herodotus n thucydides

Upload: shobakalai

Post on 04-Jun-2018

360 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Herodotus N Thucydides

    1/9

    PENGENALAN

    Bidang sejarah merupakan sebuah bidang yang mementingkan kebenaran

    dan kesahihan sesuatu perkara. Dalam sejarah juga mempunyai kaedah-kaedah

    tertentu untuk menulis sebuah sejarah yang mantap. Sebagai seorang sejarahwanbukan mudah untuk menghasilkan sebuah tulisan yang sempurna. Ia juga satu

    medan penyelidikan kerana setiap sejarahwan harus melangkah dengan motif yang

    betul dan tepat dalam kajiannya.1

    Pensejarahan barat dibahagikan kepada tiga zaman iatu zaman klasik,

    pertengahan dan moden. Pensejarahan zaman klasik bermula pada abad ke-5 S.M.

    iaitu pada zaman Rom dan Yunani. Sejarahwan yang pertama dalam penulisan

    sejarah ialah Thucydides dan Herodotus. Mereka menghasilkan sumbangan-sumbangan sejarah yang penting dalam karyanya walaupun dikritik terdapat

    kelemahan-kelemahan dalam karyanya. Namun sumbangan kedua-dua tokoh ini

    mengasakan kaedah-kaedah dan pembaharuan sejarah yang digunakan sehingga

    hari ini oleh para sejarahwan.2

  • 8/13/2019 Herodotus N Thucydides

    2/9

    1.0 LATAR BELAKANG TOKOH SEJARAHWAN

    1.1 Herodotus

    Herodotus lahir pada tahun 484 S.M di wilayah Halicarnassus iaitu Bodrum.

    Sekarang nama tempat ini dipanggil Turki. Beliau berketurunan daripada

    keluarga berpengaruh di wilayah Bodrum. Pemerintah Lygdamis telah

    menyingkirkan beliau dari wilayah ini. Pada masa itu, Lygdamis adalah

    pemerintah yang kejam. Herodotus terus meninggalkan wilayah Halicarnassus

    dan pergi ke pusat perkembangan di Negara kota Athens. Setelah berhijrah,

    beliau mula mengembara dan mengumpul maklumat untuk menulis bukunya.

    Antara buku yang terkenal yang ditulis oleh beliau ialah Histories. Pengkaji-

    pengkaji sejarah juga memanggil beliau sebagai bapa sejarah dan Antropologi.Pada tahun 424 S.M beliau meninggal dunia. 3

    Beliau telah menghasilkan Sembilan buah buku sebelum meninggal dunia.

    Selepas itu, buku-buku yang ditulis oleh beliau disalin semula oleh seorang

    penyalin. Buku- buku itu, dibahagikan kepada tiga bahagian besar. Bahagian

    pertama mengenai pemerintah-pemerintah Cyrus, Canbyses dan kemahkotaan

    Darius di Parsi. Bahagian pertama ini dibahagikan lagi kepada tiga bahagiankecil. Pertama, kebangkitan kejayaan-kejayaan empayar Parsi. Kedua,

    mengenai Eropah dan peristiwa pertempuran antara Parsi dan Yunani. Ketiga

    pula, Yunani dan kemenangannya ke atas Parsi.4 Bahagian kedua pula ialah

    mengenai tentang pemerintahan Yartes.

    Herodotus telah berusaha secara bersendirian untuk mengkaji sesuatu

    sejarahnya. Beliau menganggap bahawa pensejarahan itu adalah sesuatu yang

    timbul dari minat. Justeru itu, beliau juga percaya bahawa hasil penyelidikan dan

    penulisan memberi impak kepada generasi akan datang jika, sejarah itu diselidik

    dan menulisnya. Stephen Usher pernah berkata Herodotus ada tiga motif dalam

    karya pensejarahannya. Motif yang pertama ialah mengabdikan catatan-catatan

    mengenai tindakan- tindakan manusia. Motif seterusnya pula, mengagungkan

    tindakan antara orang Yunani dan Parsi. Motif yang terakhirnya ialah memenuhi

    minat saintifik untuk mencari sebab berlaku pertelagahan yang berpanjangan

    diantara kedua-dua peradaban ini.5

  • 8/13/2019 Herodotus N Thucydides

    3/9

    1.2 Thucydides

    Thucydides lahir antara tahun 470-460 S.M di Athens. Beliau daripada

    golongan berada dan berpengaruh dalam kalangan ahli-ahli politik pada ketika

    itu. Pada tahun 424 S.M beliau menyandang jawatan general dalam pasukan Athens. Pada masa itu, beliau berumur 30 tahun sahaja. Selepas beliau

    menyandang jawatannya sebagai general pasukan Athens, beliau diperintahkan

    memimpin sepasukan tentera bagi mempertahankan Amphi polis. Iaitu di

    bahagian timur laut negaranya. Beliau gagal dalam melaksanakan tugasnya dan

    dihukum buang negeri. Ada sesetengah sejarawan berkata bahawa Thucydides

    melarikan diri kerana malu. Setelah Thucydides dibuang negeri, beliau terus

    menulis sejarah tentang perang Teloponesia. Ini kerana pada pendapat beliau,

    peristiwa itu sangat besar yang patut diabdikan.6 Walaupun Thucydides dibuang

    negeri beliau masih dapat sumber kewangan daripada perlombongan emas dan

    perak kepunyaannya di Thrace. Beliau menggunakan sumber kewangan ini

    untuk menampung kehidupan dan juga penyelidikannya. Pada tahun 404 S.M

    beliau kembali ke Athens iaitu selepas kekalahannya dengan Sparta. Pada tahun

    399 S.M beliau meninggal dunia. 7

    Beliau menulis buku tentang Perang Peloponesia. Buku ini adalah hasil karya

    beliau yang mengambil masa 20 tahun untuk menyiapkannya. Dalam buku yang

    ditulisnya terdapat lapan jilid. Jilid pertama merupakan pengenalan. Manakala

    tujuh lagi adalah berkaitan sejarah peperangan tersebut. Jilid kedua pula

    menceritakan tentang serangan Thebes terhadap Platea, wabak yang melanda

    di Athens, pidato pengebumian oleh Pricles dan serangan- serangan tentera laut

    Athens dibawah pimpinan Pharmio. Jilid yang seterusnya menceritakan tentang

    pemberontakan Mytilene, penghasutan di Coreyra, serangan Athens ke Sicily

    dan gerakan-gerakan Athens dibahagian barat laut. Jilid empat pula beliau

    menceritakan tentang usaha-usaha dan cadangan pihak-pihak Sparta untuk

    berdamai, kejayaan Athens menawan Tylos. Jilid lima pula menceritakan

    gerakan yang dibawah oleh Cleon membawa kematian dan perjanjian Micius.

    Dalam jilid enam dan tujuh beliau menceritakan keseluruhan ekspedisi ke Sicily.

    Manakala dalam jilid lapan beliau menceritakan tentang peperangan sehingga

    tahun 411 S.M. Tiba-tiba beliau berhenti menulis walaupun beliau masih hidup.

  • 8/13/2019 Herodotus N Thucydides

    4/9

    Ini menimbulkan persoalan kepada pihak-pihak tertentu. Mereka menganggap

    bahawa kemungkinan Thucydides sedang membuat penyemakan semula

    penulisan yang telah dilaksanakan sambil memuatkan dialog-dialog dan pidato-

    pidato yang dirasakan perlu. Namun karya beliau menjadi hasil karya

    pensejarahan yang terbaik dari segi penerangan dan sebab-sebab berlakunya

    peperangan. 8

    Thucydides terlibat secara langsung dalam peperangan. Akhirnya ia menjadi

    bidang kajiannya. Dalam hasil karya itu, apa yang beliau tulis dan

    dipersembahkan adalah peristiwa benar. R.G. Collingwood mentafsir Thucydides

    bersikap anti sejarah kerana tidak menjelmakan dan menghidupkan harapan

    Herodotus. Karya beliau lebih bercorak empirik. Justeru hasil karya beliau tidakmampu menghadapi arus nasionalisme Greek yang nyata. Motif utama

    Thucydides ialah menghasilkan karya pensejarahannya ini adalah untuk

    memceritakan kebenaran sejarah itu dengan setepat-tepatnya.9

    2.0 KAEDAH-KAEDAH DAN PEMBAHARUAN HERODOTUS DAN THUCYDIDES

    2.1 Menemu Duga Saksi, Memerhati Dan Menggunakan Bahan-Bahan Bertulis

    Herodotus dan Thucydides menggunakan kaedah yang berlainan dalam

    penulisan sejarahnya. Walaupun mereka menggunakan tema karya yang sama,

    iaitu peperangan. Tetapi kaedah yang digunakan tidak sama antara satu sama

    lain. Terdapat sejarahwan menyatakan bahawa mungkin mereka mempunyai

    alasan masing-masing mengapa mereka menulis tentang sejarah peperangan.

    Herodotus menyatakan beliau menulis sejarah perang Parsi untuk mengingat

    balik apa yang dilakukan oleh manusia. Justeru beliau juga menceritakan

    tentang tindakan-tindakan yang mulia yang diambil oleh orang Yunani dan

    Parsi.10 Manakala Thucydides pula menulis sejarah tentang peloponesia. Beliau

    anggap perang ini lebih hebat daripada perang Parsi kerana berlarutan dengan

    lama dan pelbagai kesengsaraan berlaku dengan dahsyat.

    Herodotus menggunakan beberapa kaedah dalam hasil karyanya. Antaranya

    ialah kaedah pemerhatian di tempat-tempat kejadian, temuduga saksi untuk

    mendapatkan maklumat dan juga merujuk bahan-bahan bertulis. Beliau telah

  • 8/13/2019 Herodotus N Thucydides

    5/9

    pergi ke Yunani, Mesir , Scythia, Babylonia, Palestin, Libya dan Parsi. Ini kerana

    semua Negara-negara ini terlibat dalam kawasan berlakunya pertempuran

    semasa Perang Parsi. Manakala Thucydides juga pernah mengunjungi medan-

    medan pertempuran. Beliau lebih mengikut aliran Hippocrates untuk memerhati

    sendiri fenomena-fenomena yang berlaku bagi mengesan sifat dan kesannya.

    Mereka berdua ini juga menggunakan kaedah temuduga. Iaitu dengan saksi-

    saksi kejadian untuk mendapatkan maklumat. Contohnya Herodotus

    mendapatkan maklumat daripada paderi-paderi di Mesir dan Babylonia tentang

    adat resam, kepercayaan dan perayaan penduduk tempatannya. Manakala

    Thucydides pula berjumpa para pemimpin Athens dan rakan-rakan tenteranya

    untuk temuduga. Di samping itu, kedua-dua tokoh ini bersetuju bahawa sumber

    lisan adalah lebih bernilai daripada sumber bertulis. Pada pandangan merekasumber bertulis adalah bisu dan sukar disoal balik. Tetapi mereka menggunakan

    bahan-bahan tulisan juga dalam hasil karyanya.

    Sumber yang lain digunakan oleh mereka ialah kesan-kesan peninggalan

    lama. Iaitu puisi, epik, karya geografi, etnografi dan perubatan, dokumen

    kerajaan, inskripsi, batu bersurat, bangunan dan juga rumah. Justeru tulisan

    seperti karya-karya Hecataeus dan tulisan pakar perubatan dari aliran

    Hippocrates juga memberi keterangan kepada Herodotus dan Thucydides. Iaitudari segi alam fizikal dan penyakit yang menyerang manusia.

    Sumber yang digunakan oleh mereka berdua ini memberi banyak idea dan

    maklumat kepada sejarahwan hari ini. Kedua-dua sumber ini iaitu lisan dan

    bertulis memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan maklumat,

    menghasilkan penulisan dan mengkaji sejarah. Hasil karya mereka juga lebih

    bersifat saintifik dan mengkaji tindakan-tindakan manusia. Di samping itu,

    Herodotus menyumbangkan satu penyelidikan sistematik iaitu bercirikankemanusiaan, sekular dan politik.

    2.2 Menapis Fakta

    Dalam menapis fakta , kebanyakkan sejarahwan mengalami masalah semasa

    menggunakan sumber lisan. Ini kerana sumber lisan boleh menimbulkan

    percanggahan fakta. Iaitu ia boleh terjadi pengurangan maklumat dan tokoh

    tambah cerita yang tidak betul berlaku. Oleh itu para sejarahwan perlu mencari

    lebih daripada seorang saksi untuk dikaji sebelum mengesahkan kebenarannya.

  • 8/13/2019 Herodotus N Thucydides

    6/9

    Hal ini kerana kemungkinan besar keterangan oleh seorang saksi akan kurang

    tetap dan diputarbelitkan. Oleh itu pengkaji seharusnya membuat perbandingan

    daripada maklumat seorang dengan seorang yang lain. Justeru bukti-bukti yang

    diberikan oleh saksi mestilah munasabah, tidak melanggar hukum alam dan

    pengalaman manusia.

    Thucydides juga dalam karyanya mengenepikan unsur-unsur alam ghaib.

    Beliau berpendapat mahu mengkaji sejarah manusia sahaja dan tidak mahu ada

    campur tangan kuasa ghaib semasa menerangkan pergerakan dan asal usul

    sesuatu kejadian. Beliau juga mementingkan ketepatan dan kebenaran dalam

    hasilnya seperti cara-cara ahli sains. Justeru beliau lebih bersifat kepada

    penerangan yang kristis, tegas dan lebih menumpukkan kepada sejarah itu

    sendiri. Beliau juga menggunakan panduan golongan Sofis yang memberikansemangat yang kuat kepada beliau. Iaitu mereka percaya bahawa ilmu harus

    diajar secara praktikal dan harus tepat untuk kegunaan selama-lamanya.11

    Di samping itu, mereka berdua ini juga mentafsir sejarah dalam membezakan

    antara mitos dan fakta. Thucydides memberikan idea dalam kaedah sejarah iaitu

    sesuatu yang logik dan berbentuk fakta harus disampaikan kepada umum.

    Beliau juga mementingkan ketepatan dan kebenaran. Manakala Herodotus pula

    ianya berbeza. Beliau menulis karya untuk tujuan menghibur dan percayabahawa Tuhan banyak mengambil bahagian dalam kehidupan manusia.

    Thucydides berpendapat dia bukan berhasrat untuk menjadi penghibur

    kepada pendengar atau pembaca. Justeru beliau juga tidak mahu menjadi

    popular dengan mencampuradukan pensejarahan dengan dongeng-dongeng.

    Sumbangan yang diberikan oleh kedua-dua tokoh ini dalam mentafsir sesuatu

    fakta yang diterima sangat membantu sejarahwan masa kini. Ini kerana tidak

    semua bukti-bukti dan keterangan yang diterima daripada saksi adalah sahih.

    2.3 Pengadilan Moral

    Dalam aliran sejarah, pengadilan moral bukan yang baru walaupun ada orang

    menentang unsur pengadilan moral dalam sejarahnya. Herodotus berlaku adil

    kepada pihak Yunani dan Parsi. Iaitu beliau tidak mengagungkan mana-mana

    pihak dan memburukan pihak yang lain. Beliau dalam karyanya memuji

    kemenangan- kemenangan pihak Yunani di Marathon dan di Salamis. Justeru

  • 8/13/2019 Herodotus N Thucydides

    7/9

    beliau juga menceritakan kelemahan orang-orang Yunani dengan adil dan sahih.

    Herodotus juga menceritakan bahawa raja-raja bertindak ganas dan kejam. Di

    sebelah lagi beliau menyatakan bahawa raja-raja itu bersikap murah,

    mengampunkan orang-orang bersalah, menghormati undang-undang dan nilai-

    nilai moral. Dalam Perang Salamis beliau memuji Themistocles yang Berjaya

    kerana pada pandangan beliau peperangan itu sungguh bijak dan berkesan.

    Manakala Thucydides lebih melihat kepada soal keobjektifan sejarah. Pada

    pandangan beliau seseorang pengkaji perlu jujur dan saksama. Dalam penulisan

    beliau menyatakan bahawa Athens sendiri menyebabkan Perang Peloponnesia

    itu terjadi. Ini menimbulkan tuduhan kepada beliau iaitu beliau adalah

    pengkhianat Negara. Tetapi Thucydides berdiri teguh dalam tugasnya iaitu

    bukan menghukum pihak yang bersalah atau memuji orang yang berjasa. Beliau juga mendedahkan tindakan-tindakan yang tidak menyenangkan seperti

    mencetuskan perang atau pembunuhan. Pada pandangan Thucydides sesuatu

    kejadian sejarah untuk membela kepentingan mereka sendiri itu tidak wajar dan

    tidak adil.

    Dalam penulisan sejarah kedua-dua tokoh ini telah menunjukkan pendapat

    yang berbeza dalam mentafsirkan maksud pengadilan moral. Ada beberapa

    sejarawan moden menerima pendekatan Thucydides. Contohnya Leopold VonRanke. R.G.Collingwood mengatakan penulisan Thucydides bukan sejarah

    tetapi ia adalah suatu sains semulajadi yang bertujuan mengesahkan hukum-

    hukum. Justeru R.G.Collingwood juga tuduh bahawa Thucydides tidak

    menghuraikan fakta semata-mata. Herodotus merupakan seorang yang tidak

    berat sebelah dalam memberikan pengadilan moral. Maka hasil karya beliau

    dapat membantu pembaca menilai sejarah itu. Sumbangan mereka berdua ini

    dalam pengadilan moral merupakan sumbangan yang besar dalam menulissejarah dan ianya masih digunakan sehingga kini. 15

    2.4 Ruang Lingkup

    Dalam penulisan sejarah Thucydides menulis karya sezaman dengannya.

    Manakala Herodotus menulis karya sebelum zamannya. Thucydides

    berpendapat menulis kisah lampau tidak selamat dan tidak berketepatan kerana

    tidak wujud saksi. Oleh itu beliau mengelakan kelemahan-kelemahan tersebut.

  • 8/13/2019 Herodotus N Thucydides

    8/9

    Dalam hasil karyanya, beliau sendiri terlibat dalam perang. Beliau juga menjadi

    pemimpin sepasukan tentera. Maka sudah tentu beliau mempunyai kepakaran

    dalam strategi ketenteraan. Manakala Herodotus kurang dalam memahami

    ketenteraan. Kekuatan Thucydides dalam menulis sejarah perang adalah kerana

    pengalaman sendiri yang terlibat dalam perang dan pengetahuan tentang

    ketenteraan. Herodotus pula menulis sejarah perang sebelumnya. Iaitu beliau

    masih kecil dan sukar baginya untuk memahami peperangan sebenarnya.

    Perang Parsi itu meletus pada 490 hingga 478 S.M. tetapi Herodotus lahir sekitar

    tahun 484 S.M. Pada masa itu beliau berumur kira-kira 6 tahun. Beliau

    menemuduga dan mengembara selama 21 tahun untuk mencari maklumat

    sedangkan Perang Parsi berlangsung 12 tahun sahaja. Ini mengambil tempoh

    masa yang lama. Di sini jelas bahawa untuk mengkaji sesuatu perkara yangberlaku pada masa lampau sememangnya sukar kerana ruang lingkupnya begitu

    luas. Bagi memahami sesebuah sejarah itu tidak cukup dengan membuat kajian

    sahaja. Ini kerana kebatasan zaman adalah punca kerumitan untuk mentafsirkan

    maklumat dengan setepatnya.

    Sumbangan kedua-dua tokoh yang zaman sebelum dan zaman sezaman ini

    telah membina ruang lingkup kajian sejarah yang baru. Para sejarahwan

    sekarang dapat mengkaji kedua-dua zaman yang digunakan oleh Thucydidesdan Herodotus. Justeru ia boleh dijadikan sebagai panduan.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, sumbangan yang diberikan oleh kedua-dua tokoh ini dalam

    pensejarahan barat mahupun dunia adalah sangat penting. Teori yang

    digunakan oleh mereka menjadi satu landasan yang penting bagi mengkaji

    sesuatu peristiwa sejarah. Ini kerana dalam hasil karyanya ada sifat-sifat yang

    menjadi teladan kepada sejarahwan lain. Mereka juga memberi kaedah-kaedah

    dan pembaharuan dalam karya sejarah. Sejarah yang sebenar adalah

    berbentuk penyelidikan. Oleh itu, jika para sejarahwan menggunakan kaedah-

    kaedah sejarah Herodotus dan Thucydides maka sudah tentu ia memantapkan

    bidang sejarah. Ramai sejarawan kagum dengan kaedah-kaedah yang

    digunakan kedua-dua tokoh ini dalam menghasilkan karya mereka. Akhirnya, jika

    kaedah-kaedah yang digunakan Herodotus dan Thucydides itu digabungkan

  • 8/13/2019 Herodotus N Thucydides

    9/9