hbml4403_820425085139001

7
1.0 PENGENALAN Tugasan ini akan membincangkan pemahaman penulis tentang komunikasi bertulis serta menafsirkan ciri-ciri yang perlu ditekankan bagi menghasilkan sebuah teks yang jelas, tepat dan mudah difahami. Selain itu, penulis juga dikehendaki menghasilkan Risalah Panduan Pengendalian Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah dan menyatakan kepentingan pertandingan pidato dalam membantu pelajar mengenbangkan daya pemikian dan sahsiah. 2.0 KOMUNIKASI BERTULIS 2.1 Definisi Joremi (1977) menafsirkan komunikasi sebagai pertukaran fikiran, pandangan atau informasi melaluii percakapan, penulisan atau simbol. Plunkett et al (1986) menyatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses transformasi maklumat dan persefahaman individu kepada individu yang lain ataupun daripada satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Menurut Abdul Mua ti (2003), komunikasi adalah proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada seseorang yang lain. Komunikasi juga adalah proses pewujudan kefahaman orang lain terhadap mesej yang disampaikan. Kedua-duanya mempunyai kefahaman yang boleh dikongsi bersama. Berdasarkan kefahaman tentang definisi komunikasi, dapatlah diterangkan di sini bahawa komunikasi bertulis adalah proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada seseorang individu kepada individu lain dalam bentuk bertulis. Selain itu, cara penyampaian mesej secara bertulis perlulah mengikut laras dan ragam bahasa yang sesuai dan betul. Komunikasi bertulis melibatkan aktiviti memberi dan merakamkan idea, pandangan atau pendapat yang berbentuk lambang-lambang grafik. Hal ini bertujuan adalah untuk menyampaikan maklumat, menyalurkan mesej dan berkongsi maklumat. Komunikasi bertulis akan kekal tersimpan dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Komunikasi bertulis boleh berlaku secara terancang atau spontan mengikut maklumat yang hendak

Upload: hazmir-a-hamid

Post on 05-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sastera

TRANSCRIPT

Page 1: HBML4403_820425085139001

1.0 PENGENALAN

Tugasan ini akan membincangkan pemahaman penulis tentang komunikasi bertulis serta

menafsirkan ciri-ciri yang perlu ditekankan bagi menghasilkan sebuah teks yang jelas, tepat

dan mudah difahami. Selain itu, penulis juga dikehendaki menghasilkan Risalah Panduan

Pengendalian Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah dan menyatakan kepentingan

pertandingan pidato dalam membantu pelajar mengenbangkan daya pemikian dan sahsiah.

2.0 KOMUNIKASI BERTULIS

2.1 Definisi

Joremi (1977) menafsirkan komunikasi sebagai pertukaran fikiran, pandangan atau informasi

melaluii percakapan, penulisan atau simbol. Plunkett et al (1986) menyatakan bahawa

komunikasi merupakan satu proses transformasi maklumat dan persefahaman individu

kepada individu yang lain ataupun daripada satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.

Menurut Abdul Mua’ti (2003), komunikasi adalah proses penyampaian atau pemindahan

mesej daripada seseorang yang lain. Komunikasi juga adalah proses pewujudan kefahaman

orang lain terhadap mesej yang disampaikan. Kedua-duanya mempunyai kefahaman yang

boleh dikongsi bersama.

Berdasarkan kefahaman tentang definisi komunikasi, dapatlah diterangkan di sini

bahawa komunikasi bertulis adalah proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada

seseorang individu kepada individu lain dalam bentuk bertulis. Selain itu, cara penyampaian

mesej secara bertulis perlulah mengikut laras dan ragam bahasa yang sesuai dan betul.

Komunikasi bertulis melibatkan aktiviti memberi dan merakamkan idea, pandangan

atau pendapat yang berbentuk lambang-lambang grafik. Hal ini bertujuan adalah untuk

menyampaikan maklumat, menyalurkan mesej dan berkongsi maklumat. Komunikasi bertulis

akan kekal tersimpan dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Komunikasi bertulis boleh

berlaku secara terancang atau spontan mengikut maklumat yang hendak disampaikan oleh

penulis.Keberkesanan komunikasi bertulis hanya akan terhasil apabila:

a. mesej yang disampaikan mudah difahami dan jelas oleh penerima mesej;

Page 2: HBML4403_820425085139001

b. makna yang disampaikan dapat dikongsi dan difahami oleh kedua-dua belah

pihak;

c. mendapat perhatian penerima; dan

d. mesej yang disampaikan tidak mempunyai gangguan.

Terdapat pelbagai cara komunikasi bertulis dihasilkan begi menyampaikan maklumat

atau mesej tertentu. Komunikasi bertulis yang disampaikan pula adalah berbentuk formal atau

tidak formal. Antara contoh komunikasi bertulis adalah seperti:

a. memorandum;

b. surat-menyurat;

c. laporan bertulis;

d. e-mel; dan

e. perbualan internet / blog.

2.2 Konsep Komunikasi Bertulis

Terdapat dua konsep yang diketengahkan dalam komunikasi bertulis yang perlu

difahami dan diikuti bagi memastikan mesej atau maklumat yang hendak disampaikan dapat

diterima oleh penerima. Secara tidak langsung, komunikasi yang diharapkan antara kedua

belah pihak dapat berlangsung dengan baik dan kedua-duanya memahami setiap butiran

mesej yang disampaikan.

2.2.1 Pengguna

Dalam konteks ini, pengguna merupakan individu yang menggunakan sesuatu

bahasa mengikut penggunaan bahasa sehariannya. Kaedah sesuatu bahasa

yang digunakan adalah mengikut cara yang tersendiri seperti penggunaan

dialek. Justeru, sekiranya penerima merupakan orang Kelantan maka

pengguna akan menggunakan dialek Kelantan dalam penulisannya bagi

memastikan mesej atau maklumat yang disampaikan diterima dengan baik.

Page 3: HBML4403_820425085139001

2.2.2 Penggunaan Bahasa Tulisan

Setiap bahasa yang digunakan adalah berbeza dan memiliki inspirasi untuk

menentukan laras yang sesuai. Setiap bahasa yang digunakan adalah merujuk

kepada keperluan individu menyampaikan maklumat berdasarkan situasi dan

faktor yang berbeza. Oleh itu, bahasa tulisan adalah berbeza antara sesuatu

penulisan dengan penulisan yang lain. Contohnya, penulisan surat kiriman

rasmi adalah berbeza dengan penulisan laporan.

2.3 Etika Proses Pengendalian Mesej dalam Komunikasi.

Abdul Mua’ti (2000) menyatakan bahawa mesej dalam komunikasi berfungsi untuk

menggambarkan maklumat yang disampaikan. Ini bermaksud mesej merupakan perkara

utama dalam komunikasi. Tanpa mesej, komunikasi antara penghantar dan penerima tidak

tercapai dan ini menyebabkan maklumat tidak dapat disalurkan dengan tepat. Oleh itu,

terdapat lima etika yang perlu dipatuhi dalam proses pengendalian mesej dalam komunikasi

iaitu:

a. memilih perkataan, simbol, isyarat atau ayat yang mudah ditafsir;

b. mesej yang disampaikan mempunyai gambaran yang jelas;

c. bahasa yang digunakan mudah difahami;

d. mesej yang digunakan ringkas dan padat serta sesuai dengan maksud; dan

e. mesej yang disampaikan mestilah lengkap dan difahami gambaran

keseluruhannnya.

2.4 Faktor-faktor Komunikasi Bertulis

2.4.1 Fakta

Seorang penulis ilmiah akan menghasilkan dan mengetengahkan penulisan

fakta melalui sumber bacaan, hasil penyelidikan dan daripada pengalaman

penulis itu sendiri. Penulis akan menyusun dan merancang persembahan

sebelum mengetengahkan hasil penulisan.

Page 4: HBML4403_820425085139001

2.4.2 Gaya

Pengolahan gaya bahasa yang baik diperlukan bagi menyampaikan seseuatu

idea yang sesuai untuk tatapan pembaca. Gaya merupakan faktor yang penting

dalam komunikasi bertulis kerana gaya melibatkan pengetahuan tatabahasa

dan keupayaan menggunakan perkataan yang tepat dan sesuai. Penggunaan

gaya, adunan serta olahan bahasa yang betul dapat menarik perhatian

penerima dengan berkesan.

2.4.3 Laras

Sesuatu laras tertentu digunakan bagi keadaan atau situasi tertentu.

Penggunaan laras adalah mengikut bidang-bidang tertentu. Menurut Adenan

Ayob (2009), dengan memilih laras yang tidak sama bagi situasi yang

berlainan, anggota sesuatu masyarakat dapat menunjukkan mereka sedar akan

situasi-situasi sosial berlainan yang wujud di sekitar mereka.

2.4.4 Pengolahan

Pengolahan melibatkan kebolehan seseorang menceritakan sesuatu penulisan

secara lebih efektif dan menggunakan format penulisan tertentu dalam

menyampaikan maklumat. Pengolahan yang baik dapat menghasilkan bentuk

penulisan yang ringkas, jelas, bertautan dan membantu memberi gambaran

yang tepat kepada pembaca.

3.0 CIRI-CIRI MENGHASILKAN TEKS YANG BERKESAN

Seorang penulis yang baik ialah penulis yang menghasilkan sesuatu teks atau penulisan yang

mampu memberi kesan emosi kepada pembaca. Sama ada penulisan berbentuk fakta atau

fiksyen, seorang penulis haruslah memiliki ciri-ciri penulisan yang berkesan.

Page 5: HBML4403_820425085139001

3.1 Mesej Penulisan Jelas

Hasil sesuatu penulisan adalah melalui mesej yang hendak disampaikan. Jika mesej yang

disampaikan kabur dan kurang difahami, maka secara tidak langsung mesej yang ingin

disampaikan tidak mendapat perhatian pembaca. Justeru, penulis haruslah menetapkan mesej

yang hendak disampaikan dan tidak bergantung kepada susunan bahasa yang indah. Mesej

merupakan perkara utama dalam menghasilkan teks atau penulisan yang berkesan. Penulis

harus berwaspada dan jangan terpesong dengan mesej yang hendak disampaikan.

3.2 Bahasa Penulisan yang Mudah

Dalam menyampaikan maklumat atau mesej, bahasa yang digunakan dalam sesuatu

penulisan mestilah tidak mempunyai istilah atau perkataan-perkataan yang sukar difahami.

Hal ini penting kerana bukan semua pembaca mampu memahami bahasa yang terlalu tinggi.

Biarlah bahasa yang digunakan mudah difahami dan boleh diterima oleh semua masyarakat.

Harus diingat bahawa tujuan penulisan itu dihasilkan. Meskipun bahasa yang digunakan

ringkas dan mudah difahami, penulis harus bijak mengadunkan keindahan dan kejituan

bahasa dalam penulisan.

3.3 Rentak dan Gaya yang Menarik

Penulisan yang baik adalah seperti bercakap dengan pembacanya. Setiap baris ayat berserta

penggunaan tatabahasa dan tanda baca dijaga rapi supaya rentak alunan bacaan seolah-olah

dapat ‘didengar’ oleh pembaca. Penulis harus menggunakan ayat yang pendek dan ringkas.

Elakkan menghasilkan ayat yang melebihi enam belas patah perkataan. Hai ini demikian

kerana akan memperlahankan tempo bacaan pembaca. Penggunaan gaya bahasa haruslah

bergantung kepada corak penulisan. Paling penting, gunakan bahasa yang mudah dan dapat

difahami oleh pembaca.

3.4 Mengusik Fitrah

Penulisan yang berkesan adalah apabila mesej yang ditulis mampu mengusik hati atau fitrah

manusia. Pelbagai tujuan penulisan dihasilkan sama ada untuk memberi semangat,

kekeluargaan dan sebagainya. Oleh itu, penulis harus bijak menghasilkan isi tulisan yang

Page 6: HBML4403_820425085139001

hendak disampaikan yang mampu menyentuh perasaan pembaca. Jika ini berjaya, maka

karya yang ditulis sangat berkesan.

3.5 Menepati Sasaran

Penulisan yang berkesan apabila karya yang ditulis adalah mengikut sasaran pembaca. Jika

penulis ingin menghasilkan karya penulisan kanak-kanak, maka bahasa dan gaya tulisan

mestilah mengikut sasaran pembaca. Begitu juga jika teks tulisan berunsur motivasi kepada

pelajar sekolah menengah, jika bahasa yang digunakan sukar difahami maka tiada kesedaran

yang bakal dimiliki oleh pelajar tersebut. Harus diingat, sasaran dikira tepat andai hasil

tulisan menimbulkan keinsafan, kesedaran dan semangat kepada pembaca.