honda wave dash kembali dengan keseronokan baru · pdf filekuasa maksimum sehingga 6.18kw ......

6
Siaran Media Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru Tunggangan lebih mantap dengan aerodinamik sport, gaya moden dan prestasi unggul Pulau Pinang, 5 September 2013: Boon Siew Honda (M) Sdn Bhd hari ini melancarkan dua siri motosikal terbaru, Honda Wave Dash Type R dan S. Dua siri berkenaan, yang mengambil inspirasi utama daripada semangat litar dan sukan lumba menampilkan ciri aerodinamik sporti, gaya unggul serta yang paling utama, prestasi keseluruhan yang tiada bandingan. Ia dijangka akan menjadi penanda aras baru bagi segmen pasaran motosikal cub saiz sederhana bagi pasaran tempatan. “Wave Dash Type R dan S direka berdasarkan warisan panjang pasukan dan jentera Honda Racing di dalam sukan perlumbaan. Disasarkan kepada pelanggan yang ingin memiliki sebuah motosikal yang menonjol dan menawan. Wave Dash Type R didatangkan dalam warna Repsol Jingga Berkilau dengan penampilan sinonim Honda Repsol,” jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada. Beliau juga menegaskan bahawa siri Wave Dash terbaru ini dibangunkan bersandarkan empat tunjang utama; tampan, gaya terkini, sporti dan berprestasi. Ia menawarkan tunggangan yang mengujakan, tetapi dalam masa yang sama turut memberikan penjimatan petrol, ketahanan dan ketangkasan serta nilai yang amat berpatutan. Lebih penting, kedua-dua siri Wave Dash Type R dan S dilengkapi dengan tayar tanpa tiub yang pertama kali seumpamanya ditawarkan dalam kategori kap Honda, bertujuan untuk meningkatkan ciri keselamatan tunggangan. “Satu lagi ciri baru yang diperkenalkan ialah penggunaan brek dwi cakera bagi Wave Dash Type R, yang pertama bagi segmen motosikal 110cc.,” tambah Okada.

Upload: builien

Post on 06-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru · PDF filekuasa maksimum sehingga 6.18kW ... Reka bentuk sporti ini turut terpapar pada bahagian rekaan meter kelajuan yang luas dan

Siaran Media

Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru

Tunggangan lebih mantap dengan aerodinamik sport, gaya moden dan prestasi unggul

Pulau Pinang, 5 September 2013: Boon Siew Honda (M) Sdn Bhd hari ini melancarkan dua siri

motosikal terbaru, Honda Wave Dash Type R dan S.

Dua siri berkenaan, yang mengambil inspirasi utama daripada semangat litar dan sukan lumba

menampilkan ciri aerodinamik sporti, gaya unggul serta yang paling utama, prestasi keseluruhan yang

tiada bandingan. Ia dijangka akan menjadi penanda aras baru bagi segmen pasaran motosikal cub saiz

sederhana bagi pasaran tempatan.

“Wave Dash Type R dan S direka berdasarkan warisan panjang pasukan dan jentera Honda Racing di

dalam sukan perlumbaan. Disasarkan kepada pelanggan yang ingin memiliki sebuah motosikal yang

menonjol dan menawan. Wave Dash Type R didatangkan dalam warna Repsol Jingga Berkilau dengan

penampilan sinonim Honda Repsol,” jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew

Honda, Satoshi Okada.

Beliau juga menegaskan bahawa siri Wave Dash terbaru ini dibangunkan bersandarkan empat tunjang

utama; tampan, gaya terkini, sporti dan berprestasi. Ia menawarkan tunggangan yang mengujakan,

tetapi dalam masa yang sama turut memberikan penjimatan petrol, ketahanan dan ketangkasan serta

nilai yang amat berpatutan.

Lebih penting, kedua-dua siri Wave Dash Type R dan S dilengkapi dengan tayar tanpa tiub – yang

pertama kali seumpamanya ditawarkan dalam kategori kap Honda, bertujuan untuk meningkatkan ciri

keselamatan tunggangan.

“Satu lagi ciri baru yang diperkenalkan ialah penggunaan brek dwi cakera bagi Wave Dash Type R,

yang pertama bagi segmen motosikal 110cc.,” tambah Okada.

Page 2: Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru · PDF filekuasa maksimum sehingga 6.18kW ... Reka bentuk sporti ini turut terpapar pada bahagian rekaan meter kelajuan yang luas dan

Prestasi Juara

Kedua-dua siri Wave Dash Tyre R dan S dikuasakan oleh enjin 110cc empat lejang yang menjana

kuasa maksimum sehingga 6.18kW (8.39PS) pada 7,5000rpm serta tork maksimum sehingga 8.15Nm

(0.83kgf.m) pada 5,500rpm dan tetap memberikan penjimatan bahan api.

Tambahan pula, nisbah gear siri terbaru ini turut diperkemas untuk memberikan tunggangan yang lebih

lancar serta pengendalian yang mantap. Enjinnya juga menepati standard EURO 2 bagi aspek

pembebasan CO2.

Standard keselamatan tertinggi

Aspek keselamatan tidak diabaikan pada siri motosikal terbaru ini. Kedua-duanya dilengkapi dengan

tayar 17 inci tanpa tiub, yang mengelak daripada berlakunya kekurangan tekanan tayar secara

mendadak dalam keadaan kecemasan. Ciri ini boleh membantu mengelakkan kemalangan yang

disebabkan oleh faktor tayar.

Sebagai tambahan, model terbaru ini juga dilengkapi brek dwi cakera yang menawarkan prestasi brek

yang unggul bagi Wave Dash Type R. Bagi model siri S pula, ia bagaimanapun hanya dilengkapi

dengan cakera brek tunggal.

Gaya perlumbaan

Kedua-dua siri Wave Dash Type R dan S sarat dengan sentuhan astetik yang terinspirasi daripada

jentera perlumbaan. Ia mencerminkan kemampuan tunggangan yang dinamik dan menyeronokkan. Siri

terbaru ini juga dilengkapi dengan ciri lampu halogen hadapan bercahaya putih yang anggun.

Selain itu, reka bentuk lampu belakang yang canggih dengan multi-pemantul cahaya meningkatkan

tahap ketampakan Wave Dash oleh pengguna jalan raya yang lain, di samping menyerlahkan lagi

penampilan yang lebih ranggi.

Reka bentuk sporti ini turut terpapar pada bahagian rekaan meter kelajuan yang luas dan jelas dilihat

dalam sekilas pandang. Begitu juga dengan penghadang kaki 3D yang membantu memperbaiki

aerodinamik dan melindung penunggang daripad terkena serpihan objek dari jalan raya, peredam

ekzos sporti dengan penebat haba serta rim sporti lima tunjang.

Page 3: Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru · PDF filekuasa maksimum sehingga 6.18kW ... Reka bentuk sporti ini turut terpapar pada bahagian rekaan meter kelajuan yang luas dan

Siri Wave Dash R dan S didatangkan dalam warna Merah Lincah, Hitam Magelanik Mutiara, Jingga

Berkilau dan Perak Agresif Metalik di mana warna Jingga Berkilau ilham Repsol Honda disediakan khas

untuk Wave Dash R sahaja. Wave Dash S dijual pada harga bilik pameran RM5,029.00 sementara

Wave Dash R pula dijual pada harga RM5,289.00 manakala Wave Dash penampilan Repsol dijual pada

harga RM5,419.00. Kesemuanya lengkap dengan jaminan kilang untuk dua tahun atau 20,000km jarak

perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi Boon Siew

Honda di 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9pg - 5ptg, kecuali cuti umum).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian 1800-88-3993

(Isnin-Jumaat, 9 pagi – 5 petang, kecuali cuti umum).

# # #

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (676896-A)

721, Persiaran Cassia Selatan 1,

Kawasan Perindustrian Batu Kawan,

14100 Simpang Ampat,

Pulau Pinang, Malaysia

Tel: 604-506 3333

Faks: 604-506 3300

Page 4: Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru · PDF filekuasa maksimum sehingga 6.18kW ... Reka bentuk sporti ini turut terpapar pada bahagian rekaan meter kelajuan yang luas dan

SPESIFIKASI

ENJIN

Jenis Enjin Penyejuk Udara, OHC Enjin 4 Kitaran

Gerek & Lejang 50 X 55.598 mm

Sesaran Enjin 109.16cc

Nisbah Mampatan 9.0 : 1

Muatan Minyak Pelincir 1.0 liter (Selepas Ditanggalkan)

0.8 liter (Selepas Pembuangan)

TRANSMISI KUASA

Klac Automatik empar plat jenis basah

Transmisi Jejaring Tetap 4 Kelajuan

Gear 1 2.615 (34/13)

Gear 2 1.555 (28/18)

Gear 3 1.136 (25/22)

Gear 4 0.916 (22/24)

Nisbah Penurunan Utama 4.059 (69/17)

Nisbah Penurunan Akhir 2.642 (37/14)

SISTEM ELEKTRIK

Sistem Pencucuhan DC-CDI

Bateri 12V / 3.0 A-h (Penghidup Tendang & Elektrik)

DIMENSI

Panjang x Lebar x Tinggi 1898mm x 709mm x 1080mm

Jarak Roda 1227mm

Berat Bersih 99kg

CASIS

Bentuk Kerangka Tulang Belakang

Suspensi Depan - Teleskopik 81mm

Belakang - Kembar 82mm

Muatan Tangki Petrol 3.7 Liter

Ukuran Tayar Depan

Belakang

70/90-17M/C 38P

80/90-17M/C 50P

Tekanan Tayar 1 Orang

2 Orang

Depan 200kPa Belakang 225kPa Tanpa Tiub

Depan 200kPa Belakang 280kPa Tanpa Tiub

Sudut Caster 26° 30'

Jejak Trail 68mm

PRESTASI

Kuasa Kuda Maksimum 6.18kW (8.39PS) / 7500rpm

Tork Maksimum 8.15N.m(0.83kgf.m)/5500rpm

*Nota: Spesifikasi boleh ditukar bila-bila masa tanpa notis.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: John Woo at [email protected] Nor Azam at [email protected]

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (676896-A)

721, Persiaran Cassia Selatan 1,

Kawasan Perindustrian Batu Kawan,

14100 Simpang Ampat,

Pulau Pinang, Malaysia

Tel: 604-506 3333

Faks: 604-506 3300

Page 5: Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru · PDF filekuasa maksimum sehingga 6.18kW ... Reka bentuk sporti ini turut terpapar pada bahagian rekaan meter kelajuan yang luas dan

UCAPAN SATOSHI OKADA UNTUK PELANCARAN HONDA WAVE DASH TERBARU

Selamat tengahari dan selamat datang ke majlis pelancaran siri Honda Wave Dash R dan S terbaru. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi meluangkan masa untuk berturut serta bersama kami dalam acara hari ini, yang merupakan satu lagi acara bersejarah bagi Boon Siew Honda. Dibangunkan berdasarkan empat prinsip utama – Tampan, Gaya Terkini, Sporti dan Prestasi Tinggi, Honda Wave Dash menerima maklum balas dan permintaan baik bagi segmen motosikal kap saiz sederhana sejak diperkenalkan pada 2011. Hari ini, kami akan memperkenalkan pula Honda Wave terbaru yang berilhamkan warisan panjang Honda Racing di arena perlumbaan. Disasarkan kepada pengguna yang inginkan sebuah motosikal yang menonjol, Wave Dash R disediakan dalam warna Repsol Jingga Berkilau dengan gaya ikonik Repsol Honda. Penampilan sporti Wave Dash diperlengkap oleh rekabentuk lampu halogen bergaya, speedometer multi-fungsi, corong ekzos sporty dan rim sport. Sebagai tambahan nilai, Wave Dash terbaru ini dilengkapi dengan tayar tanpa tiub 17 inci, yang menghalang daripada pengempisan tekanan udara secara mendadak sekiranya berlaku kebocoran, maka membolehkan penunggang untuk menghentikan motosikal dengan selamat. Ciri ini, dengan bangga saya nyatakan, adalah yang pertama kali diperkenalkan bagi mana-mana model kap Honda. Selain itu, penggunaan brek dwi-cakera bagi Wave Dash R membolehkan penunggang menikmati prestasi brek yang berkesan dan cekap. Ini amat berguna ketika berada dalam keadaan cemas dan situasi merbahaya. Ciri ini, tuan-tuan dan puan-puan, adalah yang pertama seumpamanya bagi segmen motosikal 110cc. Ini diikuti dengan penawaran enjin 4-lejang termaju yang menawarkan prestasi unggul dan pada masa yang sama menjamin kecekapan penggunaan bahan api.

Page 6: Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru · PDF filekuasa maksimum sehingga 6.18kW ... Reka bentuk sporti ini turut terpapar pada bahagian rekaan meter kelajuan yang luas dan

Tuan-tuan dan puan-puan, Wave Dash S dijual pada harga bilik pameran sebanyak RM5029.00, Wave Dash R pula ditawarkan pada harga RM5289.00 manakala varian Wave Dash Repsol pula disediakan pada harga RM5419.00. Kedua-duanya boleh ditunggang uji selepas makan tengahari dan kunjungan ke kilang pemasangan kami selepas ini. Saya berharap setiap seorang daripada anda akan mengalami sendiri apa yang menjadikan Wave Dash begitu menonjol. Dan lebih penting, ciri keselamatan yang ada padanya sebagai satu daripada faktor utama yang menjadikannya begitu berbaloi. Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berlumba kepada Azlan Shah Kamaruzaman, iaitu duta Wave Dash baru kami, agar berjaya mengungguli segalanya dalam pusingan ke-13 World Motorcycle Grand Prix pada 11hb Sept. Azlan akan menwakili Honda Team Asia dalam Moto2 di San Marino dan perlumbaan seterusnya. Boon Siew Honda telah membuat pelaburan yang tinggi dalam kareer Azlan, justeru kami amat bangga dengan pencapaian beliau, dan kami akan terus menyokong beliau dalam perlumbaan yang akan datang. Selaras dengan itu, kami juga amat berbangga untuk memaklumkan bahawa Azlan merupakan pelumba Malaysia pertama yang dipilih untuk menyertai pasukan GP berdasarkan markah. Sekian, terima kasih dan salam sejahtera.