ikan hiasan

8
2.3 IKAN HIASAN 2.3.1 PENGENALAN Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna- warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang. Rajah 2.16 Bahagian-bahagian luar ikan 2.3.2 KEPENTINGAN IKAN HIASAN Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti

Upload: yuzamri

Post on 10-Jun-2015

9.041 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

mengenai ikan hiasan

TRANSCRIPT

Page 1: Ikan hiasan

2.3 IKAN HIASAN

2.3.1 PENGENALAN

Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.

Rajah 2.16 Bahagian-bahagian luar ikan

2.3.2 KEPENTINGAN IKAN HIASAN

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan

Page 2: Ikan hiasan

dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

2.3.3 Jenis-jenis ikan hiasan

a. Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Jadual 2.10 Spesies-spesies Ikan Hiasan

Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama1. Cyprinidae seluang (Rasbora), ikan

mas, kap

Barb

Kecil, berbadan mampat, besesunngut. Tiada adipos fin dan gigi

Ekor terbuka dan berbentuk fork

Badan bersisik dan bergerak pantas

Kepala tanpa sisik Terdapat di Afrika, Amerika

Utara, sebahagian besar dari Asia Tenggara

2. Cichildae Angel

discus

oscar

Hanya sepasang lubang hidung

Hanya satu dorsal fin (long base)

Sirip ekor bulat

3. Characidae Semua jenis ikan Tetra Seakan ikan barb Tiada sesungut Ada gigi dan adiposfin Berasal dari Amerika

Selatan dan Afrika Tengah

Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama4. Belontiidea Ikan pelaga Siam (Betta

splendens), Berbadan lebar dan

mampat

Page 3: Ikan hiasan

Gourami biru (Trichogaster trichopterus),

Dwarf Gourami (Colisa lalia)

Sirip anal yang panjang Mempunyai aksesori

respiratory organ untuk bernafas di udara.

Terdapat di Korea Selatan, Asia Tenggara dan Afrika Barat.

5. Poecillidae Guppy.

Sward tail

Platy

Livebearing tooth carps Melahirkan anak Sedikit persamaan dengan

mamalia.

6. Catfish Families

Corydoras sp. Ikan bandaran (Rinelloricaria parva)

Suckermouth Bersesunggut

2.3.4 Memilih bekas (akuarium).

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:

jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan) jenis ikan hiasan bilangan ikan hiasan saiz ikan hiasan saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana.

Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.

Page 4: Ikan hiasan

Rajah 2.17 Jenis-jenis akuarium kaca

2.3.5 Memilih tumbuhan akuatik yang sesuai

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut :

Alternanthera spp. Bacopa spp. Anubias spp. Lobelia spp. Sumatra fern spp. Java fern spp.

Rajah 2.18 Contoh tumbuhan akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.

2.3.6 Langkah-langkah menyediakan akuarium

Page 5: Ikan hiasan

Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkah- langkah berikut perlu di ikuti ;

bersihkan bekas terlebih dahulu pasangkan penapis masukkan pasir masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas masukkan aksesori yang dikehendaki masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada ) masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam masukkan ikan hiasan .

Jenis-jenis pam dan penapis

Pemasangan penapis “under gravel filter”

Atas : Masukan hiasan dan aksesoriBawah : masukkan air

Rajah 2.19 Langkah-langkah menyediakan akuarium

2.3.7 Pengurusan akuarium

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Page 6: Ikan hiasan

Sistem pengudaraan Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk

menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis airTerdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis “under gravel filter” kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

Perawatan airAir yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

AksesoriKebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasarPemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

Hiasan dalam akuariumReka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

Rajah 2.20 Contoh hiasan dalam akuarium