husin dalam projek cahaya

Upload: amirulbinramli

Post on 13-Feb-2018

287 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    1/102

    1|i L h a m A m i r u l . c o m

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    2/102

    2|i L h a m A m i r u l . c o m

    Untuk arwah ayah sebagai pendorong, kepada mak danabang- abang yang menjadi cahaya untuk saya menulis dan

    kepada kamu pembaca setia, sebagai penanya

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    3/102

    3|i L h a m A m i r u l . c o m

    Hak Cipta Terpelihara 2013 ILHAMAMIRUL.COM.

    Sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu sekiranya kamu

    mempunyai rekod perubatan mahupun sedang menjalani perubatan yang berkaitan

    dengan kesihatan mental. Pihak iLhamAmirul.com tidak boleh dan tidak akanbertanggungjawab terhadap sebarang kesan sampingan yang berlaku jika ianya adaberlaku terhadap kamu sama ada ianya menguntungkan ataupun sebaliknya. Kamu

    perlu bertanggungjawab terhadap emosi mahupun fizikal kamu sendiri sepenuhnya.Untuk kes-kes fobia atau trauma yang terlalu kronik kami lebih menyarankan agar

    kamu berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang tersebut.

    Hak cipta terpelihara. Hanya untuk kegunaan secara persendirian. Buku ini atau

    sebahagian buku ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa persetujuan daripada penerbit.

    Penulis sentiasa memastikan fakta saintifik yang disampaikan adalah benar. Cetaksebelum membaca untuk menambah kepuasan membacanya.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    4/102

    4|i L h a m A m i r u l . c o m

    Husin dalam Projek Cahaya

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    5/102

    5|i L h a m A m i r u l . c o m

    Pandangan mata Husin tajam ke arah kotak rokok yang sedang dipegang olehpengetua. Dia menghela dan melepaskan nafas berulang-ulang kali. Berusahamenenteramkan perasaan yang disertai degupan jantungnya yang kencang.

    Husin, Saya sebagai pengetua sekolah ini, setelah berbincang dengan gurudisiplin, kami membuat keputusan bahawa kamu akan dikenakan tindakan disiplin atas

    dakwaan salah laku D01, memiliki dan menyimpan bahan rokok yang kami temuinya di

    dalam almari kamu di asrama. Tetapi dakwaan ini boleh ditarik semula sekiranya kamu

    dapat memberikan bukti-bukti yang kukuh untuk menafikan tuduhan, kata pengetuaseraya menunjukkan sekotak rokok di tangannya. Kamu boleh kembali semula ke kelas

    sekarang.

    Pengetua meletakkan semula rokok yang dipegang di atas meja sambil melihatHusin yang mula keluar daripada pejabatnya. Sebaik sahaja Husin tiba di pintu kelas,

    bertalu-talu soalan yang diajukan kepadanya. Suasana di dalam kelas menjadi gamat.

    Husin, macam mana sekarang? Apa tindakan yang diambil pengetua ke ataskau? tanya rakan sekelas Husin yang duduk di meja belakangnya sebaik sahaja Husin

    melabuhkan punggung di atas kerusi.Rokok siapa tu sebenarnya Husin? Kau tahu tak? Kesian, kau pula yang perlu

    menanggung akibatnya. Kami semua tahu rokok tu bukan milik kau, tambah seorang

    lagi rakannya yang duduk bertentangan.

    Assalamualaikum Cikgu!.. teriak ketua tingkatan.Para pelajar bergegas ke tempat duduk masing-masing seraya memberikan salam

    kepada seorang guru wanita yang masuk sambil membawa beg bimbit yangkemudiannya diletakkan di atas meja guru. Suasana kelas bertukar reda setelah guru

    tersebut menulis sesuatu di papan putih menandakan bermulanya sesi pengajaran.

    Mesti kau rasa kecewa sekarang. Sabar Husin, pasti ada hikmah dalam setiapperkara yang berlaku, bisik rakan Husin yang duduk di sebelahnya. Bibirnya mula

    mengukir senyuman.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    6/102

    6|i L h a m A m i r u l . c o m

    MALAM itu semasa di asrama, Husin dapat merasakan kehidupannya sebagai

    sebagai seorang penghuni di asrama penuh berkenaan akan berakhir tidak lama lagi.Begini, tadi ayah dan ibu dah buat keputusan nak tukarkan Husin ke sekolah

    lain. Sekolah harian biasa. Sekolah tu sesuai memandangkan ia dekat dengan rumahdan ayah juga bersekolah di situ dahulu. Ibu harap Husin bersetuju dengankeputusan kami, kata-kata daripada ibu semasa dia menelefon rumah sebaik sahaja

    selesai waktu persekolahan tadi masih lagi terngiang-ngiang dalam kepalanya.Mungkin aku perlu ikut kata ibu tadi, walaupun aku suka asrama ni, tapi

    rasanya aku lebih sesuai kalau tinggal di rumah saja. Tambahan pula ayah yangbe r k e r a s nak aku berpindah sekolah, hati Husin berbisik.

    BAIKLAH para pelajar semua, itu saja kelas kita pada hari ini, pastikan semasa cutihujung minggu nanti kamu tidak terlupa untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang telah

    saya diberikan tadi. Kamu boleh balik ke rumah sekarang.Kriingggg! loceng berbunyi nyaring sebaik sahaja kelas terakhir pada hari

    Jumaat itu tamat. Murid-murid kelihatan tergesa-gesa memasukkan buku serta alat tuliske dalam beg sekolah masing-masing.

    Husin, mari ke sini, Husin yang juga sedang bersiap untuk pulang ke rumahterkejut seketika apabila namanya dipanggil oleh guru di depan.

    Sebenarnya ada sedikit perkara yang saya ingin bincangkan berkaitan denganpelajaran kamu. Semenjak kamu mendaftarkan diri di sekolah ni pada tiga bulan yang

    lepas, banyak perubahan pada diri kamu yang merisaukan saya.Sambil membuka buku laporan akademik milik Husin, dia terus menyambung,

    Husin, kamu tahu kan, kamu gagal empat subjek dalam peperiksaanpertengahan tahun yang lepas. Malah ada subjek yang saya dapati markah yang kamu

    perolehi sangat rendah menunjukkan yang kamu langsung tak membuka buku di rumah.

    Saya juga ada menerima aduan daripada guru-guru lain yang mengatakan kamu selalugagal dalam menyiapkan tugasan yang mereka berikan.

    Saya dapati prestasi akademik kamu sekarang sangat merosot. Bukan itu sajatumpuan kamu di dalam kelas juga sangat lemah. Husin, saya ambil berat tentang

    keadaan kamu dan saya sayang semua pelajar-pelajar saya. Saya rasa kamu seorang

    pelajar yang sangat bijak dan pintar memandangkan kamu pada asalnya

    bersekolah di sekolah berasrama penuh.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    7/102

    7|i L h a m A m i r u l . c o m

    Husin tidak sanggup untuk memandang mata guru kelasnya itu kerana dia tahujelas dari suaranya, pasti gurunya sangat kecewa atas prestasi akademik yang dia

    tunjukkan. Husin bila kamu balik ke rumah nanti saya harap kamu boleh fikirsemula tentang perkara ini. Saya mahu kamu ingat bahawa semua guru di sekolah iniprihatin dan bersedia untuk memberikan bimbingan kepada kamu.

    HUJUNG minggu telah berlalu dengan sangat pantas. Pada perhimpunan pagi Isnin itupara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kesang telah menyambut kedatangan

    seorang kakitangan pengajar yang baru.

    Sukacita dimaklumkan kakitangan guru di sekolah ini akan bertambah dengankehadiran Encik Amir, yang akan bertugas sebagai guru kaunseling di sekolah ini.

    Bakatnya luar biasa, bukan calang-calang orang. Seorang yang bertauliah dalam bidang

    neurosains, dan sudah lama menceburi bidang neurologi, psikologi, dan tentunyamotivasi. Saya dengan rasa sangat gembira dan mewakili sekolah ini mengucapkan

    selamat datang kepada Cikgu Amir.Tepukan dan sorakan daripada pelajar-pelajar silih berganti memberi isyarat

    gembira atas kedatangan cikgu kaunseling yang baru di sekolah itu.

    Eh, Husin kau ada dengar tentang Projek Cahaya tak? tanya rakan Husin yangsedang berjalan di sebelahnya bersama-sama dengan pelajar lain menuju ke

    kantin. Husin hanya mendiamkan diri dan menggelengkan kepala tanda tidak tahu.Aku tengok kau ni selalu saja nampak tak bersemangat. Jangan-jangan kau rindu

    dekat sekolah lama kau kan? Atau sebenarnya kau tak sukakan sekolah ni? sindirrakannya.

    Namun Husin hanya terdiam dan pura-pura tersenyum. Suasana di kantinsekolah pada waktu rehat kedengaran riuh rendah dengan hilai ketawa dan perbualan

    antara pelajar-pelajar yang kelihatan sibuk membincangkan sesuatu.

    Kelas terakhir pada hari itu bebas tanpa sebarang guru yang mengajarmemandangkan guru matematik tersebut terlibat dengar kursus di sekolah lain.Kesempatan itu tidak diambil Husin untuk membaca buku, sebaliknya dia hanya

    termenung dan berharap agar masa berlalu dengan pantas supaya dia dapat pulangsegera.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    8/102

    8|i L h a m A m i r u l . c o m

    Kringggg! Loceng berdering kuat menandakan tamat sudah sesi persekolahanpada hari itu. Sebaik sahaja Husin keluar daripada kelas, dia melihat ramai pelajar

    lain sedang berkerumum di hadapan papan kenyataan sekolah. Namun Husin sepertibiasa langsung tidak menunjukkan minat dan terus menuju ke arah pintu pagar utamasekolah untuk pulang ke rumah.

    Husin! Tunggu! teriak seseorang dari kalangan pelajar tersebut.Husin memalingkan muka ke arah suara yang memanggil yang juga rakan

    sekelasnya. Dia berkata, Nama kau ada tertulis di papan kenyataan sekolah. Kauterlibat dengan Projek Cahaya yang sekolah buat. Alah, Projek Cahaya yang aku tanya

    kau semasa di kantin tadi tu.Projek cahaya tu apa? soal Husin terpinga-pinga.

    Aku pun tak pasti, apa kata kau pergi lihat sendiri dan baca apa yang tertulis dipapan kenyataan tu.

    Dengan beg sekolah tergalas kemas di bahu, Husin bergegas menuju ke arahpapan kenyataan yang terletak bersebelahan dengan bilik guru.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    9/102

    9|i L h a m A m i r u l . c o m

    ,84000 Ledang, Johor

    No. Ruj: 1001/123/Projek Cahaya

    Pengumuman Penting

    Sila ambil perhatian kepada para pelajar tingkatan 4 yang namanya tersenarai di bawah:

    1. Nurul Asyikin Binti Ishak2. Azman Bin Khidir

    3. Noraizah Bin Abdullah4. Siti Aisyah Binti Norazizan

    5. Denise Foo Li Leen

    6. Fadli Bin Harun7. Mohd Iskandar Bin Hashim

    8. Husin Bin Muhammad9. Naurah Bte Shakir

    10. Hakim Bin Azman

    11. Mohd Afiq Bin Jailani

    12. Johan Arshad Bin Daud13. Ismail Bin Sulaiman

    14. Fathimah Binti Kalsum15. Halimah Binti Sulaiman

    16. Kamil Bin Mansor

    Anda telah terpilih untuk menyertai satu program anjuran pihak kaunseling sekolahiaitu Projek Cahaya di bawah rangka kerja sekolah bagi melahirkan pelajar yang

    berdisiplin dan berwawasan. Anda dikehendaki untuk menghadirkan diri ke taklimatyang akan dijalankan pada minggu hadapan. Pihak sekolah juga telah menghantar surat

    kepada ibu bapa anda berhubung perkara ini.

    Sekian, mohon perhatian.

    Yang Benar,

    AMIR

    (Encik Amir Bin Ramli)Ketua Unit Kaunseling

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    10/102

    10|i L h a m A m i r u l . c o m

    Husin, tambah nasi tu lagi, masih ada banyak lagi di dalam periuk tu, kataibu Husin sambil tangannya menghulurkan mangkuk berisikan nasi kepadanya. Oh ya,

    semalam posmen ada hantar surat dari sekolah. Tapi ibu belum sempat nak bukanyalagi. Apa kata Husin yang buka dan baca surat tu. Ibu ada letakkannya di atas mejaruang tamu.

    Habiskan nasi tu dulu, arah ayahnya pendek melihatkan Husin yang mulabangkit dari kerusi.

    Selesai membasuh pinggan dia terus menuju ke ruang tamu dan membukasekeping sampul surat berlambang sekolah yang terdapat di atas meja.

    Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan telah dipilih untuk terlibat

    di dalam satu program yang telah sekolah aturkan iaitu Projek Cahaya. Ia merupakan salah satu langkahproaktif kami untuk memastikan para pelajar di sekolah ini dapat mencapai tahap akademik yang terbaik,

    pembangunan sahsiah dan juga moral diri pelajar. Kumpulan pertama pelajar yang terlibat telah pun

    disenaraikan dantaklimat penuhberhubung perkaraini akan diberikan pada mingguhadapan. Kamiberharap

    pihak tuan/puan dapat memastikankehadirananak/jagaan tuan/puan ketaklimat tersebut.

    JAM sudah pun menunjukkan pukul satu pagi. Husin masih lagi tidak dapatmelelapkan mata kerana fikirannya masih lagi cuba merungkai apa yang dimaksudkan

    dengan Projek Cahaya. Walaupun jantungnya berdebar menunggu taklimat yang akandiberikan esok tetapi dia tidak mempedulikannya kerana dia pasti program

    sekolah itu tidak akan berjaya mendatangkan sebarang kesan terhadap dirinya.Bunyi detikan jarum saat pada jam di dinding mula membuatkan matanya semakin

    berat lalu tertutup rapat.

    TANYA Cikgu Amir yang sedang berdiri di depan bilik taklimat, Saya ada satu soalan

    untuk semua yang ada di sini. Siapa yang setuju dengan pernyataan ini. Kalau kita nakrasa bahagia, nak rasa gembira, nak rasa tenang dalam hidup ini, kita perlu sentiasa

    berfikir secara positif. Siapa yang setuju, sila angkat tangan, arah Cikgu Amir serayamengangkat lurus tangan kanannya ke udara.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    11/102

    11|i L h a m A m i r u l . c o m

    Hampir semua pelajar yang berada di dalam bilik taklimat tersebut mengangkat

    tangan melainkan seorang.

    Husin! Kenapa kau tak angkat tangan? bisik rakan Husin yang duduk disebelahnya sambil menyiku perlahan.

    Husin tersentak lalu terus mengangkat tangannya mengikut saja pelajar lain.

    Husin kemudian menundukkan pandangannya sebaik sahaja melihat senyuman yang

    diberikan oleh cikgu Amir kerana dia sedar kegagalan dirinya untuk memberi tumpuan

    terhadap apa yang yang diucapkan dalam taklimat tersebut.Berfikir secara positif saja tak cukup untuk membuat kamu rasa gembira dan

    bahagia. Kesemua pelajar terdiam kerana terkejut dengan idea yang bertentangandiberikan oleh Cikgu Amir.

    Berfikir secara positif tak cukup untuk membuat kamu senyum dan ketawa. Ini

    bermaksud apa yang kamu pernah dengar dalam ceramah motivasi, atau baca melaluibuku-buku adalah sesuatu yang betul tapi kurang tepat. Saya akan bawa kamu untukmelihat melalui perspektif neurologi, psikologi, minda bawah sedar dan sebab itu

    jugalah melalui Projek Cahaya ini, kamu akan tahu mengapa saya katakan berfikirsecara positif itu belum cukup untuk membuatkan kamu tersenyum gembira.

    Baiklah, saya akan teruskan dengan penerangan berhubung Projek Cahaya

    secara terperinci. Jika ada sebarang persoalan yang timbul kamu boleh terus angkattangan dan bertanya. Yang pertama, projek ini bukan sehari atau sebulan tetapi akan

    berterusan sehingga kami rasakan kamu telah berjaya lepasi paras yang telah kami

    tetapkan dengan merujuk kepada tingkah laku kamu di kelas, keputusan peperiksaankamu dan juga laporan daripada guru-guru.

    Mulai minggu ini dan minggu-minggu berikutnya, kamu perlu berjumpa dengan

    saya di bilik kaunseling sekali dalam seminggu. Jadual sesi pertemuan antara kamudengan saya telah pun saya sediakan dan akan diberikan kepada kamu sebentar lagi.

    Melalui sesi pertemuan selama 15 minit ini, saya akan pastikan kamu akan belajarbanyak perkara-perkara baru dan saya yakin, kehidupan kamu akan berubah

    sepenuhnya.Jadi saya sebagai ketua Projek Cahaya dan mewakili guru-guru lain yang terlibat

    berharap agar kamu dapat memberikan sepenuh komitmen dalam projek ini. Sila rujukjadual sesi pertemuan kita. InsyaAllah saya akan bertemu dengan salah seorang

    daripada kamu dalam sesi Projek Cahaya yang pertama esok dan selamat merasaiperubahan emosi! ucap Encik Amir dengan bersemangat disambut dengan tepukan

    gemuruh semua pelajar yang mendengarnya.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    12/102

    12|i L h a m A m i r u l . c o m

    Cahaya 1Perasan gajah di dalam bilik itu?

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    13/102

    13|i L h a m A m i r u l . c o m

    KRIINNGGGG! Loceng berbunyi nyaring sebagai isyarat tamat sesi persekolahanuntuk hari ini pula.

    Husin, kerja matematik yang cikgu berikan semalam kena hantar minggu

    depan kan? soal rakan Husin yang duduk di sebelahnya.Husin menganggukkan kepala sambil memasukkan alatan tulis ke dalam beg

    sekolah. Kelihatan melalui tingkap para pelajar mula beransur-ansur keluar dari kelas

    masing-masing untuk pulang ke rumah. Jam di dinding kelas tepat menunjukkan pukul

    dua petang. Setelah merapatkan kerusi ke meja Husin mula berjalan perlahan keluar.

    Kebiasaanya dia akan bergegas keluar untuk pulang ke rumah tetapi tidak untuk hariini.

    Masuk.Kedengaran suara dari bilik kaunseling sebaik sahaja Husin mengetuk pintu.

    Oh,Husin kan? Jemput duduk, sambut Encik Amir ramah atas kedatangannya.

    Baiklah, seperti yang kamu sedia maklum sesi ini hanya 15 minit saja, jadi sayaharap kitab boleh manfaatkan masa yang ada ini sepenuhnya, kata Cikgu Amir.

    Saya sudah melihat laporan akademik dan berbincang dengan guru kelas kamu

    semalam. Dan apa yang menimbulkan tanda tanya saya.. Cikgu Amir berhentiberkata seketika.

    Saya nak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan prestasi akademik kamu

    merudum begitu teruk sekali sedangkan kamu merupakan pelajar cemerlang yangbersekolah di sekolah berasrama penuh dulu.

    SAMBIL berbaring di atas katil Husin mengalihkan pandangan ke arah jam yang

    bertentangan dengannya.Dah hampir pukul 12, kenapalah agaknya makin lama baring, makin hilang pula

    rasa mengantuk aku ni, Husin berkata perlahan sambil menarik selimut menutupkaki yang mula dicengkam kesejukkan malam.

    Apa agaknya yang Cikgu Amir maksudkan semasa sesi PC tadi. Mata Husin

    memandang tepat ke arah kipas yang berputar perlahan di syiling.

    Oh ya! Dia ada suruh aku cari sesuatu, Husin bingkas bangun dari katil lalu

    memetik suis lampu bilik dan terus menuju ke rak buku yang terletak di penjuru bilik.Dengan segera Husin mengambil kamus terjemahan berwarna biru yang masih

    kelihatan baru tidak terusik walaupun telah dibelinya beberapa tahun yang lalu. Satu

    demi satu helaian diselak.

    Dah jumpa!

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    14/102

    14|i L h a m A m i r u l . c o m

    saya a a a u ec , guna sepu u r ngg o e soa ra an us nepa a pe er a an n se o a u.

    Wanita berkenaan hanya mengangguk dan memberikan wang baki sambil

    tersenyum.Eh Husin, minum air saja ke? Ambillah apa-apa yang kau rasa nak makan.

    Hari ni aku belanja, tanya rakan Husin tadi.Tak apalah, lagipun aku tak ada selera nak makan sekarang, jawab Husin

    seraya memandang ke arah bungkusan air minuman yang dibelinya.

    Oh ya, macam mana dengan sesi PC yang kau pergi semalam tu? Ada apa-apa

    yang menarik?Ada.Psychosclerosis, balas Husin pendek.

    Apa dia? Psychoscoo... soal rakan Husin semula gagap.Psychosclerosis la, Husin tertawa geli hati melihat rakannya yang tidak

    dapat menyebut perkataan tersebut.

    Kau habiskan makanan tu dulu nanti dalam kelas aku sambung cerita, ujar

    Husin lagi lantas menghabiskan minuman yang dibelinya.

    Memandangkan guru-guru di sekolah sibuk dengan program-program untuk

    pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM beberapa minggu lagi, kelas Husin

    juga turut ketiadaan guru yang datang mengajar memandangkan mereka turut samaterlibat dengan program tersebut.

    Alah, lagipun kan kita dah hampir belajar semua topik yang ada, cuma tinggalempat minggu saja lagi sebelum peperiksaan akhir tahun. Mungkin sebab tu ramai

    cikgu kelas kita yang tak masuk mengajar.Betul juga apa yang kau cakapkan tu, balas Husin sambil membuka buku

    latihan bercadang untuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar esok.Husin! Nasib baik aku teringat. Apa dia yang kau cakap nak cerita semasa kita

    di kantin tadi? Yang berkaitan dengan sesi PC kau pergi semalam tu.Oh maksud kau psychosclerosis tu ke? Macam ni, Husin meletakkan pen dan

    memandang rakan di sebelahnya itu. Kalau atherosclerosis bermaksud sel lemak danlain-lain sel terkumpul serta mengeras di dinding arteri lalu menyebabkan jantung

    tersumbat atau strok. Jadi kita boleh kata ia berkaitan dengan pengerasan tisu. Tapikalau psychosclerosis pula, ia merujuk kepada pengerasan tabiat atau sikap seseorang.

    terang Husin.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    15/102

    15|i L h a m A m i r u l . c o m

    Maksud kau? Macam orang keras kepala tu?Ya, lebih kurang macam itulah. Penyakit ni tak dapat didiagnosis secara fizikal

    cuma kesannya boleh dilihat dengan jelas melalui perwatakan seseorang.

    Psychosclerosis ni seolah-olah minda mereka dah tak boleh berkembang. Mereka takmahu berubah ke arah yang lebih baik, tak mahu menerima sesuatu yang baru, tak mahu

    terima nasihat atau pandangan orang lain dan tak sukakan sebarang perubahan dalam

    hidup mereka kerana hati serta minda mereka macam dah keras kebatu. terang Husinkepada rakannya. Ini sebenarnya tugasan yang Cikgu Amir berikan, aku pun tak pasti

    lagi betul atau tak, sebab aku rujuk kamus dan internet saja, ujar Husin lagi.

    MACAM mana dengan sekolah hari ni Husin? tanya ibunya yang sedang dudukmelipat baju di hadapan televisyen.

    Cikgu ramai yang tak masuk mengajar, hari ni ada seorang saja cikgu yangmasuk ke kelas. Itu pun hanya untuk berikan tugasan supaya pelajar tak merayau-

    rayau, balas Husin.Husin sedang duduk berehat di sofa sambil matanya tertumpu pada kaca

    televisyen. Suasana di luar semakin gelap menandakan siang yang sudah hampir

    melabuhkan tirai.Fikirannya mula menerawang memikirkan semula apa yang telah dipelajarinya

    semasa sesi PC semalam.

    Imbas kembali...

    Husin, psychosclerosis inilah antara punca mengapa seseorang itu sentiasa

    terperangkap dalam hidup yang tertekan dan terhalang untuk berjaya. kata cikgu Amir.Perokok sebagai contoh, untuk pulih daripada ketagihan merokok perkara pertama

    yang mereka perlu lakukan ialah sedar dan terima kenyataan yang mereka sudah

    ketagih merokok.

    Kamu pernah tak dengar peribahasa elephant in the room? Tanya cikgu Amir.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    16/102

    16|i L h a m A m i r u l . c o m

    Maksud cikgu yang peribahasa kuman di seberang lautan tampak, gajah dipelupuk mata tiada tampak tu ke? soal Husin semula.

    Wah, pandai kamu berperibahasa, gurau Cikgu Amir. Tapi psikologi gajah di

    dalam bilik bukan begitu maksudnya. Ia datang dari english metaphorical idiom yangbermaksud sudah terang lagi jelas kamu sedang berhadapan dengan masalah tapi kamu

    menafikan dan tak mempedulikannya. Contoh mudah seperti mereka yang menghisap

    rokok.Semua perokok tahu yang rokok itu bahaya dan memudaratkan untuk kesihatan

    mereka. Tapi jika kamu lihat di luar sana, ramai yang tetap teruskan merokok walaupundah tahu tentang akibat buruk yang perlu mereka tanggung jika mereka merokok. Ini

    kerana teras yang paling utama untuk seseorang menghentikan tabiat buruk, mereka

    perlu terima dan sedar tentang kelemahan, keburukan, kesalahan serta masalah yangmereka sedang hadapi.

    Saya selalu tekankan kepada mereka yang mengalami masalah ketagihan iaituperkara pertama dan paling penting yang perlu mereka lakukan adalah, terima dan sedar

    diri mereka seorang yang berhadapan dengan ketagihan. Malangnya ramai dalamkalangan perokok yang tak menghiraukan tentang ketagihan yang mereka hadapi, malah

    ada di antara mereka berkata rokok hanya sekadar suka-suka dan mereka boleh berhentipada bila-bila masa. Mereka sangka semuanya berada dalam kawalan, tapi apabila

    kanser, barah, dan radang paru-paru mula datang menyapa, semuanya sudah terlambat.

    MALAM itu setelah menghabiskan minuman panas yang dibuat oleh ibu, Husin terusmasuk ke dalam bilik.

    Sambil menjeling ke arah jam di dinding, Sekejap saja dah pukul sebelas, bisik

    Husin.Husin tidak terus tidur sebaliknya duduk di meja belajar dan membuka sebuah

    buku catatan. Buku catatan itu diberikan oleh cikgu Amir semasa sesi projek cahaya.

    Imbas kembali...

    Husin, tugasan kamu yang pertama, cari apa maksud psychosclerosis dan pada sesiPC seterusnya saya ingin dengar jawapan daripada kamu. Yang kedua, saya nak kamu

    tulis dalam buku catatan ini apa masalah, segala cabaran, tekanan atau emosi negatifyang sedang kamu rasai dalam hidup kamu sekarang.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    17/102

    17|i L h a m A m i r u l . c o m

    Tulis secara jujur, luahkan segala perasaan atau masalah yang selama ini kamupendamkan dan tak perlu risau kerana tidak ada sesiapa yang akan membacanya. Hanya

    kamu saja yang tahu mengenai buku catatan ini, kata Cikgu Amir sambil meletakkansebuah buku catatan kecil di hadapan Husin.

    Dengan menulis tentang masalah atau cabaran emosi yang sedang kamu hadapidi atas kertas, jalan penyelesaian akan datang kepada kamu dengan lebih mudah. Ini

    kerana setelah kamu tulis, cabaran yang kamu hadapi bukan lagi satu perkara yang

    tak dapat dinilai dan hanya berada dalam fikiran saja, sebaliknya kamu kini dapat

    melihatnya dengan jelas. Percaya pada kata-kata saya Husin, segala masalah ataucabaran yang sedang kamu hadapi sekarang pasti akan diselesaikan dengan lebih mudah

    apabila kamu dapat melihatnya di atas kertas.

    Husin terhenti dari lamunan dan terus mengeluarkan alat tulis dari begsekolahnya. Satu demi satu perkataan ditulis pada buku catatan kecil yang diberikanoleh Cikgu Amir itu. Pada mulanya dia kelihatan kaku dan teragak-agak kerana tidak

    tahu apa yang perlu ditulis tetapi semakin lama, semakin lancar dia menulis. Segalacabaran, perasaan yang selama ini dipendam dicurahkan ke atas buku catatan tersebut.

    Setelah sepuluh minit berlalu, Husin kelihatan tersenyum puas menunjukkan ada

    sesuatu yang berbeza dapat dirasainya sekarang.

    HARI ni kau ada sesi Projek Cahaya lagi kan? soal rakan Husin dengan mulut yangtidak berhenti mengunyah keropok yang dibeli di kantin tadi.

    Ya, 10 minit setiap hari Isnin selepas kelas tamat aku perlu pergi ke bilik Cikgu

    Amir. Kau nak tahu satu benda? Husin menarik perhatian rakannya itu.Aku rasa seronok pula terlibat dengan PC ni. Banyak perkara yang aku belajar

    dan dapat tahu, terang Husin seraya tersenyum.Aku tahu, aku boleh nampak perbezaan kau sejak sesi PC pertama yang kau

    pergi minggu lepas, kata rakan Husin bersetuju. Lepas ni kalau ada apa-apa yangmenarik lagi kau kongsikanlah dengan aku. pintanya.

    Setelah mengetuk pintu dan memberikan salam, Husin masuk ke dalam bilikkaunseling. Haruman segar daripada penyegar udara mendorongnya untuk

    menarik nafas yang panjang bagi menghilangkan keletihannya.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    18/102

    18|i L h a m A m i r u l . c o m

    Husin, ini untuk kamu, kata Cikgu Amir tersenyum sambil menghulurkansekotak air minuman kepada Husin.

    Terima kasih, Husin membalas.

    Bagaimana dengan tugasan yang saya berikan kelmarin? Kamu dah tahu apamaksudpsychosclerosis?

    Kalau ikut maklumat yang saya perolehi di internet, psychosclerosis merujuk

    kepada hardening of the mind atau minda yang tak mahu menerima satu idea atauperubahan yang baru, seolah-olah minda itu sudah mengeras, kekal dan tidak akan

    berubah. Lagi satu cikgu, saya tak jumpa istilah tu dalam kamus. Tapi saya jumpa kata

    akarnya iaitu sclerosis yang bermaksud tisu yang mengeras atau menebal. ujarHusin disambut dengan anggukan Cikgu Amir.

    Ya, psychosclerosis tak ada dalam kamus bahasa kerana ianya tidak seperti

    penyakit biasa yang boleh dilakukan diagnosis secara fizikal. Ia hanya satu istilah yangmerujuk kepada konsep atau keadaan seseorang. Tapi kesannya kita tetap boleh lihat

    dari aspek luaran, sebagai contoh mereka yang mengalami kemurungan atau tekanan

    dalam hidup mereka. Minda mereka tertutup, sempit dan tak melihat hidup ini daripelbagai sudut. Mereka yang psychosclerosis tak mahu menerima perubahan dan

    hanya mahu kekal dalam situasi yang mereka rasa selesa.Husin terdiam seketika sambil mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Lantas

    mindanya mula memikirkan sesuatu apabila menerima penjelasan tersebut.

    Suara dalam kepalanya mula berkata, Aku psychosclerosis ke? Sejak mula-mula

    pindah ke sekolah ni dulu fikiran aku seolah-olah jadi sempit. Aku tak nak tumpukan

    apa yang semua cikgu ajar di dalam kelas. Aku sentiasa tak ada semangat untukbelajar sebab aku rasa sekolah dulu tu lebih baik...

    Walaupun Husin tidak memandangnya, Cikgu Amir meneruskan penjelasannya

    lagi.

    Husin, pemikiran seseorang mencerminkan kehidupan mereka. Siapa diri

    kamu, adalah hasil daripada apa yang kamu fikirkan sepanjang hidup kamu. Apapunyang akan kamu jadi pada masa hadapan adalah hasil dari pengisian minda dan

    bagaimana cara kamu berfikir sekarang.Jadi kesimpulannya sangat mudah, dengan memperbaiki kualiti fikiran kamu,

    secara tak langsung kualiti kehidupan kamu juga akan bertambah baik. Otak kitaumpama taman, jika ia tak ditanam dengan pokok bunga, lumut dan cendawan akantumbuh. Disebabkan itu juga, jika minda kamu tak dipenuhi dengan fikiran-fikiran

    yang baik dan berkualiti, minda kamu hanya akan dipenuhi dengan kemurungan,tekanan dan kerisauan.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    19/102

    19|i L h a m A m i r u l . c o m

    JARAK di antara sekolah menengah ke rumah Husin lebih kurang 300 meter.Walaupun ada basikal yang masih boleh digunakan tetapi Husin lebih suka untuk

    berjalan kaki sahaja. Setelah tamat sesi PC pada hari itu Husin terus berjalan pulang

    melalui pagar hadapan sekolah. Suasana sekolah semakin sunyi apabila ramai pelajaryang sudah pun pulang ke rumah masing-masing. Cuma ada beberapa orang sahaja

    pelajar yang masih lagi sedang menunggu bas di hadapan sekolah.

    Untuk sampai ke rumah, Husin perlu melalui taman permainan dan beberapablok kedai sebelum tiba. Sambil berjalan perlahan minda Husin mengimbas kembali

    sesi PC tadi.

    Husin, saya percaya kamu sudah mula menulis di dalam buku catatan itukan? Cikgu Amir lantas tersenyum apabila melihat Husin menganggukkan kepala.

    Baiklah untuk tugasan seterusnya saya mahu kamu tulis jawapan untuk soalan-soalan yang saya berikan ini di dalam buku catatan itu, kata cikgu Amir sambil

    menghulurkan kertas yang mengandungi beberapa soalan.Soalan-soalan ini penting supaya perubahan yang ingin kamu alami atau impian

    yang ingin kamu genggam, laluannya akan dapat dilihat dengan lebih jelas. Dengantiap-tiap hari bertanya pada diri kamu, kamu akan lebih fokus dan laju ke hadapan.

    SETELAH turun dari jejantas yang merentasi jalan raya, Husin membelok ke kiri danberjalan melalui laluan pejalan kaki berbumbung. Bumbung rumah Husin sudah pun

    jelas kelihatan dari situ. Kelihatan beberapa remaja-remaja lelaki yang duduk di atasmotorsikal bersembang di bawah pokok yang berhadapan dengan kedai runcit

    sambil menghembus kepulan asap putih daripada mulut mereka.Jam menunjukkan pukul 2.50 petang. Setelah menunaikan solat zohor, Husin

    terus menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Melihatkan kipas di syiling yangberputar perlahan membuatkan mata Husin semakin berkelip perlahan dan mula

    tertutup rapat. Dalam keadaan terlelap, soalan-soalan yang diberikan Cikgu Amir taditerus berlegar dalam mindanya.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    20/102

    20|i L h a m A m i r u l . c o m

    Adakah aku gembira dengan diri aku sekarang?Jika aku tidak gembira sekarang. Bila lagi?

    Adakah ada sesuatu pada masa silam yang aku tidak mahu lepaskan?Adakah ada sesuatu yang aku tidak suka akan diri aku?

    Bagaimana caranya untuk aku ubah diri akuApa yang ingin aku capai pada masa hadapan

    Siapa orang yang aku sayang dan apa yang aku buat untuk mereka

    Bila kali terakhir aku cuba sesuatu yang baru?Jika masa boleh diundur, apa yang akan aku ubah?

    Husin tersentak dari tidur lantas memicit dahinya yang terasa pening.Kedengaran azan asar mula berkumandang daripada masjid berdekatan. Walaupun telah

    tidur seketika, kata-kata daripada cikgu Amir tadi terus berlegar di mindanya.

    "Apabila kamu sering bertanya pada diri kamu sendiri tentang apa yang terbaik untuk

    hidup kamu, kamu bukan lagi psychosclerosiskerana minda kamu kini berkembang dan

    boleh menerima banyak perkara baru dalam hidup kamu. Oleh kerana itu saya rasakamu sudah pun bersedia untuk saya ajarkan sesuatu yang akan merubah hidup kamusepenuhnya iaitu..minda bawah sedar."

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    21/102

    21|i L h a m A m i r u l . c o m

    Cahaya 2Satu otak dua minda

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    22/102

    22|i L h a m A m i r u l . c o m

    PEPERIKSAAN akhir tahun bagi para pelajar sekolah menengah tersebut hanyaseminggu sahaja lagi. Para pelajar kelihatan tekun membuat ulang kaji terutamanya

    bagi para pelajar tingkatan tiga dan lima yang akan mengambil peperiksaan besar pada

    tahun ini.Husin, kejutkan rakan di belakang kamu yang sedang tidur tu. Saya tak mahulagi ada yang tidur di dalam kelas kerana peperiksaan akhir tahun sudah semakin dekat.

    Jadi tolong gunakan masa yang ada ini dengan baik, kata guru kelas Husin yangsinggah sebentar untuk melihat keadaan pelajar kelas jagaannya.

    Hari ini semua guru perlu menghadiri mesyuarat bersama dengan pengetua jadi

    kamu semua dibenarkan untuk pulang awal pada hari ini, kata-kata tersebut disambut

    dengan sorakkan dan kelas bertukar riuh buat seketika.Oh sebelum saya terlupa, Husin, Cikgu Amir hendak berjumpa dengan kamu

    sekarang sebelum dia menghadiri mesyuarat itu.

    Husin mengetuk pintu dan memberi salam sambil memperkemaskan pakaian

    seragam sekolahnya yang kelihatan sedikit berkedut.Ya Husin, masuklah, jemput cikgu Amir dengan tangan menunjukkan ke arah

    kerusi di hadapan mejanya.Ini merupakan sesi terakhir PC sebelum peperiksaan akhir tahun kamu minggu

    depan. Selepas peperiksaan akhir tahun selesai, kamu akan terus bercuti sekolah kan?

    soal Cikgu Amir inginkan kepastian.

    Ya, cuti sekolah lebih kurang 2 bulan cikgu, jawab Husin sambil tersenyum.Oh ya, sebelum kita mulakan sesi ini boleh saya tahu kamu berada di kelasaliran apa?

    Saya aliran sains, jawab Husin.Jadi kamu perlu belajar subjek biologi di dalam kelas, betul?

    Ya, kenapa cikgu? tanya Husin dalam keadaaan terpinga-pinga.Kalau begitu saya pasti kamu akan rasa seronok dengan sesi PC kali ini, balas

    cikgu Amir sambil menghulurkan beberapa keping kertas ke arah Husin.Eh, ada gambar otak? tanya kamu sambil menyelak satu demi satu kepingan

    kertas yang mempunyai gambar rajah otak berserta ciri-ciri dan fungsi masing-masing.

    Ya Husin, dan kamu nak tahu satu rahsia? Tak ada seorang pun dalam dunia iniyang tahu dan faham bagaimana otak berfungsi sepenuhnya.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    23/102

    23|i L h a m A m i r u l . c o m

    Husin terdiam seketika tertarik dengan persoalan yang Cikgu Amir timbulkan.Tapi, kita tetap boleh memandu kereta walaupun kita tak tahu langsung

    bagaimana enjinnya berfungsi dan beroperasi betul?

    Satu kenyataan yang membuatkan Husin menganggukkan kepalanya berulang-ulang kali tanda bersetuju.Kalau mak saya ada di sini pasti dia akan marah cikgu kerana menyindirnya,

    balas Husin spontan disusuli dengan ketawa kecil oleh mereka berdua.Walaupun apa yang kita tahu sangat kecil berbanding dengan apa yang kita tak

    tahu tentang otak, tapi dengan kemajuan sains perubatan dan teknologi seperti brain

    imaging machine, banyak perkara baru dan penemuan penting ditemui oleh neurosaintis

    yang boleh mendatangkan manfaat untuk kita.Dan salah satu hasil dari penemuan mereka yang saya ingin terangkan kepada

    kamu ialah teori minda. Kamu boleh lihat pada helaian kertas yang saya berikan itu,

    saya rasa ia di bahagian yang mempunyai gambar rajah bulatan, kata cikgu Amirsambil jarinya menunjuk ke arah helaian kertas yang sedang dipegang oleh Husin.

    Oh yang ini ke? soal kamu kembali dibalas dengan anggukkan daripada cikgu

    Amir.

    Baik, rajah bulatan itu sebagai gambaran untuk minda kamu. Sebelum itu kamuperlu tahu bahawa otak dan minda merupakan dua perkara yang berbeza. Otak ialah

    organ dan minda pula ialah brain in action atau yang bertanggungjawab dalam proses

    pemikiran dan juga perasaan seseorang.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    24/102

    24|i L h a m A m i r u l . c o m

    Neurosains mengatakan bahawa otak kamu adalah rakaman persekitaran kamu.Apa yang kamu tahu dan siapa diri kamu sekarang adalah berdasarkan..

    Husin memandang ke arah cikgu Amir yang tiba-tiba berhenti bersuara.

    Memori, sambungnya lagi. Siapa diri kamu, apa yang kamu suka makan, apayang kamu suka buat, siapa orang yang kamu suka, semuanya hasil daripada memoriyang telah kamu simpan dan juga yang telah kamu pelajari. Dan merujuk kepada rajah

    bulatan itu, simbol 'tolak' merujuk kepada memori yang negatif dan simbol 'tambah'merujuk kepada memori yang positif.

    Memori yang positif seperti contoh kamu menerima pujian daripada rakan

    kamu, sesuatu yang membuatkan kamu gembira, atau sesuatu yang memberikan

    pengajaran yang baik untuk kamu. Bagi memori yang negatif pula sewaktu kamuditimpa kemalangan, dimarahi oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, atau

    mungkin datang dari kegagalan kamu dalam ujian sekolah.

    Husin tidak senang duduk seraya tersengih kerana tahu sindiran berbentukteguran itu ditujukan kepadanya.

    Husin rumah kamu ada kucing? tanya cikgu Amir tiba-tiba.

    Ada seekor, kucing jantang yang saya jumpa di jalan dan bawanya balik kerumah, jawab Husin.

    Jadi kamu suka pada kucing?Ya, saya suka membelainya, jelas Husin.

    Cikgu Amir melipat lengan bajunya sehingga ke siku dan menunjukkan sesuatu

    kepada Husin.

    Eh kenapa dengan tangan cikgu? soal Husin terkejut dengan apa yangdilihat. Ini ialah parut dari kesan luka dicakar kucing jiran saya, jelas Cikgu Amir.Dicakar kucing? Panjangnya kesan parut tu, teruk ke luka tu dulu cikgu?

    Ya, boleh dikatakan ianya agak teruk memandangkan doktor yang merawat sayaberitahu ada berlaku jangkitan kuman pada luka itu.

    Cikgu Amir menutup kembali parut tersebut apabila melihat riak wajah Husinyang mula berubah.

    Bertenang ya Husin, bukan semua kucing begitu, katanya seraya tersenyummenenangkan Husin.

    Baik sekarang cuba kamu terangkan kepada saya apa yang dapat kamu kaitkan

    antara memori dengan cerita kucing tadi.Kelihatan Husin mengerutkan dahi dan badannya bersandar semula di kerusi

    memerah otak memikirkan jawapan.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    25/102

    25|i L h a m A m i r u l . c o m

    Kaitan antara cerita kucing dengan memori?Apa pula kaitannya.. Aku sukakucing.. cikgu pula kena cakar dengan kucing. Hmmm.. Oh ya! Husin berjayamenangkap jawapan yang berlegar di mindanya.

    Maksudnya disebabkan peristiwa yang berlaku tu memori cikgu yang berkaitan

    dengan kucing adalah negatif dan memori saya yang berkaitan dengan kucing pulapositif, jawab Husin dengan suara yang bersemangat.

    Betul! Berdasarkan teori minda proses pemikiran berlaku secara berperingkat.

    Iaitu bermula dari mengenalpasti, mengaitkan dan melakukan tindak balas. Sebagaicontoh kita sama-sama jumpa seekor kucing di padang sekolah. Pertama, otak kamu

    akan mengenalpasti, setelah kamu mendapati ia seekor kucing, otak kamu akanmengaitkannya dengan memori kamu yang berkaitan dengan kucing. Dan seterusnya

    kamu akan melakukan tindak balas, disebabkan memori kamu positif berkemungkinan

    kamu akan pergi ke arah kucing berkenaan dan membelainya.

    Sama juga untuk saya, otak saya akan kenalpasti itu seekor kucing, kemudian

    mengaitkannya dengan memori saya yang berkaitan dengan kucing, sekiranya memoriberkaitan dengan kucing yang saya miliki lebih kepada negatif berbanding positif, besarkemungkinan tindak balas saya adalah dengan mengelakkan diri dari bertembung

    dengan kucing itu.

    Maksud cikgu, apa yang seseorang itu lakukan dipengaruhi sama ada memori

    negatif atau memori positif yang lebih kuat? soal Husin.Ya, cuma saya mahu kamu jelas tentang satu perkara. Memori positif tidak

    bermaksud semuanya adalah peristiwa atau pengalaman yang baik dan memori negatifjuga bukan bermaksud semua peristiwa yang buruk. Positif dan negatif bagi memori

    bagi saya adalah lebih kepada apa yang diri kamu suka dan tidak suka.Contohnya mereka yang menghisap rokok. Pertama sekali mereka akanmengenal pasti rokok. Kemudian otak akan mengaitkannya dengan memori yang

    berkaitan dengan rokok. Mereka akan teringat kembali memori sewaktu keseronokkankali pertama menghisap rokok. Mungkin mereka rasa gembira bila dapat merokok dan

    bersembang dengan kawan-kawan yang merokok, atau mungkin memori di sekolahmenengah dulu bila merokok mereka berada dalam kumpulan pelajar yang ditakuti

    pelajar lain.Sekiranya banyak memori berkaitan dengan rokok yang memberikan mereka

    kegembiraan, tindak balas yang akan dilakukan apabila melihat rokok sudah tentunya

    dengan menghisapnya. Ya saya akui, bahan kimia dalam rokok juga menyebabkanpunca ketagihan berlaku tetapi ada kajian mendapati mereka yang merokok puncanyalebih kepada gaya hidup yang mereka gemari, dan apa yang mereka gemari datang

    daripada memori mereka itu.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    26/102

    26|i L h a m A m i r u l . c o m

    Setelah hampir 10 minit berjalan dari sekolah, Husin tiba di kawasan kedai dihadapan taman perumahannya. Ketika melalui laluan pejalan kaki berbumbung tersebut,

    Husin mengalihkan pandangannya ke arah beberapa orang remaja lelaki yang duduk

    melepak di bawah pokok bertentangan dengan bangunan kedai.Tiap-tiap hari aku balik daripada sekolah ada saja mereka merokok di situ, bajusekolah pun tak tukar lagi, getus hati Husin.

    Terlintas di fikirannya kata-kata daripada Cikgu Amir sebelum sesi PC tadiberakhir, Kita sangka dalam hidup ini semuanya di bawah kawalan kita, apa yang kita

    buat, apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa. Sedangkan ada sesuatu tanpa kita

    sedar yang telah menjadi pendorong terhadap apa yang kita lakukan selama ini.

    Husin singgah sebentar di kedai dan mengeluarkan dompet di dalam begsekolahnya.

    Husin, hari ini semua murid boleh balik awal ya? tanya seorang lelaki

    berumur lingkungan 50an yang sedang duduk di kaunter.Ya Pak Mirul, semua cikgu ada mesyuarat jadi murid-murid boleh balik awal

    hari ni. Pak cik tepung dekat mana?

    ASSALAMUALAIKUM warahmatullah.. Husin memalingkan muka ke kiri dan

    mengusap kepalanya perlahan. Selepas berdoa dan melipat sejadah, Husin terus

    membuka beg sekolah yang berada di atas meja belajar.

    Sambil duduk bersila di atas katil Husin membuka helaian kertas yangdiberikan oleh cikgu Amir. Tak sangka, banyak rupanya yang aku tak tahu tentangotak sendiri, katanya sendirian. Kalau tak ada Projek Cahaya ni mungkin aku tak tahu

    langsung tentang pengaruh minda, tambah Husin sambil melihat ke arah gambarrajah yang tertera pada kertas.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    27/102

    27|i L h a m A m i r u l . c o m

    Minda bawah sedar.. Husin terdiam seketika apabila istilah itu keluardaripada mulutnya. Oh jadi ni ke yang Cikgu Amir terangkan tadi, kata Husin

    perlahan. Dia kemudiannya cuba mengingati kembali penerangan yang diberikan olehcikgu Amir tadi.

    Imbas kembali...

    Walaupun otak manusia ada satu tapi kita ada dua minda yang beroperasi dalam

    masa yang sama. Minda sedar dan minda bawah sedar.Minda bawah sedar? Maksud cikgu minda yang tak sedar macam mereka yang

    sedang tidur ke? soal Husin.

    Bukan macam tu Husin, minda bawah sedar tidak ada kaitan dengan merekayang tidur atau yang tidak sedarkan diri. Sebaliknya ia adalah salah satu daripada proses

    pemikiran yang berlaku dalam otak kamu. Istilah ini merujuk kepada perkataan

    unconscious mind dan ada juga yang menggunakan minda separa sedar bagisubsconsious mind. Saya lebih suka menggunakan istilah minda bawah sedar kerana

    kesan pengaruhnya kadang-kala berlaku di bawah kesedaran kita. Sebagai contohmereka yang panas baran, dorongan daripada minda bawah sedar telah menjadikan

    mereka seorang yang terlalu sensitif dan cepat marah tanpa mereka sendiri sedar.

    Husin terhenti dari lamunan lalu berkata pada dirinya, Cikgu Amir cakap, akutak boleh halang pengaruh minda bawah sedar tapi aku boleh pilih perkara apa yang aku

    nak minda bawah sedar berikan pengaruhnya.Husin kemudiannya menyelak helaian kertas tersebut dan pandangan matanya

    tertumpu kepada bahagian artikel yang disediakan oleh cikgu Amir berkaitan dengankajian berhubung minda bawah sedar.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    28/102

    28|i L h a m A m i r u l . c o m

    Artikel 978-983-44519-6-1, Sesuatu yang tidak boleh di sangkal

    Merujuk kepada kenyataan daripada Dr. Bruce H. Lipton, Dr. Joe Dispenza danramai lagi pakar-pakar neurosaintis, kami mempercayai bahawa peranan yang dimainkan oleh minda sedar dalam kehidupan kita adalah lebih kecil daripada apa yang

    kita sangkakan dulu. Sebaliknya ada sesuatu yang lebih berkuasa daripada minda sedar,yang mengawal dan memberi pengaruh terhadap apa yang kita lakukan seharian.

    Minda sedar yang berfungsi sebagai alat untuk manusia berfikir secara rasional,menganalisa, berfikir secara logik, kepercayaan dan juga kemahuan, berada di bahagian

    neocortex. Manakala bahagian cerebellum pada otak pula menguasai minda bawah

    sedar. Dan minda bawah sedar pula berkaitan dengan tabiat, sikap, emosi dan jugamemori. Apa yang mengejutkan ialah para neurosaintis mendapati minda sedar hanya

    beroperasi sebanyak lebih kurang 5% sahaja dalam proses kognitif dan 95% lagi adalah

    sesuatu yang berada bawah kesedaran seseorang.

    Apabila kami meneliti fakta ini ternyata kebenarannya semakin terserlah. Salah

    satu bukti jelas yang menyokong bahawa keupayaan minda sedar adalah terhad adalah

    minda sedar hanya boleh fokus kepada tiga atau empat perkara yang berlaku dalam satu

    masa. Adalah mustahil untuk minda sedar manusia sebagai contohnya untukmendengar dan meneliti empat orang yang bercakap secara serentak. Jika minda sedarmampu memproses maklumat sebanyak 2000 bits sesaat, minda bawah sedar pula

    sangat menakjubkan, 2000000000 bits sesaat!

    Anggaran ini adalah masuk akal memandangkan minda bawah sedar memainkan

    peranan utama dalam mengawal sistem tubuh badan seperti pernafasan, degupanjantung, penghadaman, kitaran hormon dan pelbagai lagi. Lebih kurang dua billion data

    diterima oleh sistem deria manusia dalam masa sesaat dan untuk mengelakkan minda

    sedar menjadi overloaddengan maklumat, minda bawah sedar, menggunakan reticularactivating system (RAS) yang bertindak sebagai alat tapisan yang hanya akanmembenarkan stimulus, atau maklumat yang mempunyai nilai yang penting sahaja

    untuk diterima oleh minda sedar manusia.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    29/102

    29|i L h a m A m i r u l . c o m

    Minda bawah sedar berperanan mengawal jantung yang berdegup ribuan kalisehari dan mengepam lebih kurang 10 liter darah seminit. Setiap kali manusia menarik

    nafas lebih kurang 3 juta sel darah merah mati dan digantikan dengan yang baru dalamsaat berikutnya. Lebih kurang 100000 tindak balas kimia berlaku pada sel dalam sesaatdan lebih kurang 10 juta sel badan mati setiap saat lalu digantikan dengan sel yang baru.

    Semuanya berlaku dengan kawalan minda bawah sedar demi memastikan kelangsunganhidup manusia. Setiap kali manusia menerima sesuatu stimuli, sel otak neuron akan

    saling berhubung berkongsi maklumat sama ada memori positif atau negatif yang lebih

    menguasai dan seterusnya melakukan tindak balas di bawah kesedaran manusia.

    Artikel tamat

    Lipton, Bruce, PhD.,The Biology of Belief(Carlsbad, CA : Hay House, 2009).

    Dispenza, Joe, Evolve your brain: The Science of Changing Your Mind (DeerfieldBeach, FL:Health Communications, Inc., 2007).

    Setelah membaca beberapa artikel yang diberikan cikgu Amir, Husin

    merenung jauh ke tingkap yang terbuka terletak bertentangan dengan katil. Langitpetang itu bertukar mendung menjadikan suasana seolah-olah malam sudah menjelma.

    Hujan yang lebat mula turun membasahi bumi. Lopak-lopak air mula terbentuk di atasjalan dan burung-burung kelihatan terbang laju mencari tempat berteduh. Husin

    menutupnya dan berdiri seketika di tingkap sambil merenung keadaan di luar yangbasah ditimpa hujan.

    Aku tak boleh halang pengaruh minda bawah sedar tapi aku boleh pilih apa yang

    aku nak minda bawah sedar berikan pengaruhnya, kata Husin perlahan sambiltersenyum memikirkan semula kata-kata daripada Cikgu Amir itu.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    30/102

    30|i L h a m A m i r u l . c o m

    JAM menunjukkan pukul 5:20 pagi dan suasana di luar masih lagi gelap. Ahli keluarga

    Husin juga masih lagi sedang tidur di bilik masing-masing. Husin bangkitdaripada katil dan berjalan perlahan menuju ke tandas dalam keadaan terhuyung hayangdengan mata yang tidak terbuka sepenuhnya. Setelah lengkap berwudhuk, Husin

    mengambil sejadah di atas almari dan mula melakukan solat-solat sunat. Setengah jamkemudian, azan subuh daripada masjid yang berdekatan mula berkumandang. Selesai

    sahaja menyempurnakan solat subuh bersama dengan keluarganya, Husin duduk di

    meja belajar sambil meneliti helaian kertas yang diberikan oleh Cikgu Amir itu lagi.

    Meoww.... Husin mengalihkan pandangan ke arah seekor kucing jantan yangmasuk ke bilik melalui pintu yang tidak tertutup rapat. Lalu Husin segera menuju ke

    dapur dan memberikan kucing itu makanannya. Kau ni kucing baik kan? tak akan

    cakar aku kan? Seronok Husin membelai kucing tersebut.

    Imbas kembali...

    Walaupun saya pernah dicakar kucing tapi saya boleh menambah memori positif

    saya yang berkaitan dengan kucing, dengan itu memori positif akan jadi lebih kuat

    berbanding memori negatif. Jadi saya tidak akan takut kepada kucing lagi.

    Maksud cikgu sekarang cikgu tak takut dengan kucing walaupun pernah dicakardengan teruk? soal Husin kehairanan.Ya, kerana memori positif saya yang berkaitan dengan kucing lebih kuat

    berbanding dengan memori negatif yang dicakar oleh kucing. jelas cikgu Amir.Oh, jadi jika seseorang dapat menambah atau memanipulasi memori, mereka

    boleh merubah hidup mereka! teriak Husin mata yang terbuka luas.Ya, betul. balas cikgu Amir dengan senyuman. Dan teknik yang mudah untuk

    melakukan perkara tersebut ialah ...

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    31/102

    31|i L h a m A m i r u l . c o m

    Cahaya 3Kena marah sebab berangan?

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    32/102

    32|i L h a m A m i r u l . c o m

    Eh apa yang kau tengok dekat luar tingkap tu Husin, minggu depan dah mula

    peperiksaan, masih sempat lagi kau termenung, sinis rakan Husin yang duduk disebelahnya.Aku penatlah dari pagi tadi kita menghadap buku ni saja. Apa kata kita pergi ke

    perpustakaan dan buat ulang kaji di sana? Lagipun kan tak ada cikgu yang akan masukke kelas hari ni ajak Husin.

    Aku setuju! Lagi lama aku dalam kelas ni lagi mengantuk aku dibuatnya, balas

    rakan Husin sambil mengilas pandangannya ke arah beberapa orang pelajar yang

    sedang tidur di belakang kelas.Husin dan beberapa orang rakan sekelas lain yang turut serta berjalan secara

    berkumpulan menuju ke perpustakaan sekolah yang berada di blok bertentangan dengan

    kelas mereka.

    Kalaulah Mat Jenin Berangan dengan Betul? Husin tertarik apabila melihatbuku cerita tersebut lalu mengambilnya dari rak buku. Kelihatan rakan-rakan

    sekelasnya yang lain juga sedang membaca buku cerita setelah hampir dua jam beradadi dalam perpustakaan itu melakukan ulang kaji.

    Eh, gambar Cikgu Amir? Cikgu Amir yang menulis buku ni!

    Husin terus duduk di kerusi dan membuka buku tersebut.

    Buku apa yang kau ambil tu? tanya rakan Husin yang duduk bertentangantertarik.Cikgu Amir yang tulis buku ni. Cuba kau tengok ni, jawab Husin seraya

    menunjukkan biodata penulis yang terdapat pada kulit belakang buku.Amir Bin Ramli, sangat meminati bidang neurologi, psikologi dan penguasaan

    minda sejak di bangku sekolah rendah lagi... Husin ringkas membaca biodatapenulis buku tersebut.

    Husin bergegas pulang ke rumah sebaik sahaja sesi persekolahan pada hari itu tamat

    kerana ada satu perkara yang tidak sabar untuk dia lakukan. Setelah turun dari jejantasHusin menukar arah ke kiri dan berjalan dengan segera di laluan pejalan kaki. Danseperti hari-hari sebelum ini juga kelihatan beberapa remaja lelaki yang masih lagi

    berpakaian sekolah sedang duduk bersembang di bawah pokok yang bertentangandengan kedai.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    33/102

    33|i L h a m A m i r u l . c o m

    Tiba-tiba datang sebuah motorsikal melepasi Husin menuju ke arah mereka.Motorsikal tersebut dinaiki oleh seorang lelaki dewasa dalam lingkungan usia usia

    40an. Hakim! Balik sekarang! teriak lelaki berkenaan ke arah kumpulan pelajarsekolah tersebut. Kelihatan seorang remaja lelaki di situ segera membuang rokok di

    tangannya dan memakai semula beg galas yang diletakkan di perdu pokok.Haa.. Kan dah kena marah, kata Husin sendirian, masih mengekalkan

    pandangan matanya ke arah remaja-remaja berkenaan yang mula beredar dari situ.

    Setelah menunaikan solat fardhu isyak barulah Husin berkesempatan untuk

    membuka buku yang telah dipinjamnya dari perpustakaan tadi.Esok hari Sabtu jadi bolehlah malam ini aku habiskan baca buku ini, bisik

    Husin sendirian sambil duduk di meja belajar.

    Pada bab yang pertama buku berkenaan menceritakan tentang sel otak yangdikenali sebagai neuron dan jumlahnya mencecah 100 billion dalam otak setiap

    manusia. Sel otak atau neuron berperanan mengawal dan mengeluarkan electricalsignal. Setiap neuron berhubung antara satu sama lain dan membentuk circuit atau

    rangkaian dalam otak dan rangkaian inilah yang mengawal segala aktiviti yang

    dilakukan oleh manusia seperti melihat, mendengar dan berjalan. Malah setiap fikiran

    atau emosi manusia mempunyai rangkaiannya masing-masing.

    Neural networks atau rangkaian neuron akan sentiasa terbentuk apabila seseorangmenerima maklumat yang baru dan apabila manusia belajar satu perkara atau kemahiran

    yang baru. Ini bermaksud struktur otak akan sentiasa berubah dengan terbentuknyarangkaian neuron yang baru setiap kali manusia belajar dan memahami sesuatu yang

    baru. Dengan kata lain sekiranya seseorang belajar bermain piano, sel otaknya akanmembentuk satu rangkaian berkaitan dengan kemahiran tersebut dan dengan latihan

    bermain piano berulang-ulang kali, dia akan menjadi semakin mahir bermain piano

    kerana jaringan neuron untuk kemahiran tersebut menjadi semakin kukuh. Konsep inidalam bidang neurosains dikenali sebagaiHebbian Learning.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    34/102

    34|i L h a m A m i r u l . c o m

    Pada tahun 1995, satu kajian untuk mendalami bagaimana proses pembentukanrangkaian neuron telah dilakukan dan artikel berkenaan telah dikeluarkan oleh Journal

    of Neurophysiology.

    Husin! Husin terkejut mendengar suara ibunya tiba-tiba. Ibu nak ke kedai

    sekejap. Tolong tengokkan nasi yang ibu masak di dapur ya.Baik! Husin menyahut.

    Husin bangun meninggalkan meja belajar lalu duduk di atas katil sambil

    bersandar pada dinding beralaskan bantal mahu meneruskan pembacaannya.

    Eksperimen selama lima hari ini dibahagikan kepada empat kumpulan individu

    dan tugasan mereka adalah untuk berlatih bermain piano. Rentak yang perlu dimainkanadalah mudah memandangkan ia hanya melibatkan beberapa notes atau key dan

    memerlukansebelah tangan sahaja untuk bermainnya.

    Kumpulan A, setelah belajar dan memahami notes yang perlu dimainkan mereka

    dikehendaki berlatih bermainnya selama dua jam sehari pada piano sebenar sepanjanglima hari eksperimen.

    Kumpulan B, dikehendaki bermain piano secara bebas, tiada notesatau lagu yang perlu

    dimainkan hanya bermain secara rawak selama dua jam sehari sepanjang tempoheksperimen.

    Kumpulan C, setelah belajar, memahami dan menghafal notes yang perlu dimainkansama seperti mereka yang di kumpulan A, mereka tidak dibenarkan menyentuh piano

    sebaliknya dikehendaki melakukan visualisasi dengan membayangkan mereka seolah-olah sedang bermain dengan piano sebenar. Tempoh masanya juga sama dua jam sehari.

    Kumpulan D, tidak perlu berbuat apa-apa. Mereka tidak belajar dan tidak tahu sebarang

    noteslagu. Mereka juga tidak perlu melakukan apa-apa hanya untuk melihat perbezaan

    secara neurologi mereka yang belajar bermain piano dengan mereka yang tidak.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    35/102

    35|i L h a m A m i r u l . c o m

    Pada hari terakhir eksperimen, para pengkaji menggunakan transcranialmagnetic stimulation dan beberapa kelengkapan elektronik yang lain untuk mengesan

    serta melihat perubahan yang berlaku dalam otak mereka yang terlibat. Seperi diduga,individu kumpulan A menunjukkan adanya jaringan neuron yang kukuh terbina.Kumpulan B yang hanya bermain secara rawak, hanya menunjukkan sedikit pembinaan

    jaringan neuron berlaku. Ini berbeza dengan individu kumpulan A yang bermain lagutersebut berulang-ulang kali dan menyebabkan jaringan neuron yang terbentuk menjadi

    sangat kuat serta kukuh. Kumpulan D pula sudah tentunya yang tidak melakukan apa-

    apa menunjukkan tiada sebarang perubahan pada pertumbuhan sel otak mereka.

    Tetapi apa yang memberi kejutan kepada pengkaji adalah kumpulan C. Mereka

    menunjukkan perubahan yang hampir sama dengan adanya pembinaan jaringan neurondi kawasan yang sama dengan individu kumpulan A. Walaupun kumpulan C hanya

    membayangkan atau melakukan visualisasi sahaja namun kesannya amat mengagumkan

    apabila jaringan neuron yang terbentuk adalah hampir sama dengan individu yangberlatih dan menyentuh piano. Dan dengan melakukan visualisasi tersebut berulang-

    ulang kali juga telah membantu menguatkan jaringan neuron tersebut.

    Dalam tahun 1992 juga di dalam journal yang sama, Yue, G., dan K.J. Cole telah

    mengeluarkan artikel bertajuk Comparison on Training with Maximal Voluntary andImagined Muscle Contractions, vol. 67(5). Eksperimen tersebut melibatkan tigakumpulan. Kumpulan yang pertama dikehendaki melakukan senaman yang sangat

    ringkas iaitu dengan menegangkan dan merelakskan satu jari di tangan kiri merekadalam masa satu jam sehari selama sebulan. Apa yang mereka perlu buat hanya

    mengangkat satu jari dan menegangkannya untuk beberapa saat, kemudian melepaskanjari tersebut untuk merelakskannya.

    Kumpulan yang ke dua pula dikehendaki mentally rehearsed atau melakukan

    visualisasi bagi senaman yang sama dengan kumpulan yang pertama. Kumpulan yangke tiga tidak perlu melakukan apa-apa hanya untuk menunjukkan perbezaan bagimereka yang langsung tidak melakukan latihan tersebut. Pada hari eksperimen ini

    tamat, saintis telah meneliti perbezaan yang ditunjukkan pada otot jari setiap kumpulan.Kumpulan ketiga yang tidak melakukan apa-apa senaman, tidak menunjukkan sebarang

    perubahan pada jari mereka.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    36/102

    36|i L h a m A m i r u l . c o m

    Kumpulan pertama yang melakukan senaman untuk menguatkan jari tersebut,telah menunjukkan berlakunya peningkatan dalam kekuatan otot jari sebanyak 30

    peratus berbanding kumpulan ketiga yang tidak berbuat apa-apa. Apa yang mengejutkanialah kumpulan kedua juga menunjukkan kekuatan otot jari mereka meningkat denganperatusan sebanyak 22 peratus. Sedangkan mereka hanya menggunakan minda! Mereka

    tidak dibenarkan untuk mengerakkan jari mereka, sebaliknya hanya melakukansenaman tersebut secara visualisasi. Ini menunjukkan minda mampu memberi pengaruh

    kepada tubuh badan!

    Malah perkara pelik berlaku pada tahun 2005, David Seidler ,73 tahun yang juga

    pemenang oscar bagi penulis skrip terbaik untuk filemThe King's Speechtelah disahkan

    menghidap kanser pundi kencing. Beliau kemudiannya menjalani pembedahan untukmembuang kanser tersebut tetapi malangnya kanser tersebut kembali menyerang. Tidak

    lama kemudian kanser yang dihidapnya pulih! Doktor yang mengesahkan

    memanggilnya spontaneous remission dan tidak dapat menerangkan secara perubatanapa yang telah berlaku. Apa sebenarnya yang telah beliau lakukan sebelum pulih?

    Visualisasi! CNN membuat kenyataan bahawa beliau berjam-jam dalam seharimembayangkan pundi kecingnya telah pun menjadi sihat dan dalam kondisi yang baik.

    Visualisasi kini boleh dianggap sebagai salah satu bentuk rawatan tambahan yangsudah tentu mempunyai kebarangkalian untuk tidak berjaya. Dr Northrup menjelaskanpendapat beliau, Sama ada ianya berhasil ataupun tidak, tidak salah jika mencubanya

    kerana rawatan perubatan lain juga mempunyai peratusannya sendiri untuk berjaya. DrBernie Siegel pula memberikan kaitan antara visualisasi dengan kecemerlangan atlet.

    Apabila atlet membayangkan bahawa mereka telah berjaya, tubuh mereka akanmerasai kejayaan itu. Dengan melakukan visualisasi, tubuh badan seseorang akan

    merasakan perkara tersebut seolah ianya benar-benar berlaku.

    Satu bidang sains yang baru iaitu psychoneuroimmunology telah melakukanpelbagai kajian untuk membuktikan bahawa minda mempunyai kemampuan untukmempengaruhi sistem imunisasi manusia. Dr. Carl Simonton, seorang pakar kanser

    radiasi juga bersetuju berdasarkan pengalamannya yang pernah melihat keajaibantersebut berlaku kepada pesakitnya sendiri.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    37/102

    37|i L h a m A m i r u l . c o m

    Pesakitnya hanya membayangkan seolah-oleh sel kanser tersebut adalah musuhdi dalam game pacman dan satu demi satu sel kanser tersebut di makan pacman

    sehingga bersih. Ada juga yang membayangkan sel baik berlawan dengan sel kanserdan sel yang baik berjaya mengalahkan semua sel kanser. Mereka juga membayangkanseolah-oleh kanser yang mereka hidapi telah pun pulih dan mereka kini sihat

    sepenuhnya sekarang. Beliau mendapati mereka yang pulih adalah mereka yang tidakberputus asa, yakin pada diri, sentiasa gigih berusaha untuk memulihkan diri sendiri dan

    mereka yang gagal pula adalah pesakit yang menyerah serta berserah kepada takdir.

    Wah! Hebat betul teknik visualisasi ni rupanya, jadi terbuktilah yang minda

    sebenarnya mempunyai pengaruh terhadap apa yang berlaku dalam tubuh badan.

    Seronok rasanya dapat baca buku yang cikgu tulis ini, kata Husin sambil membelekbuku tersebut. Aku rasa macam ada satu benda yang aku terlupa.. hmmmm.. apa

    agaknya.. Eh! nasi yang ibu masak di dapur!

    DUA hari saja lagi Husin, bisik Husin sambil menanda kalendarnya memberi

    peringatan satu hari telah pun berlalu.Walaupun peperiksaan akhir tahun hanya selang sehari tetapi Husin kelihatantenang dan bersedia. Jam menunjukkan pukul 9 pagi dan dia sudah pun mula berada di

    meja belajar seraya menyusun buku-buku latihan yang berselerakkan. Husinkemudian mengambil buku rujukan subjek kegemarannya dan membuka buku tersebut.

    Kelihatan hampir keseluruhan helaian buku rujukan tersebut dipenuhi dengancontengan yang menunjukkan hampir semua latihan telah pun diselesaikan.

    Husin, semua orang yang berjaya tidak kira sama ada dalam pelajaran atauhidup, ada tiga perkara utama terlebih dahulu yang mereka kalahkan. Tiga perkara ini

    jika kamu juga mampu untuk atasi, insyaAllah semua yang kamu usahakan akan mudah

    untuk mencapai kejayaan. Masa, tubuh badan, dan persekitaran. Mereka yang telahberjaya juga akan beritahu kepada kamu bahawa apa yang perlu kamu tempuhi terlebihdulu sebelum mencapai impian adalah dengan mengatasi tiga perkara ini. Kata-kata

    daripada cikgu Amir semasa sesi pertama PC dulu masih tersemat dalam hati Husin.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    38/102

    38|i L h a m A m i r u l . c o m

    Tak kira berapa lama masa yang aku ambil untuk faham, tak kira apa yang

    badan aku akan rasa, letih, malas, mengantuk, tak kira apa pun yang akan berlakudalam persekitaran aku, sejuk, panas, hujan, atau sesiapa pun yang mengganggu, akuakan tetap buat ulang kaji sehingga aku faham dengan apa yang dah aku belajar di

    sekolah! laung Husin dengan bersemangat.

    BAIKLAH masa untuk menjawab sudah pun tamat, sila berhenti menulis dan saya

    akan mengutip kertas peperiksaan sekarang, kata seorang guru lelaki yang sedang

    berdiri di belakang kelas.Beliau kemudiannya pergi ke depan kelas dan mula mengambil kertas jawapan

    pelajar satu persatu. Seorang pelajar yang duduk di penjuru kelas mengangkat kening

    isyarat bertanya ke arah Husin, lantas Husin membalasnya dengan senyuman yang lebarmenandakan rasa berpuas hati dengan peperiksaan pada hari itu. Kelihatan

    beberapa orang pelajar di dalam kelas mula mengangkat ke dua belah tangan bersorakkerana berakhirnya peperiksaan itu menandakan bermulanya sesuatu yang dinantikan

    oleh semua pelajar.

    Ada sesiapa yang masih belum menghantar kertas jawapan? soal guru lelaki

    itu. Baik kalau begitu, saya ingin menyampaikan pesanan daripada guru kelas kamu.Pastikan sebelum kamu balik ke rumah, kelas ini dalam keadaan yang bersih dankemas. Sila pastikan juga tiada buku-buku atau barang-barang kamu yang tertinggal di

    bawah meja atau di rak buku di belakang kelas, ujar guru lelaki tersebut serayamenunjukkan jarinya ke arah belakang kelas.

    Kamu masih belum dibenarkan untuk pulang, ada masa lebih kurang sejamsahaja lagi sebelum persekolahan tamat. Oleh itu saya mengucapkan selamat bercuti,

    tolong jaga diri kamu semua baik-baik, manfaatkan cuti selama dua bulan ini. Semogakita dapat bertemu lagi pada tahun hadapan.

    Kelas bangun!.. Terima kasih cikgu! Suasana kelas yang tadinya senyap

    bertukar gamat, riuh dengan sorakkan.Cuti sekolah dah bermula! jerit Husin gembira.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    39/102

    39|i L h a m A m i r u l . c o m

    Azan maghrib daripada masjid telah kedengaran menandakan telah masuk waktu

    magrib dan berbuka puasa.Sekejap saja dah tiga minggu kita berpuasa, kata ayah Husin sambilmengambil sebutir kurma yang diletakkan di atas piring.

    Setelah selesai berbuka puasa, Husin sekeluarga menunaikan solat magribsecara berjemaah disusuli dengan solat isyak dan tarawih di masjid berdekatan.

    Cuti sekolah ni kau tak pergi ke mana-mana? soal rakan Husin yang jugabersolat tarawih di situ.

    Sepanjang cuti ni aku hanya duduk di rumah saja. Lagi pun cuti sekolah kan

    cuma tinggal tiga minggu lagi. Jadi aku sedang buat sedikit persediaan untuk SPM kitananti, jawab Husin.

    Kedengaran suaran imam mengangkat takbir untuk solat sunat witir kemudian

    disusuli oleh para jemaah lain. Husin bangun berdiri dan mengikut.

    Hari raya ketiga nanti eloklah kalau kita pergi ke rumah Mak Long di Muar.

    Rasanya dalam tahun ni kita tak pernah lagi ke sana, kata ibu Husin yang sedang

    melipat pakaian di ruang tamu.Husin yang sedang duduk menonton televisyen di sofa membalas, RumahMak Long? Riak muka Husin serta merta berubah apabila mendengar nama itu.

    Jelas menampakkan ada sesuatu yang tidak senang baginya. Kemudian mindanyabergetar disambar idea. Oh mungkin aku boleh cubanya kali ini! Husin tiba-tiba

    bangun dari sofa terus meluru ke dalam biliknya.Husin kemudiannya mengeluarkan buku catatan PC yang disembunyikan di

    dalam almari lalu terus duduk di meja belajar. Sebelum dia memulangkan semula bukutulisan cikgu Amir yang dipinjamnya daripada perpustakaan kelmarin, Husin sempat

    untuk membuat salinan fotokopi dan salinan itu diselitkan ke dalam buku catatan

    tersebut.Ini dia, bagaimana cara untuk melakukan visualisasi dengan betul, kata

    Husin sambil membelek-belek kertas di tangannya lalu mula membaca.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    40/102

    40|i L h a m A m i r u l . c o m

    Visualisasi amat penting sebelum terciptanya sesuatu yang fizikal. Sebagaicontoh, seorang pelukis profesional perlu berimaginasi terlebih dahulu kerana untuk

    menghasilkan lukisan yang bermutu tinggi dia mestilah mempunyai imej di mindasecara terperinci tentang apa yang ingin dilukisnya.

    Begitu juga dengan pengukir, mereka perlu terlebih dahulu mempunyai imejsecara mental tentang hasil ukiran yang akan mereka lakukan barulah dapat

    menterjemahkan hasil seni mereka secara fizikal.

    Pelajaran yang boleh diambil di sini adalah, segala yang fizikal perlu bermuladengan imej yang terperinci dalam minda. Dan untuk mendapatkan imej yang

    terperinci, kamu perlu menggunakan ke semua sistem deria. Libatkan semua deria

    dalam visualisasi untuk menjadikannya lebih berkesan. Deria penglihatan denganmenggambarkan apa yang boleh lihat, deria pendengaran dengan membayangkan apa

    yang boleh dengar, deria sentuhan, deria rasa dan juga deria bau.

    Sebagai contoh kamu seorang pekerja di sebuah syarikat dan dikehendaki untuk

    melakukan pembentangan kertas kerja mewakili jabatan kamu. Setelah menyiapkanbahan untuk dibentangkan, kamu boleh melengkapkan diri kamu dengan melakukan

    visualisasi terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik mesyuarat.

    Cari tempat yang sesuai, senyap, bebas dari sebarang gangguan luar. Pejamkanmata sekiranya itu akan membuatkan kamu lebih konsentrasi, kemudian mulakanvisualisasi kamu. Cara yang betul untuk visualisasi adalah dengan membayangkan

    seolah-olah kamu sedang melakukan pembentangan itu sekarang.

    Kesilapan yang ramai lakukan sewaktu berangan atau melakukan visualisasiadalah dengan meletakkan diri mereka pada sudut pandangan orang ketiga. Mereka

    membayangkan diri mereka sedang melakukan pembentangan dan melihatnya diri sudutkaca televisyen atau sedang melihat diri kamu dari jauh.

    Bagi yang bercita-cita untuk menjadi penceramah contohnya perlu melakukanvisualisasi dengan membayangkan mereka sedang berada di atas pentas dan berhadapandengan ratusan audiens. Jika hanya membayangkan seolah-olah kamu melihat diri kamu

    sendiri dari jauh itu adalah cara visualisasi yang salah dan besar kemungkinan tidakakan mendatangkan kesan.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    41/102

    41|i L h a m A m i r u l . c o m

    Bagi contoh pembentangan tadi, untuk melakukan visualisasi secara terperinci

    adalah sangat mudah. Gunakan semua deria yang terlibat. Yang pertama deria visualatau penglihatan, bayangkan seolah-olah kamu sedang berdiri berada di hadapan bilikmesyuarat sekarang dan di hadapan kamu ialah pekerja-pekerja yang semuanya sedang

    melihat ke arah kamu.

    Yang kedua melibatkan deria auditori atau pendengaran, bayangkan kamu

    mendengar suara kamu sendiri dan apa yang kamu boleh dengar di dalam bilik

    mesyuarat itu. Mungkin juga tepukan daripada pekerja-pekerja lain yang kagum denganhasil pembentangan kamu.

    Ketiga kinesthetic atau sentuhan, bayangkan kamu menggunakan bahasa badan,dengan menggerakkan tangan kamu ketika menerangkan sesuatu perkara dan rasakan

    pergerakkan tangan kamu itu.

    Gunakan semua deria yang kamu rasakan terlibat dan yang paling penting sekalisewaktu melakukan visualisasi tersebut, rasakan perasaan yang sangat gembira dalam

    hati kamu seolah-olah kamu telah berjaya melakukan pembentangan yang terbaik.

    Lebih terperinci deria visualisasi yang kamu gunakan, lebih hebat kesannyaterhadap diri kamu. Dan apabila tiba waktu untuk kamu melakukan pembentangan,kamu akan rasa seperti kamu sudah pernah melakukannya lantas menjadikan kamu

    lebih tenang. Pembentangan kamu akhirnya berjalan dengan lancar.

    Lebih kerap kamu melakukan visualisasi, lebih banyak jaringan neuron akanterbentuk dalam otak kamu dan dengan kesungguhan untuk melakukannya berulang-

    ulang kali, ia akan menjadikan jaringan itu kukuh. Jadi lebih kukuh jaringan itu makakemahiran kamu akan lebih meningkat.

    Rasanya teknik ni akan sangat-sangat membantu aku untuk berhadapan dengan

    Mak Long, kata Husin sambil menutup buku catatan tersebut. Dia kemudiannyamerenung ke arah luar tingkap lalu menghela nafas panjang.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    42/102

    42|i L h a m A m i r u l . c o m

    Hmmm.. raya ketiga kena pergi ke rumah Mak Long. Tapi selama ni setiap kali

    pergi ke rumahnya pasti aku akan rasa sakit hati dan marah.. cara dia cakap selalubuat aku rasa kecil hati..

    Bukan saja cara dia bercakap, cara dia lihat aku, sikapnya yangsuka merendahkan orang lain...

    Kali terakhir aku pergi ke rumahnya dulu, aku merajuk dan

    hanya tunggu di dalam kereta kerana marah apabila dia percayarokok yang dijumpai warden di dalam almari sewaktu di asrama dulu adalah

    kepunyaan aku...

    Tapi.. mungkin ada sesuatu yang aku boleh ubah dengan teknik visualisasi ni..

    Baiklah.. mulai hari ni aku akan lakukan visualisasi berulang-ulang kali..

    aku bayangkan seolah-olah aku sedang melihat dia di depan aku sekarang..

    Aku dapat dengar nada suara dia.. bagaimana cara dia bercakap..

    tangan dia yang selalu menunding jari ke arah orang lain..pandangan mata dia... cara dia melihat aku..

    Setiap kali dia berkata sesuatu aku hanya akan tersenyum.. yaa...

    aku bayangkan aku sedang tersenyum di depannya... apa juga kata-kata yang

    keluar dari mulutnya aku akan membalasnya dengan senyuman.. aku dapat rasa bibiraku bergerak dan tersenyum...

    Aku sedang bayangkan Mak Long sedang berada di depan aku sekarang... dan

    aku tersenyum kepadanya..

    tak kiralah apa juga yang telah dilakukannya terhadap aku..apabila pergi ke rumahnya nanti aku akan berlapang dada..aku akan tersenyum dan tersenyum....

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    43/102

    43|i L h a m A m i r u l . c o m

    Cahaya 4Emosi, kuasa membunuh dan merawat

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    44/102

    44|i L h a m A m i r u l . c o m

    KRINGGGG! loceng sekolah berbunyi lantas kelihatan para pelajar meluru ke kelas

    masing-masing dari arah kantin. Suasana sekolah yang tadinya riuh rendah kini bertukartenang dengan hanya kedengaran suara guru-guru yang mula mengajar.Saya harap kamu semua sudah berpuas hati dengan cuti selama dua bulan yang

    lepas. Jadi disebabkan sesi persekolahan sudah pun bermula saya mahu kamu semuamulai hari ini fokus dan sentiasa membuat ulang kaji sebagai persediaan untuk

    menghadapi SPM pada hujung tahun nanti. kata guru kelas dan juga guru yang

    mengajar matapelajaran sejarah untuk kelas Husin. Baik kita akan mulakan kelas

    sekarang. Sila keluarkan buku teks kamu dan buka halaman 13. Sesiapa yang masihbelum mempunyai buku teks sila berkongsi dengan rakan kamu di sebelah.

    Assalamualaikum.. ucap Husin sambil mengetuk pintu bilik kaunseling.

    Kelihatan cikgu Amir sedang menulis sesuatu menyiapkan laporan kerjanya.

    Oh, Husin. Jemput duduk, katanya seraya memandang ke arah Husin dengantersenyum. Bagaimana rasanya hari pertama di sekolah setelah berbulan

    bercuti? Bolehlah cikgu. Hari ini saja dah ada tiga kerja rumah yang perludisiapkan, balas Husin sambil menghela nafas panjang.

    Biasalah tu Husin, sekarang mungkin kamu tak rasa kebaikannya tapi bila

    melihat keputusan SPM kamu nanti, pasti kamu akan berterima kasih atas apa yang

    telah guru-guru di sini lakukan. balas cikgu Amir. Oh ya, saya sudah melihat laporankeputusan peperiksaan akhir tahun kamu yang lepas. Sangat menggembirakan! Pujiandaripada cikgu Amir membuatkan Husin gembira bukan kepalang.

    Seperti yang kamu tahu, hari ini merupakan sesi penutup Projek Cahaya. Jadijika kamu ada sebarang soalan, apa juga soalan yang berkaitan dengan minda, otak atau

    mungkin juga berkaitan dengan buku tulisan saya yang kamu baca pada tahun lepas.Macam mana cikgu tahu saya baca buku tu? tanya Husin kehairanan.

    Sebenarnya saya yang letakkan buku tu di perpustakaan. Saya cuba mencarinyakembali kerana ada sesuatu yang ingin saya rujuk semula. Setelah menyemak rekod

    peminjam, saya dapati kamu rupanya yang meminjamnya, jawab cikgu Amir sambil

    mengeluarkan buku tersebut dari timbunan buku-buku di atas mejanya.Buku tu sangat menarik! Malah saya dah berjaya gunakan teknik visualisasi tu

    untuk membantu saya semasa hari raya yang lepas, balas Husin dengan senyuman

    yang lebar seraya jarinya menunjuk ke arah buku tersebut.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    45/102

    45|i L h a m A m i r u l . c o m

    Hari raya? Maksud kamu? Husin memandang ke arah cikgu Amir dan

    fikiran nya mula mengimbas kembali apa yang telah berlaku semasa hari raya ke tiga.

    Imbas kembali...

    Kak long saya balik dulu ya, hari pun dah semakin lewat, kata ibu Husin lalu

    memeluk dan bergesel pipi dengan kakaknya.

    Errmm yela, kamu semua ni memang begini. Tak suka duduk lama-lama dirumah aku ni kan, kata Mak Long dengan nada suara yang nyaring membingitkan

    sesiapa yang mendengar sambil menjeling ke arah Husin yang sudah pun berdiri.

    Sambil Husin berjalan menuju ke kereta di luar, Mak Long berkata, Husin, niduit raya untuk kamu. Tahun depan SPM kan? Gunalah untuk beli buku. Jangan pula

    nak beli benda yang bukan-bukan.

    Terima kasih Mak Long, balas Husin gembira dengan RM50 yang diterima.Kau ni dari tadi senyum bila Mak Long cakap, kau perli Mak long ya. Husin

    sekali lagi membalas kata-kata tersebut dengan senyuman yang akhirnya dibalas jugadengan senyuman daripada Mak Long.

    Sebaik sahaja kereta mereka keluar daripada rumah tersebut ibu Husin berkata,

    Haa.. kan ibu dah pernah cakap, Mak Long tu sebenarnya orang yang baik hati.

    Cuma mulutnya saja yanglaser.

    CIKGU Amir tertawa dibuatnya dengan apa yang Husin diceritakan.Ya, apabila kamu buat visualisasi untuk sesuatu perkara, otak akan anggap

    perkara itu seperti sudah pun berlaku. Jadi sebab itu apabila tiba hari yang sebenar,kamu seolah-olah sudah terbiasa untuk tersenyum apabila melihat Mak Long kamu.

    Dan lebih kerap kamu melakukan visualisasi, lebih kuat dan kukuh neural connection

    yang terlibat. Neural connection yang lebih kukuh bermaksud lebih mudah untuk kamumelakukannya, terang cikgu Amir lagi.

    Boleh cikgu terangkan tentang neural connectiontu semula? pinta Husin.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    46/102

    46|i L h a m A m i r u l . c o m

    Ya sudah tentuh. Cara kamu berfikir, emosi kamu, aktiviti yang kamu lakukansemuanya mempunyai jaringan neuron sendiri atau neural connection, atau kamu boleh

    juga panggil ia sebagai satu litar elektrik untuk satu program. Ini bermaksudpenglihatan ada connection neuronnya sendiri, pendengaran ada litarnya sendiri, malahapa juga yang kamu fikirkan, lakukan atau rasakan mempunyai litar atau neural

    connectionmasing-masing.

    Ini sesuatu yang sangat berharga buat kita, dengan pengetahuan ini, kita tahu

    sekarang bahawa dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu perkara

    berulang-ulang kali, ia akan menjadikan kita mahir dan terlatih kerana neuralconnection yang terlibat menjadi semakin kuat dan kukuh. Tapi, jika kita boleh

    mengukuhkan sesuatu jaringan neuron, ini bermakna kita juga boleh melemahkan

    sesuatu jaringan neuron yang lain! Dan kebolehan otak untuk berubah dan menciptaneural connection yang baru dinamakan neuroplasticity. Plastic di sini bukanlah

    bungkusan plastik daripada pasar raya tetapi plasticity di sini merujuk kepada

    plasticine.Tanah liat yang mampu untuk merubah bentuknya kepada sesuatu yang baru.

    Ianya melibatkan dua proses, sprouting dan pruning. Sejak dari kecil lagi adajutaan neural connection dalam otak kamu, dan sepanjang hidup kamu akan ada

    connection yang sprouting atau semakin kuat apabila ianya penting untuk kamu, dan

    ada connection yang pruningatau menjadi lemah serta terlerai apabila ianya tidak lagi

    penting buat kamu.Kamu boleh berbahasa mandarin? tanya cikgu Amir tiba-tiba.Saya? Tak boleh. Tapi saya teringin nak belajar bahasa mandarin satu hari nanti.

    Kenapa cikgu? tanya Husin kembali.Baik, katakan kamu sudah pun mula belajar bahasa mandarin pada bulan lepas

    dan sekarang kamu sudah boleh mula berbahasa mandarin. Ini berlaku disebabkanlatihan, pengulangan yang kamu lakukan tiap-tiap hari telah menjadikan kamu semakin

    mahir kerananeural connection kamu untuk berbahasa mandarin sudah semakin kukuh.Tetapi.. jika kamu berhenti belajar dan tidak lagi menggunakan bahasa mandarin,

    connectiontersebut akan menjadi lemah danprune away.

    Jadi disebabkan itu walaupun kamu mahir melakukan sesuatu, tapi bila kamumeninggalkannya, otak akan menganggap ianya tidak lagi penting buat kamu. Seorang

    grandmasterdalam catur sekalipun sekiranya bertahun-tahun dia tidak bermain, sudah

    pasti bisanya tidak lagi akan terasa.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    47/102

    47|i L h a m A m i r u l . c o m

    Macam mana pula dengan sikap dan tabiat seseorang cikgu? Kalau macam tu inibermaksud sikap seseorang juga boleh berubah kan? tanya Husin.

    Ya sudah tentu. Apabila seseorang itu belajar untuk tidak lagi menjadi seorang

    yang pemarah contohnya, lama kelamaan neural connection bagi sikap berkenaan akanmenjadi lemah dan tidak lagi akan datang. Sebaliknya apabila dia mula belajar menjadiseorang yang penyabar, satu neural connection yang baru bagi sifat penyabar itu akan

    terbentuk dan dengan kesungguhan ianya akan jadi semakin kuat dan kukuh.Husin, saya sebenarnya sangat-sangat berbangga terhadap kamu kerana

    memulihkan emosi negatif antara kamu dengan saudara kamu. Kamu patut bersyukur

    Husin, kerana diberi kesedaran oleh Allah s.w.t untuk mengatasi emosi negatif yang

    kamu rasakan. Ramai diluar sana yang masih lagi hanyut dengan emosi sendiri danlangsung tidak berusaha untuk merubahnya.

    Kesilapan yang orang ramai lakukan adalah dengan menyangka, jika ada orang

    yang kamu tidak suka, maka orang yang kamu tidak suka itulah yang perlu berubah.Tetapi yang sepatutnya berlaku, perubahan itu harus bermula dari dalam diri mereka

    sendiri. Jiran yang bergaduh sesama sendiri contohnya, mereka hidup bermusuhan dan

    menjalani kehidupan dengan setiap hari memikul perasaan benci. Tanpa mereka sedaremosi itu sebenarnya telah merosakkan diri mereka dari dalam.

    Merosakkan diri? Maksud cikgu? tanya Husin sambil merapatkan kerusi kemeja semakin berminat dengan setiap penjelasan yang Cikgu Amir berikan.

    Baik, sebelum itu kamu perlu tahu setiap kali kamu berfikir akan berlaku

    biochemical reaction dalam otak dan otak akan kemudiannya berhubung dengan badan

    kamu, melalui electrochemical signals. Untuk memahami bagaimana kamu merasaiemosi, ada tiga jenis ligands atau bahan kimia penting yang terlibat. Ianya adalah

    neurotransmitters,neuropeptidesdan hormones.

    Ketiga-tiga bahan ini berfungsi untuk berhubung, berinteraksi danmempengaruhi sel kamu. Neurotransmitters berperanan sebagai alat untuk setiap

    neuron berinteraksi antara satu sama lain dan inilah yang menyebabkan terbentuknyarangkaian neuron atau neural connection tadi. Neuropeptides pula sebagai isyarat yang

    menghubungkan antara otak dengan badan. Manakala hormones pula adalah bahankimia yang melalui darah dan pergi ke tisu untuk memberi kesan yang spesifik

    berdasarkan isyarat yang diterima daripadaneuropeptides.

    Boleh cikgu beri contoh? soal Husin sambil menggaru dahi yang tidak gatal.Oh ya, apa kaitannya pula dengan merosakkan diri macam yang cikgu cakapkan tadi?tambahnya lagi.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    48/102

    48|i L h a m A m i r u l . c o m

    Boleh, apa salahnya. Begini Husin, sekarang kamu sudah tahu, apa juga yangkamu fikirkan akan melibatkan biochemical reaction dalam otak kamu. Dan otak

    sentiasa berhubung dengan tubuh badan, jadi setiap kali kamu berfikir sesuatu, otak

    akan memberi isyarat kepada tubuh badan kamu supaya perasaan kamu selari denganapa yang sedang kamu fikirkan.Jika kamu fikir sesuatu yang menimbulkan rasa marah, kamu akan rasa marah,

    atau bila kamu fikir sesuatu yang gembira, kamu boleh rasa kegembiraan itu. Jadikitaran fikiran yang berlaku adalah dari fikiran menjadi perasaan, dan akhirnya

    perasaan pula mempengaruhi fikiran.

    Husin kamu masih ingat lagi tentang memori positif dan memori negatif yang

    saya terangkan dalam sesi PC dulu? soal cikgu Amir.Ya, saya rasa saya masih ingat lagi. Pada waktu tu cikgu tunjukkan parut di

    lengan cikgu yang dicakar kucing, jawab Husin sambil menunjukkan ke arah lengan

    cikgu Amir.Ya betul, jadi mari kita kembali kepada contoh jiran yang bermusuhan tadi.

    Setiap pagi apabila menghantar anak mereka ke sekolah dan terpandang muka jiran

    sebelah yang mereka musuhi, berdasarkan teori minda, otak akan mula...Saya tahu cikgu! Mengenal pasti, melakukan tindak balas, dan mengaitkan,

    pintas Husin.Ketiga-tiganya betul, tapi susunannya salah, mengaitkan terlebih dulu barulah

    melakukan tindak balas, balas cikgu Amir seraya tersenyum melihat Husin.

    Husin, saya harap kamu boleh buat catatan dan dengar apa yang saya akan

    terangkan ini secara teliti. Berbalik kepada contoh tadi, apabila mereka melihat mukajirannya, tindak balas mereka akan berkait dengan memori yang menguasai. Dan didalam situasi ini, memori yang menguasai adalah memori negatif terhadap jirannya

    kerana mungkin jirannya pernah memecahkan pasu bunga mereka, atau jirannya terlalubising membuka televisyen.

    Jadi fikiran marah itu adalah neural connection atau jaringan neuron yangterbentuk dengan bantuan neurotransmitters. Kemudian apabila mereka marah jaringan

    neuron ini akan menjadi aktif dan memberi isyarat kepada neuropeptides yangkemudiannya memberi isyarat pula kepada badan. Selepas itu badan akan mula

    mengeluarkanhormonesyang terlibat iaitu dalam contoh iniadrenaline.

    Apabila kamu berada dalam situasi stress atau tertekan, tenaga yangdiperuntukkan bagi sistem imunisasi,pertumbuhan dan pemulihan sel akan berkurangan.Ini kerana apabila adrenaline dikeluarkan, tenaga pada tubuh kamu akan disalurkan

    kepada otot-otot kamu kerana kamu sedang berada dalam flight or fight response.

  • 7/23/2019 Husin Dalam Projek Cahaya

    49/102

    49|i L h a m A m i r u l . c o m

    Contoh yang mudah apabila kamu dikejar anjing. Pada waktu itu, hormonadrenaline dikeluarkan untuk memberikan tenaga kepada kamu berhadapan dengan

    situasi itu. Pilihan yang ada sama ada kamu mahu melarikan diri atau berlawan dengan

    anjing yang mengejar kamu. Dan pada waktu yang tertekan itu, otak kamu hanya mahumenyelamatkan diri kamu dari bahaya. Jadi hampir semua tenaga daripada sistem tubuhkamu seperti sistem imun, sistem perkumuhan, penghadaman, akan disalurkan kepada

    anggota fizikal seperti kaki dan tangan demi untuk melindungi kamu. Oleh sebab itulahboost of energy berlaku dan kamu secara tiba-tiba dapat melarikan diri dengan kelajuan

    yang tidak kamu sangka.

    Malangnya disebabkan peredaran zaman dan kehidupan dunia yang semakin

    sibuk, stress response selalu diaktifkan bukan pada tempatnya. Antaranya tertekandisebabkan kesesakkan jalan raya, bimbang dengan kos hidup yang semakin meningkat,

    stress dengan masalah kewangan, masalah rumah tangga, kecewa putus cinta, risau

    dengan pandangan orang lain, sakit hati dan marah pada orang lain, malah kamu jugasendiri dapat lihat tahap kesihatan pelajar sewaktu minggu peperiksaan. Ramai pelajar

    yang mula demam, selsema dan jatuh sakit kerana tekanan daripada peperiksaan

    menyebabkan stress response diaktifkan serta mengakibatkan sistem pertumbuhan,imunisasi tubuh badan kamu terganggu.

    Cuba kamu bayangkan semula jiran yang bergaduh sesama sendiri tadi. Hampirsetiap hari mereka berada dalam keadaan yang tertekan. Amat merbahaya kerana stress

    yang kronik terbukti menyebabkan otak mengeluarkan hormon yang boleh

    mempengaruhi sistem imunisasi, jelas cikgu Amir lagi.

    Cikgu Amir bangun dari kerusi dan mengambil sebuah buku berkulit tebal yangberada di rak buku bersebelahan mejanya.Ini dia Husin, satu kajian berkaitan dengan stress yang kronik. Berdasarkan

    kajian daripada Dr. R. W. Berth