hubungan di antara kecerdasan emosi dengan … · 1 bab 1 pendahuluan 1.1 pengenalan intellectual...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN
KEPIMPINAN BAKAL GURU DI KALANGAN PELAJAR PERDANA
TAHUN EMPAT PTV UTM
FARAH AMIRA BT HJ WAN MAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN
KEPIMPINAN BAKAL GURU DI KALANGAN PELAJAR PERDANA
TAHUN EMPAT PTV UTM
FARAH AMIRA BT HJ WAN MAT
Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Teristimewa
Untuk mama dan papa yang sangat ku kasihi…
Hj Wan Mat bin Seman dan Hjh Wan Latifah bt Wan Husain
“Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu”
Buat teman-temanku Ati, Ita, Azda, Jamilah dan Fadilah yang dekat di hati…
Buat ahli keluarga yang amat ku kasihi
Terima kasih atas segalanya
Pengorbanan kalian tidak mungkin ku lupakan
Untuk dua insan istimewa yang sentiasa memberikan semangat…
Muhd Syafiq Abdul Aziz dan Sukhvinder Gill
Terima kasih yang tidak terhingga…
Aku berasa bertuah dipertemukan
Dengan insan berhati mulia seperti kalian
iv
PENGHARGAAN
Di sini penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada En.
Kamalularifin b. Subari selaku penyelia tesis di atas segala bimbingan dan tunjuk
ajar serta dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyediaan tesis ini.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan ditujukan buat En. Roslee b.
Ahmad kerana sudi memeriksa keesahan soal selidik ini. Jasamu dikenang.
Seterusnya jutaan terima kasih buat En Azlan b. Abd Latib dan Dr Tan
Soo Yin kerana sudi menjadi penilai untuk Projek Sarjana Muda saya. Hanya
Tuhan yang dapat membalas segala budi baik tuan.
Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada semua individu yang
terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membantu
menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Tanpa kalian siapalah saya. Harapan
penulis agar Projek Sarjana Muda ini dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan
dan dapat menjadi sumber rujukan buat individu lain pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kecerdasan emosi dan kepimpinan perlu dikenalpasti demi untuk melihat
hubungkait di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan seseorang, lebih-lebih
lagi untuk seorang bakal guru. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari
hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), UTM Skudai. Kajian ini melibatkan
sampel seramai 104 orang yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian yang
digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi maklumbalas bagi
persoalan kajian. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian
SPSS 11.0 untuk mendapat kekerapan, peratusan, min, ujian-t dan korelasi,
kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil kajian menunjukkan
tahap kecerdasan emosi dan tahap kepimpinan bakal guru PTV adalah kurang
memberangsangkan. Analisis ujian-t pula menunjukkan tiada perbezaan
kecerdasan emosi yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan
kecuali bagi aspek kesedaran diri dan mengawal perasaan manakala analisis ujian-
t bagi kepimpinan pula menunjukkan tiada perbezaan kepimpinan yang signifikan
di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Keputusan korelasi pula mendapati
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan
kepimpinan.
vi
ABSTRACT
Emotional Intelligence and the Leadership Skills need to be identified to
see the relationship between emotional intelligence and leadership skills,
especially for those who are to become a teacher. Therefore, this research is
conducted to obtain a visible relationship between emotional intelligence and
leadership skills among the future Technical and Vocational Educational (PTV)
teacher in the UTM Skudai campus. A number of 104 respondents were chosen
randomly. The instrument is a set of questionnaires which respond to the research.
The data collected is analyzed with SPSS 11.0 software to obtain frequency,
percentage, min, t-test as well as correlation and finally presented in the form of
tables. The result shows that the emotional intelligence and leadership level of the
future PTV teacher is at mediocre level. The t-test analysis of emotional
intelligence shows that there is none significant differences between male and
female respondents in emotional intelligence except for self confidence and the
ability to handle feelings. Meanwhile the result of the t-test analysis of leadership
skills shows that there were none significant differences between male and female
respondents in leadership skills. The result of the correlation shows that there is
none significant relationship between emotional intelligence and leadership skills.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI DOKUMEN xi
SENARAI LAMPIRAN xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 2
1.3 Pernyataan masalah 9
1.4 Objektif kajian 10
1.5 Persoalan kajian 11
1.6 Kepentingan kajian 11
1.7 Skop kajian 12
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.8 Definisi operasional 13
1.8.1 Kepintaran emosi (EQ) 13
1.8.2 Kepimpinan 15
1.8.3 Bakal guru 16
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kecerdasan emosi (EQ) 17
2.3 Kepimpinan 20
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk kajian 25
3.3 Lokasi kajian 26
3.4 Sampel kajian 26
3.5 Instrumen kajian 26
3.6 Kajian Rintis 29
3.6.1 Keesahan borang soal selidik 29
3.6.2 Kebolehpercayaan borang soal selidik 30
3.7 Prosedur kajian 30
3.8 Analisis kajian 31
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Latar belakang responden 34
4.2.1 Profil jantina pelajar dan kursus 35
4.2.2 Profil bangsa & pengalaman menjalani latihan
mengajar 36
4.2.3 Jenis sekolah semasa menjalani latihan mengajar 36
4.3 Bahagian B 37
4.3.1 Persoalan kajian 1 37
4.3.2 Persoalan kajian 2 41
4.3.3 Persoalan kajian 3 45
4.3.4 Persoalan kajian 4 54
4.3.5 Persoalan kajian 5 58
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan dapatan 59
5.3 Perbincangan 60
5.3.1 Perbincangan latar belakang responden 60
5.3.2 Perbincangan persoalan kajian 1 61
5.3.3 Perbincangan persoalan kajian 2 62
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
5.3.4 Perbincangan persoalan kajian 3 63
5.3.5 Perbincangan persoalan kajian 4 64
5.3.6 Perbincangan persoalan kajian 5 65
5.4 Cadangan kajian lanjutan 66
5.5 Cadangan kajian lanjutan 67
5.6 Kesimpulan 68
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
Bibliografi 69
LAMPIRAN
Lampiran A 75
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Sampel kajian 26
3.2 Faktor kecerdasan emosi 27
3.3 Faktor kepimpinan 28
3.4 Item-item yang telah diubahsuai 29
3.5 Kaedah analisis data 32
3.6 Perubahan markat dan skala 33
3.7 Markat skala tiga mata 33
3.8 Skala rowentree untuk tafsiran nilai pekali kolerasi r 33
4.1 Jadual rentas jantina dan kursus 35
4.2 Jadual rentas bangsa dan pengalaman menjalani 36
latihan mengajar
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.3 Jenis sekolah semasa menjalani latihan mengajar 36
4.4 Analisis keseluruhan tahap kecerdasan emosi 37
4.5 Analisis keseluruhan tahap kepimpinan 41
4.6 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 45
dan pelajar perempuan bagi aspek kesedaran diri
4.7 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 46
dan pelajar perempuan bagi aspek mengawal perasaan
4.8 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 47
dan pelajar perempuan bagi aspek motivasi diri
4.9 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 47
dan pelajar perempuan bagi aspek mengawal diri
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.10 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 48
dan pelajar perempuan bagi aspek perhubungan antara manusia
4.11 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 49
dan pelajar perempuan bagi aspek empati
4.12 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 49
dan pelajar perempuan bagi aspek penerimaan kendiri
4.13 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 50
dan pelajar perempuan bagi aspek komunikasi
4.14 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 51
dan pelajar perempuan bagi aspek tindakbalas kendiri
4.15 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 51
dan pelajar perempuan bagi aspek tegas
4.16 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 52
dan pelajar perempuan bagi aspek celik akal
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.17 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 53
dan pelajar perempuan bagi aspek sikap keterbukaan
4.18 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 54
dan pelajar perempuan bagi aspek karisma
4.19 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 55
dan pelajar perempuan bagi aspek timbang rasa
4.20 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 55
dan pelajar perempuan bagi aspek merangsang intelek
4.21 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 56
dan pelajar perempuan bagi aspek inspirasi
4.22 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 57
dan pelajar perempuan bagi aspek ganjaran
4.23 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 57
dan pelajar perempuan bagi aspek mengurus
4.24 Hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan 58
xv
SENARAI SINGKATAN
SPSS - Statistical package for the social sciences
STS - Sangat tidak setuju
TS - Tidak setuju
KS - Kurang setuju
S - Setuju
SS - Sangat setuju
PTV - Pendidikan teknik dan vokasional
EQ - Kecerdasan emosi
IQ - Intellectual quotient
SPA - Sarjana muda teknologi serta pendidikan kejuruteraan awam
SPE - Sarjana muda teknologi serta pendidikan kejuruteraan elektrik
SPJ - Sarjana muda teknologi serta pendidikan kejuruteraan jentera
SPH - Sarjana muda teknologi serta pendidikan kemahiran hidup
PKPG - Program khas pensiswazahan guru
UTM - Universiti teknologi malaysia
Bil - Bilangan
% - Peratus
f - Kekerapan
xvi
SENARAI SINGKATAN
R - Rendah
S - Sederhana
T - Tinggi
Sig - Signifikan
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Intellectual Quotient (1Q) adalah sangat popular di dalam dunia
pendidikan. Ia memberi penekanan kepada aspek kemahiran kognitif iaitu
membaca, menulis, mengira. Justeru, masyarakat sering menganggap bahawa
individu yang memiliki tahap kepintaran intelek (IQ) yang tinggi akan
berjaya dalam karier dan dipandang tinggi (Goleman, 1995). Tetapi,
hakikatnya tahap kognitif yang tinggi tidak semestinya menjamin individu
itu berjaya di dalam pekerjaan mahupun di dalam hidupnya (Hunter and
Hunter). Kajian yang dilakukan oleh Sternberg menguatkan lagi pernyataan
ini yang mana hasil kajian beliau menunjukkan, pengaruh IQ ke atas
kejayaan seseorang individu itu adalah sangat kecil iaitu hanya 4% daripada
varian.
Jika diteroka hasil kajian ahli-ahli psikologi sekitar 1990-an
menunjukkan bahawa sebenarnya, aspek non-kognitif yang memainkan
pengaruh yang besar ke atas kejayaan individu samaada di tempat kerja
mahupun di dalam hidup (Wechsler, 1943). Pernyataan ini diperkuatkan lagi
dengan hasil kajian untuk melihat had bagi pengaruh IQ yang dibuat di ke
atas 450 kanak-kanak yang membesar di Sommerville, Massachusetts. Dua
pertiga daripada mereka adalah dari kalangan keluarga yang berpelajaran
manakala satu pertiga lagi memiliki IQ di bawah 90. Walaubagaimanapun,
2
hasil kajian menunjukkan kecemerlangan subjek kajian di tempat kerja
dengan pengaruh IQ hanyalah kecil sebaliknya apa yang lebih kuat
mempengaruhinya adalah kebolehan mengawal kekecewaan, mengawal
emosi dan perhubungan dengan orang lain.
Kajian berikutnya dibuat ke atas 80 orang berpangkat Ph. d di dalam
bidang Sains untuk melihat kunci kejayaan. 40 tahun selepas tamat pengajian
di Berkeley, ramai di kalangan mereka telah mengukir nama di bidang
masing-masing. Kemudian, mereka dijejaki untuk di temubual. Hasil kajian
tersebut menunjukkan kemahiran interpersonal dan kecerdasan emosi (EQ)
adalah empat kali lebih penting berbanding IQ dalam menentukan kejayaan
di bidang kerjaya (David Viscott, 1976). Di bidang pekerjaan, memang IQ
penting, namun realitinya, apa yang lebih penting ialah mempunyai
kebolehan membina ketahanan diri untuk menempuhi rintangan dan
kebolehan bergaul dengan subordinat mahupun rakan sekerja.
Maka, dalam menilai kejayaan seseorang individu, di samping ianya
memerlukan kepintaran intelek (IQ) yang baik, kemantapan kecerdasan
emosi (EQ) juga merupakan suatu elemen yang sangat penting dan mesti
berada seiringan dengannya (Mahmood Nazar Mohamed, 2001). Seseorang
individu yang memiliki kesepaduan emosi dan rohani serta diharmonikan
dengan intelek maka akan membentuk mauduk yang pastinya akan dapat
menghasilkan generasi yang seimbang perkembangan sahsiahnya dan
mempunyai ketahanan untuk menghadapi cabaran dan rintangan hidup serta
dapat menjauhkan diri daripada perangkap “emotional hijacking”.
1.2 Latar belakang masalah
Menurut Professor Dr. Leonard M. S Yong, pengasas “The Leonard
Personality Inventory,” kepintaran emosi EQ adalah merupakan kebolehan
3
untuk merasa, memahami dan mengaplikasikan kuasa di sebalik emosi dalam
hidup kita seharian. EQ berpunca dari emosi, perasaan dan gerak hati. Malah,
ianya bukan sesuatu yang hanya boleh dirasional secara intelek. Untuk
mengaplikasikan EQ secara betul, kita seharusnya memahami dan
menghargai perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain. lanjutan kepada
pemahaman ini, EQ menekankan cara membalas yang betul kepada setiap
rangsangan persekitaran. Ini ditekankan supaya kita dapat menggunakan
pemahaman kita tentang emosi secara betul dalam hidup kita seharian.
Kepintaran emosi merupakan pendorong kepada individu untuk berusaha ke
arah mencapai matlamat hidup dan aspirasinya. Ia mengubah apa yang
difikirkan oleh kita kepada cara kita hidup.
Kekuatan yang disumbangkan oleh kecerdasan emosi dapat
menyedarkan masyarakat bahawa sebelum ini mereka telah mengabaikan
satu sumber yang dianggap tidak memberi manfaat dan seterusnya telah
diabaikan. Emosi selama ini telah dianggap sebagai pengacau atau perosak
fikiran. Kecelaruan emosi membuahkan kesedaran betapa sikap negatif
terhadap emosi menyebabkan manusia terjebak dalam jaringan emosi negatif
yang berpanjangan.
Menurut laporan yang disiarkan di dalam Berita Harian, 27 Ogos
2003, di Seremban, seorang buruh berusia 35 tahun dihadapkan ke
mahkamah majistret atas tuduhan mencucuh api pada badan seorang bayi
berusia lapan bulan. Menurut sumber yang yang sama, di mahkamah Sesyen
pula, seorang peniaga berusia 25 tahun didakwa cuba membunuh isterinya
dengan menyembelih leher isterinya. Menurut sumber yang sama, di
Islamabad, seorang wanita yang mengambil upah mencuci pakaian dan
memasak untuk keluarga jirannya hampir kehilangan tangan apabila
suaminya marah dengan keengganannya meninggalkan kerja itu yang
dianggap menjatuhkan maruah keluarga, lalu cuba menetak lengan wanita itu
dengan menggunakan pisau pemotong daging. Dalam satu kejadian lain di
4
Karana, Islamabad, seorang tuan rumah bertindak kejam dengan
membogelkan pembantu rumah wanitanya dan dipertontonkan di pasar
kampung kerana wanita tersebut meminta cuti sehari kerana sakit. Daily
News, New York pula melaporkan seorang wanita yang mempunyai berat
badan berlebihan menetak ibu mertuanya sampai mati dengan menggunakan
pisau pemotong daging selepas ibu mertuanya enggan menghidangkan nasi
untuknya ketika makan malam dengan alasan makanan itu menggemukkan.
Menurut laporan yang disiarkan di dalam Berita Minggu, 1 Ogos 1999,
seorang bekas ahli kaji kimia yang berkecimpung sebagai broker di pasaran
saham. telah mengalami kerugian sebanyak A$150,000 menyebabkan beliau
hilang pertimbangan lalu membunuh isteri, anak dan kawan-kawannya di
firma saham sebelum membunuh diri sendiri. Daripada laporan ini, jelas
menunjukkan bahawa bagaimana individu yang memiliki tahap (IQ) yang
tinggi belum tentu mampu untuk menjadi seorang individu yang berjaya. Di
sini juga kita dapat melihat bagaimana seseorang itu tidak dapat
membendung emosinya telah melakukan tindakan yang kejam dan
merugikan dirinya dan juga orang lain.
Menurut pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Kasmini Kassim, “Naluri ganas
memang wujud dalam diri manusia. Walaubagaimanapun, Tuhan
mengurniakan kita akal untuk menekan naluri keganasan itu daripada
dihambur keluar.” (Ekslusif, 2-8 Ogos 1999). Kenyataan ini menguatkan lagi
pendapat yang mengatakan kejayaan individu bukan semata-mata bergantung
kepada kepintaran intelek (IQ) malahan juga kecerdasan emosi (EQ) yang
tinggi.
Kecerdasan emosi (EQ) mempunyai nilai yang besar ke atas kerjaya
dan hidup seseorang. Martin Seligman adalah pengasas “learned optimis”. Ia
merujuk kepada anggapan manusia apabila berdepan dengan kegagalan atau
halangan. Sikap optimis lebih cenderung untuk menganggap sesuatu yang
5
spesifik, bersifat sementara dan menyebabkan individu mempunyai
anggapan yang eksternal manakala orang yang bersikap pesimis cenderung
menganggap sesuatu yang berlaku itu bersifat global, kekal, lebih spesifik
dan menyebabkan individu mempunyai anggapan yang internal. Dalam
kajian mengenai “Met Life”, Seligman mendapati seorang jurujual baru
yang bersikap optimis berjaya menjual 37 % lebih insuran jika dibandingkan
dengan jurujual sedia ada yang bersikap pesimis. Hasil kajian juga
menunjukkan, apabila sebuah syarikat insurans mengambil sekumpulan
pekerja yang bersikap optimis, prestasi kerja mereka amat menggalakkan
walaupun mereka gagal dalam “normal screening.’ Ini jelas menunjukkan
betapa besar pengaruh sikap optimis ke atas tingkahlaku individu.
Dalam satu kajian lain mengenai optimis, Seligman menguji 500
orang pelajar di dalam “freshman class” di University of Pennsylvania. Hasil
kajian beliau menunjukkan bahawa skor yang diperoleh daripada ujian
mengenai sikap optimis pelajar adalah kayu ukur sebenar bagi gred
pencapaian yang diperolehi semasa berada di tahun “freshman” jika
dibandingkan dengan Skor SAT ataupun gred “High School.”Kebolehan
menguruskan perasaan dan stress adalah salah satu aspek lain dalam EQ
yang telah dikesan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kejayaan
seseorang. Satu kajian yang dibuat ke atas pengurus syarikat menunjukkan
kebolehan untuk menguruskan stress mempengaruhi keuntungan, kadar
jualan bagi setiap kerja, kadar jualan bagi setiap pelanggan dan wang bagi
inventori.
EQ adalah lebih bertumpu kepada mengetahui bila dan bagaimana
untuk meluahkan emosi dengan cara mengawalnya. Satu kajian yang dibuat
oleh Sigdal Barsade di Yale University mengenai gaya pengurusan pengurus
ke atas kumpulannya mendapati emosi pengurus mempengaruhi ahli
kumpulannya dan perasaan yang baik mewujudkan kerjasama yang erat
antara subordinat, wujud keadilan dan mempamerkan prestasi keseluruhan
6
kumpulannya. Kajian tersebut juga mendapati kumpulan bekerja dalam
keadaan yang ceria mendatangkan lebih keuntungan kepada ahli
kumpulannya. Dapatan dalam bidang yang sama yang dibuat oleh Bachman
turut mendapati bahawa pemimpin yang paling efektif dalam ketenteraan US
adalah yang lebih mesra, lebih bertimbang rasa, boleh mengawal perasaan,
dramatik dan mempunyai perhubungan social yang baik.
Empati juga merupakan aspek yang penting dalam EQ. Para
penyelidik juga telah mengenalpasti bahawa empati berupaya mempengaruhi
kejayaan individu di dalam pekerjaan. Dua dekad yang lalu, Rosenthal dalam
kajiannya di Harvard University mendapati bahawa individu yang
berkebolehan mengenali emosi orang lain adalah lebih berjaya di dalam
bidang pekerjaan mereka begitu juga di dalam perhubungan sosial mereka.
Dalam satu tinjauan yang dibuat ke atas gaya kerja jurujual produk
kecantikan mendapati jurujual yang mempunyai sikap empati dalam diri
lebih digemari oleh pelanggan. Ini kerana pelanggan-pelanggan melaporkan
bahawa mereka lebih menggemari jurujual yang benar-benar memahami
kehendak dan kebimbangan mengenai penjagaan kecantikan wajah dan
tubuh badan mereka.
Likert (1969) di dalam kajiannya mengenai gaya kepimpinan
pegawai di Universiti Michigan telah mendapati bahawa tingkahlaku
kepimpinan yang diamalkan oleh pegawai-pegawai adalah berpusatkan
kepada pekerja dan timbang rasa. Pegawai-pegawai mempunyai sikap tolak-
ansur dengan pekerja demi meningkatkan produktiviti. Pegawai-pegawai
juga sentiasa memberikan pandangan yang jelas kepada pekerja-pekerjanya
berhubung dengan keperluan dalam menjalankan sesuatu tugas di dalam
organisasi. Herzberg (1966) di dalam kajiannya mendapati bahawa seseorang
individu itu akan mencapai kepuasan kerja yang maksimum sekiranya pihak
majikannya dapat memenuhi keperluan fisiologi seperti keperluan makan
minum, keselamatan dan jaminan kerja, keperluan kehormatan diri dan
7
status. Dapatan kajian Herzberg ini disokong oleh hasil kajian yang dibuat
oleh Suaidah Ahmad (1983) dan kajian See Tean Seng (1987) mengenai
tingkahlaku kepimpinan ketua jururawat di hospital mendapati bahawa
ketua-ketua jururawat yang mengamalkan tingkahlaku bekerjasama bukan
sahaja dapat mewujudkan kepuasan kerja kepada para jururawat biasa malah
turut dapat mengurangkan tekanan kerja. Burk (1972) di dalam kajiannya
mendapati bahawa pekerja yang merasa ketua mereka tidak bertimbang rasa
akan mengalami tekanan kerja yang lebih dan beliau merumuskan bahawa
tingkahlaku timbang rasa pemimpin menyumbang secara signifikan dan
bersifat negatif kepada tekanan kerja. Hasil kajian Burk ini disokong pula
oleh kajian Suaidah Ahmad (1983) dan See Tean Seng (1987) yang
memperoleh dapatan yang serupa. Selain itu, ia turut disokong oleh kajian
Tanabe (1993) yang melaporkan bahawa penyelia yang mempunyai
kebolehan tinggi dan berorientasikan perhubungan dalam organisasinya akan
dapat mengurangkan tekanan kerja. Kajian yang dilakukan oleh Universiti
Michigan terhadap pengurusan hospital, kakitangan kerajaan dan organisasi
perniagaan mendapati bahawa kebanyakan kumpulan pekerja yang produktif
mempunyai para pemimpin yang bertumpukan kepada pekerja dan bukannya
bertumpukan kepada pengeluaran. Mereka juga mendapati bahawa
pemimpin yang paling efektif adalah mereka yang mempunyai hubungan
saling menyokong dengan para sub ordinat dan membuat keputusan secara
berkumpulan. Chong Huat (1983) menjalankan satu kajian untuk memahami
faktor-faktor yang memotivasi dan mempengaruhi gaya kepimpinan dalam
organisasi tempatan dan organisasi Jepun di Malaysia ke atas 40 orang
responden daripada beberapa organisasi tempatan dan organisasi Jepun yang
terletak di zon Industri Shah Alam. Hasil kajian menunjukkan orang Jepun
mementingkan tenaga, usaha dan keperluan-keperluan kumpulan,
mengutamakan daya kepimpinan dan dimotivasikan oleh perhubungan yang
mana kesannya dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti. Manakala gaya
kepimpinan tempatan lebih cenderung ke arah mengamalkan gaya
kepimpinan yang dimotivasikan oleh tugas.
8
Salmah Saad (1984) dalam kajiannya tentang tingkahlaku
kepimpinan dan hubungannya dengan kepuasan kerja di kalangan pekerja
yang tugasnya berstruktur dan tidak berstruktur mendapati pekerja-pekerja
yang tugasnya berstruktur dan mengamalkan tingkahlaku timbang rasa
mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kepuasan kerja
keseluruhan dan kepuasan dengan pekerjaan, gaji, penyeliaan dan kenaikan
pangkat. Hasil kajian oleh Salmah Saad pula disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Ramlah Yunos (1993) tentang corak kepimpinan di Perak-
Hanjong Simen. Beliau mendapati corak kepimpinan yang berkesan adalah
kepimpinan secara berorientasikan perhubungan yang sentiasa peka dan
mengambil berat kehendak dan kepuasan kerja para pekerja. Sebaliknya,
kepimpinan yang kurang berkesan ialah yang mempunyai ciri-ciri
mementingkan diri sendiri, tidak mengambil berat keperluan pekerja dan
sukar menerima pendapat orang bawahan dan rakan sekerja. Di sekolah, di
dapati terdapat banyak kes di mana kadang-kala guru tidak dapat mengawal
perasaan apabila berada dalam situasi tertekan terutama di kalangan guru
wanita. Walaubagaimanapun, anehnya mereka tetap mempamerkan
kepimpinan yang baik dan berupaya melahirkan pelajar-pelajar yang
cemerlang (Wan Ahmad Nasir, 1985). Berdasarkan maklumat inilah maka
penyelidik cuba untuk meninjau adakah kecerdasan emosi (EQ)
mempengaruhi kepimpinan bakal guru ataupun sebaliknya.
9
1.3 Pernyataan masalah
Konsep kecerdasan emosi mula dilahirkan oleh ahli psikologi dari
Universiti Yale dan New Hampshire, USA iaitu Peter Salovey dan John
Mayer. Dalam tahun 1990, mereka telah mencuba untuk mengkaji dengan
lebih mendalam berkaitan dengan masalah “Mengapa mereka yang pintar
tidak semestinya berada di dalam golongan mereka yang paling berjaya
dalam perniagaan mahupun peribadinya.”
Konsep ini kemudiannya dipopularkan semula oleh Daniel Goleman
melalui bukunya yang berjudul, “Emotional Intelligence (EQ)” pada tahun
1995. Beliau mengatakan kejayaan individu itu 20% bergantung kepada
kepintaran intelek manakala 80% lagi bergantung kepada kemampuan
individu untuk mengawal emosinya. Hasil daripada pendapat tersebut,
penyelidik cuba untuk menjalankan satu kajian bagi melihat hubungan di
antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan bakal guru. Tinjauan ini
dijalankan di kalangan pelajar perdana tahun empat (SPA, SPJ, SPE, SPH)
yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Teknik dan
Vokasional di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
10
1.4 Objektif kajian
Objektif am kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan di antara
kecerdasan emosi dengan kepimpinan bakal guru. Objektif khusus kajian ini
pula adalah seperti berikut:
i. Meninjau tahap kecerdasan emosi pelajar perdana tahun empat PTV,
UTM, Skudai, Johor.
ii. Meninjau tahap kepimpinan pelajar perdana tahun empat PTV, UTM,
Skudai, Johor.
iii. Mengkaji samaada wujud perbezaan kecerdasan emosi antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor
bagi setiap aspek yang dikaji.
iv. Melihat samaada wujud perbezaan kepimpinan antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor bagi
setiap aspek yang dikaji.
v. Meninjau samaada kecerdasan emosi mempunyai hubungan dengan
kepimpinan pelajar perdana tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor.
11
. 1.5 Persoalan kajian
i. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar perdana tahun empat PTV,
UTM, Skudai, Johor?
ii. Apakah tahap kepimpinan pelajar perdana tahun empat PTV, UTM,
Skudai, Johor?
iii. Adakah wujud perbezaan EQ antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor?
iv. Adakah wujud perbezaan kepimpinan antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor?
v. Adakah kecerdasan emosi mempunyai hubungan dengan kepimpinan
pelajar perdana tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor?
1.6 Kepentingan kajian
Alam pendidikan di Malaysia terus berkembang dan telah mengalami
pelbagai reformasi selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan
ledakan maklumat. Perubahan yang berlaku dengan begitu pantas dan drastik
menuntut setiap individu memperkemaskan pengetahuan dan ketrampilan
masing-masing. Di alaf ini kita memerlukan masyarakat yang berjiwa kental
dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk memimpin baik keluarga,
masyarakat dan juga negara. Jadi masyarakat mesti diberikan penekanan
bukan sahaja dari segi IQ tetapi juga EQ. Sikap ini perlu dipupuk sejak
mereka di bangku sekolah lagi bagi melahirkan insan seperti yang
diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasil kajian ini
diharapkan berguna kepada: