hp3

7
HHHC9301 - KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN PROGRAM PROGRAM: LAWATAN INDUSTRI KE MMU(CYBERJAYA) TARIKH: 17 DESEMBER 2014 (RABU) NAMA/NO MATRIK: RASHIDAH BINTI JAMALUDDIN(A146298)

Upload: syeda-yuuras

Post on 28-Jul-2015

37 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: HP3

HHHC9301 - KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

LAPORAN PROGRAM

PROGRAM:

LAWATAN INDUSTRI KE MMU(CYBERJAYA)

TARIKH:

17 DESEMBER 2014 (RABU)

NAMA/NO MATRIK:

RASHIDAH BINTI JAMALUDDIN(A146298)

Page 2: HP3

HHHC9301 - KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PENGENALAN:

Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat merupakan salah satu khusus kemahiran insaniah yang wajib diambil pelajar. Kemahiran ini menerapkan cara bagi merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran, meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri serta mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.

Selain itu, mampu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran, mampu meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri, mampu mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri. Dalam proses tersebut berlaku tindak balas dan cabaran yang membentuk ketajaman fikiran pelajar untuk menganalisis masalah dan membentuk keyakinan diri membangunkan potensi diri sendiri serta orang sekeliling.

Pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara peserta, dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap. Mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu menguasai ilmu, menghayati nilai murni dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.

Page 3: HP3

HHHC9301 - KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

ISI PROGRAM:

Program telah disahkan seminggu sebelum tarikh lawatan. Pelbagai persiapan dilakukan bagi memastikan hari kejadian berjalan lancar. Diantara persiapan yang kami lakukan adalah berhubung pihak MMU mengenai tentatif sewaktu di sana, menempah bas, menempah makanan peserta, cenderamata pihak MMU dan publisiti membuat banner dan poster.

Kami telah mengadakan mesyuarat untuk memastikan pergerakan program berjalan lancar. Saya selaku timbalan ketua program memberikan beberapa cadangan bagi program di atur supaya tidak ada yang tertinggal. Manakala ketua Program telah membuat tentatif program dan saya telah membantunya bagi siap tentative penuh.

Page 4: HP3

HHHC9301 - KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Kelab Multimedia Interaktif(IMEC) FTSM iaitu seramai 20 orang ajk dan 11 orang peserta serta 2 orang pengiring yang menyertai lawatan industri ke Multimedia University.

Para peserta mendengar Talk yang diberikan oleh En.Helmi dan Puan Sri Kusumawati mengenai program yang terdapat di Faculty Creative Multimedia MMU Cawangan Cyberjaya.

Page 5: HP3

HHHC9301 - KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Kami dibawa masuk ke Exhibition Hall dan dapat mengunakan teknologi yang disediakan seperti 4D games menggunakan PS4. Selain itu, game lain mengunakan kaedah teknologi computer masa kini.

Selepas melawat tapak exhibition hall, kami dibawa ke e-gallery dimana terdapat pameran lukisan-lukisan yang dihasilkan serta penggunaan teknologi canggih.

Page 6: HP3

HHHC9301 - KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Sebelum berangkat pulang kami bergambar kenangan di hadapan bangunan Faculty of Creative Multimedia dengan puan(wakil pensyarah MMU) bersama dua pelajar MMU yang merupakan wakil dari Persatuan Faculty of Creative Multimedia.

KESIMPULAN:

Kesimpulannya, Proses pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar di dalam kelas tetapi juga pengajaran dan komunikasi luar untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang selama ini adalah benar dan mantap sehingga boleh menyerlah sebagai seorang yang berilmu dan khususnya dalam profresion yang diceburi. Membantu individu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan program yang dijalankan.

Hasil dari program yang dijalankan saya dapati sedikit sebanyak mempengaruhi kemahiran yang saya ambil iaitu kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Saya belajar erti untuk menguruskan sesuatu program serta menangani masalah yang berlaku. Daripada perjalanan program dijalankan boleh dititipkan unsur-unsur dalam nilai pengurusan sepanjang hayat.