ibn qayyim

11
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH FALSAFAH NAMA :SITI ZAHARAH BINTI OTHMAN NO.MATRIK ;JEA080140 NAMA PENSYARAH ;PROF DR.AMRAN MUHAMMAD SEMESTER :1 SESI :2008/2009 NAMA FAKULTI :AKADEMI PENGAJIAN MELAYU NAMA UNIVERSITI :UNIVERSITI MALAYA

Upload: firda

Post on 07-Jun-2015

527 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

falsafah dan logika melayuIbn Qayyimsiti zaharah binti othman JEA080140

TRANSCRIPT

Page 1: Ibn Qayyim

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH

NAMA :SITI ZAHARAH BINTI OTHMAN

NO.MATRIK ;JEA080140

NAMA PENSYARAH ;PROF DR.AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER :1

SESI :2008/2009

NAMA FAKULTI :AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

NAMA UNIVERSITI :UNIVERSITI MALAYA

Page 2: Ibn Qayyim

PENGENALAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah atau nama asalnya Shams al-Din Abu`Abd Allah Muhammad bin Abu

Bakr bin Sa`ad dilahirkan pada 7 Safar 691H bersamaan 9 Januari 1292Mdi Damsyik.Beliau telah

menuntut ilmu-ilmu asas Islam daripada ayahnya yang mementingkan ilmu pengetahuan.Antara

tokoh ulama yang menjadi guru beliau ialah Qadi Sulayman bin Hamzah(711/1311M), Shaykh

Abu Bakr(718H/1318M), Abu al-Fath al-Bali(709H) dan ramai lagi ulama terkenal.Bidang

pengajian yang dipelajari oleh Ibn Qayyim mencakupi ilmu hadith,usul al-Fiqh, Fiqh dan tafsir al-

Quran yang mengangkat beliau sebagai tokoh ilmuan terkini.

Sumbangan agung beliau terutamanya dalam bidang tafsir ialah melalui penulisan Kitab al-

Tibyan fi Iqsam al`Quran, Tafsir al Muuawwizatayn serta Tafsir Surah al-Fatihah.Dalam bidang

hadith beliau telah menyumbangkan kitab seperti Tahdhib al-Siman, al-Wabilal Sayyab min al-

Kalam al-Tayyib dan sebagainya.Ibn Qayyim juga menulis beberapa kitab dalam bidang kalam

dan falsafah iaitu Shifa` a-`Alil fi Masa`il al-Qada`wa Al-Qadar Wa al-hikmah Wa al-Talil, Kitab

al-Ruh, dan banyak lagi.Selain itu beliau juga turut menyumbangkan bahan penulisan dalam

bidang tasawuf, sejarah, fiqh, dan usul fiqh yang menjadi rujukan kepada tokoh ulama pada masa

kini.

Page 3: Ibn Qayyim

FALSAFAH EKONOMI ISLAM

Ibn Qayyim sangat terkenal sebagai tokoh ilmuan yang tegas dalam menegakkan

pendapatnya.Beliau mempunyai pendirian yang tersendiri berkaitan dengan aspek ekonomi dan

perniagaan.Tokoh ini telah mengemukakan falsafah ekonomi islam yang mengandungi konsep ke

jalan keadilan dan nilai-nilai etika dalam ekonomi, aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian

buruh, pemilikan harta kekayaan oleh individu serta peranan kerajaan dalam ekonomi.

Berdasarkan pendirian Ibn Qayyim, beliau telah menggariskan asas kepercayaan Islam yang

baik.Beliau turut menegaskan bahawa Allah S.W.T merupakan sumber pedoman dan

petunjuk.Dalam bidang ekonomi, Ibn Qayyim menyifatkan bahawa manusia digambarkan sebagai

makhluk yang sifat, gelagat, dan tindakannya mementingkan diri sendiri, tamak, haloba serta

mementingkan aspek keuntungan dalam segala aktiviti ekonomi.Justeru itu, manusia

bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya dan Allah S.W.T menjadi pedoman atau petunjuk

ke jalan yang betul.

Beliau berpendapat bahawa kehidupan di dunia ni penuh cabaran.Cabaran yang mendatangi itu

merupakan ujian dan cubaan daripada pencipta yang Maha Agung,Allah S.W.T.Menurut

pandangan beliau lagi, ujian yang dikenakan kepada manusia itu boleh sama ada dalam bentuk

anugerah harta kekayaan ataupun diberikan kehidupan yang susah.Beliau memberi konsep yang

diskrit bahawa anugerah kekayaan yang dimiliki seseorang tidak mencetuskan maksud bahawa

Allah S.W.T saying kepadanya.Seiring dengan itu, ujian kemiskinan yang didatangi AllahS.W.T

sama sekali tidak bermaksud Allah S.W.T benci kepada seseorang.Kesenangan hidup seharusnya

tidak boleh di samakan dengan milikan harta kekayaan.

Page 4: Ibn Qayyim

Ibn Qayyim sememangnya banyak membincangkan falsafah yang berkaitan konsep faedah, riba

al-fadi, riba al-nasiah dan mekanisme pasaran.Beliau turut menekankan bahawa soal keadilan

merupakan teras utama dalam semua aspek kehidupan.Keadilan yang dimaksudkan oleh yang

menjadi matlamat utama syariah.Hal ini kerana syariah memgangkat prinsip keadilan, keberkatan

dan kebijaksanaan.Ibn Qayyim menegaskan bahawa setiap perkara yang melanggar prinsip

keadilan secara empirikalnya akan menyonsangkan keberkatan dan kebaikan kepada unsure

kelaknatan dan kejahatan.Beliau turut berfalsafah bahawa kebijaksanaan lahiriah dan zahiriah

seseorang itu boleh berubah kepada sesuatu yang tidak berfaedah kepada syariah sekiranya unsure-

unsur keadilan tidak dipraktikkan.

Pendekatan falsafah Ibn Qayyim dalam aspek ekonomi Islam turut menjelaskan nilai-nilai etika

yang baik amat penting dan menjadi asas utama orang Islam.Dalam menjalankan kegiatan

ekonomi, seseorang seharusnya mengikut garis panduan dalam syariah Islam dan mengabdikan

sepenuh ketaatan dirinya kepada Allah S.W.T.Antara nilai etika lain yang harus dimiliki seseorang

yang beragama Islam ialah sifat baik, jujur, amanah serta benar dalam menjalankan jegiatan

ekonomi.

Menurut pandangan beliau, nilai-nilai jahat seperti pembohongan ,penipuan ,rasuah dan

penyelewengan akan dapat dihindari dalam kehidupan sekiranya umat Islam mempraktikkan nilai

etika tersebut dengan penuh penghayatan yang mendalam.Sebaliknya, jika tidak diamalkan,

keadilan tidak akan wujud dan ini seterusnya membawa kepada ketidakberkatan dalam hidup.

Page 5: Ibn Qayyim

Dalam membincangkan falsafahnya, beliau turut menyentuh berkenaan sifat semulajadi

seseorang yang dikatakan mempengaruhi kejayaan atau kegagalan dalam hidup.Bagi beliau secara

logikanya, seseorang yang mempunyai sifat lahiriah yang suka berbohong adalah sukar untuk turut

mempengaruhi kehidupan perekonomian individu serta aspek-aspek lain dalam kehidupan.Intipati

penting yang dapat disimpulkan ialah pembohongan membawa kesan negatif yang mendalam

kepada umat Islam

Ibn Qayyim turut menyatakan bahawa akibat daripada ketidaktaatan dan kejahatan ,seseorang

akan menanggung impak dosa yang besar.Jasad dan roh dikatakan akan menbawa kerosakan hidup

di dunia dan akhirat.Unsur-unsur negatif seperti penipuan dan ketidakjujuran perlu dihapuskan

bagi mewujudkan keadaan yang tenteram dalam masyarakat.Hal ini demikian kerana kehidupan

yang huru-hara disebabkan oleh kecurigaan akan melembapkan kegiatan ekonomi.

Selain itu, Ibn Qayyim menegaskan bahawa nilai-nilai etika yang baik akan menjamin

keselamatan dalam masyarakat.Keselamatan yang wujud secara telusnya menggalakkan semangat

kerjasama bermasyarakat dalam proses pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.Seterusnya,

masyarakat akan dapat mengubah taraf hidup kepada kehidupan yang lebih mewah.Falsafah beliau

selanjutnya adalah berkaitan campur tangan kerajaan dalam pemilikan harta kekayaan.Pandangam

beliau, seseorang yang menggunakan harta kekayaan dengan cara yang tidak baik tidak akan

memberikan faedah kepada masyarakat akan diambil tindakan undang-undang.

Page 6: Ibn Qayyim

KESIMPULAN

Ibn Qayyim bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam dan merupakan tokoh ulama

yang telah banyak memberikan sunbangan kepada umat Islam.Pemikiran dan sumbangan beliau

dalam falsafah ekonomi Islam banyak mengungkap pelbagai konsep yang berkaitan ekonomi,

zakat, konsep faedah dan mekanisme pasaran.Falsafah beliau juga menjadi ikutan dan amalan

masyarakat di mana teori beliau mengatakan bahawa apabila ketidakstabilan ekonomi berlaku,

secara langsungnya kegiatan ekonomi akan turut menguncup.

Secara holistic, pemikiran beliau banyak menyentuh kearah pembentukan nilai-nilai yang positif

serta mengadunkan aspek ketaatan kepada agama sebagai asas utama kehidupan.Jelas beberapa

aspek dalam falsafah ekonomi Islam yang dihuraikan oleh Ibn Qayyim merupakan teras dan

prinsip ekonomi Islam yang membezakannya dengan falsafah ekonomi konvensional.

Page 7: Ibn Qayyim

BIBLIOGRAFI

Sharaf al-Din,Abd al-Azim.1967.Ibn Qayyim al-Jawziyyah:Asruhuwa- ManhajuhuaWa-ara`uhu fi al-Fiqh Wa-al`-aqaid Wa al-Tasawuf.Maktabat a-Kulliyatul Azhariah.

http://www.alhakelantan.tripod.com/tokoh

Page 8: Ibn Qayyim