huraian sukatan modul_bab_6

2
BAB 6 PENGURUSAN KEWANGAN 1.0 PENDAHULUAN Pusat Sumber Sekolah mempunyai sumber kewangan daripada punca yang boleh digunakan bagi menjalankan rancangan dan aktiviti tahunan. Jumlah wang yang diperuntukkan ini disalurkan ke sekolah pada awal tahun. Melalui sumber ini, pihak sekolah bolehlah membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan. Setiap jabatan di sekolah bertanggungjawab menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan pada bulan Oktober setiap tahun. Ini adalah satu pelan tindakan kerja bagi tahun berikutnya . 1.1 Pengenalan Aspek Kewangan adalah perkara penting dalam sesebuah organisasi. Guru Perpustakaan dan Media perlu mengetahui bagaimana sumber dan kedudukan kewangan dapat memenuhi keperluan sekolah. Mengurus secara berhemah membolehkan semua rancangan dapat dilaksanakan dan mengelak berlakunya pembaziran. 1.2 Pekeliling Rujuk laman web Kementerian Kewangan- yang berkuat kuasa sekarang 1.3 Sumber kewangan PSS adalah : Peruntukan daripada Kementerian Pelajaran (Bantuan PCG) Bantuan PCG oleh kerajaan diberikan kepada semua sekolah berdasarkan bilangan murid di sekolah. Bantuan PCG bagi PSS termasuk dalam kategori bantuan PCG bukan matapelajaran. Mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil.5/2002 bertarikh 17 Oktober 2002, jenis bantuan Per Kapita dan maksud perbelanjaan adalah seperti berikut : 1. Kadar Bantuan Per Kapita Bagi Sekolah Rendah Harian atau Sekolah Rendah Sukan. 2. Kadar Bantuan Per Kapita Bagi Sekolah Menengah Harian atau Sekolah Berasrama Penuh atau Sekolah Menengah Sukan. 3. Kadar bantuan Per Kapita Bagi Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional JENIS BANTUAN 100 MURID DAN KE BAWAH 101 – 500 MURID 501 – 1000 MURID 1001 DAN KE ATAS PUSAT SUMBER SEKOLAH RM1500.00 RM1,500 + RM14.00 Seorang murid melebihi 100 orang RM7,100 + RM13.00 Seorang murid melebihi 500 orang RM13,600 + RM12.00 seorang murid melebihi 1000 orang

Upload: saidah-bahrin

Post on 23-Jul-2015

67 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huraian sukatan modul_bab_6

BAB 6 PENGURUSAN KEWANGAN 1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah mempunyai sumber kewangan daripada punca yang boleh digunakan bagi menjalankan rancangan dan aktiviti tahunan. Jumlah wang yang diperuntukkan ini disalurkan ke sekolah pada awal tahun. Melalui sumber ini, pihak sekolah bolehlah membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan. Setiap jabatan di sekolah bertanggungjawab menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan pada bulan Oktober setiap tahun. Ini adalah satu pelan tindakan kerja bagi tahun berikutnya . 1.1 Pengenalan

Aspek Kewangan adalah perkara penting dalam sesebuah organisasi. Guru Perpustakaan dan Media perlu mengetahui bagaimana sumber dan kedudukan kewangan dapat memenuhi keperluan sekolah. Mengurus secara berhemah membolehkan semua rancangan dapat dilaksanakan dan mengelak berlakunya pembaziran.

1.2 Pekeliling

Rujuk laman web Kementerian Kewangan- yang berkuat kuasa sekarang

1.3 Sumber kewangan PSS adalah :

• Peruntukan daripada Kementerian Pelajaran (Bantuan PCG)

Bantuan PCG oleh kerajaan diberikan kepada semua sekolah berdasarkan bilangan murid di sekolah. Bantuan PCG bagi PSS termasuk dalam kategori bantuan PCG bukan matapelajaran. Mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil.5/2002 bertarikh 17 Oktober 2002, jenis bantuan Per Kapita dan maksud perbelanjaan adalah seperti berikut :

1. Kadar Bantuan Per Kapita Bagi Sekolah Rendah Harian atau

Sekolah Rendah Sukan. 2. Kadar Bantuan Per Kapita Bagi Sekolah Menengah Harian atau

Sekolah Berasrama Penuh atau Sekolah Menengah Sukan. 3. Kadar bantuan Per Kapita Bagi Sekolah Menengah Teknik dan

Vokasional

JENIS BANTUAN

100 MURID DAN KE BAWAH

101 – 500 MURID

501 – 1000 MURID

1001 DAN KE ATAS

PUSAT SUMBER SEKOLAH

RM1500.00

RM1,500 + RM14.00

Seorang murid melebihi 100

orang

RM7,100 + RM13.00 Seorang

murid melebihi 500

orang

RM13,600 + RM12.00

seorang murid melebihi 1000

orang

Page 2: Huraian sukatan modul_bab_6

• Yuran Khas Sekolah (YKS)

Yuran Khas Sekolah akan disalurkan dari kerajaan mengikut peruntukkan sekolah rendah (RM4.50) dan sekolah menengah (RM9.00) mengikut kepala murid. • Sumber-sumber tambahan PSS boleh mengusahakan punca kewangan tambahan bagi meningkatkan sumber kewangan PSS. Ia diusahakan melalui aktiviti- aktiviti untuk tujuan-tujuan khusus dan projek-projek khas seperti mengubahsuai PSS. Cadangan-cadangan bagi mendapatkan punca kewangan tambahan adalah seperti berikut:

� Jualan hari kantin � Jualan majalah, surat khabar atau buku-buku � Bacathon � Jualan kad ucapan � Tayangan video � Kuiz � Derma atau sumbangan perseorangan atau organisasi

2.0 PERANCANGAN KEWANGAN

2.1 Garis panduan membuat anggaran perbelanjaan tahunan ( Rujuk Lampiran ) 2.2 Amalan-Malan Yang Tidak Harus Dilakukan Oleh Sekolah Dalam Membuat Perolehan

� Membeli tanpa menggunakan borang pesanan bagi pembelian, kecuali pembelian melalui panjar* wang runcit yang tidak melebihi dari RM 100.00.

� Membeli dari satu kedai tertentu sahaja bagi semua barangan. � Pembelian yang dibuat secara spontan tanpa ada perancangan

awal. � Mengambil barang dahulu dan membuat pesanan kemudian. � Membeli dari wang pengetua/Guru besar sendiri atau lain-lain

pegawai dan kemudian dituntut dari sekolah � Tidak mencatat dalam buku daftar bil � Pembelian dibuat melalui telefon sahaja. � Pembelian dari koperasi sekolah.

* Panjar wang runcit sekolah merupakan sejumlah wang pendahuluan yang pada

permulaannya dikeluarkan daripada wang SUWA di bawah butiran yang tidak dikhaskan untuk sesuatu tujuan tertentu, seperti butiran kantin atau pelbagai.

Nota : Keterangan lanjut berkenaan kewangan sila rujuk lampiran.