ibse_rph_b19

10
IBSE_RPH_B19 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN[RPH] Sekolah Tarikh Tingkatan/Kelas Satu Bilangan murid Waktu Tempoh masa 80 minit Mata pelajaran Sains Topik Sel sebagai unit asas kehidupan Tema Manusia dan kepelbagaian hidup Konsep utama 2.2 Organisma unisel dan multisel Objektif Pembelajaran 1. Memahami organisma unisel dan multisel Hasil pembelajaran 1. Menyatakan maksud organisma unisel dan multisel 2. Memberi contoh-contoh organisma unisel dan multisel Pengalaman masa lalu murid Murid telah diperkenalkan dengan protozoa dalam darjah 5 Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir Memerhati, Mengelas , Komunikasi , Mendefinasi secara operasi, membanding dan membezakan dan membuat keputusan Sikap saintifik/Nilai murni/Nilai patriotism Menghargai sel sebagai sumber asas kehidupan Sumber pengajaran dan pembelajaran Slide power point, lembaran kerja 1 dan 2 , mikroskop , air kolam, larutan yis, spesimen tersedia (organisma multisel), buku teks, buku rujukan Pendekatan pengajaran Inkuiri penentukesahan FASA/MASA AKTIVITI P d P CATATAN Fasa 1 Set Induksi/Penge nalan ( 5 minit) Guru menayangkan dua gambar organisma melalui ‘power point’(PPT) (organisma 1: euglena, organisma 2 : spirogira) Murid diminta untuk membanding dan membezakan antara dua organisma tersebut. Soalan: 1. Apakah perbezaan diantara dua organisma ini? PPT 1 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Upload: mydah-mai

Post on 24-Nov-2015

81 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Rph

TRANSCRIPT

IBSE_ RPH_B19

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN[RPH]SekolahTarikh

Tingkatan/KelasSatuBilangan murid

WaktuTempoh masa80 minit

Mata pelajaranSains

TopikSel sebagai unit asas kehidupan

TemaManusia dan kepelbagaian hidup

Konsep utama2.2 Organisma unisel dan multisel

Objektif Pembelajaran1. Memahami organisma unisel dan multisel

Hasil pembelajaran1. Menyatakan maksud organisma unisel dan multisel2. Memberi contoh-contoh organisma unisel dan multisel

Pengalaman masa lalu muridMurid telah diperkenalkan dengan protozoa dalam darjah 5

Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikirMemerhati, Mengelas , Komunikasi , Mendefinasi secara operasi, membanding dan membezakan dan membuat keputusan

Sikap saintifik/Nilai murni/Nilai patriotismMenghargai sel sebagai sumber asas kehidupan

Sumber pengajaran dan pembelajaranSlide power point, lembaran kerja 1 dan 2 , mikroskop , air kolam, larutan yis, spesimen tersedia (organisma multisel), buku teks, buku rujukan

Pendekatan pengajaranInkuiri penentukesahan

FASA/MASAAKTIVITI P d PCATATAN

Fasa 1Set Induksi/Pengenalan( 5 minit) Guru menayangkan dua gambar organisma melalui power point(PPT) (organisma 1: euglena, organisma 2 : spirogira) Murid diminta untuk membanding dan membezakan antara dua organisma tersebut. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini iaitu Organisma unisel dan multisel

Soalan:1. Apakah perbezaan diantara dua organisma ini?

PPT 1

Jawapan:Organisma 1 mempunyai satu sel (unisel)Organisma 2 mempunyai banyak sel (multisel)

Pencetusan Idea(10 minit) Murid diagihkan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diedarkan dengan lembaran kerja 1 Setiap kumpulan diminta untuk mengelaskan organisma-organisma yang terdapat dalam lembaran kerja 1 tersebut kepada kumpulan organisma unisel atau multisel.

Lembaran kerja 1: Organisma unisel dan multisel

Perkembangan idea (15 minit) Wakil dari satu kumpulan dipilih oleh guru diminta untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka di hadapan kelas. Ahli kumpulan yang lain diminta untuk menyemak jawapan masing-masing. Guru membimbing apabila diperlukan. Guru memperkenalkan istilah mikroorganisma melalui PPTPembentangan hasil dapatan Lembaran kerja 1 oleh kumpulan yang terpilih

Penerangan berbentuk fakta yang mencirikan mikroorganisma unisel dan multisel dalam power point (PPT)

Penstrukturan semula idea [Penerokaan](20 minit) Setiap kumpulan diarahkan untuk memerhati organisma unisel yang terdapat dalam sampel air yang disediakan pada setiap stesen dan slaid multisel tersedia melalui mikroskop (rujuk lembaran 2). Murid diminta untuk melukis dan menamakan organisma yang dilihat melalui mikroskop dengan merujuk buku teks atau buku rujukan. Murid diminta untuk melawat setiap stesen untuk melihat setiap lukisan spesimen yang dilukis.

Lembaran 2

Stesen 1 : Air kolamStesen 2 : Air longkangStesen 3: Air SungaiStesen 4 : Air Tasik

Aplikasi Idea(20 minit) Murid diminta untuk menampalkan hasil kerja kumpulan masing-masing dari lawatan penerokaan di setiap stesen di papan putih yang telah disediakan oleh guru. Guru akan memilih satu hasil kerja aktiviti yang terbaik dan meminta dapatan penyampaian oleh ketua kumpulan yang terpilih tadi. Guru bersama murid membincangkan secara keseluruhan hasil dapatan aktiviti penerokaan setiap stesen dan membandingkan jawapan yang betul. Guru mengedarkan aktiviti dalam lembaran 3. Murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing. Guru meminta murid menampalkan hasil perbincangan kumpulan pada papan putih yang disediakan. Setiap kumpulan akan menyemak jawapan kumpulan lain dan memberi komen. Guru membuat peneguhan kepada jawapan yang betul.Lembaran 3

Penutup(10 minit) Murid diminta untuk menyatakan maksud organisma unisel dan multisel berserta dengan contoh mikroorganisma yang telah dilihat dalam aktiviti.

Persembahan dalam bentuk power point (PPT) mengenai:1. Istilah unisel dan multisel.2. Contoh-contoh organisma unisel dan multisel.

IBSE_RPH_B19

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Lembaran 1CONFIRMATION INQUIRY

LEMBARAN 11. Nyatakan samada organisma di bawah sebagai unisel atau multisel

PleurokokusParamesium ________________________________________

Spirogira_________________________________________

Klamidomonas___________________________________________

Hidra______________________________________

CADANGAN JAWAPAN LEMBARAN 1

1. Nyatakan samada organisma di bawah sebagai unisel atau multisel UniselUniselSpirogiraUniselMultiselUniselUnisel

HydraUniselMultisel

Lembaran 2ORGANISMA UNISEL DAN ORGANISMA MULTISEL

Aktiviti 1: Memerhati organisma unisel dan multisel melalui mikroskopA

Bahan dan peralatan:Mikroskop cahaya, slaid kaca, sisip kaca, penitis, 1% larutan yis, air kolam, air longkang, air tasik, air sungai, slaid tersedia organisma multisel

Prosedur:1. Dengan menggunakan penitis kaca, titiskan satu titik sampel air kolam di atas slaid.2. Letakkan sisip kaca di atas sampel air kolam.3. Lihat sampel air kolam tersebut melalui mikroskop cahaya.4. Lukiskan organisma yang dapat anda lihat.5. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan larutan yis, sampel air longkang, air tasik, air sungai dan slaid organisma multisel.6. Lihat slaid tersedia melalui mikroskop.7. Lukis organisma yang dapat anda lihat di dalam buku sains.8. Kenal pasti nama bagi setiap organisma yang anda lukis dengan merujuk buku teks atau buku rujukan.

Lembaran 3: Penilaian formatif (KBAT)

1. Seorang pelajar sedang leka memerhatikan kulat yang tumbuh di permukaan kayu yang lembab di bawah sebatang pokok manggis yang sangat rendang. Terdapat juga semut-semut yang berjalan sebaris menuju ke hujung batang kayu tersebut

a) Nyatakan dua perbezaan antara organisma unisel dan multisel?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________Pengetahuan (2 markah)

b) Apakah sifat yang sama yang terdapat pada kulat, pokok manggis, semut dan pelajar? Dan nyatakan samada organisma-organisma ini ialah organisma unisel atau multisel berdasarkan sifat yang telah dinyatakan?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________Analisis (2 markah)

c) Pada pendapat anda, mengapakah manusia dikelaskan sebagai organisma multisel sedangkan kejadian manusia berlaku bermula dengan hanya satu sel.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Penilaian (1 markah)

Cadangan jawapan pelajar

1.a) Organisma uniselOrganisma multisel

Organisma ringkasOrganisma kompleks

Organisma yang terdiri dari satu selOrganisma yang mempunyai lebih dari satu sel

Sangat kecil dan hanya dapat dilihat menggunakan mikroskopBoleh dilihat dengan mata kasar

b) Suatu organisma Boleh dilihat dengan mata kasar Organisma yang kompleks Organisma multisel

c) Kejadian manusia bermula dengan hanya pembentukan satu sel. Beberapa sel bergabung untuk menjadi tisu. Tisu akan membentuk organ dan seterusnya membentuk system yang kompleks. Oleh sebab itu, manusia dikelaskan sebagai organisma multisel kerana terdiri lebih dari satu sel seperti sel otot, sel darah merah dan sebagainya.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013