iaktivit

10
Aktiviti sukan ini merupakan kerjaya utama mereka yang akan menjanakan pendapatan serta menjadi pekerjaan sepenuh masa mereka. Pekerjaan dalam pengurusan sukan, perniagaan sukan, dan aktiviti lain yang

Upload: jahir-korotok

Post on 10-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

iAktivit

TRANSCRIPT

Aktiviti sukan ini merupakan kerjayautama mereka yang akan menjanakan pendapatan serta menjadi pekerjaan sepenuh masa mereka. Pekerjaandalam pengurusan sukan, perniagaan sukan, dan aktiviti lain yang melibatkan sukan tidak pula didefinisikan berkerjaya sebagai ahli sukan. Berdasarkan definisi tersebut, kerjaya sebagai ahli sukan hanya akan menggunakan kemahiran sukan untuk menjanakan pendapatan utama yang akan menyara kehidupan mereka. Hal ini bermakna seseorang yang memilih sukan sebagai kerjaya perlu menghadapi risiko yang besar sekiranya mereka tidak mampu menggunakan kemahiran sukan tersebut sebaik-baiknya. Hal ini dikatakan demikian kerana prestasi semasa akan mempengaruhi pendapatan utama mereka. Hal ini juga yang mempengaruhi persepsi masyarakat di Malaysia tentang kerjaya sebagai ahli sukan. Cabaran utama bagi seseorang yang memilih bidang sukan sebagai kerjaya ialah memastikan kecergasan fizikal dan mental yang perlu sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Sebagai ahli sukan, seseorang perlu mencapai tahap kecergasan fizikal yang mantap.Semua jenis sukan memerlukan tahap kesihatan fizikal yang baik. Selain itu, tahap kecergasan mental juga perlu sentiasa terkawal. Seseorang ahli sukan yang berjaya seharusnya bijak mengasingkan kehidupan peribadi daripada prestasi mereka dalamsukan. Kegagalan mengurus tekanan akan mempengaruhi prestasi seseorang ahli sukan. Cabaran seterusnya ialah sebagai seorang ahli sukan yang berjaya, mereka amat memerlukan dorongan serta sokongan daripada semua pihak, terutamanya ahli keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana kejayaan seseorang ahli sukan bukan mudah untuk dikecap. Proses mencipta kejayaan dalam bidang sukan biasanya bermula daripada peringkat usia yang muda. Daripada peringkat kanak-kanak lagi, mereka telah diasuh dan diberi latihan yang lengkap tentang sukan yang diminati. Proses ini memerlukan kesungguhan yang baik daripada ahli keluarga, terutamanya ibu bapa.