ikan hiasan

15
kan Angel Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah , gelintar Ikan Angel [[Imej: |frames| 260px]] Pengelasan saintifik Alam: Haiwan Filum : Kordata Kelas : Actinopterygii Order : Perciformes Famil i: [[]]

Upload: hazli-bin-mohd-noor

Post on 20-Jun-2015

906 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: IKAN HIASAN

kan AngelDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Ikan Angel

[[Imej: |frames|260px]]Pengelasan saintifik

Alam: Haiwan

Filum: Kordata

Kelas: Actinopterygii

Order: Perciformes

Famili: [[]]

Genus: Pterophyllum

Spesies: Pterophyllum scalare

Ikan Angel (Pterophyllum Sclare) berbentuk pipih dan hujung mulutnya tajam. Sirip dorsal dan analnya terbuka lebar ke arah ekor. Di bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Warna di bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. Di bahagian atas kepalanya coklat kehitaman. Ikan ini boleh membesar

Page 2: IKAN HIASAN

sehingga 15cm. Morfologinya yang berbentuk cakera dan suka berenang di pertengahan akuarium menjadikan ia sangat digemari sebagai ikan hiasan. Ikan ini tahan lasak dan pemakanannya mudah. Ia diberi makan Blood worm, Daphnia sd., Moina sp., jejentik dan pelet. Ikan ini sesuai diternak secara berkumpulan. Ikan jantan mempunyai badan lebih besar daripada ikan betina. Jika dipandang dari atas kelihatan perutnya pipih dan kepalanya lebih besar. Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. Warnanya lebih terang. Liang genitalnya kecil panjang dan berbentuk 'V'. Ikan betina bersaiz lebih kecil. Pandangan dari atas kelihatan perutnya lebih besar dan kepalanya lebih kecil. Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. Warnanya tidak secerah ikan jantan. Liang genitalnya lebih tebal dan membengkak berbentuk 'U' apabila ikan telah matang. Tabiat ikan betina juga kurang agresif daripada ikan jantan.

[sunting] Pembiakan

Apabila ikan angel jantan dan betina yang matang mendapat pasangan yang sesuai ia akan sentiasa berdua-duan, dan akan mencari permukaan untuk bertelur. Ikan angle melakukan pesenyawan luaran. Telur mereka boleh menjangkau hingga 800 biji.

[sunting] Pautan luar

kan KelisaDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Ikan Kelisa

Pengelasan saintifik

Alam: Haiwan

Filum: Kordata

Subfilum: Vertebrat

Kelas: Actinopterygii

Page 3: IKAN HIASAN

Order: Osteoglossiformes

Famili: [[]]

Sub-famili

HeterotidinaeOsteoglossinae

Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.

[sunting] Kelakuan

Ikan kelisa merupakan haiwan karnivor. Mereka pandai melompat, dan banyak yang mencari makan berhampiran permukaan air.

[sunting] Pengelasan

Ikan kelisa terbahagi kepada sepuluh spesies: tiga dari Amerika Selatan, satu dari Afrika, empat dari Asia dan dua lagi dari Australia.

Scleropages formosus Kelisa Emas

Page 4: IKAN HIASAN

o Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue; nama sainsnya Scleropages formosus)

o Ikan Kelisa Emas Indonesia : (Indonesian Golden atau Red-Tailed Golden Arowana; nama sainsnya Scleropages aureus)

Ikan Kelisa adalah di bawah CITES (Convention on International Trade in Endangered Species). Dilarang menjual atau membeli Ikan Kelisa tanpa permit. Kebanyakan Ikan Kelisa di dalam akuarium rumah adalah daripada "fish farm" yang membiak ikan ini untuk dijual dan dieksport ke negeri lain, seperti Jepun dan Amerika.

2.3 IKAN HIASAN 2.3.1 PENGENALAN

Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada

pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara.

Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di

dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada

bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna

tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara

dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.

Page 5: IKAN HIASAN

Rajah 2.16 Bahagian-bahagian luar ikan 2.3.2 KEPENTINGAN IKAN HIASAN

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu

hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan

lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain

aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan

yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti

ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu

pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan

berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan

satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan

Page 6: IKAN HIASAN
Page 7: IKAN HIASAN

dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan. 2.3.3 Jenis-jenis ikan hiasan

Page 8: IKAN HIASAN

a. Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar- penggemar ikan hiasan. Berikut

adalah jadual yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia

yang boleh dipelihara.

Jadual 2.10 Spesies-spesies Ikan Hiasan Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama 1. Cyprinidae seluang (Rasbora), ikan mas, kap Barb •

Kecil, berbadan mampat, besesunngut. Tiada adipos fin dan gigi •

Ekor terbuka dan berbentuk fork •

Badan bersisik dan bergerak pantas •

Kepala tanpa sisik •

Terdapat di Afrika, Amerika Utara, sebahagian besar dari Asia Tenggara 2. Cichildae Angel discus oscar •

Hanya sepasang lubang hidung •

Hanya satu dorsal fin (long base) •

Sirip ekor bulat 3. Characidae Semua jenis ikan Tetra •

Seakan ikan barb •

Tiada sesungut •

Ada gigi dan adiposfin •

Berasal dari Amerika Selatan dan Afrika Tengah Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama 4. Belontiidea Ikan pelaga Siam (Betta •

Berbadan lebar dan

Page 9: IKAN HIASAN
Page 10: IKAN HIASAN

splendens), Gourami biru (Trichogaster trichopterus), Dwarf Gourami (Colisa lalia) mampat •

Sirip anal yang panjang •

Mempunyai aksesori respiratory organ untuk bernafas di udara. •

Page 11: IKAN HIASAN

Terdapat di Korea Selatan, Asia Tenggara dan Afrika Barat. 5. Poecillidae Guppy. Sward tail Platy •

Livebearing tooth carps •

Melahirkan anak •

Sedikit persamaan dengan mamalia. 6. Catfish Families Corydoras sp. Ikan bandaran (Rinelloricaria parva) •

Suckermouth •

Bersesunggut 2.3.4 Memilih bekas (akuarium). Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:• jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan) •

jenis ikan hiasan •

bilangan ikan hiasan •

saiz ikan hiasan •

saiz akuarium Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan

s

ederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas

yang lebih besar.

Ikan Arowana

Page 12: IKAN HIASAN

  IKAN Arowana atau Scleropages Formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus. Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endargered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).

Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga turut dijalankan secara komersial untuk tujuan eksport ke pasaran antarabangsa dan antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Perikanan. Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos di habitat asalnya.

Di pasaran tempatan , Arowana Emas Malaysia dan Arowana Merah Indonesia bersaiz 15-20cm dijual dengan harga sekitar RM 1,500 – RM2,000 seekor , manakala Arowana Emas Indonesia dijual dengan harga RM300 – RM500 seekor. Ikan Arowana Hijau pula dijual dengan harga sekitar RM25 –RM30 seekor. Bagi pasaran tempatan , ikan ini tanpa memerlukan sebarang kawalan undang-undang.

Di peringkat pasaran antarabangsa, urusniaga Arowana memelukan permit CITES yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. Hanya ikan generasi F2 dari “Commercial Captive-breeding Operstion ” yang ditakrifkan oleh CITES dibenarkan untuk diurus niaga. Bagi syarikat atau individu yang menjalankan operasi pengeluaran benih Arowana untuk pasaran luar negara , perlu mendaftar sebagai “ Commercial Captive –breeding Operation ” dengan kerjasama Jabatan Perhilitan . Syarikat utama yang perlu dipatuhi ialah ikan mestilah boleh dibiakkan dalam kurungan Sekurang-kurangnya sehingga generasi kedua atau F2.

Berdasarkan analisis LKIM, pelaburan ke atas projek ini agak besar yang mana kos bagi memulakan ternakan Arowana di atas tanah seluas 0.25 hektar dianggarkan sebanyak RM139,392 dengan kelengkapan paling minimum. Pulangan atau hasil pula hanya akan diperoleh pada tahun keempat atau kelima namun bergantung kepada tahap baka induk yang baik, pemakanan dan pengurusan.

Nilai pasaran ikan Arowana juga dipengaruhi oleh cita rasa peminat ikan tersebut namun ketika ini, permintaan serta harganya masih tinggi terutama bagi pasaran antarabangsa. Secara umumnya ketika ini tidak ramai yang mampu menceburi bidang pengeluaran benih ikan ini kerana modal permulaan dan operasi yang agak tinggi termasuk mengambil masa yang agak lama untuk membiak iaitu kebiasaannya pada umur lima tahun. Bagaimanapun, melihat kepada pasaran semasa, aktiviti ini boleh dilaksanakan dan mendatangkan pulangan yang lumayan.