hbml4403_may09

Upload: hung68

Post on 06-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 hbml4403_may09

    1/5

    HBML4403_SEM MEI09/F_AH

    BAHAGIAN A

    ARAHAN

    Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

    SOALAN Markah

    1. Kegagalan menjalankan mesyuarat dengan teratur dan tersusun boleh

    berlaku jika tidak dikendalikan dengan baik.

    Berikan EMPAT cara terbaik bagi seseorang pengerusi mengendalikanmesyuarat.

    ( 4 )

    2. Apakah yang telah dilakukan oleh seseorang pemidato yang berhasil

    menyampaikan suatu ucapan yang baik dan berkesan?

    ( 4 )

    3. Jelaskan EMPAT ciri penting yang terdapat di dalam ungkapan, tatasusila

    dan kesantunan berbahasa. Apakah yang dimaksudkan dengan tatatingkat

    di dalam bahasa Melayu?

    ( 4 )

    4. Mengapakah pihak sekolah perlu mengadakan bahan bacaan di dalam bilik

    darjah? Sekiranya disediakan bahan bacaan tersebut, apakah jenis bahan

    bacaan yang perlu diadakan?

    ( 4 )

    5. Berikan EMPAT rasional yang boleh diketengahkan bagi pencapahan

    minda?

    ( 4 )

    (Jumlah: 20)

    1

  • 8/2/2019 hbml4403_may09

    2/5

    HBML4403_SEM MEI09/F_AH

    BAHAGIAN B

    ARAHAN

    Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

    SOALAN Markah

    1. Bagi seseorang pelajar sekolah yang ingin mendalami pembelajaran

    bahasa Melayu, beberapa perkara penting perlu diperjelaskan kepada

    mereka.

    (a) Huraikan LIMA isu utama tentang bahasa Melayu yang seringdibangkitkan oleh pelajar di dalam bilik darjah.

    (b) Sebagai seorang guru, nyatakan bagaimanakah anda bolehmenangani isu tersebut.

    (c) Adakah sikap (guru atau pelajar) memainkan peranan penting didalam mengurangkan isu di atas? Bincangkan dengan memberi

    LIMA fakta dan contoh sesuai.

    ( 5 )

    ( 5 )

    ( 10 )

    (Jumlah: 20)

    2. Keprofesionalan guru dan kompetensi mereka di dalam bahasa Melayu

    menjadi persoalan besar untuk meningkatkan penggunaan bahasa tersebut

    di kalangan pelajar.

    (a) Terangkan LIMA cara bagaimana guru dapat meningkatkankeprofesionalan keguruan mereka khususnya di dalam pengajaran.

    (b) Huraikan LIMA cara bagaimana guru boleh mengoptimumkanpenggunaan bahasa yang baik dan bahasa yang boleh diikuti oleh

    pelajar mereka di luar bilik darjah.

    ( 10 )

    ( 10 )

    2

  • 8/2/2019 hbml4403_may09

    3/5

    HBML4403_SEM MEI09/F_AH

    (Jumlah: 20)

    3. Seseorang pelajar perlu menggunakan cara yang betul untuk menulis teks

    ucapan, surat kiriman, memo, laporan, minit mesyuarat dan kertas kerja.

    (a) Terangkan EMPAT ciri penting yang membezakan penulisanformal dengan yang bukan formal.

    (b) Jelaskan TIGA perbezaan antara penulisan kritikan dan penulisanmemo.

    (c) Jelaskan maksud penulisan brosur dan risalah.

    ( 8 )

    ( 6 )

    ( 6 )

    (Jumlah: 20)

    4. Hasil sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa mesti meliputi aspek-

    aspek tatabahasa, penulisan karangan, ringkasan dan rumusan dan

    komponen sastera. Topik-topik sampingan juga perlu dipelajari oleh

    pelajar agar ilmu bahasa mereka mantap dan mereka dapat menggunakan

    bahasa yang baik di dalam penulisan dan tulisan.

    (a) Hasilkan satu karangan pendek di dalam satu muka surat yangkritis mengenai penggunaan telefon bimbit di kalangan masyarakat

    dan kesan penghantaran SMS dalam penulisan.

    Pastikan anda meneliti tentang aspek kosa kata dan tatabahasa.

    (b) Apakah LIMA ciri penting yang perlu ada apabila anda hendakmengajar karangan jenis laporan?

    ( 10 )

    ( 10 )

    (Jumlah: 20)

    3

  • 8/2/2019 hbml4403_may09

    4/5

    HBML4403_SEM MEI09/F_AH

    5. Ilmu retorik merupakan ilmu yang dipunyai dan dikuasai oleh individu

    yang membolehkan seseorang itu berucap di khalayak dengan penuh

    semangat, menarik dan dapat pula mempersonakan pendengar.

    (a) Konsep konsep berikut dikaitkan dengan pernyataan mengenairetorik; pemerian, penceritaan, hujahan, penyampai dan khalayak.

    Huraikan dengan ringkas setiap satu ciri tersebut.

    (b) Apakah yang dimaksudkan dengan khutbah? Apakah yangmembezakan khutbah dengan pujukan atau pemujukan? Adakah

    iklan merupakan satu jenis pemujukan? Perjelaskan.

    ( 10 )

    ( 10 )

    (Jumlah: 20)

    4

  • 8/2/2019 hbml4403_may09

    5/5