i-think

Upload: nur-farhanim

Post on 08-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tutorial

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN FORMATIFKONSEPUjiandalam bentukformal dan tidak formal bagi kesan kemajuan dan penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran.TUJUANKenalpastitahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya membaiki kelemahan yang wujud.SepanjangP&PWAKTUKAEDAHSELEPAS

Membaiki kelemahan murid dengan serta merta dengan mengulangi topik(pemulihan) dan pengukuhan (pengayaan).

Dengan menggunakan pensil dan kertas dan biasanya tidak formal seperti pemerhatian, soaljawab, tugasan danlatihan.

PENTAKSIRAN SUMATIFKONSEPUjian formal bagi kesan pencapaian murid bagi tempoh tertentu persekolahan.TUJUANMengenal pasti pencapaian murid untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya berikan gred dan skor murid.Selepas beberapa topik Pembelajaran tengah atau akhir tahunWAKTUKAEDAHSELEPAS

Tempatkan murid ikut group pencapaian yang sesuai dan memberikan pengiktirafan seperti sijil, hadiah dan sebagainya.Menggunakan kaedah formal dengan menggunakan pensil, kertas, lisandan berkumpulan.

Aras PemahamanObjektif domain ini ialah kefahaman yang bermaksud pelajar perlu menjelaskan pengetahuan secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mentel berkait dengan kefahaman misalnya terjemahan,tafsiran. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan jenis ini ialah huraikan,bandingkan,nyatakan, bezakan dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri.

Aras PengetahuanAras pengetahuan ialah aras yang paling ringkas dalam domain kognitif. Soalan aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah siapa, apa, dimana, bila dan beri definisi.

Aras PenilaianDalam aras ini, pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang hendak dinilai mestilah baharu dan tidak pernah disentuh. Perkataan yang sering digunakan ialah pertimbangkan, tafsirkan, tentukan dan pertahankan.

Aras Aplikasi.Pada peringkat ini,pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu prinsip, menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru. Perkataan ang sering digunakan ialah pilih, buat, kira, selesaikan.

ARAS KOGNITIF TAKSONOMIBLOOM

Aras SintesisSintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak perlu teliti kerana akan membataskan kreativiti. Perkataan yang kerap digunakan ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku.

Aras AnalisisPeringkat Analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan. Situasi mestilah baru, tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran kritik tetapi bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.

1