hukum pertandingan

4
Hukum Pertandingan soalan Satu penganjur telah menganjurkan pertandingan bola sepak..di mana yuran penyertaan untuk setiap pasukan ialah RM 150....hadiah pertandingan pula berupa wang ringgit, piala dan jersi....penganjur ini telah gagal mendapatkan penaja bagi pertandingan ini....oleh kerana itu sebahagian daripada duit penyertaan akan digunakan untuk hadiah pertandingan di samping untuk bayaran sewa tempat dsbg.... Soalan saya, adakah boleh penganjur berbuat demikian, yakni dengan menggunakan duit peserta untuk dijadikan hadiah kepada para pemenang, sedangkan semua peserta membayar duit tetapi hanya pemenang sahaja yang akan mendapat hadiah kemenangan....? Berikut saya lampirkan jwpn Ust Kamin dr al-Ahkam. Sebelum kita pergi lebih jauh berkenaan dengan pertandingan yang dibenarkan didalam Islam, elok juga kita melihat kembali beberapa pra-syarat yang ditetapkan oleh Islam. Menurut Shaykh Khaalid al-Maajid, dari Universiti Islam Imaam Muhammad ibn Sa’ud :- ن ي ب ع لا ل ا ن ي ب رهان ل و ا ه مار ، و ق ل ا ن م هاُ ّ و ل! خ ول :% لا رط ا) ش ل ا. ن, ي والد ل اّ ر ب ل) ب م، ة ب ج وا طاعة, ي% و ا% ، ا لاة ص ل ا ن ع ، و ب ج وا ل لة ا ر ال ك! ذ ن عً ةَ ّ صاذ ون ك ت لا% : ا, ي! ن ا) ب ل رط ا) ش ل ا. ها ب اس! ب ل ا ن ي ب! رف عُ , ي و% ة، اّ ل ة كR ب ق و !رق ع ت س ت ن% ا ن عً لا! ف، ب ع لا ل ا ب ق و ن مً ,را ي) ث ك !رق ع ت س ت لا% : ا) ث ل ا) ب ل رط ا) ش لا. 1. Hendaklah bebas dari unsur-unsur perjudian, pertaruhan diantara pemain. 2. Tidak menjadi penghalang didalam melakukan kewajipan mengingati Allah, atau solat, atau apa-apa ibadat, seperti menhormati ibu-bapa. 3. Permainan ini tidak memakan masa yang banyak, lebih-lebih lagi mengambil sepenuh masanya, atau membuat orang lain mengenalinya disebabkan masa yang dia ambil.

Upload: murshidah-hashim

Post on 09-Aug-2015

419 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hukum pertandingan

Hukum PertandingansoalanSatu penganjur telah menganjurkan pertandingan bola sepak..di mana yuran penyertaan untuk setiap pasukan ialah RM 150....hadiah pertandingan pula berupa wang ringgit, piala dan jersi....penganjur ini telah gagal mendapatkan penaja bagi pertandingan ini....oleh kerana itu sebahagian daripada duit penyertaan akan digunakan untuk hadiah pertandingan di samping untuk bayaran sewa tempat dsbg....

Soalan saya, adakah boleh penganjur berbuat demikian, yakni dengan menggunakan duit peserta untuk dijadikan hadiah kepada para pemenang, sedangkan semua peserta membayar duit tetapi hanya pemenang sahaja yang akan mendapat hadiah kemenangan....?

Berikut saya lampirkan jwpn Ust Kamin dr al-Ahkam.

Sebelum kita pergi lebih jauh berkenaan dengan pertandingan yang dibenarkan didalam Islam, elok juga kita melihat kembali beberapa pra-syarat yang ditetapkan oleh Islam. Menurut Shaykh Khaalid al-Maajid, dari Universiti Islam Imaam Muhammad ibn Sa’ud :-

الالعبين : بين الرهان وهو ، القمار من خلو�ها األول . الشرطبر� : مثل ، واجبة أيطاعة أو ، الصالة وعن الواجب، الله ذكر عن صاَّد*ة( تكون أال الثاني الشرط

. الوالدين : ي6عرف أو كل�ه، وقته تستغرق أن عن فضال( الالعب، وقت من كثيرا( تستغرق أال الثالث الشرط

الناسبها .بين1. Hendaklah bebas dari unsur-unsur perjudian, pertaruhan diantara pemain.2. Tidak menjadi penghalang didalam melakukan kewajipan mengingati Allah, atau solat, atau apa-apa ibadat, seperti menhormati ibu-bapa.3. Permainan ini tidak memakan masa yang banyak, lebih-lebih lagi mengambil sepenuh masanya, atau membuat orang lain mengenalinya disebabkan masa yang dia ambil.

Syarat yang dinyatakan diatas ini hanya merujuk kepada pra-syarat pertandingan yang dibolehkan, dan tidak termasuk hadiah /prize.

Dr Abdul Fattaah Idris, Professor Fiqh Muqaran di Al-Azhar, didalam memberi fatwa berkenaan isu bolehkah hadiah diberikan kepada peserta pertandingan kuiz sekolah, beliau berpandangan :

"Menurut majoriti ulama, apa yang membolehkan pertandingan jawapan yang terbaik atau betul bagi sesuatu soalan, samada akademik atau bukan akademik, ialah kerana sebabnya ynag mulia. Maka agak jelas disini bahawa pertandingan serupa ini dibolehkan dari perspektif Islam dengan syarat tidak ada hadiah diberikan. Ini adalah pandangan majoriti ulama. Walaubagaimana pun Mazhab Hanafi membenarkan hadiah diberikan, oleh kerana ia akan bertindak sebagai bahan pemangkin agar seseorang itu bekerja keras.

Page 2: Hukum pertandingan

Berdasarkan pandangan ini, Islam membenarkan instituisi memberi hadiah kepada mereka yang cermelang, kerana ia akan menggalakan masnusia meletakkan usaha yang lebih didalam pembentukan kerjaya masing-masing dan yang seterusnya akan mengerakkan seluruh masyarakat"

Islam begitu berhati-hati didalam perkara yang melibatkan wang dan hadiah. Islam membenarkan hadiah diberikan kepada perkara-perkara yang membawa kepada Jihad dan juga unsur-unsur agama; seperti pertandingan menghafal al-Quran, kuiz agama, dsb, sebagaimana fatwa yang telah dibawakan dahulu :-

Menurut Dr Ali Al-Saalus, Professor Syariah dari Qatar :

لمن المسابقة مال بذل مع المسابقة أما ، فيها حرج ال مال بذل َّدون المباحة األمور في الحديث في جاء ولذلك عليه، والحث الجهاَّد الترغيبفي الهدفمنها فكان ال: " يسبق الشريف

." َّداوَّد وأبو أحمد، رواه نصل أو حافر فيخفأو إال PقPب Pكتاب َس في ماجه وابن والترمذي ، القتال كانتوَسائل والخيل واإلبل - الجهاَّد، - هو الباء بفتح والسبق ، للرمي كانت والنصال

وهو ، للسابق يجعل الذي الخير المال وأهل بعضالدول أن غير ، بالجهاَّد يتعلق نرى كما جعلوا الجهاَّد واإلحسان غير لمسابقات أمواال( .

"Pertandingan adalah perkara yang dibolehkan tanpa memasukkan unsur duit dan tidak ada masalah dengannya, bagi pertandingan yang melibatkan wang, mereka akan melakukannya bersungguh-sungguh bagi mencapai targetnya, dan ini telah dinyatakan didalam hadith Nabi saw : 'Tidak ada sabaq (hadiah wang dsb) kecuali memanah, lumba kuda dan lumba unta'. - [Hadith diriayat oleh Ahmad, abu Daud, Al-Tirmudzi, Ibn Majah didalam buku Jihad]. Unta bermakna perlawanan, memanah bermaksud melontarnya, dan sabaq bermaksud duit yang digunakan sebagai hadiah pemenang.Ini semua apabila kita lihat adalah bersangkutan dengan JIHAD, akan tetapi sebahagian negara dan masyarakat yang pemurah melakukan kebajikan dengan wang untuk pertandingan dan bukan untuk Jihad".[Fatwa IOL, sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic ... waID=97841 ]

Pertandingan-pertandingan yang menguji minda dan kecergasan dibenarkan dengan syarat perserta tidak rugi apa-apa dan tidak terdapat unsur-unsur perjudian. Sheikh Dr. Raahid al-'Ulaywi, dari Universiti Islam Imaam Muhammad ibn Sa’ud, dari kampus al-Qaseem campus berkata :-

كان ال إذا غيره أو اإلنترنت عبر تقام التي المسابقات في يغرم بأسبالمشاركة ال المتسابق يوجد ال ألنه ؛ غانما( أو َسالما( إال يكون بحيثال والقمار شيئا(، فالميسر قمار، أو ميسر ذلك في

أن بين الشخصمترَّدَّدا( فيه يكون يغنم ما أو يغرم .بأشياء مشوبة غير المسابقات هذه تكون أن يشترط في ولكن األَسئلة تكون كأن محرمة

لذاته يحرم مما ذلك ونحو غنائية أو إباحية ( أشياء قمارا لكونها ال السبب، لهذا فتحرم ،"Tidak mengapa mengambil bahagian didalam sesuatu pertandingan didalam internet atau dimana sahaja, jika penyertaan tidak merugikan apa-apa dan mereka akan berkeadaan selamat atau akan memenangi sesuatu, kerana ia tidak melibatkan judi. Judi bermaksud seseorang tidak tahu samada dia akan mendapat sesuatu atau hilang sesuatu. Tetapi ini masih tertakluk kepada syarat pertandingan tersebut tidak melibatkan perkara

Page 3: Hukum pertandingan

yang haram, seperti soalan mengenai benda yang diharamkan dsb., Maka ia diharamkan disebab perkara ini, bukan kerana ia melibatkan judi."

Yuran bagi sesuatu pertandingan dikenakan biasanya melibatkan kos sewa padang, peralatan dan sebagainya. Prinsip asasnya ialah ia harus bebas dari unsur-unsur yang haram - sebagai contoh : semua pemain dan pasukan harus membayarnya. Akan tetapi jika pemain bersetuju bahawa pihak yang kalah akan membayar untuknya atau mereka yang lain, dan si-pemenang tidak perlu membayar apa-apa, maka ini dinamakan sabaq (hadiah wang) dan ia juga menyerupai pertaruhan didalam permainan.

Ini tidak dibenarkan didalam Islam, melainkan ia terlibat didalam pembentukan kemahiran untuk jihad sebagaimana sabda Nabi saw :-

حاف خفأو أو نصل في إال َسبق ال"Tidak ada sabaq (hadiah wang/kemenangan) melainkan memanah, pertandingan kuda dan pertandingan unta" - [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1700; dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Tirmudzi]

WA, wassalam