henti tugas loji rawatan air sungai · pdf filekenyataan media luas 7 mac 2015 henti tugas...

1
KENYATAAN MEDIA LUAS 7 MAC 2015 HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menerima makluman daripada pihak Konsortium Aliran Bekalan Air Selangor Selatan (ABASS) berkenaan penurunan kadar pH dan peningkatan parameter Mangan dan Ammonia di Sg. Semenyih pada jam 12 tengahari, 7 Mac 2015. Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Semenyih telah mengurangkan kadar pengepaman air mentah daripada 682 juta liter sehari (JLH) kepada 409 JLH dan seterusnya menghentikan operasi loji pada jam 5 petang. Bacaan air mentah mencatatkan kadar pH 6.79, Ammonia pada 1.16 ppm dan Mangan pada kadar 0.457 ppm. Walaubagaimanapun keadaan telah kembali pulih seperti biasa dan operasi loji diteruskan semula jam 9.30 malam. Kerajaan Negeri Selangor melalui Pasukan Petugas Pencemaran Sumber Air diketuai oleh LUAS bersama pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), ABASS dan Pejabat Tanah dan Daerah, Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) sedang menjalankan siasatan bermula pada tengahari tadi untuk mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan pencemaran tersebut. Unit Forensik Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) juga hadir bersama untuk menjalankan pensampelan kualiti air sungai bagi tujuan pengenalpastian punca. Pasukan Petugas Pencemaran Sumber Air masih terus menjalankan siasatan dan persampelan. Pihak kerajaan Negeri Selangor amat kesal atas insiden yang berlaku, tindakan yang keras akan diambil keatas mana-mana premis yang didapati mencemarkan sumber air Sungai Semenyih. Harap maklum. Terima Kasih. Y.B. TUAN HAJI ZAIDY BIN ABDUL TALIB Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor.

Upload: hoangthu

Post on 06-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI  · PDF fileKENYATAAN MEDIA LUAS 7 MAC 2015 HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

KENYATAAN MEDIA LUAS 7 MAC 2015

HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menerima makluman daripada pihak Konsortium Aliran Bekalan Air Selangor Selatan (ABASS) berkenaan penurunan kadar pH dan peningkatan parameter Mangan dan Ammonia di Sg. Semenyih pada jam 12 tengahari, 7 Mac 2015. Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Semenyih telah mengurangkan kadar pengepaman air mentah daripada 682 juta liter sehari (JLH) kepada 409 JLH dan seterusnya menghentikan operasi loji pada jam 5 petang. Bacaan air mentah mencatatkan kadar pH 6.79, Ammonia pada 1.16 ppm dan Mangan pada kadar 0.457 ppm. Walaubagaimanapun keadaan telah kembali pulih seperti biasa dan operasi loji diteruskan semula jam 9.30 malam. Kerajaan Negeri Selangor melalui Pasukan Petugas Pencemaran Sumber Air diketuai oleh LUAS bersama pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), ABASS dan Pejabat Tanah dan Daerah, Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) sedang menjalankan siasatan bermula pada tengahari tadi untuk mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan pencemaran tersebut. Unit Forensik Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) juga hadir bersama untuk menjalankan pensampelan kualiti air sungai bagi tujuan pengenalpastian punca. Pasukan Petugas Pencemaran Sumber Air masih terus menjalankan siasatan dan persampelan. Pihak kerajaan Negeri Selangor amat kesal atas insiden yang berlaku, tindakan yang keras akan diambil keatas mana-mana premis yang didapati mencemarkan sumber air Sungai Semenyih. Harap maklum. Terima Kasih. Y.B. TUAN HAJI ZAIDY BIN ABDUL TALIB Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor.