i-think

28
Pemetaan i-Think

Upload: haziq-zaidel

Post on 14-Nov-2015

240 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Pemetaan i-Think

6 ciri utama yang perlu ada pada setiap murid :

ETIKA DAN KEROHANIANKEMAHIRAN DWIBAHASAKEMAHIRAN MEMIMPINPENGETAHUANKEMAHIRAN BERFIKIRIDENTITI NASIONAL i-THINK membawa maksud Innovative THINKing (Pemikiran Inovatif)

Program i-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif, kritis serta inovatif APA ITU i-THINK?? TUJUAN

SEBAB

Murid di Malaysia mempunyai pengetahuan tetapi tidak dapat mengaplikasi pengetahuan mereka. Dapatan United Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) guru hanya mengajar untuk peperiksaan sahaja.Dapatan kajian keperluan (2011) menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking Skills) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.Langkah-langkah

Peta bulatan membantu aktiviti menyenaraikan semua yang diketahui tentang idea yang tertentu supaya idea tersebut boleh diterokai

PETA BULATAN(Circle Map)

Peta buih dapat membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea dengan menyenaraikan kata adjektif.

PETA BUIH(Bubble Map)

PETA BUIH BERGANDA(Double Bubble) Peta buih berganda membantu menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara dua idea supaya dapat membezakan kedua-dua idea dengan membanding dan membeza idea tersebut.

Peta pokok membantu menyusun maklumat supaya berada dalam kumpulan yang berbeza agar kita boleh memahami maklumat tersebut dalam gambaran secara menyeluruh.PETA POKOK(Tree Map)

Peta dakap membantu memecahkan sesuatu idea kepada ciri-ciri utama supaya kita dapat memahami fungsi idea tersebut.PETA DAKAP(Brace Map)

Peta alir membantu menyenaraikan langkah-langkah yang terdapat dalam sesuatu proses supaya kita dapat memahami dengan mudah proses tersebutPETA ALIR(Flow Map)

Peta pelbagai alir membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa agar kita boleh memahami akibat terhadap tindakan yang diambil dan mengetahui cara untuk mengubahnya.PETA PELBAGAI ALIR(Multi Flow Map)

Peta titi membantu menyenaraikan pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama lain supaya kita dapat memahami sesuatu perkara di mana mempunyai hubungan yang serupaPETA TITI(Bridge Map)