h.opu.d.menambun

4
Hikayat Opu Daeng Menambun Sinopsis Bab III Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng dengan lima bersaudara dan disertai Sultan Muhammad Zainuddin.Baginda berkenaan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng dan lima saudaranya.Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin.Daeng Perani mencadangkan Daeng Menambung berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin.Opu Daeng Menambung bersetuju. Bab IV Setelah berkahwin dengan puterinya,SultanMauhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng dan lima sudaranya menyerang Panembahan Agung.Kedatangan Opu Daeng sampai sampai ke pengkalan negeri Matan.Menantu Panembahan Agung iaitu Daeng Mataku dan tuan Hj.Hafiz berjumpa Opu Daeng berlima.Mereka bersalaman dan bertanya khabar.selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman.Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj.Hafiz bahawa mereka orang Bugis menyebabkan Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz serba salah kerana arahan Panembahan supaya menghalang Opu Daeng berlima daripada masuk ke kota sama ada secara lembut atau kekerasan.Tuan Hj.Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah.Opu Daeng lima bersaudara masuk ke dalam kota dan menawan Panembahan Agung dan dibawa menghadap Sultan Muhamad Zainuddin. Bab V Opu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman.Baginda meminta pertolongan Opu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri.Opu Daeng bersetuju dengan syarat salah seorang daripada mereka berlima dilantik sebagai Yamtuan Muda.Berperanglah antara orang siak dan Bugis.Yam Amtuan Kecil terpaksa berundur ke hulu Siak.seperti yang dijanjikan Yam Amtuan Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yam Amtuan Muda di Riau.Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yam Tuan Raja Sulaiman ,Tengku Puan. Bab IV Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan tahta lalu meminta bantuan Opu Daeng berlima.Mereka sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah dan berjanji memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng berjaya mengumpul pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabal menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah.Saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan itu menyerangnya dan berlarutan selama lapan hari.Kemenagan berpihak kepada orang Bugis.Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuan nya dan membayar tiga bahara seorang seperti yang dijanjikan. Bab VII Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput olah raja Sambas antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas.Opu Daeng Menambung menerima tawaran itu dan pergi ke Sambas bersama-sama Opu Daeng

Upload: farzana-ramzol

Post on 19-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Hikayat Opu Daeng MenambunSinopsisBab IIIKisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng dengan lima bersaudara dan disertai Sultan Muhammad Zainuddin.Baginda berkenaan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng dan lima saudaranya.Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin.Daeng Perani mencadangkan Daeng Menambung berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin.Opu Daeng Menambung bersetuju.Bab IVSetelah berkahwin dengan puterinya,SultanMauhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng dan lima sudaranya menyerang Panembahan Agung.Kedatangan Opu Daeng sampai sampai ke pengkalan negeri Matan.Menantu Panembahan Agung iaitu Daeng Mataku dan tuan Hj.Hafiz berjumpa Opu Daeng berlima.Mereka bersalaman dan bertanya khabar.selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman.Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj.Hafiz bahawa mereka orang Bugis menyebabkan Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz serba salah kerana arahan Panembahan supaya menghalang Opu Daeng berlima daripada masuk ke kota sama ada secara lembut atau kekerasan.Tuan Hj.Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah.Opu Daeng lima bersaudara masuk ke dalam kota dan menawan Panembahan Agung dan dibawa menghadap Sultan Muhamad Zainuddin.Bab VOpu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman.Baginda meminta pertolongan Opu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri.Opu Daeng bersetuju dengan syarat salah seorang daripada mereka berlima dilantik sebagai Yamtuan Muda.Berperanglah antara orang siak dan Bugis.Yam Amtuan Kecil terpaksa berundur ke hulu Siak.seperti yang dijanjikan Yam Amtuan Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yam Amtuan Muda di Riau.Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yam Tuan Raja Sulaiman ,Tengku Puan.Bab IVRaja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan tahta lalu meminta bantuan Opu Daeng berlima.Mereka sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah dan berjanji memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng berjaya mengumpul pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabal menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah.Saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan itu menyerangnya dan berlarutan selama lapan hari.Kemenagan berpihak kepada orang Bugis.Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuan nya dan membayar tiga bahara seorang seperti yang dijanjikan.Bab VIIOpu Daeng lima bersaudara telah dijemput olah raja Sambas antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas.Opu Daeng Menambung menerima tawaran itu dan pergi ke Sambas bersama-sama Opu Daeng Kemasi.Kedatangan mereka telah disambut oelh sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu sebuah rumah dalam sebuah kampung.Setelah tiga hari,Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah.Opu Daeng Menambung mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin.Opu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi pangeran Mangkubumi di dalam daerah Sambas.BabVIIISetelah sekian lama di negeri Sambas,Opu Daeng Menambung teringin untuk balik ke negeri Matan.Hal ini mengembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalau mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaanya.setelah setahun,Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknua serat saudaranya dan pengeran Kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya.Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin.Seluruh penduduk Mantan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad.Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.Bab IXKhabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat.lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besaran.Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam,rombongan raja perempuan .Mereka kemudiannya sampai ke sebukit lalu membuka negeri di situ.Setelah selesai segala urusan membuka negeri,mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.TemaKepahlawanan.Kepahlawanan Opu Daeng lima bersudara dalam menakluk dan meluaskan pengaruh di Tanah Melayu.Keupayaan mereka diperakuan oleh raja-raja Nusantara.Persoalan Persoalan keberanian dan menegakkan keadilan. Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat. Persoalan perebutan tahta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.Watak UtamaOpu Daeng Menambun Anak raja Mempunyai empat saudara yang lain iaitu Daeng Perani,Daeng Kemasi,Daeng Merewah dan Daeng Celak. Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau. Dilantik menjadi raja di Mempawah.Daeng Perani Saudar yang tertua antara lima bersaudara. Beristerikan anak Nakhoda Alang dari siantan. Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khadijah.Daeng Kemasi Beristerikan anak Raja Mempawah. Dilantik menjadi raja di sambas.Daeng Chelak Dilantik menjadi raja di Riau. Berkahwin dengan Tengku puan,adinda Sultan Raja SulaimanDaeng Merewah Menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Berkahwin dengan Ungku Datuk Temenggung.Latar Masyarakat Masyarakat Feudal.Contoh :Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Masyarakat Istana.Contoh : Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja.Latar TempatRiau.Contoh : Opu Daeng menambung lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak.Siak.Contoh : peperangan antara Opu Daeng berlima dengan orang Siak.Negeri Matan.Contoh:Tempat Puteri Kesumba diraikan setelah dilantik menjadi Ratu Agung senuhun.Gaya Bahasa Bahasa Istana .Contoh:sultan,ayahanda,patik,paduka,dayang-dayang Bahasa Pinjaman bahasa Arab Contoh : warith,Allah Subhanahu Wa Taala Kata Ganda Contoh : berkasih-kasihan,dibagi-bagi,betul-betulNilaiNilai Keberanian.Contoh:Opu Daeng berlima berani menentang musuh.Nilai tolong menolong.Contoh:Opu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.Nilai menepati janji.Contoh:Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan kepada Opu Daeng berlima .Nilai bermuafakatContoh:Opu Daeng lima bersaudara sentiasa bermuafakat sebelum membuat sebarang keputusanPengajaran1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh . Upu Daeng berlima berani menentang musuh.2. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Ratu Sultan bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun.3. Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.4. Kita hendaklah menepati janji.Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu daeng berlima kerana membantu mendapatkan taktha.Dua Geliga HikmatMengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksaksa itu. Inderaputera telah melepaskan rambut raksaksa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasatuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda dan raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.