ibu dan ceper

32
SOALAN 1 Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir. Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat-bulat pada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu. “ Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”. Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing. Aku masih ingat lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya ke paku conggoh dan terus randuk banjir masuk ke dalam petak baruh untuk menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap. Tetapi bapa tidak boleh buat apa-apa juga. Himbauan air Ceper kuat sangat sehingga bapa sendiri beberapa kali terkial-kial jatuh. Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun itu kami makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul mengamuk. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Ibu dan Ceper oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,hal.102-103, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Upload: ainee-ahmad

Post on 03-Jan-2016

320 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bahan cerpen buat rujukan pelajar spm

TRANSCRIPT

Page 1: Ibu Dan Ceper

SOALAN 1

Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir.

Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat-bulat pada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu.

“ Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”.

Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing.

Aku masih ingat lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya ke paku conggoh dan terus randuk banjir masuk ke dalam petak baruh untuk menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap. Tetapi bapa tidak boleh buat apa-apa juga. Himbauan air Ceper kuat sangat sehingga bapa sendiri beberapa kali terkial-kial jatuh.

Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun itu kami makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul mengamuk.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Ibu dan Ceper oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,hal.102-103, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

i) Berdasarkan petikan di atas, mengapakah ibu marah-marah? ( 3 markah)

ii) Pada pendapat anda, mengapakah berlakunya pencemaran sungai di Malaysia ( 3 markah)

iii) Nyatakan tema dan dua persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.( 3 markah)

Page 2: Ibu Dan Ceper

SKEMA JAWAPAN

i) Ibu marah-marah kerana banjir yang berlaku di Sungai Ceper telah memusnahkan tanaman padinya. bapa berseronok menjerat burung ketitir di puncak bukit. bapa tidak membantunya membuat kerja-kerja rumah dan menguruskan hal keluarga.

ii) Pencemaran sungai berlaku di Malaysia kerana

Penduduk tempatan membuang air kumbahan, najis dan sampah sarap ke dalam sungai.

Kilang-kilang membuang sisa-sisa toksik dan bahan-bahan buangan industri ke dalam sungai.

Pembalakan menyebabkan permukaan tanah gondol dan sungai berkeladak.

iii) Tema cerpen ialah kepentingan sungai kepada manusia. Sugai boleh mendatangkan kebaikan dan musibah kepada penduduk di sekitarnya. Contohnya, Sungai Ceper membekalkan air untuk minuman,mencuci pakaian, pertanian dan membekalkan ikan. Sungguhpun begitu apabila kerja-kerja memulihara sungai tidak dijalankan, maka berlakulah banjir. Dalam musim kemarau, sungai akan kering. Apabila sungai kering,ikan-ikan akan mati.

Persoalan yang terdapat dalam cerpen ialah: Pengorbanan isteri dalam keluarga dan suami tidak bertanggungjawab. Ibu

bertungkus lumus menanam padi untuk menyara keluarga. Contohnya ibu membuang sampah sarap dan bangkai-bangkai binatang yang tersangkut pada batang padi apabila berlaku banjir tetapi bapa berseronok memikat burung di dalam hutan. Akibat terlalu banyak bekerja, ibu menghidap penyakit lumpuh.

Penderitaan hidup golongan petani. Sungguhpun ibu berpenat-lelah menanam padi di bendang tetapi kerana ibu bekerja dengan menggunakan tulang empat kerat bukan menggunakan peralatan moden.

Page 3: Ibu Dan Ceper

SOALAN 2

Ibu tidak lagi cergas pada waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang. Tetapi apabila saja tiba waktu subuh, ibu sudah bangun dan bersedia apa saja ujian atau cabaran pada siang hari.

Sekali itu Ceper tba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipungah bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepe-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata.

Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah kami.

Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpahnyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir.

Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat-bulat pada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu.

“ Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”.

Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing

( Antologi Harga Remaja,halaman 102)

i)Mengapakah ibu ”aku” benar-benar marah kepada bapanya selepas air Ceper bah?( 3 markah)

ii) Pada pendapat anda,wajarkah ibu ”aku” menjerit dan memarahi ayah ”aku”? Berikan tiga alasan anda. ( 3 markah )

Page 4: Ibu Dan Ceper

SKEMA JAWAPAN

i) Bapa aku masih lagi sibuk berdenak ketitir Padi di sawah sudah ditenggelami air Membiarkan ibu “aku” sendirian menyelamatkan padi yang ternggelam.

ii) Ya, bapa “aku” tidak mengendahkan masalah besar yang menimpa tanaman padi

mereka. Bapa aku tidak menjalakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Bapa ”aku” lebih mengutamakan hobinya berdenak ketitir daripada menyelesaikan

masalah tanaman padi yang ditenggelami air.

Page 5: Ibu Dan Ceper

SOALAN 3

Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun itu kami makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul mengamuk.

Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angin dan mengamuk. Naik angin dan mengamuk menentang Ceper yang ganas dan tidak berperikemanusiaan itulah. Ibu akhirnya mengalah, tetapi ibu tidak kalah seterusnya. Apabila Ceper kembali tenang dan air tidak lagi emmbedal, ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi makan gadung.

Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah sudah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Ibu dan Ceper oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

i) Apakah kesan kepada penduduk kampung apabila Ceper menimbulkan masalah? Nyatakan tiga kesan tersebut. ( 3 markah)

ii) Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan hati seorang ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang digambarkan dalam petikan cerpen di atas. ( 3 markah)

iii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. ( 3 markah)

Page 6: Ibu Dan Ceper

SKEMA JAWAPAN

i) Menjadi papa kedana Padi habis jahanam Makan ubi gadung

ii) Berjaya dalam pelajaran Memujuk ibu supaya bersabar menghadapi ujian Tuhan Patuh kepada arahan dan nasihatnya. Membantunya ketika ada masa lapang Tidak mengabaikan ibu ketika usia tuanya.

iii) pengajaran dalam petikan: Kita hendaklah bersabar mengharungi cabaran hidup

Pengajaran daripada keseluruhan cerpen Kita mestilah menghormati ibu yang telah mendidik dan membesarkan kita Sebagai ketua keluarga, kita hendaklah memikul tanggungjawab dengan sebaik-

baiknya.

Page 7: Ibu Dan Ceper

SOALAN 4Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sudah mula ku lihat bangkai ayam, bangkai itik, bangkai biawak, bangkai ular, bangkai babi, bangkai ikan yang sudah busuk berulat, nasi manusia yang sudah berbuaih dan berlendir, kain-kain buruk yang sudah kusam, sisa-sisa makanan yang sudah berulat, karung-karung plastic warna-warni yang lusuh dan kerunyuk berarak lambat-lambat di tengah-tengah dada Sungai Ceper. Baunya sudah mulai naik ke darat dan terus masuk ke dalam lubang-lubang hidung kami.

Waktu bapa meninggal tidak pula aku teringin untuk memerhati perangai Ceper. Lagipun tidak banyak berubah apa-apa pada kehidupan Ceper. Dan bapa pun tidak lama sakit. Tiba-tiba bapa bersungut sakit dada suatu petang sesudah beberapa lama ibu meniggal. Aku tidak berapa ingat sangat bila bapa tiba-tiba bersungut sakit dada itu. Entahlah.

Malam itu bapa jatuh tersungkur di kepala tangga dan terus pengsan dan kemudian apabila kami meraba nadi di tangnnya, bapa sudah tidak ada. Reaksi Ceper tidak ada apa-apa pun. Memang bau busuknya naik ke hidung juga. Sama sewaktu ibu meninggal. Sama sewaktu ibu mula lumpuh.

(Dipetik daripada ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Gambarkan keadaan Sungai Ceper. ( 3 markah )

(ii) Sekiranya anda “aku”, jelaskan tindakan anda untuk memulihkan keadaan Sungai Ceper. ( 3 markah )

(iii) Nyatakan satu persoalan daripada petikan dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. ( 3 markah )

Page 8: Ibu Dan Ceper

Skema Jawapan :

Praktis Intensif(i) Bangkai ayam, bangkai itik, bangkai biawak, bangkai ular, bangkai babi, dan bang

kai ikan yang sudah busuk dan berulat terdapat di dalam Sungai Ceper. Ada juga nasi yang sudah berbuih dan berlendir di dalamnya, selain kain-kain buruk yang sudah kusam dan sisa makanan yang berulat.

(ii) Sekiranya saya “aku” , saya akan mencadangkan aktiviti gotong-royong membersihkan Sungai Ceper kepada penduduk untuk memulihkan keadaan sungai tersebut. Selain itu, saya juga akan meminta pihak berkuasa untuk meletakkan papan amaran supaya tidak menbuang sampah ke dalam sungai untuk mengingatkan penduduk supaya tidak mencemarkan Sungai Ceper. Saya juga akan melaporkan perbuatan mencemarkan Sungai Ceper yang dilakukan oleh sesiapa sahaja kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang setimpal dapat dikenakan untuk menjaga kebersihan Sungai Ceper.

(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen ialah persoalan pencemaran sungai. Sungai Ceper tercemar dengan bangkai binatang dan sisa buangan manusia sehingga menyebabkan airnya tidak dapat mengalir dan berbau busuk. Satu persoalan lain yang terdapat dalam dalam keseluruhan cerpen tersebut ialah persoalan tanggungjawab seorang anak ibu bapa. “Aku” menjaga ibunya semasa ibunya lumpuh selama sepuluh tahun. Selain itu, persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut ialah persoalan kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian. “Aku” menjaga ibunya dan sanggup membersihkan najis ibu kerana ibunya lumpuh.

Page 9: Ibu Dan Ceper

SOALAN 5Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ibu terus lumpuh dan tidak boleh bergerak lagi. Hanya mata ibu dan mulut ibu yang rancak bergerak seperti arus Ceper pada usia yang lebih muda. Semenjak itu bapa tidak berdenak ketitir lagi meskipun keliling rumah masih tersangkut sangkar-sangkar ketitir yang berbagai-bagai bentuk.

Itulah zaman menderita yang amat pedih bagi kami sekeluarga. Aku sudah kahwin waktu itu dan sudah pun memperoleh dua orang anak. Mujur juga aku peroleh isteria anak kampong yang tidak pantang turun ke sawah dan tidak takut pada lintah dan pacat. Kami berdualah menggantikan tempat ibu.

Meskipun bapa tidak lagi menjadi kaki burung ketitir bapa sudag agak tua dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Bapa hanya berada di rumah makan dan tidur sahaja. Sikit-sikit boleh juga jaga cucu dan picit-picit tubuh ibu, tetapi bapa sebenarnya sudah dimakan tua waktu itu.

Bapa tidak dapat ampu ibu lagi. Pasti juga tidak boleh angkat ibu ke tandas lagi. Mujurlah yang lumpuh Cuma ibu seorang. Kalau bapa juga lumpuh entahlah. Aku tidak dapat bayangkan masalahnya.

Suatu hari entahlah aku menjerit kuat sedikit sewaktu ibu sedang berak kerana lama sangat najisnya tidak terbit-terbit.Aku sudah naik kejang kaki tangan kerana lama ampu ibu. Dan aku lihat pipi ibu basah kerana air mata meleleh turun. Isteriku menerpa dan apabila melihat air mata ibu sedang mengalir melaui retak-retak di pipi ibu yang kendur hodoh itu, dia mengambil tempatku.

Itulah detik-detik yang tidak dapat aku lupakan.Aku menyesal dan memohon ampun banyak-banyak daripada ibu. Aku sendiri tidak sedar sewaktu aku menjerit itu.

(i) Nyatakan sebab –sebab penulis mengatakan “Itulah zaman menderita yang amat pedih bagi kami sekeluarga”.

(ii) Sekiranya anda berada di tempat penulis, apakah perasaan anda setelah melihat ibu anda mengalirkan air mata?

(iii) Huraikan satu perwatakan ibu dalam petikan di atas dan satu perwatakan ibu dalam keseluruhan cerpen tersebut.

Page 10: Ibu Dan Ceper

Skema Jawapan :

Praktis formatif(i) ibunya lumpuh – ayahnya sudah tua dan tidak mampu membantu keluarga lagi.(ii) Rsentuh hati dan sebak – rasa penyesalan yang amat dalam – insaf akan kesilapan

diri – ingin memohon maaf sebanyak banyaknya daripada ibu atas keterlanjuran yang mengguris hatinya.

(iii) Perwatakn ibu dalam petikan : rancak berbual, contohnya walaupun ibu sudah lumpuh dan tidak bermaya, dia masih rancak berbual dengan ahli keluarganya. Perwatakan ibu keseluruhan cerita: cergas dan lincah, contohnya pada zaman muda, ibu sangan cergas dan digambarkan selincah arus Sungai Ceper.

Page 11: Ibu Dan Ceper

SOALAN 6

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ceper pun serupa. Ia memancarkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tabing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

Aku bersama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengan penuh tenaga apabila sekali-sekala kami turun ke lubuknya meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.

Selesai sahaja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di sawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, di payalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya.

Begitulah Ceper pun, tetapi waktu malam Ceper cergas juga, malah terasa lebih cergas lagi kerana dari rumahku dapat juga kudengar ngauman Ceper, terutama sewaktu air pasang, kerana di hulu hujan turun dengan lebatnya.

(i) Berikan tiga bukti ibu seorang yang rajin. (3 markah )

(ii) Ibu merupakan contoh orang kampong yang rajin. Berikan tiga sebab orang kampong terpaksa bekerja keras memanfaatkan masa yang terluang. (3 markah)

(iii) Jelaskan satu nilai murni yang diperoleh daripada petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen. (4 markah)

Page 12: Ibu Dan Ceper

Skema Jawapan :

(i) bukti ibu seorang yang rajin ialah selesai sahaja mengerjakan solat Subuh, ibu sudah berada di tanah untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bersawah ketika musim orang bersawah. Jika musim menetak mengkuang, ibu akan ke paya untuk mendapatkan mengkuang. Akhirnya sekali pada musim kenduri, ibu akan bergotong-royong atau akan menghadiri majlis kematian.

(ii) Orang kampong bekerja keras kerana jika tidak nasib mereka akan berubah atau kekal di paras kemiskinan.. Selain tiu, persekitaran tempat tinggal telah membuka minda mereka untuk mempelbagaikan kemahiran bagi mendapatkan punca pendapatan. Akhir sekali didikan keluarga mereka sebelum ini yang meyakinkan mereka bahawa alam yang terbentang luas meruapakan rezeki anugerah Allah yang boleh diraih, asal sahaja rajin berusaha.

(iii) Nilai murni daripada petikan ialah kerajinan,contohnya ibu memanfaatkan masa yang terluang dengan bersawah, meragau, dan menetak memngkuang untuk memperoleh pendapatan keluarga.

Page 13: Ibu Dan Ceper

SOALAN 7

Baca petikan cerpen dengan teliti, kemudia jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayant anda sendiri.

Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang emapat kerat ibu yang tidak pernah bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemai-gemai itu dijunjung naik masuk jelapang.

Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

Aku bersama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengan penuh tenaga apabila sekali sekala kami turun ke lubuknya meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.

Selesai sahaja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di sawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, di payalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada saja kerjanya.

(i) Nyatakan dua keadaan Sungai Ceper seperti yang dinyatakan dalam petikan. (2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah golongan petani sering dikaitkan dengan kemiskinan? Berikan tiga pendapat. (3 markah)

(iii) Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai murni yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. (4 markah)

Page 14: Ibu Dan Ceper

Skema Jawapan :

Praktis 1(i) Berdasarkan petikan,

Aliran air Sunagi Ceper amat deras Di dasar sunagi tersebut terdapat pelbagai hidupan air dan lumut yang kehijau-

hijauan.(ii) Saya berpendapat,

Kebanyakan petani mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan Menggunakan alatan tradisional untuk bercucuk tanam Ancaman musuh tanaman dan factor alam sekitar selalu menjejaskan

pendapatan petani.(iii) Nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah nilai kegigihan. Ibu begitu gigih

mengusahakan sawahnya setiap hari. Dalam cerpen pula terdapat nilai bertanggungjawab. Buktinya, sebagai

seorangh yang bertanggungjawab terhadap jiran, ibu akan membantu jirannya apabila jiran mengadakan kenduri kendara.

Page 15: Ibu Dan Ceper

SOALAN 8Baca petikan cerpen dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampong kami menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun ini kami makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul mengamuk.

Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angina dan mengamuk. Naik angina dan mengamuk menentang Ceper yang ganas dan t idak berperikemanusiaan itulah. Ibu akhirnya mengalah tetapi ibu kalah seterusnya. Apabila Ceper kembali tenang dan air tidak lagi membedal, ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi makan gadung.

Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper sahaja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.

(i) Nyatakan dua kesan amukan Ceper kepada penduduk setempat. (2markah)

(ii) Sekiranya rumah jiran anda dinaiki air, apakah usaha anda untuk membantu jiran anda itu? (3 markah)

(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. (4 markah)

Page 16: Ibu Dan Ceper

Skema Jawapan :

Praktis 2(i) Kesan,

Amukan Ceper pada kali pertama telah merosakkan tanaman padi sehingga penduduk setempat terpaksa makan gadung untuk menggantikan nasi.

Amukan Ceper kali kedua pula mengakibatkan sawah kering kontang sehingga lembu dan kerbau sukar untuk mendapatkan air.

(ii) Usaha saya ialah, Menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan perkara itu Membantu jiran saya berpindsah ke pusat pemindahan Memberi bantuan sama ada makanan atau pakaian mengikut kemampuan.

(iii) Berdasarkan petikan : Persoalan konflik manusia dengan fenomena alam. Ibu naik angina dan

mengamuk kerana kecewa setelah padinya dirosakkan ole banjir Peredaran masa telah merubah persekitaran alam sekitar. Sungai ceper yang

dulunya jernih dan deras alirannya telah tercemar dua puluh atau tiga puluh tahun kemudian.

Page 17: Ibu Dan Ceper

SOALAN 9

Baca petikan cerpen dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Saling tak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti air terjun. Ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, menusuki lubuk-lubuk dalam.

Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang memikul gemal dan tanam benih benih itulah dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.

Ceper pun serupa. Ia memamncutkan iarnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas daripada busurnya. Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

(i) Siapakah “ibu” dalam cerpen ini? (2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang dapat dilakukan untuk mngelakkan sunagi ceper daripada banjir? (3 markah)

Page 18: Ibu Dan Ceper

Skema jawapan:

Latihan(i) “Ibu” dalam cerpen ceper ini ialah seorang perempuan tua yang rajin bekerja. Ibu

bekerja membanting tulang di sawah padi. Ibu mempunyai seorang suami yang suka cengkaih (melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh) burung ketitir.

(ii) Pada pendapat saya, penduduk kampong perlu membersihkan samapah sarap. Sesudah itu, pihak kerajaan wajar menggali bagi memperdalamkan sungai ceper supaya air mengalir dengan lancar menuju ke laut dan banjir kilat tidak berlaku apabila hujan lebat. Kiri dan kanan sungai juga perlu ditebas supaya tidak ada sampah sarap yang memenuhi kembali sungai.

Page 19: Ibu Dan Ceper

SOALAN 10

Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. Ia bermula dari satu titik air dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang berliku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung ketenteraman. Pasir-pasir yang berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir di bawah bersama ikan yang cergas.

Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana ke sini seperti air terjun. Ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk-lubuk yang dalam.

Ibu juga bergerak di mana saja dia berada.Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu.Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.

Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru sja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang…

(Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009, hal .99)

i. Berdasarkan petikan, apakah maksud baris tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu? 2m

ii. Pada pendapat anda, apakah persamaan antara ibu dan Sungai Ceper? 3m

iii. Huraikan perwatakan ibu berdasarkan cerpen ini. 4m

Page 20: Ibu Dan Ceper

SKEMA JAWAPAN

I. Maksud frasa ialah ibu sentiasa mempunyai tenaga dan kekuatan untuk melakukan kerja

ii. - Kedua-duanya sama dicintai oleh penulis- Ibu dan Sungai Ceper bermula dari satu titik air dan kemudian

berkembang menjadi besar.- Ibu dan Sungai Ceper juga rancak ke sana ke sini.

iii - Seorang yang gigih. Hal ini terbukti apabila pengarang mengatakan bahawa tulang empat kerat ibu tidak pernah tidak bermaya

- Seorang yang mahir melakukan pelbagai kerja. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengarang menyatakan bahawa ibu melakukan semua kerja seperti menajak sawah, memikul gemal, menghalau burung, dan mengangkut padi ke dalam jelapang.

Page 21: Ibu Dan Ceper

SOALAN 11

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tetapi walau serancak dan sehebat mana pun anak-anak dan cucu-cucuku melompat turun ke baruh bertungkus-lumus dengan seut dan lintah, namun Sungai Ceper tidak lagi kembali rancak dan cergas, malah Ceper sekarang ini boleh dikatakan sudah mati sama seperti ibu dan sama seperti bapa meskipun Ceper masih wujud dan airnya masih ada.

Airnya sudah tidak bergerak lagi. Sedikit pun tidak. Yang ada hanya timbunan sampah sarap yang berbagai-bagai, tindih-menindih bagaikan Ceper sudah benar-benar lemas. Bangkai-bangkai jangan diambil kira lagi kerana terlalu banyak. Kayu-kayu buruk, ketul-ketul tanah yang sudah keras, papan-papan saying yang hijau dengan lumut, kertas-kertas yang sudah lama kerunyuk dan lalat-lalat jenis besar hijau bukan main banyak lagi. Pokok-pokok buluh pun di sepanjang tubuh Sungai Ceper itu menunduk bagaikan menyembah-neyembah minta ampun.

i. Gambarkan keadaan Sungai Ceper berdasarkan petikan. 3m

ii. Pada pendapat anda, mengapakah banyak sungai di negara ini tercemar? 3m

iii. Huraikan satu persoalan dalam petikan dan dua persoalan yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m

Page 22: Ibu Dan Ceper

SKEMA JAWAPAN

i. – air Sungai ceper tidak mengalir lagi - timbunan sampah sarap dan bangkai terdapat di dalam sungai itu

- pokok-pokok buluh di tepi sungai itu tumbang

ii. – masyarakat membuang sampah sarap ke dalam sungai - penerokaan hutan yang berleluasa untuk aktiviti pertanian dan penempatan - aktiviti pembalakan haram

iii. Persoalan dalam petikan:- pencemaran sungai akibat perbuatan manusia

Persoalan keseluruhan:- pergantungan kepada sektor pertanian- Bencana alam mempengaruhi sumber ekonomi masyarakat kampung

Page 23: Ibu Dan Ceper

SOALAN 12

Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. Ia bermula dari satu titik air dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang berliku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung ketenteraman. Pasir-pasir yang berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir di bawah bersama ikan yang cergas.

Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana ke sini seperti air terjun. Ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk-lubuk yang dalam.

Ibu juga bergerak di mana saja dia berada.Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu.Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.

(Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper” oleh Shahnon Ahmad, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Pada pendapat anda, mengapakah kerja-kerja menanam dan menuai padi masih menggunakan cara tradisional? 3m

2. Jelaskan satu persoalan yang diperoleh daripada petikan dan dua persoalan daripada keseluruhan cerpen. 3m

SKEMA JAWAPAN

1. …ibu akan menajak, memikul gemal, menanam benih dengan menggunakan tulang empat keratnya…ketika padi menguning ibu akan mengejar burung untuk mengelakkan burung memakan padi…apabila padi masak ibu akan menuai padi sehingga habis padi-padi itu dibawa keluar dari jelapang.

2. …kerana ketika itu penggunaan mesin seperti bajak belum meluas di kawasn pedalaman…kemungkinan bendang yang diusahakan begitu kecil menyebabkan tidak ekonomik untuk menyewa peralatan moden… masyarakat ketika itu menanam padi secara kecil-kecilan untuk sara diri, bukan untuk dijual menyebabkan dirasakan tidak perlu menggunakan mesin.

3. …Kegigihan mengusahakan tanaman. Cth: Ibu mengusahakan padi menggunakan tulang empat kerat…bencana alam. Cth: Hujan lebat menyebabkan sg. Ceper melimpah dan memusnahkan tanaman penduduk….penderitaan musim kemarau. Cth: kemarau menyebabkan sawah, telaga, dan kubang habis kering.