ii -...

15
i

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

14 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

i

Page 2: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

ii

ISI KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF ................................................................................................ 1

BAB 1 : SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK & PEMBUKTIAN ........................................... 3

1.1 Pengenalan ......................................................................................................................... 3

1.2 Pemilihan Projek ................................................................................................................. 4

BAB 2 : Tindakan Penyelesaian ........................................................................................ 6

2.1 Perlaksanaan Projek ................................................................................................................. 6

2.2 Sesi Perjumpaan dan Latihan : ................................................................................................ 6

2.3 Proses kerja dan perlaksanaan. ............................................................................................... 7

BAB 3 : Keberhasilan projek – outcome dan impak. .......................................................... 9

BAB 4 : Potensi Pengembangan Projek .......................................................................... 11

BAB 5 : Penutup .............................................................................................................. 12

Page 3: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

1

RINGKASAN EKSEKUTIF

Keperluan dan kebergantungan sumber kertas sebagai medium dokumentasi telah

meningkatkan penggunaannya di dalam setiap urusan rasmi kerajaan. Penggunaan

kertas yang tinggi akan menyumbang kepada peningkatan kos pengurusan serta

memerlukan kecekapan menguruskannya.

Majlis Perbandaran Jasin juga tidak terlepas dari masalah tersebut. Penggunaan yang

tinggi di Majlis Perbandaran Jasin telah mendorong pihak pengurusan Majlis

Perbandaran Jasin mencari insiatif bagi masalah tersebut. Usaha kearah itu telah

digerakan bagi mencari kaedah yang terbaik mengurangkan penggunaan kertas.

Majlis Perbandaran Jasin melihat penggunaan teknologi ICT sebagai peyelesaian

tersebut. Merujuk kepada perkembangan teknologi ICT semasa di Malaysia, Majlis

perbandaran Jasin percaya dengan menerapkan elemen ICT dan sedikit kreativiti serta

tindakan yang komprehensif mampu memberi impak perubahan kepada gaya tadbir urus

yang efektif dan mampu memberi kesan langsung kepada masyarakat.

Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Perbandaran Jasin telah di pertanggungjawabkan

untuk menyelaras inisiatif tersebut. Jabatan Teknologi Maklumat telah menilai kegunaan

teknologi mobile atau smartphone sebagai medium mengantikan penggunaan kertas.

Oleh itu perlaksanaannya telah di mulakan dengan pengunaan di mesyuarat Penuh Ahli

Malis Perbandaran Jasin. Inisiatif ini di mantapkan lagi dengan penggunaan QR code bagi

melancarkan sambungan ke dokumen terbabit. Melalui kaedah ini Majlis Perbandaran

Jasin berjaya mengurangkan penggunaan kertas sebanyak 1,560 keping kertas dengan

kos keseluruhan penjimatan sebanyak RM 70.00 bagi satu-satu mesyuarat. Selain itu

inisiatif ini juga memudahkan ahli mesyuarat mencapai dokumen di mana mereka berada.

Potensi pengembangan inisiatif ini mampu memberi impak yang lebih besar jika ia di

jadikan sebagai satu kaedah gaya kerja. Seperti yang di ketahui, ianya bukan hanya

mampu memberi penjimatan kertas tetapi ia amat signifikan kepada amalan hijau.

Page 4: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

2

Gabungan dalam penggunaan teknologi ICT dan pengurusan tadbir urus yang baik

mampu menjana penjimatan dan gaya kerja moden, bagi memberi hasil yang lebih

produktif. Melalui penggunaan mobile phone dan QR code dalam capaian dokumen

digital, ianya adalah langkah yang baik bagi tujuan penjimatan seterusnya mencapai

kepada amalan hijau.

Page 5: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

3

BAB 1 : SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK & PEMBUKTIAN

1.1 Pengenalan

1.1.1 Mesyuarat penuh .

Kehadiran bagi Mesyuarat Penuh Ahli Majlis adalah seramai dua puluh lima (25)

orang Ahli Majlis , seorang Setiausaha dan tiga belas (13) ketua jabatan yang turut

hadir di dalam mesyuarat tersebut. Jumlah kehadiran mesyuarat adalah seramai

tiga puluh Sembilan (39) orang. Kekerapan mesyuarat ini diadakan sekurang-

kurangnya dua belas (12) kali setahun. Oleh itu keperluan kepada penggunaan

dokumen bercetak amat tinggi dan dianggarkan seperti berikut :

Bil Ahli Mesyuarat 39 x 40 helai = 1,560 helai untuk setiap mesyuarat.

Pihak Pengurusan Majlis Perbandaran Jasin, melihat terdapatnya keperluan

penggunaan kertas serta kos cetakan agak tinggi setiap kali Mesyuarat Penuh

Ahli Majlis diadakan. Oleh itu cadangan dari pihak penggurusan untuk mencari

idea bagi mengurangkan penggunaan kertas serta dapat menyumbang kepada

penjimatan kos.

Maka tercetusnya idea dari Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin bagi

menggunakan teknologi digital sebagai menggantikan pengunaan kertas dan

bahan cetak. Tanggung jawab ini telah diberikan kepada Jabatan Teknologi

Maklumat bagi mencari kaedah terbaik bagi melaksanakan idea tersebut.

Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Perbadaran Jasin telah melihat kesesuian

penggunaan smart phone sebagai medium untuk mengantikan penggunaan

kertas. Selain itu teknologi kod QR juga mampu memberi kesan perlaksanaan

yang lebih efektif.

Penggunaan QR Code bagi capaian dokumen digital ini mampu menjimatkan kos

penggunaan kertas serta dapat meningkatkan kecekapan sektor awam. Dengan

pengunaan QR code secara komprhensif dan sistematik sebagai cara kerja, ia

mampu memberi pulangan penjimatan yang tinggi serta menyumbang kepada

amalan hijau.

Page 6: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

4

1.1.2 Kod QR

Kod QR atau lebih dikenali QR Code(Quick Response) banyak didapati di barcode

yang boleh dilihat di dalam kebanyakan produk. Kod QR adalah cara yang baik

untuk berkongsi maklumat seperti website dan info kenalan. Ianya boleh diimbas

menggunakan kamera yang dilengkapi peranti dan kod aplikasi QR pemprosesan

yang tepat. Setelah kod diimbas dan diproses, ianya akan membawa terus ke URL

dalam peranti pengguna.

Kod QR boleh digunakan untuk berkongsi 4 jenis maklumat dengan efisien

1. Alamat laman web / URL

2. Kandungan Teks (250 aksara)

3. Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon)

4. Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej

sebanyak 150 aksara)

1.2 Pemilihan Projek

Dengan perkembangan teknologi mobile seperti telefon pintar yang dilengkapi dengan

sistem operasi google android , apple ios dan sebagainya telah menjadikan telefon pintar

(smart phone) bukan sekadar alat komunikasi tetapi untuk kegunaan yang pelbagai.

Perkembangan penggunaan telefon pintar (smart phone) juga di dorong dengan harga

jualan yang mampu milik, ini menjadikan Malaysia antara pengguna telefon pintar yang

besar iaitu sebanyak 11 juta pengguna (sumber utusan online 20 Jan 2016) dengan Kadar

penembusan jalur lebar di Malaysia pula mencapai 81.8 peratus penggunaannya (sumber

Berita Harian online 20 November 2017). Malaysia sedang dalam proses melaksanakan

peningkatkan keupayaan capaian tinggi jalur lebar. Menurut Laporan Mengenai Internet

Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat purata kelajuan sambungan 8.9

Megabit per saat (Mbps), meningkat 9.1 peratus dari tahun lepas serta 40 peratus lebih

baik berbanding suku pertama 2016.( Sumber sinar online 1 jun 2017).

Page 7: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

5

Jika dilihat ketersediaan Malaysia menyelusuri perkembangan teknologi komunikasi dan

kandungan , memang tidak dapat di nafikan keupayaan Malaysia mempunyai prasarana

yang baik bagi tujuan tersebut.

Oleh itu Majlis Perbandaran Jasin telah membuat tetapan kreteria pemilihan projek

adalah:

1.2.1 Selaras degan misi Majlis Perbadaran Jasin iaitu “Komited untuk

memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik , berkualiti, telus

dan cekap melalui pengembelingan tenaga dan sumber secara optima”;

1.2.2 Mengunapakai teknologi dalam medium komunikasi dan penyebaran

maklumat dengan berkesan kepada tadbir urus yang cekap selari dengan

perkembangan teknologi komunikasi negara.

1.2.3 Melaksanakan penjimatan perbelanjaan dalam tadbir urus Majlis

Perbandaran Jasin dengan konsep perbelanjaan berhemah.

Page 8: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

6

BAB 2 : Tindakan Penyelesaian

2.1 Perlaksanaan Projek

Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Perbandaran Jasin melihat terdapatnya keperluan

penggunaan QR code bagi menyokong idea tersebut. Oleh itu perkara ini telah

dibincangkan dan diselaraskan di peringkat jabatan yang terlibat.

Beberapa langkah telah di susun bagi menjayakan perlaksanaannya.

Bil Mesyuarat / Latihan

1 Dibentangkan dalam mesyuarat pagi cadangan penggunaan QR Code bagi capaian

dokumen digital di Mesyuarat Penuh Ahli Majlis.

2 Mesyuarat khas perlaksanaan QR code bersama Jabatan terlibat.

3 Sesi Penerangan penggunaan cadangan perlaksanaan

4 Latihan kepada kakitangan terlibat dalam penyeragaman format dan pertukaran

format PDF.

5 Pengujian perlaksanaan QR code secara selari dengan penggunaan kertas.

6 Perasmian penggunaan QR code.

7 Penggunaan penuh QR code dalam mesyuarat Majlis Penuh.

2.2 Sesi Perjumpaan dan Latihan :

Page 9: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

7

2.3 Proses kerja dan perlaksanaan.

Bagi memastikan perlaksanaannya berjalan lancar, sesi latihan dan pengenalan kepada

teknologi QR code telah dijalankan. Oleh itu, satu sistem kerja telah di rangka bagi

perlaksanakan tersebut.

Kaedah Kerja

Setiap Jabatan terlibat meyerahkan maklumat

mesyuarat ( digital) Pengumpulan Maklumat

Penyusunan Minit

Serah Ke Jabatan

Teknologi Malumat

Tukar Format Ke PDF

Upload Ke Google Drive

Cipta QR Code

Agih ke Setiap Ahli Majlis

Scan QR code

Lengkap

Ya

Tidak

Urusetia Mesyuarat Menyusun minit mengikut

urutan mesyuarat.

Minit yang telah lengkap disusun akan di serah ke

Jabatan Teknologi Maklumat

Jabatan Teknologi Maklumat Menukar ke format

PDF

Dokumen yang telah lengkap di upload ke Google

Drive untuk capaian internet.

Jabatan Teknologi Maklumat menyediakan QR

code URL capaian dokumen.

Urusetia akan memaklumkan kepada QR code

melalui surat jemputan.

Ahli Mesyuarat Scan QR code bagi capaian kepada

dokumen digital Mesyuarat Penuh.

Page 10: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

8

Dokumen Di upload ke google Drive

https://drive.google.com/drive/u/1/my-drive

Page 11: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

9

BAB 3 : Keberhasilan projek – outcome dan impak.

Penggunaan QR code telah disempurnakan oleh YB Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri,

Datuk Roslan Ibrahim pada 14 Februari 2018 sempena Program Gerakan Revolusi Anti

Rasuah (GERAH) & Kempen Memerangi Rasuah (GEMPUR) Peringkat Negeri Melaka.

Program ini juga pertamakalinya digunakan QR Code sebagai capaian kepada buku

atucara dan program secara digital.

Selain itu penggunaan QR code juga telah digunakan bagi program Majlis Perasmian

Heritage Hotel dimana buku program dan aturcara dicapai mengguna QR code.

Page 12: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

10

Perkara

Perbandingan

Sebelum Pengunaan Selepas Pengunaan

Kemudah capaian Kertas Minit perlu dibawa Boleh dicapai di mana-

mana

Penggunaan kertas 40 muka surat x 39 ahli

mesyuarat = 1,560 kertas

Tiada

Masa Fotostat 1 jam Tiada

Implkasi kos Kertas

1,560 x 0.021 x 12 = RM

390.00

Tiada

Fotostat

1,560 x 0.02 x 12 = RM

374.40

Tiada

RM 764.00 Tiada

Dengan mengunakan capaian dokumen digital secara QR Code, ia mampu memberi

kesan penjimatan yang besar kepada penggunaan kertas serta meyumbang kepada

penjimatan keseluruhan kos sebanyak RM 764.00 . Penjimatan ini boleh memberi kesan

yang lebih besar, jika penggunaannya di perluaskan kepada mesyuarat-mesyuarat lain

dan program-program jabatan. Melalui penjimatan ini, ia telah meyumbang kepada

amalan hijau.

Dengan perluasan yang terancang dan komprehensif dari semua pihak ia boleh

menjadikan program capaian dokumen digital melalui QR Code ini sebagai satu kaedah

penyebaran maklumat perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dengan lebih efektif.

Page 13: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

11

BAB 4 : Potensi Pengembangan Projek

Seperti mana yang diterangkan di awal pengenalan , kaedah teknologi QR code dan

perkembangan teknologi mobile serta keupayaan capaian internet di Malaysia yang

sedang berkembang pesat, mampu menjana perubahan kepada corak perkongsian

maklumat antara masyarakat dan kerajaan dalam menjalinkan hubungan mesra rakyat.

Antara perkembangan yang boleh dilaksanakan ialah memperluaskan penggunaannya

kepada program-program mempromosi aktiviti dan perkhidmatan jabatan melalui capaian

dokumen digital QR Code.

Penggunaan QR code juga boleh digunapakai untuk setiap mesyuarat di Majlis

Perbandaran Jasin. Perluasan ini memberi kesan yang lebih besar kepada penjimatan

kertas dan kos.

Selain itu Majlis Perbandaran Jasin juga telah mengunapakai kaedah ini bagi program-

program anjuran Majlis Perbandaran Jasin. Seperti Program Gerakan Revolusi Anti

Rasuah (GERAH) & Kempen Memerangi Rasuah (GEMPUR) Peringkat Negeri Melaka

dan juga Majlis Perasmian Heritage Hotel.

Majlis Perbandaran Jasin juga sedang melihat untuk menggunakan kaedah ini di setiap

bil-bil cukai bagi menyebarluaskan maklumat perkhidmatan Majlis Perbandaran Jasin.

Sekiranya perluasan ini dilaksanakan secara menyeluruh, ia mampu memberi pulangan

penjimatan kos yang besar selain sebagai satu langkah amalan hijau yang cekap.

Page 14: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

12

BAB 5 : Penutup

Majis Perbandaran Jasin amat komited dalam penggunaan teknologi secara invotif dalam

merangsang keberkesanan peranan PBT di kalangan masyarakat sekitar daerah Jasin.

Selain itu Majlis Perbandaran Jasin juga sentiasa memberi penekanan kepada

penggunaan teknologi ICT bagi tujuan penjimatan sekali gus menjadikan Majlis

Perbandaran Jasin antara PBT yang sentiasa memastikan amalan tadbir urus cekap

dilaksanakan.

Penggunaan QR Code adalah sebagai langkah bagi meningkatkan kecekapan Majlis

Perbandaran Jasin dalam sistem penyampaian perkhidmatan.

Majlis perbandaran Jasin akan sentiasa memberikan komitmen yang berterusan bagi

memastikan keberkesanan tadbir urus melalui pengurusan berbelanjaan yang berkemah

dan mesra rakyat.

Page 15: ii - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2492-penggunaan-qr-code-bagi... · Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat

13