menarik dan kelihatan kurang ceria. Kita boleh menggunakan beberapa aksesori tambahan untuk mencantikkan lagi akuarium (lihat Rajah 3.3). Aksesori yang boleh digunakan untuk mencantikkan akuarium adalah seperti:

(a) Objek bukan hidup seperti batu hiasan dan sebagainya.

(b) Tumbuhan akuatik Tujuan menghias bahagian dalam akuarium adalah:

• Mencantikkan suasana dalam akuarium.

• Mewujudkan suasana yang harmoni antara ikan dan alam sekelilingnya.

• Mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk ikan berenang dan bermain.

• Menyediakan tempat yang sesuai untuk ikan bertelur dan membiak.

Page 17: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 37

Motor Pam Air Termometer

Filter Pam

Lampu

Batu HiasanPokok Aquatik

Rajah 3.3: Aksesori dalam akuarium

3.2.3 Cara Membersihkan Akuarium

Akuarium akan menjadi kotor setelah beberapa lama digunakan. Kehidupan dan kesihatan ikan akan terjejas oleh keadaan yang kotor ini. Bahagian-bahagian yang sering mengalami kekotoran adalah:

• Akuarium dan dindingnya;

• Bahan hiasan di dalam akuarium;

• Tumbuhan akuatik dan pasir;

• Air; dan

• Penapis.

Page 18: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 38

Penyebab kepada terjadinya kekotoran dalam akuarium adalah kerana lebihan makanan ikan yang tertinggal, najis ikan, hidupan halus seperti bakteria dan kutu air serta tumbuhan halus seperti lumut. Akibat dari kekotoran ini, kualiti air dan kandungan oksigen akan terjejas. Oleh itu, adalah perlu untuk kita sentiasa membersihkan akuarium agar ikan hiasan mendapat tempat tinggal yang sempurna. Cara membersihkan akuarium adalah seperti berikut:

• Menukar atau menggantikan air setiap minggu atau sekurang-kurangnya dua minggu sekali sebanyak atau ⅓ bahagian daripada isi padu tangki.

• Memotong atau mencantas tumbuhan akuatik yang telah tinggi.

• Membersihkan bahagian dinding akuarium menggunakan berus yang lembut atau span.

• Memadamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.

• Kotoran yang terdapat di dalam tangki harus dibersihkan.

• Perhiasan dalam akuarium seperti batu, kayu dan pasir juga perlu dibersihkan daripada lumut yang melekat.

• Mencuci kapas penapis dengan air bersih.

• Tambah sejumlah air ke dalam akuarium hingga ke paras asal.

• Tidak memberi makanan ikan yang berlebihan kerana makanan yang berlebihan akan tertinggal dan menyebabkan akuarium menjadi kotor dengan cepat.

3.2.4 Susun Atur dalam Akuarium

Perkara yang paling menyeronokkan dalam proses memelihara ikan hiasan adalah semasa menyedia dan menghias akuarium. Kreativiti pemilik menyusun atur akuarium menurut tema-tema yang tersendiri akan menjadikan akuarium tersebut menarik dan indah (lihat Rajah 3.4).

Page 19: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 39

Rajah 3.4: Tema akuarium

Peralatan dan bahan-bahan yang tertentu adalah diperlukan bagi mengatur tema akuarium yang sempurna (lihat Rajah 3.5):

Lampu akuarium

Kabinet atau kaki akuarium

Tangki akuarium

Page 20: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 40

Rajah 3.5: Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasang sebuah akuarium Langkah-langkah menghias akuarium:

1. Letak satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium (substrat) dengan ketebalan lebih kurang 1 hingga 1 inci. Warna pasir yang sesuai digunakan ialah warna gelap kerana ikan selesa dengan persekitaran yang gelap.

2. Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang dengan membenamkan bahagian akarnya ke dalam substrat pada bahagian belakang akuarium.

Page 21: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 41

3. Hiaskan dengan beberapa ketulbatu yang dikutip dari sungai atau dibeli dari kedai akuarium pada bahagian tengah akuarium atau bahagian lain supaya menghasilkan susunan yang menarik

4. Letakkan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli terus dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam selama 2-3 minggu sebelum digunakan.

5. Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga hiasan tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu hiasan yang menarik.

Page 22: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 42

SEMAK KENDIRI 1.5

6. Akuarium yan g telah lengkap dipasang caelbagai sudut sebagai hiasan da

ntik dan sesuai diletakkan di p laman di rumah kita.

Pelajar dapat mengenal bahagian luar ikan dan fungsi setiap bahagian luar

tersebut.

Terdapat pelbagai jenis ikan yang dikategorikan dalam jenis ikan air tawar dan ikan air masin.

Tujuan pemeliharaan ikan hiasan adalah sebagai hobi, untuk menenangkan fikiran, memupuk sikap sayangkan binatang dan mengindahkan persekitaran dalaman atau luaran rumah.

Untuk memelihara ikan hiasan, terdapat ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan iaitu warna, sisik, saiz, asal, jenis makanan, cara menjaga, jantina dan cara pembiakan.

Pemilihan ikan hiasan untuk dipelihara adalah jenis, saiz, kesihatan, harga serta pengurusan dan penjagaan ikan.

Page 23: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 43

Dalam menyediakan akuarium, terdapat dua jenis akuarium di pasaran. Jenis akuarium adalah dari plastik atau kaca dalam pelbagai bentuk iaitu bulat, segi empat dan sebagainya.

Hiasan di dalam akuarium termasuklah hiasan bukan objek dan hiasan akuatik. Selain itu, batu, pasir sungai, batu dan tunggul kayu juga digunakan sebagai aksesori dalam akuarium.

Cara membersihkan akuarium adalah dengan membersihkan dinding akuarium, batu, pasir, tunggul kayu dan juga penapis air.

Susun atur akuarium yang kreatif akan menghasilkan pemandangan yang indah dan cantik serta memberikan keselesaan kepada ikan untuk meneruskan hidup di dalam akuarium.

Aksesori akuarium Akuarium akrilik

Akuarium kaca

Belontiidae Charachidae Chichidea Chromatophorae

Cyprinidae Famili catfish Garisan lateral

Ikan hiasan

Ikan lapisan permukaan

Ikan lapisan pertengahan

Ikan permukaan bawah

Kolam tiruan

Poeciliidae Sirip anal

Sirip dorsal

Sirip kaudal

Sirip pelvik

Cheah Huck Chee. (1997). Kemahiran hidup sekolah rendah tahun lima. Selangor: Pustaka Delta Pelajaran.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2004). Buku sumber kemahiran hidup sekolah rendah tahun lima. Putrajaya: PPK KPM.

Page 24: IKAN HIASAN

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I) 44

Rosli Ibrahim dan Salomah Ahmad. (2004). Gerak kerja kemahiran hidup. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Syahrul Effendy Ahmad Fuzi. (2006). Ekselen plus KBSR kemahiran hidup. Selangor: Penerbit Pan Earth Sdn. Bhd.