hbml4203kesusasteraan melayu

Upload: hasdey-harimin

Post on 06-Mar-2016

31 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

melayu

TRANSCRIPT

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBML 4203

KESUSASTERAAN MELAYU

TAJUK TUGASAN

Penggunaan Komputer Sebagai Alat Bantu Mengajar Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Yang BerkesanNama : Hasdey B. Sairin @ HariminNombor Matrik : 820220125897001/OUM/BM

Nombor Kad Pengenalan : 820220-12-5897Nombor Telefon : 013-3383882Alamat E-mail :[email protected]

Nama Tutor : ENCIK JAYA BIN MASIR

Pusat Pembelajaran : OUM W.P.LABUAN

MEI 2015 Semester SMP PPG MEI 2015

Kandungan

Muka Surat

1.0 Pengenalan

32.0 Konsep Teknologi Maklumat Khususnya Bidang Pengkomputeran 6 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3.0 Prinsip-Prinsip Penggunaan Komputer Yang Berkesan Dalam

9 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

4.0 Strategi Menggunakan Komputer Sebagai Alat Pengajaran

11 Kesusasteraan Melayu Yang Berkesan5.0 Rumusan / Kesimpulan

156.0 Rujukan

16

1.0 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan satu kaedah pengajaran yang menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaannya kini dilihat menjadi semakin penting khususnya dalam meningkatkan kefahaman murid dalam P&P dalam membantu pemahaman murid. Pada peringkat awal, kemunculan teknologi komputer secara tradisinya digunakan sebagai alat pemprosesan data atau menaip teks semata-mata. Kini, penggunaannya telah diperluaskan kepada bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Corak penyampaian komputer pada satu ketika dahulu hanya terhad kepada penggunaan teks, numerik, grafik dan animasi mudah sahaja. Namun dengan kemajuan teknologi multimedia telah berupaya untuk mempersembahkan video bergerak, animasi yang canggih dan grafik warna. Kemampuan multimedia dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokan (Zamri & Mohamed Amin, 2008). Pengajaran Bahasa Melayu sudah tentu tidak terkecuali daripada pengaruh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Yahya & Dayang Raini, 2011). Tatabahasa merupakan unsur asas bahasa yang mendasari setiap kemahiran bahasa yang dipupuk iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam konteks sistem pendidikan negara, khususnya dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), perkara tersebut menjadi prinsip yang ditegaskan dalam strategi pengajaran Bahasa Melayu. Dalam sistem bahasa, terdapat beberapa subsistem penting terkandung di dalamnya, di mana tatabahasa menjadi asas kepada sistem tersebut. Antara subsistem tersebut adalah sistem ejaan, sebutan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa dan laras bahasa. Antara enam subsistem tersebut, tatabahasa merupakan sendinya. Walau bagaimanapun, tatabahasa sering dianggap sebagai subjek yang kaku, membosankan, dan kadang kala menakutkan (Awang, 2004). Persepsi sedemikian menyebabkan tanggungjawab guru yang mengajar tatabahasa semakin mencabar, terutamanya apabila berdepan dengan murid sekolah rendah yang masih kurang jelas tentang penggunaan sistem bahasa. Namun dengan kemajuan teknologi, kaedah pengajaran di sekolah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan perisian komputer sebagai bahan bantu mengajar. Kajian oleh Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina (2006) tentang tahap Kajian berkaitan keberkesanan penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayu telah giat dijalankan. Sebagai contoh, satu kajian eksperimen yang dijalankan oleh penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayu, Inggeris dan beberapa mata pelajaran lain yang menunjukkan penggunaan komputer dalam P&P mampu mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 33 Malay Language Education Journal (MyLEJ) Yahya Othman dan Dayang Raini (2011) ke atas 56 orang murid tahun Empat yang berpencapaian sederhana di salah sebuah sekolah rendah kerajaan di daerah Brunei dan Muara berkaitan keberkesanan penggunaan CD-ROM perisian cerita Interaktif bagi pemahaman bacaan. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa murid yang melalui proses P&P menggunakan CD-ROM secara signifikan lebih baik prestasi pemahaman bacaan berbanding dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara kawalan. Namun begitu, perbandingan dari segi gender pula tidak menunjukkan sebarang perbezaan signifikan min prestasi pemahaman pembacaan antara murid lelaki dan perempuan kedua-dua kumpulan. Manakala kajian oleh Al-Haq dan Al-Sobh (2001) ke atas 122 orang murid gred 11 di salah sebuah sekolah di Jordan mengenai keberkesanan pencapaian dalam penulisan berasaskan penggunaan web. Dapatan kajian menunjukkan pembelajaran berasaskan web adalah lebih berkesan daripada pengajaran kaedah kawalan. Analisis berdasarkan gender pula menunjukkan murid perempuan mendapat skor markah penulisan yang lebih tinggi berbanding murid lelaki. Selain itu, satu kajian oleh Chenu, Gayraud, Martinie dan Tong (2007) di Lyon University bagi menentukan keberkesanan pembelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa kedua antara kumpulan yang didedahkan menggunakan komputer dengan kaedah kelas yang belajar bahasa Perancis secara manual (buku teks dan kuliah) telah menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca antara kedua-dua kumpulan dengan kumpulan yang didedahkan melalui penggunaan komputer memperoleh markah yang lebih baik. Hal ini jelas menunjukkan penggunaan komputer secara signifikan memberi kesan positif dalam pembelajaran bahasa Perancis. Dalam pada itu, Naba'h, Hussain, Al-Omari, dan Shdeifat (2009) Kajian eksperimen oleh Abu Seileek dan Rababah (2007) ke atas 128 orang murid di King Saud University yang membandingkan pengajaran Grammar berasaskan komputer (Computer Based Grammar Instruction) berbanding dengan pengajaran Grammar berasaskan guru (Teacher Based Grammar Instruction). Kajian mendapati pengajaran Grammar berasaskan komputer secara signifikan lebih efektif berbanding dengan pengajaran oleh guru. pula dalam kajian yang melibatkan seramai 212 orang di sebuah sekolah menengah di Jordan terhadap keberkesanan penggunaan komputer dalam pembelajaran bahasa Inggeris juga dalam aspek grammar telah menunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yang positif terhadap pencapaian akademik murid. Dalam satu kajian di Oyo State, Nigeria yang dijalankan oleh Yusuf dan Afolabi (2010) terhadap 120 orang murid sekolah menengah tentang prestasi pembelajaran mata pelajaran Biologi berdasarkan penggunaan komputer secara individual dan koperatif mengikut gender. Analisis menunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yang signifikan berbanding dengan pengajaran secara kawalan. Namun secara gender pula, tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan murid lelaki dengan murid perempuan sama ada mereka belajar secara individual mahupun koperatif. Dalam pada itu, kajian oleh Spradilin (2009) ke atas 155 orang murid bagi menentukan perbezaan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik Algebra antara dua kumpulan yang belajar menggunakan komputer dengan kaedah kawalan. Dapatan kajian mendapati kumpulan 34 ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42 perempuan mendapat skor min lebih tinggi berbanding kumpulan lelaki untuk keduadua kaedah, tetapi tidak menunjukkan sebarang signifikan. Selari dengan perkembangan teknologi, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran harus diperluaskan khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Walaupun penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu dilihat sebagai satu usaha yang paling sesuai dan mampu memberi impak terhadap permasalahan yang dihadapi, kekurangan bahan berbantukan komputer merupakan antara faktor mengapa penggunaannya kurang meluas Sebagai alat bantu pengajaran yang bersifat terkini, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Menyedari kelebihan penggunaan komputer dalam P&P dalam Bahasa Melayu adalah penting untuk menjalankan kajian seumpama ini.2.0 Konsep Teknologi Maklumat Khususnya Bidang Pengkomputeran Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran Berbantukan Komputer ialah pengajaran yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan menggunakan komputer. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer dilaksanakan secara berfikrah, terancang dan disesuaikan dengan proses pengajaran dalam bilik darjah dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.

Menurut Leong Mei Wei ( 1998 ) kelebihan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara umumnya adalah :

1.Jangka Masa PendekSeseorang pelajar berupaya memahami suatu konsep lebih cepat dengan kaedah PBK berbanding konvensional. Ini kerana penggunaan komputer berupaya memberi motivasi dalam pembelajaran pelajar.

2. Membantu dalam Pemahaman

Bahan pelajar dapat difahami dengan baik dan cepat. Ini kerana penggunaan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi, dan dialog akan mempercepatkan lagi proses pemahaman perkara-perkara atau konsep-konsep yang ingin disampaikan dengan berkesan.

3.Membantu pelajar lemah

Pelajar yang lemah boleh belajar mengikut keupayaanya. Pelajar ini juga boleh mengulangkaji pelajaran sehingga berjaya memahami konspe-konsep yang diajar tanpa menganggu perjalanan pelajar lain yang lebih cerdas. Dengan ini, perbezaan tahap kognitif dan psikologi antara pelajar akan berkurangan jika teknologi komputer dijadikan sebagai satu pendekatan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Mutu dan Perhatian

Apabila komputer membantu tugas yang biasanya dilakukan oleh guru, perhatian yang lebih dapat diberikan kepada kepekaan seseorang pelajar. Guru juga akan mempunyai masa yang lebih baik untuk memperbaiki mutu bahan pelajar serta merancang dan menghasilkan perisian yang lebih baik untuk kesesuaian pengajian pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pelajar-pelajarnya.

5. Meringankan beban

Pelajar yang lemah dapat menggunakan dan mengulangkaji topik yang mereka lambat kuasai dan ini meringankan beban guru untuk mengulangkaji pelajaran yang sama berkali-kali.

6. Sikap positif

Kebanyakkan perisian kursus mempunyai ciri interaksi dengan pelajar secara tidak langsung ini memaksa pelajar menjadi aktif apabila menggunakan perisian PBK. Ini dapat mengatasi sikap pelajar yang negatif dan menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam perhubungan pelajaran

Pengajaran individu, pengajaran pengayaan dan pengajaran pemulihan. Melalui pengajaran terancang, guru dapat membina program-program yang dirancang khas untuk keperluan para pelajar mengikut tahap kebolehan pengetahuan dan jangka masa yang sesuai dengan diri mereka. Dalam pengajaran individu, pelajar dapat berinteraksi dengan komputer tanpa rasa segan atau takut kepada keadaan persekitarannya kerana persekitaran mereka hanya melibatkan komputer dan individu pelajar sahaja. Rashid Azizan & Abdul Razak Habib ( 1995 ) menyatakan PBK dapat memberikan kebaikan-kebaikan dalam pengajaran terancang,Selain itu, Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional, pelajar lebih banyak bersembang di dalam kumpulan danhanya satu atau dua orang sahaja yang benar-benar menyiapkan tugasan. Pelajar-pelajar boleh mengawal kandungan pembelajaran terutamanya dari segi susunan bahan pembelajaramn. Mereka juga boleh mengawal strategi pembelajaran seperti cara persembahan dan jumlah latihan yang dibuat. Pelajar juga diberi peluang belajar mengikut kadar sendiri dan seterusnya menguasai pelajaran mereka. Ini jelas membuktikan, PBK dapat meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran ( Qi Chen, 1995 ).

3.0 Prinsip-Prinsip Penggunaan Komputer Yang Berkesan Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu

Pada dasarnya Pengajaran Berbantukan Komputer dilaksanakan yang mana pelajar berinteraksi dengan bahan yang tersedia di dalam komputer dengan bantuan guru. Selain itu pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD. Pemilihan konsep ini dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD pembelajaran yang terdapat di pasaran bagi membantunya mengajar. Pelajar dapat mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan pembelajaran yang terdapat di dalam CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran.

Kaedah seterusnya yang menjadi pilihan guru ialah pelajar menggunakan enjin pencarian seperti google untuk mencari maklumat yang dikehendaki oleh topik yang diajar. Guru hanya menjadi pembimbing dan fasilitator dengan membuat pemantauan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar agar mereka tidak bermain dengan enjin pencarian tersebut.

Konsep pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan komputer sebenarnya mempunyai kaitan dengan istilah-istilah yang terdapat di dalam teknologi canggih ini. Ramai berpendapat bahawa istilah-istilah yang diguna pakai dalam teknologi komputer ini masih bersifat Inggeris dan ini akan mempengaruhi pelajar ketika belajar Bahasa Melayu. Tambahan pula, pelajar-pelajar kita hari ini didapati lebih maju ke hadapan berbanding guru dan terdapat beberapa istialah Inggeris telah dimelayukan secara sengaja.

Sebagai contohnya e-mel, laman web, sending, sent, save ( menyimpan ), google, search dan banyak lagi. Para pelajar menyebutnya bersahaja sedangkan beberapa perkataan tersebut merupakan perkataan bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Melayu. Daripada ini, apabila guru menggunakan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, guru perlu menegaskan terlebih dahulu istilah-istilah berkaitan dengan teknologi ini kepada para pelajar agar mereka tidak mencampuradukan di dalam bilik darjah.

Kaedah seterusnya, prinsip penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pelajar perlu melayari sendiri beberapa laman web untuk mencari maklumat tambahan berkenaan dengan topik yang diajar. Berhubung dengan perkara ini, capaian internet perlu pantas dan tidak tersekat kerana ini akan hanya menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. guru juga perlu lebih arif dan mahir berkenaan dengan capaian laman web yang penting dan perlu menyenaraikannya agar pelajar dapat mencapai maklumat dengan lebih pantas dan cepat. Dengan demikian, pelajar buakan sahaja berasa seronok malah pelajar juga akan mendapat ilmu pengetahuan yang baharu dan dapat memperkayakan kosa kata mereka. Ini boleh dikatakan pelajar membuat rujukan selain daripada merujuk kepada buku sahaja memandangkan pada hari ini pelajar sangat malas untuk membuka buku rujukan. Ini secara tidak langsung, menggalakkan pelajar membuat ulangkaji dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang lebih canggih dan terkini.

Dan prinsip yang seterusnya ialah pelajar akan membuat tugasan dengan menggunakan Microsoft Word. Guru perlu memastikan terlebih dahulu bahawa semua pelajarnya mempunyai kemahiran untuk menggunakan Microsoft Word ini agar tugasan yang diberikan dapat disiapkan dan dikeluarkan sebagai hasil akhir. Situasi ini akan menggalakkan pelajar membuat sendiri tugasan dengan lebih berani, serta berusaha menjawab sendiri soalan tanpa menyalin atau meniru sesama rakan mereka. Perkara ini mendidik pelajar untuk menjawab soalan sendiri dan cuba mencari jawapan sendiri dengan melayari internet yang sedia ada.

4.0 Strategi Menggunakan Komputer Sebagai Alat Pengajaran Kesusasteraan

Melayu Yang Berkesan

Media dan Multimedia ialah kombinasi grafik, bunyi, video, teks dan animasi yang menghasilkan persembahan yang menakjubkan. Multimedia mempunyai interaktif yang tinggi maka ia digunakan dalam program yang memerlukan interaksi guru. Pelajar sekolah berinteraksi melalui multimedia untuk memperolehi pengetahuan yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka ( Zackeriya, 1995 ). Salah satu daripada perisian persembahan grafik yang popular iala Microsoft Power Point. Program ini dapat membantu guru-guru untuk menghasilkan persembahan slaid yang menarik, sama ada pada skrin komputer atau pun dalam bentuk slaid transperensi. Program ini menyediakan beberapa cara yang mudah untuk membina sesuatu persembahan yang professional. Guru boleh memilih cara yang sesuai dengan kehendak atau kemahiran mereka. Perisian ini juga menyediakan pelbagai alatan yang akan diperlukan untuk membina sebuah perisian persembahan. Perisian Power point juga merupakan program yang mudah untuk dipelajari dan dikendalikan. Perisian ini jug mempunyai unsur-unsur multimedia yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari apa yang terkandung dalam perisian persembahan. Sudah diketahui bahawa pelajar akan minat dan bermotivasi untuk belajar jika mereka diajar dengan suasana pembelajaran yang berbeza maka situasi ini akan meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.Di dalam PBBk terdapat bahagian tutorial yang sangat berguna untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun serta bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Menerusi tutorial ini pelajar boleh belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka jika tutorial dibangunkan dengan baik. Tutorial turut digunakan dalam latihan, pengukuhan dan penyelesaian masalah serta untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks juga video dan audio yang mampu merangsang pelajar.

CD tutorial merupakan salah satu strategi menggunakan komputer yang boleh diguna pakai dalam mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Dalam tugasan ini, penghasilan CD Tutorial dikatakan sebagai salah satu bentuk pembelajaran ekspositori. Ekspositori bermaksud memberi penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku nota mereka. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah dihuraikan seperti berikut :

1. Menerang, menginterpretasikan dan menghuraikan idea dan konsep daripada buku teks.

2. Menerangkan sambil mendemonstrasikan berkarya dengan lebih baik.3. Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari.

4. Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.

Untuk menghasilkan karya sastera melalui proses kreatif, memerlukan satu latihan dalam mengkoordinasi antara rangsangan mata, kemahiran berfikir dan kemahiran praktik. Rangsangan ( input ) yang berlaku melalui mata dalam melihat objek yang dipilih sebagai subjek, terlebih dahulu diproses oleh otak sebelum diterjemahkan dalam bentuk tampak atau visual ( output ). Tidak kira hasilan visual ini dipaparkan atas permukaan apa, kaedah penghasilannya adalah sama. Input yang diterima dari apa yang dilihat, dipelajari dan kemahiran psikomotor menjadikan proses penterjemahan idea oleh otak yang mengkoordinasi pergerakan tangan dan kemahiran penggunaan peralatan merealisasikan kreativiti tampak.Dalam pada itu, penggunaan CD Tutorial juga merupakan salah satu cara model pengajaran ekspositori diaplikasikan. Penggunaan CD Tutorial merupakan lambang perubahan pengajaran guru pada hari ini. Boleh dikatakan ia adalah satu kemajuan dan selangkah menuju zaman berinovasi dalam sistem pendidikan kita. Inovasi dan perkembangan teknologi maklumat dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi dalam pengurusan dan pendidikan akan bertambah maju dan canggih pada masa akan datang. Kebanyakan guru-guru pada hari ini mula menggunakan teknologi maklumat sebagai salah satu alternatif kaedah pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah teknologi maklumat didapati memberikan kesan yang lebih baik kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini kerana dikatakan penggunaan teknologi maklumat seperti penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid. Menerusi visual dan gambar, muzik dan bahasa serta penggunaan animasi yang menarik dapat menarik perhatian dan fokus murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke akhir masa pengajaran.Selain CD Tutorial, guru juga boleh menggunakan kepelbagaian media yang sedia ada di dalam internet. Penggunaan komputer yang berkesan dan sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu akan memudahkan pelajar lebih mudah memahami serta berasa seronok untuk mendalami ilmu kesusasteraan Melayu ini. Pengajaran yang berbentuk tradisional seperti chalk and talk sahaja menjadikan pelajar mudah bosan, mengantuk dan tidak teruja untuk mengikuti pembelajaran kesusasteraan Melayu. Apatah lagi matapelajaran ini mempunyai banyak kosa kata, istilah dan ayat yang panjang berjela, sukar untuk difahami dan memerlukan kesungguhan serta daya imaginasi yang tinggi untuk memahami sesuatu cerita.Pada zaman ini , guru boleh menggunakan video, rakaman, tayangan video tertentu melalui youtube serta melayari laman-laman web tertentu untuk lebih mudah mengetahui makna sesuatu perkataan berbentuk sastera. Kesusasteraan memerlukan pelajar menjiwai dan rajin membaca. Pelajar yang tidak suka membaca biasanya suka melihat gambar dan video. Justeru sebagai rangsangan menarik minat mereka untuk meminati mata pelajaran ini, tayangan video adalah sangat bertepatan. Malah guru boleh menggunakan papan kunci pause untuk memberhentikan seketika video bagi memeberikan penerangan mengenai maksud tersirat lakonan tersebut atau nilai yang hendak ditunjukkan dalam cerita tersebut.

Ternyata penggunaan komputer sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu yang sangat berkesan dan berbentuk interaktif. Penggunaan kmputer merupakan cara terbaik bagi menggalakkan belajar dengan rasa seronok, situasi yang menghiburkan dan terdapat komunikasi dua hala berlaku.

5.0 Rumusan / Kesimpulan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam P&P adalah penting memandangkan ia mampu meningkatkan kualiti pengajaran (Gulbahar & Given, 2008), meningkatkan daya ingatan (Abdul Wahab, Kamaliah & Hasrina 2006), memotivasikan murid (Leask & Panchler, 2005) dan murid boleh berinteraktif secara aktif dan kreatif (Volman dan Eck, 2001). Penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayu masih belum digunakan secara meluas. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan perisian untuk digunakan oleh guru semasa di dalam kelas. Selain itu, tumpuan kepada penggunaannya lebih kepada mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Namun begitu, penggunaan komputer ke atas mata pelajaran Bahasa Melayu tidak seharusnya dipinggirkan memandangkan penggunaannya mampu memberi impak positif ke atas mata pelajaran tersebut. Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa penggunaan perisian komputer bagai tajuk tatabahasa Penjodoh Bilangan telah secara signifikan memberi kesan positif ke atas murid berbanding dengan pengajaran secara kawalan. Kajian oleh Abu Seileek dan Rababah (2007), Al-Haq dan Al-Sobh (2001), Chenu, Gayraud, Martinie, dan Wu (2007), Naba'h, Hussain, Al-Omari dan Shdeifat (2009) dan Yahya Othman dan Dayang Raini (2011), Dalam analisis berdasarkan kepada gender menunjukkan kumpulan murid yang belajar menggunakan kaedah kawalan tidak menunjukkan perbezaan pencapaian antara murid lelaki dan perempuan. Namun dapatan ini berbeza pula dengan kumpulan rawatan yang menunjukkan murid lelaki dalam kumpulan ini secara signifikan min markah ujian pasca yang lebih baik berbanding murid perempuan. Perbezaan antara murid lelaki gender daripada kedua-dua kumpulan turut menunjukkan murid lelaki dan perempuan daripada kumpulan komputer secara signifikan mempunyai markah yang lebih tinggi berbanding murid lelaki dan perempuan kumpulan kawalan. Dapatan kajian adalah berbeza dengan kajian oleh Yusuf dan Afolabi (2010) yang tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara murid lelaki dan perempuan. Sementara kajian oleh Al-Haq dan Al-Sobh (2001) dan Spradilin (2009) menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor markah berdasarkan gender. menunjukkan bahawa penggunaan komputer memberi kesan positif terhadap pengunaannya6.0 Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_maklumatAbdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, XXIV (1-2): 203-225. Abu Seileek, A.F. & Rabab'ah, G.A. (2007). The effect of computer-based grammar instruction on the acquisition of verb tenses in an EFL context. The JALT CALL Journal, 3 (1-2): 59-80. Al-Haq, F. A.-A. & Al-Sobh, M. A. (2001). The Effect of a web-based writing Instructional EFL Programmed on Enhancing the Perfomance of Jordanian Secondary Students. The JALT CALL Journal, 6 (3): 189-218. Awang Sariyan. (2009). Bagaimanakah tatabahasa dapat diajar dengan berkesan? Kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pengajaran Tatabahasa, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 19 Ogos 2009.Badrul Hisham. ( 2000 ). Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematk

Berbantukan Komputer di Sekolah Menengah. Ipoh : Maktab Perguruan Ipoh.

Fiske, E. B. ( 1992 ). Smart Schools, smart kids. New York : Simon & Schuster.

Jone, A., Kirkup, G. & Kirkwood, A. ( 1993 ). Personal computers for distance education.

New York : St. Martins Press.

Kamus Komputer. ( 1995 ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lucas, H. ( 1986 ). Information System Concept for Management. New York : McGraw Hill.

Nik Safiah Karim. ( 1999 ). Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Pembinaan tamadun abad ke-21.

Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Bahasa Melayu dalam Era Siber pada 28-30

September 1999 di Hotel Lagenda Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rogers, E. M. ( 1983 ). Diffusion of Innovations. New York : McGraw Hill.

Rosenberg, M. J. ( 2000 ). E- Learning. New York : McGraw Hill.

Zulkifli dan Raja Maznah. ( 1994 ). Teknologi Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti2