huraian pelan lantai

Click here to load reader

Upload: nasyirin-fadilah

Post on 13-Dec-2014

168 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

12

TRANSCRIPT

4.0 A.

HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI Ruang Pejabat Seni

Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod,

penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal.

B.

Ruang Akses ICT

Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pelajar yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pelajar boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi.

C.

Ruang Tekstil

Tidak jauh dari ruang tembikar, terletak ruang tekstil. Ruang ini juga tidak jauh beza penggunaannya dengan ruang tembikar. Dari segi saiz dan struktur ruangnya adalah sama, cuma dari segi peralatan, proses dan produknya adalah berbeza. Di dalam bilik ini terdapat ketuhar pemanas, tempat mencelup kain, alat acuan menekap kain, meja untuk menekap kain, ampaian untuk menjemur kain juga peralatan lain yang bersesuaian. Proses untuk menghasilkan tekstil yang lengkap bermula di ruang ini. Dari sehelai kain putih yang kosong sehinggalah menjadi sehelai kain yang lengkap dengan pelbagai corak melalui proses menekap, melukis secara free hand dan pelbagai teknik terkini mengikut teknologi sekarang iaitu menggunakan komputer. Jika pada masa dahulu bilik memproses tekstil menggunakan cara manual, di ruang ini pula terdapat ke dua-dua cara sama ada secara manual atau menggunakan komputer. Ini bertujuan untuk menampilkan kelebihan dan juga kekurangan apabila kita menggunakan cara manual mahupun dengan menggunakan komputer. Ruang tekstil juga menggunakan tingkap automatik pada sebelah atas dinding untuk mendapatkan pengudaraan yang sistematik.

D.

Stor

Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahanbahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat

atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah.

E.

Ruang Cetakan

Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat

konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print, 2) Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint 3) Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional.

F.

Ruang Tembikar

Bilik seni ini juga dilengkapi dengan ruang tembikar. Ruang ini dilengkapi dengan alatalat untuk membuat tembikar seperti tanah liat, mesin acuan, mesin ketuhar, tanur elektrik, batu-bata yang berasaskan aluminium silikat untuk tujuan pembinaan dan lainlain bahan yang berkaitan. Ruang ini khusus untuk peserta-peserta membentuk tembikar yang diingini.. Selain daripada alat-alat tembikar, ruang ini juga dilengkapi dengan sudut pameran tembikar untuk dipamerkan kepada pelajar yang hadir. Oleh

kerana ruang ini tidak sesuai untuk dipasangkan pendingin hawa maka tingkap kawalan automatik dibina di bahagian atas dinding dengan tujuan memberi ruang untuk pengudaraan yang lebih sistematik. Semua akses hanya dengan menekan butangbutang kawalan yang sangat mudah dioperasi. Ciri-ciri keselamatan juga sangat diutamakan di sini seperti pemadam api yang dikawal secara automatik dan pantas. Semua ini adalah antara konsep futuristik yang terdapat dalam ruang ini untuk kemudahan dan keselesaan murid-murid juga pengguna-pengguna yang menggunakan ruang ini.

G.

Bilik Pengajaran Dan Pembelajaran bilik menjadi tempat berlangsungnya aktiviti

Ruang ini terletak di kawasan tengah

pengajaran dan pembelajaran. Didalam ruang ini ditempatkan meja, kerusi, kabinet menyimpan barangan, tong sampah, pentas persembahan murid serta beberapa kelengkapan lain yang bersesuaian. Bilik ini boleh menempatkan lebih kurang 40 orang murid juga peserta dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana konsep bangunan ini bercorak futuristik maka perabot-perabot yang digunakan juga adalah yang canggih dan terkini. Sebagai contoh kerusi yang digunakan oleh murid-murid boleh dilaraskan mengikut saiz dan ketinggian murid atau peserta-peserta yang menggunakan kerusi tersebut. Ini akan memberi keselesaan dan keseronokan apabila berada di atas kerusi tersebut. Kerusi guru juga tidak kurang hebatnya kerana selain daripada selesa, guru juga boleh bergerak dalam bilik tersebut tanpa berjalan kerana kerusi ini ada akses kawalan yang membolehkan kerusi ini bergerak dengan lancar. Walau bagaimanapun terpulang kepada guru tersebut sama ada mahu menggunakan akses tersebut atau tidak. Pentas di dalam bilik ini juga disesuaikan dengan baik sekali supaya semua murid yang menggunakan bilik tersebut dapat melihat dengan jelas sesuatu bentuk aktiviti yang dijalankan dari pelbagai sudut. Pentas ini juga digunakan untuk sebarang presentation daripada murid mahupun daripada tenaga pengajar.

H.

Bilik Pameran

Blok pameran ini berada di tengah-tengah bilik seni di dalam ruangan utama pengajaran dan pembelajaran. Ianya memudahkan sesiapa sahaja yang berkunjung untuk melihat hasil-hasil seni pelajar yang dipamerkan. Rak kayu yang diletak ditengahtengah ruang pameran dapat mempamerkan beberapa hasil 3 dimensi pelajar seperti arca, assemblaj, stabail, boneka, diorama, model dan origami. Selain itu juga guru boleh mempamerkan hasil kraf tradisional seperti tembikar, anyaman, seni ukiran kayu, gasing dan sebagainya.

Seterusnya dengan adanya papan pameran gantung juga dapat mempamerkan hasil pelajar seperti mobail, topeng, model dan sebagainya. Objek-objek ini mampu untuk meransangkan deria pelajar disamping memberi peluang kepada pelajar untuk melihat dan menyentuh objek tersebut.

TL/TP (Tandas Lelaki / Perempuan) Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang selesa disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua tandas di sini juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka bentuk kepala paip menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala paip diaplikasikan dengan teknologi sensor, pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air. Kepala paip ini sungguh berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak digunakan dan juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip sekiranya tangan licin atau berminyak. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan exhaustfan untuk menyedut udara panas.

Taman Ilham Ruangan ini terletak di kawasan luar bilik seni dan berfungsi sebagai kawasan untuk bersantai setelah penat bekerja atau membuat pelbagai aktiviti. Murid-murid atau PELAJAR yang datang boleh berehat atau menenangkan fikiran melalui dua buah sudut alam yang disediakan di situ. Sudut alam itu merangkumi kawasan taman yang menghijau dan terdapat kolam ikan juga beberapa jenis haiwan seperti beburung, arnab juga serangga seperti rama-rama yang berwarna-warni. Suasana ini sudah pasti memberi ketenangan kepada pelajar yang hadir apabila melihat keletah arnab-arnab yang berlari-lari, beburung yang berterbangan di dalam sangkar juga kilauan rerama yang dapat memberi inspirasi kepada semua. Tidak lupa juga dengan pergerakan ikan-ikan yang berenang-renang di dalam kolam yang lengkap dengan landskap yang cantik. Di samping dapat berehat dan menenangkan fikiran, kawasan ini juga untuk mendapat kenalan baru apabila pelajar datang ke ruangan ini sambil berehat dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang ingin dikongsikan bersama. Ruangan ini mempunyai bumbung berkaca yang membolehkan cahaya dari atas menerjah masuk. Walau bagaimanapun di kawasan ini juga ada disediakan sistem pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada pelajar.

Koridor Dinding koridor ini boleh digunakan oleh pelajar melukis mural yang boleh dipadam dan digunakan kembali mengikut keperluan. Dengan ini mural-mural selalu bertukar ganti dan dibuat mengikut design atau ilustrasi terkini. Dengan adanya ruang khas untuk pelajar melukis mural, ianya memudahkan lagi hasil-hasil seni pelajar dipamerkan secara tidak langsung

Struktur Binaan dan Kemudahan-Kemudahan Lain Struktur binaan bilik hendaklah menekankan aspek-aspek keselamatan. Pada dasarnya struktur bangunan yang terdapat bilik seni mestilah mempunyai ketahanan yang baik dan dapat mengelak daripada kebakaran berlaku. Ini dapat dicegah melalui penggunaan bahan kalis api. Selain itu bahan binaan itu juga seharusnya dapat membataskan pergerakan api ke bahagian lain dengan cepat. Bahan binaan bangunan juga perlu mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menyerap haba, ini penting kerana aktiviti di bilik seni terutama di ruang tembikar menggunakan banyak bahan api. Setiap ruang di dalam bilik seni ini dihalang oleh dinding. Dinding ini dibina dengan bahan yang kalis bunyi untuk mengelakkan daripada berlakunya suasana bising yang boleh mengganggu setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik seni ini. Di dalam bilik seni ini juga ada disediakan sinki untuk membasuh alat-alat yang telah digunakan dan disimpan semula ke dalam kabinet. Bagi penggunaan sinki, pengguna hanya perlu menghulurkan tangan dan air akan keluar dengan sendiri sama ada air biasa atau air yang bersuhu panas dimana ianya menggunakan teknologi sensor. Sinki ini juga boleh disorokkan seandainya tidak perlu digunakan. Kabinet yang terdapat di sini akan masuk ke dalam dinding sewaktu tidak digunakan dan akan keluar semula seandainya perlu digunakan. Ini semua adalah untuk menjimatkan ruang dan memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna. Oleh kerana bilik seni ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlaku kemalangan, maka di sini juga disediakan peralatan kecemasan. Peralatan kecemasan yang disediakan bertujuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sewaktu proses mencanting dan seumpamanya. Ruang untuk menyimpan peralatan kecemasan ini adalah tahan daripada segala bentuk bencana seperti kebakaran dan sebagainya.