hidraulik

6
1) Jelaskan sistem hidraulik pada jentera Penggunaan bahantara dan pengawalan kuasa dengan menggunakan bendalir bertekanan telah berkembang luas dalam semua bidang industri. Pneumatik berkaitan dengan penggunaan udara bertekanan sebagai bendalir sementara kuasa hidraulik meliputi penggunaan minyak atau cecair lain. Sistem hidraulik digunakan dengan meluas dalam pembinaan jentera berat seperti jentolak, jengkaut, traktor, mesin gerudi, lori dan lain-lain lagi. Gambarajah 1.1 : Penggunaan sistem hidraulik pada jentera berat Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik dan efisien berbanding sistem penumatik dalam pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik menggunakan cecair sebagai bahantara. Secara umum, pneumatik digunakan untuk daya yang rendah iaitu sehingga 10 kN (1 ton) manakala hidraulik pula digunakan untuk daya atau beban yang tinggi. Kuasa bendalir adalah

Upload: guidancebill

Post on 22-Nov-2014

10.728 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

PT2B - dis2010

TRANSCRIPT

Page 1: hidraulik

1) Jelaskan sistem hidraulik pada jentera

Penggunaan bahantara dan pengawalan kuasa dengan menggunakan bendalir

bertekanan telah berkembang luas dalam semua bidang industri. Pneumatik berkaitan dengan

penggunaan udara bertekanan sebagai bendalir sementara kuasa hidraulik meliputi

penggunaan minyak atau cecair lain. Sistem hidraulik digunakan dengan meluas dalam

pembinaan jentera berat seperti jentolak, jengkaut, traktor, mesin gerudi, lori dan lain-lain

lagi.

Gambarajah 1.1 : Penggunaan sistem hidraulik pada jentera berat

Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik dan efisien berbanding sistem

penumatik dalam pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik menggunakan cecair

sebagai bahantara.

Secara umum, pneumatik digunakan untuk daya yang rendah iaitu sehingga 10 kN (1

ton) manakala hidraulik pula digunakan untuk daya atau beban yang tinggi. Kuasa bendalir

adalah istilah yang merangkumi kedua-dua kuasa pneumatik dan hidraulik.

Sains penghantaran daya atau pergerakan melalui bahantara bendalir yang terkurung

adalah berfungsi berdasarkan Hukum Pascal. Hukum Pascal menyatakan bahawa keamatan

tekanan dalam bendalir pada satu titik yang tidak bergerak adalah sama nilai dari semua arah.

Page 2: hidraulik

Rajah 1.1 : Arah tekanan dari pelbagai arah

Unit-Unit Hidraulik

Pengenalan

Bendalir adalah satu bahan yang boleh mengalir iaitu zarah-zarah yang terkandung di

dalamnya boleh bertukar kedudukan secara berterusan terhadap satu sama lain.

Bendalir juga tidak mempunyai rintangan yang berkekalan terhadap anjakan daripada

satu lapisan ke lapisan yang lain dalam bendalir tesebut. Ini bermakna sekiranya

bendalir tidak bergerak, tidak terdapat tegasan ricih di dalamnya. Pada sebarang masa,

bendalir menyamai bentuk bekas yang mengandunginya ataupun daya-daya yang cuba

menghalang pergerakannya.

Bendalir-Bendalir Hidraulik

Sifat-sifat bendalir hidraul

- pelinciran yang baik

- kelikatan yang unggul

- kestabilan kimia dan persekitaran

- tahan api ( tidak mudah terbakar )

- ketumpatan yang rendah

- tidak mudah berbuih

- murah dan mudah didapati

- cegah karat

Fungsi-fungsi bendalir hidraul

- penghantaran kuasa

- pelinciran kepada bahagian yang bergerak

- sebagai penyendal kelegaan antara bahagian yang bertemu

- pelenyap haba

Page 3: hidraulik

Jenis-jenis bendalir hidraul

1.Air

masih digunakan untuk menggerakan peralatan yang besar yang mana bendalir itu

dikadar alirkan.

Kelemahan air adalah ia boleh menyebabkan kakisan.

2.Minyak galian

ia berdasarkan petroleum, jenis paling banyak digunakan, bahan penambah editif

dicampur bagi memenuhi keperluan pelinciran yang baik, indeks kelikatan yang tinggi

dan rintangan kepada pengoksidaan.

Keburukannya adalah mudah terbakar.

3.Bendalir tahan api

Bendalir tahan api ialah bendalir yang boleh dinyalakan tetapi tidak boleh menyokong

pembakaran apabila sumber penyalaan dibuang. Ciri-cirinya adalah:

- ia tidak mudah terbakar

- mempunyai graviti tentu yang tinggi

- harganya mahal

- masalah penyesuaian dengan bahan penyendal

Prinsip Asas Hidraulik

Terdapat 2 jenis litar asas dalam sistem hidraulik iaitu

i) sistem pusat terbuka

ii) sistem pusat tertutup

Sistem Pusat Terbuka

Page 4: hidraulik

Kendalian

- Dalam sistem pusat terbuka , pam akan bergerak berterusan walaupun injap

kawalan arah berada dalam kedudukan tengah (neutral).

- Minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam melalui injap

kawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki.

- Apabila injap dikendalikan, minyak akan diarah ke silinder untuk menaik atau

menurunkan beban.

- Pam mesti membina tekanan terlebih dahulu untuk melakukan kerja.

Contoh: Lori tanah.

Sistem Pusat Tertutup

Kendalian.

- Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah

berada dalam keadaan neutral.

- Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari pam.

- Ini akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam minyak. Pam akan

dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan pam.

Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak

- Apabila injap dikendalikan, kejatuhan tekanan berlaku dan membolehkan pam

kembali beroperasi.

Contoh: pam air

Page 5: hidraulik

Pam Hidraulik

- Ia digunakan untuk memberi pengaliran kepada bendalir supaya kerja boleh

dilakukan.

- Semua pam menghasilkan aliran. Prisip kendalian pam dipanggil anjakan

(displacement) di mana bendalir disedut dan dihantar ke sistem.

- Anjakan adalah pengaliran isipadu bendalir ke sistem semasa pam dalam

kendalian.

- Anjakan boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu:

i. anjakan tidak positif ( Non-positive displacement)

contoh : kincir air dimana pergerakannya berlaku disebabkan oleh arus yang

diwujudkan oleh air itu sendiri.

ii. anjakan positif ( positive displacement )

contoh : pam yang menggunakan kuasa motor elektrik untuk menghasilkan aliran

bendalir.

Reka bentuk pam

- Dalam kebanyakkan pam hidraulik, reka bentuknya dibuat agar saiz kebuk

pengepaman bertambah di bahagian salur masuk.

- Ia menghasilkan vakum separa. Saiz kebuk berkurangan di bahagian salur

keluar untuk menolak bendalir ke dalam sistem.

- Vakum pada liang salur masuk menghaslakn bezaan tekanan agar bendalir

mengalir dari takungan ke pam.

Jenis-jenis pam hidraulik

Pam boleh dibahagikan kepada 4 jenis seperti di bawah:-

-Gear

- Ram

- Omboh

- Skru

Page 6: hidraulik

2)Jelaskan sistem penghantaran kuasa pada jentera

Sistem penghantaran kuasa pada jentera adalah dengan menggunakan PTO(Power Take Off).PTO digunakan secara meluas pada traktor ataupun jentera berat untuk membekalkan kuasa pada enjin.PTO juga membenarkan implemen untuk mendapatkan kuasa daripada enjin traktor.