husnu zhon

26
HUSNUZON… Bismillahirrahmannirrahim.. …Satu perkataan yang seakan memberi mesej kepada kita untuk sentiasa berfikiran positif. Husnuzon ertinya bersangka baik dan lawannya Su’uzon yang ertinya bersangka buruk. Sifat bersangka baik sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan harus dipraktikkan dalam harian kita. Terutamanya dalam kehidupan kita, apabila kita memperolehi sesuatu informasi, tidak kiralah sama ada berita yang buruk mahupun berita yang baik, seharusnya kita selidik dahulu tentang informasi tersebut. Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya. Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ,ayat 6 : “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Contohnya, rakan sebilik kita yang suka berhadapan dengan komputer ribanya 24 jam, dalam hati kita terbisik, “Eh, dia ni selalu buang masa duduk mengadap komputer, tengah chatting dengan boyfriend la tu. ” Atau pun, apabila kita melihat kawan A kita yang selalu jalan berseorangan, mesti hati kita terdetik, ” Kasihan dia ni selalu berseorangan, tu la, sombong sangat! nak jadi alim la tu tak nak bergaul dengan orang lain.” Secara automatiknya, kita telah bersangka buruk terhadap orang lain. Dan dengan Suuzon ini jugalah kita dicatatkan sebagai dosa kecil kerana telah mengutuk orang, walaupun melalui hati. Barangkali kawan yang kita sangkakan membuang masa berhadapan dengan komputer sedang membincangkan tentang pelajaran melalui laman “messenger” atau sedang menyiapkan kerja kerja assignment? siapa tahu? Boleh jadi juga orang yang kita lihat selalu berseorangan, sebenarnya sedang dalam diam berzikir kepada Allah, atau menjaga batasnya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan mungkin juga dia mempunyai masalah dan mahu bersendirian. Siapa tahu? Oleh itu, jauhilah daripada bersangka buruk terhadap orang lain. Seperti di dalam hadis: “Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” -HR. Muttafaqun alaihi. Selain daripada itu, kita sebagai seorang muslim seharusnya ber-husnuzon terhadap Allah SWT. Memang benar, kadang kala, apa yang kita hajat atau idam-idamkan, tak selalu dimiliki. Sebagai refleksi, sebelum kita menempuh peperiksaan, pelbagai cara dan usaha telah kita lakukan. Study

Upload: suhaila-abd-ghani

Post on 03-Jul-2015

200 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUSNU ZHON

HUSNUZON…

Bismillahirrahmannirrahim..

…Satu perkataan yang seakan memberi mesej kepada kita untuk sentiasa berfikiran positif. Husnuzon ertinya bersangka baik dan lawannya Su’uzon yang ertinya bersangka buruk.Sifat bersangka baik sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan harus dipraktikkan dalam harian kita. Terutamanya dalam kehidupan kita, apabila kita memperolehi sesuatu informasi, tidak kiralah sama ada berita yang buruk mahupun berita yang baik, seharusnya kita selidik dahulu tentang informasi tersebut.Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya. Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ,ayat 6 :“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Contohnya, rakan sebilik kita yang suka berhadapan dengan komputer ribanya 24 jam, dalam hati kita terbisik, “Eh, dia ni selalu buang masa duduk mengadap komputer, tengah chatting dengan boyfriend la tu. ” Atau pun, apabila kita melihat kawan A kita yang selalu jalan berseorangan, mesti hati kita terdetik,” Kasihan dia ni selalu berseorangan, tu la, sombong sangat! nak jadi alim la tu tak nak bergaul dengan orang lain.”Secara automatiknya, kita telah bersangka buruk terhadap orang lain. Dan dengan Suuzon ini jugalah kita dicatatkan sebagai dosa kecil kerana telah mengutuk orang, walaupun melalui hati. Barangkali kawan yang kita sangkakan membuang masa berhadapan dengan komputer sedang membincangkan tentang pelajaran melalui laman “messenger” atau sedang menyiapkan kerja kerja assignment? siapa tahu? Boleh jadi juga orang yang kita lihat selalu berseorangan, sebenarnya sedang dalam diam berzikir kepada Allah, atau menjaga batasnya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan mungkin juga dia mempunyai masalah dan mahu bersendirian. Siapa tahu? Oleh itu, jauhilah daripada bersangka buruk terhadap orang lain. Seperti di dalam hadis:“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” -HR. Muttafaqun alaihi.Selain daripada itu, kita sebagai seorang muslim seharusnya ber-husnuzon terhadap Allah SWT. Memang benar, kadang kala, apa yang kita hajat atau idam-idamkan, tak selalu dimiliki. Sebagai refleksi, sebelum kita menempuh peperiksaan, pelbagai cara dan usaha telah kita lakukan. Study hard, work hard, burn the midnight oil, Stay up dan sebagainya. Kita bertungkus lumus berusaha agar kita berjaya dengan cemerlang. Namun, apabila keputusan peperiksaan keluar, kita kecundang dan kecewa.Ingatlah, kita mesti sentiasa husnuzon. Mungkin Allah mahu memberi ujian kepada kita dalam bentuk yang begini kerana Dia sayang akan hambaNya. Mungkin juga, kerana Dia tidak mahu kita menjadi seorang yang riak dan takbur dengan keputusan yang cemerlang yang diperolehi atau mungkin juga, Dia mahu hamba hambaNya sentiasa merintih berdoa kepadaNya menjadikan mereka lebih dekat denganNya. Merujuk kepada ayat Al-Quran surah Al-Ankabut, ayat 2-3“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 ;“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Page 2: HUSNU ZHON

Oleh yang demikian, ber-husnuzonlah dengan Allah, bahkan dalam apa jua situasi pun. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara, tidak kira dalam kehidupan dan ketika bergaul dengan manusia. Memang benar kata pepatah, banyak manusia, banyak ragam. Jadi, janganlah kita berprasangka buruk terhadap orang lain. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12.“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”

Page 3: HUSNU ZHON

Keutamaan Berharap dan Takut Serta Bersangka Baik Kepada Allah

Ustadz Abdullah bin Taslim. MA

�س� ع�ن� �ن �ن أ �ى أ ب الن r اب� ع�ل�ى د�خ�ل� �م�و�ت� ف�ى و�ه�و� ش� �ف� »ف�ق�ال� ال �ي ؟ ك �ج�د�ك� ه�: ق�ال�«. ت �ا و�الل ول� ي س� ه�، ر� �ن0ى الل ج�و إ ر�� أ

ه� �ن0ى الل �خ�اف� و�إ �وب�ي أ ول� ف�ق�ال�. ذ�ن س� ه� ر� الل r » � �م�ع�ان� ال �ج�ت �د� ق�ل�ب� ف�ى ي �ل� ف�ى ع�ب �م�و�ط�ن� ه�ذ�ا م�ث ال �ال ع�ط�اه� إ� ه� أ م�ا الل

ج�و �ر� �ه� ي �خ�اف� م�ما و�آم�ن وغيرهما ماجه وابن الترمذي رواه« ي .

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjenguk seorang pemuda yang sedang menjelang sakaratul maut (saat menjelang kematian), maka beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada pemuda tersebut: “Apa yang kamu rasakan (dalam hatimu) saat ini?”. Dia menjawab: “Demi Allah wahai Rasulullah, sungguh (saat ini) aku (benar-benar) mengharapkan (rahmat) Allah dan aku (benar-benar) takut akan (siksaan-Nya akibat dari) dosa-dosaku”. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidaklah terkumpul dua sifat ini (berharap dan takut) dalam hati seorang hamba dalam kondisi seperti ini kecuali Allah akan memberikan apa yang diharapkannya dan menyelamatkannya dari apa yang ditakutkannya”[1].Hadits yang agung ini menunjukkan keutamaan adanya sifat berharap dan takut kepada Allah secara seimbang dalam diri seorang hamba, sekaligus menunjukkan keutamaan bersangka baik kepada Allah Ta’ala, terutama pada waktu sakit dan saat menjelang kematian[2], sebagaimana perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Janganlah salah seorang dari kalian meninggal dunia kecuali dalam keadaan dia bersangka baik kepada Allah Ta’ala”[3].

Beberapa faidah penting yang terkandung dalam hadits ini:- Dua sifat inilah yang dimiliki oleh hamba-hamba Allah yang paling mulia di sisi-Nya, para Nabi dan Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga Allah Ta’ala memuji mereka dalam firman-Nya:

{ ه�م� �ن �وا إ �ان ار�ع�ون� ك �س� ات� ف�ي ي �ر� �خ�ي �ا ال �ن �د�ع�ون Iا و�ي غ�ب Iا ر� ه�ب �وا و�ر� �ان �ا و�ك �ن ع�ين� ل خ�اش� }

“Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka (selalu) berdoa kepada Kami dengan (perasaan) harap dan takut. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’” (QS al-Anbiyaa’:90).

- Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata: “Yang dimaksud dengan ar-raja’ (berharap) adalah bahwa jika seorang hamba melakukan kesalahan (dosa atau kurang dalam melaksanakan perintah Allah) maka hendaknya dia bersangka baik kepada-Nya dan berharap agar Dia menghgapuskan (mengampuni) dosanya, demikian pula ketika dia melakukan ketaatan (kepada-Nya) dia berharap agar Allah menerimanya. Adapun orang yang bergelimang dalam kemaksiatan kemudian dia berharap Allah tidak menyiksanya (pada hari kiamat) tanpa ada rasa penyesalan dan (kesadaran untuk) meninggalkan perbuatan maksiat (tanpa melakukan taubat yang benar kepada Allah), maka ini adalah orang yang tertipu (oleh syaitan)” [4].

- Imam Hasan al-Bashri rahimahullah berkata: “Orang mukmin bersangka baik kepada Rabb-nya (Allah Ta’ala) maka diapun memperbaiki amal perbuatannya, sedangkan orang orang kafir dan munafik bersangka buruk kepada Allah maka merekapun memperburuk amal perbuatan mereka” [5].- Sebagian dari para ulama menjelaskan bahwa dalam kondisi sehat lebih utama menguatkan sifat al-khauf (takut) daripada ar-raja’ (berharap), agar seseorang tidak mudah lalai dan lebih semangat dalam beramal shaleh. Adapun ketika sakit, apalagi saat menjelang kematian, lebih utama menguatkan sifat ar-raja’ (berharap) untuk menumbuhkan persangkaan baik kepada Allah Azza wa jalla[6].Artikel: ibnuabbaskendari.wordpress.com

Page 4: HUSNU ZHON

Nota Kaki:

[1] HR at-Tirmidzi (no. 983), Ibnu Majah (no. 4261) dan al-Baihaqi dalam “Syu’abul iman” (no. 1001 dan 1002), dinyatakan hasan oleh imam at-Tirmidzi, al-Mundziri dan Syaikh al-Albani dalam “Shahihut targiib wat tarhiib” (no. 3383). [2] Lihat kitab “Fathul Baari” (11/301), “Shahihut targib wat tarhib” (3/174) dan “Ahkaamul Jana-iz (hal. 11).[3] HSR Muslim (no. 2877).[4] Kitab “Fathul Baari”.[5] Dinukil oleh imam Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsir beliau (4/121).[6] Lihat kitab “Fathul Baari” (11/301) dan “Faidhul Qadiir” (2/70).

Page 5: HUSNU ZHON

Mutiara-mutiara Indah Dari Hadis-hadis Rasulullah (s.a.w.)

Dalam buku “Halatu Ahli Al-Haqiqah Ma’a Allah”Karangan Imam Ahmad Ar-Rifa’ie rahimahullah

Hadis Kedua: Amal Persiapan Untuk Menghadapi Hari Setelah Kematian Dari Abi Ya’la bin Syaddad bin Aus r.a., bahawasanya beliau pernah berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud): “Orang yang bijak ialah orang yang melawan nafsunya dan beramal untuk selepas kematiannya. Adapun orang yang tidak pandai (lemah) ialah, orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan dengan Allah s.w.t.” Hadis riwayat At-Tirmizi r.a., Ahmad r.a., Ibn Majah r.a., Al-Hakim r.a., dan Imam Ar-Rifa’ie r.a. di dalam buku beliau “Al-Halah” tersebut. Sheikh Imam Ar-Rifa’ie seterusnya menerangkan bahawa: “Amal yang dimaksudkan di dalam hadis ini, dari sudut rahsianya, ialah makrifat (mengenal Allah s.w.t.). As-Sheikh seterusnya mengulas bahawa, memanglah makrifatullah (mengenal Allah s.w.t.) itu dari hamba tersebut (atau natijah dari amal seseorang hamba tersebut). Tetapi, Allah s.w.t. lah sebenarnya yang memperkenalkan diri-Nya kepada hamba yang mempunyai marifatullah tersebut. Sesungguhnya, ia merupakan semulia-mulia dan sebesar-besar hadiah dari Allah s.w.t. kepada para hamba-Nya. Jika Allah s.w.t. ingin memilih seseorang hamba-Nya dari kalangan para hamba-Nya yang lain, dan memberi kelebihan kepadanya berbanding yang lain, dan untuk menyingkap kepadanya rahsia-Nya dengan mentari makrifat, maka Allah s.w.t. akan memandangnya dengan mata (pandangan) kemurahan dan rahmat-Nya, mumbuka kepadanya pintu hidayah, dan kemudian memuliakannya dengan kesedaran, mengejutnya dari tidur orang-orang yang lalai (kelalaian dengan menyibukkan diri dalam mencari selain dari Allah s.w.t.), melapangkan hatinya, menghidupkan hatinya dengan kefahaman (bahawa seseorang tidak akan sampai kepada Allah s.w.t. melainkan dengan ketaatan-syarah Sheikh Muhammad Adib Al-Jadir), menjauhkan darinya kesamaran, memuliakannya dengan kehidupan (hati), ketakutan (kepada Allah s.w.t.) dan keyakinan (terhadap-Nya), dan menjauhkan darinya syak. “Apabila terhimpunnya tanda-tanda tersebut di dalam diri seseorang, maka bersinarlah sanubarinya dengan cahaya, maka dia melihat apa yang di sebalik hijab jabarut, syurga pun merinduinya sedangkan neraka pula tidak berkehendak kepadanya. Seandainya makrifat ini dsulam di atas sesuatu, nescaya orang-orang yang melihatnya akan mati kerana kilauan kecantikan dan keindahannya.” (Alfaqir menulis dengan izin-Nya): Dari penjelasan As-Sheikh r.a., sebenarnya, seseorang hamba sebenarnya mengenal Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t.lah yang memperkenalkan diri-Nya kepada hamba tersebut. Oleh yang demikian, Allah s.w.t.lah yang memilih orang-orang tertentu dari kalangan para hamba-Nya, untuk mendapat makrifatullah. Jika Allah s.w.t. inginkan seseorang hamba itu mengenali-Nya, maka Dia akan mempermudahkan jalan hamba tersebut untuk mengenali-Nya, dengan pelbagai kenikmatan. Di antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah, di mana Allah s.w.t. membangkitkan suatu perasaan kesedaran dan keinsafan dalam diri seseorang hamba tersebut, lantaran kelalaiannya yang lalu. Bertolak dari kesedaran inilah, akhirnya seseorang hamba tersebut mula mengorak langkah baru dalam melangkah menuju-Nya dengan

Page 6: HUSNU ZHON

kejernihan hati, setelah mana ia memahami bahawa, “hidup dan matinya sebenarnya dari Allah s.w.t., untuk Allah s.w.t. dan kerana Allah s.w.t. dengan izin Allah s.w.t..” Hal yang sedemikian ibarat suatu U-Turn bagi seseorang hamba-Nya yang dahulunya lemas di dalam sungai kelalaian, sehingga akhirnya hanyut dibawa arus Ar-Rahman, untuk menyelamatkannya ke samudera makrifatullah di penghujungnya. Jadi, ini juga memberi motivasi kepada mereka yang terjerumus ke dalam lembah maksiat dan noda dosa kelalaian, untuk bersegara dalam berpatah balik menuju Allah s.w.t. dengan kembali mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, dengan pintu taubat sebagai permulaannya. Hal ini kerana, disebalik maksiat yang dilakukan oleh seseorang hamba Allah s.w.t., ada pelbagai rahsia dan hikmah yang tersembunyi. Kadang-kala, maksiat merupakan satu batu loncatan bagi seseorang hamba Allah s.w.t. yang dikasihi-Nya, untuk terus mempertingkatkan dirinya di hadrah-Nya. Oleh kerana itu, banyak para sulama’ sufi mengingatkan kita bahawa, di sebalik maksiat juga, kadang-kala tersembunyi rahsia dan hikmah dalam meningkatkan martabat seseorang hamba Allah s.w.t.. Maksiat terbahagi kepada dua, iaitu untuk merendahkan darjat seseorang dan untuk meninggikan darjat seseorang. Di antara contoh maksiat yang di sebaliknya tersimpan rahsia untuk meninggikan darjat seseorang ialah maksiat yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s. takkala baginda a.s. memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah s.w.t.. Ia sebenarnya telah disusun oleh Allah s.w.t. untuk menjadi sebab untuk menurunkan Adam a.s. ke dunia untuk melantiknya menjadi khalifah dan Nabi yang diberi amanah yang merupakan kemuliaan kepada baginda a.s.. Banyak juga para auliya’ yang pernah tenggelam di dalam lautan syahwat dan lemas dalam gelora maksiat, kemudian berjaya keluar darinya seterusnya mencapai tahap dan maqam yang tinggi di sisi Allah s.w.t., seperti Malik bin Dinar r.a., Ibrahim bin Adham r.a. dan sebagainya. Rahsianya, maksiat merupakan suatu penyebab untuk seseorang hamba-Nya meningkatkan hubungannya dengan Allah s.w.t., jika hamba tersebut bersifat rendah diri di hadrah Ilahi s.w.t. dan sanggup untuk mengaku salah dan menyalahkan diri sendiri di hadapan Allah s.w.t. dengan taubat nasuha. Taubat merupakan kunci terbesar seseorang untuk berjinak-jinak di hadrah Ilahi s.w.t. dengan tangisan munajat dan mempersembahkan kehinaan diri di hadapan Allah s.w.t.. Seseorang hamba yang bersifat rendah diri di hadapan Allah s.w.t., merupakan antara mereka yang diaturkan maksiat ke atas diri mereka untuk meningkatkan lagi maqam mereka di sisi Allah s.w.t.. Antara tanda-tanda golongan yang mendapat rahmat ini adalah, mereka tidak memandang kecil sesuatu dosa tersebut, bersifat menyalahkan diri sendiri dengan dosa yang dilakukan, bersegera dalam bertaubat setelah melakukan dosa, merendah diri di hadapan Allah s.w.t. dengan taubat nasuha, mengakui kezaliman diri sendiri di hadapan Allah s.w.t. dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah s.w.t. serta sentiasa mengadu kepada Allah s.w.t. dan menzahirkan ketergantungan kita kepada-Nya. Rahsia ciri-ciri ini dapat dirasai apabila kita menghayati doa-doa dan munajat para Rasul a.s.. Lihatlah doa dan taubat Nabi Adam a.s. setelah melakukan kesalahan, di hadapan Allah s.w.t.. Doa baginda a.s.: “Wahai Tuhan kami, kami menzalimi diri sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan merahmati (mengasihi kami), sudah pasti kami termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi”.

Page 7: HUSNU ZHON

Doa ini merupakan doa yang diajarkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam a.s. untuk berdoa dan memohon ampun kepada-Nya. Dalam doa tersebut, mengandungi rahsia-rahsia dan tanda-tanda yang disebutkan sebelum ini, antaranya: Baginda a.s. berdoa: “Wahai Tuhan kami, kami menzalimi diri-sendiri…” Di sini, jelaslah bahawa, Nabi Adam a.s. menyalahkan diri sendiri dan mengakui kesalahannya di hadapan Allah s.w.t.. Dalam doa baginda a.s. lagi: “…kalau Engkau tidak mengampuni dan merahmati kami, sudah pasti kami termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi” Di sini juga menunjukkan sifat rendah diri Nabi Adam a.s. di hadapan Allah s.w.t. dan sifat menzahirkan kebergantungan diri kepada Allah s.w.t., yang mana, tanpa rahmat dari-Nya, nescaya baginda a.s. (bahkan kita semua) termasuk dari kalangan golongan yang rugi. Lihatlah pula doa Nabi Yunus a.s. di dalam perut ikan nun seraya berdoa: “Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau (wahai Allah s.w.t.), sesungguhnya aku termasuk dari golongan orang-orang yang zalim”. Dalam doa Nabi Yunus a.s. ini juga mengandungi rahsia kerendahan diri yang amat tinggi di mana, baginda a.s. memuji kebesaran Allah s.w.t. walaupun baginda a.s. diuji dengan ujian yang amat mencabar, tetapi masih melihat Allah s.w.t. sebagai Tuhannya yang Maha Mulia. Ini menunjukkan sikap husnu zhon (baik sangka) kepada Allah s.w.t. di sebalik setiap yang ditentukan oleh-Nya ke atas kita, yang diajarkan oleh Nabi Yunus a.s.. Di samping itu juga, tersimpan makna yang agung di dalam doa ini, yang menunjukkan sifat menyalahkan diri sendiri yang menjadi ciri-ciri paling utama bagi golongan yang mendapat rahmat Allah s.w.t. di sebalik kesalahan dan maksiat yang dilakukan. Nabi Yunus a.s. menunjukkan contoh di mana, baginda a.s. mengakui bahawasanya diri sendiri termasuk dari golongan orang-orang yang zalim, walaupun pada hakikatnya baginda a.s. seorang Nabi dan Rasul yang ma’shum. Bagi mereka yang mampu merasai zauq (perasaan) yang tersembunyi dalam doa ini, mereka pasti akan dapat merasai banyak lagi sifat-sifat kerendahan diri dan kehambaan di dalam doa ini, dan semoga Allah s.w.t. menjadikan kita dari kalangan mereka yang merasainya dan seterusnya merasai-Nya. Antara munajat lain yang mengandungi rahsia kehambaan yang tinggi ialah munajat Saidina Rasulillah s.a.w. yang dinisbahkan kepada Nabi Adam a.s., dan digelar sebagai Saiyyiidul Istighfar (penghulu bagi Istighfar) iaitu: “Allahumma Anta Rabbi La Ilaha Illa Anta…” dan seterusnya… Dalam munajat ini mengandungi sejumlah rahsia kehambaan dan kerendahan diri yang amat agung sehingga tidak termuat di dalam kesempatan yang pendek ini untuk mengeluarkannya dan menukilkannya di samping ketiadak layakan alfaqir (penulis) untuk memperkatakan tentangnya kerana kejahilan alfaqir sendiri di samping kehinaan alfaqir di hadapan-Nya. Demikianlah sedikit penerangan di mana, kadang-kala, maksiat juga sebenarnya merupakan pintu bagi peningkatan seseorang hamba yang bersifat dengan sifat-sifat kehambaan yang sejati di hadapan Allah s.w.t. di samping bersegera dalam bertaubat dengan taubat nasuha dan berazam dengan sekuat-kuat azam untuk tidak kembali melakukan dosa dan maksiat tersebut.

Page 8: HUSNU ZHON

Berbeza pula dengan golongan yang ditimpakan maksiat ke atasnya untuk menjatuhkan mereka dan merendahkan martabat mereka hasil dari kezaliman dan kesombongan mereka sendiri, sedangkan Maha Suci Allah s.w.t. dari perbuatan-perbuatan yang zalim. Maksiat pula merupakan pintu kejatuhan seseorang hamba sekiranya hamba tersebut merupakan seseorang yang mempunyai sikap sombong dan bongkak dalam diri sendiri dan merasakan diri sendiri paling baik. Sifat sombong dan bongkak inilah yang menghalang seseorang mendapat rahmat di sebalik maksiat yang mereka kerjakan dan akhirnya terus terjerumus di dalam kemurkaan Allah s.w.t. kerana tidak mahu bertaubat. Contoh yang paling ketara ialah, seperti yang berlaku kepada Iblis, di mana dia pernah diangkat sebagai setinggi-tinggi makhluk dai sudut darjatnya, namun akibat kesombongan dalam dirinya yang membuak-buak, menyebabkan dia diuji oleh Allah s.w.t. dengan maksiat (sewaktu dia tidak sujud kepada Nabi Adam a.s.), namun gagal untuk bertaubat kerana tidak mahu melihat diri sendiri sebagai pesalah dan tidak juga mahu menyalahkan diri sendiri dan merendahkan dirinya di hadapan Allah s.w.t. dengan pengakuan salah seperti yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s. dalam munajat baginda a.s.. Iblis sewaktu dipersalahkan oleh Allah s.w.t., dan dilaknat oleh Allah s.w.t., tidak sedikitpun menzahirkan sikap takutnya terhadap Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa, dan tidak sedikitpun menzahirkan rasa penyesalannya terhadap maksiat yang dilakukannya, bahkan mencabar Allah s.w.t. pula untuk “berperang dengan keturunan Nabi Adam a.s.” yang mana, menurut Iblis, baginda a.s.-lah yang perlu dipersalahkan dalam maksiatnya terhadap Allah s.w.t.. Allah s.w.t. membiarkan Iblis menggoda keturunan Nabi Adam a.s. kerana, berdasarkan ilmu-Nya yang qadim, Dia sudah mengetahui ada juga di kalangan Bani Adam yang bersifat dengan sifat Iblis yang sombong dan tidak bersifat dengan sifat-sifat kehambaan, dan selayaknya bersama dengan Iblis di dalam neraka. Namun, Allah s.w.t. tetap memberi jaminan bahawasanya, masih terdapat dari kalangan para hamba-Nya yang tidak mampu dijatuhkan oleh Iblis kerana sifat-sifat kehambaan mereka di hadapan Allah s.w.t.. Jadi, orang-orang yang melakukan maksiat dan terus terjerumus ke dalam lembah maksiat dan seterusnya mati dalam suuk al-khatimah sebenarnya merupakan golongan yang menzalimi diri sendiri dengan bersikap sombong terhadap Allah s.w.t. dan bangga dengan diri sendiri, yang merupakan sifat Iblis, dan seterusnya maksiat yang dilakukan oleh mereka tidak lain melainkan penyebab untuk kejatuhan mereka di hadapan Allah s.w.t.. (Na’uzubillahi min zalik. Allahumma Farhamna Jami’aa). Antara ciri-ciri golongan yang mendapat kehinaan di sebalik maksiat mereka adalah: mereka meremehkan dosa-dosa yang dilakukan, tidak mahu mengakui kesalahan di hadapan Allah s.w.t., tinggi diri, sombong, tidak merasa ketergantungan diri hanya kepada Allah s.w.t. malah merasakan bahawa, cukuplah bergantung kepada diri sendiri, melengah-lengahkan taubat kerana memperkecilkan Allah s.w.t. yang Maha Agung dan sebagainya. Semoga Allah s.w.t. menyelamatkan kita dari sifat-sifat terhina tersebut yang menghalang kita dari mendapat rahmat dan belas kasih-Nya. Jelaslah bahawa, maksiat semata-mata, walaupun ianya merupakan satu perkara yang besar, namun sikap takabbur dalam diri seseorang lebih besar dari itu. Maksiat, tanpa sengaja dilakukan dan meremehkannya, tanpa ada sikap meremehkan Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa, kadang-kala mengandungi hikmah dan rahmat dari Allah s.w.t.. Apa yang penting, kejujuran kita di hadapan Allah s.w.t. dan memandang bahawa, maksiat itu merupakan suatu perkara yang amat besar bagi kita, dan sedaya-upaya untuk kita menjauhinya. Hanyasanya, jika kita “terjerumus” dalam lembah maksiat, kerana desakan nafsu dan tipu-daya syaitan yang kuat, bersegeralah untuk bertaubat kerana takut kepada

Page 9: HUSNU ZHON

kemurkaan Allah s.w.t. dan sentiasalah berbaik sangka dengan Allah s.w.t. yang Maha Pengampun, bahawa Dia s.w.t. akan sentiasa mengampunkan kita. Janganlah cuba mempermain-mainkan diri sendiri seperti berkata: “nantilah bertaubat, Tuhan kan Maha Panyayang” dan sebagainya kerana ianya merupakan antara tanda-tanda bahawasanya maksiat tersebut sebenarnya akan mengundang kepada kecelakaan baginya, dan tiada yang tertipu melainkan diri sendiri. Ini sebagai satu motivasi bagi orang-orang yang jujur untuk kembali kepada Allah s.w.t. setelah dosa yang menggunung, supaya tidak berputus asa dari rahmat Allah s.w.t. di samping mengingati bahawasanya, kemungkinan besar di sebalik maksiat yang dilakukan, mempunyai hikmah untuk meningkatkan kualiti kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t. dan berbaik sangkalah terhadap Allah s.w.t. dan ketentuan-Nya, dengan menganggap maksiat kita sebelum ini merupakan batu loncatan bagi meningkatkan martabat kita di sisi-Nya, dan mudah-mudahan kita sebenarnya dari golongan yang pertama tadi (Amin ya Rabbal ‘Alamin). Ingatlah sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Setiap Bani Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat”. Ingatlah juga firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang sering bertaubat…” Ingatlah dan berbaik sangkalah terhadap ketentuan Allah s.w.t. di sebalik maksiat yang dilakukan, moga-moga Allah s.w.t. menentukan perkara tersebut kerana inginkan kita menjadi di kalangan orang-orang yang bertaubat dari dosa-dosa dan maksiat dengan taubat nasuha dan seterusnya ingin menyukai kita kerana Dia s.w.t. menyukai orang-orang yang bertaubat. Orang-orang yang jujur pasti berbaik sangka sebegini terhadap Allah s.w.t. dan tidak putus asa dari rahmat Allah s.w.t. seterusnya tidak melengahkan taubat kerana mereka yang berbaik sangka terhadap Allah s.w.t. buktinya pada baik perbuatannya, dan pintu perbuatan yang baik ialah taubat. Barangsiapa yang tergolong dalam golongan yang pertama tadi, pastilah di saat ini (membaca tulisan ini) sudahpun terdetik untuk bertaubat dari sebarang maksiat yang menjauhkan diri dari Allah s.w.t. dan berazam untuk tidak melakukan dosa-dosa tersebut. Dari huraian As-Sheikh juga, ia juga mengingatkan kepada kita bahawa, corak permulaan hidup kita tidak semestinya menunjukkan corak penghujung hidup kita. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. sering mengingatkan kepada kita bahawa, “seseorang itu dinilai pada dari bagaimanakah kesudahannya (kesudahan hidupnya)”. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami husnul-khatimah (kesudahan hayat yang baik). Amin… Apabila terdetik di hati seseorang hamba untuk menginsafi diri dari perbuatan dan keterlanjuran lalu, dia mula melangkah, menyusun gerak menuju Rabbil ‘Alamin dengan ketaatan dan kehambaan dalam bantuan dan izin Allah s.w.t.. Ini merupakan suatu tanda positif bagi seseorang hamba, di mana ianya merupakan juga petanda bahawa, Allah s.w.t. sememangnya menginginkannya untuk mengenali-Nya. Apa yang penting bagi mereka yang berjalan menuju Allah s.w.t. ialah, husnu-az-zhon (baik sangka) kita terhadap Allah s.w.t. (seperti yang dibincangkan sebelum ini), di mana kita mengharapkan bahawa, mudah-mudahan perjalanan kita menuju-Nya ialah suatu tanda bahawa Dia sebenarnya menginginkan pertemuan dengan kita dan meredhai kita, dan hanya redha-Nyalah yang menjadi harapan kita dari setiap langkah perjalanan kita menuju-Nya. Ingatlah bahawa, Allah s.w.t. pernah berfirman dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: “Aku (ialah) pada apa yang disangkakan oleh hamba-Ku terhadap-Ku” Maka

Page 10: HUSNU ZHON

berbaik sangkalah terhadap Allah s.w.t., dan kamu akan dapati Dia bersama-sama dengan kamu sesuai dengan sangkaanmu (yang baik itu) terhadap-Nya, bahkan lebih baik dari apa yang kamu sangkakan. Sesungguhnya, rahmat Allah s.w.t. itu amat diharapkan, bahkan ianya amat mahal dan tiada tolok bandingannya di sisi seseorang hamba. Pandangan redha dan kemurahan dari-Nya ke atas kita merupakan pengharapan para kekasih-Nya. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani menegaskan bahawa: “Kita ini serba kekurangan. Ya, kita mengaku di hadapan Allah s.w.t., bahawa kita ini serba hina lagi penuh kekurangan. Benar, tiada amalan yang sempurna dari kita, untuk dipersembahkan di hadapan Allah s.w.t.. Tetapi, dengan kejujuran, dengan kerendahan diri di samping amal ketaatan, seseorang hamba dapat menghadap-Nya dengan kemuliaan dan seterusnya memperolehi cinta dan redha-Nya. “Seorang sang kekasih, jika mengasihi kekasihnya, maka setiap apa yang lahir dari kekasih tersebut, indah di pandangannya. Jika kekasihnya penuh kekurangan sekalipun, dia tetap sempurna di matanya, kerana mata yang mencintai tidak akan melihat dari apa yang dicintainya, melainkan kesempurnaan dan keindahan. “Nah. Jika anda memahami bahasa cinta ini, bayangkanlah, bagaimana pula apabila Allah s.w.t. sudahpun meredhai kita? Bukankah Dia akan melihat kita dengan pandangan redha-Nya? Maka, apalah yang ada di mata keredhaan Allah s.w.t., melainkan hanya melihat hamba-Nya (yang diredhai) dalam keadaan penuh kesempurnaan dan keindahan jua, kerana inilah bahasa cinta yang difahami oleh semua yang bercinta. Tiada ertinya kekurangan amalan kita di pandangan redha-Nya dan tiada pula kesempurnaan amalan kita di pandangan kemurkaan-Nya. Semoga Allah s.w.t. meredhai kita (Amin)…” Lihatlah, saudara-saudariku dan semoga Allah s.w.t. memahamkan kita semua. Sesungguhnya, pandangan rahmat Allah s.w.t.-lah yang melayakkan seseorang hamba yang hina mendapat kemuliaan di sisi-Nya. Pandangan redha Allah s.w.t.-lah yang melayakkan seseorang hamba yang serba kekurangan mendapat kurniaan dari-Nya. Kerana cinta-Nyalah, seseorang hamba yang penuh kelalaian diterima untuk mencintai-Nya. Kita tidak akan memahami bahasa cinta melainkan kita sendiri bercinta dengan apa yang dicintai. Ingatlah bahawa, segala gerak langkah kita dalam beramal dan taat kepada-Nya, hanyalah kerana Allah s.w.t.lah yang sudahpun mengizinkan kita untuk ketaatan tersebut. Kata Sheikhuna Al-Hasani: “Janganlah sesekali terpegun dengan ketaatan kita kepada-Nya. Kita sebenarnya tidak layak untuk mentaati-Nya. Siapa kita yang penuh hina ini, untuk layak mentaati-Nya. Kita hanya mentaati-Nya, kerana Dia mahu kita mentaati-Nya dan kerana Dialah yang mengizinkan kita untuk mentaati-Nya. Ingatlah, ketaatan kamu kepada-Nya bukanlah sesuatu yang dari kamu kepada-Nya, tetapi ia hanyalah suatu yang dari-Nya kepada-Nya, dan kamu hanya tempat ia bertajalli dan berlalu. Ingatlah, ketaatan ialah anugerah, dari-Nya, supaya kamu layak menghadap-Nya, dengan kemuliaan-Nya, yang juga dari-Nya” Seorang pengemis fakir yang merempat di penghujung kampung, yang tidak ada nilai di sisi masyarakat, jika disukai oleh seorang raja dalam negara berkenaan, maka pasti raja tersebut akan menjemputnya untuk mengadapnya. Oleh yang demikian, untuk mengadapnya di singgahsananya, sudah tentulah tidak boleh dalam keadaan serba kotor dan tidak terurus. Jadi, sang raja tersebut akan menganugerahkan persalinan kepada pengemis fakir tersebut untuk mempersiapkan dirinya dengan persalinan tersebut, untuk mengadapnya di singgahsananya dalam keadaan yang mulia dan berkelayakan untuk mengadapnya di persada keagungan dan kemuliaan. Maka, si pengemis fakir ini pun mengadap raja tersebut dengan persalinan yang dipakainya yang dianugerahkan oleh raja tersebut kepadanya. Cuba anda bayangkan, perasaan si pengemis fakir tadi

Page 11: HUSNU ZHON

sewaktu mengadap sang raja tersebut. Adakah dia mengadap raja tersebut dengan penuh rasa bangga dan sombong dengan kemegahan persalinan yang ada padanya di hadapan raja tersebut (yang pada hakikatnyalah yang menganugerahkan persalinan tersebut kepadanya), atau mengadap raja tersebut dalam keadaan penuh rendah diri (kerana mengenangkan status diri yang sebenar sebelum ini), malu (kerana rasa tidak layak memakai persalinan tersebut apatah lagi mengadap raja tersebut sedangkan di sekelilingnya terdapat ramai lagi pembesar-pembesar raja yang lebih layak mengadap raja tersebut selain daripanya yang hanya seorang pengemis yang fakir) dan penuh kesyukuran terhadap raja tersebut (kerana memberi kemuliaan kepadanya). Lihatlah, dan bandingkan realiti tersebut dengan realiti kita di hadapan Allah s.w.t.. Kita ini lebih hina dari pengemis fakir dalam cerita tadi, bahkan Allah s.w.t. pula lebih mulia dari sang raja tadi kerana Dialah yang Maha Mulia lagi Raja kepada segala raja. Pun begitu, hanya kerana Allah s.w.t. suka kepada kita, (mudah-mudahan ya Rab..Amin…), maka Allah s.w.t. memilih kita untuk mengadap-Nya di hadrah-Nya (yang dikenali dengan ihsan) dan menganugerahkan persalinan Iman dan Islam yang membuahkan pakaian taqwa dan ketaatan, dalam rangka untuk mempersiapkan kita untuk mengadap-Nya. Lihatlah, betapa kita ini tiada nilainya di hadapan keagungan-Nya, sedangkan ketaatan kita terhadap-Nya tidak lebih ibarat persalinan yang dianugerahkan oleh sang raja kepada pengemis tersebut. Ketaatan ialah anugerah dari-Nya, bukan kerana kita layak untuk menerimanya tetapi kerana Allah s.w.t.-lah yang mahu kita menerimanya. Sesiapa yang memahami makna-makna tersebut, maka dia sudah tentu akan bersikap dengan sikap pengemis fakir sewaktu mengadap raja tersebut iaitu: Rendah Diri di hadapan Allah s.w.t. kerana sepatutnya kita seorang yang hina tanpa kemuliaan dari-Nya. Malu terhadap-Nya kerana kemuliaan yang kita pakai dalam bentuk ketaatan kita kepada-Nya tidak lebih daripada hanya sebagai anugerah-Nya kepada kita, sedangkan kita tidak layak untuknya dengan kesedaran diri kita tentang kehinaan diri kita tanpa-Nya. Bersyukur kepada-Nya kerana anugerah-Nya kepada kita, dalam bentuk ketaatan tersebut yang seterusnya melayakkan kita untuk mengadap-Nya di hadrah-Nya. Sesiapa yang merasai makna-makna perumpamaan tersebut sudah pasti memahami bahawa, seseorang yang ‘ujub atau bangga dengan ketaatan diri sendiri merupakan seseorang yang tertipu kerana pada hakikatnya, ketaatannya kepada-Nya tidak lain melainkan dari-Nya semata-mata, sebagai anugerah. Memang layak bagi orang yang ujub dalam ketaatan untuk dibenci oleh Allah s.w.t. kerana sikapnya yang tidak kenang jasa Allah s.w.t. dan sikapnya yang lupa daratan dan melupai hakikat dirinya yang lebih hina dari sang pengemis fakir di dalam kerajaan-Nya. Semoga Allah s.w.t. menjauhkan kita dari sifat tersebut. Amin… Apabila anda memahami apa yang tersurat dan tersirat dari perumpaan si pengemis fakir dan sang raja tersebut, dan menterjemahkan ke dalam bahasa realiti anda, anda akan dapati rahsia adab yang tinggi dan seterusnya memahami hakikat yang asas iaitu, Allah s.w.t.-lah sebenarnya yang menyayangi anda terlebih dahulu sebelum anda menyayangi-Nya, kerana Dialah yang mengatur perjalanan anda supaya anda menyayangi-Nya. Kalaulah Dia tidak menyayangi anda, sudah tentu Dia pun tidak menyusun perjalanan anda untuk menyayangi-Nya. Oleh itu, berbaik sangkalah terhadap Allah s.w.t.. Sheikuna Sidi Yusuf Al-Hasani menegaskan bahawa: “Percayalah sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai anda. Kalau Dia s.w.t. tidak mencintai anda, maka Dia tidak akan menciptakan anda. Maka, fahamilah makna ini dan persiapkanlah diri anda untuk menghargai cinta-Nya dengan mencintai-Nya dan ketaatan kita ialah bukti kecintaan kita kepada-Nya”

Page 12: HUSNU ZHON

Dalam ucapan Sheikhuna (semoga Allah s.w.t. melanjutkan usia beliau dan menjaga beliau), menunjukkan bahawa, kita seharusnya bersifat baik sangka terhadap Allah s.w.t. yang mana, Dia s.w.t. sebenarnya mengasihi kita dan mencintai kita. Kalau dalam istilah cinta, ia dipanggil sebagai “perasan”. Namun, dalam bahasa cinta di hadrah Ilahi s.w.t., “perasan” tersebut merupakan suatu perkara positif kerana tidak membawa kepada “SS” (Syok Sendiri), kerana sememangnya, pada hakikatnya kita tidak akan merasai Allah s.w.t. mencintai kita, melainkan pada hakikatnya Dia terlebih dahulu mencintai kita, sebelum kita merasai diri kita dicintai. Cinta-Nya sejak azali sedangkan cinta kita baharu. Bukti cinta-Nya terhadap kita, seperti yang dijelaskan oleh Sheikhuna Al-Hasani ialah, kewujudan kita di dunia ini sendiri. Jelaslah bahawa, Allah s.w.t. tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, kerana setiap kewujudan ada hikmahnya dan di sebaliknya ada makna-makna. Adapun makna yang paling besar dalam kewujudan manusia ialah: “cinta-Nya”. Ia merupakan antara sifat-sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna seperti Ar-Rahman (Maha Pengasih) dan Ar-Rahim (Maha Penyayang). Sheikhuna Sidi Yusuf sehingga menjelaskan maksud moden yang mudah difahami dari sifat Al-Lutf Allah s.w.t. ialah, Dia yang Maha Romantik. Al-Lutf inilah yang menjadi sifat-sifat tunjang dalam kewujudan alam ini. Seluruh alam ini merupakan simbol Al-Lutf Allah s.w.t.. Jadi, bagi sesiapa yang memahami cinta Allah s.w.t. terhadap dirinya, maka sudah tentu akan terharu dan bersiap-sedia untuk menghargai cinta-Nya dengan mencintai-Nya. Bukti kecintaan kita ialah ketaatan kita dalam melaksanakan syariat dan tasawuf Islam di samping keutuhan aqidah Islam yang mantap dalam jiwa. Apa yang jelas juga, kefahaman kita tentang cinta-Nya juga adalah anugerah dari-Nya seperti juga ketaatan kita kepada-Nya yang menjadi bukti cinta kita kepada-Nya juga adalah anugerah-Nya kepada kita dari-Nya. Jika kefahaman kita tentang cinta-Nya terhadap kita pun dari-Nya, jika bukti cinta kita kepada-Nya (ketaatan) tersebut dari-Nya, (malah) jika cinta kita kepada-Nya pun dari-Nya, maka siapalah kita di hadapan-Nya melainkan “tiada siapa”. Nasab kita kepada-Nyalah yang sebenarnya merungkai ketiadaan kita di hadapan-Nya iaitu nasab Ubudiyyah (kehambaan) kita kepada-Nya seraya Dia berfirman: “Wahai hamba-Ku” dan menisbahkan “hamba” kepada diri-Nya dengan nisbah yang paling agung iaitu “kehambaan”. Seseorang yang mampu merasainya akan merasai fana’ yang lebih besar maknanya (yang mana sini bukanlah tempat perbincangannya) dan semoga Allah s.w.t. membantu kita dalam menuju-Nya. Inilah antara ranting-ranting makrifatullah yang mana pohonnya amat besar. Oleh yang demikian As-Sheikh (Ar-Rifa’ie r.a.) seterusnya menegaskan: “Menurutku, makrifat ibarat pohon yang ditanam oleh seorang raja dalam kebunnya. Pohon tersebut besar pada zahirnya, berbuah ranting-rantingnya, manis buah-buahannya, rimbun dedaunannya, tinggi cabang-cabangnya, bersih tanahnya, jernih airnya, wangi baunya, tuannya menyayanginya kerana kemuliaannya, gembira dengan kecantikan bebunganya dan mencegah dari kerosakan yang cuba mendekatinya (pohon tersebut). “Begitulah pohon makrifat yang ditanam oleh Allah s.w.t. dalam kebun hati hamba-Nya, memuliakannya, mengutuskan setiap ketika, awan-awan rahmatnya (untuk memayunginya), menyiraminya dengan hujan karamah (kemuliaan), dan guruh kekuasaan-Nya, dan kilatan keinginan-Nya, untuk membersihkannya (pohon makrifat tersebut) dari debu-debu penglihatan kehambaan (melihat kehambaan diri yang boleh membawa kepada ujub-ulasan alfaqir), kemudian mengutuskan ke atasnya hembusan kelembutan-Nya, dengan hijab-hijab bantuan-Nya, untuk menyempurnakan kemuliaan wilayah (kewaliannya) dengan penjagaan dan pencegahan.

Page 13: HUSNU ZHON

“Orang yang Arif (mengenal Allah s.w.t.) sentiasa mengelilingi (dengan rahsianya) di bawah teduhan pohon makrifat tersebut, menghirup wangiannya, memotong buah-buah yang rosak padanya dengan adab yang teliti dan membersihkannya dari kekotoran. Apabila sirr (rahsia) seseorang Arif terlalu lama di bawah teduhan pohon makrifat tersebut, dan sentiasa bersiar-siar di sekitarnya, terasa keinginannya untuk menikmati buah-buahnya, lalu menghulurkan tangan bersihnya, dan memetik buah-buah pohon tersebut dengan menjaga adab dan kehormatan, seterusnya memakannya dengan mulut kerinduan, sehingga tercekik dalam hangat kelemasan (lemas dalam kelazatan makrifat), maka tangan kemurahan mengambilnya dan meletakkannya ke dalam lautan widad (kemurahan Allah s.w.t. dan anugerah-Nya), dan dia minum dari lautan tersebut sehingga mabuk dengannya, mabuk dari melihat selain-Nya, dengan mabuk yang tidak dapat dipulihkan melainkan dengan bantuan dan kebersamaan, kemudian terbang dengan sayap kesungguhan menuju kepada apa yang tidak dapat digambarkan oleh makhluk.” Demikianlah perumpamaan dari As-Sheikh yang sememangnya membawa makna-makna zauq yang hanya difahami oleh ahlinya sahaja. Semoga Allah s.w.t. membantu kita dalam mengenali-Nya, Amin… Wallahu a’lam… Diterjemah, diolah dan disusun semula oleh: Khadimul Ahl Allah wa Al-Qaum Al-faqir Ila Rabbihi Al-JalilRaja Ahmad Mukhlis bin Raja JamaludinUTMKL, 19 Disember 2006

Page 14: HUSNU ZHON

Tuntutan untuk Husnu zhon (bersangka baik) Sesama Muslim

Diantara akhlak dan manhaj Ahlu Sunnah Wal Jamaah terhadap saudaranya sesama Muslim dalam sangka bersangkaan ialah mereka meletakkan Husnu Zhon mendahului Su u' Zhon (bersangka Buruk). Dasar pada manhaj ini ialah firman Allah Subhanahu Wa Taala:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;

Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika

demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujerat 49:12]

Didalam Ayat diatas jelas Allah Subhanahu Wa Taala memerintahkan supaya kaum muslimin meninggalkan berburuk sangka sesama umat atau dalam erti kata lain seorang mukmin mestilah sentiasa bersangka baik terhadap saudara muslimnya. Selain Itu ayat yang mulia ini juga menyuruh orang yang beriman supaya menjauhi sikap Tajassus (mencari-cari kesalahan) dan mengumpat saudara muslimnya yang lain.Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Hendaklah kalian menjauhi berburuk sangka kerana berburuk sangka itu adalah sedusta-dusta perkataan, dan janganlah mencari-cari kesalahan, dan janganlah kalian mengintip, dan janganlah saling membenci, dan janganlah saling membelakangi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. (Bukhari dan Muslim)Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu:

"Janganlah kamu berprasangka terhadap kalimat yang keluar dari saudara kamu yang beriman kecuali dengan prasangka yang baik selama kamu dapati kemungkinan untuk memahaminya dengan pemahaman yang baik". (Diriwayat oleh Ibn Kathir dalam Tafsir Al-Quran Al-Adzim jil 4 ms 193)

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Sirin rahimahullah

Apabila sampai kepada kamu sesuatu berita tentang saudara kamu, maka carilah alasan yang membenarkan tindakannya. Jika kamu tidak menemuinya, maka katakanlah: “Mungkin dia mempunyai alasan”. (Dikeluarkan oleh al-Ashbahani – al-Taubikh wa al-Tanbih)

Diriwayatkan daripada Abu Qilabah rahimahullah,

" Apabila sampai kepada kamu berita tentang saudara kamu yang tidak menyenangkan, maka carilah untuk dia sesuatu alasan dengan kesungguhan usaha kamu. Dan jika tidak menemuinya, maka katakanlah kepada diri kamu: “Barangkali dia mempunyai alasan yang aku tidak mengetahuinya”. (dikeluarkan Oleh Abu Nu'aim dalam Al-Hilyah al-auliya')

Rujukan

Page 15: HUSNU ZHON

1. Hafiz Firdaus Abdullah, Kaedah Memahami Hadith Yang Saling Bercanggah, Jaha Bersa.2. Ibn Kathir, Tafsir Al-Adzhim

CARA BERSANGKA BAIK (HUSNU ZHON)

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Page 16: HUSNU ZHON

1. Sebuah cerita pengajaran indah dari buku At-Thoriq ilal Qulub (Bagaimana Menyentuh Hati) nukilan syeikh dakwah Abbas as-Sisi:

Dia adalah sebaik-baik teman, paling aktif ke masjid dan sangat menyintai teman-temannya. Tiba-tiba, lama sekali tidak Nampak batang hidungnya di tengah-tengah mereka. Ketika kemudian dia dapat berkumpul kembali, tiba-tiba seorang teman datang memaki-makinya. Dengan nada sedih dia katakan kepada temannya, “Kenapa baru sekarang kamu mahu menengokku? Ke mana saja kamu dan teman-teman selama ini? Mengapa tidak berusaha mencariku selama beberapa bulan terakhir ini. Sebenarnya aku sangat memerlukan kehadiran kalian di sampingku pada saat isteriku meninggal dunia, dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Aku memerlukan orang-orang yang akrab denganku pada saat kritikal seperti itu!”

Hal ini menjadi pelajaran berharga bagi ikhwan yang masih belum memenuhi kewajipan kepada ikhwannya yang lain dalam hal memantau keadaannya. Hal ini merupakan kewajipan paling minimum kerana Rasulullah telah bersabda, “Apabila dia tiada, maka carilah!”

Ini sekadar contoh. Seseorang yang lama tidak muncul dan tidak diketahui sebabnya, tidak akan jelas alasannya kecuali setelah menanyakannya.

Satu contoh lagi, sejumlah orang hidup bersama-sama dalam keadaan yang serba kekurangan, senasib sepenanggungan. Tiba-tiba, (telah menjadi sunnatullah bahawa manusia pasti akan saling berpisah) kerana tuntutan hidup, studi atau pekerjaan, kebersamaan itu akhirnya terhenti juga. Ternyata ada yang menganggap temannya ini sudah mulai mengambil jarak (menjauhkan diri), atau pergi kerana takut, atau kerana ukhuwwah telah mulai lemah, dan sebagainya. Sehingga timbullah bermacam-macam dugaan. Padahal kita dilarang melakukan hal tersebut. ALLAH berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. (surah al-Hujurat; 49:12)

Kemudian dia menghilang dari ingatan teman-temannya kerana mereka tidak memerhatikan haknya.

Setelah lama berselang masa, dan banyak peristiwa penting telah terjadi, sebagaimana biasanya dalam perjalanan dakwah, tiba-tiba mereka dikagetkan dengan munculnya teman lama mereka yang sudah sekian waktu menghilang. Kini dia berada di tengah-tengah mereka.

Dia mengorbankan jiwa dan hartanya dengan penuh ketulusan dan keberanian yang mengagumkan, bahkan membuat malu sebahagian yang belum memahami hakikat dakwah. Seseorang yang sudah merasakan nikmatnya dakwah, dakwah sudah menyatu dalam hati, perasaan dan fikirannya, maka dia akan menganggap murah semua yang ada padanya. Dakwah lebih mahal ketimbang semua yang dimiliki.

Seorang da’ie harus sentiasa husnu zhon, tidak merendahkan yang lain, atau merasakan dirinya lebih baik daripada yang lain dalam barisan dakwah. Bahkan seorang da’ie pada saat tertentu ada di hadapan, dan pada saat yang lain ada di barisan belakang.

Setiap orang yang pernah tersentuh roh dakwah nescaya akan tetap hidup bersama-sama dakwah sehingga menemui ALLAH. Kerana itu seorang da’ie harus sentiasa husnu zhon kepada sesama saudaranya dan menutup aibnya, sampai dia sedar dan kembali ke jalan yang benar. Sehingga ketika seorang da’ie kembali kepada teman-temannya, dia tetap menemui suasana saling menyintai. [1]

Page 17: HUSNU ZHON

2. Pelajaran yang sangat berharga dari petikan kisah di atas ialah tentang pentingnya husnu zhon, apalagi dalam sebuah kelompok yang melaksanakan tugas amar ma’ruf nahi mungkar. Husnu zhon adalah suatu keperluan antara qiadah dan jundi, antara sesama ikhwah, sesama akhawat, malah antara ikhwah dengan akhawat.

3. Bayangkan sebuah jamaah dakwah yang penuh prasangka antara sesama ahlinya. Prasangka yang tiada asasnya. Apakah gerak kerja dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna? Lainlah jika seseorang itu memang memiliki qarinah untuk diwaspadai, seperti selalu menipu, etc.

4. Qiadah berprasangka terhadap laporan jundinya, jundi berprasangka terhadap amal qiadahnya, sesama ikhwah ataupun sesama akhawat berprasangka terhadap amal dakwah masing-masing. Atau ada juga yang entah kerana bisikan durjana dari mana, begitu skeptikal terhadap anggota yang lain jantina. Ikhwah begitu sangsi dengan akhawat dan sering mencari-cari kesalahan, dan akhawat juga pantang ada sedikit kekurangan dari pihak ikhwah, pasti akan dicanai habis-habisan dan digembar-gemburkan. Wal ‘iyadzu billah. Mudah-mudahan ALLAH mengampunkan kita.

5. Dalam sebuah hadith riwayat imam al-Bukhari dan Muslim, dikisahkan oleh Ummul Mukminin Safiyyah binti Huyay, sewaktu beliau berjalan bersama-sama Rasulullah pada waktu malam, mereka berpapasan dengan dua lelaki Anshar. Kedua-dua lelaki tersebut memberikan salam, lalu terus melaju. Melihatkan hal tersebut, Rasulullah memanggil kedua-dua lelaki itu dan berkata, “Sesungguhnya dia adalah Safiyyah binti Huyay.”

Mereka berkata, “Ya Rasulullah, kami tidak berprasangka kepada kamu selain kebaikan!”

Page 18: HUSNU ZHON

Baginda lantas bersabda, “Sesungguhnya syaitan mengalir dalam diri anak Adam sebagaimana darah mengalir dalam jasad. Dan sesungguhnya aku khuatir syaitan akan masuk atas kalian berdua.”

6. Hadith ini menunjukkan perhatian Rasulullah yang sangat besar terhadap masalah prasangka buruk. Malah langkah pencegahan telah diambil sebelum prasangka tersebut sempat mengambil tempat dalam hati. Kerana prasangka buruk hanya memamah hati dan merosakkannya. Menukil kata-kata Syeikh Sa’id Hawwa` dalam kitab Tazkiyatun Nafs, saduran dari Ihya ‘Ulumuddin karangan imam al-Ghazali, ketika membicarakan tentang buruk sangka, “Kita harus menjaga diri dari prasangka buruk dan tuduhan orang-orang jahat, kerana mereka tidak berprasangka dengan semua orang kecuali dengan prasangka jahat. Jika anda melihat seseorang yang berprasangka buruk kepada orang lain dan mengungkit keaibannya, maka ketahuilah bahawa dialah orang yang buruk batinnya. Itulah refleksi keburukan batinnya, sehingga dia melihat orang lain dengan kaca matanya yang buruk. Sesungguhnya orang mukmin memberikan maaf dan menerima alasan orang lain. Sedangkan orang munafiq mencari-cari kekurangan dan kesalahan orang lain. Seorang mukmin bersikap berlapang dada terhadap semua makhluk.” [2]

7. Benarlah petikan di atas. Seorang muslim yang memiliki persangkaan buruk terhadap muslim yang lain hanya akan mencari-cari kesalahan. Setiap ungkapan kata dan amal perbuatan orang tersebut tidak betul di matanya. Pasti akan ada salah dan cacat cela yang terlihat. Lebih buruk lagi apabila perkataan dan perbuatannya disalah tafsir dan diintepretasikan mengikut selera sendiri. Tidakkah itu satu musibah?

8. Prasangka buruk juga berlaku apabila kita menilai masalah seseorang dengan kaca mata kita sendiri dan mengesampingkan sebarang faktor lain. Contoh mudah dari kisah pertama tadi, apabila telah lama tidak melihat ikhwah datang ke masjid, tanpa sebarang soal jawab, terus dimarahi dan dimaki. Contoh lain lagi apabila kita mudah menuduh seorang ikhwah atau akhawat telah futur, telah nampak gejala mutasaqith, mula tidak taat kepada qiadi, mula muncul sifat munafiq, tidak ikhlas, tiada semangat tadhiyyah, etc. hanya kerana seorang ikhwah atau akhawat tersebut berhalangan melaksanakan tugasan dakwah yang diamanahkan, sedangkan kendala yang dihadapi tergolong dalam keuzuran yang syar’i, atau kerana kondisi keluarga yang tidak mengizinkan. Semuanya ‘terlepas pandang’ hanya kerana persepsi sendiri. Tanpa soal jawab, tanpa budi bicara, hukuman terus dijatuhkan. Ini hanyalah sebahagian dari sekian contoh yang berlaku dalam medan dakwah di sekeliling kita.

9. Lain pula ceritanya dengan parti politik. Hanya kerana berbeza bendera, semangat kepartian kadang-kadang dijulang lebih tinggi dari persaudaraan Islam. Setiap isu yang berlaku pasti dinilai dengan kaca mata politik sebelum dinilai dengan kaca mata Islam. Walaupun terkadang parti lawan melakukan amal kebajikan dan perkara yang bertepatan dengan nash, pasti ada jua ruang untuk dikritik dan menyatakan

Page 19: HUSNU ZHON

ketidaksetujuan. Akhirnya permusuhan mengakibatkan perpecahan, dan seterusnya menatijahkan hilangkan kekuatan umat. Semuanya bermula dari benih prasangka yang disemai dalam jiwa. Walaupun berasal dari satu rumpun melayu yang menjadi kaum majoriti di Malaysia, kita dilihat lemah kerana tidak mampu bersatu. Saya sangat mengagumi tokoh seperti Tn. Guru Nik Abdul Aziz yang adil dalam menilai. Walaupun beliau adalah Mursyidul Am Parti PAS, namun beliau pernah memuji Tun Mahathir atas kelancangan Tun dalam beberapa isu seperti isu Palestin.

10. Apa gunanya membina iman dan ukhuwwah, andai prasangka buruk masih menjadi kulit yang melapisi hubungan tersebut. Di luar nampak lain, begitu rapat dan mesra bicara. Tapi di dalam pula lain, penuh persangkaan kosong dan sia-sia. Apakah perasaan mereka yang menjadi mangsa persangkaan kita? Dia telah ikhlas dalam berdakwah, telah banyak harta yang dikorbankannya, telah banyak masa yang diluangkan untuk urusan ini, begitu jujur membina ikatan persaudaraan... namun persangkaan negatif yang diterima. Amalnya dituduh tidak ikhlas, pengorbanannya dituduh kerana terpaksa, ukhuwwahnya dikata kerana manfaat peribadi, etc. Amal zahiriah yang telah nampak hasil seolah-olah sia-sia dan tidak dihargai kerana masalah batiniah yang dipertikai. Kerana itulah para ulama meletakkan kaedah penting, nahnu nahkum biz zhawahir, wallahu yatawallas sara`ir. Kita hanya bisa menghukum dari lahiriah yang nampak di mata, dan ALLAH lah yang bertanggungjawab ke atas urusan yang tersembunyi. Semuanya demi mengelakkan prasangka buruk.

11. Oleh itu jauhilah dari prasangka buruk yang tidak bersandarkan kepada sebarang asas/dalil/fakta yang jelas. Prasangka hanya datang dari hati yang prejudis dan busuk. Natijah yang dibawa hanyalah kebencian dan permusuhan. Manakala mangsa yang terkena prasangka juga akan sakit hatinya, sedih dan kecewa. Ukhuwwah islamiyah yang terbina sekian lama, bisa hancur dan runtuh dalam sekelip mata, sehingga kita sendiri tidak akan mempercayainya, hanya kerana hasutan syaitan untuk berprasangka buruk sesama kita.

12. Wallahul musta’an. Hidayah ALLAH jua yang diharapkan dalam mendidik jiwa dengan sikap bersangka baik sesama muslim. 1001 keuzuran yang kita fikirkan adalah lebih baik dari terus meletakkan kesalahan.

_____________________________________________[1] Abbas Hassan as-Sisi, at-Toriq ilal Qulub. Edisi terjemahan ‘Bagaimana Menyentuh Hati’ terbitan Era Intermedia, cetakan keenam, 2004, m/s 161-164.

[2] Sa’id Hawwa, Al-Mustakhlas min Tazkiyatul Anfus. Edisi terjemahan, Tazkiyatun Nafs, terbitan Pena Pundi Aksara, cetakan ketujuh, 2008, m/s 176-177.