homestay paling murah di tawau dan hotel, satu perbandingan yang menakjubkan

8
J3 Homestay Tawau 013-5499-359 KENAPA HOMESTAY DAN BUKAN HOTEL? 3 SEBAB KENAPA ANDA HARUS MEMILIH J3 HOMESTAY TAWAU

Upload: j3-homestay-tawau

Post on 28-Jul-2015

616 views

Category:

Documents


34 download

TRANSCRIPT

Page 1: Homestay Paling Murah di Tawau dan Hotel, Satu Perbandingan Yang Menakjubkan

J3 Homestay Tawau 013-5499-359

KENAPA HOMESTAY DAN BUKAN HOTEL?

3 SEBAB KENAPA ANDA HARUS MEMILIH J3 HOMESTAY TAWAU

Page 2: Homestay Paling Murah di Tawau dan Hotel, Satu Perbandingan Yang Menakjubkan

J3 Homestay Tawau 013-5499-359

Terima kasih dan tahniah kerana anda mengmbil masa untuk mendownload

laporan ringkas ini dari slideshare. Sudah tentu anda ingin mengetahui

mengenai kebaikan menginap di homestay berbanding di hotel bukan?

Kalau tidak pun, sudah tentu anda ingin tahu lebih lanjut mengenai homestay

yang paling murah di seluruh Tawau, iaitu J3 Homestay Tawau. Semuanya kami

akan jawab sebentar lagi.

**Ini bukan hotel, tapi di sinilah letaknya homestay yang paling murah di seluruh Tawau

Page 3: Homestay Paling Murah di Tawau dan Hotel, Satu Perbandingan Yang Menakjubkan

J3 Homestay Tawau 013-5499-359

Mana lebih bagus? Tinggal di hotel ataupun di homestay?

Sekarang ini, selain hotel, anda semua ada pilihan untuk menetap di homestay.

Tapi apa itu hotel dan apa itu homestay? Hotel merupakan bilik-bilik standard

yang lengkap seperti bilik tidur di rumah sendiri. Ada katil, tilam yang sangat

selesa dan empuk. Ada almari, ada meja solek, malahan ada penghawa dingin

dan bilik mandi sendiri di dalam bilik itu. Memang sesuai untuk orang yang

berkelana seorang diri atas urusan bisnes atau saja untuk berjalan-jalan.

Homestay pula adalah sebuah rumah. Ya, sebuah rumah. Rumah yang lengkap

dengan bilik, bilik air serta kelengkapan yang wajib seperti di dalam rumah

anda sendiri. Tiap bilik ada katil, ada tilam dan bantal, almari dan mungkin juga

penghawa dingin. Ruang tamu juga lengkap dengan set televisyen untuk

menonton rancangan tv kegemaran anda. Di dapur, ada semua peralatan

untuk memungkinkan anda memasak makanan kegemaran anda walaupun

berada jauh dari kampung halaman.

Mahu rasa tidur di katil yang empuk ini? Hubungi kami di J3 Homestay Tawau

Page 4: Homestay Paling Murah di Tawau dan Hotel, Satu Perbandingan Yang Menakjubkan

J3 Homestay Tawau 013-5499-359

Kini anda sudah tahu perbezaan Antara hotel dan homestay. Jadi kenapa anda

patut memilih homestay berbanding hotel?

1. Homestay lebih besar, lebih luas,

Kalau anda datang ke Tawau untuk tujuan majlis perkahwinan atau anda

dating membawa keluarga anda bercuti di Tawau, maka anda WAJIB

tinggal di homestay. Kenapa? Tahukah anda keluasan sebuah bilik hotel

untuk saiz standard dan double? Sangat kecil. Mahukah anda

menghabiskan masa anda di Tawau dengan bersempit bersama keluarga

di dalam bilik hotel? Kalau di homestay, anda sudah tentu puashati

menghabiskan masa dengan keselesaan yang sangat menakjubkan.

Contohnya di J3 Homestay Tawau, ada 4 bilik untuk anda. Pilih saja yang

mana untuk anda dan juga untuk anak-anak anda. Tidak perlu

bersempit-sempit lagi. Bersantai lah dengan hati yang senang.

2. Homestay lebih murah!

Kadar sewa hotel standard di Tawau adalah dalam lingkungan RM60

hingga ke RM250. Ada juga hotel bajet (bilik tumpangan) yang sewanya

hanya RM30 hingga RM45. Tapi harus diingat, bilik hotel ini biasanya

paling ramai pun boleh muat hingga 4-5 orang sebilik. Dan itupun

bersempit-sempit dan berhimpit-himpit. Di Homestay, anda hanya perlu

membayar dalam lingkungan RM130 hingga RM190 bagi mendapatkan

keselesaan SEBUAH RUMAH YANG LENGKAP! Berbaloi? Ya, memang

sangat berbaloi. Di homestay anda boleh tinggal dengan 16 orang ahli

keluarga anda tanpa terasa seperti berada di dalam tin sardin. Kalau

anda ada 16 orang ahli keluarga, anda perlu menyewa 4 bilik hotel

bersaiz double. Rate double room adalah dalam lingkungan

RM100/malam. Kalau 4 bilik, anda sudah perlu membayar RM400. Itu

belum lagi kos membasuh baju di laundry dan makan-makan di luar.

Kalau di homestay, paling mahal pun, anda Cuma perlu membayar

RM190/malam. Jimat bukan? Anda juga tidak perlu risau mengenai

laundry service dan makanan kerana anda boleh mencuci baju dan

memasak dengan sepuas hati di homestay tanpa apa-apa bayaran.

Page 5: Homestay Paling Murah di Tawau dan Hotel, Satu Perbandingan Yang Menakjubkan

J3 Homestay Tawau 013-5499-359

3. Homestay menyediakan ruang privasi & fasiliti lengkap untuk anda

Pernah anda bayangkan terpaksa berkumpul dalam 1 bilik yang sama

dengan anak-anak yang sedang meningkat remaja? Bagaimana pula

kalau si ibu masih perlu menyusukan bayinya? Kalau di hotel, hanya 1

ruang saja yang ada, dan ruang itu dikongsi bersama. Di Homestay, ibu

dan bapa ada bilik sendiri, begitu juga dengan anak-anak, serta datuk

dan nenek atau pakcik dan makcik. Fasiliti yang lengkap juga

memudahkan anda melakukan banyak aktiviti di homestay. Contohnya,

memasak untuk anak-anak anda, membuat susu dan macam-macam

lagi. Di hotel anda tidak dapat berbuat semua itu. Di hotel anda hanya

mendapat SEBUAH BILIK, di homestay anda mendapat SEBUAH RUMAH!

Adakah anda akan berasa rugi membayar RM190/malam untuk sebuah rumah yang lengkap

seperti di atas?? Semakin lama anda menyewa, makin murah anda bayar. Menakjubkan bukan?

Page 6: Homestay Paling Murah di Tawau dan Hotel, Satu Perbandingan Yang Menakjubkan

J3 Homestay Tawau 013-5499-359

Kini anda sudah tahu kenapa anda perlu menyewa sebuah homestay

berbanding hotel, kini kami bawakan lagi maklumat tambahan bagi membuat

anda merasa rugi jika tidak menginap di J3 Homestay Tawau.

Kenapa J3 Homestay? Kenapa tidak homestay-homestay lain yang ada di

sekitar Tawau ini? Untuk makluman, ada beberapa lagi homestay yang wujud

di Bandar Tawau ini. Tapi kami percaya kami ada kelebihan tersendiri untuk

membuat anda memihak kepada kami

Antara banyak-banyak homestay di Tawau, kami yang menawarkan homestay

4 bilik 3 bilik air yang lengkap dari atas ke bawah, dari depan ke belakang.

Beras pun kami sediakan di homestay untuk memudahkan anda memasak.

Bukan itu saja, semua barang dapur kami adalah yang paling lengkap.

Beras, gula, bawang, the, minyak masak, garam, ajinomoto, asam jawa semuanya ada. Anda Cuma

perlu beli lauk saja dan masak. Hebat kan?

Page 7: Homestay Paling Murah di Tawau dan Hotel, Satu Perbandingan Yang Menakjubkan

J3 Homestay Tawau 013-5499-359

Kalau masuk ke homestay kami anda Cuma perlu membawa baju saja. Yang

lain kami sediakan. Kami mahu memberikan nilai yang terbaik untuk setiap sen

yang anda belanjakan ke atas homestay kami.

Kedudukan homestay kami juga hanya 8 minit saja jaraknya dari Bandar

Tawau. Yang pastinya di keliling homestay kami terdapat banyak kedai dan

kemudahan yang bakal menyenangkan hidup anda semasa berada di Tawau

nanti.

Akhir sekali, harga kami yang sangat-sangat murah dan banyak nilai tambah.

Biar kami jelaskan. Kami sewakan homestay yang menakjubkan ini pada kadar

RM190/malam. Tapi harga itu akan semakin turun bila anda menyewa dengan

lebih lama lagi. Percayalah, ramai sudah yang menyewa dan sangat

berpuashati dengan harga kami yang sangat fleksibel ini. Selain itu, kami juga

member potongan harga sebanyak 5% sekiranya anda membuat tempahan

awal. Rasanya tawaran ini anda tidak akan dapat di tempat lain.

Lihat senarai lengkap harga sewa homestay kami:

1-2 malam = RM190/mlm

3-6 malam = RM180/mlm

7-10 malam = RM170/mlm

10-13 malam = RM150/mlm

14 malam + = RM130/mlm

Bagi yang membuat tempahan seminggu lebih awal, sila tolak 5% dari jumlah

keseluruhan sewa anda. Anda pasti terkejut melihat jumlah duit yang anda

dapat jimatkan apabila menginap di J3 Homestay Tawau.

Page 8: Homestay Paling Murah di Tawau dan Hotel, Satu Perbandingan Yang Menakjubkan

J3 Homestay Tawau 013-5499-359

Kita sudah sampai di penghujung laporan ringkas ini. Kini anda sudah boleh

menilai sendiri antara hotel dan juga homestay, dan antara J3 Homestay

Tawau dengan homestay-homestay lain yang ada di Tawau.

Sila hubungi kami di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan

Untuk maklumat lanjut mengenai J3 Homestay Tawau, sila layari laman web

berikut:

Website : http://www.homestaytawau.blogspot.com

FanPage : https://www.facebook.com/j3homestaytawau

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai maklumat di dalam

laporan ringkas ini, sila emelkan pada kami di [email protected]

Yang Ikhlas,

J3 Homestay Tawau