i web viewteks pengacara majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas perpustakaan smk kubor...

3
~Nor Zaihan Bt Muhd Yusof~5A’2013 TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SMK KUBOR PANJANG BAGI TAHUN 2013 Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in. Dari Johor hendak ke Pekan, Singgah di Lipis membeli haruan, Semanis senyuman kami hamparkan, Buat bingkisan salam pertemuan. Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Yang Berusaha, Encik Zainol Bin Mat, Tuan Pengetua Encik Mohamad Zabidi Bin Yahya, Penolong Kanan Pentadbiran Encik Dahlan Bin Ishak , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Sharipah bt Mad Isa, Penolong Kanan Kokurikulum Guru-guru Kanan, Guru-guru, Lembaga Pengawas Perpustakaan SMK Kubor Panjang serta para pelajar SMK Kubor Panjang. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis

Upload: vanthu

Post on 06-Feb-2018

263 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: i   Web viewTEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SMK KUBOR PANJANG BAGI TAHUN

~Nor Zaihan Bt Muhd Yusof~5A’2013

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SMK KUBOR

PANJANG BAGI TAHUN 2013

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in. 

Dari Johor hendak ke Pekan,Singgah di Lipis membeli haruan,

Semanis senyuman kami hamparkan,Buat bingkisan salam pertemuan.

 Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Berusaha, Encik Zainol Bin Mat, Tuan Pengetua

Encik Mohamad Zabidi Bin Yahya, Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Dahlan Bin Ishak , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Sharipah bt Mad Isa, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan,

Guru-guru,

Lembaga Pengawas Perpustakaan SMK Kubor Panjang

serta para pelajar SMK Kubor Panjang.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas Perpustakaan SMK Kubor Panjang bagi sesi 2013.

Maka, bagi meneruskan acara, majlis dengan sembah takzimnya menjemput oleh Encik Mohamad Zabidi Bin Yahya untuk mengiringi Yang Berusaha, Encik Zainol Bin Mat, Tuan Pengetua SMK Kubor Panjang bagi menyampaikan watikah perlantikan kepada pengawas – pengawas perpustakaan yang telah dipilih. Dipersilakan.

Penyampaian watikah dimulakan dengan,

Page 2: i   Web viewTEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SMK KUBOR PANJANG BAGI TAHUN

~Nor Zaihan Bt Muhd Yusof~5A’2013

Terima kasih diucapkan kepada Encik Zainol bin Mat di atas kesudian menyempurnakan Majlis Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas Perpustakaan SMK Kubor Panjang bagi sesi 2013.

Dengan berakhirnya penyampaian watikah itu tadi maka berakhirlah Majlis Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas Perpustakaan SMK Kubor Panjang bagi sesi 2013. Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas pusat sumber dalam melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkan.

Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Pengetua, guru-guru Penolong Kanan , guru-guru serta murid-murid sekalian atas kerjasamadan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Tuan puteri pergi ke RasahPulang semula sebelah pagi

Kita bertemu akhirnya berpisahDi lain acara bersua lagi

Gunung Pantai tinggi mengawan,Nampak dari Padang Temu,

Sampai di sini tinggallah tuan,Ada hayat kita bertemu.

Sekian, dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hita’alawabarakatuh, saya serahkan kembali majlis kepada pengawas bertugas.