hbsc3303

Upload: anonymous-kxtnhl7

Post on 12-Oct-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan sains

TRANSCRIPT

< FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA >

< SEMESTER MEI / TAHUN 2014 >

< HBSC3303 >

< SCHOOL SCIENCE CURRICULUM >

NO. MATRIKULASI

:

NO. KAD PENGNEALAN:

NO. TELEFON

:

E-MEL

:

PUSAT PEMBELAJARAN:

PENDAHULUAN

Tugasan pada kali ini merujuk kepada bagaimana seorang guru boleh mengajar matapelajaran sains untuk semua golongan kanak-kanak dan strategi atau kaedah yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan mencari lima artikel yang berkaitan dengan tajuk yang ditugaskan secara tidak langsung guru mempelajari cara atau kaedah mengajar kanak-kanak pelbagai latar belakang dan kemahiran.

Kemudian daripada artikel tersebut guru diminta membuat peta minda berdasarkan tajuk yang diberi. Seorang guru yang baik mempunyai kreativiti dalam menghasilkan tugasan yang diberikan. Dengan kreativiti yang dibuat, peta minda yang dihasilkan juga amat berkesan untuk difahami samada oleh murid ataupun rakan sekerja yang lain.

Sebagai guru, setiap hari kita memasuki kelas dan menghadapi cabaran bagaimana untuk memudahkan pembelajaran terbaik untuk semua kanak-kanak di kelas. Kanak-kanak lelaki dan perempuan dari pelbagai kaum, bangsa, agama, warna, asal-usul kebangsaan. Mereka juga berbeza-beza antara satu sama lain dari segi bakat, personaliti, gaya pembelajaran dan kemahiran. "Apakah jenis penyesuaian sains pengajaran yang kita akan buat untuk kelas dengan kanak-kanak dari budaya yang berbeza ini?

Strategi pengajaran adalah merujuk kepada perubahan dalam cara guru mengajar. Ia boleh dicapai melalui pelbagai teknik seperti menggabungkan penggunaan demonstrasi atau main peranan. Isyarat menggunakan persembahan guru (gestural, visual, atau lisan). Untuk menekankan perkara utama, perancah konsep utama yang perlu dipelajari dan mendapatkan anak-anak yang terlibat dengan lebih aktif dalam proses pembelajaran melalui pelaksanaan setiap teknik tindak balas murid.

Oleh itu, guru seharusnya mahir dalam menguasai pembelajaran dan pengajaran secara kreatif bagi membolehkan anak murid mendapat apa yang diajarkan kepada mereka. Semoga apa yang guru itu ajarkan dapat manfaat kepada semua kanak-kanak.

PENGAJARAN SAINS UNTUK SEMUA KANAK-KANAK

Sifat masyarakat Malaysia yang berbilang budaya merupakan suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan negara mampu dikekalkan sepanjang masa.

Pada dasarnya adalah jelas bahawa institusi sekolah merupakan entiti utama dalam keseluruhan sistem sosial masyarakat. Institusi ini bukan sahaja menjadi sumber pendidikan kepada ahli masyarakat malah lebih penting lagi berfungsi sebagai penghubung kepada pelbagai budaya yang berkembang dalam masyarakat tersebut. Apabila prinsip pendidikan pelbagai budaya dijadikan perspektif positif terhadap aspek kepelbagaian budaya di sekolah, adalah diyakini prinsip tersebut berjaya menggalakkan pemahaman dan komunikasi antara silang budaya dan penerimaan perubahan oleh setiap kaum. Perlu ditegaskan bahawa kepelbagaian budaya penting untuk didedahkan kepada murid kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaan tempatan, jati diri dan identiti negara mereka.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititik beratkan kerana murid secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak berbilang budaya, murid tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini kerana budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi yang akan datang. Bagi mencapai objektif pembelajaran pelbagai budaya, sistem pendidikan perlulah memberi peluang kepada setiap individu untuk belajar menghargai dan berkongsi nilai-nilai budaya kemasyarakatan termasuklah bahasa kebangsaan di samping mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Justeru, dalam mencapai hasrat pendidikan pelbagai budaya, aspek dasar perlu diberikan perhatian sewajarnya. Keupayaan dan strategi yang berkesan dapat membantu guru membuat pemilihan dan penggunaan bahan bantu mengajar secara berhemah dan bersesuaian. Dengan kaedah ini, matlamat pendidikan berbilang budaya dapat dicapai dengan berkesan. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi;

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.(Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia :2002)

Pengajaran sains dalam kalangan murid yang berbilang budaya dapat mempengaruhi beberapa aspek diri mereka terutamanya pemikiran, bahasa dan cara kehidupan. Sebagai guru terdapat beberapa strategi bagaimana kepelbagaian budaya dapat dikesan wujud di dalam kelas anda, antaranya ialah : Mendekati ibubapa murid dan wujudkan silaturahim dengan mereka.

Meneliti rekod-rekod murid.

Meminta murid menulis jurnal tentang latar belakang keluarga dan ciri-ciri istimewa yang mereka miliki.

Mendekati dan mengenali murid-murid dengan lebih dekat lagi.

Persepsi jantina berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat lain mengikut waktu sebagai contoh 50 tahun yang lalu permainan bola sepak dikuasai oleh golongan lelaki sahaja namun pada waktu ini kaum wanita turut sama bermain dalam sukan ini. Pada suatu ketika dahulu pekerjaan sebagai jururawat hanya dimonopoli oleh golongan wanita tetapi dewasa ini ia juga turut dijawat oleh kaum lelaki. Memandangkan identiti gender kita ditentukan oleh masyarakat maka perbezaan berdasarkan gender boleh diubah. Peranan gender boleh berubah mengikut masyarakat yang berbeza dan pada masa yang berbeza dalam sejarah. Dasar boleh bertindak balas sama ada terhadap stereotaip jantina dan peranan tradisi jantina (sebagai contoh,menganggap bahawa hanya lelaki yang boleh menjadi ketua isi rumah) atau usaha untuk mengubah mereka (seperti mengambil kira halangan kepada wanita dan gadis untuk mengikut kursus latihan yang bukan berbentuk tradisional)

Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelelakian. Pemilihan ini secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.Melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam proses pembangunan terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita Sumbangan wanita hampir sama dengan lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama rata. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran dalam kelas supaya ketidak seimbangan ini dapat dikurangkan.

STRATEGI UNTUK PELAJAR YANG BERBEZA

Setiap kanak-kanak berbeza dari segi kebijaksanaan, sosio ekonomi, budaya, jantina, persekitaran, emosi, sosial,fisiologi dan psikologi.Setiap satu faktor tersebut dapat mempengaruhi keupayaan pembelajaran mereka. Sesetengah gabungan faktor tadi meletakan mereka pada keadaan berisiko kerana tidak berupaya mengambil sepenuhnya faedahterhadappengalaman pembelajaran yang baik dan cemerlang. Melalui rangsangan persekitaran, emosi, fisiologi, sosiologi dan psikologi terdapat hubung kait terhadap gaya pembelajaran murid.Ini menjadikan merekamempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza.

Modul ini akan membincangkan tentang gaya pembelajaran yang berbeza-beza dalam kalangan kanak-kanakdan bagaimana membuat adaptasi pembelajaran sains terhadap mereka. Modul seterusnya akan menyentuh tentang kanak-kanak istimewa. Merekamerupakan kanak-kanakyang luar biasa tahap pembelajaran mereka; boleh jadi kurang upaya dari segi pembelajaran(at-risk), kurang upaya dari segi fizikal atau terlalu bijak (pintar cerdas dan berbakat).

Terdapat dua kumpulan murid iaitu FieldDependent dan Field Independentyang mempengaruhi gaya pembelajaran merekayang. berbeza. Murid Field Dependent (FD)lebih bergantung kepada guru dan memerlukan pembelajaran konkrit manakala murid Field Independent (FI) pula mampu mempelajari sesuatu konsep secara abstrak dan kurang bergantung kepada guru.

(a)Murid Field DependentMurid di dalam kumpulan ini berhubung rapat dengan rakan sebaya, mereka lebih menggemari pendekatan secara pemerhatian, memahami sesuatu konsep apabila contoh yang bersesuaian,yang pernah mereka alami diberikan semasa sesi pengajaran.Mereka sangat terpengaruh dengan kritikan serta sering memerlukan motivasi luaran untuk mencapai matlamat pembelajaran. Pendekatan perlu lebih berpusatkan muridtetapi perludengan garispanduan dan arahan yang cukup lengkap.(b)Murid Field IndependentMurid dalam kumpulan ini kurang berinteraksi dengan rakan sebaya. Mereka lebih bersikap personal dan tidak terpengaruh dengan kritikan tetapi memerlukan bantuan dalam kemahiran bersosial. Mereka mempunyai motivasi dalaman yang kuat. Mudah mengikuti pembelajaran secara kuliah. Guru boleh menggunakan soalan untuk memulakan sesuatu topik dan menyemak jawapan murid. Mereka lebih sukakan sesuatu tugasan yang memberikan kebebasan kepada mereka untuk menghasilkannya.

Menurut Witkin et al., (1977). Ciri pelajar FI dan FD dapat diringkaskan seperti di dalam jadual dibawah :

Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Berbeza Gaya Pembelajaran

Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran murid dan guru perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya gaya pembelajaran yang sesuai dapat dikenal pasti.Ada murid yang suka melibatkan diri secara aktif, suka memerhati, gemar menggunakan prinsip dan teori dan ada yang lebih mementingkan hakikat yang sebenar.Semua ini merupakan pemasalahan yang perlu dikenalpasti oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas supaya ianya berjalan dengan lancar dan segala perancangan pengajaran dapat dilakukan dengan baik.

Menurut Azizi (2003),seseorang murid mula membentuk gaya pembelajaran sejak awalkanak-kanak. Selepas itu, dia akan terus menggunakan gaya pembelajaran tersebut.Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh seseorang murid, mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor-faktor tertentu.Dunn ( 1979 ) dalam menghuraikan pembelajaran sebagai satu strategimenyatakan bahawa kajian yang dilakukan semenjak abad yang lalu menunjukan bahawa strategi belajar seseorang adalah berbeza diantara satu sama lain tanpa mengira umur, status sosio-ekonomi atau IQ. Sesetengah sifat belajar juga turut berubah apabila kanak-kanak membesar dan semakin matang.Manakala sesetengah sifat kanak-kanak itu kekal tidak berubah dan sifat-sifat yang tidak berubah inilah yang membawa kesan kepada pencapaian akademik kanak-kanak tersebut seperti yang dikatakan oleh Dunn.

MODEL GAYA PEMBELAJARAN VAK( Visual, Auditouri, Kinestetik)

Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu gaya pembelajaran Visual , Auditori dan Kinestetik.

Gaya Pembelajaran Visual1. Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayat dalam buku , papan hitam atau paparan komputer.

2. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.

3. Murid Visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.

4. Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.

Gaya Pembelajaran Auditori1. Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut dan juga arahan lisan.

2. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.

3. Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.

Gaya Pembelajaran Kinestetik1. Murid Kinestetik belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.

2. Mereka biasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara hands-on.

KESIMPULAN

Menyesuaikan bahan pengajaran melibatkan membuat perubahan kepada peralatan / bekalan ke mana kanak-kanak mempunyai akses semasa proses pembelajaran.

Kebanyakan bahan penyesuaian jatuh ke dalam salah satu daripada empat kumpulan:

Melaraskan tahap kebolehbacaan bahan bertulis.

Menyediakan kandungan yang sama dengan unit yang sedang dikaji melalui buku bacaan tahap gred yang lebih rendah, teks termampat, atau faedah yang tinggi - pembaca perbendaharaan kata yang rendah.

Di samping itu, membaca adalah menarik melalui grafik, ikon, atau bentuk bergambar; model tiga dimensi; atau cara digital. Contohnya termasuk penggunaan: pita audio, pita video, sumber berasaskan internet, program perisian text-reader, atau buku teks secara universal direka dan bahan.

Meningkatkan ciri-ciri kritikal kandungan dalam bahan itu sendiri.

Ia melibatkan menyesuaikan bahan pengajaran dengan cara mengenal pasti kanak-kanak untuk kandungan yang paling penting. (Post-penganjur, pembentangan perkataan perbendaharaan kata baru dalam huruf tebal, menekankan kata kunci dalam petikan membaca, akronim, dll)

Mereka bentuk bahan-bahan dengan ciri-ciri yang merayu kepada modaliti deria selain daripada visual / auditori. Bahan modaliti berganda boleh direka yang merayu kepada sistem deria kinestetik dan sentuhan. Sebagai contoh, pelajar secara fizikal berjalan laluan pita berwarna di tingkat belajar jalan aliran darah dari jantung (bertentangan dengan belajar gambarajah berwarna dalam buku).

Memilih bahan pengajaran alternatif untuk ketahanan dan keselamatan ciri-ciri mereka. Perlu disesuaikan untuk kanak-kanak ketahanan atau ciri-ciri keselamatan, sebagai balasan bagi penyelarasan motor atau kemahiran fizikal kanak-kanak. Di dalam makmal sains, sebuah bikar plastik atau piring petri mungkin digunakan bukan rakan-rakan pecah mereka, atau seorang pelajar mungkin akan disediakan dengan sebuah buku yang lembut, atau buku dengan muka surat berlamina, daripada teks tradisional.

Ia merangkumi menggunakan kriteria berganda untuk menilai kanak-kanak produk, menyediakan rangka jawapan berstruktur pada lembaran kerja dan ujian, menilai proses sama dengan produk akhir, membandingkan prestasi belajar kepada prestasi beliau / sendiri lalu, dan menawarkan kanak-kanak pelbagai strategi amalan dan pilihan untuk menghasilkan tugasan yang diperlukan. Kanak-kanak alternatif jawapan mungkin termasuk: kolaj, arca, pantomim, gambaran yang dramatik, gubahan muzik, demonstrasi motoric, persembahan fotografi, atau paparan grafik. Elakkan untuk bersuara budaya isu-isu sensitif di dalam kelas. Berlaku adil dan bertolak ansur kepada semua kanak-kanak. Berwaspada dengan emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Membantu kanak-kanak untuk membina persahabatan antara mereka. Menggalakkan kerjasama di kalangan kanak-kanak dari budaya yang berbeza. (kumpulan mixer, projek, dan lain-lain) susun meja kanak-kanak secara rawak dalam kelas (selalu menukar rakan kongsi) Memupuk nilai-nilai moral dan pengajaran melalui mata pelajaran sains. Menganjurkan projek yang boleh terlibat dengan semua kanak-kanak. Merancang satu pengajaran yang boleh dinikmati oleh semua kanak-kanak.APENDIKSRUJUKAN / REFERENSIAzizi Hj Yahya. (2003).Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik N.Sembilan. Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Puteri Pan-Pacific, Johore Bahru, 19-21 October.

Faterson, H.F., & Witkin, H.A. (1970). Longitudinal study of development of the body concept. Developmental Psychology, 2(3), 429-438.

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan. Kuala Lumpur

Mara Sapon- Shevin, Ability Differences in the Classroom diakses dari sesawang www.sig2.hawaii.edu/resources/briefings/topic7/.../Article01.pdfSimilarSh.Alawiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Vinlin

Press Sdn. Bhd.

Unknown Author , Learning style di akses daripada laman sesawang http://www.bcps.org/offices/lis/models/tips/styles.html,

PAGE 6

_1253083327.bin